Ajaran Sesat

10
Definisi Ajaran Sesat • sebarang ajaran/amalan yang dibawa oleh orang Islam/bukan Islam • mendakwan ajaran/amalan tersebut merupakan ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam • walhal, ajaran/amalan yang dibawa bertentangan dengan ajaran Islam (bdasarkan Al-Quran dan Sunnah) dan ajaran ahli sunnah Wal Jamaah

description

n

Transcript of Ajaran Sesat

Page 1: Ajaran Sesat

Definisi Ajaran Sesat

• sebarang ajaran/amalan yang dibawa oleh orang Islam/bukan Islam

• mendakwan ajaran/amalan tersebut merupakan ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam

• walhal, ajaran/amalan yang dibawa bertentangan dengan ajaran Islam (bdasarkan Al-Quran dan Sunnah) dan ajaran ahli sunnah Wal Jamaah

Page 2: Ajaran Sesat

• Musailamah al Kazab dari bani Hanifah

– mengaku Nabi dan menyebut bahawa Tuhan telah membahagi dua akan dunia ini. Sebahagian untuk Nabi Muhammad saw dan sebahagian lagi adalah untuk beliau.

– diseru Rasullullah supaya bertaubat nasuha, jika tidak mahu dilancarkan perang -diperangi Saidina Abu Bakar

• Aswad al Unsi

– isytihar diri sebagai nabi

– seorang ahli nujum

– Nabi saw telah menghantar Mu'as bin Jabal bertemu dengan pemerintah Yaman pada masa itu, untuk menyatakan akan angkara Aswad itu serta memerintahkan dilancarkan perang kerana keengaan untuk bertaubat dan kembali memeluk Islam.

• Tulaiha bin Khuwalid

– murtad dan menghistihar dirinya sebagai nabi

– amat engkar akan perintah dan nasihat yang telah diberikan oleh Nabi saw -Saidina Abu Bakar telah menghantar bala tentera yang diketui oleh Panglima perang Islam Khalid al Walid

– ditangkap -Setelah tinggal didalam penjara beberapa bulan, beliau sendiri telah meminta untuk memeluk agama Islam semula

• Zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq– melancarkan perang ke atas golongan

nabi-nabi palsu– Semasa pemerintahannya terdapat tujuh

golongan ajaran-ajaran sesat tumbuh disekitar semananjung Arab.

– Antaranya : Sajah binti al Mundhir dari kaum bani Tamim. Beliau juga mengistihar dirinya "nabi wanita" pertama didunia. Beliau berkahwin pula dengan Musailamah yang juga sesat

– diperangi oleh Abu Bakar setelah mengikut melalui proses yang sah menurut hukum Islam serta al Quran dan juga melalui proses musyurat dari semua sahabat Rasullah saw yang ada disamping Baginda pada waktu itu.

• proses dakwah, nasihat, pujukkan dan ancaman

Ajaran Sesat Pada Zaman Rasullullah

dan Sahabat (Saidina Abu Bakar

as-Siddiq)

Page 3: Ajaran Sesat

Sejarah Kewujudan Ajaran Sesat di

Malaysia

• akhir abad ke-19– ajaran Ahmad Matahari yang

mempelopori ajaran Taslim di Kampung Seronok, Bayan Lepas Pulau Pinang.

• Dekad 1930an– ajaran Qadiani atau Ahmadiah

yang dilaporkan bermula di Selangor iaitu di Jeram, Sungai Tua, Sungai Buluh dan Kampung Nakhoda.

– menggesa pihak berkuasa mengkanunkan beberapa undang-undang bagi menyekat penyebarannya [ Antaranya di Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor]

• Sekitar tahun 1950an– Ajaran Subud dan Ajaran

Martabat Tujuh di Kelantan.– tersebar hampir di setiap negeri di

Malaysia.

• Dekad 1960an– Tarikat Mufarridah, Tarikat

Samaniah Ibrahim Bonjol dan beberapa lagi

• 1970an– Tarikat Naqsyabandiah Kadirun

Yahya, Ajaran Nordin Putih dan sebagainya.

• Awal 1980an– kewujudan kumpulan Anti-Hadith

dan fahaman Syiah• 1995

– kumpulan Al-Arqam dengan ajaran Aurad Muhammadiyah

– ditangkap secara beramai-ramai dan dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.

Page 4: Ajaran Sesat

Cara Membendung Penyebaran Ajaran Sesat (Malaysia vs Zaman

Rasullullah SAW

Di Malaysia• peruntukan kesalahan dibuat

melalui Enakmen-Enakmen yang telah ditetapkan oleh Negeri-Negeri

• Merujuk kepada Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995 ; Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 [berkaitan kesalahan berhubung dengan Aqidah]– denda maksimum tidak

melebihi RM 5,000; penjara tidak lebih dari 3 tahun; sebatan tidak lebih enam sebatan

Zaman Rasullulah SAW dan Sahabat

• melancarkan perang ke atas golongan-golongan

ajaran sesat [zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq] ; setelah melalui proses dakwah, nasihat, pujukkan dan ancaman.

Page 5: Ajaran Sesat

Keberkesanan Pelaksanaan Undang-Undang di Malaysia untuk

Membendung Ajaran Sesat

1.status ajaran itu sendiri sama ada yang difatwakan atau tidak

2.usaha pembanterasan iaitu pencegahan penyebaran penguatkuasaan undang-undang

3.usaha pemulihan iaitu mengembalikan pengikut ajaran sesat ke pangkal jalan menerusi pemulihan akidah dan kepercayaan.

Page 6: Ajaran Sesat

1.Status ajaran sama ada yang difatwakan atau tidak

• hukum/fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuatkuasa undang-undang; oleh sebab itu, walaupun seberapa banyak fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa, ianya tidak mempunyai hukum yang mengikat.

• Dari Sudut syarak : hukum/fatwa yang perlu dipatuhi

• Namun begitu, dari Sudut teknikal undang-undang :tidak mengikat (binding) selagi tidak diwartakan oleh pihak berkuasa negeri.

• Contohnya, jika sesuatu fatwa pengharaman sesuatu ajaran sesat it dibuat keatas seluruh negeri-negeri di Malaysia namun hanya negeri Kelantan sahaja yang mewartakan pengharaman itu secara rasmi, ajaran sesat itu hanya akan mempunyai kesan undang-undang hanya di negeri Kelantan sahaja.

• Sebagai Contoh : Enakmen Perundangan Islam Selangor 1989 ;Seksyen 31(3) dan (4)

• Pendakwa Syarie lwn Fahyu Hanim Ahmad, Noni Mohammad dan Sharina Shaari Jurnal Syariah, 8:1 [2000] 137-152.

• ketiga-tiga OKT telah menyertai pertandingan Ratu Cantik Miss Petite yang diadakan di Holiday Villa,Subang Jaya . Penyertaan mereka telah melanggar fatwa yang telah diwartakan pada Mei 1995. Dalam warta itu berbunyi, "Adalah haram bagi wanita Islam untuk menyertai apa-apa jenis pertandingan ratu cantik". Pihak OKT memberi alasan tidak mengetahui tentang adanya fatwa pengharaman penyertaan ratu cantik. Alasannya tidak relevant bagi pihak mahkamah.

– Jadi, dapat dilihat disini bahawa, setiap umat Islam yang menetap disesebuah negeri itu wajib untuk mengetahui samada sesuatu perkara itu difatwakan pengharamannya. Dapat juga dilihat disini dimana, terdapatnya kesan sesuatu fatwa itu diwartakan oleh pihak kerajaan negeri untuk mendakwa dan menghukum seseorang pesalah itu.

Page 7: Ajaran Sesat

• pewartaan fatwa bergantung pada kerajaan negeri– Cth : pengharaman ajaran Tarikat Naqsyabandiah

Kadirun Yahaya di Selangor yang difatwakan pada tahun1985; dan hanya diwartakan1995. ia mengambil masa selama10 tahun untuk sesuatu pengharaman itu menjadi sebuah undang-undang yang mengikat. Jangkamasa sepuluh tahun itu sudah cukup lama untuk ajaran sesat itu berkembang dengan pesat tanpa sebarang tindakan undang-undang dikenakan.

– Cth : pengharaman ajran Nordin Putih (diwartakan sebulan selepas fatwa dibuat)

Page 8: Ajaran Sesat

2.Penguatkuasaan undang-undang

• Hukuman yang diperuntukkan adalah agak ringan berbanding dengan apa yang dilakukan pada zaman Rasullullah dan Saidina Abu Bakar. (rujuk slide sebelum ini)– jika dibandingkan dengan hukuman yang dijalankan ketika

zaman Rasulullah dan para sahabat, hukuman lebih berat ;melancarkan perang ke atas golongan-golongan ajaran sesat [zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq] ; setelah melalui proses dakwah, nasihat, pujukkan dan ancaman diberikan kepada golongan ini.

– berbeza dengan pelaksanaan undang-undang di Malaysia, yang hanya mengutamakan hukuman monetari, sebatan dan penjara, di mana kadar bagi setiap hukuman terlalu rendah,bahkan masyarakat masih mampu untuk membayar dengan senang jumlah-jumlah tersebut.

Page 9: Ajaran Sesat

3. pemulihan akidah dan kepercayaan.

• tiada peruntukan mandatori bagi menempatkan pesalah-pesalah akidah untuk melalui proses pemulihan akhlah di pusat-pusat bimbingan Islam - atas budi bicara mahkamah

• Seksyen 54 ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995– Mahkamah mempunyai kuasa untuk mengkomitkan orang yang

disabitkan kesalahan di bawah Bahagian II atau di bawah seksyen 9,10 atau 11 tersebut ke pusat pemulihan untuk menjalani apa-apa kaunseling atau pemulihan.

• hanya ada peruntukan denda, penjara dan sebatan - isu :bagaimana nak membantu untuk membetulkan semula akidah pesalah-pesalah ini jika tiada arahan mandatori untuk membetulkan semula akidah yang sudah terpesong.

Page 10: Ajaran Sesat

• Pendakwa Syarie Selangor lwn. Abdul Kahar Ahmad [Kes Jenayah 10200-108-0025/2005]

– hukuman yang dikenakan bagi sabitan hanyalah penjara 3 tahun dan sebatan 6 kali. Mahkamah tidak menetapkan arahan mengikuti kelas pemulihan akhlak.

• Ajaran al-ArQam– Antara tindakan yang dikenakanterhadap mereka ialah dengan mengadakan siri

pemulihan akidah, tetapitidak dihadiri sepenuhnya oleh pengikut tegarnya– Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal

Ugama Islam Malaysia Kali Ke-34 yang bersidang pada 31 Mar 1994 telah membincangkan Fatwa Terhadap Kumpulan Al-Arqam Pimpinan Haji Ashaari Muhammad. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

– Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri hendaklah menggunakan peruntukan yang ada di dalam enekmen pentadbiran agama Islam sepenuhnya di dalam usaha untuk membenteras kegiatan Darul Arqam seperti peruntukan mengajar tanpa tauliah, membuka sekolah tanpa kebenaran dan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah syariah.

– Kumpulan Al-Arqam diminta bertaubat dan perlu dinasihati oleh raja-raja dan sultan sebelum diambil tindakan pemulauan.