AKAUN UP 1 2015

10
SULIT 3756/2 Jawab semua soalan Soalan 1 ( 10 markah) 1. Nyatakan prinsip dan andaian perakaunan yang diamalkan bagi setiap setiap situasi di bawah: a. Pemilik menjelaskan bil elektrik rumahnya tetapi tidak direkodkan di dalam buku perniagaan. b. Penyata kewangan bagi Perniagaan Cekal telah disediakan berdasarkan semua urus niaga yang berlaku sepanjang 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015 2. Nyatakan akaun yang perlu didebit dan dikreditkan bagi setiap urus niaga berikut: 3. Maklumat berikut menunjukkan data gaji Encik Izat Gaji pokok RM 2500 Elaun perumahan RM 400 Elaun sara hidup RM 200 Potongan cukai berjadual RM 160 Caruman PERKESO RM 15 Caruman KWSP RM 275 Berapakah : i. Gaji kasar ii. Gaji bersih 4. Berikan dua jenis elaun yang tidak diambilkira semasa pengiraan KWSP 1 Urus niaga Debit kredit Menjual barang niaga secara kredit kepada Raju Membeli perabot secara tunai untuk kegunaan pejabat

description

f5 question

Transcript of AKAUN UP 1 2015

SULIT

3756/2

Jawab semua soalan

Soalan 1 ( 10 markah)

1. Nyatakan prinsip dan andaian perakaunan yang diamalkan bagi setiap setiap situasi di bawah:

a. Pemilik menjelaskan bil elektrik rumahnya tetapi tidak direkodkan di dalam buku perniagaan.

b. Penyata kewangan bagi Perniagaan Cekal telah disediakan berdasarkan semua urus niaga yang berlaku sepanjang 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015

2. Nyatakan akaun yang perlu didebit dan dikreditkan bagi setiap urus niaga berikut:

Urus niagaDebitkredit

Menjual barang niaga secara kredit kepada Raju

Membeli perabot secara tunai untuk kegunaan pejabat

3. Maklumat berikut menunjukkan data gaji Encik Izat

Gaji pokokRM 2500

Elaun perumahanRM 400

Elaun sara hidupRM 200

Potongan cukai berjadualRM 160

Caruman PERKESORM 15

Caruman KWSPRM 275

Berapakah :

i. Gaji kasar

ii. Gaji bersih

4. Berikan dua jenis elaun yang tidak diambilkira semasa pengiraan KWSP

a. _________________________________________

b. _________________________________________

5. Berdasarkan maklumat dibawah, hitung jumlah modal?

Lengkapan RM 2900

BankRM12870

StokRM15430

PenghutangRM 8760

PemiutangRM 7290

Gaji terakruRM 750

Komisen terdahuluRM 120

Soalan 2: ( 15 markah)Penyata Bank pada bulan Jun 2014 yang diterima oleh Perniagaan Dinas Ria baki berbeza dengan baki buku tunainya pada bulan yang sama. Berikut ialah buku tunai dan Penyata Bank pada bulan berkenaan.

BANK ISLAMIC BERHAD

Lot 5, Jalan Sinar

63000 Cyberjaya, Selangor

PENYATA BANK

Perniagaan Dinas Ria

No.2 Jalan Intan

63000, Putrajaya

No. Akaun: 0012311121314

TarikhButirNo.CekDebitKreditBaki

RMRMRM

2014Baki b/b

1-Jun5000

2Cek34567013003700

3Cek34566915002200

4Deposit8003000

5Buku cek 302970

7Deposit5603530

10Cek3456717702760

15Cek3456722000760

20Deposit25003260

24Kedai Mawi(Pindahan Kredit)3003560

26Cek34567321301430

28Insuran1200230

29Dividen170400

30Cek345676460-60

Buku Tunai ( ruangan bank sahaja)

TarikhButirJumlahTarikhButirJumlah

(RM)(RM)

20142014

1-JunBaki b/b35004-JunAlatan Pejabat1300

2Jualan8006Promosi770

3Hafiz Enterprise65012Pemborong Fazlee2000

10Rozita100020Belian 2130

13Kedai Yuna220025Perabot600

17Jualan 250029Gaji2600

30Komisen46030Baki h/b1410

1111011110

Maklumat tambahan:

1. Cek daripada Hafiz Enterprise pada 3 Jun 2014 dikenalpasti berlaku kesilapan catatan dalam Buku Tunai2. Cek yang diterima pada 10 Jun 2014 dipulangkan oleh bank dengan tanda Rujuk Penyuruh Bayar

3. Komisen diberi ( cek no. 345676) pada 30 Jun 2014 telah didebitkan dalam buku tunai

a) Sediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 30 Jun 2014 tanpa mengemaskini buku tunai ( 13 markah)

b) Nyatakan dua sebab Penyata Penyesuaian Bank disediakan. ( 2 markah)Soalan 3: (15 markah)Pn. Asmidar memulakan Perniagaan Batik Anggun di Putrajaya pada 1 Ogos 2015 dengan modal tunai sebanyak RM35,000. Beliau meminta bantuan anda menyediakan anggaran belanjawan tunai untuk tempoh tiga bulan, bermula 1 Ogos 2015 hingga 31 Oktober 2015.

Anggaran penerimaan dan pembayaran tunai perniagaannya adalah seperti berikut:

i. Pada bulan September perniagaan membeli sebuah mesin yang berharga RM20,000. Bayaran pendahuluan RM8,000 dijelakan pada bulan yang sama. Bakinya akan dibayar secara ansuran selama 6 bulan bermula Oktober.

ii. Belian pada Ogos sebanyak RM 15,800. Belian seterusnya adalah pada bulan Oktober dengan nilai RM 12,000.

iii. Sewa premis untuk 3 bulan berjumlah RM3,300 dibayar pada bulan Ogos.

iv. Jadual berikut menunjukkan hasil jualan bagi tiga bulan pertama. 40 % daripada jumlah jualan adalah jualan kredit dan dibayar pada bulan berikutnya. 60% daripada jumlah jualan adalah jualan tunaiBulanRM

Ogos15,000

September18,500

Oktober24,000

v. Kadar bayaran RM300 setiap bulan dan bertambah sebanyak 30% bagi bulan Oktober.

vi. Pada bulan Ogos, 2 orang pembantu diambil dengan gaji bulanan seorang pekerja RM750. Pada bulan September seorang lagi pekerja diambil.

a) Sediakan penyata belanjawan tunai Perusahaan Butik Anggun bagi 3 bulan berakhir 31 Oktober 2015( 13 markah)

b) Nyatakan 2 kegunaan penyata belanjawan tunai ( 2 markah)Skema jawapanSoalan 1

1a) entiti berasingan

b) tempoh perakaunan

Urus niagaDebitkredit

Menjual barang niaga secara kredit kepada RajuRajujualan

Membeli perabot secara tunai untuk kegunaan pejabatPerabot Tunai

2 3. i. gaji kasar = RM3100 ii.gaji bersih = RM 2650

4. i) elaun lebih masa

ii) elaun perjalanan

5. modal = RM2900+12870+15430+8760 7290-750-120 = RM 31,800

Soalan 2

PERNIAGAAN DINAS RIA

PENYATA PENYESUAIAN BANK PADA 30 JUN 2014

a)

RMRM

BAki debit di Buku Tunai14101m

Tambah:

Cek yang belum dikemukakan

345674/perabot6001m

345675/gaji29001m

Kedai Mawi ( pindahan kredit)3001m

Dividen1701m3970

53801m

tolak:

deposit belum dikreditkan

Kedai Yuna22001m

Hafiz Enterprise(kesilapan dlm BT)901m

Rozita(cek tak laku)10001m

Komisen diberi(kesilapan dlm BT)9201m

Buku cek301m

Insuran(arahan tetap)12001m54401m

Baki debit di Penyata bank -60

b) i. menyelaras baki yang terdapat di penyata bank dan buku tunai ii. untuk mengenalpasti baki sebenar buku tunai

Soalan 3

PERUSAHAAN BATIK ANGGUN

BELANJAWAN TUNAI BAGI TIGA BULAN BERAKHIR 31 OKTOBER 2015

a)

BUTIROGOSSEPTEMBEROKTOBER

RMRMRM

BAKI B/B1510027650

PENERIMAAN

MODAL35000

JUALAN 90001110014400

PENGHUTANG60007400

JUMLAH PENERIMAAN440001710021800

PEMBAYARAN

MESIN800020002000

BELIAN1580012000

SEWA PREMIS3300

KADAR BAYARAN300300390

GAJI150022502250

JUMLAH PEMBAYARAN28900455016640

BAKI H/B151002765032810

i. menunjukkan jangkaan punca penerimaan dan jenis pembayaran tunai

ii. membolehkan tindakan awal diambil untuk menghadapi kekurangan tunai

7