Amali 3.docx

6
Pengenalan Pemuliharaan in situ (in- site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan menubuhkan taman-taman negara di negara masing-masing. Contohnya di Malaysia, Taman Negara yang meliputi Kelantan Selatan dan Pahang. Taman Laut juga adalah jenis pemulihan in-situ seperti Taman Laut di Pulau Perhentian, Terengganu. Manakala pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka. Bagi flora spesis tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Terdapat beberapa organisasi yang aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM dan organisasi-organisasi lain. Strategi jangka panjang yang terbaik dalam memelihara dan melindungi biodiversiti dalam populasi dan komuniti ialah dalam habitat semulajadi mereka (in situ). Walaubagaimana pun bagi kebanyakan spesis tiada banyak pilihan, dan kaedah alternatif terbaik bagi pemuliharaan yang boleh digunapakai ialah kaedah pemuliharaan ex situ (off-site). Kemudahan- kemudahan pemuliharaan ex situ termasuklah zoo, aquaria, program pembiakan dalam kurungan, taman botani, arboreta and bank benih. Amali ini menghendaki anda fokus kepada 2 aspek. Pertama, membiasakan diri dengan biodiversiti biologi dengan melawat zoo dan taman botani, dan keduanya membuat

Transcript of Amali 3.docx

PengenalanPemuliharaan in situ (in- site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan menubuhkan taman-taman negara di negara masing-masing. Contohnya di Malaysia, Taman Negara yang meliputi Kelantan Selatan dan Pahang. Taman Laut juga adalah jenis pemulihan in-situ seperti Taman Laut di Pulau Perhentian, Terengganu.Manakala pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka. Bagi flora spesis tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya akan dipelihara dalam kawasan yang disediakan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil ini bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu kultur. Terdapat beberapa organisasi yang aktviti pemuliharaan ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM dan organisasi-organisasi lain.Strategi jangka panjang yang terbaik dalam memelihara dan melindungi biodiversiti dalam populasi dan komuniti ialah dalam habitat semulajadi mereka (in situ). Walaubagaimana pun bagi kebanyakan spesis tiada banyak pilihan, dan kaedah alternatif terbaik bagi pemuliharaan yang boleh digunapakai ialah kaedah pemuliharaan ex situ (off-site). Kemudahan-kemudahan pemuliharaan ex situ termasuklah zoo, aquaria, program pembiakan dalam kurungan, taman botani, arboreta and bank benih. Amali ini menghendaki anda fokus kepada 2 aspek. Pertama, membiasakan diri dengan biodiversiti biologi dengan melawat zoo dan taman botani, dan keduanya membuat perbincangan tentang merit, kelemahan dan etika pemuliharaan ex situ.Rizab Hutan Simpan Krau berkeluasan 62,000 hektar bakal dibangunkan menjadi lembah harimau yang merupakan satu lagi pusat pemeliharaan harimau negara. Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi tujuan itu dan RM3.2 juta daripadanya digunakan untuk membina pagar serta kemudahan yang dijangka siap sepenuhnya pada 2014. Selain itu, terdapat juga pelbagai jenis pokok dan herba yang dipelihara untuk dijadikan bahan perubatan di Rizab Hutan Simpanan Krau.Pihak kerajaan akan memindahkan beberapa pakar ke Rizab Hutan Simpanan untuk menjaga dan membuat kajian terhadap harimau yang dipelihara di situ. Mereka akan menjaminkan keselamatan harimau di dalam hutan tersebut. Seterusnya, terdapat juga beberapa akta yang dikeluarkan untuk menjaga serta mengelakkkan orang lain atau pemburu untuk memburu harimau serta organisma yang terancam di hutan tersebut. Contohnya seperti Akta perlindungan hidupan liar 1972 dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.Di samping itu, Rizab Huan Simpanan Krau juga akan dijadikan sebagai satu lagi tempat pelancongan untuk memberikan peluang kepada orang lain untuk melihat harimau. Idea ini sama dengan Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah yang terletak di tepinya. Terdapat ramai pelancong tempatan dan luar negara datang untuk melihat gajah secara dekat. Sepanjang tahun lalu, seramai 140,000 pelancong membabitkan lebih 90 negara datang ke Kuala Gandah untuk melihat gajah liar yang dipeliharakan di situ.

Perbincangan1. Kenapa para ekologis percaya pemuliharaan in situ sebagai pengurusan habitat yang cermat, hanya diterima sebagai satu strategi pemuliharaan sahaja, dan tidak sebagai strategi pemeliharaan untuk jangka masa panjang bagi sebarang habitat semulajadi atau apakah jenis yang boleh membiak dalam keadaan liar, dalam zoo atau taman?

Jawapan :Meskipun para ekologis merasa bahawa pemuliharaan in situ merupakan cara dan langkah yang terbaik untuk mengekalkan kewujudan sesuatu spesis berbanding dengan memulihara flora dan fauna di luar habitat asal mereka seperti pemuliharaan ex situ. Namun, pemuliharaan jenis ini menjadi semakin sukar untuk dilaksanakankan disebabkan keadaan habitat dan ekosistem semula jadi mereka yang makin hari makin banyak mengalami perubahan serta pembangunan. Selain itu, ancaman manusia yang semakin serius seperti pemburuan haram atau pembalakan haram juga tidak dapat dielakkan walaupun terdapat ranger-ranger hutan yang akan kerap menjalankan rondaan untuk menjaga kawasan pemuliharaan in situ. Keadaan ini telah menyebabkan banyak organisma terancam walaupun terdapat banyak akta serta undang-undang yang bertujuan untuk menyekat kegiatan haram ini. Jadi sebenarnya agak susah untuk pihak berkuasa untuk menjaminkan keselamatan organisma yang terancam walaupun organisma tersebut diletakkan dalam Pusat Pemuliharaan In Situ. Contohnya orang asli yang tinggal dalam Hutan Simpanan Krau juga tetap akan memburu organisma terpelihara tesebut walaupun mereka tahu ia merupakan organisma yang hamper pupus.Bukan itu sahaja, disebabkan keunikan dan kepelbagaian diversiti yang wujud dalam Pemuliharaan In Situ, ianya akan menjadi salah satu tempat tumpuan para penyelidik untuk menjalankan kajian penyelidikan dan pembangunan di tempat pemuliharaan. Maka kehidupan atau sifat-sifat organisma yang semula jadi diganggu. Akhirnya sekiranya kita mengekalkan spesies yang tidak mempunyai mana-mana habitat semula jadi, atau tidak dapat membiak di hutan, zoo, atau taman akan menyebabkan kehidupan tersebut kehilangan sifat-sifat semula jadi mereka dan seterusnya akan kehilangan kemahiran untuk bersaing dan mendapatkan keperluan asas mereka, seperti mencari makanan. Contohnya kita boleh melihat kepada Rizab Hutan Simpanan Krau yang menjadikan sebahagian dariapda kawasannya untuk dijadikan sebagai tempat pemeliharaan harimau. Walaupun pihak berkenaan akan menjaga keselamatan dan keperluan untuk harimau hidup, tetapi pada masa yang sama mereka juga akan membenarkan pihak saintis untuk menjalankan kajian serta penyelidikan terhadap harimau yang tinggal dalam hutan tersebut. Keadaan ini telah mengganggu kehidupan serta sifat semulajadi harimau kerana pihak dari Hutan Simpanan Krau akan membekalkan makanan kepada harimau untuk makan jadi lama-kelamaan harimau akan hilang sifat memburunya. Maka harimau tersebut tidak dapat berhidup sekiranya dilepaskan kembali ke hutan untuk berhidup dengan sendiri.

2. Kenapa ramai orang berfikir tidak betul untuk membawa kembali spesies yang pupus seperti Harimau Tasmania? Apakah implikasi terhadap usaha-usaha pemuliharaan akibat dari tindakan ini?

Jawapan :Ramai orang berfikir adalah tidak betul untuk membawa kembali spesies yang telah pupus adalah kerana perbuatan ini telah bercanggah dengan isu-isu moral. Ini adalah disebabkan oleh kebanyakkan orang adalah berfikir bahawa organisma yang mati ataupun pupus tidak harus dihidupkan semula dengan menggunakan teknik serta teknologi moden sekarang. Kita akan lebih berpegang kepada peraturan yang mengatakan bahawa organisma yang telah mati harus dibiarkan untuk bertinggal tenang dalam tanah. Selain itu, faktor mutasi juga merupakan salah satu sebab orang ramai tidak setuju untuk membawa kembali spesies yang telah pupus. Kita tidak dapat menjaminkan bahawa spesies yang telah dikembalikan dengan menggunakan teknologi moden tidak akan mengalami mutasi pada sel-sel badan orgainsma tersebut. Menurut laporan yang didapati, sekiranya organisma yang dibawa kembali itu mengalami mutasi, organisma tersebut akan mati dengan kadar yang sangat cepat ataupun mengancamkan kehidupan organisma yang lain dalam dunia ini.Seterusnya, sekiranya kita membawa kembali spesies yang telah pupus, organisma tersebut akan mempengaruhi dan menjejaskan rantai makanan serta ekosistem yang sedia ada pada masa sekarang. Contohnya sekiranya kita membawa kembali spesies seperti dinasour ataupun spesies yang ganas, ia merupakan pemangsa (predator) yang berada pada bahagian yang paling atas dalam piramid haiwan maka ia akan menghapuskan semua organisma di bawah atau organisma yang lebih lemah daripadanya lalu mengakibatkan keseimbangan ekosistem serta rantai makanan telah dijejaskan.Akhirnya spesies organisma yang dibawa kembali itu mungkin akan mati kerana tidak dapat menyesuaikan dirinya dalam persekitaran serta ekosistem pada hari ini. Ini adalah disebabkan oleh ekosistem serta keadaan akan berubah mengikut peralihan masa. Organisma yang telah pupus itu mungkin hidup pada masa yang lampau maka sekiranya ia dibawa kembali ke dunia sekarang dan dalam ekosistem yang banyak berlainan dengan ekosistem yang ia biasa maka ia akan menghadapi kesukuran dalam menyesuaikan diri ke dalam ekosistem sekarang.