Amalan Terbaik p&p 2013

27
Lampiran A KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KONVENSYEN AMALAN TERBAIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2013 PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK KATEGORI BAHASA MALAYSIA JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR NAMA GURU : HAFIFAH BINTI KUSIN NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING (1), MASAI, JOHOR TAJUK : POKJAD / MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGENAL ABJAD MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MELALUI PROJEK POKJAD Disahkan oleh: …………………………………… ……………………………… (SHAMSUDIN BIN YAMHARI) Cop Sekolah: Cop Jabatan: Tarikh: ……………………………. Tarikh: ……………………

description

guru prasekolah

Transcript of Amalan Terbaik p&p 2013

Page 1: Amalan Terbaik p&p 2013

Lampiran A

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KONVENSYEN AMALAN TERBAIKDALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2013

PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

KATEGORI BAHASA MALAYSIA

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

NAMA GURU : HAFIFAH BINTI KUSIN

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING (1), MASAI, JOHOR

TAJUK : POKJAD / MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENGENAL ABJAD MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN MELALUI PROJEK POKJAD

Disahkan oleh:

…………………………………… ………………………………(SHAMSUDIN BIN YAMHARI)

Cop Sekolah: Cop Jabatan:

Tarikh: ……………………………. Tarikh: ……………………

Page 2: Amalan Terbaik p&p 2013

Lampiran B

MAKLUMAT CALON

KONVENSYEN AMALAN TERBAIK

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2013

MAKLUMAT CALON

Kategori Penyertaan ( tandakan √ pada kotak berkaitan di bawah).

Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek

√ Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Nama : HAFIFAH BINTI KUSIN

No.K.P Baru : 830521-01-5076

Jantina : Perempuan

No. H/P : 017-7308696 e-Mail : [email protected]

Alamat Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RINTING (1),

JALAN ANGSANA 10,

TAMAN RINTING,

81750, MASAI, JOHOR

No. Telefon : 07-2518003 No. Fax : 07-2528106

Jawatan Di Sekolah : 1. Penyelaras Prasekolah

2. Guru Prasekolah

3. Guru Penasihat Pergerakan Pandu

Puteri

4. Guru Penasihat Persatuan Muzik

Kelulusan Akademik : SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

Kelulusan Ikhtisas : KURSUS DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (KDPM)

Tajuk / Tema Projek Amalan Terbaik : POKJAD / MENINGKATKAN PENGUASAAN

KEMAHIRAN MENGENAL ABJAD MENGGUNAKAN PENDEKATAN

PEMBELAJARAN BERASASKAN MELALUI PROJEK POKJAD

Page 3: Amalan Terbaik p&p 2013

Lampiran D

KERTAS KONSEP

KONVENSYEN AMALAN TERBAIK

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PRASEKOLAH

PERINGKAT DAERAH PASIR GUDANG 2013

1. Tajuk : POKJAD

2. Sinopsis Projek :

Murid membina POKJAD untuk meningkatkan kemahiran mengenal

abjad. POKJAD adalah singkatan “Pokok Abjad”. Tajuk ini dipilih

berdasarkan pengetahuan sedia ada murid mengenai pokok iaitu pokok

mempunyai batang dan daun. Tidak semua kanak-kanak belajar dengan

cara yang sama. Oleh demikian, cetusan idea untuk menghasilkan projek ini

berdasarkan permasalahan yang dialami oleh kebanyakan guru-guru

prasekolah. Permasalah tersebut adalah penguasaan mengenal abjad

dikalangan murid prasekolah.

Murid memadankan daun gambar dengan daun abjad yang betul bagi

menghasilkan POKJAD. Kaedah ini digunakan untuk membantu murid yang

lemah dalam kemahiran mengenal abjad a-z dan juga menulis a-z.

Penghasilan projek POKJAD dapat menarik minat murid dalam pembelajaran

mengenal abjad dan memberi impak yang positif terhadap tahap penguasaan

mengenal abjad dengan lebih berkesan.

3. Objektif :

Meningkatkan penguasaan mengenal abjad berdasarkan gambar.

Page 4: Amalan Terbaik p&p 2013

4. Dokumentasi Projek

4.1 Fasa 1 (Permulaan)

Skop projek ini merangkumi beberapa kemahiran dan pengetahuan

kanak-kanak. Antaranya adalah kemahiran membaca iaitu murid-murid perlu

menguasai mengenal bentuk huruf a-z, kemahiran motor halus iaitu murid-

murid perlu mempunyai kemahiran menggunting kertas dengan cara yang

betul dan kemahiran saintifik iaitu murid-murid perlu mempunyai daya ingatan

dan pengecaman yang kuat kerana mereka perlu memadankan gambar

dengan abjad yang betul.

Pengetahuan sedia ada murid adalah berkaitan dengan kehidupan

mereka. Kebanyakan gambar-gambar yang digunakan adalah gambar-

gambar objek yang biasa mereka lihat dan pernah mereka lihat. Namun

begitu, guru perlu memperkenalkan dahulu gambar-gambar yang digunakan

bagi membantu proses pembelajaran mereka.

Melalui projek ini juga, murid-murid akan berkongsi pengalaman dan idea

bagi menghasilkan POKJAD. Murid akan sentiasa berbincang bagi

menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang menjalankan projek ini.

Projek POKJAD ini memerlukan masa hampir sebulan kerana sebelum

menghasilkan POKJAD mereka perlu menjalani beberapa proses

pembelajaran iaitu mengenal gambar sambil mengenal abjad yang dipelajari.

Kaedah yang digunakan adalah ‘Kaedah Pandang Sebut’. Murid-murid akan

memandang gambar yang ditunjukkan dan menyebut abjad awal bagi setiap

gambar tersebut..

4.2 Fasa 2 (Perkembangan)

Bagi melaksanakan projek ini, beberapa aktiviti telah dirancang. Berikut

adalah objektif dan standard pembelajaran yang dipilih bagi menghasilkan

projek ini.

Page 5: Amalan Terbaik p&p 2013

4.2.1 Objektif: Pada akhir projek ini murid dapat:

4.2.1.1 Memadankan bentuk huruf dengan gambar yang ditunjukkan

4.2.1.2 Menyebut huruf secara rawak

4.2.1.3 Mengenal bentuk huruf kecil

4.2.2 Standard Pembelajaran:

BM 3.1.2 Memadankan bentuk huruf dengan bentuk objek persekitaran

BM 3.1.3 Menyebut huruf secara rawak

BM 3.1.5 Mengenal pasti bentuk huruf kecil

4.2.3 Kajian lapangan

Sebelum menghasilkan projek ini, murid-murid perlu mengenal terlebih

dahulu gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru dan menyebut abjad

yang sesuai dengan gambar tersebut. Kaedah pandang sebut digunakan

kerana pengajaran tidak terus dimulakan dengan mengenal abjad tetapi

dimulakan dengan menyebut nama sesuatu benda yang bermula dengan

awal abjad tersebut dan disertai dengan gambar kemudian disusuli

dengan bentuk abjad dan nama abjad tersebut. Sebagai contoh ADIK –

a, BAPA – b, CAWAN – c

4.2.4 Pengumpulan data dan maklumat

Segala maklumat yang diperolehi daripada kad gambar dan kad

huruf yang ditunjukkan oleh guru murid akan menghafalkannya dan Buku

KALAM (1) sebagai bahan rujukan dan latihan di rumah. Jika tiada bahan

rujukan untuk dibawa pulang maka mereka tidak dapat mengulang

kajinya di rumah. Ini kerana kebanyakan murid prasekolah yang

mempunyai masalah mengenal huruf antara sebabnya adalah mereka

kurang latihan di rumah dan pembelajaran hanyalah bergantung kepada

guru di sekolah semata-mata.

4.2.5 Kesepaduan

Setelah murid mengumpulkan maklumat dan menyimpan

maklumat yang dipelajari maka murid akan memulakan projek tersebut.

Page 6: Amalan Terbaik p&p 2013

Kesepaduan yang digunakan adalah Tunjang Fizikal dan Estetika,

Tunjang Sains dan Teknologi dan Tunjang Ketrampilan. Berikut adalah

standard pembelajaran yang disepadukan dapam penghasilan projek ini:

Standard Pembelajaran:

PFK 1.1.15 Menggunting menghasilkan satu bentuk

ST 2.1.4 Memerhati dan bercerita secara verbal tentang pemerhatian

yang dibuat

ST 2.1.8 Memerhati dan merekod pemerhatian dalam tulisan yang mudah

dengan bimbingan.

PSE 3.2.7 Berkongsi idea, barangan dan peralatan

Murid-murid akan mengunting gambar-gambar daun dan batang-

batang pokok yang telah disediakan oleh guru. Setelah itu, murid-murid

akan menampal gambar-gambar yang telah mereka pelajari di atas daun

yang telah siap digunting. Kemudian murid akan menulis huruf

berdasarkan gambar di atas daun yang berasingan. Setelah selesai

kerja-kerja menampal dan menulis, murid akan memasukkan daun-daun

yang telah siap ke dalam plastik laminate untuk di laminate oleh guru.

Berikut adalah gambar proses menghasilkan POKJAD

Page 7: Amalan Terbaik p&p 2013

Sesi menggunting batang pokok dan daun

Sesi menampal gambar

Sesi menulis abjad/mengumpulkan maklumat

Page 8: Amalan Terbaik p&p 2013

Sesi memasukkan daun yang telah siap ke dalam plastik laminate

Sesi latihan pengukuhan

Sesi memadankan daun gambar dengan daun abjad dan menampalnya di batang yang

telah disediakan oleh guru

Page 9: Amalan Terbaik p&p 2013

POKJAD sebelum

POKJAD semasa

POKJAD selepas

Page 10: Amalan Terbaik p&p 2013

4.3 Fasa 3 (Kesimpulan)

Melalui penghasilan POKJAD ini selain dapat meningkatkan penguasaan

mengenal abjad, murid akan belajar dalam keadaan seronok dan gembira kerana

hasil usaha mereka untuk menghasilkan POKJAD dapat dipaparkan di dalam kelas

dan rakan-rakan dapat melihat hasil usaha mereka. Murid akan rasa diri mereka

dihargai kerana hasil usaha mereka dipaparkan di dalam kelas. Menurut Reggio

Emilia, salah satu pendekatan persekitaran pembelajaran kanak-kanak adalah

dengan memaparkan hasil kerja murid dalam pelbagai bentuk, (Gandini, 2004)

Selain itu, pentaksiran dan penilaian dapat dijalankan sepanjang projek ini

berjalan. Guru dapat merekod dan membuat analisis mengengai tahap penguasaan

murid terhadap kemahiran mengenal abjad a-z. Nilai murni juga dapat diterapkan

semasa projek ini berjalan kerana murid akan bekerjasama dalam kumpulan, bantu

membantu rakan yang lemah, bertanggungjawab, menghormati rakan sebaya,

setiakawan dan bekerja secara berpasukan.

4.4 Impak projek secara keseluruhan

Impak kepada murid.

Berdasarkan data dan maklumat yang telah diperolehi oleh murid melalui sesi

pembelajaran dan pengajaran mengenal gambar dan abjad maka murid dapat

memadankan gambar dengan abjad yang betul. Murid dapat menguasai mengenal

abjad dengan lebih pantas dan berkesan. Peningkatan penguasaan daripada 50%

kepada 90%. Murid akan berasa diri mereka dihargai kerana hasil mereka

dipamerkan di dalam kelas mereka.

Impak kepada guru.

Aktiviti pembelajaran dan pengajaran tidak terhad terhadap bahan yang terdapat

dipersekitaran kita sahaja. Sebagai guru kita perlu pandai mengolah dan

mengaitkan apa yang terdapat dipersekitaran kita dengan kehidupan seorang kanak-

kanak. Memandangkan murid prasekolah suka terhadap penghasilan sesuatu

bahan yang mereka hasilkan dan dipamerkan, maka POKJAD telah saya pilih untuk

Page 11: Amalan Terbaik p&p 2013

dijadikan projek dalam pembelajaran dan pengajaran saya. Ternyata hasil idea saya

ini memberikan impak yang sangat berkesan dan mengembirakan murid prasekolah.

Impak kepada ibubapa/komuniti

Selain itu, ibubapa atau penjaga juga dapat berpeluang mempelajari cara atau

kaedah yang digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah pembelajaran anak

mereka disekolah. Segala bahan yang telah mereka pelajari di sekolah dibawa

pulang oleh anak mereka dan mereka akan membuat ulangkaji di rumah. Oleh itu,

ibubapa dapat memahami apa yang sudah, sedang dan akan diajar kepada anak-

anak mereka semala berada disekolah.

Aktiviti susulan ataupun aktiviti rangsangan boleh dilakukan di rumah bersama

anak-anak mereka seperti mana yang telah dilakukan oleh guru di sekolah.

Disamping itu juga, aktiviti projek ini juga dapat membantu ibubapa atau penjaga

untuk meningkatkan ilmu pengetahuan mereka mengenai pendidikan awal kanak-

kanak.

Page 12: Amalan Terbaik p&p 2013

6. Bibliografi

Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010. Dokumen Standard Kurikulum

Prasekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011. Modul Teras Asas Bahasa

Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Edwards, C. Forman, G. & Gandini, L. (Eds.), 1998. The Hundred languages

of children: The Reggio Emillia approach to early childhood education –

Advance Reflections. Norwood, NJ: Ablex Publishing.

Hasnah Awang, Habibah Mohd Samin, 2010. Literasi Bahasa Melayu.

Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mahzan Arshad, 2012. Pendidikan Literasi Awal Kanak-Kanak Teori dan

Amali. Tanjong Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Prof. Madya Dr Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad,

2007. Panduan Kurikulum Prasekolah, Kuala Lumpur: PTS Profesional

Publishing Sdn. Bhd.

Page 13: Amalan Terbaik p&p 2013

Penutup

Diharapkan amalan terbaik yang saya lakukan ini dapat memberi faedah dan

manfaat kepada semua guru prasekolah agar dapat meningkatkan mutu pendidikan

prasekolah dengan lebih berkesan. Pendekatan yang menyeluruh dan seimbang,

khasnya dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek juga sosial dapat diselaraskan

dengan kehendak Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), sebagai

salah satu elemen penting di dalam NKRA.

Page 14: Amalan Terbaik p&p 2013
Page 15: Amalan Terbaik p&p 2013

Nama: ____________________________ Tarikh: __________

Warnakan gambar dan suaikan.

Page 16: Amalan Terbaik p&p 2013

Nama: _________________________ Tarikh: _________

Page 17: Amalan Terbaik p&p 2013

Nama: _________________________ Tarikh: _________

Page 18: Amalan Terbaik p&p 2013

Nama: _________________________ Tarikh: _________

Page 19: Amalan Terbaik p&p 2013
Page 20: Amalan Terbaik p&p 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

(SLOT PENGAJARAN INDIVIDU)

Kelas : Prasekolah Permata Hati (2)

Tarikh : 20 Mei 2013

Masa : 10.20 hingga 10.50 pagi

Bilangan Pelajar : 8 orang

Modul : Teras

Tema/Tajuk : POKJAD

Tunjang Utama : Komunikasi

Standard Kandungan : BM 3.1 Mengenal bentuk huruf A-Z

Standard Pembelajaran : BM 3.1.2 Memadankan bentuk huruf dengan bentuk objek dipersekitaran

BM 3.1.3 Menyebut huruf secara rawak

BM 3.1.5 Mengenal pasti bentuk huruf kecil

Kesepaduan Tunjang : PSE 3.2.7 Berkongsi idea, barangan dan peralatan

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat:

1. Mengaitkan gambar dengan huruf

2. Menyebut dan mengenal bentuk huruf kecil

Alatan/bahan : Daun gambar, daun huruf, buku kalam (1), kad gambar dan kad huruf

Pengetahuan sedia ada : 1. Murid pernah mengenal bentuk-bentuk huruf

2. Murid pernah melihat gambar-gambar yang digunakan.

Kemahiran Berfikir (KB) : Membanding beza dan menghubung kait

Penerapan Nilai : Kerjasama, kerajinan, keberanian, berdisiplin, berdikari, berhati-hati

Page 21: Amalan Terbaik p&p 2013

Fokus MI : Verbal linguastik, Visual dan ruang, logik matematik

Kosa Kata : adik, bapa, cawan, dadu, emak, foto,

LANGKAH/MASA ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARANCATATAN

Set induksi

(3 minit)

1. Menyanyikan lagu abjad 1.Murid diperdengarkan lagu

abjad.

2. Murid menyanyikan lagu abjad

dengan bimbingan guru.

BBM;

Kad imbasan

Nilai:

Berdisiplin

Kesepaduan:

Kreativiti dan Estetika

Perkembangan P&P

Langkah 1

( 5 minit )

1. Mari kenal abjad 1.Murid menyebutkan gambar

yang ditunjukkan oleh guru.

2. Murid menamakan abjad awal

bagi gambar yang ditunjukkan.

- ADIK - a

- BAPA - b

- CAWAN – c

- DADU - d

- FOTO - f

BBM:

Kad imbasan

Nilai:

Keberanian

Page 22: Amalan Terbaik p&p 2013

Langkah 2

( 5 minit )

1. Kenali POKJAD 1. Guru memperkenalkan POKJAD

kepada murid dan memberi ruang

kepada murid untuk melihat dan

meneroka hasil daun gambar dan

daun huruf.

2. Guru menampal batang pokok

di dinding.

BBM:

Daun gambar, Daun abjad, batang

pokok

Kesepaduan:

Sains dan teknologi

Langkah 3

(10 minit)

1. Mari bina POKJAD 1. Murid mencari gambar yang

disebutkan oleh guru kemudian

memadankan dengan abjad yang

betul dengan bimbingan guru dan

rakan-rakan.

2. Murid menampal daun gambar

bersama daun abjad di batang

pokok yang telah disediakan oleh

guru.

BBM:

Daun gambar, daun abjad, batang

pokok

KB:

Menghubungkait, menjana idea

Kesepaduan:

Ketrampilan diri

Nilai:

Kerjasama, berhati-hati

Langkah 3 1. Penilaian 1. Guru mengedarkan lembaran BBM:

Page 23: Amalan Terbaik p&p 2013

(5 minit)

kerja kepada murid.

2. Murid perlu memadankan

gambar dengan abjad

Lembaran kerja, POKJAD

KB:

Menghubungkait

Kesepaduan:

Fizikal

Penutup

(2 minit)

1. Refleksi

2. Hasil kerja

1. Guru mengimbas kembali

pembelajaran hari ini.

2. Guru memberi respon terhadap

hasil kerja murid

3. Murid dan guru menyanyikan

lagu abjad bersama-sama

BBM:

Hasil kerja murid

Nilai:

Berhati-hati, berdisiplin