Agama Sikh Bukan Terhad Kepada Bangsa Punjabi Sahaja

1
Agama Sikh bukan terhad kepada bangsa Punjabi sahaja. Malah sesiapa yang mampu membaca dan memahami isi kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh boleh menganut agama ini. Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanchaar yang bermula dengan lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau "brotherhood" Khalsa. Selepas itu, mereka yang ingin memasuk agama ini harus meminum air "Amrit" sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul kelima-lima khalsa ini akan membaca limaBanis yang suci iaitu Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji) Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak) Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji) Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji) Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas) Air ini samalah seperti air baptisme dalam agama Kristian. Pertamanya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang memasuk agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis. Adat istiadat penganut Sikh[sunting | sunting sumber] Adat istiadat bermula sejak kelahiran sehinggalah kematian penganut Sikh. Pemberian hadiah merupakan amalan biasa untuk menyambut kelahiran bayi. Pemberian nama merupakan upacara penting dan ia dikenali sebagai Naamkaran. Disini bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama selepas Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang. Bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam mukasurat itu. Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur. Singh bermaksud "Singa" dan Kaur pula bermaksud "Puteri". Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan melalui satu upacara - pemakaian serban. Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni biasanya dilakukan oleh para agama Sikh dipanggil Granthi atau ketua masyarakat. Bagi seorang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami. Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian masih boleh dilakukan di mahkamah sivil. Gerakan Khalistan bergerak di wilayah Punjab Besar iaitu di antara sempadan India dan Pakistan. Punjab merujuk kepada semua wilayah dan penduduk Sikh yang berbahasa Punjab. Kemuncaknya pada 1970-an dan 1980-an apabila ia berjaya menarik sokongan golongan muda menjadi kumpulan militan menuntut tanah air Sikh yang merdeka dan mendapat sokongan dari penyokong Sikh dari luar negara.

Transcript of Agama Sikh Bukan Terhad Kepada Bangsa Punjabi Sahaja

Page 1: Agama Sikh Bukan Terhad Kepada Bangsa Punjabi Sahaja

Agama Sikh bukan terhad kepada bangsa Punjabi sahaja. Malah sesiapa yang mampu membaca dan memahami isi kandungan Sri

Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh boleh menganut agama ini. Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit

Sanchaar yang bermula dengan lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau "brotherhood"

Khalsa. Selepas itu, mereka yang ingin memasuk agama ini harus meminum air "Amrit" sejenis air madu yang digaul dengan

Kirpan. Semasa digaul kelima-lima khalsa ini akan membaca limaBanis yang suci iaitu

Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)

Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak)

Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji)

Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)

Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas)

Air ini samalah seperti air baptisme dalam agama Kristian.

Pertamanya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang memasuk agama ini. Kemudian air ini

direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama

sehingga habis.

Adat istiadat penganut Sikh[sunting | sunting sumber]

Adat istiadat bermula sejak kelahiran sehinggalah kematian penganut Sikh. Pemberian hadiah merupakan amalan biasa untuk

menyambut kelahiran bayi. Pemberian nama merupakan upacara penting dan ia dikenali sebagai Naamkaran. Disini bayi yang baru

lahir itu akan diberikan nama selepas Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara

rambang. Bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam mukasurat itu. Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama

dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur. Singh bermaksud "Singa" dan

Kaur pula bermaksud "Puteri".

Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan melalui satu upacara -

pemakaian serban. Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni biasanya dilakukan oleh para agama Sikh dipanggil Granthi atau ketua

masyarakat.

Bagi seorang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami. Dalam agama mereka, penceraian

adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian masih boleh dilakukan di mahkamah sivil.

Gerakan Khalistan bergerak di wilayah Punjab Besar iaitu di antara sempadan India dan Pakistan. Punjab merujuk kepada semua wilayah dan penduduk Sikh yang berbahasa Punjab. Kemuncaknya pada 1970-an dan 1980-an apabila ia berjaya menarik sokongan golongan muda menjadi kumpulan militan menuntut tanah air Sikh yang merdeka dan mendapat sokongan dari penyokong Sikh dari luar negara.