ADHD

4
Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan Pendahuluan ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan 3 jenis kepayahan : - Kurang tumpuan - Hiperaktif - Menurut kata hati (Impulsiviti) Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki. Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini. Tanda & gejala Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B. 1. Kurang tumpuan Kanak-kanak sentiasa : - Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. - Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya - Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah - Tidak dapat menyelesaikan tugasnya - Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya - Tidak berupaya mematuhi arahan - Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran - Mudah hilang perhatian - Pelupa - Hyperaktif Kanak-kanak sering : 1 / 4

description

ADHD

Transcript of ADHD

Page 1: ADHD

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan

Pendahuluan

ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Iamelibatkan 3 jenis kepayahan :

- Kurang tumpuan - Hiperaktif - Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkanseramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia didalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Tanda & gejala

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebihdari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

1. Kurang tumpuan

Kanak-kanak sentiasa : - Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. - Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya - Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah - Tidak dapat menyelesaikan tugasnya - Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya - Tidak berupaya mematuhi arahan - Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran - Mudah hilang perhatian - Pelupa

- Hyperaktif

Kanak-kanak sering :

1 / 4

Page 2: ADHD

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan

- Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempatduduknya - Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ - Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa) - Bising waktu bermain - Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam) - Banyak bercakap

- Menurut kata hati (Impulsiviti)

Kanak-kanak akan : - Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis - Tidak sabar menunggu giliran - Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain - Tambahan : - Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun - Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan - Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah,tempat awam - Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu - Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan - Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah,dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya

- Sekiranya anak anda memenuhi kriteria seperti di atas, sila mendapat bantuanprofesional dengan segera.

Komplikasi

- ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional DefiantDisorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah danpembangkang. - Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakanrakan. - Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapatmemberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Rawatan

2 / 4

Page 3: ADHD

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan

Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini dan membantu merekauntuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjangadalah diketahui selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia 6tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin). Kesan sampingan yangbiasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang berat badan dan gangguan tidur.Pengambilanubat perlu mendapat nasihat dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan

Intervensi tingkah laku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin bolehberbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :

- Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak tersebutmemberi perhatian dan memahaminya. - Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkanrasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat, contoh: tunjukkan anda berasagembira kerana mereka telah menyimpan permainan di tempat yang betul. - Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. CartaBintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak- kanak berkelakuandengan lebih baik. - Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yangberlaku setiap hari. - Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senaraisemak untuk memastikan tugasnya disempurnakan. - Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelummengeluarkan kata-kata. - Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitikberatkan pada kelemahannya sahaja. - Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas. - Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yangmana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.

Pendidikan Khas

3 / 4

Page 4: ADHD

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan

Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas,Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas. Mereka akanmenerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan yang lebih kepada mereka.

Kumpulan sokongan

FAMILY SUPPORT GROUP FOR ADHD/LD AND RELATED DISORDERS Website : http://groups.yahoo.com/group/myadhdsupport

Semakan Akhir : 20 April 2012 Penulis : Dr. Eni Rahaiza binti Muhd Ramli Penyemak : Dr. Eni Rahaiza binti Muhd Ramli

 

4 / 4