MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0...
Transcript of MAJLIS PERBANDARAN KLANG - · PDF file7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9 8.0 SUMBER KUASA 9 9.0...
MANUAL MPK BIL : 149 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL:
PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN
KHAS UNTUK ORANG KURANG UPAYA
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5
3.0 DEFINISI OKU 6
4.0 KATEGORI OKU 6-8
5.0 KOD OKU 9
6.0 CARTA BAHAGIAN 9
7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI 9
8.0 SUMBER KUASA 9
9.0 SKOP KERJA 9
10.0 PROSES KERJA 10
11.0 CARTA ALIR 10
12.0 PENUTUP 11
13.0 LAMPIRAN
13.1 LAMPIRAN I : CARTA ORGANISASI BAHAGIAN
KEMASYARAKATAN, JABATAN KORPORAT
13.2 LAMPIRAN II : BORANG PERMOHONAN PELEKAT
KENDERAAN KHAS OKU MPK
(BORANG PK OKU)
13.3 LAMPIRAN III : CARTA ALIR PERMOHONAN PELEKAT
KHAS KENDERAAN OKU MPK
11
12
13-14
15
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya
pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Manual Prosuder Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Orang
Kurang Upaya Majlis Perbandaran Klang ini diterbitkan sebagai
panduan kepada seluruh wargakerja MPK agar dapat memastikan
mutu penyampaian perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan
Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) melalui urusan di kaunter
adalah yang terbaik, mesra OKU dan dapat memenuhi kehendak dan
ekspektasi mereka.
Manual Prosedur ini mengandungi maklumat penting berkaitan
perkhidmatan permohonan pelekat khas kenderaan untuk OKU.
Dengan adanya manual ini adalah diharapkan agar ianya dapat
memacu wargakerja MPK kearah memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada pelanggan Golongan Orang Kurang Upaya dan
seterusnya memenuhi agenda kesejahteraan golongan OKU di Klang.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasil kerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd Ikhsan Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia-Nya, Jabatan Korporat
sebagai salah sebuah jabatan terpenting di Majlis
Perbandaran Klang telah berjaya menyediakan 15
Manual Prosedur Kerja yang meliputi pelbagai
aspek / bidang tugas Jabatan. Manual prosuder ini adalah betujuan
sebagai panduan dan bahan rujukan dalam melaksanakan tugas dengan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Manual-manual ini terdiri
daripada :
1) Manual Prosedur Tempahan Kemudahan Sukan
2) Manual Prosedur Proses Peruntukkan Penggerak Belia Tempatan
3) Manual Prosedur Penyewaan Tanah Lapang MPK
4) Manual Prosedur Penyertaan Pasukan MPK
5) Manual Prosedur Tempahan Peralatan Logistik
6) Manual Prosedur Tempahan Kombo Dan Kumpulan Kesenian
7) Manual Prosedur Penggunaan Sistem Siaraya
8) Manual Prosedur Program Tarikan Keusahawan
9) Manual Prosedur Program Mesra Pelaburan
10) Manual Prosedur Lawatan Dalaman Dan Luaran
11) Manual Prosedur Amalan Persekitaran Berkualiti 5S
12) Manual Prosedur Pelaksanaan Program Zon Bersih
13) Manual Prosedur Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU
14) Manual Prosedur Pelaksanaan Pemberian Sumbangan Bencana
Alam Dan Sumbangan Ehsan
15) Manual Prosedur Pengurusan Skuad 3S MPK
Adalah diharapkan Manual yang telah disediakan ini dapat menjadikan
Jabatan Korporat sebagai salah sebuah jabatan pemangkin kepada Majlis
Perbandaran Klang yang merupakan Pihak Berkuasa Tempatan tertua di
Malaysia terus memacu serta menyokong segala pembangunan yang akan
dilaksanakan di kawasan Majlis Perbandaran Klang selaras dengan hasrat
dan visi MPK ke arah merealisasikan Klang sebagai Bandaraya Terbilang di
Malaysia menjelang 2015 melalui perancangan dan pengawalan
pembangunan yang mampan serta dapat memberikan perkhidmatan bandar
yang berkualiti melalui tadbir urus yang cemerlang untuk keseluruhan
masyarakat Klang yang gemilang.
Dawari Bin Daud
Pengarah Korporat
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga Klang.
1.3 Mengenalpasti tindakan alternatif atau pelan kotengensi supaya tindakan-tindakan penambahbaikan dapat diambil.
1.4 Mengenalpasti kelemahan yang lalu dan membuat penambahbaikan.
1.5 Memastikan tatacara permohonan pelekat kenderaan khas untuk OKU di kawasan Majlis Perbandaran Klang dipatuhi.
1.6 Menjadi rujukan kepada pegawai yang akan melaksanakan tatacara Permohonan Pelekat Kenderaan Khas untuk OKU.
2.0 LATAR BELAKANG
2.1 Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian
daripada masyarakat. Oleh itu, mereka mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain. Pendekatan berasaskan hak atau rights-based dan juga perlindungan wajar digunakan bagi menjamin kepentingan dan kesejahteraan OKU. Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Klang telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan pelekat kenderaan Khas untuk OKU yang menggunakan petak letak kereta OKU dan petak letak kereta awam secara percuma di kawasan Majlis Perbandaran Klang dan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Negeri Selangor.
2.2 Permohonan mendapat Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU adalah atas dasar sukarela dan hanya untuk golongan OKU yang bermastautin di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang dan borang permohonan (Borang PK OKU) boleh didapati secara percuma di Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 6
3.0 DEFINISI OKU
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat”.
4.0 KATEGORI OKU Terdapat 7 kategori OKU yang didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti berikut:-
NO.
KATEGORI
KETERANGAN
I Pendengaran Kurang Upaya Pendengaran bermaksud tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantu pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantu pendengaran. Kurang Upaya Pendengaran boleh dibahagi kepada empat tahap iaitu:- Minimum 15 -< 30dB ( Kanak-kanak) 20 - < 30dB (orang dewasa) Sederhana 30 - < 60dB Teruk (severe) 60 - <90dB Sangat teruk (profound) ≥90dB
II Penglihatan Kurang Upaya Penglihatan bermaksud tidak dapat
melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.Kurang upaya penglihatan boleh dibahagi kepada:- Terhad bermaksud penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan atau medan penglihatan kurang dari 20 darjah fixation. Buta bermaksud penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan penglihatan kurang dari 10 darjah fixation.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 7
NO.
KATEGORI
KETERANGAN
III Pertuturan Kurang Upaya Pertuturan bermaksud tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya. Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak-kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun ke atas. Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.
IV Fizikal Kurang Upaya Fizikal bermaksud ketidakupayaan kekal anggota badan sama ada disebabkan oleh kehilangan ATAU ketiadaan ATAU ketidakupayaan mana-mana anggota badan yang boleh menjejaskan fungsi mereka dalam melakukan aktiviti asas sepenuhnya. Aktiviti asas yang dimaksudkan ialah seperti penjagaan diri, pergerakan dan penukaran posisi tubuh badan. Keadaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau penyakit pada mana-mana sistem saraf, kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain-lain yang menyebabkan ketidakfungsian. Contoh penyebab ketidakupayaan ini adalah:
a. Limb defects (congenital/acquired), termasuk kehilangan ibu jari tangan.
b. Spinal Cord Injury c. Stroke d. Traumatic Brain Injury e. Kerdil (Achondroplasia) iaitu ≤142cm bagi
lelaki dan ≤138 cm bagi wanita f. Cerebral Palsy
Nota: Individu yang mengalami keadaan kekurangan (impairment) tanpa menjejaskan fungsi, contohnya kehilangan jari, mempunyai lebih jari (polydactyly) dan tidak ada atau tidak sempurna cuping telinga tidak dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 8
NO.
KATEGORI
KETERANGAN
V Masalah Pembelajaran
Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejasklan kemampuan pembelajaran individu seperti autisme (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia).
VI Mental Kurang Upaya Mental merujuk kepada keadaan penyakit mental yang teruk menyebabkan seseorang itu tidak berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan other Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders. Nota:
a. Klien mestilah telah menjalani rawatan psikiatri sekurang-kurangnya dua tahun.
b. Pakar Psikiatri akan menentukan tahap kefungsian sosial, kognitif dan kawalan tingkah laku pesakit terjejas dengan ketara atau teruk sebelum beliau dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU.
VII Pelbagai
(Multiple Disabilities)
Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities) bermaksud mempunyai lebih daripada satu jenis ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori I hingga VI.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 9
5.0 KOD BAGI KATEGORI OKU
BIL KOD JENIS KETIDAKUPAYAAN
1 DE Pendengaran
2 BL Penglihatan
3 SD Pertuturan
4 PH Fizikal
5 LD Masalah Pembelajaran
6 ME Mental
7 MD Pelbagai
6.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
Carta Organisasi Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat seperti di Lampiran I
7.0 BORANG YANG DIGUNA PAKAI
Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU (Borang PK OKU) seperti di Lampiran II.
8.0 SUMBER KUASA
8.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut: i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta171) ii. Akta Orang Kurang Upaya 2008 iii. Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak
Kereta ) (MPK) 2007 iv. Pekeliling /Arahan daripada Yang Dipertua/Setiausaha
9.0 SKOP KERJA
9.1 Penerimaan 9.2 Proses 9.3 Penyerahan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 10
10.0 PROSES KERJA
10.1 Penerimaan
10.1.1 Pemohon memohon dengan mengisi borang
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas untuk OKU (Borang PK OKU) yang boleh didapati di Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK dengan menunjukkan dokumen berkaitan seperti salinan Kad Pengenalan Diri, Kad OKU,Lesen Memandu,Geran Kenderaan dan sekeping gambar ukuran passport berwarna kepada Pegawai.
10.1.2 Pemohon mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Khas untuk OKU (Borang PK OKU) Majlis Perbandaran Klang.
10.2 Proses
10.2.1 Pemohon mengemukakan borang yang telah siap diisi berserta dokumen yang berkaitan kepada Pegawai untuk disemak.
10.2.2 Pegawai mengemukakan borang telah disemak kepada Yang Dipertua/Pengarah/Pegawai Tadbir/ Penolong Pegawai Tadbir untuk mendapat tandatangan kelulusan.
10.2.3 Pegawai merekod butiran permohonan dalam pangkalan data pelekat kenderaan khas OKU MPK.
10.3 Penyerahan 10.3.1 Pegawai menyerahkan pelekat kenderaan Khas untuk
OKU kepada pemohon dan menerangkan syarat-syarat
penggunaan pelekat kenderaan OKU MPK.
10.3.2 Pemohon melekat pelekat kenderaan khas OKU pada
kenderaan mereka.
11.0 CARTA ALIR
Carta Alir Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU Majlis
Perbandaran Klang seperti di Lampiran III.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 11
12.0 PENUTUP Penggunaan pelekat khas ini akan memudahkan golongan OKU
menjalani kehidupan seharian terutamanya yang berkaitan dengan
masalah tempat letak kereta OKU yang sering disalahgunakan orang
awam. Sehubungan itu, penggunaan Pelekat Kenderaan Khas untuk
OKU merupakan keistimewaan kepada golongan OKU untuk
membolehkan mereka menggunakan petak letak kereta OKU dan
petak letak kereta awam secara percuma di seluruh Pihak Berkuasa
Tempatan Selangor serta digunakan secara seragam oleh semua OKU
di Negeri Selangor.
13.0 LAMPIRAN
Lampiran I : Carta Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat Lampiran II : Borang Permohonan Pelekat Kenderaan OKU
(Borang PK OKU)
Lampiran III : Carta Alir Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU Majlis Perbandaran Klang
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 12
Lampiran I
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 13
Lampiran II
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 14
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 149 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk Oku 15
Lampiran III
Carta Alir : Permohonan Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU Majlis Perbandaran Klang
Pemohon membuat permohonan melalui borang yang boleh didapati di Bahagian Kemasyarakatan,Jabatan Korporat, Majlis Perbandaran Klang Pemohon mengisi dan melengkapkan borang permohonan dengan menyertakan dokumen sokongan berkaitan dengan permohonannya . Pegawai Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK menyemak butiran pada borang dan dokumen Berkenaan yang disertakan. Pegawai Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK menyerahkan borang yang lengkap dan telah disemak kepada Yang Dipertua / Pengarah/ Pegawai Tadbir/ Penolong Pegawai Tadbir untuk mendapat kelulusan. Pegawai akan merekod butiran pemohon dalam pangkalan data Pelekat Kenderaan Khas Untuk OKU.
Pemohon mendapatkan pelekat kenderaan OKU daripada Bahagian Kemasyarakatan, Jabatan Korporat, MPK
Pemohon melekatkan pelekat kenderaan OKU pada kereta mereka
MULA
Lekatkan Pelekat
Kenderaan OKU pada
kenderaan
Dapatkan Pelekat
Kenderaan OKU
Masukkan Butiran
Pemohon Dalam
Pangkalan Data
Semakan Borang
Borang Permohonan
Pelekat Kenderaan
Isi dan Lengkap
Borang Permohonan
Pelekat Kenderaan
Permohonan
TAMAT
Kelulusan
YDP/Pengarah/
Pegawai Tadbir/Pen.
Peg. Tadbir