Akta Agensi Antidadah 2004

5
AKTA AGENSI ANTIDADAH 2004:MENGUATKUASAKANNYA OLEH AADK Akta Agensi Antidadah 2004 (AAAD 2004) diluluskan oleh Parlimen pada Disember 2004. Ada sesetengah pehak dilapurkan melihatnya sebagai satu grand design oleh Ksu yang sebelum Ksu sekarang dan sebelum KHEDN masa itu berpecah dua kepada KHEDN dan KKDN. AAAD 2004 kata yang empunya cerita di designed untuk menggabungkan agensi penguatkuasa dadah di negara ini supaya ia menjadi satu agensi yang kukuh, berwibawa, berkesan dan dapat menggalas aspirasi negara dalam memerangi dadah dan menggapai visi negara bebas dadah 2015. AAAD 2004 ini hanya boleh di kuatkuasakan dan dilaksana apabila mendapat kelulusan dan persetujuan Menteri yang bertanggungjawab. Akta berkenaan juga agaknya mengesahkan kewujudan AADK sebagai lead agensi atau agensi utama yang bertanggungjawab terhadap permasalahan dadah di negara ini. Penulis agak keliru dan kurang memahami cerita lakar dan post AAAD 2004 hinggalah ia dilaporkan hanya telah dikuatkuasakan pada penghujung tahun 2007. Maknanya, setelah tiga tahun akta itu di luluskan oleh parlimen. Ia sangat menarik untuk di lihat dan dibincang kenapa jadi begini dan apa sesudah itu. Kalau AAAD 2004 di designed untuk menjadikan AADK satu satunya agensi bertanggungjawab terhadap permasalahan dadah di negara ini, kenapa pegawai pegawai polis dalam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), PDRM tidak menyertai AADK sebagaimana dulu pernah kita dengar ramai pegawai dari pelbagai agensi yang berkaitan dengan keselamatan laut menyertai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia. Yang tak ramai masuk pun juga pegawai polis. Yang kes AADK ni rasanya tak ada seorang pun pegawai polis di JSJN yang menyertainya. Apakah Tok Hamzah dan Tok Sabran yang baru bersara tu tak buat apa apa untuk menguatkuasakan dan melaksana AAAD 2004?. Susah untuk diterima akal juga. sepanjang pengetahuan penulis; kedua dua Tok bekas KP AADK ni orang yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam pengurusan organisasi, pengurusan personel dan pentadbiran undang undang. Kedua dua nya kalau tak silap pernah terlibat dalam membentuk Akta pengangkutan jalan mengganti RTA zaman penjajah dulu, mengurus dan menguatkuasakan undang undang berkenaan. Tak mungkin mereka tak buat apa pada perkara yang berkait dengan organisasi mereka dan kedudukan mereka sendiri sebagai KP di sisi undang

description

Akta Agensi Antidadah 2004

Transcript of Akta Agensi Antidadah 2004

Page 1: Akta Agensi Antidadah 2004

AKTA AGENSI ANTIDADAH 2004:MENGUATKUASAKANNYA OLEH AADK

Akta Agensi Antidadah 2004 (AAAD 2004) diluluskan oleh Parlimen pada Disember 2004. Ada sesetengah pehak dilapurkan melihatnya sebagai satu grand design oleh Ksu yang sebelum Ksu sekarang dan sebelum KHEDN masa itu berpecah dua kepada KHEDN dan KKDN. AAAD 2004 kata yang empunya cerita di designed untuk menggabungkan agensi penguatkuasa dadah di negara ini supaya ia menjadi satu agensi yang kukuh, berwibawa, berkesan dan dapat menggalas aspirasi negara dalam memerangi dadah dan menggapai visi negara bebas dadah 2015. AAAD 2004 ini hanya boleh di kuatkuasakan dan dilaksana apabila mendapat kelulusan dan persetujuan Menteri yang bertanggungjawab. Akta berkenaan juga agaknya mengesahkan kewujudan AADK sebagai lead agensi atau agensi utama yang bertanggungjawab terhadap permasalahan dadah di negara ini. Penulis agak keliru dan kurang memahami cerita lakar dan post AAAD 2004 hinggalah ia dilaporkan hanya telah dikuatkuasakan pada penghujung tahun 2007. Maknanya, setelah tiga tahun akta itu di luluskan oleh parlimen. Ia sangat menarik untuk di lihat dan dibincang kenapa jadi begini dan apa sesudah itu.Kalau AAAD 2004 di designed untuk menjadikan AADK satu satunya agensi bertanggungjawab terhadap permasalahan dadah di negara ini, kenapa pegawai pegawai polis dalam Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), PDRM tidak menyertai AADK sebagaimana dulu pernah kita dengar ramai pegawai dari pelbagai agensi yang berkaitan dengan keselamatan laut menyertai Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia. Yang tak ramai masuk pun juga pegawai polis. Yang kes AADK ni rasanya tak ada seorang pun pegawai polis di JSJN yang menyertainya.Apakah Tok Hamzah dan Tok Sabran yang baru bersara tu tak buat apa apa untuk menguatkuasakan dan melaksana AAAD 2004?. Susah untuk diterima akal juga. sepanjang pengetahuan penulis; kedua dua Tok bekas KP AADK ni orang yang berpengetahuan dan berpengalaman luas dalam pengurusan organisasi, pengurusan personel dan pentadbiran undang undang. Kedua dua nya kalau tak silap pernah terlibat dalam membentuk Akta pengangkutan jalan mengganti RTA zaman penjajah dulu, mengurus dan menguatkuasakan undang undang berkenaan. Tak mungkin mereka tak buat apa pada perkara yang berkait dengan organisasi mereka dan kedudukan mereka sendiri sebagai KP di sisi undang undang. Yang pasti di zaman Tok Sabran AAAD 2004 itu dilaksana dan dikuatkuasakan. Maknanya dia buat. jadi yang tiga tahun berlalu tu apa hal?. Penulis pernah juga buat sikit research atas perkara ini kerana minat penulis yang sangat mendalam mengenai usaha memerangi dadah ini. Penulis ada baca AADK 2004 ikut kefahaman sendiri kerana penulis bukan berkelulusan undang undang. Penulis juga jarang terlepas program AADK khususnya yang di laksanakan di Selangor dan Wilayah. Ramai juga penulis kenal pegawai pegawai AADK di kedua negeri ini. Tidak kurang juga beberapa orang bekas aktivist cari makan waktu malam yang kena hukuman di bawah pengawasan. Penulis di fahamkan setelah AAAD 2004 di luluskan oleh parlimen, AADK telah mengemukakan penstrukturan baru agensi berkenaan ke JPA. Maknanya itu di zaman Tok Hamzah. kalau Tok Hamzah buat begitu maknanya dia faham dan dia pasti buat sesuatu untuk melaksana dan menguatkuasakan AAAD 2004 itu. Di fahamkan juga AADK hantar terus cadangan penstrukturan itu ke JPA dan di luluskan oleh JPA. Hingga yang tak minta pun diberi juga. Moral ceritanya ialah; AADK tak yakin dengan kemampuan dan kesediaan KKDN untuk memahami dan membantu AADK dalam melaksana dan menguatkuasa AAAD 2004 itu. Kata orang AADK, kalau nak harap SUB Bahagian perkhidmatan, KKDN nak ambil inisiatif perkara begini, sampai 2015 pun tak akan berlaku. Heran juga mendengar seteruk itu Bahagian Perkhidmatan, KKDN sebab SUB nya baru baru

Page 2: Akta Agensi Antidadah 2004

ini dapat JUSA C di situ. dengar khabar dan angin yang bertiup Tok Sabran pun tak confirm JUSA B masa bersara. Apa KKDN dan Ksu nya buat?. Ini mesti kes kuat polish apple Ksu dan Ksu pun sejuk macam kena halakan kipas duduk mistral kearah apple nya. Maknanya juga; kalau ada yang menghalang atau lebih tepat melewat lewatkan perkara melaksana dan menguatkuasakan AAAD 2004 ini, maka ia tidak lain dan tidak bukan ialah KKDN. Dari fahaman penulis juga, KP AADK mesti di perkenan perlantikannya oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong kejawatan KP tu. Maknanya; Tok Sabran je yang sempat sekejap sebelum bersara dapat perkenan Agong. yang ni cerita betul. Pernah Tok Sabran berseluruh dengan penulis sewaktu minum minum di rumah kelab PPTD, dengan mengatakan dia pun hanya di perkenan oleh Yang di Pertuan Agong tetapi tidak pun mendapat watikah. sebabnya mudah. SUB perkhidmatan, KKDN tak buat apa pun. Yang buat perakuan kepada Yang di Pertuan Agong pun kata Tok Sabran AADK sendiri. KKDN dengan SUB perkhidmatan tu jadi posmen je. itu pun kerja tak selesai hingga tak dapat watikah. KP Biro Pencegah Rasuah pun di lantik dengan perkenan Yang di Pertuan Agong dan dapat watikah. Lagi geli hati, kata sumber dalaman yang boleh dipercayai; KP baru yang belum dapat perkenaan Yang di Pertuan Agong tu dah buat kad kuasa sendiri. Ini Tok Menteri dan Ksu yang berkontrak bertukun tu kena tengok lah. Belum dapat perkenan dan watikah dari Yang DiPertuan Agong dah buat kad kuasa sendiri?. Ini kes derhaka dan bebal ni. Apa komen Ksu tentang calun dia ni?. Akhirnya; AAAD 2004 dilaksana dan dikuatkuasakan pada penghujung 2007. Ia tanpa penyertaan pegawai polis dalam AADK. Kalau ada pun yang dipinjamkan sahaja. Kini menjadi tanggongjawab AADK merancang strategi perlaksanaannya. Dalam kes ini AADK kena bijak dan perlu menyediakan infrastruktur nya yang kukuh dahulu. Yang penting di sini juga bahawa kalau KKDN merasakan bahawa Tok Sabran dulu tidak melaksanakan penguatkuasaan; penulis rasa,...KSN dan KPPA kena tengok baik baik. Itu fitnah Ksu kalau tanggapan itu datang darinya. Pada pandangan penulis; dalam perancangan AADK untuk melaksana dan menguatkuasakan AAAD 2004 ini, mereka mesti melalui langkah langkah berikut:

1. mengukuhkan struktur organisasi berasaskan apa yang telah diluluskan oleh JPA dahulu. Ia tentu melibatkan perencanaan pengisian jawatan. Bukan sedikit yang terlibat yang penulis dengar. JPA meluluskan hampir 3000 perjawatan baru untuk AADK melaksana undang undang ini. Yang tak minta pun dengarnya JPA bagi. JPA mungkin telah ambil kira keengganan pegawai polis menyertai agensi ini dalam membuat pertimbangan dahulu. Justru; sampai sekarang JPA tidak timbang untuk pertambahan jawatan dalam JSJN;

2. AADK mesti meyediakan SOP penguatkuasaan ini. Tapi penulis yakin kerana Bahagian Penguatkuasaan di bawah Timbalan yang lagi seorang, bukan di bawah professor; maka tentunya SOP itu telah di sediakan. kalau di bawah professor, jangankan SOP, bayang pun tentu masih tak ada. lagi pun Bahagian penguatkuasa ini di ketuai oleh pegawai ada Phd. Tentu dia kena jaga kelulusan nya juga. kalau bahagian ini di bawah Pengarah Pencegahan sekarang, alamat lingkuplah bahagian ini dan menjadi bahan ketawa PDRM. Lihat juga fail siapa yang bertungkus lumus sediakan cadangan struktur baru dulu hingga dapat kelulusan JPA?. Siapa yang bekerja keras siapkan deraf AAAD 2004 dulu?. Nak jadi KP kena rajin baca dan rajin bertanya. Jangan tanya orang dalam pool atau minta nasihat dan pandangan orang yang lari dari KKDN masuk AADK untuk ambil cuti nak bersara awal. Konon tak nak kerja dengan kerajaan lagi. Nak bela kambing. Sekarang apa jadi?. KP kena celek mata jangan kena tipu dengan penasihat yang otaknya tak sehat.

Page 3: Akta Agensi Antidadah 2004

3. latihan dalam penguatkuasaan adalah penting kerana AADK baru nak mulakan tugasan ini. Belajarlah dari Agensi Maritim, dari JPJ dan juga BPR bagaimana mereka mengambil langkah langkah strategi merancang latihan dan sistem kerja semasa mula nak ambil tugas itu dahulu. bantuan PDRM diperingkat awal ni mungkin perlu. Tapi jangan belajar semua dari mereka. Belajar juga dari agensi agensi yang di sebut tadi. Dengar cerita tahun lepas sahaja AADK dah berbelanja hampir RM empat millions untuk latihan kearah ini dan memantapkan lagi tahap professional dalam AADK. Tidak hairan bagi penulis; kerana Tok Sabran dulu memang berpengalaman dalam latihan dan tentu tahu peranan latihan dalam mempertingkat prestasi dan professionalisma. tapi ini bukan kerja mudah tentunya. Hasil penstrukturan ada tambahan 3000 pekerja baru/naik pangkat. Tentunya tidak mudah merancang latihan untuk sejumlah itu. Belum masuk lagi pekerja yang telah sedia ada yang dah jadi tukun;

4. AADK jangan sesekali bertindak cuba menguatkuasa dan melaksanakan keseluruhan undang undang dadah yang ada. AADK tidak akan mampu berbuat demikian sebagai agensi baru yang diberi kuasa undang undang itu. jangan sampai jadi kata pepatah.....orang muda baru berkeris....AADK mesti bijak merancang menguatkuasakan undang undang yang ada itu secara berperingkat peringkat. Mungkin sehingga 5 tahun mengikut progress latihan dan pengalaman yang diperolehi kelak. Jangan sesekali di peringkat awal ni cuba nak menguatkuasakan sek.39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Itu biarlah jadi tugas PDRM dahulu. PDRM dah berusia 200 tahun dan tidak akan terdaya AADK mahu menyainginya dari segi itu. Belajar dahulu dan timba pengalaman berguna. Di peringkat ini jangan juga minta nasihat KSU. Dia tak tahu apa. Kalau minta nasihatnya juga; dia akan kata.....AADK tak payah lah buat penguatkuasaan. Itu serah sahaja pada PDRM. AADK concentrate pada pemulihan dan rawatan....Memang dia tak faham apa falsafah dan yang tersurat dari pelaksanaan AAAD 2004 itu. Ini kerana bukan dia yang merencana nya. Tidak ramai Ksu yang jadi penghalang kemajuan agensi di bawahnya seperti yang satu ni;

5. tugasan awal penguatkuasaan AADK hendaklah berasaskan tanggongjawab AADK dalam AAAD 2004. Antara yang penulis ingat sepintas lalu sahaja (malas nak rujuk) ialah bertanggongjawab untuk mendidik rakyat, mendapatkan keyakinan rakyat dan menggerak rakyat supaya bertindak bersama memerangi dadah. Yang ini perlu diterjemah menjadi strategi penguatkuasaan AADK.

Kesimpulannya; bagaimana KP AADK yang belum dapat perkenaan perlantikannya oleh DYMM Seri paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong tu dah dapat kad kuasa sebagai Ketua pengarah AADK?. Moral ceritanya; kalau perkara begini berlaku dalam kaedah penguatkuasaan AADK, maka ia boleh membawa kecelaruan dalam organisasi penguatkuasaan itu. Perkara begini tidak patut berlaku semasa AADK sedang merancang strategi menguatkuasa dan melaksana AAAD 2004 itu. Takut nanti terberi keris kepada anak muda yang baru pandai berkeris. Membawa maut kepada diri sendiri dan organisasi. Yang ini Pengarah penguatkuasa yang ada Phd tu kena jawab lah. Pandai pandai dia nak beri ke atau KP sendiri yang minta dan arahkan begitu?. Siapa penasihatnya?. Tak kan sebab nak pergi ke USA sampai ke Puerto Rico tu nak bawa kad kuasa. Siapa nak tengok dan nak tanya awak siapa di benua sana tu. Apa di buat di sana tu?. Ini tak lain ikut si professor tu melancong atas nama seminar dan workshop. AADK oh AADK.....Bangun cepat sayang, hari dah tinggi.......nanti petang hari hujan, jangan lupa kain di jemuran.......