Analisis Dan Interpretasi Data

17
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA Sepanjang kajian tindakan dijalankan, saya telah menggunakan triangulasi data kajian dengan mengumpul pelbagai data dari pelbagai sumber seperti ujian pra dan pos, pemerhatian dan temubual. Dalam bahagian ini, berdasarkan menganalisis dan menginterpretasi data, saya membincangkan keberkesanan kaedah SPAD terhadap murid- murid dalam menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan nombor 2 digit. 6.1 ANALISIS DATA Menurut Othman Lebar (2011), proses menganalisis data adalah penting dalam proses kajian tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yang sistematik dan berterusan bagi menyediakan asas untuk memberi makna kepada data. Saya telah menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul dan menganalisis data. Saya mengumpul data secara kualitatif adalah untuk memastikan kesahan dapatan penyelidikan saya. Manakala untuk data kualitatif, saya menggunakan cara pemerhatian dan temubual.

description

analisis dan interpretasi data

Transcript of Analisis Dan Interpretasi Data

Page 1: Analisis Dan Interpretasi Data

6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Sepanjang kajian tindakan dijalankan, saya telah menggunakan triangulasi data

kajian dengan mengumpul pelbagai data dari pelbagai sumber seperti ujian pra dan

pos, pemerhatian dan temubual. Dalam bahagian ini, berdasarkan menganalisis dan

menginterpretasi data, saya membincangkan keberkesanan kaedah SPAD terhadap

murid-murid dalam menyelesaikan masalah bahagi yang melibatkan nombor 2 digit.

6.1 ANALISIS DATA

Menurut Othman Lebar (2011), proses menganalisis data adalah penting

dalam proses kajian tindakan kerana ia melibatkan satu prosedur yang sistematik dan

berterusan bagi menyediakan asas untuk memberi makna kepada data. Saya telah

menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul dan menganalisis

data. Saya mengumpul data secara kualitatif adalah untuk memastikan kesahan

dapatan penyelidikan saya. Manakala untuk data kualitatif, saya menggunakan cara

pemerhatian dan temubual.

Data mentah saya analisis seperti dalam jadual

Page 2: Analisis Dan Interpretasi Data

Jadual 6.1

Cara Analisis Data untuk Setiap Instrumen yang Digunakan

Data Instrumen Cara Analisis

Masalah Pembelajaran Ujian Diagnostik Statistik deskriptif peratus

skor ujian diagnostik.(%)

Pencapaian Murid Ujian Pra

Ujian Pos

Statistik deskriptif peratus

perbezaan skor ujian pra

dan ujian pos (%)

Tingkah Laku Murid Pemerhatian Menggunakan Tema

Minat Murid Temubual Kekerapan kod tema

6.1.1 UJIAN DIAGNOSTIK

Saya telah mencatatkan markah ujian diagnostik bagi setiap orang murid.

Murid yang mendapat markah kurang daripada 40% dan ke bawah akan dipilih

menjadi kumpulan sasaran saya dalam kajian tentang kemahiran melakukan operasi

bahagi bentuk lazim.

6.1.2 UJIAN PRA DAN POS

Pencapaian murid-murid dalam ujian pra dan pos sebelum dan selepas

program intervensi dicatatkan dalam bentuk jadual. Perbandingan markah bagi ujian

pra dan pos bagi setiap murid juga ditunjukkan. Pencapaian murid-murid dikira

dalam bentuk peratus.

Page 3: Analisis Dan Interpretasi Data

Jadual juga ditunjukkan untuk menganalisis tentang peningkatan ataupun

kemerosotan pencapaian ujian pra dengan ujian pos. Saya juga menunjukkan

perbezaan pencapaian kedua-dua ujian ini dalam bentuk carta palang. Carta palang

ini juga bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah SPAD dalam meningkatkan

pencapaian murid-murid mencari sifir nombor dua digit.

6.1.3 PEMERHATIAN

Kaedah pemerhatian digunakan untuk memerhati tingkahlaku murid-murid

dan penerimaan mereka terhadap kaedah SPAD dalam menyelesaikan soalan bahagi

yang melibatkan nombor dua digit. Mok (2010) mengatakan aspek pemerhatian

sebagai proses utama dalam kajian ialah memberi peluang kepada penyelidik untuk

memungut data dalam realiti daripada situasi buatan atau alam semulajadi.

Nota lapangan juga dicatat sebagai bahan sokongan bagi kaedah pemerhatian.

6.1.4 TEMUBUAL

Temubual bersama dengan rakan-rakan guru secara tidak formal untuk

mengetahui masalah pembelajaran murid-murid di dalam tajuk bahagi telah saya

jalankan. Saya mendapat banyak maklumbalas daripada guru-guru terutama yang

mengajar subjek Matematik. Saya telah menemubual kumpulan sasaran seramai

enam orang dan menganalisis respons temubual mereka yang telah ditranskripkan.

Page 4: Analisis Dan Interpretasi Data

6.2 INTERPRETASI DATA

Menurut Lincoln dan Guba (1985) dalam Marie (1997), interpretasi data

bermaksud “memberi makna kepada data” dan “apa yang telah dipelajari”. Saya

telah mengumpul dan menganalisis data kualitatif dan kuantitatif dan

menginterpretasi untuk menjawab soalan kajian saya. Data kuantitatif ditunjukkan

dalam bentuk statistic dan data kualitatif dikodkan mengikut tema-tema tertentu dan

diperhatikan dalam bentuk naratif.

6.2.1 INTERPRETASI DATA UJIAN DIAGNOSTIK

Ujian diagnostik digunakan untuk menilai tahap penguasaan murid-murid

dalam subjek tertentu. Saya telah menggunakan data ujian bulan januari untuk

mengesan tahap penguasaan murid bagi kelas saya. Kemahiran yang disoal dalam

ujian diagnostik ini ialah kemahiran menyelesaikan masalah berkaitan dengan

tambah, tolak, darab dan bahagi.

Saya telah membuat analisa pencapaian markah bagi ujian diagnostik seperti

dalam rajah dan saya juga membina graf palang untuk melihat perbandingan

pencapaian keseluruhan

Gred A B C D E

Bil Pelajar 0 0 2 19 10

Peratus (%) 0 0 6.45 61.29 32.26

Rajah Analisis pencapaian ujian diagnostik

Page 5: Analisis Dan Interpretasi Data

C6%

D61%

E32%

PENCAPAIAN MURID DALAM UJIAN DIAGNOSTIK

Rajah Pencapaian murid dalam ujian diagnostik

Melalui analisa ujian diagnostik ini, saya boleh simpulkan bahawa tidak ada

murid yang mendapat gred A dan B, manakala peratus gred E ialah 32%. Walaupun

peratus gred D lebih lebih besar daripada gred E, namun saya perhatikan masih ramai

murid tidak menguasai konsep bahagi dengan sebaiknya. Daripada analisa yang saya

buat, saya dapat mencari kumpulan sasaran untuk kajian penyelidikan saya. Saya

telah menyediakan 10 soalan subjektif dan masa diperuntukkan ialah 40 minit.

6.2.2 INTERPRETASI DATA UJIAN PRA DAN UJIAN POS

Ujian Pra digunakan untuk mendapat maklumat tentang pengetahuan sedia

ada murid supaya saya dapat merancang sesi intervensi dengan lebih berkesan.

Soalan ujian pra melibatkan kemahiran mencari sifir nombor dua digit dan membuat

pengiraan operasi nombor empat digit dengan nombor dua digit. Saya telah

Page 6: Analisis Dan Interpretasi Data

menyediakan sepuluh soalan dalam satu ujian dan masa diperuntukkan ialah 40

minit.

Jadual

Keputusan Ujian Pra

KUMPULAN

SASARAN

BIL. SOALAN BETUL

(X10

)

MARKAH (%)

(X10

X 100%)

A 2 20

B 0 0

C 1 10

D 0 0

E 3 30

F 2 20

Rumusan yang boleh dibuat berdasarkan keputusan ujian pra diatas, jelas

menunjukkan kumpulan sasaran adalah dikalangan murid-murid yang terlalu lemah.

Dua orang murid langsung tidak berjaya menjawab soalan dengan betul. Seorang

pelajar hanya memperolehi satu jawapan yang betul dan seorang murid dapat

menjawab tiga soalan sahaja yang betul. Kesimpulannya kumpulan sasaran ini perlu

mendapat bimbingan yang sebaik mungkin agar mereka boleh menguasai topik

bahagi dengan sebaik mungkin.

Dalam ujian pos, saya menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra,

tetapi saya hanya mengubah kedudukan nombor soalan sahaja. Tujuannya untuk

menguji keberkesanan kaedah SPAD. Keputusan ujian pos adalah seperti jadual 5.

Page 7: Analisis Dan Interpretasi Data

Saya telah membuat perbandingan keputusan murid-murid sebelum dan selepas

diperkenalkan kaedah SPAD. Ujian pos dijalankan selepas dua sesi intervensi.

Jadual

Keputusan Ujian Pos

KUMPULAN

SASARAN

BIL. SOALAN BETUL

(X10

)

MARKAH (%)

(X10

X 100%)

A 6 60

B 5 50

C 5 50

D 6 60

E 10 100

F 7 70

Berdasarkan keputusan yang saya perolehi dalam ujian pos, kumpulan

sasaran menunjukkan peningkatan yang baik. Seorang murid telah berjaya

menjawab sepuluh soalan dengan betul. Dua orang murid masing-masing

memperolehi lima dan enam soalan dijawab betul dan seorang murid dapat

menjawab tujuh soalan dengan betul. Kesimpulannya, kumpulan sasaran lebih

mudah menyelesaikan masalah operasi bahagi dengan menggunakan kaedah SPAD.

Satu perbandingan markah telah dibuat antara ujian pra dan ujian pos dalam

jadual. Perbandingan markah ujian bertujuan untuk menilai kemajuan setiap murid

dalam kumpulan sasaran setelah mempelajari kaedah SPAD.

Page 8: Analisis Dan Interpretasi Data

Jadual

Perbandingan markah ujian pra dan ujian pos

Murid Bil

soalan

betul

dalam

ujian pra

Skor

dalam

Ujian Pra

( x1)

Bil soalan

betul dalam

ujian pos

Skor dalam

Ujian Pasca

( x2)

Perbezaan

skor

( x2 - x1 )

A 2 20 % 6 60 % 40 %

B 0 0 5 50 % 50 %

C 1 10 % 5 50 % 40 %

D 0 0 6 60 % 60 %

E 3 30 % 10 100 % 70 %

F 2 20% 7 70% 50%

Saya telah menghasilkan sebuah carta palang untuk menunjukkan

perbandingan pencapaian antara ujian pra dan pos.

Page 9: Analisis Dan Interpretasi Data

A B C D E F0123456789

10

BILANGAN SOALAN YANG DIJAWAB BETUL

ujian praujian pos

KUMPULAN SASARAN

BILA

NGA

N S

OAL

AN

Rajah Perbandingan soalan yang betul dalam ujian pra dan ujian pos

Rajah Perbandingan markah ujian pra dan Ujian Pos

A B C D E F

ujian pra 20 0 10 0 30 20

ujian pos 60 50 50 60 100 70

10

30

50

70

90

110

MARKAH UJIAN PRA DAN UJIAN POS

MAR

KAH

(%)

Page 10: Analisis Dan Interpretasi Data

Jadual

Peningkatan/kemerosotan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Kumpulan Markah (%) Beza (+/-)Sasaran Ujian Pra Ujian Pos (%)

A 20 60 +40B 0 50 +50C 10 50 +40D 0 60 +60E 30 100 +70F 20 70 +50

Berdasarkan jadual di atas, saya boleh membuat kesimpulan bahawa peratus

perbezaan antara ujian pra dan pos adalah positif dan menunjukkan peningkatan yang

baik. Empat daripada enam murid telah mencapai tahap lima puluh peratus keatas,

manakala hanya dua orang murid yang masih berada pada tahap kurang daripada

lima puluh peratus. Walaubagaimanapun, sekiranya murid tersebut membuat latihan

latih tubi dengan lebih kerap, saya yakin akhirnya mereka boleh menguasai tajuk

bahagi dengan lebih baik.

6.2.3 PEMERHATIAN

Saya menggunakan kaedah pemerhatian semasa sesi intervensi dijalankan.

Saya memberi tumpuan kepada lima aspek iaitu tingkahlaku murid semasa guru

mengajar, minat murid terhadap kaedah SPAD, respons murid, kekerapan murid

menggunakan kaedah SPAD dan keyakinan diri murid-murid.

Keputusan pemerhatian adalah seperti jadual . Saya juga mencatat nota

lapangan (Lampiran ) sebagai bahan sokongan pemerhatian semasa sesi intervensi

dijalankan.

Page 11: Analisis Dan Interpretasi Data
Page 12: Analisis Dan Interpretasi Data

Bil Perkara diperhatikan Sesi 1 Sesi 2 Sesi 3A B C D E F A B C D E F A B C D E F

1 Murid bercakap semasa guru / / / / / / / /mengajar

2 Murid tunjuk minat sepertiangkat tangan, bincang dengan / / / / /kawan atau minta soalan lebih

3Murid menjawab apabila disoal / / / / / / / /guru

4 Murid guna kaedah SPAD / / / / / / / / / / / / / / / / / /

5 Murid berkeyakinan apabila / / / / / / / / / / / / /menjawab soalan

Rajah : Senarai semak pemerhatian semasa sesi intervensi

Page 13: Analisis Dan Interpretasi Data

6.2.4 TEMUBUAL

Satu sesi temubual berstruktur dijalankan bertujuan untuk mendapatkan

maklumat dan pendapat daripada kumpulan sasaran terhadap operasi bahagi dan

kaedah SPAD. Sesi temubual dijalankan terhadap keenam-enam murid di dalam

kumpulan sasaran sebaik sahaja mereka menyiapkan ketiga-tiga ujian iaitu ujian

diagnostik, ujian pra dan pos. Saya telah mentranskripkan data temubual tersebut

(Lampiran ). Saya bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pendapat daripada

kumpulan sasaran terhadap operasi bahagi dan kaedah SPAD. Sesi temubual

dijalankan terhadap keenam-enam murid di dalam kumpulan sasaran sebaik sahaja

mereka menyiapkan ketiga-tiga ujian iaitu ujian diagnostik, ujian pra dan pos. Saya

telah mentranskripkan data temubual tersebut. Transkrip menunjukkan keenam-

enam murid suka kaedah SPAD.