Adat istiadat perkahwinan kaum rungus

3
Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Rungus Pemuda-pemuda dari suku kaum Rungus tidak mencari bakal isteri mereka sendiri tetapi ditentukan oleh ibu bapa mereka. Ibu bapa akan mencarikan pasangan bagi anak mereka apabila anak-anak mereka dewasa dan sudah berupaya memikul tanggungjawab untuk mendirikan rumahtangga. Selalunya apabila ibu bapa si lelaki bertemu gadis yang berkenan di hati, mereka akan datang ke rumah ibu bapa si gadis untuk merisik sama ada si gadis telah berpunya atau belum. Apabila didapati si gadis itu belum dimiliki, maka ibu bapa si lelaki akan menanyakan orang-orang yang rapat atau keluarga terdekat si gadis bagaimana sikap si gadis, sama ada si gadis yang dirisik rajin,baik hati dan sebagainya.Begitu juga sebaliknya bagi keluarga si gadis. Setelah kedua-dua pihak sudah sepakat, barulah ibu bapa si lelaki menetapkan hari peminangan atau pertunangan. Setelah persetujuan pertunangan dibuat, maka barulah hari menghantar tanda tunang ditetapkan. Kadang kala semasa hari menghantar tanda tunang, hari tersebut juga digunakan untuk penetapan berian, hukuman dan perbelanjaan yang mesti dikeluarkan oleh pihak si lelaki seminggu sebelum hari perkahwinan. Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai berian, hukuman dan perbelanjaan kahwin akan dibuat selepas seminggu atau sebulan penghantaran tanda tunang. Semua perbincangan pihak lelaki dan pihak perempuan ini akan disaksikan oleh Ketua Kampung dan beberapa orang ahli keluarga kedua belah pihak. Barang-barang yang yang dijadikan tanda tunang adalah tidak terhad, antaranya: 1. Buah Pinang 2. Daun Sirih 3. Daun Kirai 4. Kapur 5. Sigup (Tembakau) 6. Lain-lain barang yang difikirkan perlu untuk si gadis Kesemua tanda tunang ini dihantar oleh bapa si lelaki, si lelaki sendiri dan beberapa orang lain sebagai pengiring. Kebiasaannya, apabila rombongan si lelaki tiba di rumah si perempuan, si lelaki akan mengambil seberapa banyak yang terdaya dan disimpan para-para rumah si perempuan. Ini menandakan bahawa si lelaki itu mahu menjadi keluarga mereka. Tali pengikat kayu api itu akan disimpan sebagai tanda bahawa berapa besar ikatan kayu itu begitulah juga besarnya sukatan tempayan yang diberikan kepada bapa si perempuan. Adat ini

Transcript of Adat istiadat perkahwinan kaum rungus

Page 1: Adat istiadat perkahwinan kaum rungus

Adat Istiadat Perkahwinan Suku Kaum Rungus

Pemuda-pemuda dari suku kaum Rungus tidak mencari bakal isteri mereka sendiri tetapi

ditentukan oleh ibu bapa mereka.

Ibu bapa akan mencarikan pasangan bagi anak mereka apabila anak-anak mereka dewasa

dan sudah berupaya memikul tanggungjawab untuk mendirikan rumahtangga.

Selalunya apabila ibu bapa si lelaki bertemu gadis yang berkenan di hati, mereka akan

datang ke rumah ibu bapa si gadis untuk merisik sama ada si gadis telah berpunya atau

belum.

Apabila didapati si gadis itu belum dimiliki, maka ibu bapa si lelaki akan menanyakan

orang-orang yang rapat atau keluarga terdekat si gadis bagaimana sikap si gadis, sama

ada si gadis yang dirisik rajin,baik hati dan sebagainya.Begitu juga sebaliknya bagi

keluarga si gadis.

Setelah kedua-dua pihak sudah sepakat, barulah ibu bapa si lelaki menetapkan hari

peminangan atau pertunangan. Setelah persetujuan pertunangan dibuat, maka barulah

hari menghantar tanda tunang ditetapkan.

Kadang kala semasa hari menghantar tanda tunang, hari tersebut juga digunakan untuk

penetapan berian, hukuman dan perbelanjaan yang mesti dikeluarkan oleh pihak si lelaki

seminggu sebelum hari perkahwinan. Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai

berian, hukuman dan perbelanjaan kahwin akan dibuat selepas seminggu atau sebulan

penghantaran tanda tunang. Semua perbincangan pihak lelaki dan pihak perempuan ini

akan disaksikan oleh Ketua Kampung dan beberapa orang ahli keluarga kedua belah

pihak.

Barang-barang yang yang dijadikan tanda tunang adalah tidak terhad, antaranya:

1. Buah Pinang

2. Daun Sirih

3. Daun Kirai

4. Kapur

5. Sigup (Tembakau)

6. Lain-lain barang yang difikirkan perlu untuk si gadis

Kesemua tanda tunang ini dihantar oleh bapa si lelaki, si lelaki sendiri dan beberapa orang

lain sebagai pengiring.

Kebiasaannya, apabila rombongan si lelaki tiba di rumah si perempuan, si lelaki akan

mengambil seberapa banyak yang terdaya dan disimpan para-para rumah si perempuan.

Ini menandakan bahawa si lelaki itu mahu menjadi keluarga mereka. Tali pengikat kayu

api itu akan disimpan sebagai tanda bahawa berapa besar ikatan kayu itu begitulah juga

besarnya sukatan tempayan yang diberikan kepada bapa si perempuan. Adat ini

Page 2: Adat istiadat perkahwinan kaum rungus

dinamakan sebagai adat "Loput" atau "Buka Mulut".

Upacara penghantaran tanda tunang dilakukan mengikut hari yang baik contohnya pada

hari "tontong" atau bulan purnama. Jika sepanjang perjalanan pada hari penghantaran

tanda tunang ini berlaku peristiwa-peristiwa ganjil,bertemu binatang seperti rusa, burung-

burung ganjil dan sebagainya, maka upacara penghantaran tanda tunang dibatalkan dan

ditunda ke hari lain.

Bagi hal berkenaan berian dan belanja kahwin,ibu bapa si lelaki akan menggunakan

seseorang sebagai wakil untuk berbincang dengan keluarga perempuan dan

menyampaikan kepada ibu bapa ibu bapa si lelaki segala keputusan keluarga pihak

perempuan.

Wakil bagi upacara seperti ini dinamakan "Bantaran". Tugas "Bantaran" ialah sebagai

pembawa adat "Loput" (Pembuka Bicara/Pembuka Mulut)."Bantaran" perlu membawa

sebuah "panding" sebesar satu depa sukatannya, "tutuban" satu sansang sakudon atau

sebuah gong dan "languwai" satu pasang atau "sumbul".

Untuk perempuan yang akan dikahwininya diberi satu "languwai" sederhana besar dan

satu "tawag". Ibu bapa perempuan pula akan diberi dua buah "tawag" atau "sanang".

Jika si lelaki berkemampuan, semua adik-beradiknya yang perempuan juga diberi satu

"gadur" setiap seorang sebagai adat pewarisan.

Setelah selesai adat "Loput" atau "Buka Mulut" ini, barulah mereka akan berunding

mengenai berian dan belanja kahwin serta hantaran pihak lelaki mengikut permintaan

pihak perempuan. Sekiranya si lelaki bersetuju dengan semua permintaan tersebut, maka

hari perkahwinan pun ditetapkan. Jika tidak, terpulanglah kepada budi bicara kedua-dua

pihak sama ada mahu meneruskan perkahwinan si anak atau tidak.

Apabila tiba masa perkahwinan yang telah ditetapkan, si lelaki dikehendaki membawa

"bujak", keris atau pedang, "paes" (pisau) yang diikat bersama gelang dengan

menggunakan sapu tangan. Setelah lengkap semuanya barulah si lelaki berangkat ke

rumah bakal isterinya. Apabila tiba di rumah si perempuan, si lelaki hendaklah

menyerahkan kesemua barang tadi kepada ibu bapa si perempuan.Sesudah itu, barulah si

lelaki boleh duduk di tempat persandingannya sementara menanti pengantin perempuan

keluar bersanding. Si lelaki mestilah membawa seorang pengapit yang dipanggil "magat",

begitu juga dengan pengantin perempuan.

Sesudah upacara perkahwinan dijalankan, barulah Ketua Kampung membuat surat

peringatan perkahwinan untuk didaftarkan di Mahkamah Anak Negeri bagi mendapatkan

Surat Keterangan Berian. Dalam surat peringatan ini, diberi "Lapik Banda" kepada

kedua-dua suami isteri, iaitu sekiranya si suami tidak menjaga isterinya dengan baik, tidak

menghormati mentua dan hal-hal lain yang tidak wajar dilakukan oleh seorang suami

kepada isterinya, maka isteri berhak menceraikan suaminya tanpa mengembalikan

kesemua berian dan perbelanjaan kahwin. Jika si isteri tidak mengikut nasihat dan kata-

kata suami, curang atau lari dari rumah akan didenda satu "tawag" atau "sanang" dan

Page 3: Adat istiadat perkahwinan kaum rungus

berian akan dikembalikan kepada suaminya.

Adapun tujuan "Lapik Banda" ini adalah untuk mengelakkan pasangan suami isteri

daripada bercerai.