Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

12
BAB 4 ANALISIS DAN INTERPRETASI Menurut Bhasah (2003), ujian pencapaian menukur pengetahuan, kebolehan dan kemahiran pelajar yang menjadi fokus dalam pengajaran di kelas-kelas. Antara aspek yang boleh diukur melalui sesuatu ujian pencapaian termasuklah ujian pencapaian akedemik, aptitude, minat dan sikap murid-murid. Sehubungan dengan itu, penyelidik mengambil keputusan untuk membuat analisis data sebelum intervensi, selepas intervensi, pemerhatian dan analisis data supaya dapat mengenalpasti berbagai-bagai pencapaian para responden. 4.1 Ujian Bagi analisis data kuantitatif hasil lembaran kerja, pengkaji akan menggunakan formula berikut untuk mengira markah pencapaian responden dalam setiap lembaran kerja. Bilangansoalan yang betul Jumlah soalan =100 Formula ini dikira dengan membahagikan bilangan soalan yang betul dengan jumlah soalan dalam lembaran kerja dan darab dengan 100 peratus (%). Pengkaji akan menggunakan skala gred akademik untuk menilai dan menentukan pencapaian responden bagi setiap lembaran kerja. Panduan penentuan gred dan interpretasi ditunjukkan di dalam jadual 4.1. Gre d Tahap Pencapaian Markah Interprestasi A Cemerlang 85 100 Menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan pecahan dengan cemerlang B Baik 70 84 Menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan pecahan dengan baik C Sederhana baik 60 69 Menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan pecahan dengan sederhana baik D Sederhana 50 59 Menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan pecahan dengan sederhana E Memuaskan 40 49 Masih dalam proses penguasaan kemahiran menjawab soalan penambahan pecahan F Lemah 01 39 Gagal menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan pecahan TH 00 Tidak hadir

description

ALI

Transcript of Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

Page 1: Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

BAB 4

ANALISIS DAN INTERPRETASI

Menurut Bhasah (2003), ujian pencapaian menukur pengetahuan, kebolehan dan kemahiran

pelajar yang menjadi fokus dalam pengajaran di kelas-kelas. Antara aspek yang boleh

diukur melalui sesuatu ujian pencapaian termasuklah ujian pencapaian akedemik, aptitude,

minat dan sikap murid-murid. Sehubungan dengan itu, penyelidik mengambil keputusan

untuk membuat analisis data sebelum intervensi, selepas intervensi, pemerhatian dan

analisis data supaya dapat mengenalpasti berbagai-bagai pencapaian para responden.

4.1 Ujian

Bagi analisis data kuantitatif hasil lembaran kerja, pengkaji akan menggunakan formula

berikut untuk mengira markah pencapaian responden dalam setiap lembaran kerja.

Bilangan soalan yangbetulJumlahsoalan

=100

Formula ini dikira dengan membahagikan bilangan soalan yang betul dengan jumlah soalan

dalam lembaran kerja dan darab dengan 100 peratus (%). Pengkaji akan menggunakan

skala gred akademik untuk menilai dan menentukan pencapaian responden bagi setiap

lembaran kerja. Panduan penentuan gred dan interpretasi ditunjukkan di dalam jadual 4.1.

Gred Tahap Pencapaian Markah Interprestasi

A Cemerlang 85 – 100 Menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan

pecahan dengan cemerlang

B Baik 70 – 84 Menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan

pecahan dengan baik

C Sederhana baik 60 – 69 Menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan

pecahan dengan sederhana baik

D Sederhana 50 – 59 Menguasai kemahiran menjawab soalan penambahan

pecahan dengan sederhana

E Memuaskan 40 – 49 Masih dalam proses penguasaan kemahiran menjawab

soalan penambahan pecahan

F Lemah 01 – 39 Gagal menguasai kemahiran menjawab soalan

penambahan pecahan

TH 00 Tidak hadir

Jadual 4.1 Panduan Penentu Gred (Skala Gred Sekolah Rendah Tahun 1 – 5)

Page 2: Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

Setelah menjalankan ujian diagnostik dan memilih 4 orang responden, penyelidik

telah menyediakan ujian pra kepada mereka. Ujian pra mengandungi 10 soalan yang

berkaitan dengan penambahan pecahan wajar. Rajah 4.1.1 menunjukkan gred keputusan

sebelum intervensi bagi para responden.

A B C D E F0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

3.5

4

GRED KEPUTUSAN SEBELUM INTERVENSI

Rajah 4.1.1 Gred Keputusan Sebelum Intervensi

Rajah 4.1.1 menunjukkan keempat-empat responden mendapat gred F sebelum

mereka menerima intervensi. Ujian pra mengandungi 10 soalan yang bersesuai dengan

tahap responden, namun mereka hanya boleh satu hingga tiga soalan sahaja. Situasi

tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam kalangan murid-murid Tahun Empat. Sebenarnya

mereka sekurang-kurangnya lulus mendapat gred E dalam ujian pra kerana soalan yang

diberikan hanya menguji kemahiran asas penambahan pecahan wajar berlainan penyebut

tanpa menguji kemahiran berfikir aras tinggi.

Selepas penyelidik mengetahui tahap penguasaan para responden, penyelidik telah

menjalankan intervensi selama tiga kali. Setiap kali menjalankan intervensi, responden

dikehendaki menggunakan kaedah “petak ketingting” untuk menjawab soalan yang diberi.

Setelah menjalankan intervensi, penyelidik memberikan para responden ujian pos.

Rajah 4.1.2 keputusan selepas intervensi bagi setiap responden

Page 3: Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

A B C D E F0

0.2

0.4

0.6

0.8

1

1.2

1.4

1.6

1.8

2

KEPUTUSAN SELEPAS INTERVENSI

Rajah 4.1.2 Gred Keputusan Selepas Intervensi

Rajah 4.1.2 menunjukkan keempat-empat orang responden lulus dalam ujian pos

selepas mereka menerima intervensi. Ujian pos mengandungi 10 soalan yang sama dengan

ujian pra dan seorang daripada mereka dapat menjawab dengan betul bagi kesemua soalan

yang diberikan manakala dua orang responden boleh menjawab lapan soalan betul dan

seorang responden boleh menjawab tujuh soalan dengan betul. Keadaan tersebut

menunjukkan mereka telah berkeupayaan untuk menjawab soalan penambahan pecahan

wajar berlainan penyebut dengan baik.

Rajah 4.1.3 menunjukkan markah perbandingan sebelum intervensi dan selepas

intervensi, markah keseluruhan bagi setiap responden adalah terus meningkat setelah tiga

kali menjalani intervensi. Peningkatan markah yang konsisten tersebut telah menunjukkan

kelempat-empat responden berkeupayaan untuk menjawab soalan yang diberi dalam masa

yang ditetapkan.

Page 4: Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 40

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

PERBANDINGAN SEBELUM DAN SELEPAS INTERVENSI

Sebelum IntervensiSelepas Intervensi

Responden

Mar

kah

Uji

an

Rajah 4.1.3 Perbandingan Pencapaian Sebelum dan Selepas Intervensi

Jadual 4.2 Bilangan soalan yang dijawab betul

Bi

lNama Markah Peningkatan

Sebelum

Intervensi% Gred

Selepas

Intervensi% Gred %

1 Responden 1 1/10 10 F 8/10 80 B 70

2 Responden 2 1/10 10 F 7/10 70 C 60

3 Responden 3 2/10 20 F 10/10 100 A 80

4 Renponden 4 1/10 10 F 8/10 80 B 70

Jadual 4.2 menunjukkan bilangan soalan yang dijawab dengan betul bagi setiap

responden. Bagi responden ketiga terdapat peningkatan yang paling tinggi dalam kumpulan

sasaran. Responden boleh menjawab dua soalan dengan betul sebelum intervensi tetapi

setelah menjalani intervensi dia mampu menjawab semua soalan dengan betul. Responden

ini mengalami peningkatan 80 markah daripada 20 markah sebelum intervensi kepada 100

markah selepas intervensi.

Pada masa yang sama, responden pertama dan keempat menunjukkan peningkatan

drastik. Masing-masing dapat meningkatkan markahnya daripada 10 markah sebelum

intervensi kepada 80 markah selepas intervensi. Masing-masing mengalami peningkatan

sebanyak 70 markah berbanding sebelum intervensi dan selepas intervensi.

Page 5: Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

Manakala, responden kedua menunjukkan peningkatan yang memuaskan.

Responden kedua dapat meningkatkan markahnya daripada 10 markah sebelum intervensi

kepada 70 markah selepas intervensi. Walaupun beliau hanya meningkat 60 markah sahaja

jika dibuat perbandingan antara sebelum intervensi dan selepas intervensi, tetapi beliau

menunjukkan peningkatan yang boleh dibanggakan.

Secara kesimpulannya, semua responden dapat meningkatkan prestasi mereka

selepas intervensi. Ia dapat dilihat melalui gred keputusan ujian pra dan ujian pos.

Penyelidik dapat melihat peningkatan bagi setiap responden iaitu dari gred F dalam ujian pra

kepada gred A, B, dan C dalam ujian pos setelah mereka menerima tiga kali intervensi.

A B C D E F

0

0.5

1

1.5

2

2.5

3

3.5

4

GRED KEPUTUSAN SEBELUM DAN SELEPAS INTERVENSI

Sebelum IntervensiSelepas Intervensi

Rajah 4.1.4 Gred Keputusan Sebelum Intervensi dan Selepas Intervensi

4.2 Pemerhatian

Dalam sesi bimbingan, penyelidik juga turut melaksanakan teknik pemerhatian untuk

melihat perubahan pada para responden. Penyelidik menggunakan senarai semak

pemerhatian (Lampiran E) semasa sesi bimbingan dijalankan untuk mengenalpasti tingkah

laku para responden.

Berdasarkan pemerhatian penyelidik, responden kedua merupakan pelajar

perempuan yang pasif. Beliau mempunyai daya ingatan yang pendek. Justeru itu, susah

bagi beliau menambah pecahan wajar berlainan penyebut. Semasa sesi bimbingan kali

Page 6: Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

pertama dijalankan, beliau bukan sahaja tidak melibatkan diri secara aktif tetapi juga tidak

menumpukan perhatian kepada penyelidik semasa penerangan mengenai cara

menggunakan “kotak ketingting” diberikan. Keadaan ini menyebabkan beliau kurang

berminat dengan teknik “petak ketingting” kerana beliau kurang jelas dengan cara

penggunaanya. Sehubungan dengan itu, beliau tidak dapat menjawab soalan yang

diberikan dengan menggunakan teknik “petak ketingting” dalam sesi bimbingan yang

pertama.

Walau bagaimanapun, keadaan ini telah dibuat penambahbaikan semasa sesi

bimbingan kali kedua dijalankan. Setelah penyelidik mengulangi beberapa kali cara melukis

“petak ketingting”, beliau menganggap “petak ketingting“ sebagai sebuah robot. Secara tidak

langsung ia dapat menarik minat dan beliau melibatkan diri secara aktif. Dalam sesi

bimbingan tersebut, beliau boleh menjawab soalan yang diberikan dengan menggunakan

teknik “petak ketingting” walaupun tidak mampu menjawab semua soalan dengan betul.

Responden pertama dan keempat merupakan murid-murid PROTIM matematik.

Mereka berdua agak pasif, pendiam dan tidak suka bertanya walaupun mereka menghadapi

masalah dalam pembelajaran. Oleh sebab itu, penyelidik perlu menginteprestasi tingkahlaku

bukan lisan seperti mimik muka, isyarat tangan dan kedudukan badan mereka untuk

mengetahui pemikiran dalam hati mereka semasa sesi bimbingan dijalankan.

Semasa sesi bimbingan kali pertama dijalankan, kedua-dua responden tersebut

dapat memberikan kerjasama kepada penyelidik. Mereka mematuhi peraturan dan mengikut

peraturan yang diberikan oleh penyelidik. Oleh itu, mereka boleh menjawab soalan yang

diberikan dengan teknik “petak ketingting” dan boleh menumpukan sepenuh perhatian

semasa intervensi diberikan.

Walaupun mereka mengetahui cara menggunakan “petak ketingting”, tetapi mereka

memerlukan bimbingan kerana mereka mempunyai keupayaan daya ingatan pembelajaran

yang lemah. Kadangkala mereka silap menulis hasil darab pada “petak ketingting”

menyebabkan jawapan yang dihasilkan salah. Selepas mereka menjalani tiga kali intervensi,

mereka boleh menguasai teknik “petak ketingting” dan mahir dalam penggunaanya. Oleh itu,

mereka juga boleh menjawab dengan betul beberapa soalan yang diberikan.

Bagi responden ketiga, beliau merupakan pelajar yang bersifat ingin tahu. Oleh yang

demikian, beliau suka mencuba sesuatu yang baru. Apabila beliau diperkenalkan dengan

teknik “petak ketingting”, beliau berasa seronok dan asyik bertanya cara menggunakan

“petak ketingting”. Selepas penyelidik menerangkan cara menggunakannya mereka mula

membuat kerja tanpa menunggu. Dalam sisi bimbingan kali pertama, beliau memang

Page 7: Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

bersifat aktif untuk menjawab soalan yang diberikan. Oleh kerana responden menguasai sifir

dengan baik maka, beliau boleh menggunakan teknik “petak ketingting” untuk menjawab

soalan yang diberikan dari sesi bimbingan kali pertama sehingga bimbingan kali ketiga.

Dalam sesi bimbingan, beliau juga kelihatan yakin.

Secara keseluruhan, setiap responden menunjukkan minat pada teknik ‘petek

ketingting” apabila mereka mengetahui cara penggunaanya. Selain itu, mereka juga berasa

seronok dan menganggap “petek ketingting” sebagai sebuah robot. Oleh itu, mereka lebih

fokus semasa intervensi dijalankan. Sepanjang tempoh intervensi, mereka menjadi lebih

aktif dan menunjukkan sifat berusaha untuk menjawab dengan lebih berkesan.

Dengan menggunakan teknik “petek ketingting”, kefahaman responden lebih senang

dibina dan dapat mengukuhkan ingatan dalam minda mereka. Walaupun bukan semua

responden dapat menjawab kesemua soalan yang diberi dengan betul pada sesi bimbingan

kali pertama, tetapi berlaku peningkatan drastik pada bimbingan sesi terakhir. Situasi

tersebut dapat membuktikan faedah yang dibawa oleh teknik “petak ketingting” kepada para

responden. Secara tidak langsung, mereka lebih aktif dan berminat pada mata pelalajaran

metamatik pada akhirnya.

4.3 Analisis Data

Setelah pengkaji mengumpul dokumen yang dibuat oleh responden, pengkaji telah

membuat analisa yang jelas dalam bentuk jadual. Tujuan pengkaji menganalisis hasil kerja

murid adalah untuk membanding beza perkembangan responden terhadap tajuk

penambahan pecahan wajar berlainan penyebut. Hasil analisis dokumen, dapat membantu

pengkaji menilai kesesuaian teknik “petak ketingting” dalam membantu murid menguasai

kemahiran yang diajar.

Dalam proses menganalisis hasil lembaran kerja responden, pengkaji telah

mendapati beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh empat orang murid semasa

menambah pecahan wajar berlainan penyebut. Pengkaji telah meringkaskan kesilapan

dalam bentuk jadual untuk memudahkan pengkaji lebih menumpukan perhatian terhadap

masalah kesilapan yang sering dihadapi oleh responden.

Page 8: Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

Jadual 4.3.1 Kesilapan murid dalam menyelesaikan masalah tambah pecahan wajar

berlainan penyebut.

Kesilapan R1 R2 R3 R4 Jumlah

1 Tidak memahami prosedur untuk menyelesaikan

penambahan pecahan wajar berlainan penyebut/ 1

2 Tidak memahami prosedur untuk menyelesaikan

penambahan pecahan wajar berlainan penyebut

dan memudahkan pecahan

/ / / 3

3 Cuai dalam melakukan prosedur operasi

penambahan pecahan wajar berlainan penyebut

dan memudahkan pecahan

/ / / / 4

Berdasarkan kepada jadual 4.3.1 responden kedua telah melakukan tiga kesilapan

semasa menambah pecahan wajar. Kesilapan ini telah menyebabkan responden tidak dapat

memberi jawapan yang betul semasa membuat latihan. Manakala responden pertama dan

keempat, telah melakukan dua kesilapan iaitu penambahan pecahan wajar serta

memudahkan pecahan dan cuai ketika melakukan prosedur penambahan pecahan wajar.

Ingin menjawab soalan dengan cepat tanpa membuat semak semula adalah sebab

kesemua responden cuai semasa membuat proses penambahan.

Jadual 4.3.2 Hasil peningkatan menjawab soalan lembaran kerja

Jumlah Bilangan Soalan Yang Dijawab Dengan Betul

RespondenLembaran Kerja

1

Lembaran Kerja

2

Lembaran Kerja

3

1 2/10 5/10 10/10

2 1/10 4/10 7/10

3 3/10 6/10 10/10

4 2/10 5/10 10/10

Daripada jadual 4.3.2, pengkaji mendapati setiap responden menunjukkan

peningkatan dalam penguasaan penambahan pecahan wajar berlainan penyebut. Setelah

teknik “petak ketingting” diperkenalkan, setiap peserta telah menunjukkan minat untuk

belajar penambahan pecahan wajar. Lembaran kerja pertama dibuat selepas intervensi

pertama dilaksanakan. Untuk menambah kefahaman murid, intervensi kedua dilaksanakan.

Page 9: Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

Seterusnya responden membuat latihan dalam lembaran kerja kedua. Peningkatan purata

sebanyak 30% boleh dilihat dalam hasil lembaran kerja kedua responden. Oleh itu, teknik

“petak ketingting” dapat membantu murid menguasai penambahan pecahan wajar dengan

baik.

Intervensi ketiga dilaksanakan untuk mengukuhkan ingatan responden. Peningkatan

penguasaan murid dapat dilihat dalam lembaran kerja tiga. Dalam lembaran kerja ketiga,

responden pertama, ketiga dan keempat boleh menjawab semua soalan dengan betul.

Manakala responden kedua hanya menjawab tujuh daripada sepuluh soalan kerana cuai

dalam menambah.

Pengkaji dapat merumuskan bahawa keempat-empat orang responden berjaya

menguasai kefahaman konsep penambahan pecahan wajar. Peningkatan responden jelas

dapat dilihat dalam lembaran kerja ketiga. Hasil tersebut menunjukkan bahawa keempat-

empat orang responden mampu menguasai konsep penambahan pecahan wajar dengan

baik

Page 10: Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

BAB 5

KESIMPULAN DAN RUMUSAN

5.1 Kesimpulan dan refleksi

Dalam kajian tindakan ini, penyelidik berfokus kepada penguasaan topik tambah

pecahan wajar dalam kalangan murid tahun 4. Objektif kajian ini adalah untuk membantu

murid-murid menguasai kemahiran asas tambah pecahan wajar berlainan penyebut

menggunakan kaedah “petak ketingting”.

Secara keseluruhannya, objektif kajian ini boleh dikatakan telah tercapai. Kaedah

“petak ketingting” telah mencapai ketiga-tiga objektif yang ditentukan iaitu menguji

keberkesanan kaedah “petak ketingting” dalam menyelesaikan masalah penambahan

pecahan wajar berlainan penyebut serta mengenal pasti kesilapan prosedur yang dilakukan

oleh murid dalam melakukan operasi tambah pecahan wajar berlainan penyebut dalam

bentuk termudah dan meningkatkan tahap penguasaan murid-murid dalam memahami

prosedur untuk menyelesaikan masalah tambah pecahan wajar dalam bentuk termudah.

Instrumen seperti perbandingan sebelum dan selepas intervensi serta hasil analisis

pemerhatian telah membuktikan bahawa kaedah tersebut adalah berkesan bagi murid-murid

Tahun Empat. Pencapaian sebelum intervensi untuk kumpulan sasaran telah meningkat

selepas intervensi dijalankan. Gred keputusan menunjukkan keempat-empat responden

telah meningkat daripada Gred F kepada Gred A, B dan C setelah menerima intervensi

sebanyak tiga kali. Pada akhirnya, mereka berupaya lulus semasa menjawab ujian.

Selain itu, penyelidik juga dapat memerhati perubahan kumpulan sasaran sepanjang

intervensi diberikan. Sebelum “petak ketingting” diperkenalkan, mereka tidak berminat pada

mata pelajaran Matematik. Oleh itu, mereka belum bersedia untuk menerima ilmu

pengetahuan yang disampaikan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran

dijalankan. Keadaan ini punca utama mereka tidak dapat membuat operasi tambah pecahan

wajar berlainan penyebut.

Ekoran dari itu, penyelidik memperkenalkan “petak ketingting” kepada kumpulan

sasaran dan menggalakkan mereka mempraktikkannya apabila menjawab soalan yang

melibatkan operasi tambah pecahan wajar. Dengan ini, dapat membantu menyelesaikan

masalah tambah pecahan wajar yang mereka hadapi sekarang. Oleh yang demikian,

mereka bersemangat untuk menggunakannya.

Page 11: Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

Secara keseluruhannya, penggunaan “petak ketingting” telah dapat membantu murid

lemah Tahun Empat dalam kemahiran menambah dua pecahan wajar dengan penyebut

yang berbeza sehingga 10. Sesi intervensi yang telah dilaksanakan telah berjaya membantu

responden menguasai kemahiran menambah pecahan. Hal ini adalah kerana pengkaji telah

mengaplikasikan pembelajaran bermula daripada peringkat konkrit, piktorial dan seterusnya

kepada peringkat abstrak di mana menurut Sousa (2007) hasil yang optimum akan dapat

dicapai sekiranya pendekatan konkrit, piktirial dan abstrak digunakan dalam Matematik.

Selain itu, pengkaji mendapati penggunaan “petak ketingting” yang terdiri daripada

bentuk segiempat sama, bulatan dan separa bulatan itu sendiri telah membantu responden

mengingati alogoritma dengan mudah sebagai salah satu cara alternatif. Tambahan pula,

penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang menggunakan pendekatan bentuk

permainan dan warna yang digunakan telah dapat menarik minat murid untuk mempelajari

Matematik. Hal ini disokong A.Zanzali 2010) yang mengatakan bahawa penggunaan BBM

dapat meningkatkan kefahaman dan menarik perhatian pelajar untuk lebih fokus dan

memahami konsep yang diajar.

Kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan tahap profesionalisme pengkaji, di

mana melalui kajian tindakan ini pengkaji telah menyedari akan kepentingan seseorang guru

itu menyiasat dan mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam sesuatu

pembelajaran serta menambah baik amalan dalam proses PdP. Disamping itu, kajian

tindakan ini telah memberi peluang kepada pengkaji untuk menjana idea yang kreatif dan

efetif untuk digunakan dalam pedagogi dengan membuat analisis serta rujukan ilmiah di

mana hal ini selaras dengan hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-

2025) yang ingin membentuk guru yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan

pembelajaran yang berkualiti.

Kesimpulannya, dapatan yang diperolehi telah membuktikan keberkesanan kaedah

“petak ketingting” iaitu dapat membantu responden Tahun Empat menguasai kemahiran

menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza sehingga 10 secara

berkesan.

5.2 Cadangan Kajian Seterusnya

Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian telah membuktikan keberkesanan

kaedah “petak ketingting” ini merupakan suatu kaedah yang mudah dan menarik di mana

murid hanya perlu mengingat bentuk “petak ketingting” yang dilukis bagi menyamakan

Page 12: Analisis Data Kajian Tindakan (Autosaved) (Autosaved)

penyebut dan melakukan operasi penambahan pecahan. Tambahan pula, kaedah ini dapat

meminimakan kesilapan murid di mana kebarangkalian untuk murid cuai dalam algoritma

adalah rendah.

Namun begitu, kajian ini terbatas kepada penambahan dua pecahan wajar sahaja

serta memerlukan inovasi lain untuk menerangkan konsep pecahan dalam konteks

kehidupan sebenar. Sebagai penambahbaikan, pengkaji mencadangkan untuk

mengaplikasikan kaedah “petak ketingting” ini dalam perisian ICT untuk mewujudkan

suasana interaktif serta mengembangkan penggunaan kaedah ini dalam topik penambahan

dan penolakan nombor bercampur. Tentunya, murid-murid perlulah diajar dan didedahkan

dengan suatu teknik yang dapat membantu mereka menyelesaikan sesuatu masalah

dengan cara yang mudah diingati.