AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu...

20
AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR MELAYU TAHUN ENAM DISEKOLAH KEBANGSAAN SINAR BAHAGIA, KULAI JOHOR. SATU TINJAUAN MOHD FIKRY ABDULLAH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu...

Page 1: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR MELAYU

TAHUN ENAM DISEKOLAH KEBANGSAAN SINAR BAHAGIA, KULAI

JOHOR. SATU TINJAUAN

MOHD FIKRY ABDULLAH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

i

Page 3: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

ii

AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR-PELAJAR MELAYU

TAHUN ENAM DISEKOLAH KEBANGSAAN SINAR BAHAGIA, KULAI

JOHOR. SATU TINJAUAN

MOHD FIKRY ABDULLAH

Laporan projek ini dikemukanan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(kejuruteraan jentera)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2004

Page 4: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

iii

Page 5: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

iv

Page 6: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

v

DEDIKASI

Teristimewa Buat Ayahanda & Ibunda Yang Dikasihi,

Abdullah Othman dan Hamidah Omar

Anakanda hadiahkan kejayaan ini,

Sebagai tanda kasih atas pengorbanan dan jasamu yang tiada tenilai

Serta berkat doamu yang tulus suci

Buat Kakanda Dan Adindaku Tersayang,

Terimalah kejayaanku sebagai sumber inspirasimu dalam mengecapi

Kebahagiaan dan cita-cita yang dihajatimu

Untuk Yang Tersayang

Kau insan yang terbaik untukku.

Ucapan imi kulayangkan jua buat, Teman-teman seperjuanganku...

Din, Azam, Fairus, Wan, Ari, Mael, Daus dan seisi kelas 4 SPJ

Suka dan duka ditempuhi bersama.

Page 7: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya saya dapat menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan

Besar Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabat baginda.

Disini ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada

pembimbing projek iaitu Dr Mohd sharif Mustafar di atas bimbingan dan tunjuk ajar

yang telah beliau berikan sepanjang tempoh kajian ini. Penghargaan ini juga saya

rakamkan kepada rakan-rakan dan pensyarah yang membantu menghasilkan

penulisan ini baik secara langsung atau pun tidak. Pertolongan dan dorongan yang

diberikan hanya Allah S.W.T. sahaja yang dapat membalasnya. Sumbangan itu tetap

saya abadikan dalam hidup saya.

Ucapan yang sama juga ditujukan kepada keluarga saya di kampung istimewa

buat Ayahanda dan Bonda serta keluarga yang tersayang, yang telah banyak

memberi dorongan untuk menyiapkan kajian ini. Selain daripada itu, penghargaan ini

juga ditujukan kepada semua teman seperjuangan yang telah sudi berbincang,

memberi pandangan yang kritis dan sokongan moral hingga dapat menghasilkan

sebuah kajian yang bersifat ilmiah ini.

Akhir kata, kajian ini diharap dapat dijadikan bahan atau sumber rujukan

yang dapat dimanfaatkan oleh pengkaji, para pendidik dan penyelidik yang berminat

serta cenderung ke arah usaha mempertingkat taraf mutu pendidikan.

Page 8: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

vii

ABSTRAK

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang adalah penting agar setiap

individu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk meninjau

sejauh mana amalan pemakanan di kalangan pelajar-pelajar melayu Tahun Enam,

Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia, Kulai Johor. Sejumlah 70 orang responden

terlibat dalam penyelidikan ini. Penyelidik telah mengedarkan borang soal selidik

kepada semua responden bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai latar

belakang, amalan pemakanan dari segi kekerapan pengambilan makanan tertentu,

kekerapan responden meninggalkan sajian harian yang utama seperti sarapan pagi,

makan tengah hari dan makan malam. Selain itu penyelidik juga ingin mengetahui

maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan responden dan melihat

faktor media massa dan sosioekonomi dalam mempengaruhi amalan pemakanan

pelajar. Secara keseluruhannya dapat dinyatakan bahawa dapatan kajian terhadap

amalan pemakanan responden yang dikaji adalah memuaskan. Responden juga kerap

kali meninggalkan sajian utama terutama sarapan pagi. Tahap pengetahuan asas

responden tentang amalan pemakanan pula didapati berada pada tahap yang baik.

Didapati pengetahuan asas responden tidak mempengaruhi amalan pemakanan

responden. Manakala pengaruh persekitaran dan kedudukan kewangan

mempengaruhi amalan pemakanan responden.

Page 9: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

viii

ABSTRACT

Healthy and balance nutrition are very important to people in order to stay in

good shape. Therefore this research is done as a purpose to survey how far this eating

habits among malay students standard 6, Sekolah Kebangsaan Sinar Bahagia, Kulai

Johor and the factors hat effect the habits. 70 respondents are chosen in this research.

Questionnaire forms had been distributed to respondents as a purpose to identify and

obtain data about the background, nutrition habits in aspects of frequency of

respondents tacking certain food, leaving daily dishes such as breakfast, lunch and

dinner. Beside tha t, it is obtained that how far the lever of basic knowledge in eating

and factors such as mass media, socioeconomic in influencing this habits. Generally,

the results show that the habits among the respondents satisfied. It is found that most

respondent leave the main dishes especially breakfast. Their basic knowledge in

eating habits are in good level and good knowledge does not affecting the habits.

While environmental and factor and financial status are affecting the habits of

respondents.

Page 10: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

ix

SENARAI KANDUNGAN

Bab Perkara Muka Surat

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i

HALAMAN JUDUL ii

PENGAKUAN iii

PENGESAHAN PENYELIA iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

SENARAI KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Objektif Kajian 6

1.6 Rasional Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Pemakanan 7

1.8.2 Pencernaan 7

Page 11: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

x

1.8.3 Amalan Pemakanan 8

1.8.4 Nutrien 8

1.8.5 Metabolisme 8

1.8.6 Sosioekonomi 8

1.8.7 Sarapan 9

1.8.8 Media Massa 9

1.8.9 Makanan Ringan 9

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Pemakanan 11

2.3 Amalan pemakanan yang baik dan sihat 12

2.4 Pemilihan makanan yang baik dan sihat 13

2.5 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemakanan

yang baik dan sihat 16

2.6 Pendidikan dan pengetahuan dalam amalan

pemakanan yang baik dan sihat 17

III METADOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 18

3.2 Rekabentuk Kajian 18

3.3 Populasi kajian dan sampel kajian 19

3.4 Instmmen Kajian 20

3.4.1 Bahagian A 20

3.4.2 Bahagian B 20

3.5 Kajian rintis 22

3.6 Prosedur kajian 22

3.7 Analisis data 23

3.8 Kesimpulan 25

Page 12: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

xi

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 26

4.2 Profil Responden 26

4.2.1 Umur 27

4.2.2 Jantina 27

4.2.3 Bilangan adik-beradik 28

4.2.4 Jumlah wang saku yang diperolehi 29

4.2.5 Pekerjaan bapa 29

4.2.6 Pendapatan bapa 30

4.2.7 Pekerjaan Ibu 31

4.2.8 Pendapatan ibu 31

4.2.9 Tempat ibubapa berbelanja 33

4.3 Analisis berdasarkan persoalan kajian 33

4.3.1 Persoalan kajian 1

4.3.1.1 Faktor media massa dalam

mempengaruhi pengambilan makanan 34

4.3.1.2 Faktor media massa dalam

mempengaruhi pengambilan makanan 36

4.3.2 Persoalan kajian 2

Kekerapan Terhadap Pengambilan Pemakanan Pelajar 38

4.3.3 Persoalan kajian 3

Tahap Pemahaman Pelajar Terhadap Pengambilan Pemakanan 40

V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenala n 42

5.2 Perbincangan dapatan 43

5.2.1 Faktor Media Massa Terhadap

Pengambilan Makanan 43

5.2.2 Faktor Sosioekonomi Terhadap

Pengambilan Makanan 45

5.2.3 Kekerapan Responden Terhadap

Page 13: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

xii

Pengambilan Makanan 46

5.2.3.1 Kekerapan Meninggalkan

Sajian Dalan Sehari 47

5.2.4 Tahap Pengetahuan Terhadap

Pengambilan Makanan 48

5.3 Cadangan 48

BIBLIOGRAFI 49

LAMPIRAN 53

Page 14: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

xiii

SENARAI JADUAL

No. Jadual Tajuk Muka surat

3.1 Jadual pemeringkatan bagi item kekerapan

pengambilan makanan 21

3.2 Jadual peringkatan bagi item menguji tahap pemahaman 22

3.3 Jadual pemeringkatan skala likert dari lima pilihan

kepada tiga pilihan 24

4.1 Taburan responden mengikut umur 27

4.2 Taburan responden mengikut jantina 27

4.3 Taburan responden mengikut bilangan adik-beradik 28

4.4 Taburan responden mengikut jumlah wang saku

yang diperolehi 29

4.5 Taburan responden mengikut pekerjaan bapa 30

4.6 Taburan responden mengikut pendapatan bapa 31

4.7 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu 31

4.8 Taburan responden mengikut pendapatan ibu 32

4.9 Taburan responden mengikut tempat ibubapa berbelanja 33

4.10 Taburan Skor 34

4.11 Taburan faktor media masa terhadap pengambilan pemakanan 34

4.12 Taburan faktor sosioekonomi terhadap pengambilan pemakanan 36

4.13 Taburan kekerapan terhadap pengambilan pemakanan 38

4.14 Taburan tahap pemahaman pelajar terhadap pengambilan 40

Page 15: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

xiv

SENARAI LAMPIRAN

No. Lampiran Tajuk

1 Borang Soal selidik

2 Surat kebenaran dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Keme ntrian Pendidikan Malaysia (EPRD)

Page 16: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

BAB 1

PENGENALAN

1.1. Pengenalan

Makanan merupakan keperluan harian asasi bagi manusia.Tubuh kita

memerlukan lebih dari 40 jenis zat makanan untuk kesihatan. Zat-zat makanan perlu

diperolehi dari pelbagai jenis makanan kerana tidak ada satu pun makanan yang

dapat membekalkan kesemua zat makanan dengan lengkap. Setiap jenis makanan

adalah unik. Selain daripada membekalkan zat makanan, makanan mengandungi

pelbagai bahan lain yang memberi khasiat untuk menggalakkan kesihatan.

Mengambil 30 jenis makanan dalam seminggu boleh mempastikan kepelbagaian

tersebut. ( Kementrian Kesihatan Malaysia )

Zat makanan yang dikumpul adalah dari enam jenis zat makanan utama iaitu

karbohidrat, lemak, protein, vitamin, garam galian dan air. Karbohidrat, lemak dan

protein adalah zat yang membekal tenaga, sebab mereka terdiri dari bahan kimia

dikenali sebagai bahan organik yang mengandungi karbon dan boleh membakar.

Protein, garam galian dan air adalah sebahagian dari komposisi tisu badan dan sangat

penting untuk membina dan membaik pulih sel dan tisu. Vitamin adalah bahan dari

pelbagai jenis organik terdapat dalam kandungan sedikit dalam makanan, tetapi

amat penting untuk tumbesaran dan kesihatan. Fungsi utama vitamin ialah mengawal

Page 17: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

2

proses badan seperti proses metabolisma, fungsi urat dan otot serta kesihatan tisu.

( Kementrian Kesihatan Malaysia )

Air adalah bahan pengawal, membawa bahan-bahan dalam bentuk cairan

dalam jus pencernaan (penghadaman), darah dan tisu, membantu mengawal suhu

badan, perkumuhan, pengaliran darah, dan lain-lain. Makanan juga mengandungi

serat (fibre) berfungsi dengan air bagi menjaga proses pembuangan, membersih usus

dan mengelak dari sembelit. ( Kementrian Kesihatan Malaysia )

Tujuan utama manusia diseluruh dunia ini makan adalah untuk memenuhi

keperluan asasnya, fizikal dan juga psikologi. Ia juga termasuk keperluan hidup dan

keselamatan. Tauluk dan Kopal. (1982)

Makanan adalah sumber kepuasan dan sebagai memenuhi kehendak

seseorang. Dengan makan, kita tidak hanya melakukan sesuatu yang kita sudah pasti

perlu lakukan untuk terus hidup, ia juga sebagai penambah bagi memenuhi kepuasan

diri. White (1979)

Pada tahun 1988, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendakwa terdapat

bukti-bukti yang kukuh menunjukkan bahawa tabiat atau amalan makan yang buruk

merupakan salah satu faktor penting yang meningkatkan penyakit-penyakit kronik

begitu cepat. (Kementrian Kesihatan Malaysia , 1996).

Baik buruknya taraf pemakanan seseorang juga berpunca daripada tabiat

makan yang diamalkannya.Tabiat makan seseorang menggambarkan pengambilan

makanan yang sering diamalkan oleh seseorang individu. Tabiat makan yang buruk

boleh membawa kepada keadaan yang tidak sihat seperti kegemukan atau

berkemungkinan meningkatkan risiko terhadap beberapa penyakit seperti penyakit

jantung, diabetis, tekanan darah tinggi, karies gigi dan beberapa jenis kanser.

Berdasarkan isu-isu di atas, adalah penting bagi setiap individu mempunyai

pengetahuan yang cukup mengenai makanan, tabiat makan dan penyakit-penyakit

yang berkaitan dengannya untuk membolehkan mereka mengamalkan tabiat atau

amalan makan yang sihat serta membolehkan mereka hidup sihat dan memiliki

kehidupan yang berkualiti. (Kementrian Kesihatan Malaysia,1996).

Page 18: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

3

Jika diperhatikan secara tidak langsung, didapati ramai pelajar tidak bermaya

dan mengantuk semasa berada didalam kelas. Situasi ini lebih ketara jika dilihat

sewaktu sesi persekolahan pada sebelah pagi. Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku

memandangkan pada sebelah pagi adalah waktu dimana pelajar seharusnya cergas

setelah berehat bagi tempoh yang agak lama. Fenomena ini boleh menimbulkan

masalah besar kepada pelajar yang sepatutnya memerlukan mereka memberi

tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran yang akan memberi kesan kepada

prestasi akedemiknya.

Pada kebiasaannya, dalam kesibukan membuat persediaan untuk kesekolah,

pelajar-pelajar sekolah akan terlepas untuk bersarapan terlebih dahulu dirumah. Di

dalam kesibukan ini, mereka akan memakan sebarang makanan untuk mengalas

perut sementara menunggu waktu rehat. Bagi remaja yang tidak mengambil makanan

sarapan pagi didapati agak letih dan lesu serta tidak dapat menumpukan sepenuh

perhatian di dalam kelas terutama pada waktu lewat pagi. Pengambilan pemakanan

yang baik adalah sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali iaitu sarapan pagi, makan

tengahari dan makan malam. Selebihnya pemakanan ini diperolehi dari memakan

makanan ringan. Krause (1979) mendapati bahawa kanak-kanak yang tidak

mendapatkan sarapan pagi, kurang upaya dalam pelajaran dan menyebabkan

gangguan emosi dan tidak stabil.

Keperluan pemakanan kita berbeza sepanjang hayat, bergantung kepada

perubahan fisiologikal yang berlaku dalam badan seperti pembesaran diperingkat

kanak dan semasa mengandung dan menyusu anak, taraf kesihatan dan aktiviti yang

dilakukan. Dewasa lanjut usia memerlukan jumlah makanan yang kurang kerana

aktiviti yang berkurangan dibanding dengan individu yang lebih muda dan aktif.

Mengamalkan pemakanan yang sihat dapat membantu tumbesaran kanak-kanak.

Page 19: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

4

1.2. Latar Belakang Masalah

Setiap individu mempunyai tabiat pemakanan yang berbeza dengan individu-

individu yang lain. Tabiat pemakanan seseorang individu mungkin telah terbentuk

sejak dari kecil lagi. Sejak dari kecil lagi ibu bapa telah mendidik dan mengasuh

serta merancang dan mengatur cara pemakanan anak-anak mereka. Tabiat-tabiat

pemakanan yang telah dibawa dan diamalkan sejak kecil lagi mungkin akan berubah

akibat daripada faktor-faktor tertentu yang akan mempengaruhi tabiat dan corak

amalan pemakanan seseorang individu. Antara faktor-faktor yang dapat

mempengaruhi tabiat pemakanan mereka adalah seperti umur, jantina, bangsa,

agama, sosial, ekonomi keluarga, tahap pendidikan, kepercayaan serta pengaruh

luaran lain seperti media massa dan juga rakan sebaya. Stare,mac williom, (1990)

Didalam kajian ini pengkaji ingin meninjau faktor apakah yang

mempengaruhi pengambilan makanan dikalangan pelajar-pelajar tahun enam. Jumlah

pendapatan keluarga sedikit sebanyak mempengaruhi cara perbelanjaan pemakanan

untuk dimakan. Bagi pelajar sekolah wang perbelanjaan sekolah sudah pasti

diperolahi dari pemberian ibubapa. Bagi ibubapa yang berpendapatan yang rendah

wang saku yang yang diberi pasti tidak mencukupi. Lantaran itu, pelajar terpaksa

berlapar dan tidak mempunyai tenaga yang cukup. Bagi remaja , mereka memerlukan

sejumlah tenaga yang cukup supaya dapat melakukan pelbagai aktiviti serta dapat

menjaga kesihatan jasmani mereka. Phua khoi ean,(1992) . Akibat daripada

kekurangan wang saku yang diberikan, pelajar lebih cenderung untuk membeli

makanan ringan yang rendah mutunya dimana harganya lebih rendah berbanding

makanan yang mempunyai khasiat.

Pengambilan makanan ringan dikalangan pelajar sekolah juga semakin

berleluasa walaupun kerajaan telah mengharamkan penjualan makanan ringan di

kantin-kantin sekolah pada tahun 1988. Pelajar sering membeli makanan ringan sama

ada dari kantin sekolah, gerai-gerai berdekatan sekolah atau penjaja -penjaja yang

datang berniaga diluar sekolah. Ada yang menbeli makanan ringan dari bas sekolah

yang mereka naiki.

Page 20: AMALAN PEMAKANAN DIKALANGAN PELAJAR · PDF fileindividu sentiasa sihat dan cergas. Oleh itu kajian ini ... maklumat mengenai tahap pengetahuan asas pemakanan ... responden tentang

5

1.3. Pernyataan Masalah

Pemakanan merupakan satu faktor yang penting di dalam kehidupan seharian

setiap manusia. Keperluan pemakanan di kalangan murid-murid sekolah rendah

adalah lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak di peringkat pra-sekolah, ini

disebabkan oleh pertambahan saiz badan dan aktiviti fizikal pada usia enam hingga

dua belas tahun adalah amat ketara. Murid-murid yang mendapat cukup zat makanan

dan dalam keadaan persekitaran yang baik akan berpeluang untuk mencapai

tumbesaran yang optimum. Sebaliknya murid-murid yang mendapat kurang zat

makanan akan mengalami gangguan pertumbuhan fizikal dan mental, keletihan,

kurang penumpuan terhadap pelajaran dan kemerosotan pencapaian dalam pelajaran

di sekolah. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji tentang ama lan pemakanan yang sihat

dikalangan pelajar-pelajar melayu di sekolah rendah di daerah kulai.

1.4. Persoalan Kajian

Kajian ini diharap dapat menjawab beberapa persoalan kajian dalam

memperolehi beberapa maklumat mengenai amalan pemakanan yang sihat

dikalangan pelajar-pelajar melayu di sekolah rendah di daerah Kulai. Antara

persoalan kajian yang dikemukakan ialah :

1. Adakah faktor media massa mempengaruhi pengambilan makanan

pelajar-pelajar tahun enam?

2. Adakah faktor sosioekonomi mempengaruhi pengambilan makanan

pelajar-pelajar tahun enam?

3. Mengenalpasti kekerapan pengambilan makanan dikalangan pelajar -

pelajar tahun enam?

4. Bagaimanakah tahap pengetahuan pelajar-pelajar tahun 6 terhadap

pengambilan makanan yang sihat?