Analisis Binaan Frasa Nama.docx

11
PENDAHULUAN Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Sesuatu ayat terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa. Hal ini bermakna, sintaksis dapat juga diertikan sebagai bidang yang menkaji hukum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat. 1

Transcript of Analisis Binaan Frasa Nama.docx

PENDAHULUAN

Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Sesuatu ayat terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa. Hal ini bermakna, sintaksis dapat juga diertikan sebagai bidang yang menkaji hukum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

Analisis Binaan Frasa NamaBinaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Jika dibentuk oleh sederetan perkataan , maka terdapat dua jenis hubungan antara perkataan itu. Jenis pertama ialah jenis yang terdiri daripada satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh frasa nama itu, sementara perkataan atau perkataan yang lain merupakan penerang atau penerang-penerangnya. Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu. Contohnya, dalam frasa nama bapa budak itu, intinya ialah bapa, sementara budak dan itu ialah penerang-penerang yang menerangkan bapa. Contoh-contoh bagi frasa nama mengandungi binaan inti + penerang adalah seperti berikut :

Perbuatan makan suap akan menjejaskan ekonomi negara. Inti Penerang PredikatFN Subjek

Kelakuan baik selalu mendapat pujian. Inti Penerang Predikat FN Subjek Contoh- contoh frasa nama yang mengandungi binaan inti + inti adalah seperti berikut : Ibu bapa tidak perlu datang Inti Inti Predikat FN Subjek Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubunganinti + penerang boleh terbentuk daripada jenis-jenis hubungan berikut :> Inti + penerang nama> Inti + penerang bukan nama

1) Inti + Penerang namaDalam binaan frasa nama jenis ini, semua konstituen terdiri daripada kata nama ; intinya terdiri daripada kata nama dan penerangnya juga kata nama. Kata nama yang mengisi unsur penerang boleh merupakan pelbagai jenis. Berikut merupakan jenis penerang kata nama dan juga contohnya. a) Inti + Penerang kata nama keturunan Frasa nama Orang Melayu Inti Suku bangsa Kadazan Penerang Nama Keturunan

b) Inti + Penerang nama jenis Frasa nama Harimau bintang Inti Gelang emas Penerang Nama Jenisc) Inti + Penerang nama penyambut Frasa nama Penyendal pintu Inti Pemandu teksi Penerang Nama Penyambut(Alat atau pelaku) Pengarang cerpen d) Inti + penerang nama gunaan Frasa nama Alat pemadam Inti batu penanda Penerang Nama Gunaan Kayu pemukule) Inti + penerang nama kelamin Frasa nama Orang lelaki Inti Ayam jantan Penerang Nama Kelamin Anak perempuan

f) Inti + penerang nama tempat Frasa nama Penduduk bandar Inti Cina Melaka Penerang Nama Tempat

g) Inti + penerang nama arah Frasa nama Tingkat atas Inti pintu hadapan Penerang Nama Arah Bangunan balakangh) Inti + penerang nama anggota badan Frasa nama Rantai leher Inti Sarung kaki Penerang Nama Anggota Kepala lutut Badani) Inti + penerang nama tenaga penggerak Frasa nama Kapal api Inti Mesin kaki Penerang Nama Tenaga Perahu galah Penggerakj) Inti + penerang nama perihal atau perkara Frasa nama Garis permulaan Inti surat perjanjian Penerang Perihalk) Inti + penerang nama milik Frasa nama pekerjaan mereka Inti Bumbung sekolah Penerang Nama Milik Kawasan Jerman

l) Inti + penerang nama khas Frasa nama Teluk Siam Inti Kerajaan Malaysia Penerang Nama Khas Gunung Jeraim) Inti + penerang nama panggilan atau gelaran Frasa nama Haji Othman Inti YB Senator Fatimah Penerang Nama Panggilan Sang Arnab atau Gelaran

2) Inti + Penerang Bukan Namafrasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata nama. Penerang bukan nama terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama, iaitu:a) Penerang penentuPenerang penentu ialah unsur yang memberikan sifat ketentuan kepada kata nama dan kedudukannya yang boleh di hadapan atau di belakang inti.Ada dua golongan penerang penentu kata nama, iaitu : Penentu hadapan Penentu belakang

Penentu hadapanPenentu hadapan ialah unsur-unsur yang hadir di hadapan kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata bilangan yang boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Frasa Nama Penentu hadapan Inti Beberapa pucuk senapang Bilangan Penjodoh bilangan Namun, kata abstrak tidak boleh menerima penjodoh bilangan , misalnya *sebuah keberanian. Demikian juga, beberapa kata bilangan jenis tak tentu, misalnya semua, segala, sedikit, dan selainnya tidak boleh diikuti oleh penjodoh bilangan, umpamanya *semua batang sungai, *segala orang manusia, dan *sedikit helai kertas. Penentu belakangPenentu belakang ialah unsur-unsur yang hadir sesudah kata nama, dan unsur-unsur itu terdiri daripada kata penentu itu dan ini, seperti yang terdapat dalam contoh berikut : Frasa Nama Inti Penentu belakang Pemenang itu Bangunan inib) Penerang kata kerja atau akar kata kerjaPenerang kata kerja atau akar kerja umumnya menerangkan perlakuan kepada inti. Contohnya tempat menari; menari ialah perlakuan yang berkaitan dengan tempat itu. Contoh lain adalah seperti berikut :

Frasa Nama Inti Penerang kata kerja Majlis bahas Meja tulis

c) Penerang kata adjektifPenerang kata adjektif ialah unsur yang menerangkan makna sifat bagi inti. Contohnya : Frasa Nama Inti Penerang Kata Adjektif Rumah haram Sekolah rendahd) Penerang kata adverbaPenerang kata adverba ialah unsur yang menerangkan cara atau masa bagi kata nama inti. Contohnya : Frasa Nama Inti Penerang Kata Adverba lawatan julung kali jawapan sekali guse) Penerang frasa sendi nama Penerang frasa sendi nama ialah unsur-unsur yang mengandungi kata sendi nama diikuti kata nama atau frasa nama, dan mendukung antaranya makna tempat, waktu, bahan asal, dan matlamat.

Contohnya adalah seperti berikut ; Frasa Nama Inti Penerang frasa sendi nama hadiah untuk abang Sendi nama Nama f) Penerang bilangan ordinalPenerang bilangan ordinal ialah kata bilangan yang menunjukkan kedudukan dari segi urutan bilangan , misalnya pertama, kedua, kesepuluh, keseratus dan sebagainya. Unsur-unsur demikian hadir sesudah inti. Contohnya adalah seperti berikut Frasa Nama Inti Penerang Bilangan Ordinal lawatan ketiga cucu kesebelas 3) Binaan Frasa Nama : Inti + IntiBinaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai unsur penerang, kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua kata nama inti. Oleh itu, binaan jenis ini tidak mempunyai makna penerang. Terdapat dua golongan frasa nama dari jenis inti + inti, iaitu berdasarkan makna yang didukung oleh perkataan-perkataan :a) Inti + inti dengan maksud sama ertib) Inti + inti dengan maksud lawan erti

Inti + inti dengan maksud sama ertiPerkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama demikian membawa sama erti, iaitu merupakan semacam ulangan. Contohnya ; Frasa Nama Inti Inti tubuh badan hutan rimbainti + inti dengan maksud lawan ertiperkataan-perkataan yang mengisi kedua-dua inti dalam binaan frasa nama jenis ini membawa makna yang berlawanan .Contohnya adalah seperti berikut : Frasa Nama Inti Inti lelaki perempuan saudara saudari jantan betina

1