AKTIVITI 4

7
AKTIVITI 4 AMALI 3 Pemuliharaan ex-situ : Zoo & Taman Botani Pengenalan Strategi jangka panjang yang terbaik dalam memelihara dan melindungi biodiversiti dalam populasi dan komuniti ialah dalam habitat semulajadi mereka(in situ). Walaubagaimana pun bagi kebanyakan spesis tiada banyak pilihan, dan kaedah alternatif terbaik bagi pemuliharaan yang boleh digunapakai ialah kaedah pemuliharaan ex situ ( off-site). Kemudahan-kemudahan pemuliharaan ex situ termasuklah zoo, aquaria, program pembiakan dalam kurungan, taman botani, arboreta and bank benih. Amali ini menghendaki anda fokus kepada 2 aspek. Pertama, membiasakan diri dengan biodiversiti biologi dengan melawat zoo dan taman botani, dan keduanya membuat perbincangan tentang merit, kelemahan dan etika pemuliharaan ex situ. Tugasan Lawati satu Zoo dan satu Taman Botani. Jika anda tidak dapat berbuat demikian, lawati Zoo Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam rangkaian sesawang. beberapa tapak sesawang boleh dilawati seperti yang tersenarai pada akhir amali ini, tetapi anda akan temui banyak tapak sesawang jika anda meneroka. Laporan Anda Laporan anda mengandungi dua bahagian (1) Pembentangan Kumpulan dan (2) laporan bertulis individut.

description

q

Transcript of AKTIVITI 4

Page 1: AKTIVITI 4

AKTIVITI 4

AMALI 3

Pemuliharaan ex-situ :

Zoo & Taman Botani

Pengenalan

Strategi jangka panjang yang terbaik dalam memelihara dan melindungi biodiversiti dalam

populasi dan komuniti ialah dalam habitat semulajadi mereka(in situ). Walaubagaimana pun

bagi kebanyakan spesis tiada banyak pilihan, dan kaedah alternatif terbaik bagi pemuliharaan

yang boleh digunapakai ialah kaedah pemuliharaan ex situ ( off-site). Kemudahan-kemudahan

pemuliharaan ex situ termasuklah zoo, aquaria, program pembiakan dalam kurungan, taman

botani, arboreta and bank benih. Amali ini menghendaki anda fokus kepada 2 aspek. Pertama,

membiasakan diri dengan biodiversiti biologi dengan melawat zoo dan taman botani, dan

keduanya membuat perbincangan tentang merit, kelemahan dan etika pemuliharaan ex situ.

Tugasan

Lawati satu Zoo dan satu Taman Botani. Jika anda tidak dapat berbuat demikian, lawati Zoo

Maya (virtual zoo) atau Taman Maya (virtual garden) dalam rangkaian sesawang. beberapa

tapak sesawang boleh dilawati seperti yang tersenarai pada akhir amali ini, tetapi anda akan

temui banyak tapak sesawang jika anda meneroka.

Laporan Anda

Laporan anda mengandungi dua bahagian (1) Pembentangan Kumpulan dan (2) laporan

bertulis individut.

Bahagian 1 : Dalam kumpulan tidak lebih dari tiga orang, sediakan 10 minit pembentangan

dalam kelas anda. di mana anda menerangkan bagaimana kemandirian sesuatu tumbuhan dan

haiwan yang anda perhatikan dari strategi pemuliharaan ex- situ. jika boleh gunakan sebarang

imej bagi menjelaskan lagi pembentangan anda.(Buat dalam PCK 2)

Page 2: AKTIVITI 4

Part 2 Secara individu bincangkan dan buat laporan berbentuk essei lebih kurang 300 patah

perkataan tentang isu-isu di bawah. Termasuk satu huraian tentang tujuan amali, nyatakan teks

rujukan dan senarai rujukan dengan format yang betul pada akhirnya.

Apakah julat kedapatan kepelbagaian (diversity)? Bagaimana jumlah biodiversiti diwakili

pada (a) peringkat kebangsaan (b) peringkat sejagat dari segi jumlah zoo dan taman

botani? Apakah mereka fokuskan pada kumpulan utama atau lain-lain kumpulan yang

diwakili? Terangkan.

Apakah erti in situ dan ex situ ? Apakah kelebihan (merits) dan kelemahan

(shortcomings) pemuliharaan ex situ?

Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in situ sebagai pengurusan habitat yang

cermat, hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja, dan tidak sebagai

strategi pemeliharaan untuk jangkamasa panjang bagi sebarang habitat semulajadi atau

apakah jenis yang boleh membiak dalam keadaan liar, dalam zoo atau taman?

Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk “ membawa kembali” spesis yang pupus

seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usaha-usaha pemuliharaan

akibat dari tindakan ini?

Page 3: AKTIVITI 4

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) merupakan

pertubuhan kerajaan yang bertanggungjawab menjaga, mengurus dan memelihara

hidup liar dan taman negara di Semenanjung Malaysia. Menurut laman web

http://www.wildlife.gov.my/, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

diberi kuasa untuk menggeledah, menangkap dan menyiasat, pengeluar lesen-lesen

tertentu, kesalahan dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memberi perlindungan

terhadap hidupan liar di Malaysia.

Peranan fungsi 6 Konservasi Ex-situ Jabatan PERHILITAN adalah untuk

merancang, mengurus, mengendali dan menyelaras program dan aktiviti pembiakan

spesies hidupan liar yang menyumbang ke arah konservasi dan komersil. Proses

pembiakan hidupan liar secara ex-situ memerlukan perkhidmatan rawatan hidupan liar,

aplikasi bioteknologi, pengurusan genetik serta penyelidikan. Pemuliharaan ini

dijalankan tempat yang telah saya lawati di zoo Melaka. Menurut jangkaan, terdapat

hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar, atau Elephus Maximus yang tinggal di

Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan

gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya. Gajah-gajah yang ada di sini

telah diselamatkan dari tempat-tempat di Semenanjung Malaysia di mana manusia dan

gajah tidak boleh hidup dengan baik. Antara yang menarik di Taman Rusa ialah

semasa sesi memberi makan rusa. Dunia Haiwan di taman ini juga menawarkan tarikan

lain seperti burung merak, burung unta dan sunbear. Merentasi kawasan perlindungan

Rusa, Taman Alam pada laluan pejalan kaki pula terdapat pelbagai jenis herba dan

tumbuh-tumbuhan seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan 40 lain-lain herba yang boleh

didapati di hutan hujan.

Pemuliharaan ex situ merupakan strategi pemuliharaan spesies hidupan liar di luar

habitat semula jadi mereka. Ia juga merupakan pemuliharaan terhadap organisma atau

spesies flora dan fauna yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya.

Spesies yang diancam kepupusan atau akan mengalami kepupusan akan dilindungi

dan dibiakkan semula di dalam kurungan atau habitat buatan manusia sebelum

dilepaskan ke habitat semula jadi mereka apabila saiz populasi spesies tersebut telah

pulih dan mempunyai habitat yang sesuai.

Page 4: AKTIVITI 4

Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya

ialah untuk memelihara flora dan fauna yang semakin terancam, menyediakan bahan

untuk penyelidikan biologi secara berterusan, dan sebagai rujukan untuk kegunaan di

masa akan datang. Ianya memberi pelbagai manfaat dan faedah dalam memastikan

sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan

pemuliharaan ini.

Pemuliharaan in-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap spesies yang telah

sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini sedikit sukar dijalankan disebabkan oleh

keadaan habitat dan ekosistem semulajadi mereka yang semakin hari semakin banyak

mengalami perubahan serta pembangunan. Usaha pemuliharaan in-situ ini perlu diberi

perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan ianya berjalan lancar

seperti yang dirancangkan. Namun, terdapat juga beberapa orang ahli ekologis yang

berpendapat bahawa hanya pemuliharaan in-situ adalah cara dan langkah yang terbaik

untuk mengekalkan kewujudan sesuatu spesis berbanding dengan memulihara haiwan

di luar hábitat asal mereka. Ini adalah kerana zoo dan taman-taman pemuliharaan yang

lain ialah ekosistem tiruan manakala hutan adalah ekosistem semula jadi. Perbezaan

antara ekosistem semulajadi dan ekosistem tiruan ialah ekosistem semulajadi boleh

diadaptasi oleh kebanyakakan spesis hidupan tetapi hanya beberapa spesis sahaja

yang mampu untuk hidup di dalam ekosistem tiruan. Spesis yang tidak mampu

beradaptasi akhirnya akan mati dan pupus.

Bagi sesetengah spesis yang telah pupus seperti Harimau Tasmanian,

kebanyakkan berpendapat adalah kurang wajar untuk mewujudkan semula spesis

tersebut. Ini kerana spesis tersebut dikatakan memberi banyak gangguan kepada

manusia dan akan memberi kesan jika masih wujud. Berkemungkinan juga spesis

tersebut telah pupus disebabkan perubahan cuaca dan alam yang tidak sesuai lagi bagi

mereka

Page 5: AKTIVITI 4

.