AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

34
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994 Disediakan Oleh : Nassruto AKTA 514

Transcript of AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

Page 1: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

Disediakan Oleh : Nassruto

AKTA 514

Page 2: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

Risiko Kesihatan Di Tempat Kerja Pengenalan• Malaysia mempunyai seramai 12 juta tenaga

kerja yang bekerja di pelbagai sektor pada tahun 2004.Golongan pekerja mempunyai risiko untuk mendapat kecederaan dan penyakit disebabkan mereka terdedah kepada pelbagai hazad di tempat kerja.

• Apakah hazad ?Hazad adalah keupayaan sesuatu bahan untuk mencederakan kita.

• Apakah risiko ? Risiko adalah merupakan kebarangkalian sesuatu hazad menyebabkan kecederaan kepada kita semasa pengunaannya

Page 3: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

Jenis-Jenis Hazad Terdapat 5 jenis hazad iaitu: • Hazad Kimia contohnya seperti bahan alkali,

bahan asid, bahan pelarut organik, wap dan gas beracun.

Page 8: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

Kesan-Kesan Kesihatan Kesan kesihatan yang boleh terjadi kepada

pekerja akibat pendedahan kepada hazad bergantung kepada faktor-faktor seperti berikut:

• Jenis hazad • Jangkamasa pendedahan • Banyaknya jumlah hazad yang didedahkan. • Faktor-faktor sosial demografi pekerja

seperti umur, jantina, keturunan dan status kesihatannya.

• Langkah-langkah kawalan yang sedia ada di tempat kerja seperti pelindung mesin, penyedut udara dan pemakaian alat pelindung diri.

Page 11: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

Pencegahan• Aktiviti-aktiviti pencegahan penyakit

pekerjaan dan kecederaan yang menyeluruh di tempat kerja memerlukan penglibatan majikan dan pekerja. Majikan dan pekerja perlu melaksanakan tanggung jawab masing-masing secara bersungguh-sungguh.

Page 12: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

Tanggung jawab majikan ialah: • Mematuhi

undang-undang dan peraturan yang berkaitan • Menjalankan penilaian risiko untuk menilai

hazad dan risiko di tempat kerja • Melaksanakan langkah-langkah kawalan

untuk memastikan tempat kerja adalah selamat dan sihat berdasarkan hasil penilaian risiko dijalankan

• Menjalankan pemeriksaan perubatan/kesihatan kepada pekerja seperti yang dikehendaki oleh undang-undang

• Memberikan latihan kepada pekerja mengenai keselamatan dan kesihatan

Page 13: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

Tanggung jawab pekerja :• Mematuhi setiap arahan dan prosedur kerja

selamat • Bekerjasama dengan majikan untuk

memastikan keselamatan dan kesihatan terjamin

• Memakai alat-alat pelindung diri yang sesuai secara yang betul

Page 14: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

Undang-Undang dan Peraturan yang berkaitan.

• Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

• Akta Kilang dan Jentera 1967 • Akta Racun Makhluk Perosak 1974 • Akta Keselamatan Sosial 1969

Page 15: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

Pampasan: Pekerja yang mencarum kepada Pertubuhan

Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah layak untuk mendapat bayaran pampasan dan juga rawatan pemulihan jika:

• Mereka disahkan mendapat Penyakit Pekerjaan.

• Mereka mengalami kemalangan semasa bekerja termasuk semasa perjalanan pergi dan balik dari bekerja.

• Mereka disahkan mendapat keilatan disebabkan penyakit kronik tertentu.

Page 16: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

Hazad di tempat kerja boleh dikawal mengikut kaedah-kaedah berikut:

• Menghapuskan hazad tersebut dengan tidak mengunakannya lagi atau menggunakan cara-cara yang lain.

• Mengantikan bahan yang berhazad dengan bahan yang kurang bahaya.

• Mengunakan kaedah kawalan kejuruteraan seperti mengunakan peralatan automatik, penghadang mesin dan penyedut udara setempat (Local exhaust ventilation).

Page 17: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

Pengunaan penghadang mesin

Page 18: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

4. Menggunakan kaedah kawalan pentadbiran seperti giliran kerja, mengamalkan prosedur kerja selamat serta penguatkuasaan undang-undang serta peraturan.

5. Pengunaan alat-alat pelindung diri seperti topeng pernafasan, pemalam telinga, kacamata keselamatan, kasut keselamatan, topi keselamatan, sarung tangan dan pakaian pelindung bahagian depan.

Topi keselamatan dan pemalam telinga.

Page 19: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

• Alat penapis pernafasan (respirator)• Siapakah yang bertanggung jawab untuk

membekalkan alat pelindung diri kepada pekerja?

• Adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk membekalkan alat pelindung diri yang bersesuaian secara percuma kepada pekerja.• Dimanakah saya boleh mendapat nasihat

dan rawatan jika saya mengalami masalah kesihatan yang berkaitan dengan pekerjaan?

• Anda boleh berjumpa Doktor Kesihatan Pekerjaan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan

Page 20: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

Di wartakan pada 25hb Feb, 1994 atas sebab berikut:-

Statistik kemalangan pekerjaan adalah tinggi Kadar kemalangan perlu dikurangkan

Akta Kilang dan Jentera 1967 Mengandungi beberapa

kelemahan dari segi : Skop Preskriptif Terlalu bergantung kepada

kerajaan

KEPERLUAN !

Page 21: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

FALSAFAH & PRINSIP AKTA

Di bawah AKKP tangungjawab memastikan keselamatan dan

kesihatan di tempat kerja terletak di atas mereka yang bekerja (pekerja) dengan bahaya tersebut dan mereka yang mengujudkan bahaya tersebut

(majikan)

Peraturan Kendiri (Self-Regulation)

Perundingan

(Consultation)

Kerjasama (Cooperation)

Page 22: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

SKOP

Skop AKKP adalah merangkumi dan melindungi semua orang yang

bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan sektor swasta kecuali :-

Angkatan Tentera

Adalah dianggarkan 7 juta orang yg sedang bekerja dilindungi.

Mereka yang bekerja di atas kapal perdagangan

Page 23: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

SKOP

Pengilangan Perlombongan dan Kuari Pembinaan Pertanian, Perhutanan dan

Perikanan Kemudahan Elektrik, Gas, Air dan

Perkhidmatan Kebersihan Pengangkutan, Penyimpanan

dan Komunikasi Perdagangan Borong dan Runcit Hotel dan Restoran Kewangan, Insurans, Hartanah

dan Perkhidmatan Perniagaan Perkhidmatan Awam dan Pihak

Berkuasa Berkanun

Page 24: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

TUJUAN AKTA

Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja.

Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang-orang yang sedang bekerja).

Untuk mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang sedang bekerja. Untuk mengadakan suatu sistem perundangan yang berasas kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industri disamping peruntukan Akta.

Page 25: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

PERUNTUKAN UTAMA Majlis Negara bagi Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan Kewajipan Am :

majikan, orang yang bekerja sendiri perekabentuk, pengilang dan pembekal

pekerja Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pemberitahuan mengenai

kemalangan, kejadian merbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan

Larangan terhadap penggunaan loji atau bahan

Tataamalan industri Penguatkuasaan dan penyiasatan Liabiliti bagi kesalahan Rayuan Penalti

Page 26: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

KEWAJIPAN AM MAJIKAN & ORANG BEKERJA SENDIRI

SEKSYEN 15 :

“ADALAH MENJADI KEWAJIPAN TIAP-TIAP MAJIKAN DAN TIAP-TIAP ORANG YANG

BEKERJA SENDIRI UNTUK MEMASTIKAN SETAKAT YANG

PRAKTIK, KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KEBAJIKAN

SEMASA BEKERJA SEMUA PEKERJANYA.”

PENALTI : RM 50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-

duanya

Page 27: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

KEWAJIPAN AM MAJIKAN & ORANG BEKERJA SENDIRI

Majikan hendaklah setakat yang praktik melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja untuk mereka.

Mengada dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan

Membuat perkiraan tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam penyimpanan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan.

Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti berbahaya

Menyelenggara tempat kerja serta menyediakan keluar dan masuk yang selamat.

Menyediakan persekitaraan tempat kerja yang bebas daripada bahaya-bahaya ; contohnya bising, habuk dsbg.

Page 28: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

KEWAJIPAN AM MAJIKAN & ORANG BEKERJA SENDIRI

Kewajipan lain termasuk :-

Menyediakan Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Safety Policy)

Memastikan orang lain selain daripada pekerjanya tidak terdedah kepada bahaya yang dihasilkan daripada aktiviti yang dijalankan oleh beliau serta memberitahu orang lain tentang aktiviti yang dijalankannya.

Memberi maklumat kepada orang lain berkenaan dengan aspek cara pengusahaannya yang boleh menyentuh keselamatan dan kesihatan orang lain.

Page 29: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

Maksudnya dengan mengambil kira faktor-faktor :-

TERUKNYA BAHAYA ATAU RISIKO YANG TERLIBAT

KEADAAN PENGETAHUAN MENGENAI BAHAYA ATAU RISIKO TERSEBUT DAN CARA MENGAWALNYA

KEWUJUDAN CARA YANG SESUAI UNTUK MENGHAPUS ATAU MENGURANG BAHAYA ATAU RISIKO ITU

KOS YANG TERLIBAT BAGI MENGHAPUS ATAU MENGURANG BAHAYA ATAU RISIKO ITU

“BOLEH DIPRAKTIKKAN”

Page 30: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

“SAFETY POLICY”

SEKSYEN 16Kewajipan majikan dan

orang yang bekerja sendiri menyediakan kenyataan bertulis

mengenai DASAR AMNYA berkenaan keselamatan dan kesihatan

pekerja-pekerjanya, ORGANISASI dan PERKIRAAN yang sedang

berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu dan memberitahu

pekerja-pekerjanya tentang dasar tersebut.

PENALTI : RM 50,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya

Page 31: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

“SEKSYEN 17”

KEWAJIPAN MAJIKAN DAN ORANG YANG BEKERJA SENDIRI KEPADA ORANG-ORANG

LAIN SELAIN DARI PEKERJA MEREKA

• Memastikan setakat yang praktik mereka tidak terdedah kepada risiko bahaya dari tempat kerja

• Memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat kerja

Page 32: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

KEWAJIPAN AM PEREKABENTUK, PENGILANG, PENGIMPOT DAN PEMBEKAL

Setakat yang praktik :-

Memastikan rekabentuk dan pembinaan loji atau bahan adalah selamat digunakan dan tanpa risiko kesihatan

Menjalankan ujian dan pemeriksaan bagi tujuan tersebut serta ;

Memberikan maklumat yang tepat dalam pengunaan loji atau bahan tersebut

PENALTI : RM 20,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya

Sekiranya gagal mematuhi mana-mana kehendak :-

Page 33: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

KEWAJIPAN AM PEKERJA

Memakai peralatan perlindungan diri yg dibekalkan oleh majikan ;

PENALTI : RM 1,000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya

Sekiranya gagal mematuhi mana-mana kehendak :-

Memberi perhatian munasabah terhadap keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain semasa menjalankan aktiviti-aktivitinya ;

Memberi kerjasama samada kepada majikan atau orang lain dalam hal berkaitan dengan pematuhan terhadap AKKP 1994 ;

Mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan seperti yang dikehendaki di bawah AKKP 1994 dan peraturan-peraturan

Page 34: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514

AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH ACT 1994

GANGGUAN, CAJ DAN DISKRIMINASI

Majikan/Kesatuan Sekerja tidak boleh mendiskriminasi (memecat, mendera atau mengubah kedudukan)

Tidak mengganggu atau menyalahguna apa - apa yang disediakan untuk kepentingan keselamatan dan kesihatan

Majikan tidak boleh mengenakan caj ke atas pekerja