Amali 3

5
AMALI PROGRAM PISMP SCES3183(BIOLOGI AM) Amali 3: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim Objektif: 1. Untuk menunjukkan aktiviti enzim amilase ke atas kanji. 2. Untuk menunjukkan kesan pH dan suhu ke atas aktiviti enzim amilase. Pengenalan: Enzim merupakan sejenis protein yang dihasilkan oleh sel-sel hidup. Apabila enzim bertindak balas dengan substrat, pergabungan ini membentuk kompleks enzim-substrat mengikut hipotesis mangga dan kunci. Molekul substrat yang mempunyai bentuk yang sepadan dengan tapak aktif molekul enzim sahaja boleh bergabung dengan molekul enzim untuk bertindak balas, contohnya, enzim amilase hanya bertindak balas dengan kanji. Selepas proses tindak balas, enzim masih tidak berubah dan dapat digunakan lagi. Sifat enzim yang seterusnya merupakan enzim sangat sensitif terhadap perubahan suhu dan pH. Suhu yang terlampau tinggi atau rendah akan mempengaruhi aktiviti enzim untuk bertindak balas dengan substrat. Nilai pH yang tidak bersesuaian dengan enzim tersebut juga akan mempengaruhi aktiviti tindak balas enzim dengan substrat. Radas/Bahan: * Prosedur: Kesan pH ke atas aktiviti enzim amilase liur 1. Mulut dikumurkan sehingga bersih. 2. 3ml air liur dikumpulkan dalam bikar. 3. Air liur tersebut dicairkan dengan air suling pada isipadu yang sama. 4. 2ml air liur dimasukkan ke dalam 2 buah tabung uji berlainan yang berlabel A dan B masing-masing. 5. 2ml larutan kanji masak 5% dimasukkan ke dalam setiap tabung uji tersebut.

description

amali

Transcript of Amali 3

Page 1: Amali 3

AMALI

PROGRAM PISMP

SCES3183(BIOLOGI AM)

Amali 3: Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi aktiviti enzim

Objektif:

1. Untuk menunjukkan aktiviti enzim amilase ke atas kanji.

2. Untuk menunjukkan kesan pH dan suhu ke atas aktiviti enzim amilase.

Pengenalan:

Enzim merupakan sejenis protein yang dihasilkan oleh sel-sel hidup. Apabila enzim bertindak balas dengan substrat, pergabungan ini membentuk kompleks enzim-substrat mengikut hipotesis mangga dan kunci. Molekul substrat yang mempunyai bentuk yang sepadan dengan tapak aktif molekul enzim sahaja boleh bergabung dengan molekul enzim untuk bertindak balas, contohnya, enzim amilase hanya bertindak balas dengan kanji. Selepas proses tindak balas, enzim masih tidak berubah dan dapat digunakan lagi. Sifat enzim yang seterusnya merupakan enzim sangat sensitif terhadap perubahan suhu dan pH. Suhu yang terlampau tinggi atau rendah akan mempengaruhi aktiviti enzim untuk bertindak balas dengan substrat. Nilai pH yang tidak bersesuaian dengan enzim tersebut juga akan mempengaruhi aktiviti tindak balas enzim dengan substrat.

Radas/Bahan: *

Prosedur:

Kesan pH ke atas aktiviti enzim amilase liur

1. Mulut dikumurkan sehingga bersih.

2. 3ml air liur dikumpulkan dalam bikar.

3. Air liur tersebut dicairkan dengan air suling pada isipadu yang sama.

4. 2ml air liur dimasukkan ke dalam 2 buah tabung uji berlainan yang berlabel A dan B masing-masing.

5. 2ml larutan kanji masak 5% dimasukkan ke dalam setiap tabung uji tersebut.

6. 2 titik asid hidroklorik 2M dimasukkan ke dalam tabung uji A.

7. Campuran dalam kedua-dua tabung uji dikacaukan dengan menggunakan rod kaca yang berasingan.

8. Tabung uji A dan B diletakkan di dalam sebuah bikar berisi air yang dikekalkan suhunya pada 37’C selama 10-15 minit.

9. Beberapa titis larutan iodin kemudian dimasukkan ke dalam kedua-dua tabung uji.

10. Perubahan warna dicatatkan.

Kesan suhu ke atas aktiviti enzim amilase liur

1. Mulut dikumurkan sehingga bersih.

Page 2: Amali 3

2. 3ml air liur dikumpulkan dan dicampurkan dengan air suling yang sama banyak dalam sebuah bikar kecil.

3. 2ml air liur cair dimasukkan ke dalam tabung uji yang berlabel A dan B masing- masing.

4. Tabung uji B diletakkan dalam air mendidih selama 5 minit.

5. 2ml larutan kanji masak 5% dimasukkan ke dalam kedua-dua tabung uji tersebut.

6. Campuran dalam kedua-dua tabung uji dikacaukan dengan menggunakan rod kaca yang berasingan.

7. Sedikit sample dikeluarkan dari tabung uji A dan B dengan menggunakan penitis dan dititiskan ke atas setitis larutan iodin di atas jubin putih berlekuk. Pemerhatian dicatatkan.

8. Kemudian kedua-dua tabung uji diletakkan dalam kukus air pada suhu 37’C dan dibiarkan selama 30 minit.

9. Selepas 30 minit, sedikit sample dikeluarkan dari tabung uji A dan tabung uji B dengan menggunakan penitis dan dititiskan ke atas setitis larutan iodin di atas jubin putih berlekuk.

10. Keputusan eksperimen dicatatkan.

Keputusan:

Kesan pH ke atas aktiviti enzim amilase liur

Tabung uji Pemerhatian KesimpulanA Warna campuran dalam tabung uji bertukar

dari tiada warna kepada

B Perang

Kesan suhu ke atas aktiviti e0nzim amilase liur

Tabung uji Kandungan Pemerhatian Kesimpulan0 minit 30 minit

A 5 ml larutan kanji masak (5%) + 1 ml air liur

Perang Perang

B 5 ml larutan kanji masak (5%) + 1 ml air liur terdidih

Biru-hitam

Biru-hitam

Perbincangan:

Kesan pH ke atas aktiviti enzim amilase liur

Dalam eksperimen ini, warna larutan iodin bertukar dari perang kekuningan kepada biru-hitam. Ini menunjukkan kanji masih hadir dalam larutan tersebut. Kanji masih hadir kerana tindak balas antara enzim amilase dengan substrat kanji tidak berlaku. Dalam tabung uji B yang tiada asid hidroklorik. Larutan iodin tidak bertukar warna dan kekal berwarna perang kekuningan. Ini menunjukkan kanji tidak hadir kerana tindak balas antara enzim

Page 3: Amali 3

amilase dengan substrat kanji berlaku. Warna larutan iodin dalam tabung uji A bertukar menjadi biru-hitam kerana asid hidroklorik yang dititiskan ke dalam tabung uji A menghasilkan larutan pH yang rendah. Enzim amilase tidak aktif dalam larutan yang mempunyai nilai pH yang rendah. Ini mengakibatkan tindak balas enzim tidak berlaku dan kanji masih hadir dalam larutan. Kanji yang hadir menyebabkan larutan iodin bertukar warna dari perang kekuningan kepada biru-hitam.

Kesan suhu ke atas aktiviti enzim amilase liur

Dalam eksperimen ini, apabila 0 minit, larutan iodin di atas jubin putih berlekuk.tidak bertukar warna dan kekal berwarna perang kekuningan. Ini menunjukkan kanji tidak hadir kerana tindak balas antara enzim amilase dengan substrat kanji berlaku. Bagi larutan dalam tabung uji B, warna larutan iodin bertukar dari perang kekuningan kepada biru-hitam. Ini menunjukkan kanji masih hadir dalam larutan tersebut. Kanji masih hadir kerana tindak balas antara enzim amilase dengan substrat kanji tidak berlaku. Ini adalah kerana enzim amilase telah dinyahaslikan dan strukturnya telah bertukar. Kanji tidak dapat bergabung dengan enzim pada tapak aktifnya kerana struktur enzim telah berubah. Kanji masih hadir dalam larutan tabung uji B.

Apabila 30 minit, warna larutan iodin di atas jubin putih berlekuk bagi larutan tabung uji A masih sama, iaitu berwarna perang kekuningan. Bagi larutan dalam tabung uji B, iodin di atas jubin putih berlekuk bertukar warna dari perang kekuningan kepada biru-hitam. Ini menunjukkan enzim yang telah dinyahaslikan tidak akan kembali ke struktur yang normal walaupun diletakkan ke dalam air pada suhu 37’C.

Kesimpulan:

Soalan-soalan:

1. Mengapakah tabung uji A dan B dikekalkan pada suhu 37’C?

Pada suhu 37’C, tenaga kinetik molekul enzim dan substrat paling tinggi, molekul-molekul berlanggar antara satu sama lain pada kadar yang tinggi, kadar reaksi juga tinggi

Increasing the temperature increases the kinetic energy of the enzyme and substrate molecules so that they move faster and are more likely to collide. So increasing the temperature increases the rate of the reaction up to a certain temperature. This temperature is known as the enzyme’s optimum temperature. Different enzymes have different optimum temperatures. The enzymes in animal bodies work best at 37˚C.

2. Nyatakan kesan enzim amilase liur ke atas kanji masak.

3. Apakah implikasinya jika warna biru-hitam tidak terbentuk apabila hasil campuran diuji dengan larutan iodin?

4. Apa yang berlaku pada enzim pada suhu melebihi 60’C?

5. Terangkan bagaimana kepekatan substrat mempengaruhi kadar tindak balas enzim?

Page 4: Amali 3

6. Mengapakah peningkatan kepekatan enzim akan menambahkan kadar tindak balas enzim?