MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan...

64
1 MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN PLANMalaysia@Perak (JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN) JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PLANMalaysia@PERAK

Transcript of MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan...

Page 1: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

1

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

PLANMalaysia@Perak (JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK

DARUL RIDZUAN)

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PLANMalaysia@PERAK

Page 2: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

2

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PLANMalaysia@PERAK (JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN)

Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PLANMalaysia@Perak

Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan sebagai bahan rujukan oleh

semua warga PLANMalaysia@Perak dalam usaha untuk memenuhi pencapaian tahap

keselamatan dan kesihatan pekerjaan .

Tanggungjawab pengawasan dan pengawalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan

adalah dibawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PLANMalaysia@Perak yang

diketuai oleh Pegawai Keselamatan Jabatan. Jawatankuasa ini bertindak bagi memastikan

dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan, organisasi, perancangan dan pelaksanaan

serta penilaian semula pencapaian dilaksanakan.

Page 3: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

3

KANDUNGAN M/S

BAHAGIAN I PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PLANMALAYSIA@PERAK (JPBD PERAK DARUL RIDZUAN)

1.0 Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

8

1.1 Objektif 9

1.2 Dasar Am Jabatan

2.0 Pelaksanaan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 10

2.1 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

2.2 Objektif Jawatankuasa

2.3 Keanggotaan Jawatankuasa 12

2.4 Carta Organisasi Jawatankuasa

2.5 Ketua-Ketua Setiap Tingkat 13

2.6 Peranan Wakil Majikan, Wakil Pekerja, dan Ketua Tingkat 14

2.7 Pelantikan Ahli Jawatankuasa

2.8 Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 15

2.9 Kekerapan Mesyuarat

2.10 Aktiviti Jawatankuasa 16

BAHAGIAN I I PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PLANMALAYSIA@PERAK (JPBD PERAK DARUL RIDZUAN)

3.0 Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan 17

3.1 Keselamatan Am

3.2 Keselamatan Di Pejabat

3.2.1 Semasa Waktu Pejabat

3.2.2 Selepas Waktu Pejabat

3.3 Keselamatan Waktu Bekerja Di Luar Pejabat 20

3.3.1 Semasa Waktu Pejabat dan Selepas Waktu Pejabat

Page 4: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

4

KANDUNGAN

MS

BAHAGIAN I I I PROSEDUR-PROSEDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN

4.0 Prosedur-prosedur Keselamatan dan Kesihatan 22

4.1 Prosedur Kebersihan Tempat Kerja

4.2 Prosedur Notifikasi Aduan, Kemalangan, Kemalangan nyaris dan

Kejadian Berbahaya

4.2.1 Pengenalan

4.2.2 Tujuan

4.2.3 Takrifan

4.2.4 Tindakan Melapor Kemalangan

4.3 Prosedur Kecemasan Kebakaran

4.3.1 Tindakan Menyelamatkan Diri (Lapisan Pegawai)

4.3.2 Tindakan Jawatankuasa (Ahli Jawatankuasa/ Pegawai

Keselamatan/Ketua Tingkat)

4.3.3 Panduan Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran

4.4 Prosedur Keselamatan Bagi Penggunaan Peralatan Mesin

Fotostat, Shredder, Plotter dan Scanner

4.5 Prosedur Keselamatan Semasa Membuat Lawatan Tapak

4.6 Prosedur Keselamatan Bagi Pemegang Kunci Keselamatan

4.7 Prosedur Pengurusan Keselamatan ICT

4.7.1 Kawasan Larangan

4.7.2 Keselamatan Peralatan

4.7.3 Peralatan Di Luar Premis

4.7.4 Bekalan Kuasa Elektrik

4.7.5 Kabel

4.7.6 Backup

4.8 Prosedur Keselamatan Bagi Kesempurnaan Kenderaan

5.0 Garis Panduan Keselamatan dan Kesihatan

36

5.1 Kemudahan Peti Pertolongan Cemas (PPC)

5.1.1 Lokasi

5.1.2 Kandunga

Page 5: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

5

5.2 Kawalan Risiko Di Tempat Kerja

5.2.1 Program Kawalan Risiko

5.2.2 Program Kesedaran Kawalan Risiko Di Tempat Kerja

5.2.3 Audit Dalaman Keselamatan dan Kesihatan

BAHAGIAN V - LAMPIRAN Lampiran 1 - Jadual Kedua : Peraturan-peraturan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan)

42

Lampiran 2 - Jadual Pertama : Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan)

43

Lampiran 3 - Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya (JKKP 6)

44

Lampiran 4 - Laporan Mengenai Keracunan Pekerjaan/Penyakit Pekerjaan (JKKP 7)

45

Lampiran 5 - Daftar Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan (JKKP 8 (I)/(IV))

51

Lampiran 6 - Pelan Laluan Kecemasan/ Pelan Lantai Bangunan (a) Tingkat 3 (b) Tingkat 7

54

Lampiran 7 - Senarai Nama Pemegang Kunci Pejabat

57

Lampiran 8 - Log Keluar/Masuk Bilik Server

58

Lampiran 9 - Borang Aduan Kerosakan Komputer (BLKK)

59

Lampiran 10 - Senarai Semak Audit Dalaman Keselamatan dan Kesihatan

60

Page 6: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

6

BAHAGIAN 1 : PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PLANMalaysia@Perak

Page 7: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

7

1.0 DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian IV, Seksyen 16, Akta

514 menekankan beberapa perkara penting yang berkaitan dengan Dasar Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan yang wajib dilaksanakan oleh majikan. Antara perkara tersebut

termasuklah;

a. Menyediakan satu pernyataan bertulis dasar am berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan;

b. Menubuhkan organisasi/Jawatankuasa untuk menjayakan pelaksanaan dasar; c. Memaklumkan setiap pekerja mengenai pernyataan dasar tersebut.

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini dibentangkan dalam Mesyuarat

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Jabatan dan Mesyuarat Pagi

PLANMalaysia@Perak dan persetujui dan diluluskan oleh Pengarah PLANMalaysia@Perak

(JPBD Perak Darul Ridzuan).

1.1 Objektif

Objektif Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah untuk;

i. Menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua

pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya;

dan

ii. Mempertingkatkan keselamatan dan kesihatan Jabatan secara berterusan dan

diitegrasikan ke dalam aktiviti-aktiviti harian dan membudayakan cara kerja

selamat dan sihat.

1.2 Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PLANMalaysia@Perak ialah;

i. Memastikan persekitaran tempat kerja dan sistem kerja yang selamat dan

selesa kepada kakitangan dan pelanggan;

ii. Melaksanakan tanggungjawab bersama dalam mengurus, menyelenggara ruang

tempat kerja, kemudahan dan peralatan serta sistem kerja supaya menjamin

bencana keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja tidak berlaku;

iii. Memastikan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan kepada pekerja

mengenai aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan supaya selamat

dan tanpa risiko terhadap kesihatan;

iv. Menjalankan penyiasatan dan melaporkan semua kemalangan, penyakit,

keracunan dan kejadian berbahaya ditempat kerja dan kerja luar dan

mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadian-kejadian tersebut tidak

berulang lagi; dan

v. Menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan pekerja yang berkaitan

dengan keselamatan kesihatan pekerjaan.

Page 8: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

8

Jabatan komited untuk memastikan setiap lapisan pegawai

memahami serta mematuhi Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Kerjasama dan komitmen daripada semua pihak dan individu amat

diharapkan untuk menjayakan Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Jabatan.

Dasar ini telah dipamerkan di tempat strategik di Tingkat 3 dan 7 Jabatan ini bagi

memastikan setiap warga jabatan dapat menghayati dan menjayakan Dasar

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan ini.

Rajah 1 : Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PLANMalaysia@Perak (JPBD

Perak Darul Ridzuan)

Page 9: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

9

2.0 PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

2.1 Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ditubuhkan mengikut keperluan

peruntukan Seksyen 30, Akta 514. Mengikut definisinya, Jawatankuasa ini ialah “satu

kumpulan orang yang bertanggungjawab dan bekerjasama dalam usaha

menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat.”

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan PLANMalaysia@Perak (JPBD

Perak Darul Ridzuan) telah ditubuhkan pada April 2017. Jawatankuasa ini berfungsi

juga dalam melaksanakan arahan keselamatan dan juga keperluan Ekosisten

Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi skop keselamatan Jabatan.

Mesyurat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) diadakan 3 kali

setahun dengan agenda mesyuarat yang membincangkan juga berkaitan dengan

keselamatan Perlindungan dibawah Akta Rahsia Rasmi serta Keselamatan Kesihatan

dan Pekerjaan Jabatan.

Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PLANMalaysia@Perak (JPBD Perak

Darul Ridzuan) (mulai April 2017) adalah seperti berikut:-

PENGERUSI : En. Shahidi bin Yusop Pegawai Keselamatan Jabatan dan Pekerjaan

SETIAUSAHA : En. Abdullah Bin Ab Rahman Penolong Pegawai Keselamatan dan Kesihatan

: Pn. Irma Salina binti Mohd Salleh (Pegawai Aset)

: En. Muhaimi bin Mohamed Information Chief Technology Security Officer (ICTSO)

: En. Noor Imran bin Zainuddin Ketua Jawatankuasa Keselamatan EKSA

WAKIL MAJIKAN (Ketua Bahagian/Wakil Ketua Bahagian)

: Bahagian Khidmat Pengurusan En. Kamarudzaman bin Noratu Bahagian Pengurusan Perancangan, Geospatial dan ICT En. Muhammad Syafiq bin Norsisan Bahagian Perancangan Korporat Cik Halimatul Saadiah binti Danyal Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas En. Mohd Yusri bin Mohd Yunus

WAKIL PEKERJA (Wakil Setiap Bahagian)

: Bahagian Khidmat Pengurusan 1. Pn. Nirmala A/P Krisnan 2. Pn. Ruzita binti Abdul Latif Bahagian Pengurusan Perancangan, Geospatial dan ICT 1. En. Meor Mohamed Firdaus bin Haji Ahmad Zawawi 2. Pn. Noraini binti Mat Razali Bahagian Perancangan Korporat 1.En. Azman bin Yusof Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas 1. En. Ahmad Saufi bin Abdul Hamid

Page 10: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

10

2.2 Objektif Jawatankuasa

Objektif Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan ialah seperti berikut:

i. Untuk menggalakkan kerjasama di antara pihak pengurusan dan pihak pekerja

bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;

ii. Untuk menyediakan komunikasi dua (2) hala dalam penyebaran maklumat

yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan; dan

iii. Untuk menggalakkan minat serta kesedaran semua kumpulan pengurusan dan

pekerja terhadap keselamatan dan kesihatan.

2.3 Keanggotaan Jawatankuasa

Keanggotaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PlanMalaysia@Perak adalah

berdasarkan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996. Komposisi Jawatankuasa ini

adalah seperti berikut:

• Pengerusi (Ketua Jabatan/Pengurus yang diberi kuasa)

• Setiausaha (Penolong Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Jabatan)

• Ahli:-

- Wakil Majikan (setiap bahagian)

- Wakil Pekerja (setiap bahagian)

- Pegawai Aset

- Information Chief Technology Security Officer (ICTSO) - Ketua Jawatankuasa Keselamatan EKSA

Page 11: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

11

2.4 Carta Organisasi Jawatankuasa

Carta organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan PLANMalaysia@Perak

(JPBD Perak Darul Ridzuan )ialah seperti di Rajah 2.

Rajah 2 : Carta Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

PLANMalaysia@Perak (JPBD Perak Darul Ridzuan)

SETIAUSAHA En. Abdullah bin Ab Rahman

(Pen. Pegawai Keselamatan dan Kesihatan)

En. Muhaimi bin Mohamed Information Chief Technology Security Officer

(ICTSO)

Pn. Irma Salina binti Mohd Salleh

(Pegawai Aset)

En. Noor Imran bin Zainuddin (Ketua Jawatankuasa Keselamatan EKSA)

WAKIL PEKERJA

Bahagian Khidmat Pengurusan 1. Pn. Nirmala A/P Krisnan 2. Pn. Ruzita binti Abdul Latif Bahagian Pengurusan Perancangan, Geospatial dan ICT 1. En. Meor Mohamed Firdaus bin Haji Ahmad Zawawi 2. Pn. Noraini binti Mat Razali Bahagian Perancangan Korporat - En. Azman bin Yusof Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas - En. Ahmad Saufi bin Abdul Hamid

WAKIL MAJIKAN

Bahagian Khidmat Pengurusan - En. Kamarudzaman bin Noratu* Bahagian Pengurusan Perancangan, Geospatial dan ICT - En. Muhammad Syafiq bin Norsisan Bahagian Perancangan Korporat - Cik Halimatul Saadiah binti Danyal * Bahagian Rancangan Pembangunan dan Projek Khas - En. Mohd Yusri bin Mohd Yunus

PENGERUSI En. Shahidi bin Yusop

Pegawai Keselamatan Jabatan dan Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kesihatan Jabatan)

Chief Infomation Officer (CIO)

Page 12: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

12

2.5 Ketua-ketua Setiap Tingkat

Ketua setiap tingkat yang telah dilantik dari kalangan wakil majikan atau wakil

pekerja ialah seperti berikut:

i. Ketua Tingkat 3 : Cik Halimatul Saadiah binti Danyal

ii. Ketua Tingkat 7 : En. Kamarudzaman b. Noratu

2.6 Peranan Wakil Majikan, Wakil Pekerja dan Ketua Tingkat

i. Peranan Wakil Majikan:

Menghebahkan kepada lapisan pegawai di Bahagian masing-masing

mengenai program, dasar, peraturan, prosedur dan garis panduan yang

diputuskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan.

Melaksanakan arahan dan program keselamatan dan kesihatan yang

diputuskan oleh Jawatankuasa.

Mengambil langkah-langkah tambahan untuk memastikan aspek

keselamatan dan kesihatan dipertingkatkan dan kemalangan dielakkan.

Mengemukakan cadangan-cadangan dari lapisan pegawai berkaitan aspek

keselamatan dan kesihatan untuk pertimbangan Jawatankuasa.

Melaporkan kejadian kemalangan, nyaris kemalangan atau apa-apa perkara

berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja kepada Pegawai

Keselamatan dan Kesihatan dan Jawatankuasa.

ii. Peranan Wakil Pekerja:

Membantu Ketua Bahagian menghebahkan kepada lapisan pegawai di

Bahagian masing-masing mengenai program, dasar, peraturan, prosedur

dan garis panduan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan

Kesihatan.

Membantu Ketua Bahagian melaksanakan arahan dan program keselamatan

dan kesihatan.

Melaporkan kejadian kemalangan atau nyaris kemalangan kepada Ketua

Tingkat dan Ketua Bahagian/wakil majikan.

Melaporkan dan mengemukakan cadangan tindakan pembaikan mengenai

apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat atau tidak sihat di tempat

kerja kepada Jawatankuasa.

Page 13: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

13

iii. Peranan Ketua Tingkat:

Membantu Ketua Bahagian melaksanakan dan mengawasi aspek

keselamatan dan kesihatan di tingkat masing-masing.

Memastikan aspek keselamatan dan kesihatan dipatuhi.

Memegang kunci keselamatan bagi pintu-pintu utama di tingkat masing-

masing dan mengawal serta mengawasi penggunaannya oleh pegawai lain

yang tidak tersenarai sebagai pemegang kunci.

Melaporkan kejadian kemalangan atau nyaris kemalangan kepada Ketua

Bahagian dan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

2.7 Pelantikan Ahli Jawatankuasa

i. Pelantikan ahli jawatankuasa dilakukan oleh Ketua Jabatan atau Pengurus yang diberi kuasa.

ii. Wakil majikan yang dilantik ialah Ketua Bahagian ataupun wakil Ketua Bahagian.

iii. Wakil pekerja yang dilantik adalah mewakili setiap tingkat dan Bahagian.

2.8 Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Berdasarkan Peraturan II, Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996, fungsi Jawatankuasa ini

adalah seperti berikut:

i. Membantu dalam pembuatan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan

serta sistem kerja selamat;

ii. Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan;

iii. Menjalankan kajian tentang trend kemalangan, kemalangan nyaris, kejadian

berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di

tempat kerja;

iv. Melaporkan kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan yang tidak selamat

atau tidak sihat di tempat kerja bersama dengan cadangan untuk tindakan

pembaikan; dan

v. Mengkaji semula dasar keselamatan di tempat kerja dan membuat cadangan

kepada majikan bagi apa-apa penyemakan dasar itu.

2.9 Kekerapan Mesyuarat

i. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan perlu bermesyuarat seberapa kerap

atau tidak kurang tiga (3) bulan sekali.

ii. Jawatankuasa perlu mengadakan mesyuarat segera sekiranya berlaku keadaan-

keadaan berikut:

Kemalangan maut;

Kemalangan yang melibatkan kecederaan badan yang serius; dan

Kemalangan nyaris.

Page 14: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

14

2.10 Aktiviti Jawatankuasa

i. Pemeriksaan tempat kerja (audit dalaman):

Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun.

Tujuan : Menentukan tahap risiko dan bahaya serta mengenalpasti

apa-apa yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan di

tempat kerja.

ii. Melaksanakan hebahan melalui poster, slogan, papan tanda, pertandingan/

kempen, tayangan video dan sebagainya.

iii. Penyiasatan aduan dan penyelesaian aduan.

iv. Penyiasatan apa-apa kemalangan.

v. Latihan dan taklimat.

vi. Penyediaan laporan, prosedur kerja selamat/sihat, arahan kerja, kaedah-

kaedah keselamatan dan lain-lain.

vii. Menyemak semula Dasar dan Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

mengikut keperluan.

2.11 Pegawai penjaga pintu kecemasan

Pegawai yang bertanggungjawab yang menjaga pintu kecemasan dan kunci telah

ditetapkan iaitu;

i. Pintu Kecemasan Tingkat 7 (Sebelah Bilik Mesyuarat Pangkor) – Aizat bin Mohd

Yusof

ii. Pintu Kecemasan Tingkat 7 ( Bahagian Kawalan) – En. Meor Mohamed Firdaus

bin Haji Ahmad Zawawi

iii. Pintu Kecemasan Tingkat 3 (Bilik Mesyuarat Royal Belum) – En. Ahmad Saufi

bin Abdul Hamid

iii. Pintu Kecemasan Tingkat 3 ( Bahagian Korporat) – En. Azman bin Yusof

2.12 Pegawai ‘Rescue’ Kebakaran

Pegawai yang dilantik ini adalah pegawai yang dipertanggungjawabkan untuk

bertindak memberi arahan dan panduan semasa semasa berlaku kebakaran. Semua

kakitangan perlu hanya mematuhi arahan dari pegawai yang dilantik.

Pegawai yang dilantik adalah mengikut tingkat iaitu;

Tingkat 7 : En Kamarudzaman bin Noratu

Tingkat 3 : Mohd Yusri bin Mohd Yunus

Page 15: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

15

BAHAGIAN 2 : PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PLANMALAYSIA@PERAK

Page 16: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

16

3.0 PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

3.1 Keselamatan Am

a. Tujuan

Bagi mencegah daripada berlakunya kemalangan di PLANMalaysia@Perak

(JPBD Perak Darul Ridzuan) akibat daripada kecuaian atau tindakan tidak

selamat oleh kakitangan dan pelawat.

b. Penerangan

i. Sila ikuti segala arahan keselamatan semasa berada di Pejabat.

ii. Pastikan semua peralatan dan dokumen disimpan di tempat yang betul

serta kawasan tempat kerja anda sentiasa kemas dan bersih.

iii. Gunakan peralatan dengan betul dan cermat ketika bekerja.

iv. Elakkan daripada mengganggu orang lain semasa bekerja.

v. Laporkan dengan segera apa-apa tindakan dan keadaan tidak selamat

yang mana boleh mendatangkan kecederaan kepada kakitangan dan

kerosakan kepada harta benda.

vi. Sekiranya berlaku kemalangan semasa bekerja, laporkan dengan segera

serta dapatkan bantuan.

vii. Penggunaan, baikpulih dan penyelenggaraan peralatan hanya boleh

dilakukan apabila mendapat kebenaran untuk melakukannya.

viii. Gunakan kaedah yang betul semasa mengangkat barang dan dapatkan

bantuan sekiranya perlu.

ix. Dilarang merokok dan melakukan pembakaran terbuka dalam kawasan

ruang bekerja.

x. Rujuk kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Jabatan bagi

mendapatkan arahan, prosedur dan garis panduan yang berkaitan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

xi. Kenalpasti pintu laluan keluar dan laluan kecemasan di tingkat tempat

anda bekerja.

xii. Berikan kerjasama kepada petugas keselamatan bangunan dan Jabatan

sekiranya berlaku kecemasan.

Page 17: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

17

3.2 Keselamatan Di Pejabat

3.2.1 Semasa Waktu Pejabat

a. Pengenalan

Keselamatan di tempat kerja perlu dititikberatkan oleh setiap orang

dan beberapa peraturan keselamatan di pejabat perlu dipatuhi dan

dijadikan amalan berterusan.

b. Penerangan

i. Pastikan lorong laluan dalam dan luar pejabat tidak dihalang

oleh peralatan, perabot, pendawaian elektrik dan lain-lain.

ii. Pastikan semua peralatan pejabat berfungsi dengan baik.

iii. Gunakan penapis skrin komputer untuk mengurangkan

dedahan sinar UV.

iv. Pastikan semua lampu berfungsi dengan baik dan mendapat

kadar pencahayaan yang mencukupi.

v. Pastikan laci kabinet ditutup dengan kemas selepas setiap kali

dibuka.

vi. Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan yang berat

seperti almari, meja, peralatan dan kotak supaya tidak

mengalami kecederaan. Gunakan troli jika perlu.

vii. Bersihkan tumpahan serta-merta walaupun hanya air

minuman.

viii. Pastikan tiada halangan di pintu kecemasan.

ix. Setiap pekerja perlu mengetahui kedudukan alat pemadam api

dan mudah untuk dicapai.

x. Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan

penggera sekiranya berlaku kebakaran.

xi. Berehat sebentar secara berkala bagi melegakan tekanan dan

kepenatan.

3.2.2 Selepas Waktu Pejabat

a. Takrifan

Selepas waktu pejabat ditakrifkan pada hari dan masa berikut:

Hari Waktu

Isnin-Jumaat 5.00 petang-8.00 pagi

Sabtu, Ahad dan Cuti Kelepasan Am Sepanjang masa

Page 18: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

18

b. Peraturan-peraturan

i. Semua tugas lebih masa selepas waktu pejabat hendaklah

mendapatkan arahan bertulis dari Ketua Bahagian/Pegawai

Atasan masing-masing.

ii. Perlu menyediakan Buku Daftar Kerja Lebih Masa dan

menempatkannya di setiap tingkat. Buku daftar yang disediakan

tersebut hendaklah mempunyai ruangan-ruangan untuk

mencatatkan perkara-perkara berikut:-

• Bilangan

• Tarikh (Hari)

• Nama

• Masa Mula

• Masa Tamat

• Tugasan

• Tandatangan

• Pegawai Yang Dimaklumkan

• Catatan

iii. Setiap lapisan pegawai yang bekerja lebih masa di pejabat

dimestikan mengisi Buku Daftar Kerja Lebih Masa.

iv. Perlu menggunakan pintu hadapan sahaja untuk keluar/masuk

pejabat.

v. Perlu mendapat kebenaran memegang kunci pejabat dari ketua

tingkat/ pemegang kunci setiap tingkat.

vi. Mencatatkan dalam buku rekod keselamatan tarikh mengambil

dan menyerahkan kunci pejabat.

vii. Perlu memastikan keadaan pejabat di dalam keadaan selamat

sebelum menutup pejabat dan menyerahkan semula kunci

pejabat kepada pemegang kunci seberapa segera.

Page 19: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

19

3.3 Keselamatan Bekerja Di Luar Pejabat

3.3.1 Semasa Waktu Pejabat dan Selepas Waktu Pejabat

a. Takrifan

Bekerja di luar pejabat ditakrifkan seperti berikut :

Tugasan Waktu

Lawatan Tapak 8.00 Pagi – 5.00 petang (Semasa Waktu Pejabat)

5.00 petang - 8.00 Pagi

(Selepas Waktu Pejabat)

Mesyuarat

Kursus/Latihan/Taklimat/DLL

b. Peraturan-peraturan

i. Setiap lapisan pegawai perlu memaklumkan kepada ketua

bahagian/ pegawai atasan masing-masing sebelum bekerja di

luar pejabat semasa dan selepas waktu pejabat.

ii. Setiap lapisan pegawai perlu mencatat di papan kenyataan

sebelum bekerja di luar pejabat.

iii. Sebarang kesulitan yang timbul, keadaan tidak selamat,

kemalangan atau kejadian berbahaya semasa bekerja di luar

pejabat perlu dimaklumkan kepada ketua bahagian/ pegawai

atasan /ketua tingkat masing-masing dengan kadar segera.

Page 20: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

20

BAHAGIAN 3 : PROSEDUR-PROSEDUR

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PLANMALAYSIA@PERAK

Page 21: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

21

4.0 PROSEDUR-PROSEDUR KESELAMATAN DAN KESIHATAN

4.1 Prosedur Kebersihan Tempat Kerja

Prosedur ini menerangkan langkah-langkah dan pengawasan yang perlu diambil

dalam penjagaan kebersihan di semua ruang bekerja di PLANMalaysia@Perak (JPBD

Perak Darul Ridzuan) supaya mencegah berlakunya kemalangan atau keadaan yang

tidak selamat disebabkan faktor pengabaian mengamalkan kebersihan.

Langkah-langkah penjagaan kesihatan adalah seperti berikut:-

1. Memastikan semua laluan sentiasa bersih dan bebas daripada halangan-halangan yang boleh mengganggu laluan.

2. Memastikan laluan kecemasan selamat digunakan sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran.

3. Penempatan apa-apa mesin, bahan, peralatan dan lain-lain barangan di laluan ini adalah dilarang sama sekali.

4. Memastikan tiada sebarang bahan yang tidak diperlukan terletak di ruang bekerja.

5. Memastikan stor sentiasa bersih, kemas dan tersusun. 6. Memastikan permukaan lantai tempat kerja dalam keadaan baik, bersih dan

kemas. 7. Memastikan pembuangan sampah hendaklah dibuat dengan cara yang betul

di dalam tong sampah yang disediakan 8. Memastikan lampu berfungsi dengan baik dan kadar pencahayaan yang

mencukupi. 9. Memastikan kawasan tangga bersih dan kemas serta pengadang tangan dalam

keadaan yang baik. 10. Memastikan peralatan dan perkakasan berada dalam kedudukan yang

tersusun/teratur 11. Memastikan alat pemadam api belum tamat tempoh dan diletakkan

di lokasi yang mudah dikesan. 12. Memastikan pemeriksaan tempat kerja dibuat sekurang-kurangnya 1 kali

setahun oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan dan tindakan pembetulan/pembaikan dibuat sekiranya perlu.

13. Memastikan meja dan kerusi kerja bersih dan kemas serta dalam keadaan yang baik.

14. Memastikan pantry berkeadaan bersih dan tersusun 15. Memastikan kemudahan tandas bersih dan baik. 16. Memastikan program gotong-royong pembersihan di setiap tingkat dijalankan

setiap bulan (setiap Jumaat minggu terakhir).

Page 22: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

22

4.2 Prosedur Notifikasi Aduan, Kemalangan, Kemalangan Nyaris Dan Kejadian

Berbahaya

4.2.1 Pengenalan

Prosedur ini disediakan berdasarkan kepada Peraturan-Peraturan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Kemalangan,

Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 di

bawah kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta

514).

4.2.2 Tujuan

Peruntukan Akta 514 mengkehendaki setiap majikan:

a. Menyediakan suatu saluran komunikasi untuk membolehkan mana-mana pekerjanya membuat aduan mengenai apa-apa perkara yang memudaratkan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja;

b. Mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas aduan dan kejadian yang tersebut di atas; dan

c. Melaporkan kejadian yang tersebut di atas kepada Jabatan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

4.2.3 Takrifan

Beberapa takrifan berikut adalah berdasarkan Akta 514.

a. Kejadian Berbahaya (Dangerous Occurrence)

Mana-mana kejadian di dalam mana-mana kelas yang disenaraikan

pada Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian

Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) seperti di

LAMPIRAN 1.

b. Kemalangan Nyaris (Near Miss)

Apa-apa kemalangan di tempat kerja yang berpotensi untuk

menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan

kepada apa-apa harta.

c. Kemalangan (Accident)

Suatu kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja

yang mengakibatkan kecederaan maut atau kecederaan tidak maut.

Page 23: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

23

d. Kecederaan Badan yang Serius

Apa-apa kecederaan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

(Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya,

Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) seperti di LAMPIRAN 2.

e. Kecederaan Maut

Kecederaan yang membawa kepada kematian serta merta atau

kematian dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kemalangan.

f. Kecederaan Tidak Maut

i. Kecederaan yang menghalang seorang pekerja daripada

melaksanakan kerja biasa dan membawa kepada ketidakupayaan

untuk bekerja secara kekal atau sementara, atau

ii. Kecederaan yang memerlukan rawatan perubatan.

4.2.4 Tindakan Melapor Kemalangan

a. Ketua Bahagian/Ketua Tingkat hendaklah memastikan setiap kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja masing-masing dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Jabatan. Laporan hendaklah dibuat dengan serta merta sebaik sahaja kejadian tersebut dikenalpasti atau berlaku di Jabatan masing-masing dan menghantar Borang JKKP 6 – Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya dan Borang JKKP 7 – Laporan Mengenai Keracunan Pekerjaan/ Penyakit Pekerjaan secepat yang praktik sebagaimana LAMPIRAN 3 dan LAMPIRAN 4 dan disalinkan kepada fail Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Jabatan.

b. Semua kemalangan sama ada mengalami kecederaan atau tidak, hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Jabatan dengan segera.

c. Butiran kemalangan mestilah direkodkan dalam Borang JKKP 6 –

Laporan Mengenai Kemalangan/Kejadian Berbahaya dan Borang JKKP 7 – Laporan Mengenai Keracunan Pekerjaan/ Penyakit Pekerjaan oleh pelapor. Borang laporan kemalangan boleh didapati pada setiap bahagian.

• Semua bahagian dalam borang tersebut perlu dipenuhi

dengan teliti dan terperinci khasnya di bahagian huraian

kemalangan.

Page 24: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

24

• Borang JKKP 8 – Daftar Kemalangan, Kejadian Berbahaya,

Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan pada LAMPIRAN

5 perlu dihantar kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (JKKP) Malaysia, Kementerian Sumber Manusia,

Putrajaya yang menyelaras semua urusan yang berkaitan

dengan kemalangan tersebut selewat-lewatnya pada 30

Januari tahun yang berikutnya (walaupun tiada berlaku

sebarang kes/kejadian kemalangan).

d. Bagi kemalangan yang serius, kawasan kemalangan hendaklah jangan diganggu kecuali untuk mencegah kemalangan yang lebih serius atau memudahkan laluan bantuan. Nasihat atau panduan daripada Ahli Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Jabatan mengenai kemalangan tersebut hendaklah diperolehi dengan serta merta.

4.3 Prosedur Kecemasan Kebakaran

Prosedur ini hendaklah digunapakai semasa tindakan kecemasan kebakaran. Ia

menjelaskan langkah-langkah semasa tindakan kecemasan kebakaran bagi tujuan

mengatasi semua jenis kemalangan yang mungkin berlaku di Jabatan.

Berikut adalah tindakan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan kebakaran:-

4.3.1 Tindakan Menyelamatkan Diri (Lapisan Pegawai)

Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku

kebakaran, semua lapisan pegawai/ pelawat hendaklah :

1. Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut

plug.

2. Hendaklah keluar mengikut laluan kecemasan dan JANGAN

menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan.

3. Jangan berlari, tolak menolak dan panik.

4. Jangan berpatah balik untuk mengambil barang-barang yang

tertinggal.

5. Berikan kerjasama dan patuhi arahan pegawai ‘resque’

6. Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan.

7. Sila hubungi Balai Bomba terdekat di talian 03-5519 4444 atau dail

TALIAN KECEMASAN 994 dan 112 bagi panggilan menggunakan

telefon bimbit.

Sila rujuk pelan laluan kecemasan/ pelan lantai bangunan yang di pamerkan

setiap tingkat. Rujuk LAMPIRAN 6(a) – 6(e)

Page 25: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

25

4.3.2 Tindakan Jawatankuasa (Pegawai Keselamatan/ Ketua Bahagian/ Ketua

Tingkat/ pegawai ‘resque’

1. Bunyikan wisel berulang kali (jika “alarm” automatik tidak berbunyi).

2. Matikan semua punca elektrik dan mencabut plug.

3. Sekiranya kebakaran berlaku di peringkat awal dan tidak mengancam

keselamatan diri, padamkan segera.

4. Jika didapati kebakaran tersebut telah merebak dan ada penghuni di

bangunan tersebut, beri arahan mengosongkan bangunan.

5. Arahkan lapisan pegawai/pelawat keluar melalui pintu kecemasan

sahaja dan menutup pintu rintangan api selepas keluar.

6. Arahkan lapisan Pegawai/pelawat berkumpul di tempat berkumpul

yang telah ditetapkan dan memastikan semua dalam keadaan

terkawal.

7. Membuat panggilan baris (roll-call) di tempat berkumpul dengan

menggunakan SENARAI KEHADIRAN KAKITANGAN dan menyemak

sekiranya ada yang tertinggal di dalam bangunan bagi pekerja di

bawah kawalan masing-masing.

8. Jangan benarkan sesiapa pun masuk ke bangunan tersebut melainkan

yang berkenaan sahaja.

9. Hubungi pegawai yang bertugas di pondok pengawal keselamatan

untuk bantuan. Jika perlu hubungi Jabatan BOMBA secara terus.

10. Bekerjasama dengan anggota BOMBA dalam segala aspek.

11. Sekiranya terdapat kemalangan atau kecederaan, pastikan pesakit

diberikan rawatan kecemasan dan dihantar ke klinik/hospital

(sekiranya perlu).

4.3.3 Panduan Menyelamatkan Diri Semasa Kebakaran

a. Cara-cara Bergerak Semasa Terperangkap Di Dalam Asap

Di dalam sesuatu kebakaran, asap merupakan ancaman kerana ia

bergerak mendahului api, panas, menyesakkan pernafasan serta

beracun dan boleh menyekat jalan menyelamatkan diri dari

kebakaran. Sebagai panduan menyelamatkan diri dari kebakaran

asap, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Bertenang, sabar dan berfikir. Panik atau kelam kabut boleh

mengakibatkan anda bertindak dengan cara yang salah.

2. Sebelum membuka pintu, pastikan dahulu, jika panas biarkan

tertutup. Cari jalan lain untuk menyelamatkan diri.

3. Jika terperangkap di dalam asap, rendahkan diri seberapa boleh

sebaiknya merangkak di atas lantai dan bernafas pendek-

pendek (melalui hidung hingga sampai ke tempat selamat).

Page 26: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

26

4. Kepulan asap yang banyak biasanya boleh menggelapkan

pemandangan. Dalam keadaan demikian, gunakan belakang

tangan untuk raba jalan menyusur dinding hingga bertemu

pintu keluar.

b. Terperangkap Di Dalam Bangunan Terbakar

Jika anda terperangkap di dalam bangunan semasa berlaku

kebakaran, anda hendaklah bertindak seperti berikut:

1. Dapatkan seberapa banyak pintu bertutup di antara anda

dengan api. Sebagai makluman, pintu-pintu boleh menjadi

penyelamat nyawa anda.

2. Tutupkan pintu di belakang anda dan jauhkan asap dan bahang.

Sumbat celah-celah pintu dan lubang angin dengan kain atau

sebagainya bagi mengelakkan asap masuk (pilih bilik yang

bertingkap dan tunggu untuk diselamatkan).

3. Pergi ke tingkap bagi mendapatkan udara bersih dan beri isyarat

minta bantuan.

4. Buka tingkap di atas dan di bawah untuk membolehkan udara

kotor keluar dan udara bersih masuk.

5. Jika keadaan semakin buruk, pandang keluar tingkap, balut kaki

dengan baju, 'carpet' atau sebagainya (basahkan jika perlu) bagi

menahan kepanasan.

6. Jangan cuba terjun dari tingkap atau tingkat yang tinggi. Ramai

orang terbunuh kerana tergopoh-gapah terjun. Tunggu BOMBA

atau pasukan penyelamat, jika benar-benar tidak ada jalan lain

lagi.

4.4 Prosedur Keselamatan Bagi Penggunaan Peralatan Mesin Fotostat, ‘Shredder’,

Plotter Dan Scaner

Prosedur ini digunakan untuk memastikan pengurusan penggunaan peralatan mesin

fotostat, shredder, plotter dan scaner berada di dalam keadaan yang selamat.

Bagi memenuhi kehendak ini, penggunaan peralatan tersebut perlulah mematuhi

peraturan-peraturan seperti berikut:-

1. Setiap lapisan pegawai hendaklah bertanggungjawab melaksanakan prosedur

ini semasa menggunakan peralatan tersebut;

Page 27: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

27

2. Setiap lapisan pegawai perlulah mendapat latihan dan penerangan yang jelas

daripada kakitangan yang lebih arif tentang kaedah dan cara menggunakan

peralatan tersebut yang betul sebelum menggunakannya;

3. Memastikan peralatan bersih daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan;

4. Elakkan pembaziran elektrik;

5. Penggunaan mesin hanya untuk urusan rasmi sahaja dan penggunaan selain

daripada urusan rasmi adalah dilarang sama sekali;

6. Laporkan kepada Bahagian Pentadbiran dan Kewangan sekiranya peralatan

tersebut tidak berfungsi dengan baik; dan

7. Semua kakitangan perlulah berhati-hati semasa menggunakan peralatan

tersebut.

4.5 Prosedur Keselamatan Semasa Membuat Lawatan Tapak

Untuk memastikan setiap pegawai berada di dalam keadaan selamat dan sihat

semasa menjalankan tugas lawatan tapak, langkah-langkah keselamatan perlu

diambilkira. Penggunaan peralatan keselamatan semasa mengadakan lawatan tapak

adalah perlu dipatuhi oleh setiap lapisan pegawai Jabatan. Setiap lapisan pegawai

yang hendak membuat lawatan tapak perlulah mematuhi perkara-perkara seperti

berikut:-

1. Memaklumkan kepada Ketua Bahagian/Pegawai Atasan mengenai lokasi dan

tujuan menjalankan lawatan tapak.

2. Memakai kasut dan pakaian yang bersesuaian.

3. Bagi melindungi cahaya matahari, pemakaian topi pelindung cahaya yang

dibekalkan oleh Jabatan adalah digalakkan.

4. Pihak polis hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum lawatan tapak ke

kawasan yang merbahaya.

4.6 Prosedur Keselamatan Bagi Pemegang Kunci Keselamatan

Kunci merupakan satu alat yang penting dalam menentukan keselamatan Jabatan. Beberapa langkah berikut hendaklah dipatuhi bagi menjamin keselamatan kunci pejabat:

1. Pemegang kunci hendaklah pegawai yang disenaraikan seperti di LAMPIRAN 7 (kecuali mendapat kebenaran);

2. Pemegang kunci hendaklah memastikan merekod masa membuka dan

menutup pejabat di dalam Buku Rekod keselamatan setiap hari;

3. Pemegang kunci memastikan keadaan pejabat di dalam keadaan selamat

sebelum menutup pejabat;

Page 28: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

28

4. Kunci tidak boleh diserahkan kepada pegawai lain tanpa kebenaran dan direkod di dalam Buku Rekod keselamatan;

5. Kunci DILARANG sama sekali untuk dibuat ‘pendua’; dan 6. Kunci hendaklah diserahkan kepada Ketua Pembantu Tadbir (Pentadbiran)

apabila berlaku pertukaran tempat bertugas/pegawai.

4.7 Prosedur Pengurusan Keselamatan ICT

Keselamatan ICT adalah bermaksud keadaan di mana segala urusan menyedia dan

membekalkan perkhidmatan yang berasaskan kepada sistem ICT berjalan secara

berterusan tanpa gangguan yang boleh menjejaskan keselamatan.

4.7.1 Kawasan Larangan

Kawasan larangan ditakrifkan sebagai kawasan yang dihadkan kemasukan

kepada pegawai-pegawai yang tertentu sahaja. Ini dilaksanakan untuk

melindungi aset ICT yang terdapat di dalam kawasan tersebut.

a. Kawasan larangan di PLANMalaysia@Perak (JPBD Perak Darul

Ridzuan)adalah bilik server dan bilik switch/hub.

i. Akses kepada kawasan larangan hanyalah kepada

pegawaipegawai yang dibenarkan sahaja; dan

ii. Pihak ketiga adalah dilarang sama sekali untuk memasuki

kawasan larangan kecuali, bagi kes kes tertentu seperti

memberi perkhidmatan sokongan atau bantuan teknikal dan

mereka hendaklah diiringi sepanjang masa sehingga tugas di

kawasan berkenaan selesai.

b. Peraturan Am Bilik Server dan bilik switch/hub

i. Memastikan kebenaran diperolehi dari Pegawai Keselamatan

ICT (ICTSO) atau pegawai lain yang dibenarkan untuk memasuki

bilik server;

ii. Memastikan individu yang diberi kebenaran masuk

bertanggungjawab di atas sebarang kejadian;

iii. Memastikan pintu sentiasa ditutup dan dikunci;

iv. Memastikan bilik server dan bilik switch/hub sentiasa bersih;

v. Memastikan penghawa dingin dalam bilik server sentiasa

berfungsi dan suhu di bawah 16 darjah celsius;

vi. Memastikan 'Uninterruptable Power Supply' (UPS) dalam

keadaan baik dan stabil;

vii. Memastikan alat pencegah kebakaran jenis CO2 (gas) dalam

keadaan baik dan tidak luput tarikh; dan

viii. Memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi ketika berada

di dalam bilik server:-

Page 29: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

29

Dilarang menghisap rokok; Dilarang membawa makanan dan minuman; Dilarang membawa alat mudah terbakar.

c. Tatacara Masuk/ Keluar Bilik Server

i. Pegawai/individu hendaklah berjumpa Pegawai Keselamatan

ICT atau pegawai lain yang dibenarkan;

ii. Meminta kebenaran untuk memasuki bilik server atas sesuatu

tujuan rasmi/kerja;

iii. Pegawai Keselamatan ICT akan mempertimbangkan kerja-kerja

yang hendak dilakukan;

iv. Jika kerja-kerja tersebut tidak berkaitan atau tidak memerlukan

untuk memasuki bilik server maka permohonan akan di tolak;

v. Pegawai Keselamatan ICT atau pegawai lain yang dibenarkan

akan mengiringi pegawai/individu tersebut ke bilik server dan

membuka pintu;

vi. Pegawai/individu wajib mengisi log keluar / masuk di dalam

buku log yang telah disediakan seperti di LAMPIRAN 8; dan

vii. Pegawai/individu perlu memaklumkan kepada Pegawai

Keselamatan ICT atau pegawai lain yang dibenarkan setelah

meninggalkan bilik server.

Page 30: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

30

Rajah 3 : Proses Tatacara Masuk/Keluar Bilik Server

* Atau pegawai lain yang dibenarkan

Berjumpa pegawai

keselamatan ICT*

Minta kebenaran

Pegawai ICT Mengiringi ke

Bilik Server*

Buku Catatan dalam Buku Log

Tugas selesai dan

meninggalkan bilik server

Pengesahan oleh Pegawai

Keselamatan ICT*

Sila buat permohonan

semula (jika tiada

pegawai pengiring)

Selesai

Setuju/Tidak

Page 31: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

31

4.7.2 Keselamatan Peralatan

Melindungi peralatan ICT dari kehilangan, kerosakan, kecurian serta

gangguan kepada peralatan tersebut.

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

1. Pengguna hendaklah menyemak dan memastikan semua peralatan ICT

di bawah kawalannya berfungsi dengan sempurna;

2. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peralatan ICT masing-

masing dan tidak dibenarkan membuat sebarang pertukaran

perkakasan dan konfigurasi yang telah ditetapkan;

3. Pengguna dilarang sama sekali menambah, menanggal atau mengganti

sebarang perkakasan ICT yang telah ditetapkan;

4. Pengguna dilarang membuat instalasi sebarang perisian tambahan

tanpa kebenaran Pentadbir Sistem ICT (Penolong Pegawai Teknologi

Maklumat);

5. Pengguna adalah bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan

peralatan ICT di bawah kawalannya;

6. Pengguna mesti memastikan perisian antivirus di komputer peribadi

mereka sentiasa aktif (activated) dan dikemaskini di samping melakukan

imbasan ke atas media storan yang digunakan;

7. Semua peralatan sokongan ICT hendaklah dilindungi daripada kecurian,

kerosakan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian tanpa kebenaran;

8. Peralatan-peralatan kritikal perlu disokong oleh ‘Uninterruptable Power

Supply’ (UPS);

9. Semua peralatan ICT hendaklah disimpan atau diletakkan di tempat

yang teratur, bersih dan mempunyai ciri-ciri keselamatan. Peralatan

rangkaian seperti switches, hub, router dan lain-lain perlu diletakkan di

dalam rak khas dan berkunci;

10. Peralatan ICT yang mengalami kerosakan dan perlu dibaiki di luar

pejabat perlulah mendapat kelulusan Pentadbir Sistem ICT dan

direkodkan bagi tujuan pemantauan. Borang Aduan Kerosakan

Komputer perlu digunakan seperti di LAMPIRAN 9;

11. Peralatan ICT yang hilang hendaklah dilaporkan kepada ICTSO dan

Pegawai Aset ICT dengan segera;

12. Pengendalian peralatan ICT hendaklah mematuhi dan merujuk kepada

peraturan semasa yang berkuat kuasa;

13. Pengguna tidak dibenarkan mengubah kedudukan peralatan ICT dari

tempat asal ia ditempatkan tanpa kebenaran Pentadbir Sistem ICT;

14. Sebarang kerosakan peralatan ICT hendaklah dilaporkan kepada

Pentadbir Sistem ICT untuk di baik pulih;

15. Sebarang pelekat selain bagi tujuan rasmi tidak dibenarkan. Ini bagi

menjamin peralatan tersebut sentiasa berkeadaan baik;

16. Konfigurasi alamat IP tidak dibenarkan diubah daripada alamat IP yang

asal;

Page 32: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

32

17. Pengguna dilarang sama sekali mengubah kata laluan bagi pentadbir

(administrator password) yang telah ditetapkan oleh Pentadbir Sistem

ICT;

18. Pengguna bertanggungjawab terhadap perkakasan, perisian dan

maklumat di bawah jagaannya dan hendaklah digunakan sepenuhnya

bagi urusan rasmi sahaja;

19. Pengguna hendaklah memastikan semua perkakasan komputer,

pencetak dan pengimbas dalam keadaan “OFF” apabila meninggalkan

pejabat;

20. Sebarang bentuk penyelewengan atau salah guna peralatan ICT

hendaklah dilaporkan kepada ICTSO; dan

21. Memastikan plug dicabut daripada suis utama (main switch) bagi

mengelakkan kerosakan perkakasan sebelum meninggalkan pejabat.

(jika berlaku kejadian seperti petir, kilat dan sebagainya).

22. Semua media storan yang mengandungi data kritikal hendaklah

disimpan di dalam peti keselamatan yang mempunyai ciri-ciri

keselamatan termasuk tahan dari dipecahkan, api, air dan medan

magnet;

23. Perkakasan backup hendaklah diletakkan di tempat yang terkawal (peti

keselamatan); dan

24. Mengadakan salinan atau penduaan (backup) pada media storan kedua

bagi tujuan keselamatan dan bagi mengelakkan kehilangan data.

4.7.3 Peralatan Di Luar Premis

Perkakasan yang dibawa keluar dari premis PLANMalaysia@Perak (JPBD

Perak Darul Ridzuan) adalah terdedah kepada pelbagai risiko.

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

1. Peralatan perlu dilindungi dan dikawal sepanjang masa; dan

2. Penyimpanan atau penempatan peralatan mestilah mengambil kira ciri-

ciri keselamatan yang bersesuaian.

4.7.4 Bekalan Kuasa Elektrik

Bekalan kuasa merupakan punca kuasa elektrik yang dibekalkan kepada

peralatan ICT.

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

1. Semua peralatan ICT hendaklah dilindungi dari kegagalan bekalan

elektrik dan bekalan yang sesuai hendaklah disalurkan kepada peralatan

ICT; dan

2. Peralatan sokongan seperti ‘Uninterruptable Power Supply’ (UPS) dan

penjana (generator) boleh digunakan bagi perkhidmatan kritikal seperti

di bilik server supaya mendapat bekalan kuasa berterusan.

Page 33: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

33

4.7.5 Kabel

Kabel komputer (networking) hendaklah dilindungi kerana ia boleh

menyebabkan maklumat menjadi terdedah.

Langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil adalah seperti berikut:

1. Menggunakan kabel yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan;

2. Melindungi kabel daripada kerosakan yang disengajakan atau tidak

disengajakan;

3. Melindungi laluan pemasangan kabel sepenuhnya bagi mengelakkan

ancaman kerosakan dan ‘wire tapping’; dan

4. Semua kabel perlu dilabelkan dengan jelas dan mestilah melalui

‘trunking’ bagi memastikan keselamatan kabel daripada kerosakan dan

pintasan maklumat.

4.7.6 Backup

Bagi memastikan sistem dapat dibangunkan semula setelah berlakunya

bencana, backup hendaklah dilakukan setiap kali konfigurasi berubah.

Perkara-perkara yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

1. Membuat backup keselamatan ke atas semua sistem perisian dan

aplikasi sekurang-kurangnya dua (2) kali sebulan atau setelah mendapat

versi terbaru;

2. Membuat backup ke atas semua data dan maklumat mengikut

keperluan operasi. Kekerapan backup bergantung pada tahap kritikal

maklumat;

3. Menguji sistem backup dan prosedur ‘restore’ sedia ada bagi

memastikan ianya dapat berfungsi dengan sempurna, boleh dipercayai

dan berkesan apabila digunakan khususnya pada waktu kecemasan;

4. Menyimpan sekurang-kurangnya tiga (3) generasi backup; dan

5. Merekod dan menyimpan salinan backup di lokasi yang berlainan dan

selamat.

Page 34: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

34

4.8 Prosedur Keselamatan Bagi Kesempurnaan Kenderaan

Pemandu hendaklah mengetahui dan mempunyai senarai semak perkaraperkara

seperti berikut sebelum menghidupkan enjin kenderaan, semasa menghidupkan

enjin kenderaan, sebelum bertolak dan sebagainya.

a. Pemandu mestilah memeriksa keadaan kenderaan secara umum;

1. Minyak enjin mencukupi

2. Angin tayar kenderaan termasuk tayar simpanan

3. Air radiator

4. Bateri kering

5. Minyak brek

6. Minyak ‘power steering’

b. Peralatan dan dokumen dibawa bersama;

1. Jack

2. Pembuka tayar

3. Peti Pertolongan Cemas

4. Tanda tiga segi

5. Pemadam Api jenis CO2 (gas)

6. Tayar simpanan

7. Cukai jalan

8. Smart Tag dan Kad ‘Touch N Go’

c. Ketika enjin dihidupkan;

1. Pastikan bunyi enjin memuaskan

2. Tiada asap hitam

3. Meter kepanasan tidak melebihi had

4. Brek berfungsi dengan baik

5. Lampu isyarat berfungsi

6. Lampu brek berfungsi

7. Penghawa dingin berfungsi

8. Pemancut air berfungsi (wiper)

9. Lampu amaran berfungsi

10. Tali pinggang kaledar untuk pemandu dan penunggang dalam keadaan

baik

11. Cermin sisi berkeadaan baik

Page 35: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

35

d. Buku Log dan Rekod Kad Minyak dan kad ‘Touch n Go’ yang diguna perlu

direkodkan;

1. Nama pemandu

2. Kenderaan yang digunakan

3. Masa bertolak

4. Rekod jarak perjalanan (bacaan odometer)

5. Buku Log dan rekod Kad Minyak dan kad ‘Touch n Go’ diserahkan kepada

Ketua Pembantu Tadbir untuk semakan dan tandatangan pengesahan

setiap bulan.

e. Penyelenggaraan Kenderaan;

1. Pemandu hendaklah memastikan penyelenggaraan berkala daripada pihak

yang bertauliah atau yang dicadangkan oleh pihak pengeluar kenderaan

tersebut.

2. Rekod Laporan Penyelenggaraan hendaklah difailkan.

3. Pemandu hendaklah bertanggungjawab memastikan alat ganti yang

digunakan adalah tulen.

4. Pemandu hendaklah memastikan penjagaan tayar bersesuaian dengan

kenderaan.

5. Pemandu hendaklah bertanggungjawab memastikan kenderaan dalam

keadaan bersih.

f. Tempat Letak Kenderaan;

1. Pemandu perlu memastikan kenderaan di letak di petak yang telah

ditetapkan.

2. Ketika berada di luar kawasan pejabat pemandu perlu memastikan di letak

di tempat yang selamat dengan kawalan rapi.

Page 36: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

36

BAHAGIAN 4 : GARIS PANDUAN

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PLANMALAYSIA@PERAK

Page 37: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

37

5.0 GARIS PANDUAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

5.1 Kemudahan Peti Pertolongan Cemas

Garis panduan ini adalah untuk menjelaskan langkah-langkah dan perkara yang perlu

dibuat dalam penyediaan Peti Pertolongan Cemas (PPC) di tempat kerja.

5.1.1 Lokasi

a. PPC ditempatkan di bawah pengawasan Ketua Tingkat.

b. PPC juga ditempatkan di bilik KESUBA tingkat 3 dan semua kenderaan

Jabatan.

c. Semua lapisan pegawai hendaklah dimaklumkan tentang lokasi PPC

ditempatkan.

5.1.2 Kandungan

a. PPC hendaklah mempunyai kuantiti bahan-bahan pertolongan cemas

yang sesuai dan mencukupi. Senarai kandungan PPC yang disarankan

adalah seperti berikut:-

1. Kapas Putih

2. Kain Pembalut (Bandages

3. Paracetamol – Panadol

4. Ubat Luka – Iodin

5. Minyak Angin

6. Handsplast

7. Pita Pelekat

8. Pin Untuk Bandages

9. Gunting

10. Sarung Tangan

11. Penyepit Kapas

12. Deepheat Sport

13. Krim Antiseptik (Burnol Plus)

14. Eusolution

b. Bahan-bahan yang tiada berkaitan dengan pertolongan cemas

hendaklah tidak disimpan dalam PPC. Bahan-bahan ubatan

makan/minum perlu diasingkan.

c. PPC hendaklah sentiasa diperiksa bagi memastikan kandungannya

mencukupi sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun. Mana-mana

bahan yang berkurangan hendaklah ditambah dan bahan-bahan yang

luput tarikh atau rosak perlu diganti semula.

Page 38: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

38

5.2 Kawalan Risiko Di Tempat Kerja

Mengawal risiko kemalangan di tempat kerja adalah kaedah asas dalam melindungi

pekerja. Perlaksanaan sistem yang lebih selamat dapat mengawal atau

mengurangkan risiko bencana, kemalangan, mendapat penyakit dan kecederaan di

tempat kerja.

5.2.1 Program Kawalan Risiko

Berikut adalah perkara-perkara yang terdedah dengan risiko kemalangan di

tempat kerja dan langkah-langkah yang perlu dipatuhi:-

a. Peralatan elektrik dan lampu

i. Memastikan semua peralatan pejabat berfungsi dengan baik.

ii. Memastikan lampu berfungsi dengan baik.

iii. Membuat laporan segera sekiranya berlakunya litar pintas dan

lampu tidak berfungsi.

b. Suis elektrik dan plug

i. Memastikan semua suis dan plug berfungsi dengan baik.

ii. Melaporkan sekiranya terdapat suis dan plug yang rosak.

iii. Kenalpasti kedudukan alat pecah kaca untuk mengaktifkan penggera

sekiranya berlaku kebakaran.

iv. Perlu memastikan memadam dan menutup semua suiz dan plug

pada waktu tamat bekerja sebagai langkah penjimatan dan

keselamatan.

c. Bilik ‘server’

i. Bilik server perlu sentiasa dikunci.

ii. Tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran kecuali pegawaipegawai

yang ditugaskan.

iii. Menempatkan alat pemadam api jenis CO2 (gas) sebagai persediaan

kebakaran

iv. Server perlu disimpan di dalam kabinet besi yang kukuh.

v. Memastikan suhu penghawa dingin di dalam bilik server sentiasa

terkawal.

vi. Peraturan am penggunaan bilik server telah disediakan (sila rujuk

para 4.7.1 dan rajah 3).

d. Bilik simpanan fail dan dokumen

i. Berhati-hati ketika mengubah kedudukan peralatan yang berat

seperti almari, meja, peralatan, kotak, fail dan dokumen supaya tidak

mengalami kecederaan manual. Gunakan tangga dan troli jika perlu.

ii. Dilarang merokok di dalam ruang pejabat bagi mengelakkan

terdedah kejadian kebakaran.

iii. Menempatkan alat pemadam api mudah alih sebagai persediaan

kebakaran.

Page 39: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

39

e. Siling

Membuat laporan segera kepada Unit Pengurusan Bangunan sekiranya

berlaku sebarang kerosakan pada struktur bangunan seperti dinding

retak dan siling bocor/ pecah.

f. Tangga laluan kecemasan

i. Pastikan lorong laluan dalam dan luar pejabat tidak dihalang oleh

peralatan, perabot, dawai elektrik dan lain-lain. Ini bagi memastikan

laluan selamat untuk digunakan sekiranya berlaku kecemasan atau

kebakaran.

ii. Memastikan semua kakitangan jabatan mengetahui kedudukan

pelan kecemasan kebakaran dan memahami tanda-tanda laluan

kecemasan di dalam pelan.

5.2.2 Program Kesedaran Kawalan Risiko Di Tempat Kerja

a. Menyediakan latihan kebakaran (dianjurkan oleh Unit Pengurusan

Bangunan) bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat.

b. Menyediakan program ceramah dan taklimat kesihatan.

c. Mengadakan taklimat mengenai kesedaran kawalan risiko di tempat

kerja kepada semua lapisan kakitangan.

Untuk keterangan lanjut berhubung proses penaksiran risiko di tempat kerja,

rujuk Garis Panduan Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko dan Kawalan

Risiko 2008 (Guidelines for Hazard Identification, Risk Assessment and Risk

Control-HIRARC 2008) yang di keluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan, Malaysia.

5.3 Audit Dalaman Keselamatan Dan Kesihatan Jabatan

a. Audit dalaman hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun di

setiap tingkat dan meliputi semakan seperti berikut:-

i. Kemudahan;

ii. Struktur dalaman pejabat; dan

iii. Persekitaran

Rujuk Senarai Semak Audit Dalaman Keselamatan dan Kesihatan seperti di

LAMPIRAN 10

b. Audit Dalaman dijalankan oleh wakil-wakil pekerja dari tingkat yang berlainan

dengan tempat bertugas.

c. Hasil dari audit dalaman akan diambil tindakan penambahbaikan (bagi tindakan

segera) dan dilaporkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan

Kesihatan .

Page 40: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

40

BAHAGIAN 5 : LAMPIRAN

Page 41: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

41

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PEMBERITAHUAN

MENGENAI KEMALANGAN, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN DAN PENYAKIT

PEKERJAAN)

JADUAL KEDUA

[subperaturan 5(1)]

KEJADIAN BERBAHAYA

BAHAGIAN I

KEJADIAN BERBAHAYA YANG BOLEH DIBERITAHU APABILA BERLAKU DI MANA-MANA

KERUNTUHAN PERANCAH

1. Keruntuhan atau keruntuhan sebahagian daripada mana-mana perancah yang tingginya

lebih daripada 5 meter yang mengakibatkan sebahagian besar daripada perancah jatuh atau

terbalik.

KERUNTUHAN BANGUNAN ATAU STRUKTUR

2. Di mana-mana bangunan atau struktur yang dalam pembinaan, pembinaan semula,

pengubahsuaian atau perobohan, keruntuhan atau keruntuhan sebahagian daripada mana-

mana bahagian bangunan atau struktur itu, atau daripada mana-mana topang sementara,

kecuali jika cara dan takat keruntuhan atau keruntuhan sebahagian disengajakan.

LITAR PINTAS ELEKTRIK

3. Litar pintas atau beban lampau elektrik yang disertai api atau letupan yang mengakibatkan

pemberhentian loji yang terlibat selama lebih daripada 24 jam dan yang mungkin boleh

menyebabkan kecederaan badan yang serius kepada mana-mana orang.

PELEPASAN BAHAN

4. Pembebasan atau pelepasan tidak terkawal apa-apa bahan atau agen dalam hal keadaan

yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan kepada kesihatan atau kecederaan yang serius

kepada mana-mana orang.

LETUPAN, KEBAKARAN ATAU KEGAGALAN STRUKTUR

5. Letupan, kebakaran atau kegagalan struktur yang menjejaskan keselamatan atau kekuatan

mana-mana tempat kerja atau loji yang terdapat di dalam tempat kerja itu.

6. Apa-apa letupan atau kebakaran yang berlaku di mana-mana tempat kerja yang berpunca

daripada penyalaan bahan terproses, barangan sampingan atau barangan siapnya yang

mengakibatkan pemberhentian atau penggantungan kerja biasa di tempat itu selama lebih

daripada 24 jam.

Lampiran 1

Page 42: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

42

7. Peletusan bekas yang berputar, roda, batu pengasah atau roda pengasah yang digerakkan

oleh kuasa mekanik.

8. Peletusan, peletupan atau keruntuhan talian paip atau mana-mana bahagiannya; atau

penyalaan apa-apa benda di dalam talian paip, atau apa-apa benda yang sebaik sebelum ia

dinyalakan, berada di dalam talian paip.

9. Peletupan, keruntuhan, peletusan atau kegagalan struktur yang menjejaskan keselamatan

atau kekuatan apa-apa vessel tertutup termasuklah dandang stim atau vessel tekanan tidak

berapi; kehilangan air, peleburan palam boleh lakur dan peletusan tiub.

10. Kebakaran atau letupan di dalam sesuatu gudang atau kawasan penyimpanan di mana

bahan berbahaya disimpan.

Page 43: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

43

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PEMBERITAHUAN MENGENAI KEMALANGAN, KEJADIAN BERBAHAYA, KERACUNAN PEKERJAAN

DAN PENYAKIT PEKERJAAN)

JADUAL PERTAMA

[Subperaturan 5(1)]

KECEDERAAN BADAN YANG SERIUS

1. Emaskulasi.

2. Kurang penglihatan yang kekal salah satu mata.

3. Kurang pendengaran yang kekal salah satu telinga.

4. Kurang mana-mana anggota atau sendi.

5. Kemusnahan atau kerosakan yang kekal upaya mana-mana anggota atau sendi.

6. Kecacatan yang kekal pada kepala atau muka.

7. Patah atau dislokasi tulang.

8. Hilang kesedaran akibat daripada kekurangan oksigen.

9. Hilang kesedaran atau sakit akut akibat daripada penyerapan, penyedutan atau pengingesan

apa apa bahan, yang memerlukan rawatan oleh pengamal perubatan berdaftar.

10. Apa-apa hal tentang keadaan tidak sihat akut yang terdapat sebab untuk mempercayai

bahawa hal ini ialah akibat daripada pendedahan kepada pathogen terasing atau bahan yang

dijangkiti, semasa bekerja.

11. Apa-apa kecederaan atau luka terbakar lain yang berhubungan dengan kerja yang

mengakibatkan orang yang tercedera dimasukkan ke dalam hospital dengan serta-merta

selama lebih daripada 24 jam.

Lampiran 2

Page 44: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

44

Lampiran 3

Page 45: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

45

Lampiran 4

Page 46: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

46

Lampiran 5

Page 47: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

47

Page 48: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

48

Page 49: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

49

Page 50: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

50

Page 51: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

51

LALUAN KECEMASAN SEWAKTU KEBAKARAN (PELAN TINGKAT 3)

Nota:- PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelawat hendaklah:- (1) Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut plug (2) Hendaklah keluar mengikut arah laluan bertanda ‘hijau’ dan JANGAN menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan (3) Janagan berlari, tolak menolak dan panic (4) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal (5) Berikan kerjasama dan patuhi arahan ketua tingkat/pasukan ‘Quick Response Team’ (QRT) (6) Ketua Tingkat perlu memastikan semua kakitangan/pelawat telah keluar daripada bangunan/tingkat masing-masing (7) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan(___) (8) Sila hubungi Balai Boma terdekat (____ ) di talian 05- atau dail Talian Kecemasan ___

bersambung ke mukasurat _

Lampiran 6(a)

Page 52: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

52

LALUAN KECEMASAN SEWAKTU KEBAKARAN (PELAN TINGKAT 3)

Nota:- PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelawat hendaklah:- (1) Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut plug (2) Hendaklah keluar mengikut arah laluan bertanda ‘hijau’ dan JANGAN menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan (3) Janagan berlari, tolak menolak dan panic (4) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal (5) Berikan kerjasama dan patuhi arahan ketua tingkat/pasukan ‘Quick Response Team’ (QRT) (6) Ketua Tingkat perlu memastikan semua kakitangan/pelawat telah keluar daripada bangunan/tingkat masing-masing (7) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan(___) (8) Sila hubungi Balai Boma terdekat (____ ) di talian 05- atau dail Talian Kecemasan ___

Lampiran 6(b)

bersambung ke mukasurat _

Page 53: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

53

LALUAN KECEMASAN SEWAKTU KEBAKARAN (PELAN TINGKAT 3)

Nota:- PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelawat hendaklah:- (1) Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut plug (2) Hendaklah keluar mengikut arah laluan bertanda ‘hijau’ dan JANGAN menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan (3) Janagan berlari, tolak menolak dan panic (4) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal (5) Berikan kerjasama dan patuhi arahan ketua tingkat/pasukan ‘Quick Response Team’ (QRT) (6) Ketua Tingkat perlu memastikan semua kakitangan/pelawat telah keluar daripada bangunan/tingkat masing-masing (7) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan(___) (8) Sila hubungi Balai Boma terdekat (____ ) di talian 05- atau dail Talian Kecemasan ___

Lampiran 6(c)

Kawasan Padang

Page 54: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

54

LALUAN KECEMASAN SEWAKTU KEBAKARAN (PELAN TINGKAT 7)

Nota:- PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelawat hendaklah:- (1) Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut plug (2) Hendaklah keluar mengikut arah laluan bertanda ‘hijau’ dan JANGAN menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan (3) Janagan berlari, tolak menolak dan panic (4) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal (5) Berikan kerjasama dan patuhi arahan ketua tingkat/pasukan ‘Quick Response Team’ (QRT) (6) Ketua Tingkat perlu memastikan semua kakitangan/pelawat telah keluar daripada bangunan/tingkat masing-masing (7) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan(___) (8) Sila hubungi Balai Boma terdekat (____ ) di talian 05- atau dail Talian Kecemasan ___

bersambung ke mukasurat _

Lampiran 6(d)

Page 55: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

55

LALUAN KECEMASAN SEWAKTU KEBAKARAN (PELAN TINGKAT 7)

Nota:- PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelawat hendaklah:- (1) Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut plug (2) Hendaklah keluar mengikut arah laluan bertanda ‘hijau’ dan JANGAN menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan (3) Janagan berlari, tolak menolak dan panic (4) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal (5) Berikan kerjasama dan patuhi arahan ketua tingkat/pasukan ‘Quick Response Team’ (QRT) (6) Ketua Tingkat perlu memastikan semua kakitangan/pelawat telah keluar daripada bangunan/tingkat masing-masing (7) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan(___) (8) Sila hubungi Balai Boma terdekat (____ ) di talian 05- atau dail Talian Kecemasan ___

bersambung ke mukasurat _

Lampiran 6(e)

Page 56: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

56

LALUAN KECEMASAN SEWAKTU KEBAKARAN (PELAN TINGKAT 7)

Nota:- PROSEDUR KECEMASAN KEBAKARAN Apabila kedengaran loceng kebakaran berbunyi iaitu sebagai isyarat berlaku kebakaran, semua kakitangan/pelawat hendaklah:- (1) Hentikan kerja dan mematikan semua punca elektrik dan mencabut plug (2) Hendaklah keluar mengikut arah laluan bertanda ‘hijau’ dan JANGAN menggunakan lif, gunakan tangga kecemasan (3) Janagan berlari, tolak menolak dan panic (4) Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal (5) Berikan kerjasama dan patuhi arahan ketua tingkat/pasukan ‘Quick Response Team’ (QRT) (6) Ketua Tingkat perlu memastikan semua kakitangan/pelawat telah keluar daripada bangunan/tingkat masing-masing (7) Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan(___) (8) Sila hubungi Balai Boma terdekat (____ ) di talian 05- atau dail Talian Kecemasan ___

Lampiran 6(f)

Kawasan Padang

Page 57: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

57

SENARAI NAMA BAGI PEMEGANG KUNCI PENDUA PEJABAT PLANMALAYSIA@PERAK (JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA PERAK DARUL RIDZUAN

BIL TINGKAT Pegawai

TINGKAT 3

1. Kunci PINTU UTAMA (2) – Pondok Keselamatan Bangunan

En. Michael Dass En. Farizul Shahril bin Ibrahim En. Ahmad Saufi bin Abdul Hamid

2. Kunci Pintu Kecemasan Bah. Korporat En. Azman bin Yusof

3. Kunci Pintu Kecemasan Bilik Mesyuarat Royal Belum

En. Ahmad Saufi bin Abdul Hamid

TINGKAT 7

1. PINTU UTAMA (2) – Pondok Keselamatan Bangunan

En. Michael Dass En. Farizul Shahril bin Ibrahim En. Ahmad Saufi bin Abdul Hamid

2. Pintu Kecemasan Tingkat 7 (Sebelah Bilik Mesyuarat Pangkor)

En. Aizat bin Mohd Yusof

3. Kunci Pintu Kecemasan Bahagian Kawalan En. Meor Mohamed Firdaus bin Haji Ahmad Zawawi

4. Kunci Bilik Server Pn. Noraini binti Mat Razali

NOTA: i. Rekod pemegang kunci pendua perlu direkodkan dan kemaskini dari masa kesemasa. ii. Pegawai yang bertanggungjawab membuka pintu utama pejabat perlu berurusan di

pondok pengawal untuk ambil dan serah kunci. iii. Pemegang kunci utama peti kunci pendua adalah Pn. Nirmala A/P Krisnan

Lampiran 7

Page 58: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

58

LOG KELUAR MASUK BILIK SERVER PLANMALAYSIA@PERAK

Bil. Tarikh Nama Agensi Kelulusan Pegawai

ICT*/ T.Tangan

Waktu Masuk/

T.Tangan

Waktu Keluar/

T.Tangan

Catatn/ Tujuan Kerja

Lampiran 8

Page 59: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

59

PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN KOMPUTER

MS ISO 9001 : 2015 - JPBD.Pk/PK 24

1 MAC 2017

Lampiran JPBDPk./PK24-01: Borang Laporan Kerosakan Komputer

LAPORAN KEROSAKAN KOMPUTER KEW 312 :

MAKLUMAT PENGADU NAMA : JAWATAN/ UNIT :

MAKLUMAT PERKAKASAN NO PENDAFTARAN HARTA MODAL : JPBD.Pk. HM JENIS PERKAKASAN : JENAMA & MODEL : NO SIRI: KETERANGAN KEROSAKAN:

TANDA TANGAN PENGADU :

TARIKH :

LAPORAN PEMERIKSAAN AWAL NAMA PEMERIKSA : KETERANGAN :

JENIS PEMBAIKAN YANG DICADANGKAN DALAMAN / LUARAN TANDA TANGAN PEMERIKSA :

TARIKH :

LAPORAN PEMBAIKAN PENYELENGGARA / PEMBEKAL : TARIKH SELENGGARA : TARIKH BAWA KELUAR : TARIKH DIPULANGKAN : KETERANGAN PENYELENGGARAAN : TANDA TANGAN PENYELENGGARA : TARIKH :

PERAKUAN UJIAN FUNGSIAN ( ) PERKAKASAN TELAH DISELENGGARA DAN DIBAIKI DAN BERFUNGSI DENGAN BAIK CATATAN :

NAMA PENYEMAK : JAWATAN / UNIT : KOS : RM RUJUKAN : TANDA TANGAN PENYEMAK : TARIKH :

PENGESAHAN KETUA UNIT GEOINFORMATIK

( ) KERJA-KERJA PEMBAIKAN DI ATAS TELAH DIJALANKAN DENGAN BAIK CATATAN : TANDA TANGAN PENGESAHAN : NAMA/JAWATAN TARIKH :

Lampiran 9

Page 60: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

60

PLANMALAYSIA@PERAK JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA

PERAK DARUL RIDZUAN

SENARAI SEMAK

AUDIT DALAMAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

(Dokumen ini mempunyai 5 muka surat)

Tarikh Pemeriksaan :

Bahagian :

Tingkat :

Juruaudit :

1. 2.

Lampiran 10

Page 61: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

61

Page 62: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

62

Page 63: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

63

Page 64: MANUAL - jpbd.perak.gov.my · Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini disediakan berasaskan kepada keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 (Akta 514). Bahagian

64