Ahmad tajuddin dan gogilavanan
-
Upload
mohandas-perumal -
Category
Documents
-
view
1.220 -
download
3
description
Transcript of Ahmad tajuddin dan gogilavanan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU-KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU
EDU 3051PENGURUSAN PENDIDIKAN
EMPOWERMENT (PENGUPAYAAN):KEPENTINGAN DAN PELAKSANAAN DALAM
PENGURUSAN SEKOLAH
NAMA : AHMAD TAJUDDIN BIN SULAIMAN 150167
G.GOGILAVANAN 150174
OPSYEN: B.Ed TESL 2 (CHT 5)PENSYARAH: PUAN FARIDAH
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
1.0 Pengenalan
Memartabatkan sistem pendidikan negara ke arah bertaraf dunia merupakan
agenda utama pihak berkuasa khususnya Kementerian Pendidikan bagi pengisian
kualitimenghasilkan generasi yang akan datang. Bertolak daripada premis yang
sedemikianrupalah, organisasi-organisasi pendidikan digerakpantaskan supaya
mempunyai anjakanpembinaan dan periaksanaan aktiviti yang menuju ke matlamat
tersebut.Mengikut kata Tun Dr. Mahathir (1991) “Sistem pendidikan negara seharusnya
mempunyai piawaian danmatlamat yang baru supaya ia menjadi wahana utama bagi
menjayakan matlamat negara maju pada tahun 2020”.Dalam ha1 ini juga, kita dapati
Lewis (1983) menjelaskan bahawa usaha-usaha sewajarnya dilakukan ke arah
peningkatan kualiti terbaik untuk peningkatan keseluruhan kualiti negara.
Selain daripada itu, Sergiovanni (1984) juga menyatakan bahawa keberkesanan
sesebuah sekolah adalah bergantung kepada pola kepimpinan oleh seseorang
pengetua atau guru besarnya. Manakala Ubben dan Hughes ( 1992) beranggapan
bahawa siri kepengetuaan seharusnya mendapat perhatian yang paling utama kerana
ia merupakan indikator yang menonjol untuk menentukan ciri keberkesanan sesebuah
sekolah. Wan Mohd Zahid Mohd Nordin (1993) memberi penekanan terhadap aspek
kepimpinan dan pengurusan organisasi pendidikan pada keseluruhannya. Para
pemimpin organisasi pendidikan diseru supaya mementingkan ilmu pengurusan supaya
organisasi pendidikan yang dipimpin akan menuju kecemerlangan. Beliau telah
menggarap salah satunya ialah berhubung dengan pengurusan organisasi pendidikan
yang berasaskan kepada konsep pengupayaan atau ‘empowerment’.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
Pengurusan organisasi sekolah khususnya yang dibina dan disuburkan menerusi
konsep pengupayaan ini dianggap akan berupaya membina unsur-unsur pemuafakatan
dan bersesama dan kolektif dalam melakukan sebarang aktiviti atau program yang
dirangkakan ( Wan Mohd Zahid, 1993). Situasi yang sedemikian rupa penting kerana
sekolah merupakan organisasi yang bukan berbentuk penghasilan barangan tetapi
merupakan industri penghasilan sumber manusia dengan nilai dan unsur kemanusiaan,
kemasyarakatan dan kenegaraan yang dapat menentukan pembinaan dan
kelangsungan peradaban (John Naisbitts, 1990).
Kini, konsep pengurusan sekolah yang berasaskan kepada prinsip pengupayaan
telah dijadikan agenda pengurusan oleh pengetua-pengetua. Konsep pengurusan ini
telah dijadikan oleh sesetengah pihak sebagai pengurusan yang bercirikan demokratik
dan memberi pengiktirafan kepada kakitangan untuk penggunaan kreativiti dan inovasi
yang menuju kepada proses kecemerlangan ( Abdul Shukor Abdullah, 1991).
2.0Pengupayaan
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
“Empowerment” adalah satu bentuk proses pengupayaan menerusi pengagihan
kuasa secara bijaksana dan budi bicara dalam memikir dan merancang cara-cara
yang terbaikuntuk melaksanakan pengurusan perubahan, pengurusan kurikulum
dan lain-lain dengancara-cara yang sesuai, cekap dan berkesan ( Wan Mohd
Nordin, 1993).
James A. F. Stoner (1984) melihat pengupayaan sebagai satu pengamanahan
kepadaseseorang yang lain atau auto&i dan bertanggungjawab formal bagi
menjalankan aktivit-aktivititertentu. Ia juga merupakan satu proses pemindahan
kuasa yang sah dari pihakatasan kepada orang-orang di bawahnya.Manakala
Ahmad Atori Hussain (1991) dalam bukunya Pengurusan Organisasimelihat prinsip
pengupayaan sebagai satu pola pengurusan yang berasaskan kepada ideology
partisipasi dalam konteks amalan hubungan kemanusiaan di mana setiap ahli
dapatdipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas kerana ia dianggap salah satu
unsur dalamsistem organisasi itu sendiri.
Berasaskan kepada tiga pernyataan di atas, dapatlah kita katakan bahawa unsur
pengupayaan ini merupakan salah satu pola pengurusan yang dianggap sebagai
salah satu paradigma yang memungkinkan keberkesanan sesebuah organisasi.
Bentuk pengurusan inidianggap sebagai satu bentuk pengurusan secara
bersesama atau dalam kata lain AbdulShukor Abdullah ( 1991) menyifatkannya
sebagai berpenyertaan.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
Pendekatan pengurusan secara pengupayaan oleh kekangan yang tertentu juga
dilihat sebagai pengurusan kekuatan ahli organisasi menerusi hubungan timbal
balik dalam perlaksanaan sesuatu tugasan.Dalam soal ini, pemimpin beranggapan
bahawa hasil yang dicapai adalah lebih berkesan menerusi perkongsian
tanggungjawab. Justeru itu, kita melihat struktur pengurusan yang menggunakan
tunjuk arah yang berasaskan pengupayaan ini menyimpang daripada lunas-lunas
autokratik dan ia lebih mendekati iklim pendemokrasian pengurusan.
Setiap organisasi persekolahan mempunyai matlamat atau objektif yang hendak
dicapainya.Bagi menentukan pencapaian berkenaan, ahli-ahli organisasi sekolah
akanmemainkan peranan masing-masing yang bersesuaian. Struktur pimpinan dan
cara gaya pengurusannya juga akan menentukan pencapaian matlamat itu. Oleh
yang demikian, bagiorganisasi persekolahan, pucuk pimpinan perlu rnenggunakan
kaedah yang tertentu.Pengupayaan di peringkat sekolah atau organisasi pendidikan
adalah penting kerana iamerupakan salah satu bentuk pengurusan yang
berasaskan penyertaan autoriti dan tanggungjawab bersama bagi keberkesanan
organisasi berkenaan (Zaidatul Akmaliah Lope Pihie 1990).
Oleh yang demikian, pengupayaan atau penurunan kuasa adalah perlu dan
wajar dilaksanakan di institusi persekolahan kerana ia akan melahirkan unsur-unsur
permuafakatan secara yang lebih berkesan kepada warga persekolahan berkenaan.
Dan tidakhairanlah kalau Naisbitts (1990) juga menggangap pengupayaan
sebagaisatu perubahanparadigma daripada pusat ke pinggiran, daripada ketaatan
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
kepada komitmen dan daripada kawalan kepada perkongsian. Ini secara langsung
menggambarkan kepada kita bahawa pengupayaan ini akan membolehkan
penghasilan yang lebih bermakna berbanding dengan bentuk pimpinan yang
berasaskan kepada perspektif pemikiran dan teori kuasa/politik dalam pengurusan
organisasi sekolah.
Struktur simbol yang boleh di anggap sebagai ciri-ciri pengupayaan secara
umum,dapatlah dirumuskan seperti berikut:
I. Pengetua sebagai pengurus yang menggabung teori kepimpinan : Kajian
danpenulisan mengenai pengurusan sekolah membuktikan bahawa pengetua
adalahpembolehubah yang paling penting bagi menentukan prestasi sekolah
dari segi akademikdan budaya sekolah (Hussain Ahmad, 1993). Justeru itu,
dalam pengurusan berasaskanpengupayaan ini pengetua seharusnya
memiliki sifat-sifat berikut:
a) Peka terhadap nilai, sikap dan perbezaan yang terdapat di kalangan ahlinya.
b) Tidak bersikap monopoli dan mempercayai keupayaan guru-guru.
c) Melahirkan satu sistem pembuat keputusan bersama yang berkesan.
d) Mempunyai tujuan dan mendapat restu guru-guru.
e) Melahirkan perhubungan yang rapat dengan masyarakat sekolah dan
persekitaran sekolah. Dalam hal ini, pengetua akan dianggap sebagai model yang
mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi. Ia tidak autokratik tetapi demokratik. Abdul
Shukor Abdullah (1991) menganggap pengetua sebegini sebagai “fasilitator”,
“initiator” dan supporter”.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
II. Pola pengurusan lebih berasaskan tindakan kemanusiaan : Menerusi struktur
pengurusan yang berdasarkan konsep pengupayaan, pemimpin atau pihak
pengurusan adalah lebih demokratik. Pengurus pendidikan yang bertimbang
rasa biasanya mempunyai pengikut (pekerja) yang mempunyai tahap kepuasan
yang lebih tinggi dari segi prestasi pekerja (Al-Ramaiah, 1992).
III. Hierarki struktur yang tidak rigid : Dalam menghadapi dilema pengurusan
institusipersekolahan, pengetua sewajamya dibekalkan dengan pengetahuan
pengurusan yangpelbagai. Pengurusan yang berasaskan reflektif rasionaliti
adalah lebih baik dari teknikalrasionaliti (Dr. Wan Zahid, 1993).Ia mempunyai
kaitan dengan ciri pengurusan yang tidakhomogen, rutin dan boleh ditelah
perilaku dan hasilnya. Ini merupakan salah satu ciripengupayaan yang diterima
di sekolah-sekolah.
IV. Wujud bentuk pemuafakatan : Pembinaan iltizam berasaskan konsep
pemuafakatan akan menjadi lebih bermakna dan menambah keberkesanan
institusipendidikan. Pemuafakatan ini bukan hanya terbatas kepada warga
sekolah semata-matatetapi juga melibatkan unsur PIBG.tbrahim Mat (1993)
beranggapan bahawa unsurbersesama di antara elemen kepimpinan sekolah,
guru, murid dan ibu bapa penting bagimeningkatkan prestasi sekolah. Situasi
yang sedemikian juga merupakan antara elemenpengupayaan dalam
pengurusan institusi persekolahan.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
V. Ia juga bertunjangkan konsep kebertanggungjawaban yang menyeluruh
Dalampengurusan organisasi mengikut James A. F. Stoner (1984) bagi
penggunaan sumber-sumberdengan cekap, maka proses penanggungjawaban
harus dari atas ke bawah di mana wujudnyakebolehan maklumat yang
mencukupi bagi melaksanakan tanggungjawab itu dengan cekap.Oleh yang
demikian, ciri ini wujud menerusi pengupayaan di sekolah kerana
iamemungkinkan individu-individu dalam organisasi dapat melaksanakan tugas-
tugas yangdiserahkan kepada mereka dengan lebih efektif.
VI. Ahli institusi persekolahan bebas mewujudkan cetusan idea bagi perubahan :
Dalam menangani masalah-masalah di institusi persekolahan, para guru
sewajamya diberi kebebasan untuk mengemukakan idea bagi perubahan yang
lebih bermakna. Mematuhi dan melaksanakan tugas tanpa unsur kebebasan
akan mewujudkan sindrom kebekuan minda. Justeru itu, tidak hairanlah jika Dr.
Wan Mohd Zahid (1993) sering menekankan konsep cetusan pemikiran
berasaskan “unreasonable thinking” kepada guru.Pengalaman ini merupakan
aset terbaik dalam perlaksanaan pengupayaan di peringkat sekolah.
VII. Berasaskan kepada teknikal reflektif dan bukannya teknikal rasionaliti:
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
Tindakan-tindakan yang berasaskan kepada menunggu arahan dan surat
pekeliling sudahtidak sesuai dalam melakukan anjakan paradigma pendidikan.
Oleh itu, menerusi konseppengupayaan ini, sesuatu tindakan itu harus
terkehadapan supaya kecemerlangan akanmenjadi asas pencapaian
keseluruhannya. Ini juga mempunyai korelasi yang mantap dengantindakbalas
yang menunjukkan ciri-ciri inovatif, sifat-sifat imaginasi yang tinggi melangkaui
kebiasaan dart rutin dalam gerak kerja. Elemen ini sebagai unsur penting bagi
keberkesanankomitmen oleh institusi persekolahan dalam pengisian Wawasan
2020 (Dr. Hussain Ahmad,1993).
VIII. Mewujudkan prinsip skalar : Menerusi perlaksanaan konsep pengupayaan
dalamorganisasi pendidikan, ia secara langsung akan menjayakan prinsip skalar
dalampengurusan. Menurut prinsip ini yang dipopularkan dalam teori oleh James
A. F. Stoner(1984) para anggota organisasi mengetahui di mana kedudukan
mereka dalam rantaianperintah. Prinsip skalar meyarankan kemestian
mewujudkan satu garis auto&i secara jelasyang menurun selangkah demi
selangkah dari tingkat paling tinggi dalam organisasihinggalah ke tingkat yang
paling bawah. Ini akan mengelakkan pertindanan bidang kuasadan seterusnya ia
akan menambahkan keberkesanan organisasi itu sendiri.
IX. Prinsip keesaan perintah : Mengikut ptinsip keesaan per&ah setiap orang
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
dalam organisasi hendaklah melaporkan kepada hanya seorang ketua sahaja.
Melaporkankepada lebih daripada seorang ketua menyulitkan seseorang itu
untuk mengetahui kepadasiapa tertakluk kebertanggungjawabannya dan arahan
siapa mesti diikuti.Konsep inibersesuaian dengan pengupayaan di institusi
persekolahan supaya pertindanan arahan tidakberlaku di antara pengetua
dengan penolong-penolong kanan.
X. Mewujudkan sistem pemantauan : Sistem pengesanan atau pemantaun akan
lebih bermakna jika mengikut piawaian yang difahami dan dipersetujui semua.
Hal yangdemikian rupa penting dalam menentukan bentuk penilaian aktiviti-
aktiviti yang dilakukanmenerusi pengupayaan dalam sesebuah sekolah.
Ciri-ciri yang dikemukakan di atas merupakan antara unsur yang dapat
dikenalpastimenerusi konsep pengupayaan dalam pengurusan di institusi-
institusi persekolahan dinegara ini.Ciri-ciri ini lebih menjuruskan kepada bentuk
positif terhadap pola kepimpinanpengetua menerusi konsep pengupayaan dalam
beberapa bidang yang dilakukan di sekolah.
2.1Model-model Pengupayaan.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
Apabila menyebut mengenai pengupayaan, kita haruslah terlebih dahulu
mengenali model-model pengupayaan yang boleh digunakan apabila
membentuk sesebuah organisasi.Ini penting kerana kita boleh mengetahui
model pengupayaan yang manakah lebih sesuai untuk membentuk
organisasi yang kita inginkan.
Yang pertama sekali adalah model pengupayaan berbentuk bulatan. Ia
merupakan koordinasi kumpulan atau pasukan yang dihubungkan oleh
bahagian pusat atau bahagian tengah bulatan (Rajah 1 ). Antara ciri-ciri
organisasi ini ialah bahawa pelanggan berada di tengah yang
menghubungkan semua bahagian.Pekerja pula bekerja untuk mencapai apa
yang dikehendaki oleh pelanggan.Tanggungjawab, kemahiran, kuasa dan
juga kawalan haruslah dikongsi bersama.Dalam model ini, kawalan dan
koordinasi datang daripada komunikasi yang berterusan.Perubahan akan
berlaku dengan cepat dan selari dengan cabaran masa.Kuasa yang
diperolehi adalah hasil daripada pengaruh terhadap pekerjanya dan bukan
kerana kedudukan dalam sesebuah organisasi.Individu yang diharapkan
haruslah mampu menguruskan segala tugas yang diberikan dengan sendiri
serta bertanggungjawab kepada semua yang berlaku dalam organisasi.Di
dalam model pengupayaan berbentuk bulatan ini, pengurus adalah pemberi
semangat, penghubung dan pemberi kuasa kepada kumpulan.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
Rajah 1
Rajah 1: Model Pengupayaan Berbentuk Bulatan
(Sumber: Cynthia D. S. & Dennis T. J. (2004). Empowerment : Building a Commited
Workforce, New Delhi: Viva Books Private Limited, hal. 15)
Model yang kedua di dalam pengupayaan adalah Model Pengupayan
Kontinuum.Banyak organisasi melaksanakan pengupayaan tetapi berbeza dari
segi tahap.Sesetengah organisasi memberi pengupayaan dengan menggalakkan
pekerja-pekerjanya memberi pendapat sementara pengurus masih mempunyai
autoriti muktamad dalam membuat keputusan manakala sesetengah organisasi
pula, pekerja barisan hadapan diberikan hampir kuasa penuh dalam membuat
Pelanggan
Pekerja
Pekerja
Pekerja
Pekerja
Pekerja
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
keputusan dan melaksanakan inovasi.Pendekatan pengupayaan kini bergerak
pada sepanjang kontinum seperti ditunjukkan di dalam Rajah 2.
Rajah 2: Model Pengupayaan Kontinuum
(Sumber: Daft, R. L. (1999). Leadership.Theory and Practice.Orlando: Harcourt, Inc.
hal. 257)
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
Model pengupayaan yang ketiga dan juga yang terakhir adalah Model
Proses Pengurusan Pengupayaan Subordinat.Model Proses Pengurusan
Pengupayaan Subordinat (Rajah 2.3) yangdikemukakan oleh Kinlaw seperti
yang dinyatakan oleh Ab. Aziz (2003) adalah bagi memastikan kejayaan
pelaksanaan pengupayaan di dalam organisasi dengan melibatkan beberapa
langkah yang penting.Langkah yang pertama adalah dengan memberi
definisi dan menyampaikan makna pengupayaan yang sebenar dan tepat
kepada semua ahli organisasi. Seterusnya adalah menetapkan matlamat
yang jelas, realistik dan boleh diukur berdasarkan strategi yang konkrit untuk
membentuk rangka kerja bagi setiap individu di dalam pelbagai hirarki
organisasi.
Langkah yang berikutnya adalah menyediakan program latihan yang
bersesuaian dengan setiap matlamat yang ingin dicapai.Kemudian
menyelaraskan struktur organisasi yang saling bergantung supaya
mengurangkan kerenah birokrasi.Struktur organisasi mekanistik haruslah
digantikan dengan struktur organik yang lebih fleksibel.Organisasi juga
haruslah memberi autonomi yang lebih besar kepada bahagian atau jabatan
dan memberi lebih kebebasan kepada pekerja.
Kemudian penyelarasan sistem organisasi seperti perancangan, maklum
balas,kenaikan pangkat dan latihan mestilah dilakukan. Langkah yang
terkahir adalah menilai dan memperbaiki proses pelaksanaan pengupayaan
dengan mengukur kemajuan serta penerimaan daripada ahli-ahli dalam
organisasi.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
Rajah 3: Model Proses Pengurusan Pengupayaan Subordinat
(Sumber: Ab. Aziz (2003). Gelagat Organisasi: Teori Isu dan Aplikasi. Petaling
Jaya : Prentice Hall, hal. 339)
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
3.0Kepentingan pengupayaan dalam pengurusan sekolah.
Pengurusan ialah proses bekerja dengan dan melalui orang lain untuk mencapai
objektif organisasi dalam alam keliling yang berubah-ubah. Tumpuan kepada
proses ini ialah keberkesanan dan kecekapan (effectiveness and efficiency)
terhadap pengurusan sumber-sumber yang terhad.
Menurut James R Houghton, Pengerusi Coning, mengatakan bahawa zaman
hirarki di dalam pentadbiran organisasi sudah berlalu ( Steward, 1996). Melalui
pendekatan desentralisasi, pengupayaan merupakan kunci utama bagi menarik
semua kakitangan melibatkan diri di dalam aktiviti organisasi ( Stan Shin dalam
Khoo Kheng Hor, 1997 ).
Dalam sesuatu usaha melaksanakan perubahan kepada organisasi sekolah
perlulah mengenal pasti keperluan untuk memberikan penekanan dan menyokong
terhadap profesionalisme dan akauntabiliti guru-guru secara maksimum.Tindakan
ini dilakukan dengan memberikan guru-guru lebih ruang membuat keputusan di
dalam bilik darjah yang dijangkakan menepati hasrat dan matlamat pendidikan
keseluruhannya (Short, 1998). Menurut Senge (1990), sesebuah organisasi yang
akan benar-benar cemerlang dan gemilang pada masa akan datang merupakan
organisasi yang dapat mencungkil bakat dan potensi para pekerjanya .
Pengupayaan merupakan elemen penting yang menjadi kunci dalam
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
menghubungkaitkan peranan guru-guru dalam menjalankan tugas pengajaran untuk
meningkatkan proses pembelajaran pelajar (Gamoran & Porter, 1994).
Kebebasan untuk membuat keputusan dan mendapat kepercayaan dari pihak
pentadbiran untuk menjalankan tugas menggambarkan keyakinan pihak
pengurusan terhadap kecekapan dan kebolehan guru.Secara tidak langsung pihak
pentadbiran mengiktirafkan tahap profesionalisme guru berkenaan.Sarason, (1992)
dan Schmoker (1992), para guru dikatakan mendapat kebebasan untuk mengambil
keputusan-keputusan yang member impak positif terhadap profesion mereka
termasuk menentukan langkah terbaik dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
Bagi Holt (1993), pemberian kuasa bukan hanya termasuk satu proses membuat
keputusan oleh pekerja malah pihak pengurusan perlu menyediakan sumber-
sumber yang mencukupi supaya pekerja dapat melaksanakan tanggungjawab dan
membuat keputusan dengan lebih efektif.
Sekiranya dilihat dari aspek dimensi status dalam pengupayaan, keperluan
harga diri (Self-Esteem Needs) mengandungi dua sumber iaitu esteem diri sendiri
dan esteem daripada orang lain. Esteem diri sendiri ialah status, prestij,
pengiktirafan, perhatian dan sanjungan yang diberikan kepada individu tersebut.
Seseorang individu ingin menampilkan rasa kemanusiaan, peka dengan kemuliaan
dan peribadinya serta memiliki harga dalam dunia ini (Yusouf Qardhawi,
1994).Keperluan harga diri yang tidak dipenuhi boleh membawa kepada rasa
rendah diri dan tidak terdaya yang akhirnya boleh membawa kemurungan, putus
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
asa serta tingkah laku neurotik. Rasa ingin dihormati oleh orang lain sangat
diperlukan (Arkes & Graske, 1982).
Dalam amalan pengupayaan, penyertaan yang tinggi dalam membuat keputusan
terutamanya yang melibatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran akan
meningkatkan kepuasan dan secara tidak langsung akan mengurangkan tekanan
kerja guru (Belasco & Alutto, 1972). Berdasarkan dapatan kajian mengenai tekanan
kerja, mununjukkan guru yang berpengalaman mempunyai tahap kepuasan kerja
yang tinggi didapati kurang mengalami tekanan berbanding dengan guru-guru yang
mempunyai tahap kepuasan yang rendah (Menlo & Poppleton, 1990).
Pengupayaan memerlukan pengurus menurunkan kuasa pembuatan keputusan.
Dalam konteks sekolah, atas dasar kepercayaan dan keyakinan terhadap barisan
pentadbiran, pengetua menurunkan sedikit kuasa kepada penolong kanan-
penolong kanan dalam merancang aktiviti-aktiviti masing-masing.Sebagai contoh,
sebelum sesi persekolahan bermula, penolong kanan Akademik akan menyediakan
senarai tenaga pengajar mengikut opsyen matapelajaran masing-masing. Manakala
penolong kanan Hal Ehwal Murid (HEM) akan melantik jentera barisannya yang
akan membantunya dalam urusan pendaftaran pelajar dan yuran sekolah. Semua
ini tidak memerlukan campurtangan langsung daripada pengetua, cukup sekadar
memberi nasihat yang berguna berdasarkan pengalaman yang lepas. Menjadi
seorang fasilitator kepada penolong kanan menyebabkan mereka merasai tugas
mereka bermakna dan secara tidak langsung meningkatkan motivasi kerja.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
4.0Pelaksanaan pengupayaan dalam pengurusan sekolah.
Ken Blanchard et al (1996 ) menerangkan pelaksanaan penupayaan merupakan
proses yang berterusan dan melibatkan tiga kunci utama iaitu perkongsian
maklumat dengan kakitangan, mencipta autonomi dalam sempadan dan
menggantikan sistem hirarki tradisional kepada pasukan terarah sendiri. Dengan
adanya perkongsian maklumat ini akan muncul perasaan saling percaya
mempercayai antara satu sama lain. Pengkongsian maklumat bermakna pemimpin
memberi kefahaman kepada kakitangan mengenai keadaan semasa organisasi
dengan jelas dan mantap.Pada masa ini adakah fenomena ini wujud di sektor
sekolah dan dapat dijalankan oleh guru pada peringkat pengurus pertengahan.
Menurut pemikiran hirarki tradisional , pengetua yang menetapkan matlamat
organisasi dan kemudian diturunkan ke peringkat bawahan. Ini bermakna guru di
peringkat pengurus pertengahan tidak terlibat dalam membina matlamat tersebut.
Mereka tidak mempunyai komitmen kerana mereka tidak terlibat langsung dalam
proses membina matlamat itu. Sebaliknya di dalam organisasi yang melaksanakan
pengupayaan, matlamatnya ditetapkan secara bersama dan mampu
membangkitkan rasa tanggungjawab dan bersifat kepunyaan di kalangan
mereka.Setelah pengupayaan dilakukan, pengurus pertengahan akan mempunyai
autonorni dalam sempadannya yang dikatakan mampu membentuk tenaga kerja ke
arah pencapaian matlamat dan menghasilkan impak yang diinginkan.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
Untuk menjalankan tugas dengan baik, pengurus pertengahan memerlukan
sempadan autonomi yang jelas. Kadangkala, batasan ini tidak dapat ditentukan
sejauhmana ianya diberi oleh pengetua, mahupun guru itu sendiri tidak jelas akan
sempadannya. Sempadan yang hendak diberi berbeza-beza mengikut katogeri
pengurusan sekolah eperti kurikulum, kokurikulum, kewangan, staf dan sebagainya.
Ini termasuklah proses membuat keputusan dan akauntabiliti.
Pengenalan satu sistem atau kaedah baru selalunya memberi impak yang positif
atau negatif kepada guru-guru di sekolah. Keadaan ini akan memberi keadaan yang
kacau-bilau dalan pentadbiran sekolah.Inilah yang akan berlaku jika proses
pengupayan atau penurunan kuasa diperkenalkan kepada sekolah. Guru-guru
tertentu telah diberi kuasa untuk membuat keputusan bagi pihak pengetua.
Keputusan itu akan nanti menyebabkan suatu keadaan guru-guru lain tidak
mempercayai keadaan itu dan meminta penjelasan. Impak ini perlu dikawal atau
tangani segera melalui komunikasi yang berkesan. Komunikasi secara lisan atau
tulisan perlu disediakan medium yang sesuai agar ia cepat sampai kepada
penerima maklumat.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
5.0Penutup
Dengan ini, kita boleh meringkaskan bahawa pengupayaan adalah satu cara
mendemokrasikan pengurusan sekolah supaya menjadi satu badan yang lebih effisien
dari segi pengagihan dan pelaksanaan tugas. Seperti mana yang telah dibincangkan,
kepentingan pengupaayan pengurusan sekolah memberi kesan kepada penglibatan
guru dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru dan juga ahli pengurusan
sekolah. Kebebasan yang diberi untuk membuat keputusan, kebebasan bersuara dan
sebagainya adalah sesuatu yang diharapkan oleh guru dan secara tidak langsung,
pengurusan sekolah menjadi lebih berkesan melalui pengupaayan tersebut.
Pelaksanaan pengupayaan yang melibatkan tiga kunci utama iaitu perkongsian
maklumat dengan kakitangan, mencipta autonomi dalam sempadan dan menggantikan
sistem hirarki tradisional kepada pasukan terarah sendiri merupakan langkah ke arah
pengurusan sekolah yang lebih berkesan.
Pengurusan Pendidikan EDU 3051 Ahmad Tajuddin (150167) & G.Gogilavanan (150174)
Rujukan:
1. http://tahiyyatalqulub.blogspot.com/2011/08/pengupayaan-empowerment-dan-
budaya.html
2. http://dari-sinarmata.blogspot.com/2011/04/hubungan-pengurusan-
pengupayaan-dan.html
3. Ariffin Bin Che Yahya (1997). KEPIMPINAN DAN PENGUPAYAAN
“EMPOWERMENT” DALAM PENGURUSAN SEKOLAH. Dimuat turun pada 8
Februari 2012
http://etd.uum.edu.my/818/1/Ariffin_Che_Yahya.pdf
4. Mohammad Anuar Abd Rahman dan Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya
(2000).PENGUPAYAAN DALAM PENGURUSAN SEKOLAH: SATU TINJAUAN
DI KALANGAN PENGURUS PERTENGAHAN DI SEKOLAH MENENGAH DI
BANDAR JOHOR BAHRU. Dimuat turun pada 8 Februari 2012
http://eprints.utm.my/2261/1/
AziziYahaya_Pengupayaan_Dalam_Pengurusan_Sekolah.pdf
5. JAAFFAR BIN KHAMIS (2007). TAHAP PENGUPAYAAN TERHADAP GURU
KANAN MATA PELAJARAN (GKMP) DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
DAERAH MUAR. Di muat turun pada 8 Februari 2012
http://eprints.utm.my/6589/1/JaaffarKhamisMFP.pdf