Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga...

14

Transcript of Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga...

Page 1: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka
Page 2: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

1. Tanamkan dalam diri anak anda tentang kepentingan matlamat dan

cita-cita

Pertama sekali, anak-anak harus faham tentang matlamat hidup mereka. Jelaskan pada

anak-anak anda tentang pentingnya penetapan matlamat untuk kejayaan masa

hadapan. Bincangkan dengan mereka tentang matlamat yang baik atau sebaliknya.

Pastikan juga matlamat tersebut seimbang dan harus selari dengan ajaran agama kita.

Kemudian, beritahu mereka apa yang perlu dilakukan bagi memastikan matlamat

tersebut tercapai.

Bagaimana ?

Berikan mereka kebebasan untuk menyenaraikan keinginan atau matlamat yang

mereka mahukan. Bahagikan kepada matlamat jangka panjang dan jangka pendek.

Bantu mereka pilih satu matlamat jangka pendek dan jangka panjang yang paling

sesuai, cetak dan tampalkan di bilik mereka supaya anak-anak anda dapat membaca

dan mengingatinya setiap hari. Beri mereka sedikit reward sekiranya matlamat itu

dapat mereka capai.

Page 3: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

2. Beri pemahaman yang betul tentang konsep perniagaan

Setelah anak anda menetapkan matlamat hidupnya, cuba kaitkan ia dengan perniagaan.

Ceritakan padanya bagaimana perniagaan boleh membantu mereka mencapai

matlamat tersebut. Terangkan juga bahawa perniagaan bukan semestinya bertujuan

untuk menjadi kaya semata-mata, sebaliknya ia harus bertujuan untuk menyelesaikan

masalah ramai orang.

Sebagai contoh, matlamat hidupnya ingin membantu orang-orang yang disayanginya.

Di sekolah, dia mempunyai ramai kawan-kawan yang mempunyai masalah berbahasa

Inggeris. Jadi, dia boleh membantu kawan-kawannya itu dengan membuka sebuah

pusat bahasa yang boleh mengajarkan bahasa Inggeris dengan cepat dan berkesan.

Bukankah itu satu perniagaan yang baik?

Bagaimana?

Minta anak anda menyenaraikan beberapa masalah orang-orang yang rapat dengannya.

Fikirkan satu idea yang boleh membantu menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian,

kembangkan idea tersebut sehingga ia boleh menjadi sebuah perniagaan. Terangkan

padanya bagaimana perniagaan tersebut telah membantu menyelesaikan masalah

orangramai dan menjana pendapatan di dalam masa yang sama.

Page 4: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

3. Didik mereka tentang wang dan cara menguruskannya

Beri peluang kepada anak-anak anda untuk mendapatkan wang mereka sendiri atau

benarkan mereka membantu anda dalam perniagaan. Juga ajarkan mereka tentang

kepentingan menabung untuk pelaburan masa hadapan dan daftarkan satu akaun bank

untuk mereka.

Anak-anak juga harus tahu untuk membezakan keperluan dan kehendak, serta belajar

menangguhkan kehendak sehingga mereka telah benar-benar mampu. Ini dapat

menghindarkan mereka dari amalan suka berhutang atau meminta-minta. Pada zaman

yang serba moden ini, kebanyakan ibubapa terlalu mudah memberi wang kepada anak-

anak sehinggakan mereka tidak terfikir tentang keperluan menjana wang sendiri atau

kepentingan untuk menyimpan wang.

Bagaimana?

Berikan sedikit cabaran kepada mereka supaya mereka terdidik untuk mendapatkan

wang bukanlah semudah yang mereka sangka. Ajak mereka membantu anda di kedai

atau berikan kerja rumah yang agak berat daripada biasa dan berilah sedikit gaji untuk

menghargai usaha mereka itu. Anak-anak akan lebih menghargai wang yang didapati

hasil dari titik peluh mereka sendiri.

Page 5: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

4. Kaji perwatakan diri anak anda

Sebelum membentuk anak-anak menjadi usahawan, ibubapa perlu mengenalpasti

apakah perwatakan mereka benar-benar sesuai untuk menjadi seorang usahawan. Ini

kerana keusahawanan merupakan satu bidang yang penuh dengan cabaran dan

memerlukan kecekalan dan kesabaran yang tinggi.

Di antara sifat dan ciri-ciri yang boleh dijadikan garis panduan dalam menentukan

kemampuan anak-anak anda adalah sikap bertanggungjawab, rajin, jujur &

amanah, bersedia menerima pendapat dan kritikan dari orang lain, berdisiplin, sentiasa

bersikap positif, berani & boleh bercakap dengan orang yang kurang dikenali, serta

mempunyai sikap kepimpinan yang baik.. Sekiranya ciri-ciri ini masih tidak kelihatan

dalam diri anak-anak, ibubapa perlu memulakan langkah dan berusaha menerapkan

supaya anak-anak anda mempunyai ciri-ciri itu terlebih dahulu.

Bagaimana?

Berikan beberapa tugasan mudah kepada anak-anak untuk menguji perwatakan

mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli

barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka melalui cara

mereka menyelesaikan tugasan tersebut. Selain itu, aktiviti yang menyeronokkan

contohnya bermain board game seperti Saidina & Monopoli juga boleh membantu

mencungkil perwatakan mereka.

Page 6: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

5. Kenalpasti bakat dan potensi diri anak anda

Selepas mencungkil perwatakan anak-anak, seterusnya ibubapa harus mengenal pasti

bakat dan potensi diri mereka pula. Ibubapa adalah orang yang paling dekat dan

memahami anak-anak, maka seharusnya andalah yang paling layak untuk mengenali

dan menilai potensi dan kemampuan diri mereka. Ini penting agar anda dapat

membantu anak-anak memilih kerjaya atau perniagaan berdasarkan bakat dan potensi

diri masing-masing. Seterusnya, anda harus tunjukkan sokongan terhadap bakat dan

minat mereka, serta terus mendorong mereka dalam mengembangkan lagi potensi

tersebut.

Bagaimana?

Potensi diri lebih kepada kekuatan atau kelebihan yang terdapat dalam diri anak.

Kadangkala kekuatan diri tersebut muncul tanpa disedari oleh mereka sendiri. Kenal

pasti potensi atau keupayaan diri anak dengan bertanyakan beberapa soalan mudah

kepada mereka. Sebagai contoh: Apa yang mereka suka lakukan? Jenis bahan bacaan

yang mereka minati? Permainan yang menyerlahkan kehebatan mereka? Dalam

keadaan apakah yang akan memotivasikan diri mereka?

Page 7: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

6. Cadangkan beberapa idea bisnes yang mampu dijalankan oleh anak-

anak, sesuai dengan umur dan bakat mereka

Terdapat banyak idea bisnes mudah yang dapat dijalankan oleh anak-anak sesuai

dengan umur mereka. Sebagai ibubapa anda seharusnya memberi galakan, sokongan

serta pendapat anda untuk membantu mengembangkan idea bisnes mereka. Idea bisnes

untuk anak-anak sepatutnya yang mudah dijalankan, bersesuaian dengan umur, minat

dan bakat mereka serta mampu dilakukan oleh anak-anak supaya mereka tidak berasa

tertekan dengan bisnes tersebut.

Di antara beberapa idea bisnes mudah yang mampu dilakukan anak-anak adalah bisnes

dadih, bisnes buah potong, bisnes aiskrim, bisnes kerepek atau snek dan pelbagai jenis

makanan ringan yang lain. Selain daripada bisnes makanan, anak-anak yang lebih

kreatif boleh menjalankan bisnes kraftangan mudah seperti gelang manik, pemegang

kunci serta cekak rambut yang menarik. Sekiranya anak anda adalah peminat kucing,

bisnes perkhidmatan seperti menjaga kucing kawan-kawannya sewaktu mereka pergi

bercuti juga sangat menarik dan sesuai.

Bagaimana?

Berikan kebebasan untuk anak-anak anda mengeluarkan seberapa banyak cadangan

untuk idea bisnes mereka. Idea bisnes yang terbaik sepatutnya adalah perkara yang

paling diminati oleh anak-anak anda.

Page 8: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

7. Bantu anak anda untuk menyediakan pelan perniagaan yang mudah

Setelah anak anda mengenalpasti bisnes apa yang ingin dijalankannya, bantu mereka

untuk menzahirkan segala idea dan perancangannya itu di atas kertas. Mulakan dengan

tujuan sehinggalah kepada perancangan kewangan yang ringkas. Pastikan dia telah

mengambil kira perkara pokok seperti “4P” (product, price, place, & promotion) dan

aspek kewangan yang asas seperti kos, margin, dan sasaran keuntungan. Ini semua

perlu bagi mengetahui sama ada bisnes yang bakal dijalankan nanti adalah berpotensi

atau sebaliknya.

Bagaimana ?

Duduk bersama anak anda dan bincangkan semua elemen-elemen penting yang harus

ada di dalam sesebuah pelan perniagaan. Kenal pasti siapa sasaran pelanggannya dan

rancang berapa jumlah jualan yang harus dibuat bagi memastikan bisnes ini menjana

keuntungan. Sekiranya pelan yang dihasilkan tidak menampakkan potensi yang baik,

bisnes ini mungkin tidak sesuai untuk diteruskan kerana bisnes yang sudah jelas tidak

menguntungkan akan hanya membuang masa dan melemahkan semangat anak anda.

Page 9: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

8. Ajarkan tentang pemasaran melalui apa yang dilihat di sekeliling

mereka

Minta anak-anak anda untuk mula memerhatikan bahan-bahan pemasaran di sekeliling

mereka seperti papan iklan, banner promosi, flyers, iklan di dalam majalah,

televisyen, radio dan sebagainya. Bincangkan tentang kelebihan dan kekurangan setiap

produk tersebut. Dan jelaskan juga bagaimana iklan tersebut telah menarik minat bakal

pembelinya.

Bagaimana?

Tanya mereka apa yang menarik perhatian mereka tentang mesej yang ingin

disampaikan serta berikan mereka kebebasan untuk menyampaikan idea-idea mereka.

Dengan cara ini anda dapat memupuk kreativiti dan inovasi anak-anak anda.

Page 10: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

9. Fahamkan anak anda tentang risiko dalam perniagaan dan

kepentingan membuat keputusan.

Setiap perniagaan sememangnya mempunyai risiko masing-masing. Berani

mengambil risiko adalah salah satu ciri-ciri usahawan yang berjaya. Penerangan

mengenai risiko dapat mengurangkan rasa kecewa mereka sekiranya perniagaan

mereka kurang mendapat sambutan. Terangkan kepada mereka bahawa semangat

untuk terus mencuba amat penting sekiranya menghadapi kegagalan kerana gagal

sekali bukan bererti gagal selamanya. Ketelitian sebelum membuat keputusan boleh

mengurangkan risiko yang bakal dihadapi.

Bagaimana?

Jalankan satu aktiviti yang memerlukan anak anda untuk memilih antara dua benda

dan sejauh mana benda yang dipilih memberi kesan kepada mereka. Dengan memberi

pilihan akan melatih mereka membuat keputusan dan selepas memilih, kesan positif

atau negatif adalah risiko yang perlu dihadapi.

Page 11: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

10. Beri galakan kepada anak-anak anda untuk menyertai aktiviti-

aktiviti keusahawanan

Hantarkan anak-anak anda untuk menyertai aktiviti-aktiviti keusahawanan yang

dianjurkan oleh pihak sekolah atau pihak-pihak tertentu, sebagai contoh program

MyCEO (rujuk www.myceo.com.my). Dari situ mereka dapat belajar pelbagai

kemahiran baru sambil berseronok bertemu dengan rakan-rakan yang baru. Selain itu,

mereka juga dapat membina keyakinan diri dan belajar bagaimana untuk mengenal

pasti peluang serta mencipta kejayaan melalui pendidikan keusahawanan yang bakal

diterapkan.

Bagaimana ?

Ibubapa boleh melakukan pencarian melalui internet, iklan-iklan di televisyen,

majalah ataupun suratkhabar mengenai program keusahawanan yang sesuai untuk

anak anda. Program yang terbaik adalah yang menggabungkan aspek teori dan

praktikal supaya anak anda dapat merasai sendiri pengalaman berniaga. Melalui

pengalaman sebenar dalam aktiviti keusahawanan yang mereka sertai, mereka dapat

merasai sendiri cabaran untuk menarik perhatian pelanggan dan teknik terbaik untuk

menjana pendapatan.

Page 12: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

11. Kongsikan kisah inspirasi tentang tokoh perniagaan yang telah

berjaya di dalam bisnes mereka

Kongsikan tentang kisah-kisah jutawan dan tips bagaimana mereka mampu sampai ke

tahap tersebut. Terdapat banyak kisah-kisah usahawan yangberjaya di Malaysia dan di

luar negara yang mampu dicontohi oleh anak-anak. Contoh terbaik dan yang paling

dekat dengan kita adalah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. sendiri.

Antara kisah-kisah tokoh perniagaan yang boleh dicontohi di Malaysia adalah seperti

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari, jutawan internet Irfan Khairi, jutawan

penerbitan Dato' Hussamuddin Yaacub, jutawan masakan Dato' Chef Wan dan ramai

lagi.

Bagaimana?

Melalui pencarian di dalam internet ataupun majalah bisnes, terdapat pelbagai kisah

tentang ahli perniagaan yang berjaya. Bacakan anak-anak tentang kisah tersebut dan

minta anak anda untuk menyenaraikan sikap positif mereka atau tips yang telah

diberikan oleh ahli perniagaan tersebut sehingga mampu sampai ke tahap yang telah

mereka capai sekarang. Bincangkan juga, apakah rintangan atau dugaan yang

terpaksa dilalui oleh tokoh perniagaan ini sebelum mereka berjaya.

Page 13: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

12. Terapkan nilai-nilai murni dalam menjalankan perniagaan

Apabila disebut tentang wang dan perniagaan, tentulah anak-anak anda akan mula

terfikir dan terbayang tentang kekayaan. Nasihatkan kepada mereka supaya

menghindari sifat tamak dan jangan sampai menipu dalam perniagaan. Jangan lupa

ajarkan juga bahawa perniagaan bukanlah untuk mengejar kekayaan semata-mata,

tetapi untuk memperbaiki kehidupan orang lain. Ibubapa juga boleh mendidik anak-

anak supaya rajin bersedekah dan menderma meskipun dengan jumlah yang sedikit.

Tanamkan prinsip-prinsip yang baik serta etika & kerohanian di dalam diri anak-anak

supaya mereka tidak tersasar dari landasan hidup yang betul. Yang pasti, kita bukan

mahukan anak-anak yang hebat di dunia semata-mata, tetapi kita ingin mendidik dan

membentuk anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

Bagaimana?

Pada setiap hujung minggu apabila pergi beriadah atau membeli belah, galakkan anak-

anak untuk menderma kepada orang-orang yang memerlukan. Selepas itu tanyakan

jumlah yang mereka dermakan dan bayar dua kali ganda kepada mereka. Ini dapat

mengajar mereka tentang konsep “lebih banyak anda beri, lebih banyak ganjaran yang

anda akan dapat”.

Page 14: Anak Saya Bakal CEO - myceo.com.my · mereka. Sebagai contoh, membuat kerja rumah, menjaga adik-adik atau membeli barang di kedai. Dari situ ibubapa dapat mencungkil perwatakan mereka

Penutup

Semoga E-book yang ringkas ini dapat membantu ibubapa dalam menggalakkan serta

mendidik anak-anak tentang ilmu asas keusahawanan. Ilmu ini penting untuk diajarkan

kepada anak-anak kerana ianya bukan sahaja menjadi nilai tambah untuk anak-anak anda

tetapi juga dapat membuka minda mereka untuk melihat keusahawanan sebagai satu

pilihan kerjaya yang utama selepas mereka tamat belajar nanti. Ini diharap dapat

mengurangkan kerbergantungan mereka kepada pihak kerajaan atau pihak-pihak lain untuk

menyediakan peluang pekerjaan, sekaligus dapat membantu meningkatkan ekonomi

bangsa dan negara sekiranya dilakukan secara serius.

Jom ikuti kami untuk terus mendapatkan tips-tips berguna tentang bisnes:

Mentor Niaga

Website: http://www.mentorniaga.com/

Like Facebook Page : https://www.facebook.com/MentorNiaga?ref=hl

MyCEO

Website: http://myceo.com.my/

Like Facebook Page : https://www.facebook.com/myceo2015

Rujukan:

Adam, T., & Matthew, T.5 Ways to Teach Your Children to be Kidpreneurs

(Infographic). Sprires, D. (n.d.). 10 Steps to Teaching Your Kids to Become

Entrepreneurs