AMALAN BERPUASA T5

3
KRISTIAN Puasa dalam agama Kristian Memandangkan amalan berpuasa juga telah diamalkan oleh agama-agama sebelum zaman kedatangan Jesus, amalan berpuasa juga dilakukan oleh Jesus dan Nabi- nabi terdahulu. Bilakah mereka berpuasa? Dalam agama Kristian waktu berpuasa tidak ditetapkan secara spesifik oleh agama, contohnya mazhab Kristen Protestan tidak mewajibkan untuk berpuasa, sedangkan Kristen Katolik mewajibkan untuk berpuasa pada waktu-waktu tertentu. Amalan berpuasa dalam agama Kristian pada masa ini telah mengalami perubahan apabila tidak ada pengkhususan terhadap amalan berpuasa apabila ia dianggap perbuatan sukarela. Ada mazhab Kristian yang menganggap Bible hanya memperkenalkan puasa sebagai sesuatu yang baik, berguna dan digalakkan. Namun tradisi pernah membuktikan penganut Kristian (Katolik) berpuasa selama 40 hari bermula dari “Ash Wednesday” sehingga hari “Easter”. Mereka juga berpuasa pada hari “Good Friday”, “Rogetion Days”, “Ember Day” dan hari-hari lain secara sukarela. Bagaimana mereka berpuasa? Perbezaan ini berpunca daripada kefahaman bahawa terdapat perbezaan jelas antara amalan berpuasa yang tercatat dalam kitab Perjanjian Lama dan kitab Perjanjian Baru di dalam Bible yakni perbezaan tujuan berpuasa sebelum kedatangan dan selepas kedatangan Jesus. Justeru amalan berpuasa dalam agama Kristian boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk mengikut mazhab Kristian yang ada, baik dengan menahan diri dari makan dan minum, hanya memakan daging, hanya memakan sayur dan air putih, berpuasa dengan tidak bersuara dan juga berpuasa sehingga 40 hari 40 malam lamanya. HINDU Puasa dalam agama Hindu Golongan beragama Hindu berpuasa pada hari ekadasi ini dengan tujuan dan kepercayaan bahawa hari tersebut dapat menghilangkan semua dosa sekaligus merubah nasib hidup mereka, bahkan dapat meningkatkan kekuatan dalaman mereka. Bagi yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa tanpa makan dan minum, mereka dibenarkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan meminum susu. Bilakah mereka berpuasa? Dalam kitab Vedic, golongan beragama Hindu sangat dianjurkan untuk

Transcript of AMALAN BERPUASA T5

Page 1: AMALAN BERPUASA T5

KRISTIAN

Puasa dalam agama KristianMemandangkan amalan berpuasa juga telah diamalkan oleh agama-agama sebelum zaman kedatangan Jesus, amalan berpuasa juga dilakukan oleh Jesus dan Nabi-nabi terdahulu.

Bilakah mereka berpuasa?Dalam agama Kristian waktu berpuasa tidak ditetapkan secara spesifik oleh agama, contohnya mazhab Kristen Protestan tidak mewajibkan untuk berpuasa, sedangkan Kristen Katolik mewajibkan untuk berpuasa pada waktu-waktu tertentu.

Amalan berpuasa dalam agama Kristian pada masa ini telah mengalami perubahan apabila tidak ada pengkhususan terhadap amalan berpuasa apabila ia dianggap perbuatan sukarela. Ada mazhab Kristian yang menganggap Bible hanya memperkenalkan puasa sebagai sesuatu yang baik, berguna dan digalakkan. Namun tradisi pernah membuktikan penganut Kristian (Katolik) berpuasa selama 40 hari bermula dari “Ash Wednesday” sehingga  hari “Easter”. Mereka  juga berpuasa pada hari “Good Friday”, “Rogetion Days”, “Ember Day” dan hari-hari lain secara sukarela.

Bagaimana mereka berpuasa?Perbezaan ini berpunca daripada kefahaman bahawa terdapat perbezaan jelas antara amalan berpuasa yang tercatat dalam kitab Perjanjian Lama dan kitab Perjanjian Baru di dalam Bible yakni perbezaan tujuan berpuasa sebelum kedatangan dan selepas kedatangan Jesus. Justeru amalan berpuasa dalam agama Kristian boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk mengikut mazhab Kristian yang ada, baik dengan menahan diri dari makan dan minum, hanya memakan daging, hanya memakan sayur dan air putih, berpuasa dengan tidak bersuara dan juga berpuasa sehingga 40 hari 40 malam lamanya.

HINDU

Puasa dalam agama HinduGolongan beragama Hindu berpuasa pada hari ekadasi ini dengan tujuan dan kepercayaan bahawa hari tersebut dapat menghilangkan semua dosa sekaligus merubah nasib hidup mereka, bahkan dapat meningkatkan kekuatan dalaman mereka. Bagi yang tidak mempunyai kekuatan untuk berpuasa tanpa makan dan minum, mereka dibenarkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan meminum susu.

Bilakah mereka berpuasa?Dalam kitab Vedic, golongan beragama Hindu sangat dianjurkan untuk melakukan puasa pada hari Ekadasi. Ekadasi merupakan bahasa Sanskrit yang bermaksud hari kesebelas, Eka bererti satu dan Dasa bererti sepuluh, yakni hari kesebelas yang dihitung mulai dari sehari setelah purnama (bulan purnama) menjadikannya dua hari dalam sebulan. Hal ini membuktikan bahawa agama Hindu juga memiliki kalender mereka yang berpandukan kepada bulan.

Bagaimana mereka berpuasa?Terdapat pelbagai tatacara puasa dalam agama Hindu, ianya disesuaikan dengan cara dan pilihan masing-masing, Dilaporkan ada 26 macam cara dan sejarah di sebalik puasa Ekadasi ini.Ada penganut agama Hindu  yang berpuasa pada siang hari dan menfokuskan diri untuk bersembahyang atau bermeditasi pada malamnya.

Page 2: AMALAN BERPUASA T5

BUDDHA

Puasa dalam agama BuddhaPuasa dalam agama Buddha disebut sebagai Uposatha, puasa bukanlah merupakan suatu perbuatan wajib dalam agama Buddha, sekiranya ada penganut agama Buddha yang berpuasa.

Bilakah mereka berpuasa?Ia selalu dilakukan berdasarkan kalender agama Buddha yang juga bergantung kepada peredaran bulan, berpuasa dilakukan pada bulan cerah dan bulan purnama atau hari 1 dan 15 kalender Buddhist.  Uposatha difahami dengan maksud hari yang dilalui dengan berpuasa.

Bagaimankah mereka berpuasa?Uposatha (puasa) dilakukan dalam dua cara.

Cara pertama yang dinamakan sebagai Uposatha-sila atau uposatha atthasila, iaitu lapan aturan yang telah ditetapkan iaitu:

1. Bertekad akan melatih diri menghindari pembunuhan makhluk hidup.2. Bertekad akan melatih diri menghindari mengambil barang yang tidak diberikan

(mencuri).3. Bertekad akan melatih diri menghindari seks (memuaskan seksual)4. Bertekad akan melatih diri menghindari berbicara atau berucap yang tidak benar

(berbohong)5. Bertekad akan melatih diri menghindari segala makanan dan minuman yang dapat

melemahkan kesedaran (alkohol, ubat-ubat yang terlarang).6. Bertekad akan melatih diri menghindari makan setelah tengah hari sehingga watu

subuh (saat matahari berdiri tegak sehingga subuh kesokan harinya)7. Bertekad akan melatih diri menghindari menyanyi, menari, bermain muzik, pergi

melihat hiburan, memakai bunga-bungaan, wangi-wangian, serta alat- alat kosmetik yang bertujuan untuk memperindah/ mempercantik diri.

8. Bertekad akan melatih diri menghindari tempat tidur dan tempat duduk yang mewah.

Puasa (uposatha)penganut agama Buddha hanya layak dinyatakan sah, apabila berjaya mematuhi kesemua lapan larangan, panduan serta aturan tersebut seperti yang tertulis di atas. Jika salah satu larangan tersebut dilanggar—baik secara sengaja atau tidak— bererti puasa yang dilakukan itu tidak dianggap sempurna.

Cara kedua ialah dengan menjadi vegetarian,  iaitu tidak memakan makanan daripada makhluk hidup, dalam erti kata daging dan hanya memakan sayur-sayuran atau buah-buahan. Makanya tiada hari atau waktu tertentu dalam aspek larangan kerana mereka yang vegetarian bebas untuk makan sayur-sayuran pada bila-bila masa.