Analisis jadual asrie.docx

download Analisis jadual asrie.docx

of 1

description

de

Transcript of Analisis jadual asrie.docx

Asrie boleh tambah dalam yang asrie dah buat tu. Klau blh guna la. Wish u all the best asrie. Semoga dapat gred yang baik ok.

Berdasarkan jadual keputusan ujian pra dan pos murid, dapat dirumuskan bahawa semasa ujian pra prestasi murid tidak menggambarkan potensi yang cukup baik. Ini adalah kerana hanya seorang murid dapat mencapai gred A iaitu sebanyak 86% pada pelajar M3. Manakala gred yang paling rendah adalah gred D pada M4 iaitu hanya mencapai 28% dalam ujian iaitu pada tahap gred yang gagal. Namun apabila kaedah Pop Up diperkenalkan, prestasi murid berubah dengan sangat ketara apabila kelima-lima peserta kajian dapat mencapai gred A dalam ujian pos dan perkara yang lebih membanggakan adalah apabila murid yang sekadar mencapai gred D dalam ujian pra, boleh mencapai atau melompat ke gred tertinggi iaitu gred A dengan peningkatan peratusan sebanyak 58% peratus iaitu lebih daripada separuh peningkatannya. Perkembangan yang sangat positif ini menunjukkan kaedah pop-up yang diperkenalkan memberi kesan luar jangkaan kepada pemahaman hukum qalqalah dalam Al-Quran.

Peningkatan jelas dilihat melalui graf yang disediakan yang mana setiap subjek kajian mengalami peningkatan dalam ujian tanpa sebarang penurunan atau kegagalan.