aeuu.docx

11
TUGASAN 2015 SEMESTER KOD KURSUS EKM 331 NAMA KURSUS KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN NAMA PELAJAR NO. MATRIK NAMA FASILITATOR AKADEMIK PUSAT PEMBELAJARAN

Transcript of aeuu.docx

Page 1: aeuu.docx

TUGASAN

2015 SEMESTER

KOD KURSUS EKM 331

NAMA KURSUS KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN

Page 2: aeuu.docx

EEM 421

Baca artikel bertajuk “Pendidikan Etika, Moral dan Integriti dalam Organisasi Sektor Awam di Malaysia” oleh Roslan Mahmood dan Nik Rosnag Wan Abdullah

A) Nilai, Etika dan Integriti adalah tiga kata kunci terpenting yang mendasari PIN perlu

diperjelaskan. Nilai merupakan satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap

dan kelakuan individu. Set pegangan ini menentukan kriteria perlakuan yang baik atau

sebaliknya, yang diingini atau tidak dan positif atau negatif. Etika pula himpunan nilai dan

moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen. Manakala

intergriti pula umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada

individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan

pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Intergriti juga terbahagi kepada tiga iaitu

intergriti individu, intergriti organisasi dan intergriti penjawat awam.

Kesinambungan pentadbiran negara memerlukan modal insan yang mempunyai ciri-

ciri seperti berdisiplin, bertanggungjawab, berpengetahuan, berkemahiran, rajin dan tekun,

pantas bertindak, berorientasi pencapaian, jujur dan amanah, ikhlas dan sebagainya.

Seterusnya bagi memastikan perkhidmatan awam sentiasa relevan dan diyakini oleh pihak

pelanggan dan orang awam, imej dan reputasi perkhidmatan awam mestilah sentiasa

diperbaiki dan ditingkatkan agar institusi perkhidmatan awam sentiasa teguh, utuh dan tidak

diganggu dan tidak digugat dengan gangguan sama ada secara dalaman mahupun secara

luaran. Berdasarkan kepada sorotan literatur, salah satu pendekatan yang boleh digunakan

bagi menyelenggara sumber manusia atau modal insan adalah menggunakan pendekatan

pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti.

Oleh yang demikian, pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu

proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga,

pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula,

menuntut kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain

menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat

yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai

sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap, teratur,

Page 3: aeuu.docx

dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan

penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya

seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhannya.

B)Ramai penyelidik berpendapat bahawa pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti

penting bagi memudahkan organisasi (pengurus) mempengaruhi minda atau pemikiran, sikap,

tingkah laku atau kelakuan dan tindakan anggota organisasi ke arah menghasilkan modal

insan yang berkualiti, menghasilkan output yang berkualiti, mengelakkan daripada berlakunya

kelakuan yang menyimpang atau percanggahan kepentingan awam di samping mengekalkan

imej, kredibiliti dan reputasi organisasi pentadbiran awam.

Tujuan utama pendidikan etika, moral dan integriti adalah untuk mengurangkan tingkah laku

yang tidak beretika atau kelakuan yang menyimpang yang wujud dalam sesebuah organisasi

sama ada dalam organisasi sektor awam mahu pun organisasi sektor swasta (McNair dan

Milam 1993; Bampton dan Maclagan 2005). Di samping itu, pendidikan etika, moral dan

integriti adalah untuk membantu anggota organisasi memahami nilai-nilai teras yang

digalakkan bagi memandu pemikiran anggota organisasi ke arah kematangan moral dan

supaya pembangunan kognitif moral anggota organisasi terarah kepada "apa yang betul"

(Oddo 1997; Weber 2007). Pengkaji-pengkaji (Crockett 2005; Fagan et. al. 2007; Felton dan

Sims 2005; French 2006; Sims dan Felton 2006) berpendapat bahawa pendidikan etika, moral

dan integriti boleh meningkatkan pemahaman dan kesedaran tentang kepentingan etika, moral

dan integriti dan kompleksitinya, membangun kemahiran analitikal bagi mewujudkan

pembuatan keputusan yang beretika, meningkatkan sensitiviti dan akauntabiliti di kalangan

anggota organisasi tentang kepentingan pembangunan etika, moral dan integriti dalam

organisasi dan mempengaruhi atau mengubah kelakuan pekerja ke tahap yang diharapkan

Kajian ini penting bagi mengenal pasti sama ada agensi kerajaan atau organisasi sektor awam

benar-benar beriltizam dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memperkukuhkan

pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti seterusnya mempengaruhi minda atau

pemikiran, sikap, tingkah laku dan tindakan anggota organisasi sektor awam agar sentiasa

mengutamakan kepentingan awam. Diharap kajian ini dapat memberikan maklumat yang

sebenar tentang masalah yang dihadapi oleh pengurus-pengurus organisasi sektor awam

berkenaan dengan pengoperasian atau pelaksanaan pendidikan etika, moral dan integriti.

Selain itu, kajian juga dapat memaklumkan kepada pengurus-pengurus organisasi sektor

Page 4: aeuu.docx

awam tentang pendekatan dan strategi yang boleh diaplikasikan bagi mempengaruhi minda

atau pemikiran, sikap, tingkah laku atau kelakuan .dan tindakan anggota organisasi ke arah

sasaran yang telah ditetapkan dan mengutamakan kepentingan awam.

Oleh yang demikian dapatan kajian yang diperoleh daripada kajian ini termasuklah

pembangunan dan pemantapan etika, moral dan integriti anggota organisasi boleh dilakukan

dengan menggunakan pendekatan berasaskan pematuhan melalui aplikasi peraturan dan

undang-undang bagi menghukum dan memberi pengajaran kepada anggota organisasi

seterusnya bagi meningkatkan etika dan integriti anggota organisasi dan pendekatan

berasaskan normatif melalui aplikasi nilai-nilai, norma-norma, prinsip-prinsip etika kemuliaan

dan prinsip-prinsip moral bagi mempengaruhi pemikiran, tingkah laku serta tindakan anggota

organisasi seterusnya bagi meningkatkan integriti anggota organisasi (Dubnick 2006; Menzel

2005; Sekerka 2005; Stansbury dan Barry 2007).

Secara khususnya bagi kedua-dua pendekatan yang dinyatakan di atas organisasi boleh

mengaplikasikan beberapa instrumen seperti kepimpinan atau pengurusan atasan organisasi,

penyelia, rakan sekerja, dasar etika dan integriti, kod etika atau kod tata kelakuan, whistle-

blower policy, tatihan dan pendidikan etika dan integriti, jawatankuasa pembangunan etika

dan integriti, pegawai pembangunan etika dan integriti, sistem dan saluran komunikasi

mengenai etika, moral dan integriti, dasar penempatan anggota, sistem ganjaran, faedah dan

insentif, ujian terhadap etika dan integriti anggota, pengisytiharan harta dan tanggungan, dan

sebagainya.

Seterusnya bagi meningkatkan keberkesanan pembangunan dan pemantapan etika, moral dan

integriti anggota organisasi, Gross-Schaefer et.al. (2000) mencadangkan strategi-strategi

seperti pencegahan terhadap potensi kelakuan yang tidak beretika dan mengeluarkannya dari

sistem organisasi melalui temu bual, semakan kredit, ujian tentang kejujuran dan ujian

poligraf, pemantauan dan pengesanan salah laku, misalnya melalui kawalan kewangan,

penyediaan saluran aduan, pengauditan ke atas prestasi, kewangan dan pematuhan, whistle-

blower policy dan sebagainya, Antara strategi lain ialah penguatkuasaan dan pengawalan

melalui tindakan disiplin dan pendakwaan di mahkamah bagi kes-kes yang melibatkan salah

laku atau percanggahan kepentingan awam dan jenayah.

Page 5: aeuu.docx

C) Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh banyak faktor.

Walaubagaimanapun ramai pengurus dan penyelidik dalam bidang kepimpinandan

pengurusan cenderung untuk melihat kepimpinan sebagai penyumbang utama atau penyebab

langsung kepada pencapaian organisasi. Antaranya adalah Andersen (2002) yang mengatakan

bahawa literatur mengenai kepimpinan secaraumumnya banyak berasaskan andaian bahawa

kepimpinan adalah penyebabkepada keberkesanan organisasi. Selain Andersen, Fiedler

(1967) jugaberpendapat, kepimpinan berkesan sering dilihat sebagai sesuatu yang

amatpenting dalam menerangkan atau membuat ramalan tentang kejayaan organisasi.Bennis

dan Nanus (1985), menyatakan kejayaan sesebuah organisasi adalahdisebabkan oleh

kepimpinan. Begitu juga Yukl (1998) yang turut berpendapat,kepimpinan memberi impak

yang positif terhadap kejayaan organisasi.

Tetapi dalam dunia hari ini yang sangat pantas berubah (terutama dalam ekonomi liberal),

etika bukan sahaja melibatkan pemilihan antara yang betul dansalah, tetapi juga pilihan antara

dua yang betul atau di antara tidak terlalu betuldan tidak terlalu salah.Etika dan isu-isu etika

sebenarnya sentiasa menjadi sebahagian dariteras mana-mana organisasi. Dalam latar

organisasi juga, tingkah laku beretikadalam menjalankan tugas sering dianggap sebagai

sebahagian daripadapegangan dan amalan agama yang dilakukan secara sukarela tanpa

mengharap sebarang balasan. Malangnya andaian seperti ini menyebabkan perkara-

perkaraberkaitan dengan etika kurang diberi perhatian serius. Sebenarnya soal etikamemberi

kesan yang besar terhadap prestasi organisasi. Organisasi yang berorientasikan tahap etika

yang tinggi mendapat banyak faedah dari tindakan tersebut.

Organisasi ini mengamalkan prinsip-prinsip tertentu yang memandu mereka dalam urusan

harian. Mark Pastin (dipetik oleh McNamara 2002) mengenalpasti empat prinsip yang

dipegang oleh organisasi tersebut iaitu mereka selesa berinteraksi dengan berbagai kumpulan

pemegang taruh(stake holders) dalam dan luar organisasi dan mengguna pakai amalan baik

daripada organisasi tersebut, sangat mementingkan keadilan, tanggungjawab peribadi bukan

secara kolektif dan melihat semua aktiviti sebagai matlamat dan matlamat biasanya dapat

organisasi kepada persekitaran.

Oleh yang demikian terdapat pelbagai jenis masalah yang dihadapi berkenaan dengan

pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti. Antara nya ialah ketiadaan garis panduan

yang jelas tentang pengurusan pendidikan etika, moral dan integriti untuk dijadikan rujukan

atau panduan kepada pengurus-pengurus khususnya berkenaan pendekatan dan strategi yang

Page 6: aeuu.docx

boleh digunakan bagi mempengaruhi minda atau pemikiran, sikap, tingkah laku atau kelakuan

dan tindakan anggota organisasi. Masalah kedua ialah rangka kerja pematuhan (peraturan dan

perundangan) dan rangkakerja normatif (nilai-nilai teras) tidak disalurkan kepada semua

pengurus organisasi untuk dijadikan rujukan dan panduan, Masalah ketiga pula melibatkan

pengetahuan yang rendah di kalangan pengurus-pengurus tentang pengurusan pendidikan

etika, moral dan integriti menyebabkan pengurus tidak berupaya menggubal rangka kerja,

pelan operasi dan modul pendidikan etika, moral dan integriti. Selain itu, pengurus-pengurus

juga tidak dapat mengaplikasikan pelbagai teknik pendidikan etika, moral dan integriti kerana

pengurus kurang mahir (latihan yang secukupnya tidak diberikan kepada pengurus-pengurus)

dengan teknik yang boleh digunakan minda atau pemikiran, sikap, tingkah laku atau kelakuan

dan tindakan anggota organisasi.

Selain itu masalah seterusnya ialah persaingan dengan kursus-kursus lain seperti kursus

berbentuk teras, kursus berbentuk teknikal dan kursus berbentuk fungsional yang dianjurkan

oleh agensi menyebabkan kursus berkenaan etika, moral dan integriti kurang diberi perhatian

oleh pihak agensi. Selain itu, bajet tidak diperuntukkan dengan secukupnya untuk pelaksanaan

program atau aktiviti pendidikan etika, moral dan integriti. Terdapat juga masalah lain seperti

program atau aktiviti pendidikan etika, moral dan integriti yang dianjurkan oleh agensi kurang

mendapat sambutan daripada anggota organisasi (sebagai contohnya program ceramah nilai-

nilai murni kebiasaannya dihadiri oleh anggota yang sama bagi sesi ceramah yang dianjurkan

oleh pihak agensi). Hal ini menyebabkan masayarakat kurang mengambil berat tentang

masalah ini.

D) Untuk terus berjaya dalam persekitaran yang serba mencabar ini, organisasi perlu

memberi perhatian kepada isu-isu penting seperti kualiti, persaingan,keberkesanan kos dan

lain-lain isu yang berkaitan. Perubahan dalam organisasihanya berlaku bila ianya datang

Page 7: aeuu.docx

daripada pengurusan atasan dan bila adanya budaya yang mengizinkan. Sebab itu, kerangka

etika yang boleh dijadikan pegangan oleh pemimpin organisasi mempunyai unsur-unsur nilai

yang dapat menjamin organisasi terus berdaya saing.

Dari penerangan dan perbincangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa antara nilai atau

tindakan pemimpin yang terhasil dari kerangka etikayang baik dan dapat membantu

organisasi masing-masing adalah seperti berikut, pertama, komitmen terhadap kecemerlangan.

Pemimpin perlu memastikan nilai ini diturunkan ke peringkat bawahan dengan cara pemimpin

sendiri menunjukkan komitmen beliau kepada kecemerlangan dalam apa sahaja yang

dilakukannya. Kedua, pemimpin sebagai role model contohnya pemimpin yang meletakkan

piawai integriti yang tinggi bagi dirinya akan menjadi role model bagi semua pekerja dalam

organisasi. Ketiga, bersikap terbuka terhadap kritikan, kegagalan dan cadangan. Pemimpin

yang berkesan adalah pemimpin yang dapat menerima tiga perkaratersebut dengan baik.

Pemimpin yang mengamalkan tingkah laku beretika akan sentiasa mendengar dan menerima

pandangan orang lain kerana dirinya juga adalah manusia biasa. Keempat, menghargai tugas

baik /bermutu yang dilaksanakan. Hal ini penting kerana ianya bukan sekadar

menggembirakan pekerja yang bermotivasi malah ianya memberi perangsang kepada mereka

untuk terus bekerja kerasdalam mencapai matlamat organisasi. Kelima, elakkan jalan pintas.

Membangunkan sebuah organisasi yang baik memerlukan usaha keras. Sekiranya ia dibina

melalui usaha yang jujur dan ikhlas kemungkinan untuk kekal berjaya adalah lebih kukuh.

Seterusnya pemimpin juga perlulah mempertahankan kebenaran, telus dalam semua

keputusan dan tindakan ,menggalakkan hubungan interpersonal yang berkesan

dalamorganisasi. ,memberi peluang untuk membangunkan diri kepada semua kakitangan

serta menggalakkan penyertaan kakitangan dan proses demokratik dalam organisasi.

Oleh yang demikian, faedah kepada organisasi dan kakitangan apabila seorang pemimpin

komited terhadap etika adalah seperti pemimpin dan kakitangan gembira dan berpuas hati,

output yang berkualiti dapat dihasilkan atau disampaikan, persaingan yang sihatdan mendapat

kerjasama daripada pihak yang berurusan kerana adanya kepercayaan.