Aids

21
SIKAP PELAJAR-PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN AIDS DI SEKOLAH BAB 1 PENGENALAN Latar Belakang Kajian Penilaian sikap pelajar-pelajar terhadap guru, sekolah, mata pelajaran tertentu seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan sebagainya, bukanlah satu perkara yang baru dalam bidang kajian pendidikan. Pelbagai kajian seumpama ini telah dijalankan di luar negeri dan di dalam negeri, tetapi kajian mengenai sikap pelajar terhadap Pendidikan AIDS adalah merupakan satu fenomena yang agak baru, khususnya di Malaysia. Pada 18 September 1992, Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa Pendidikan Kesihatan Keluarga akan diperkenalkan di semua sekolah menengah di seluruh negara. Pendidikkan AIDS merupakan salah satu komponen dalam 1

description

Pengenalan

Transcript of Aids

Page 1: Aids

SIKAP PELAJAR-PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN AIDS

DI SEKOLAH

BAB 1

PENGENALAN

Latar Belakang Kajian

Penilaian sikap pelajar-pelajar terhadap guru, sekolah, mata pelajaran tertentu

seperti Sains, Matematik, Bahasa Inggeris dan sebagainya, bukanlah satu perkara yang

baru dalam bidang kajian pendidikan. Pelbagai kajian seumpama ini telah dijalankan di

luar negeri dan di dalam negeri, tetapi kajian mengenai sikap pelajar terhadap Pendidikan

AIDS adalah merupakan satu fenomena yang agak baru, khususnya di Malaysia.

Pada 18 September 1992, Menteri Pendidikan Malaysia telah mengumumkan

bahawa Pendidikan Kesihatan Keluarga akan diperkenalkan di semua sekolah menengah

di seluruh negara. Pendidikkan AIDS merupakan salah satu komponen dalam Pendidikan

Kesihatan Keluarga (Curriculum Development Center, 1993). Keperluan untuk

memperkenalkan Pendidikan AIDS timbul daripada kebimbangan kerajaan Malaysia

terhadap masalah wabak AIDS di negara ini. AIDS merupakan suatu penyakit yang

paling dahsyat yang dihadapi oleh manusia pada abad ini. Penyakit ini bukan sahaja

rnembunuh individu tetapi juga memusnahkan negara dari segi struktur sosioekonominya

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993).

1

Page 2: Aids

Penyakit ini mula membunuh genarasi muda, iaitu genarasi yang sepatutnya

membentuk masa depan negara (Pusat Perkembang Kurikulum, 1993). Mengikut

perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia, di antara tahun 1986 sehingga Ogos 1996,

seramai 17,241 orang telah disahkan sebagai pembawa virus HIV dan 501 orang

disahkan mengidap AIDS. Seramai 501 orang mengidap AIDS ini, dianggarkan 426

orang telah meninggal dunia (Padman, 1996). Sebanyak 330 hingga 400 kes baru

jangkitan HIV di kesan di negara ini setiap bulan (New Sunday Times, 1996) 

Para ibubapa dan Kementerian Pendidikan telah menunjukkan kebimbangan

apabila berita mengenai pelajar-pelajar sekolah dikesan sebagai angka terbaru dalam

perangkaan mangsa AIDS di negara ini. Berita seterusnya yang telah betul-betul

memeranjatkan pihak-pihak ini ialah apabila tersiarnya berita mengenai lima ratus orang

pelajar telah disahkan dijangkiti virus AIDS di negara ini (Roslan, 1996)) dan kali

pertama dalam sejarah pendidikan negara tiga orang pelajar disahkan mati akibat

jangkitan AIDS (Raymond & Khairunnisa, 1996).

AIDS adalah satu penyakit yang aneh. Ia tidak menunjukkan sebarang tanda-

tanda jangkitan pada peringkat awal. Tempoh bagi penyakit ini menunjukkan tanda-tanda

jangkitan atau kesan jangkitan ini mungkin mengambil masa dalam beberapa bulan

hingga sepuluh atau sebelas tahun selepas dijangkit virus penyakit ini ( Stine, 1993; Nerid

& Gotfriend, 1993). Ini bermakna kebanyakan orang yang dijangkiti penyakit ini

kelihatan sihat sehingga penyakit ini mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan. Maka

dengan itu para pengkaji mengenai jangkitan AIDS di kalangan remaja meramalkan

bahawa kebanyakan orang muda yang disahkan mengidap AIDS mungkin telah dijangkiti

2

Page 3: Aids

HIV semasa mereka remaja atau belasan tahun dahulu (Center of Disease Control, 1989).

Para pengkaji juga menyatakan bahawa kadar jangkitan HIV, paling pantas di kalangan

remaja atau belasan tahun (Garwood & Melnick, 1995). 

Memandangkan AIDS mempunyai implikasi yang serius terhadap gaya hidup dan

masa depan genarasi muda negara ini, maka pendidikan telah dianggap sebagai senjata

yang paling berkesan untuk mencegah penyebaran penyakit ini ( Ong, 1996). Pendidikan

yang dimaksudkan di sini ialah Pendidikan AIDS atau disebut juga sebagai Pendidikan

Seks. Pendidikan AIDS bermatlamatkan kepada keperluan para pelajar untuk

memperolehi pengetahuan tentang agen-agen penyebar penyakit kelamin dan AIDS, cara-

cara rnencegah penyakit-penyakit kelamin dan AIDS, kesedaran tentang kesan AIDS

terhadap ekonomi, kependudukan dan demografi negara. Selain danipada rnemberi

pengetahuan, Pendidikan AIDS juga menekankan perubahan sikap dan pengubahsuaian

tingkah laku yang sewajarnya terhadap penyakit kelamin dan AIDS.

Harapan Kernenterian Pendidikan Malaysia ialah melalui Pendidikan AIDS.

wabak penyakit ini dapat dikawal dan seterusnya rnernbentuk satu genarasi muda baru

yang bebas daripada ancaman penyakit ini. Keberkesanan program Pendidikan AIDS

bergantung kepada beberapa faktor, antaranya ialah sokongan dan penglibatan semua

pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, dalam menjayakan program ini.

Tetapi harus diingat bahawa kita jangan terlalu berbangga bahawa satu program khusus

untuk membenteras ancaman AIDS di kalangan pelajar telah dibentuk dan sedang

dlilaksanakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Kita juga jangan terlalu

3

Page 4: Aids

mengharapkan bahawa program ini akan menambahkan pengetahuan serta mengubah

sikap dan tingkah laku berisiko para pelajar terhadap penyakit ini.

Anggapan seperti ini agak merbahaya sekiranya pengetahuan sebenar dan

keperluan para pelajar hanya diandaikan dalam membentuk program Pendidikan AIDS

ini. Pengetahuan sebenar dan keperluan para pelajar perlu dikaji dengan teliti. Program-

program seumpama ini memerlukan satu tahap perundingan dengan para pelajar untuk

menentukan keperluan mereka. Perundingan ini lebih bermakna daripada melaksanakan

program ini dengan hanya berdasarkan andaian sahaja (Massey, 1990). Para pelajar

merupakan komponen yang penting dalam menjayakan program ini kerana program ini

dirangka khusus untuk mereka membebaskan diri daripada ancaman penyakit ini.

Walaupun Pendidikan AIDS telah diwajibkan di semua sekolah menengah di seluruh

Malaysia, ini tidak bermakna semua pelajar yang menjadi sasaran Pendidikan AIDS ini

menerimanya. Sekiranya sikap pelajar terhadap Pendidikan AIDS ini adalah dingin atau

negatif maka program ini tidak akan mencapai matlamatnya.

Kajian menunjukkan bahawa pengetahuan sahaja tidak mencukupi untuk

mengubah tingkah laku seseorang. Manakala sikap mempunyai pengaruh yang lebih ke

arah perubahan dalam tingkah laku (Bringham, 1986). Perkaitan di antara sikap dan

tingkah laku ini dapat dilihat dan hasil-hasil kajian Fazio (1986) serta Powell dan

Faizio(1986). Kesimpulan mereka ialah pembentukan sikap yang baik dapat

membimbing tingkah laku ke arah yang sama. 

4

Page 5: Aids

Oleh itu pembentukan sikap yang positif terhadap Pendidikan AIDS adalah satu

matlamat dan harapan yang akan memastikan keberkesanan program ini dan seterusnya

membentuk genarasi muda yang sihat dan berakhlak tinggi. 

Pernyataan Masalah

Matlamat Pendidikan AIDS dilaksanakan di sekolah-sekolah ialah untuk memberi

kesedaran kepada para remaja tentang bahaya penyakit ini dan seterusnya membentuk

satu genarasi muda yang bebas dari ancaman penyakit ini. 

Untuk mencapai matlamat tersebut selain daripada penglibatan Kementerian

Pendidikan, sekolah dan guru dalam menentukan keberkesanan Pendidikan AIDS, sikap

pelajar terhadap Pendidikan AIDS amatlah penting dan perlu diambil kira. Salah satu

matlamat unggul pendidikan ialah membentuk para peiajar yang bermotivasi kendiri dan

berarah kendiri. Dengan itu tumpuan utama Pendidikan AIDS ialah bahawa para pelajar

dapat membina sikap yang positif dan melibatkan diri dengan aktif dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran Pendidikan AIDS. 

Memahami sikap pelajar terhadap Pendidikan AIDS amatlah penting bagi

membentuk mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan selamat. Segala

usaha dan harapan Kementerian Pendidikan akan rnenjadi sia-sia sekiranya pendidikan

ini diteruskan tanpa menyelidiki sikap para pelajar terhadap pendidikan ini.

5

Page 6: Aids

Penilaian yang teliti amatlah diperlukan terhadap pendidikan ini, kerana tanpanya

kita tidak dapat melihat apakah kesan yang telah di bawa oleh program ini atau

bagaimana ia telah di laksanakan serta arahtujunya. Untuk meninjau tentang

keberkesanan Pendidikan AIDS di sekolah, sikap para pelajar terhadap Pendidikan ini

perlu diketahui terlebih dahulu.

Untuk tujuan tersebut, kajian ini akan menumpukan kepada tinjauan ke atas sikap

para pelajar sekolah menengah terhadap Pendidikan AIDS. Melalui kajian ini diharap

soalan-soalan berikut dapat dijawab:

i. Apakah tahap sikap para pelajar ini terhadap Pendidikan AIDS di sekolah?

ii. Adakah terdapat perbezaan sikap yang jelas di kalangan pelajar terhadap

Pendidikan AIDS berdasarkan ciri-ciri demografi yang terpilih?

iii. Adakah terdapat perkaitan yang jelas di antara sikap pelajar dengan

pengaruh faktor-faktor seperti pengetahuan lampau pelajar, motivasi

pelajar, guru, ibu bapa, budaya, rakan sebaya dan media massa?

iv. Apakah faktor-faktor yang paling mempengaruhi sikap pelajan terhadap

Pendidikan AIDS.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau sikap para pelajar tingkatan empat di

sekolah-sekolah menengah di Daerah Kuala Selangor, Selangor, terhadap Pendidikan

AIDS di sekolah. 

6

Page 7: Aids

Objektif Kajian

objektif kajian ini ialah untuk menentukan: 

i. tahap sikap para pelajar secara keseluruhan terhadap Pendidikan AIDS di

sekolah; 

ii. sama ada terdapat perbezaan sikap yang jelas di kalangan pelajar terhadap

Pendidikan AIDS berdasarkan ciri-ciri sosiodemografi yang terpilih;

iii. sama ada terdapat perkaitan yang jelas di antara sikap pelajar terhadap

Pendidikan AIDS dengan pengaruh pengetahuan lampau pelajar, motivasi

pelajar, guru, ibu bapa, budaya, rakan sebaya dan media masa.

iv. Faktor-faktor yang paling mempengaruhi sikap pelajar terhadap Pendidikan

AIDS.

Delimitasi

Kajian ini terbatas kepada penilaian sikap pelajar-pelajar lelaki dan

perempuan di tingkatan empat, di lima buah sekolah di Daerah Kuala Selangor, Selangor.

Keputusan kajian ini mewakili sampel kajian di sekolah tersebut dan dapat merumuskan

7

Page 8: Aids

secara umum sikap para pelajar di sekolah-sekolah menengah Daerah Kuala Selangor,

terhadap Pendidikan AIDS.

Limitasi

Kajian ini terbatas kepada beberapa limitasi berikut :

i. Faktor kejujuran dan keikhlasan responden ketika menjawab soal selidik

adalah di luar kawalan penyelidik.

ii. Walaupun arahan yang jelas telah dinyatakan dalam soal selidik, masa

responden menjawab soal selidik dan prosedur mengumpul data mungkin

mempengaruhi hasil kajian.

iii. Hasil kajian ini tidak boleh menggambarkan para pelajar di sekolah-

sekolah menengah daerah dan negeri yang lain kerana respondennya

hanya terdiri daripada para pelajar sekolah-sekolah menengah Daerah

Kuala selangor sahaja.

Kepentingan Kajian

Seperti yang diketahui umum, melalui Pendidikan AIDS para pelajar diberi

kesedaran bahawa amalan tingkah laku yang tidak berisiko terhadap jangkitan penyakit

ini adalah merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menjauhi diri pada dari

ancaman wabak penyakit ini. Penyampaian pengetahuan melalui Pendidikan AIDS

8

Page 9: Aids

adalah bertujuan untuk menyedarkan serta memotivasikan para pelajar supaya dapat

rnengamalkan gaya hidup sihat dan selamat tanpa AIDS sepanjang hayat mereka. Salah

satu faktor penting yang boleh menentukan sama ada para pelajar akan mengamalkan

gaya hidup yang sihat dan selamat daripada ancaman AIDS ialah sikap pelajar terhadap

Pendidikan AIDS. Atas dasar itulah kajian ini dijalankan dan antara lain kepentingannya

adalah seperti berikut :

i. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini boleh dimanfaatkan oleh

guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini dengan mengenalpasti

masalah-masalah yang sedia wujud dalam mengajar mata pelajaran ini.

Seterusnya dapatan kajian ini juga boleh membantu mereka merangka

kaedah-kaedah pengajaran yang lebih berkesan ke arah pembentukan

membentuk sikap positif terhadap mata pelajaran ini di kalangan pelajar.

ii. Jika dapatan kajian ini menunjukkan bahawa para pelajar mempunyai

sikap yang negatif, ini akan membuka satu lagi bidang kajian untuk

mengenalpasti sebab-sebab dan faktor-faktor yang mempengaruhinya.

iii. Usaha-usaha yang perlu diarnbil oleh semua pihak yang terlibat untuk

menangani faktor-faktor ini dan seterusnya berusaha mengubah sikap para

pelajar ke arah yang positif.

iv. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini mungkin berguna kepada

pegawai-pegawai perancang kurikulum atau pentadbir-pentadbir dalam

proses membuat keputusan mereka, khususnya terhadap arah tuju program

Pendidikan AIDS pada masa hadapan dan perlaksanaannya di sekolah-

sekolah pada keseluruhannya.

9

Page 10: Aids

Definisi Operasional

Berikut ialah beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini :

i. Pendidikan AIDS

Ialah satu mata pelajaran baru yang telah diperkenalkan dalam kurikulum formal

pendidikan sekolah menengah (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993). Mata pelajaran

ini diajar melalui Pendidikan Kesihatan Keluarga. Pendidikan AIDS diajar secara

berintegrasi dengan beberapa mata peiajaran sekolah khususnya dalam mata pelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Sains dan Pendidikan Islam. Penekanan diberikan

terbadap tajuk-tajuk yang berkaitan khusus dengan penyakit AIDS dan sikap terhadap

penyakit ini. Perincian tajuk-tajuk ini termasuklah cara penyebaran, cara pencegahan dan

pengawalan dan kesannya terhadap ekonomi, kependudukan dan demografi negara.

Pendidikan ini bermula di tingkatan tiga sehingga tingkatan 5 sahaja. 

ii. Sikap

Adalah satu kecenderungan psikologikal yang ditunjukkan melalui penilaian

kepada sesuatu benda atau situasi ( Eagly & Chaiken, 1993). Sikap ini boleh jadi negatif,

neutral atau positif. Umpamanya para pelajar aliran sains mungkin mempunyai sikap

yang positif terhadap Pendidikan Sains, sikap yang neutral terhadap Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan dan mempunyai sikap yang negatif terhadap Pendidikan Kemahiran hidup.

10

Page 11: Aids

Dalam konteks kajian ini, sikap pelajar dilihat dan sudut perasaan mereka terhadap tajuk-

tajuk mengenai AIDS yang diajar serta persekitaran pengajaran, tingkah laku mereka

terhadap pelajaran ini serta kepercayaan mereka terhadap Pendidikan AIDS yang diajar

melalui Pendidikan Kesihatan Keluarga. 

iii. Tingkah laku

Satu perbuatan atau tindakan yang boleh dilihat, yang mempunyai kekerapan,

tempoh masa dan tujuan yang tertentu. Ia mungkin dalam bentuk sedar atau tidak sedar.

Dalam konteks kajian ini tingkah laku pelajar dirujuk kepada amalan aktiviti harian

mereka dari segi penglibatan yang aktif dalam kelas Pendidikan AIDS, menyiapkan

kerja-kerja yang diberikan, membuat bacaan tambahan dan perbincangan dengan rakan-

rakan mengenai AIDS. 

iv. AIDS

Dalam konteks kajian ini merujuk kepada sejenis penyakit berjangkit yang amat

merbahaya. Mangsa penyakit ini biasanya menderita dan berakhir dengan kematian.

AIDS adalah nama singkatan bagi 'Acquired Immune Deficiency Syndrome' atau digelar

sebagai 'sindrom kurang daya tahan badan melawan penyakit'( Cox, 1991). Penyakit ini

berpunca daripada jangkitan sejenis virus yang digelar sebagai virus HIV. 

v. Media massa

11

Page 12: Aids

Merujuk kepada televisyen, radio, surat khabar, risalah-risalah atau majalah-

majalah yang membuat sebaran secara meluas dan dari mana pelajar-pelajar dalam kajian

ini mendapat maklumat mengenai AIDS. 

vi. Rakan sebaya

Merujuk kepada rakan-rakan pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Antara ciri-ciri

rakan sebaya yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah, lingkungan umur yang hampir

sama dengan umur pelajar yang terlibat dalam kajian. Minat yang sama atau hampir sama

dan belajar dalam tingkatan sama atau kelas yang sama juga diambil kira. 

vii. Pengertahuan lampau

Menujuk kepada sebarang maklumat yang dimiliki oleh pelajar-pelajar mengenai

AIDS. Maklumat yang dimiliki oleh pelajar-pelajar ini menjadi asas pengetahuan mereka

mengenai AIDS. Maklumat yang diperolehi ini boleh jadi betul atau salah, diperolehi dari

sumber-sumber yang boleh dipercayai atau daripada rakan-rakan sebaya, mendengar

perbualan orang, mendengar dan melihat media-media yang rasmi atau tidak rasmi. 

viii. Budaya

Merujuk kepada nilai dan norma yang dipegang dan diamalkan oleh masyarakat

di mana para pelajar ini berada. Ia juga merujuk kepada tahap pengetahuan dan

kepercayaan yang ada pada rnasyarakat mengenai Pendidikan AIDS. 

12

Page 13: Aids

viiii. Motivasi

Dirujuk kepada usaha pelajar cuba untuk belajar, menghadiri kelas dan membuat tugasan

yang diberikan, mengambil bahagian yang aktiviti dalam aktiviti-aktiviti kelas, cuba

memahami pelajaran dan mengingati apa yang mereka perlu pelajari. 

13

Page 14: Aids

 

14