Abs Trak

1
Abstrak Kajian ini meneliti peranan sekolah pondok dan madrasah atau institusi pendidikan agama di Perak kepada kebangkitan semangat nasionalisme dan perjuangan kemerdekaan sekitar 1900-1957. Pelbagai isu dan peristiwa yang dapat disabitkan mengenai institusi ini dalam usaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman penjajahan dan seterusnya menggapai kemerdekaan negara berlunaskan Islam sejati. Dalam melihat peranan institusi pendidikan Islam ini, Perak merupakan perintis kepada semangat perjuangan yang dipelopori oleh golongan ulama dan pelajar- pelajar keluaran sekolah pondok dan madrasah ini. Isu yang dianalisis berkisar kepada sekolah pondok dan madrasah, ulama-ulama yang mempunyai idealogi daripada Timur Tengah, Indonesia, dan Tanah Melayu sendiri. Sementelahan itu juga, kajian ini akan melihat konflik yang dihadapi oleh golongan ulama yang mempunyai pemikiran Kaum Muda dan Kaum Tua dalam memamahi konsep perjuangan dan penentangan terhadap penjajah. Kaum Muda dianggap sebagai puak radikal yang ingin melakukan penentangan secara terang-terangan manakala Kaum Tua melihat ianya sebagai suatu yang sukar dicapai dan mahukan penyelesaian secara diplomasi atau rundingan. Golongan Kaum Tua mendapat sokongan daripada golongan sekularisme anjuran British dan akhirnya mendapat restu daripada pihak penjajah. Golongan Kaum Muda telah dikekang gerakan meraka dan disampaikan dakyah oleh penjajah sebagai golongan haluan kiri dan merupakan cabang kepada PKM (Parti Komunis Malaya). Kajian ini juga cuba untuk mencapai objektifnya iaitu ingin melihat peranan yang sebenarnya dimainkan oleh institusi pondok dan madrasah terhadap semangat nasionalisme Melayu, kaedah-kaedah yang digunakan oleh para tokoh ulama dalam menangani pelbagai isu dan kekangan perjuangan mereka, juga untuk melihat konflik-konflik yang dihadapi antara Kaum Muda dan Kaum Tua, dan akhirnya dapat melihat sejauh mana kesan daripada perjuangan institusi ini terhadap semangat nasionalisme Melayu dan kemerdekaan negara. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif serta mengumpul sumber-sumber primer dan sekunder. Sumber-sumber melalui dokumen-dokumen di sekolah-sekolah pondok dan madrasah terbabit, manakala sumber sekunder dikutip daripada hasil kerja ilmiah dan penulisan-penulisan para sarjana yang terdahulu. Data-data sekunder ini bertujuan untuk memantapkan lagi hasil kajian disamping mengisi kelompongan yang masih ada. Dapatan hasil kajian ini mendapati bahawa..

Transcript of Abs Trak

Page 1: Abs Trak

Abstrak

Kajian ini meneliti peranan sekolah pondok dan madrasah atau institusi pendidikan agama di Perak kepada kebangkitan semangat nasionalisme dan perjuangan kemerdekaan sekitar 1900-1957. Pelbagai isu dan peristiwa yang dapat disabitkan mengenai institusi ini dalam usaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman penjajahan dan seterusnya menggapai kemerdekaan negara berlunaskan Islam sejati. Dalam melihat peranan institusi pendidikan Islam ini, Perak merupakan perintis kepada semangat perjuangan yang dipelopori oleh golongan ulama dan pelajar-pelajar keluaran sekolah pondok dan madrasah ini. Isu yang dianalisis berkisar kepada sekolah pondok dan madrasah, ulama-ulama yang mempunyai idealogi daripada Timur Tengah, Indonesia, dan Tanah Melayu sendiri. Sementelahan itu juga, kajian ini akan melihat konflik yang dihadapi oleh golongan ulama yang mempunyai pemikiran Kaum Muda dan Kaum Tua dalam memamahi konsep perjuangan dan penentangan terhadap penjajah. Kaum Muda dianggap sebagai puak radikal yang ingin melakukan penentangan secara terang-terangan manakala Kaum Tua melihat ianya sebagai suatu yang sukar dicapai dan mahukan penyelesaian secara diplomasi atau rundingan. Golongan Kaum Tua mendapat sokongan daripada golongan sekularisme anjuran British dan akhirnya mendapat restu daripada pihak penjajah. Golongan Kaum Muda telah dikekang gerakan meraka dan disampaikan dakyah oleh penjajah sebagai golongan haluan kiri dan merupakan cabang kepada PKM (Parti Komunis Malaya). Kajian ini juga cuba untuk mencapai objektifnya iaitu ingin melihat peranan yang sebenarnya dimainkan oleh institusi pondok dan madrasah terhadap semangat nasionalisme Melayu, kaedah-kaedah yang digunakan oleh para tokoh ulama dalam menangani pelbagai isu dan kekangan perjuangan mereka, juga untuk melihat konflik-konflik yang dihadapi antara Kaum Muda dan Kaum Tua, dan akhirnya dapat melihat sejauh mana kesan daripada perjuangan institusi ini terhadap semangat nasionalisme Melayu dan kemerdekaan negara. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan kualitatif serta mengumpul sumber-sumber primer dan sekunder. Sumber-sumber melalui dokumen-dokumen di sekolah-sekolah pondok dan madrasah terbabit, manakala sumber sekunder dikutip daripada hasil kerja ilmiah dan penulisan-penulisan para sarjana yang terdahulu. Data-data sekunder ini bertujuan untuk memantapkan lagi hasil kajian disamping mengisi kelompongan yang masih ada. Dapatan hasil kajian ini mendapati bahawa..