Amalan Pembelajaran Terbaik Prasekolah 2013
-
Upload
azwira-abu -
Category
Documents
-
view
78 -
download
3
Transcript of Amalan Pembelajaran Terbaik Prasekolah 2013
1. KATEGORI
Pembelajaran Melalui Projek
2. TAJUK
TEMA : DUNIA TEKNOLOGI
SUBTEMA : KENDERAAN AIR
3. KAEDAH / TEKNIK
Pembelajaran berpusatkan murid dan guru. Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah
pembelajaran melalui projek melalui penghasilan buku skrap
4. SINOPSIS
Pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan kaedah pembelajaran melalui projek di mana murid menghasilkan buku skrap sendiri
melalui aktiviti membaca, menulis, mewarna dan menggunting.
Pada peringkat permulaan, murid akan diperkenalkan dahulu dengan nama-nama kenderaan air. Seterusnya murid akan menyebut
bersama-sama perkataan yang diajar oleh guru. Guru akan menunjukkan cara menghasilkan buku skrap yang melibatkan kemahiran
membaca, menulis, melukis, mewarna, menggunting. Guru akan mengadakan pertandingan menghasilkan buku skrap di antara
kumpulan. Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah.
5. KUMPULAN SASARAN
Murid yang berumur lingkungan 5 dan 6 tahun.
6. JUMLAH MURID
25 orang
7. LATAR BELAKANG
Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini akan dilakukan dengan membahagikan murid kepada dua belas kumpulan kecil. Murid akan
dibahagikan dalam 12 kumpulan yang mana 11 kumpulan terdiri daripada 2 orang murid, manakala kumpulan ke 12 terdiri daripada 3
orang murid. Pemenang dengan buku skrap paling kemas dan cantik akan diberikan hadiah. Pembantu Pengurusan Murid akan
membantu guru membuat pemilihan kumpulan mana yang berjaya menghasilkan buku skrap paling kemas dan cantik untuk dijadikan
pemenang.
8. RASIONAL PEMILIHAN AMALAN TERBAIK
Penggunaan pembelajaran melalui projek di dalam pembelajaran dan pengajaran adalah kerana murid lebih menghargai sesuatu yang di
hasilkan sendiri. Kepuasan juga akan timbul apabila menatap hasil kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Sedikit
peneguhan dan dorongan serta pujian akan meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap aktiviti yang telah dilakukan.
9. STANDARD PEMBELAJARAN KSPK YANG DIGUNAKAN
BM 3.6.2 Membaca frasa dengan sebutan yang betul
BM 4.2.6 Menyalin perkataan dengan cara yang betul
10. KAEDAH / TEKNIK YANG DIGUNAKAN
Pembelajaran berpusatkan murid dan guru. Kaedah yang paling sesuai untuk diaplikasikan di dalam P & P ini ialah menggunakan kaedah
pembelajaran melalui projek penghasilan buku skrap
11. PERINCIAN AKTIVITI
Langkah-langkah pelaksaaan:
1. Guru menunjukkan slaid powerpoint yang mengandungi nama-nama kenderaan air kepada murid (Rujuk Lampiran)
2. Guru memperkenalkan nama-nama kenderaan air kepada murid.
3. Murid akan menyebut bersama-sama perkataan yang diajar guru
4. Kelas dibahagikan kepada 12 kumpulan kecil.
5. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan-menghasilkan buku skrap
6. Guru menunjukkan cara menghasilkan buku skrap tersebut.
7. Murid perlu menulis kembali nama-nama kenderaan air, mewarnakan gambar kenderaan air yang telah disediakan, melukis gambar
kenderaan yang diketahui, menggunting gambar mengikut petak yang disediakan
8. Pertandingan menghasilkan buku skrap paling kemas dan paling cantik.
12. KESEPADUAN STANDARD PEMBELAJARAN
PFK 1.2.14 Menyurih menggunakan templet atau objek.
KTI 1.1.5 Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu.
KTI 1.2.3 Menghasilkan karya kreatif yang mudah melalui pelbagai aktiviti menggambar
PSE 3.2.7 Berkongsi idea, barangan dan peralatan
13. KAEDAH PENTAKSIRAN SEMASA P & P
Guru akan menggunakan kaedah pentaksiran melalui hasil kerja murid pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran.
14. NYATAKAN NILAI MURNI YANG DITERAPKAN
Nilai murni yang dapat diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran ini ialah sifat saling bekerjasama di dalam memastikan
kumpulan mereka dapat menjadi pemenang di dalam pertandingan ini. Selain daripada itu, sifat tolong-menolong juga dapat diterapkan
di dalam diri kanak-kanak ini.
15. KEKUATAN KAEDAH / TEKNIK INI
Pemilihan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah kerana aktiviti ini melibatkan pelbagai kemahiran-membaca, menulis,
mewarna, menggunting. Di samping itu, murid juga lebih menghargai sesuatu yang di hasilkan sendiri. Kepuasan juga akan timbul
apabila menatap hasil kerja yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan lain. Sedikit peneguhan dan dorongan serta pujian akan
meningkatkan lagi daya ingatan murid terhadap projek yang telah dilakukan.
16. IMPAK KAEDAH (KEJAYAAN)
Dapat melahirkan murid yang kreatif dalam penghasilan sesuatu bahan. Murid juga dapat menunjukkan kebolehan masing-masing
seperti kemahiran menulis, mewarna dan menggunting.
Lampiran.
Buku Skrap: Tema Pengangkutan Air
Bahan ini merupakan slide powerpoint untuk penghasilan buku skrap bertajuk: Kenderaan Air.
1.Slide awalnya menunjukkan gambar-gambar kenderaan air.
2.Guru menunjukkan kepada murid gambar-gambar kenderaan air tersebut.
3.Murid mengeja nama-nama kenderaan air tersebut.
4. Dua slaid terakhir digunakan untuk menghasilkan buku skrap.
Langkah-langkah menghasilkan buku skrap:
1. Warnakan gambar kenderaan air
2. Salin semula perkataan (nama kenderaan)
3. Staplekan(bantuan guru)
4.Binding dengan binding tape.
5.Maka. terhasillah buku skrap
Bahan yang digunakan.
Menulis kembali perkataan
Nama kenderaan yang telah siap ditulis
Gambar yang telah siap di warnakan
Staplekan buku dengan bantuan guru
Memotong lebihan binding tape
Hasilnya: muka surat pertama
Muka surat kedua
Anak-anak gembira menghasilkan buku mereka sendiri
KRITERIA PENILAIAN
A. Persembahan (Berkumpulan) – 30%
1. Bina satu kumpulan (5 – 7 orang) mengikut sekolah atau daerah berdekatan.
2. Buat satu persembahan pergerakan kreatif dengan memasukkan elemen-elemen yang dipelajari
berdasarkan tema yang dipersetujui.
3. Pastikan semua ahli kumpulan terlibat dalam persembahan ini.
4. Persembahan perlu memenuhi syarat 3 – 5 minit sahaja.
5. Rakamkan persembahan anda dalam bentuk video dan cetak pada CD atau DVD.
6. Pastikan rakaman ini dapat dimainkan pada komputer terlebih dahulu sebelum dihantar untuk
penilaian.
7. Tarikh akhir serahan CD/DVD ialah pada hari Sabtu, 4 Mei 2013.
B. Laporan Analisis Pergerakan (Individu) (20%)
1. Setiap pelajar perlu membuat laporan analisis pergerakan secara individu berkaitan dengan peranan beliau dalam persembahan pergerakan kreatif.
2. Buat analisis akan peranan diri sendiri dalam persembahan tersebut dan kaitkan dengan konsep-konsep pergerakan yang disampaikan.
3. Laporan ditulis selang 2 baris, font Times New Roman 12 atau Arial 11, margin 2.54 cm, atas, bawah, kiri, dan kanan.
4. Laporan ini perlu ditulis antara 2 – 3 muka surat.
5. Tarikh akhir serahan Laporan Analisis Pergerakan ini ialah pada hari Sabtu, 4 Mei 2013.
C. Perbincangan (Individu) (10%)
1. Pelajar dikehendaki masuk ke forum Facebook: KAF3023 ATO USM dan moodle PPGUSM KAF3023.
TENTATIF PROGRAM MINDA BESTARI 2013
TARIKH : 25,26,27 MEI 2013
TEMPAT : SK PERMATANG DAMAR LAUT,PULAU PINANG
HARI 8.30.10.00pg 10.00-10.30pg 10.30-12.30pg 12.30-14.00tgh 14.00-16.00ptg 16.00-20.00ptg 20.30-22.00mlm
Hari 125/05/2013
(Sabtu)
Minum Pagi
Pendaftaran Peserta/Taklimat
Makan Tengahari
Aktiviti 1PUZZLE
HARAPANMinum Petang
&Makan Malam
Santai MalamHari 226/05/2013
(Ahad)
Aktiviti 2SAYANGNYA
NABI
Aktiviti 3INDAHNYA ALAM INI
Aktiviti 4MALAYSIAKU
TERCINTAHari 3
27/05/2013(Isnin)
Aktiviti 5BESTARI MINDA
Majlis Penutup