ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN...

23
1 ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017 TAJUK INOVASI: PROJEK KECEKAPAN TENAGA BAGI BANGUNAN KERAJAAN NEGERI MELAKA PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA NO. NAMA 1. Encik Mohd Hafizam bin Mustaffa 2. Pn Aeisha Binti Md Sharip 3. Cik Elina Mazuin Binti Mazudin 4. Cik Atirah Binti Mohd Tajuddin 5. Cik Liyana Najwa Binti Latip Tarikh Penghantaran Laporan: 07 Julai 2017

Transcript of ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN...

Page 1: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

1

ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017

TAJUK INOVASI: PROJEK KECEKAPAN TENAGA BAGI BANGUNAN

KERAJAAN NEGERI MELAKA –PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA

NO. NAMA

1. Encik Mohd Hafizam bin Mustaffa

2. Pn Aeisha Binti Md Sharip

3. Cik Elina Mazuin Binti Mazudin

4. Cik Atirah Binti Mohd Tajuddin

5. Cik Liyana Najwa Binti Latip

Tarikh Penghantaran Laporan: 07 Julai 2017

Page 2: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

2

Page 3: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

3

TAJUK INOVASI : PROJEK KECEKAPAN TENAGA BAGI BANGUNAN KERAJAAN

NEGERI MELAKA –PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Jabatan

1.1.1 Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (dahulu dikenali sebagai Perbadanan

Hang Tuah Jaya) merupakan satu Badan Berkanun Negeri Melaka yang

ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Melaka selaras dengan peruntukan di

bawah Seksyen 3 Akta Pemerbadanan (Kewibawaan Badan Perundangan

Negeri) 1952 (Akta 380). Enakmen Perbadanan Hang Tuah Jaya 2005

telah diluluskan di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka

pada 29 Mac 2005 dan diwartakan pada 28 April 2005. Perbadanan Hang

Tuah Jaya mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2005 melalui keputusan Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang pada 11 Mei 2005

1.1.2 Perbadanan Hang Tuah Jaya telah ditukar nama dan fungsi melalui

Enakmen Perbadanan Hang Tuah Jaya (Pindaan) 2013 yang telah

diluluskan di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka pada 25

Oktober 2013 dan ianya diwartakan pada

1.1.3 07 November 2013. Perbadanan Teknologi Hijau Melaka mula

berkuatkuasa secara rasmi pada 08 November 2013

1.1.4 Ini bagi memudahkan PTHM menjadi agensi peneraju dalam pembangunan

teknologi hijau di Negeri Melaka. Objektif penubuhan PTHM adalah untuk

melaksanakan polisi dan dasar teknologi hijau seperti mana yang telah

ditetapkan oleh Majlis Teknologi Hijau Malaysia Melaka (Dipengerusikan oleh

YAB Ketua Menteri Melaka)

Page 4: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

4

1.2 Visi

1.2.1 “Menjadi agensi peneraju dan pemangkin ke arah pertumbuhan

sosio-ekonomi hijau di peringkat negeri, Negara dan antarabangsa”

1.3 Misi

1.3.1 “Menjadikan Negeri Melaka sebagai hub pertumbuhan teknologi hijau di

dalam negara, serantau dan antarabangsa menjelang 2020

1.4 Objektif

1.4.1 Merancang dan melaksana dasar-dasar teknologi hijau negeri.

1.4.2 Meningkatkan pengetahuan, kesedaran serta komitmen masyarakat dalam

teknologi hijau secara meluas.

1.4.3 Merancang dan memantau inisiatif dan pembangunan teknologi hijau di

Negeri Melaka.

1.4.4 Mempelopori perniagaan dan pelaburan dalam teknologi hijau.

1.4.5 Menyediakan peluang dan prasarana untuk meningkatkan skil dan

melahirkan graduan-graduan teknologi hijau.

1.5 Fungsi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka

1.5.1 Menjadi sekreatariat Majlis Teknologi Hijau Negeri

1.5.2 Menyediakan Laporan Karbon Inventori Negeri

1.5.3 Memantau perlaksanaan inisiatif hijau berdasarkan indikator UEA, Indeks

Penanda Aras dan GCAP

1.5.4 Merancang serta menarik pelaburan hijau ke dalam negeri

1.5.5 Melaksana projek-projek pembangunan teknologi hijau

1.5.6 Menganjurkan kursus, seminar, latihan dan program kesedaran teknologi

hijau

1.5.7 Menyediakan modul dan melatih bakal-bakal graduan untuk industri hijau

Page 5: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

5

2.0 Latar Belakang Projek

2.1 Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

(KeTTHA) telah menggariskan definisi teknologi hijau yang merujuk kepada

pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam

sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan atau mengurangkan kesan

negatif daripada aktiviti manusia.

2.2 Manakala kriteria teknologi hijau merujuk kepada produk, peralatan atau sistem yang

memenuhi kriteria berikut iaitu ;

2.2.1 Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.

2.2.2 Ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar.

2.2.3 Ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih

baik untuk semua hidupan.

2.2.4 Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan

2.2.5 Menggalakkan sumber-sumber yang diperbaharui

2.3 Pembangunan Teknologi Hijau di Negeri Melaka telah memenuhi agenda dan

menyokong dasar, program dan tumpuan semasa program. Selain itu, relevan dapat

dilihat melalui sokongan konsep seamless melalui tahap jaringan kolaborasi dan

kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, berkenaan pembangunan Teknologi

Hijau di Melaka.

2.4 Dasar Teknologi Hijau Negara

2.4.1 Objektif Dasar Teknologi Hijau Negara adalah untuk mengurangkan kadar

peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan

pembangunan ekonomi dan membantu pertumbuhan dalam industri

Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi Negara.

Page 6: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

6

2.5 IMT-GT Green Initiatives

2.5.1 Melaka adalah Model Bandar Hijau di bawah Program Kerjasama Serantau

Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT). Segala usaha di

Melaka ini akan membawa impak positif kepada pembangunan bandar hijau

di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi (UPEN),

Jabatan Perdana Menteri adalah wakil kepada Kerajaan Malaysia.

3.0 Tujuan Projek / Inovasi

3.1 Melaka telah dijadikan negeri perintis dalam pelaksanaan inisiatif Bandar Hijau

IMT-GT (IMT-GT Green Cities Initiatives) dalam wilayah IMT-GT. Dua bandar yang

lain telah terpilih untuk dijadikan bandar hijau dalam kerjasama serantau ini adalah

Songkhla (Thailand) dan Medan (Indonesia).

3.2 Ia telah dipersetujui oleh Mesyuarat Peringkat Menteri Ke - 18 IMT-GT di Port

Dickson pada 7 September 2012 dan juga turut diperakui semasa Sidang Kemuncak

ke - 7 IMT-GT di Brunei Darussalam pada 25 April 2013.

3.3 Projek kecekapan tenaga ini adalah salah satu inisiatif dibawah pelaksanaan inisiatif

Bandar Hijau IMT-GT (IMT-GT Green Cities Initiatives).

3.4 Projek ini juga merupakan inisiatif dibawah salah satu Plan Tindakan Bandar Hijau

Melaka - Green City Action Plan (GCAP).

4.0 Objektif Projek / Inovasi

4.1 Menggunakan konsep Teknologi Hijau (Kecekapan Tenaga) di Bangunan Kerajaan

4.2 Untuk meningkatkan kecekapan penggunaaan tenaga dalam bangunan

4.3 Mengurangkan Pelepasan Gas Rumah Hijau di Negeri Melaka

Page 7: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

7

5.0 Proses Pelaksanaan Inovasi

5.1 Bagi proses pelaksanaan inovasi, ianya dilaksanakan secara out-source.

5.2 Khidmat kepakaran serta kos Projek sebanyak RM 20 Juta diperolehi daripada

Syarikat Danish Energy Efficiency Partners Sdn Bhd (DEEP).

6.0 Tempoh Pelaksanaan

6.1 Tempoh pelaksanaan Projek boleh dibahagi kepada 2 iaitu Fasa Perlaksanaan

Projek bermula tahun 2013 sehingga 2017 dan juga Fasa Pembayaran Penjimatan

selama 10 Tahun (120 Bulan) bermula dari tahun 2017 sehingga 2027.

7.0 Peringkat Pelaksanaan

7.1 Kajian

7.1.1 Di peringkat awal sebelum inovasi ini dijalankan, Kajian Audit tenaga terlebih

dahulu dilaksanakan. Kajian Audit tenaga ini dijalankan bermula Tahun 2014.

Tujuan audit ini dijalankan adalah bagi mengenalpasti Langkah-langkah

Pemuliharaan Tenaga (Energy Conservation Measures) yang perlu diambil

kira bagi Bangunan Hospital Putra.

7.2 Cadangan

7.2.1 Cadangan yang diutarakan diperingkat atasan adalah agar Projek ini

dilaksanakan di dalam 2 Fasa, di mana Fasa 1 melibatkan 3 buah Bangunan

iaitu Bangunan Melaka Sentral, Putra Hospital serta Wisma Negeri, Fasa 2

melibatkan 6 buah bangunan. Oleh itu, Hospital Putra merupakan salah satu

bangunan bagi Projek Fasa 1.

Page 8: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

8

7.2.2 Pelbagai cadangan telah dibangunkan dan diketengahkan bagi

menambahbaik bangunan Putra Hospital mengikut keperluan dan potensi

bangunan itu sendiri. Antaranya adalah dengan menambahbaik serta

menukar Air Handling Unit (AHU), Chiller, Pam, Lampu, dan sebagainya

yang terdapat di bangunan Hospital Putra.

7.3 Pengekalan

7.3.1 Pembangunan inovasi yang telah dilaksanakan di bangunan Hospital Putra

dikekalkan dan dijadikan sebagai norma harian. Sebagai contoh,

penggunaan sistem dimana, suhu penghawa dingin bangunan dikekalkan

kepada 24°C setiap masa kerana suhu ini membantu mengurangkan

penggunaan elektrik dan selesa bagi penghuni bangunan. Sekiranya suhu

disetkan lebih rendah (>24°C), ini akan mengakibatkan compressor terpaksa

beroperasi dengan menggunakan lebih tenaga, seterusnya menggunakan

lebih banyak tenaga elektrik.

7.4 Pengkomersilan

7.4.1 Inovasi ini menggunakan kaedah Energy Performance Contract (EPC) yang

merupakan inisiatif baru dan Melaka merupakan negeri pertama yang

melaksanakan inisiatif ini.

7.4.2 Inovasi yang dilaksanakan di bangunan Hospital Putra ini merupakan inisiatif

baru dan sesuai dijalankan di mana-mana bangunan. Inovasi ini amat baik

sekiranya digunakan dan diterapkan kerana ia dapat dilaksanakan tanpa

menggunakan sebarang modal dan mempunyai pulangan di masa hadapan.

Page 9: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

9

8.0 Implikasi Kewangan

8.1 Modal adalah diperoleh daripada Investment Fund for Developing Countries (IFU).

Tiada sebarang modal yang dikeluarkan oleh Hospital Putra pada peringkat awal

projek ini, pembayaran peralatan adalah melalui pembayaran penjimatan.

9.0 Kaedah Pencetusan Idea

9.1 Bagi kaedah pencetusan idea, idea dan sebarang cadangan yang dikemukakan

adalah daripada pengurusan atasan dan hasil audit tenaga yang dilakukan pada

peringkat awal projek ini.

10.0 Elemen Kolaborasi

10.1 Bagi menjayakan inovasi ini, kolaborasi dan usaha sama diadakan antara

PTHM, IMT-GT, DEEP serta Bangunan Hospital Putra.

11.0 Kategori Inovasi

11.1 Projek Retrofitted Building adalah dibawah kategori inovasi penyampaian

perkhidmatan. Hal ini kerana terdapat penambahbaikan terhadap peralatan dan

elemen dalam bangunan justeru mampu meningkatkan kecekapan dalam

penggunaan tenaga secara langsung dapat memenuhi kepuasan hati pelanggan.

Page 10: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

10

12.0 Indikator / Ciri - Ciri Utama

12.1 Memberi impak ketara kepada pelanggan

12.1.1 Dengan adanya penambahbaikan terhadap peralatan dalam bangunan

Hospital Putra, ia dapat meningkatkan keselesaan para pelanggan

terutamanya pekerja, pesakit dan orang awam.

12.2 Meningkatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos

12.2.1 Dengan pelaksanaan projek ini, bangunan dapat berfungsi secara cekap dan

optimum seterusnya dapat mengurangkan kos untuk mengekalkan operasi

bangunan.

12.3 Memanfaatkan penggunaan teknologi

12.3.1 Teknologi yang digunakan adalah selaras dengan Pelaksanaan Teknologi

Hijau di Melaka dan merupakan teknologi baru yang menggunakan sistem

Building Computerized Information System (BCIS).

13.0 Input Pelanggan Diambil Kira Dalam Peringkat Penghasilan Inovasi

13.1 Input pelanggan diambil kira dari semua aspek sebelum audit dijalankan. Antara

yang diambil kira adalah pendapat warga kakitangan dalam menentukan lokasi dan

alatan yang perlu diretrofit.

14.0 Mekanisma Maklum Balas Pelanggan

14.1Mekanisma yang digunakan adalah secara soal selidik kepada 30 orang awam dan

20 kakitangan. Soalan yang diajukan adalah berbeza mengikut kategori responden. Rujuk

Lampiran A.

Page 11: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

11

15.0 Impak Sebelum Dan Selepas Inovasi

15.1 Kerajaan Negeri Melaka telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam

perlaksanaan Teknologi Hijau melalui penghasilan Green City Action Plan (GCAP).

Salah satu sektor didalam GCAP tersebut adalah Kecekapan Tenaga dan Tenaga

Boleh Baharu (Energy Efficiency & Renewable Energy). Hal ini adalah selaras

dengan visi Hospital Putra untuk meningkatkan penggunaan tenaga dengan cekap.

15.2 Hospital Putra merupakan sebuah hospital swasta milik Kerajaan Ngeri Melaka.

Ia telah ditubuhkan pada tahun 1995 dan terletak di kawasan Bandar di Jalan

Bendahara. Luas keseluruhan bangunan tersebut adalah 31,716 m². Bangunan ini

beroperasi selama 24 Jam. Bangunan Hospital ini setinggi 12 tingkat dan mempunyai

225 buah katil.

15.3 Penggunaan tenaga di Bangunan Hospital Putra digunakan untuk penyejukan

(cooling) adalah sebanyak 74% daripada keseluruhan penggunaan tenaga elektrik.

Selain itu, 10% digunakan untuk pencahayaan dan baki 16% digunakan bagi fasiliti

seperti lif, alatan pejabat dan lain-lain. Jadual pecahan penggunaan tenaga adalah

seperti berikut:

Bil Perkara Peratus Penggunaan Elektrik

1. Penyejukan (Cooling) 74%

2. Pencahayaan (Lighting) 10%

3. Alatan Pejabat, Lif dan lain-lain 16%

Page 12: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

12

15.4 Building Energy Index (BEI) merupakan satu indikator yang digunakan bagi

mengukur Prestasi Bangunan samaada secara luaran (externally) atau dalaman

(internally). Mengukur secara luaran bermaksud membandingkan Prestasi Tenaga

sesebuah bangunan dengan bangunan yang lain manakala pengukuran secara

dalaman bermaksud perbandingan dilakukan mengikut perbezaan tempoh masa,

contohnya secara bulanan atau tahunan. Inovasi ini menggunakan pengukuran

secara dalaman (internally).

15.5 Perubahan dalam BEI bergantung kepada perubahan penggunaan bangunan

sebagai contoh perubahan bilangan pesakit di hospital atau waktu operasi. BEI bagi

Hospital Putra sebelum retrofit adalah 226.6 kWh/m²/year , manakala selepas retrofit

adalah 207.6 kWh/m²/year.

15.6 Kerja-kerja retrofit di Bangunan Hospital Putra telah dilaksanakan bermula

Disember 2015 sehingga Oktober 2016. Kerja-kerja retrofit adalah termasuk Retrofit

Bilik AHU, Penukaran Chiller (Penyejuk), Pam, Lampu (Lampu Fluorescent, CFL dan

GLS) serta mengoptimumkan penggunaan sistem penyejuk (cooling system) dan

sistem air panas (hot water system).

15.7 Berdsarkan Penggunaan Tenaga Bangunan secara keseluruhan, Penjimatan

Tenaga adalah sebanyak 30%. Carta di bawah menunjukkan perbandingan

penggunaan tenaga sebelum dan selepas retrofit dilaksanakan.

Page 13: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

13

Rajah 1: Perbandingan Penggunaan Tenaga Sebelum dan Selepas Retrofit

Dilaksanakan (kWh)

Rajah 2: Perbandingan Penggunaan Tenaga Sebelum dan Selepas Retrofit

Dilaksanakan (RM)

Page 14: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

14

15.8 SISTEM PENCAHAYAAN

15.8.1 SEBELUM

15.8.1.1 Hospital Putra menggunakan dua sistem lampu iaitu Linear Fluorescent

Tubes (T8) dan Compact Fluorescent Lamp (CFL). Sistem tersebut

dipasang terutamanya di wad, bilik rawatan, bilik pejabat dan dikawasan

umum. Penggunaan tenaga tahunan bagi sistem lampu yang sedia ada

adalah dianggarkan berdasarkan watt lampu dan waktu operasi.

Kebanyakan lampu dikawal secara manual. Tiada sensor atau pemasa

(timer) dipasang untuk mengawal cahaya secara automatik.

15.8.2 SELEPAS

Page 15: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

15

15.8.2.1 CFL dan mentol yang sedia ada digantikan dengan GLS LED mentol

yang menyediakan intensiti cahaya yang sama. Jadual di bawah

menunjukkan kecekapan sistem lampu sebelum dan selepas

penyesuaian semula di Hospital Putra. Tiub pendarfluor sedia ada

digantikan dengan tiub LED yang menyediakan intensiti cahaya yang

sama. Lampu LED menggunakan kurang tenaga dan juga

memancarkan kurang sinaran haba.

15.9 SISTEM PENGHAWA DINGIN

15.9.1 Sistem penyejuk sedia ada menghasilkan udara sejuk yang menggunakan

haba dari udara persekitaran untuk menyejukkan air. Sistem penyejuk yang

baru mempunyai kecekapan yang lebih baik daripada sebelum ini.

Berdasarkan ujian yang dijalankan, hasil menunjukkan bahawa penyejuk

beroperasi pada beban separa untuk jumlah yang agak lama.

Page 16: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

16

15.10 Chiller

15.10.1 Chiller di Bangunan Hospital Putra terletak di atas bumbung bangunan

tersebut. Chiller sediada menggunakan tenaga yang tinggi. Selepas retrofit,

chiller yang baru mempunyai kecekapan yang tinggi berbanding chiller

sebelum ini. Jadual dibawah menunjukkan perbandingan diantara ciri chiller

sedia ada dan baru.

15.11 AIR HANDLING UNITS (AHU)

15.11.1 Bilik AHU sedia ada dilengkapi dengan belt driven ventilator serta

menggunakan motor lama yang tidak cekap. Unit itu sudah lama digunakan

dan telah menjadi kurang cekap terutamanya pada motor dan belt. AHU

yang sedia ada dikawal secara manual dengan menggunakan suhu air

dingin. AHU yang terdapat di Bangunan Hospital Putra mempunyai sistem

Page 17: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

17

automatik yang mudah beserta injap dan terdapat juga AHU yang dikawal

sepenuhnya secara manual. Semasa kerja-kerja retrofit dijalankan, kipas

sedia ada telah ditukar kepada komponen kipas melengkung ke belakang.

Kipas ini mempunyai kecekapan yang lebih baik. Pemacu motor turut ditukar

dari motor arus ulang alik ke motor baru elektronik yang mempunyai

kecekapan yang lebih baik.

15.12 CHILLED WATER PUMP

15.12.1 Pam air dingin sedia ada dan motor di nagunan Hospital Putra telah lama.

Kapasiti aliran pam juga lebih besar berbanding kapasiti penyejuk yang

digunakan. Semua pam beroperasi pada beban yang tetap dan tidak boleh

dijalankan pada beban berubah-ubah.

15.12.2 Pam baru yang telah ditukar mempunyai sifat yang sama tetapi dengan

kecekapan yang lebih baik dan mempunyai alat kawalan kelajuan boleh laras

(variable speed drive (VSD)). Pam baru tersebut juga mempunyai kelebihan

kerana dapat mengekalkan tahap kecekapan yang tinggi apabila beroperasi

pada beban separa. Terdapat 5 unit pam yang berkuasa 24.2 kW bagi loji

penyejuk yang sedia ada telah digantikan dengan 3 unit pam yang berkuasa

22 kW. Jadual dibawah menunjukkan perbandingan ciri antara chiller sedia

ada dan baru.

EXISTING PUMP NEW PUMP

Page 18: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

18

15.13 SISTEM AIR PANAS

15.13.1 Air panas sedia ada dibekalkan oleh dua unit pemanas air elektrik (21kW x

2) dan disimpan di dalam dua tangki pengumpulan. Walau bagaimanapun,

tangki simpanan tidak terlindung dengan baik dan mengeluarkan sejumlah

besar haba daripada air panas.

Page 19: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

19

15.13.2 Semasa kerja-kerja retrofit, satu sistem pam haba dan sistem solar haba

dipasang untuk memperbaik pulih sistem sedia ada. 24 unit solar pengumpul

haba, 2 unit pam haba dan 6 unit pemanas elektrik baru telah dipasang

sebagai sumber pengganti haba (backup heat source) untuk memperbaiki

sistem terutama semasa kecemasan.

15.14 Perbandingan bil elektrik sebelum dan selepas retrofit bagi tahun 2016 sehingga

Mac 2017. Perbandingan tersebut boleh dilihat menerusi jadual dan carta dibawah:

Page 20: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

20

Carta Bil Elektrik bagi Sebelum dan Selepas (RM)

16.0 Impak Inovasi

16.1 Agensi / Jabatan

16.1.1 Mengurangkan impak negatif kepada alam sekitar

16.1.1.1 Impak negatif alam sekitar dapat dikurangkan melalui kempen alam

sekitar antaranya dengan perlaksanaan kempen sifar sampah, Kempen

Melaka Tanpa Beg Plastik dan Polisterin.

16.2 Rakyat / Perniagaan

16.2.1 Transformasi minda rakyat negeri Melaka dengan membudayakan amalan

hijau

Page 21: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

21

16.2.1.1 Membina rakyat yang mempunyai kehidupan lestari dan menjadi rakyat

yang aktif dalam membangunkan alam sekitar.

16.3 Perkhidmatan Awam

16.3.1 Memajukan negeri berpaksikan ekonomi rendah karbon

16.3.1.1 Sebagai contoh, antara projek yang telah dilaksanakan ialah Meterai

Hijau Melaka, Penggantian Lampu Jalan kepada LEDdan penggunaan

Bas Elektrik. Melalui pembangunan projek ini, Melaka dapat

memiminumkan penggunaan tenaga sekaligus dapat meningkatkan

ekonomi rendah karbon.

16.4 Kumpulan Sasar

16.4.1 Punca kewangan yang diperolehi adalah dari luar dan bukan dari kerajaan

negeri.

17.0 Elemen Inovasi

17.1 Inovatif / Kreativiti

17.1.1 Penciptaan nilai elemen baru / tambah baik

17.1.1.1 Memperoleh peralatan baru.

17.2 Keberkesanan

17.2.1 Faedah nyata yang diperolehi adalah pengurangan bil elektrik.

17.2.2 Peningkatan produktiviti dapat diperolehi dengan keselesaan pengguna

17.2.3 Penjanaan pendapatan dapat diperolehi PTHM selaku urusetia dan pemilik

bangunan bakal menerima 100% penjimatan selepas tamat kontrak.

Page 22: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

22

17.3 Signifikan

17.3.1 Penjimatan kos, masa, sumber dan meningkatkan produktiviti

17.3.2 Dengan berkurangnya penggunaan elektrik dapat mengurangkan kos serta

mengurangkan penggunaan bahan bakar bagi penghasilan elektrik.

17.4 Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil kepada perkhidmatan

awam/ organisasi / jabatan.

17.4.1 Objektif inisiatif dicapai atas dasar bangunan selepas retrofit berupaya

mengurangkan sebanyak 30% penggunaan tenaga berbanding sebelum

retrofit.

17.5 Relevan

17.5.1 Sumbangan kepada agenda organisasi / nasional

17.5.1.1 Peningkatan hasil ekonomi.

17.5.1.2 Dapat mencapai dasar hijau negara iaitu dengan mempromosikan

kecekapan tenaga.

18.0 Penutup

18.1 Kesimpulannya projek ini merupakan satu inisiatif yang bagus dilaksanakan di

Negeri Melaka kerana ianya memberikan banyak manfaat kepada semua pihak

terutamanya pemilik bangunan kerana dapat mengurangkan kos operasi bangunan.

Projek ini juga selari dengan hasrat Kerajaan Negeri Melaka yang menjurus ke arah

Melaka Bandar Teknologi Hijau.

Page 23: ANUGERAH INOVASI KERAJAAN NEGERI MELAKA TAHUN 2017habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2495-projek-kecekapan-tenaga...di negara negara jiran di mana Menteri di Unit Perancang Ekonomi

23

Disediakan oleh:

Nama Pegawai / Unit Terlibat: Encik Mohd Hafizam bin Mustaffa Puan Aeisha binti Md Sharip Cik Elina Mazuin binti Mazudin Cik Atirah binti Mohd Tajuddin Cik Liyana Binti Latip Tel: 06-3333333 samb 5248 Emel: [email protected] [email protected] [email protected]