Analisa Novel Dari Lembah Ke Puncak
-
Upload
hasnida-binti-mat-isa -
Category
Documents
-
view
1.687 -
download
0
Transcript of Analisa Novel Dari Lembah Ke Puncak
NOVEL ‘DARI LEMBAH KE PUNCAK’
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak
Perwatakan
(Seorang yang …)
Huraian/Peristiwa
Jalil
Anak bongsu kepada Mak Teh dan Pak Teh. Bertubuh kurus, pemalu serta pendiam. Berkahwin dengan Latifah pada usia lewat 30-an.
PrihatinPrihatin terhadap ibu dan bapanya. Jalil sentiasa membantu bapanya di sawah dan mengirimkan wang kepada ibunya semasa bekerja di bandar.
Sabar dan tabah
Tabah menghadapi cabaran dalam hidup. Dia tidak mudah kecewa apabila berhadapan dengan masalah, sebaliknya kekecewaan itu menjadi pembakar semangatnya. Dia membina pondok apabila rumahnya dirobohkan.
Rajin dan gigihJalil rajin bekerja di sawah. Ketika bekerja dengan Joe, dia jarang mengambil cuti, walaupun hari minggu.
PenyayangJalil menyayangi setiap yang dimilikinya. Dia menyayangi “Awang”, kerbau tua yang telah membantunya di sawah.
AmanahJalil tetap berpegang pada amanah bapanya untuk mendapatkan kembali tanah pusaka mereka.
PemaafJalil sedia memaafkan Kudin dan tidak pernah berdendam pada Kudin.
Berbakat dalam bidang seni
Jalil pandai melukis semasa remaja dan tahu meniup serunai sert memukul gendang silat.
Bijak mengatur masa
Jalil bijak membahagikan masa antara belajar dengan bekerja di sawah.
Pak Teh
Bapa Jalil dan suami Mak Teh. Meninggal dunia ketika Jalil berusia 16 tahun.
GigihGigih berusaha untuk mendapatkan geran tanah dengan membuat permohonan di Pejabat Tanah Pendang.
Tegas
Tegas dalam mempertahankan hak. Pak Teh tegas mempertahankan haknya sehingga mengangkat parang apabila Ah Tong cuba mengubah sempdan tanh miliknya.
RajinPak Teh rajin bekerja. dia menangkap burung, memancing ikan serta membuat bubu di luar musim bersawah.
PenyabarPak Teh besabar dan menurut kehendak Mak Teh untuk menjual tanah bagi membeli motosikal yang dikehendaki Muhsin.
Mak Teh
Emak Jalil dan isteri Pak Teh. Berasal dari Kampung Bukit Tempoyak.
Terburu-buru
Terburu-buru dalam mengambil tindakan. Dia berpindah dan menjual tanahnya dengan harga yang sangat murah kerana tidak tahan dengan cercaan orang-orang kampung.
Pilih kasih Lebih sayangkan Muhsin daripada Jalil dan kakaknya.
Tidak mudah Dia meminang anak dara dari Yan untuk Muhsin kerana
mengalah tidak mahu kalah dengan Pak Ngah Kadir.
Suka mendesakMendesak Pak Teh supaya menjual tanah untuk membeli motosikal yang dikehendaki Muhsin.
Latifah
Anak bongsu Pak Lang Ali dan Mak Tiah. 3 atau 4 tahun lebih muda daripada Jalil. Berkahwin dengan Jalil
pada usia 30-an.Matang serta penyabar
Dia tidak melawan ketika disindir oleh kakaknya Fauzia dan Hasnah.
PrihatinDia prihatin terhadap penderitaan yang dihadapi Jalil. Dia sering menghantar makanan kepada Jalil.
SetiaLatifah masih menyimpan resit yuran peperiksaan Jalil semasa di tingkatan lima.
Pak Ngah Kadir
Suami Mak Yam dan ayah Biah. Jarang ke surau. Suka menghabiskan masa di kedai kopi. Terlibat dengan sumbang mahram dan dipenjarakan.
Panas BaranBersikap garang dan pemarah jika kalah main mahjung. Sering memukul Mak Yam, Biah dan Imah.
Pilih kasih Dia lebih menyayangi anak lelakinya, Kudin.Tidak bertanggungjawab
Hidup senang dengan bergantung pada anaknya untuk memenuhi keperluan hidup.
Abang Joe
Pemilik gerai lukisan di Pasar Budaya. Anak yatim piatu.Seorang duda. Berambut panjang dan diikat kemas, kurus. Hampir 10 tahun lebih tua dripada
Jalil. Tidak berpendidikan tinggi.
PrihatinPrihatin tehadap Jalil yang baru tiba dari kampung. Dia juga sering menasihati Jalil supaya balik menemui ibunya.
Tenang dan Penyabar
Tenang ketika berhadapan dengan orang-orang kampung untuk mewakili Jalil bagi urusan projek Taman Tema Bukit Nibung.
NOVEL DLKP: NILAI & PENGAJARAN
Nilai Pengajaran Contoh Peristiwa
Ketabahan Kita hendaklah tabah menjalani ujian hidup.
Jalil tabah melihat rumahnya telah dirobohkan apabila pulang dari sekolah.
Kasih sayang Kita mestilah sayang menyayangi antara satu sama lain.
Jalil meluahkan perasaan cintanya terhadap Latifah semasa berada di Taman Tema Nibung Park.
Kemaafan Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain.
Jalil memaafkan kesalahan Kudin yang telah menganiayanya dengan mencampakkan kaca ke dalam sawah sehingga mencederakan kakinya.
Tolong menolong
Kita haruslah membantu orang lain ketika di dalam kesusahan.
Latifah menolong merawat kaki Jalil yang tercedera kerana terpijak kaca.
Keberanian Kita hendaklah berani mencuba sesuatu yang mendatangkan faedah kepada diri sendiri dan orang lain.
Abang Joe dan Jalil telah berjaya mendapatkan projek pemasaran lukisan ke hotel dan projek mengunting rambut di sekolah.
LATIHAN
Nilai Pengajaran Contoh PeristiwaKita hendaklah tabah menjalani ujian hidup.
Kasih sayang
Jalil memaafkan kesalahan Kudin yang telah menganiayanya dengan mencampakkan kaca ke dalam sawah sehingga mencederakan kakinya.
Kita haruslah membantu orang lain ketika di dalam kesusahan.
Keberanian Abang Joe dan Jalil telah berjaya mendapatkan projek pemasaran lukisan ke hotel dan projek mengunting rambut di sekolah.
NOVEL DLKP: PERSOALAN
Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak, lengkapkan lembaran pengurusan grafik yang
berikut:
PERSOALAN PERISTIWA
Kegigihan menghadapi cabaran hidup
Jalil gigih menghadapi cabaran hidup yang ditempuhnya tanpa ibu dan bapanya. Dia bersekolah pada waktu pagi dan mengulangkaji pelajaran pada waktu petang sebelum pergi ke sawah.
Kehidupannya terancam oleh kebencian masyarakat kampungnya.
Tanggungjawab seorang anak.
Jalil sentiasa member wang belanja kepada ibunya di kampung, walaupun sentiasa sibuk dengan kerjaya di Bandar.
Jalil membina rumah untuk ibunya di tapak rumah lamanya.
Jalil tidak lupa menziarahi pusara bapanya.Sikap simpati dan tolong-menolong
- Latifah simpati terhadap Jalil yang tinggal seorang diri di pondok yang daif. Dia sering menghantar makanan kepada Jalil.
Perkahwinan paksa untuk menutup keaiban.
Biah dipaksa berkahwin dengan sepupunya kerana telah hamil akibat sumbang mahram.
Gejala lari rumah dalam kalangan remaja
Biah lari dari rumah kerana keadaan keluarga yang tidak tenteam dan dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya.
Penindasan terhadap kaum wanita
Biah telah menjadi mangsa sumbang mahram, tetapi tidak ada usaha untuk membela nasibnya mengikut undang-undang.
Perjanjian lisan yang terdedah kepada penipuan
Jalil membuat perjanjian lisan dengan Pak Amat untuk mebeli semula tanah miliknya dengan harga asal. Namun, Pak Amat telah mungkir janji dengan meminta bayaran 10 ribu ringgit.