Answers - All Products | SAP Educationsapgrp.com/shop/images/pdf/4418966_Preface.pdf · Pada suatu...

1
A Answers PSLE MALAY Answers © Singapore Asia Publishers Pte Ltd ALL RIGHTS RESERVEDKERTAS 1 – KARANGAN SOALAN 1 Peristiwa yang mengubah tabiat buruk saya Saya mempunyai satu tabiat buruk yang amat sukar untuk diubah. Dari kecil sehingga sekarang, saya amat suka menggigit kuku. Perbuatan menggigit kuku itu saya lakukan setiap hari sama ada secara sedar atau tidak. Tabiat buruk saya itu sering ditegur oleh ahli keluarga saya terutama sekali ibu dan ayah saya. Apabila di hadapan mereka, saya tidak akan membuatnya tetapi sekiranya mereka tiada, saya akan menggigit kuku semula. Adakalanya tanpa saya sedari, saya akan menggigit kuku saya sehingga berdarah. Pernah sekali, ibu saya dipanggil oleh guru untuk menyatakan masalah ini. Ini memandangkan apabila saya menggigit kuku, saya akan khayal dan tidak tumpukan perhatian yang sepenuhnya pada pelajaran saya. Walaupun, telah ditegur oleh guru beberapa kali, tabiat buruk saya ini, sukar untuk saya kikiskan. Pada suatu hari saya telah duduk di rumah bersendirian. Hal ini kerana ayah dan ibu saya telah pergi ke sebuah majlis perkahwinan. Saya pun mula menonton televisyen. Ceritanya agak menarik, kerana hari itu telah ditayangkan sebuah filem seram. Saya amat takut dan seram ketika menonton cerita itu, tanpa saya sedari, saya telah menggigit kuku saya berulang kali sehingga berdarah. Darah dari ibu jari dan jari telunjuk saya mula mengalir dengan banyaknya. Apabila cerita itu tamat, tekak saya mula terasa haus, lalu saya ke dapur untuk mengambil minuman. Alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati bahawa, dua daripada jari di tangan kanan saya telah berdarah dengan banyaknya. Saya menjadi panik dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Apatah lagi jari-jari itu sekarang terasa pedih dan sedang membengkak. Sebentar kemudian, ayah dan ibu pun pulang. Mereka turut terperanjat melihat darah yang mengalir itu. Ayah dan ibu bergegas membawa saya berjumpa doktor. Doktor menyatakan bahawa jari-jari saya terkena jangkitan kuman akibat sering digigit dan kuku-kuku saya terlalu pendek. Semenjak peristiwa itu, saya insaf dan tidak mengulangi tabiat buruk saya yang sering menggigit kuku itu. Semenjak mengikis tabiat buruk saya, saya dapati saya semakin maju dalam pelajaran kerana dapat lebih fokus di dalam kelas. Ayah dan ibu turut gembira, apatah lagi setelah menerima panggilan daripada guru saya yang menyatakan bahawa saya antara pelajar terbaik dalam peperiksaan hujung tahun yang lalu. Saya gembira! SOALAN 2 Akibat bersikap tidak sopan Aku amat gembira dan bangga kerana meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini. Oleh itu, ayahku telah memberiku seratus dolar untuk aku berbelanja. Aku meminta izin ayah dan ibuku untuk menonton wayang di pawagam yang tidak jauh dari rumahku. Aku telah menghubungi Ali dan Azmi untuk menemaniku menonton wayang. Aku juga telah bersetuju untuk membelaja mereka kerana aku mempunyai wang. Kami bertiga berjanji untuk bertemu di hadapan restoran makanan segera dekat dengan kaunter penjualan tiket pada jam 3 petang. Oleh sebab terlalu ghairah, aku telah sampai di tempat itu kira-kira setengah jam lebih awal. Sambil menunggu mereka, aku membeli minuman dan memerhatikan keadaan di sekelilingku. Hampir jam 3 petang, Ali muncul seorang diri. Aku kehairanan, mana Azmi? Mengapa dia tidak bersama dengan Ali? Ali juga tidak tahu mengapa Azmi tiada di situ. Mungkin dia terlewat. Cerita yang akan kami tonton bermula pada jam 3.30 petang. Oleh itu, aku dan Ali pun bergegas untuk membeli 3 keping. Aku sangka Azmi akan tiba tidak lama lagi. Apabila jam menunjukkan pukul 3.25 petang, aku pun membuat keputusan untuk menelefon Azmi. Alangkah terperanjatnya aku, apabila dia menjawab panggilan itu dan menyatakan dia tidak dapat bersama kami kerana neneknya sakit tenat. Aku sungguh marah kerana dia tidak menghubungiku terlebih dahulu. Aku sangka dia hanya memberi alasan palsu dan cuba membohongiku. Aku dengan geram telah memekik kepada dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan kepadanya. Aku tidak peduli walaupun ada beberapa orang yang memerhatikan gerak-geriku pada waktu itu. Aku turut menyatakan bahawa aku tidak akan mempercayai kata-kata pembohong sepertinya lagi. Setelah aku dan Ali menonton wayang dan makan di restoran makanan segera, aku pun pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, aku lihat ayah dan ibuku sudah bersiap-siap untuk keluar. Aku bertanya ke mana tujuan mereka, dan mereka menyatakan bahawa mereka hendak menziarahi keluarga Ali kerana neneknya baru sahaja meninggal dunia. Rupa-rupanya bapa Ali telah menelefon ayahku dan memberitahunya tentang keadaan nenek Ali yang tiba-tiba sakit tenat. Oleh itu, Ali tidak dapat keluar bersama aku dan Azmi. Aku sungguh malu akan sikap burukku yang sangat tidak sopan terhadap Ali. Aku berjanji akan meminta maaf daripadanya dan tidak akan menuduh orang tanpa usul periksa lagi. MALAY

Transcript of Answers - All Products | SAP Educationsapgrp.com/shop/images/pdf/4418966_Preface.pdf · Pada suatu...

A�Answers

PSLE mALAy

Answers© Singapore Asia Publishers Pte Ltd • ALL RIGHTS RESERVED•

KERTAS 1 – KARANGAN

SOALAN 1

Peristiwa yang mengubah tabiat buruk saya

Saya mempunyai satu tabiat buruk yang amat sukar untuk diubah. Dari kecil sehingga sekarang, saya amat suka menggigit kuku. Perbuatan menggigit kuku itu saya lakukan setiap hari sama ada secara sedar atau tidak. Tabiat buruk saya itu sering ditegur oleh ahli keluarga saya terutama sekali ibu dan ayah saya. Apabila di hadapan mereka, saya tidak akan membuatnya tetapi sekiranya mereka tiada, saya akan menggigit kuku semula.

Adakalanya tanpa saya sedari, saya akan menggigit kuku saya sehingga berdarah. Pernah sekali, ibu saya dipanggil oleh guru untuk menyatakan masalah ini. Ini memandangkan apabila saya menggigit kuku, saya akan khayal dan tidak tumpukan perhatian yang sepenuhnya pada pelajaran saya. Walaupun, telah ditegur oleh guru beberapa kali, tabiat buruk saya ini, sukar untuk saya kikiskan.

Pada suatu hari saya telah duduk di rumah bersendirian. Hal ini kerana ayah dan ibu saya telah pergi ke sebuah majlis perkahwinan. Saya pun mula menonton televisyen. Ceritanya agak menarik, kerana hari itu telah ditayangkan sebuah filem seram. Saya amat takut dan seram ketika menonton cerita itu, tanpa saya sedari, saya telah menggigit kuku saya berulang kali sehingga berdarah. Darah dari ibu jari dan jari telunjuk saya mula mengalir dengan banyaknya. Apabila cerita itu tamat, tekak saya mula terasa haus, lalu saya ke dapur untuk mengambil minuman. Alangkah terperanjatnya saya apabila mendapati bahawa, dua daripada jari di tangan kanan saya telah berdarah dengan banyaknya. Saya menjadi panik dan tidak tahu apa yang harus dilakukan. Apatah lagi jari-jari itu sekarang terasa pedih dan sedang membengkak.

Sebentar kemudian, ayah dan ibu pun pulang. Mereka turut terperanjat melihat darah yang mengalir itu. Ayah dan ibu bergegas membawa saya berjumpa doktor. Doktor menyatakan bahawa jari-jari saya terkena jangkitan kuman akibat sering digigit dan kuku-kuku saya terlalu pendek. Semenjak peristiwa itu, saya insaf dan tidak mengulangi tabiat buruk saya yang sering menggigit kuku itu. Semenjak mengikis tabiat buruk saya, saya dapati saya semakin maju dalam pelajaran kerana dapat lebih fokus di dalam kelas. Ayah dan ibu turut gembira, apatah lagi setelah menerima panggilan daripada guru saya yang menyatakan bahawa saya antara pelajar terbaik dalam peperiksaan hujung tahun yang lalu. Saya gembira!

SOALAN 2

Akibat bersikap tidak sopan

Aku amat gembira dan bangga kerana meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun baru-baru ini. Oleh itu, ayahku telah memberiku seratus dolar untuk aku berbelanja. Aku meminta izin ayah dan ibuku untuk menonton wayang di pawagam yang tidak jauh dari rumahku. Aku telah menghubungi Ali dan Azmi untuk menemaniku menonton wayang. Aku juga telah bersetuju untuk membelaja mereka kerana aku mempunyai wang.

Kami bertiga berjanji untuk bertemu di hadapan restoran makanan segera dekat dengan kaunter penjualan tiket pada jam 3 petang. Oleh sebab terlalu ghairah, aku telah sampai di tempat itu kira-kira setengah jam lebih awal. Sambil menunggu mereka, aku membeli minuman dan memerhatikan keadaan di sekelilingku. Hampir jam 3 petang, Ali muncul seorang diri. Aku kehairanan, mana Azmi? Mengapa dia tidak bersama dengan Ali?

Ali juga tidak tahu mengapa Azmi tiada di situ. Mungkin dia terlewat. Cerita yang akan kami tonton bermula pada jam 3.30 petang. Oleh itu, aku dan Ali pun bergegas untuk membeli 3 keping. Aku sangka Azmi akan tiba tidak lama lagi. Apabila jam menunjukkan pukul 3.25 petang, aku pun membuat keputusan untuk menelefon Azmi. Alangkah terperanjatnya aku, apabila dia menjawab panggilan itu dan menyatakan dia tidak dapat bersama kami kerana neneknya sakit tenat. Aku sungguh marah kerana dia tidak menghubungiku terlebih dahulu. Aku sangka dia hanya memberi alasan palsu dan cuba membohongiku.

Aku dengan geram telah memekik kepada dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan kepadanya. Aku tidak peduli walaupun ada beberapa orang yang memerhatikan gerak-geriku pada waktu itu. Aku turut menyatakan bahawa aku tidak akan mempercayai kata-kata pembohong sepertinya lagi.

Setelah aku dan Ali menonton wayang dan makan di restoran makanan segera, aku pun pulang ke rumah. Sesampainya di rumah, aku lihat ayah dan ibuku sudah bersiap-siap untuk keluar. Aku bertanya ke mana tujuan mereka, dan mereka menyatakan bahawa mereka hendak menziarahi keluarga Ali kerana neneknya baru sahaja meninggal dunia. Rupa-rupanya bapa Ali telah menelefon ayahku dan memberitahunya tentang keadaan nenek Ali yang tiba-tiba sakit tenat. Oleh itu, Ali tidak dapat keluar bersama aku dan Azmi. Aku sungguh malu akan sikap burukku yang sangat tidak sopan terhadap Ali. Aku berjanji akan meminta maaf daripadanya dan tidak akan menuduh orang tanpa usul periksa lagi.

MALAY

PSLE Malay 2008-2012 Ans.indd 2 1/2/2013 2:55:11 PM