PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai...

77
Bil. 4 Khamis 6 Mei 1999 MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KELIMA MESYUARAT PERTAMA

Transcript of PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai...

Page 1: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

Bil. 4 Khamis 6 Mei 1999

MALAYSIA

PENYATA RASMI PARLIMEN

DEWAN NEGARA

PARLIMEN KESEMBILAN PENGGAL KELIMA

MESYUARAT PERTAMA

Page 2: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

KAN DUNGAN

JAWAPAN-JAWAPAN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

USUL: Ucapan Terima Kasih Kepada Seri Paduka

Baginda Yang di-Pertuan Agong. Y.B Puan Tan Ah Eng

Diterbit Oleh: CA WANGAN OOKUMENTASI PARLIMEN MALAYSIA 1999

(Ruangan 1)

(Ruangan 15)

Page 3: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999

AHLI-AHLI DEW AN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, Tan Sri Dato' Haji Mohamed bin Ya'acob, P.S.M., P.M.K., S.P.M.K., Dato' Bentara Kanan, S.M.T., P.G.D.K., D.A. (Dilantik)

"

"

"

"

"

"

"

"

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Tan Sri Datuk Kasitah bin Gaddam (Dilantik)

Timbalan Yang di-Pertua, Dato' Michael Chen Wing Sum (Dilantik)

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ibrahim bin Ali, D.M.S.M. (Dilantik)

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim (Sarawak)

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman (Dilantik)

Tuan Haji Abdul Malek bin Haji Abdul Ghani (Perlis)

Tuan Haji Abdul Wahid bin Varthan Syed Ghany (Dilantik)

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail, A.M.P. (Perlis)

Dato' Haji Ahmad bin Ismail (Pulau Pinang)

Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad, A.M.N., A.M.K., B.K.M. (Kedah)

Dato' Chet Singh s/o Karam Singh (Pulau Pinang)

Puan Chew Poh Thoi (Dilantik)

Tuan Chin Kon Tow @ Chin Kong Too, A.M.N., B.K.T., J.P. (Melaka)

Datuk Christina Lorline Tibok@Christine Vanhouten (Sabah)

Puan Faridah binti Abu Hassan (Dilantik)

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu (Dilantik)

Dato' Ghazi@Hasbullah bin Haji Ramli, D.I.M.P. (Selangor)

Tuan Haji Hamzah bin Haji Mohamed Zain (Dilantik)

Datuk Haji Hashim bin Safin @ Shafin, D.M.S.M. (Dilantik)

Puan Rajah Hunaizah binti Mohd. Noor (Kelantan)

Puan Jarnilah binti Ibrahim (Kelantan)

Tuan Janggu Anak Banyang, P.B.K. (Sarawak)

Puan Jaya Partiban (Dilantik)

Datuk Joseph Balan Seling (Dilantik)

Puan Karnilia binti Ibrahim (Dilantik)

Datuk Haji Kasim bin Mh. Yusop (Dilantik)

Tuan Khoo Lay Hin (Dilantik)

Dato' P. Krishnan all Permual (Dilantik)

Page 4: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

ii DN.6.5.1999

Yang Berhormat Tuan Lim Eng Kok (Dilantik)

"

"

"

"

"

"

"

"

Tuan Long bin Jidin (Dilantik)

Tuan N. Marimuthu all Nadeson, A.M.P., A.M.N., P.P.N., P.J.K., J.P. (Dilantik)

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin (Dilantik)

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin, D.S.A.P. (Dilantik)

Tuan Mustaffa Kamal bin Mohd. Nawi, A.M.P., P.P.N., P.J.K. (Perak)

Datuk Norjan binti Khan Bahadar (Dilantik)

Tuan S. Parasuraman all Sanasamy @ Sinnasamy (Kedah)

Puan Hajah Ramlah binti Ahas (Melaka)

Puan Hajah Ramlah binti Kassim (Pahang)

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan (Dilantik)

Datuk Haji Sairin bin Kamo (Sabah)

Tuan Haji Salleh@ Hassan bin Ali, P.J.K. (Terengganu)

Puan Siti Hawa @ Karimah binti Mohd. Noor (Dilantik)

Puan Tan Ah Eng (Johor)

Tuan Tan Ek Huat (Perak)

Dato' V.K.K. Teagarajan, D.P.M.S., A.M.N. (Dilantik)

Tuan Tee Thiong Hock, S.S.A., A.M.N., P.J.K. (Selangor)

Dato' Ting Check Sii, D.l.M.P. (Dilantik)

To' Puan Wan Seri @Wan Asiah binti Ahmad (Dilantik)

Datuk William Lau Kung Hui (Dilantik)

Dato' Dr. Yeow Seng Huat (Pahang)

Tuan Zainal bin Rampak (Dilantik)

Datuk Zainudin bin Maidin (Dilantik)

Tuan Zakaria bin Arshad (Negeri Sembilan)

Page 5: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999

DEWAN NEGARA

PEGAW AI-PEGAW AI KANAN.

Setiausaha Dewan Negara

Ketua Penolong Setiausaha

Penolong Setiausaha

Abdullah bin Abdul Wahab

Zarnani bin Haji Sulaiman Haji Mustakin bin Salarnat

Nor Hayatee binti Abdullah Haji Mustafa bin Abdul Rahman Ruhana binti Abdullah

CAW ANGAN DOKUMENTASI

Pegawai Penerbitan

Pelapor Perbahasan Parlimen

Pembaca Pruf

Bentara Mesyuarat

Azhari bin Hamzah Monarita binti Mohd. Hassan

Rajah Shamsiah binti Mohd. Yusop Mohd. Saleh bin Mohd. Yusop Mohamed bin Osman Norishah binti Mohd. Thani Shamsina binti Janor Ramlah binti Mohd. Yusuff Nora'ini binti Hetarn Miskiah binti Hassan Rosnani binti Ahmad

Abu Bakar bin Hasan

CAWANGAN BENTARA

Mejar (B) Abdul Halim bin Haji Ali Mejar (B) Zakaria bin Salleh Mejar (B) Karnarudin bin Abdullah

iii

Page 6: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999

MALAYSIA

DEW AN NEGARA

Khamis, 6 Mei 1999

Mesyuarat dimulakan pada 10.00 pagi

DOA

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat}

JAW AP AN-JAW AP AN LISAN BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN

1

1. Puan Jamilah binti Ibrahim minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa ramaikah jumlah penagih dadah di kalangan rakyat Malaysia. Apakah strategi Pemadam untuk mengatasi masalah tersebut.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir]: Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 1988 hingga 1998 iaitu selama 10 tahun seramai 162,750 penagih aktif dan baru telah dikesan di seluruh negara melalui sistem Maklumat Dadah Kebangsaan (NADI) di bawah pengawasan Agensi Dadah Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri. Namun demikian, suka saya tambah bahawa di antara penagih-penagih aktif dan yang baru dan yang telah dikenal pasti dan kemudian dipulihkan, ada pula terdapat penagih-penagih yang berulang. Jumlah bilangan yang berulang ini lebih kurang 170,046 orang. Oleh sebab itu, kita jangkakan sungguhpun angka yang tepat mustahil untuk kita pastikan, kita jangkakan penagih baru, penagih berulang, penagih sambilan dan sebagainya adalah jumlah lebih kurang 299,000.

Untuk makluman Dewan yang mulia ini, Pemadam adalah sebuah badan bukan kerajaan tetapi NGO yang memperlengkapkan usaha Agensi Dadah Kebangsaan dalam memerangi gejala dadah di negara ini. Pemadam melaksanakan program pencegahan termasuk program pengawasan dalam komuniti dengan memberi khidmat kaunseling kepada bekas-bekas penagih dadah yang telah menjalani proses pemulihan di pusat-pusat serenti kerajaan.

Puan Kamilia binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sejaumanakah Pemadam setakat ini berkesan mengurangkan penagih dadah yang baru dalam usaha-usahanya menangani masalah dadah?

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Sebagaimana yang telah saya nyatakan tadi Pemadam hanyalah sebuah NGO, ia bukan bertanggungjawab kepada Kementerian Dalam Negeri. Pemadam ditubuhkan khusus untuk membantu kerajaan dalam pemulihan penagih baru dan juga penagih yang berulang. Tetapi usaha utama dan yang berkesan adalah dijalankan oleh agensi-agensi di bawah kerajaan iaitu Agensi Dadah Kebangsaan dan juga pusat-pusat serenti dan dengan program-program lain yang diaturkan oleh kerajaan. Jadi, kerajaan yang memainkan peranan utama, Pemadam hanya sebagai suatu badan NGO yang membantu.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada penagih makan ubat batuk dan menghisap gam dikategorikan sama dengan penagih dadah. Jika ya, apakah tindakan yang diambil untuk mengehadkan penjualan ubat batuk dan gam supaya ianya tidak disalahgunakan oleh penagih-penagih dadah?

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, apa yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat itu perbuatan seperti itu tidak dimasukkan dalam senarai dadah. Dadah adalah ganja, heroin dan sebagainya. Namun demikian, urusan untuk menangani masalah ini termasuk masalah yang dibangkitkan

Page 7: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

2 DN.6.5.1999

oleh Ahli Yang Berhormat itu adalah satu perkara luas, yang besar maka perlu ada kerjasama dari rakyat, badan-badan kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri dan sebagainya. Itulah satu usaha yang keseluruhan jika dijalankan barulah kita dapat menangani isu terse but.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Tua!! Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam Pemadam lebih daripada 20, Pemadam negeri dan daerah dan di pusat serenti sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Pelawat, Pusat Serenti Bukit Cabang, saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak kerajaan, sama ada kerajaan sedar peranan agensi dadah sekarang ini yang memang diberi tanggungjawab terns dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah ini agak kurang berkesan. Ia hanya setakat dapat maklumat, beri maklumat, selepas itu buat penerangan yang nampaknya seolah-olah bagi ada sahaja program. Apakah pandangan kerajaan terhadap perkara ini dan satu lagi bandingan masalah penyalahgunaan dadah di Kelantan dengan di negeri-negeri lain.

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak begitu setuju dengan pandangan Ahli Yang Berhormat bahawa Agensi Dadah Kebangsaan itu tidak berkesan. Saya baru telah diberitahu tentang peranan dan aktivitinya, saya rasa mereka adalah satu badan yang benar-benar berkesan. Misalnya, mereka mengendalikan sebanyak 27 pusat serenti dan mereka mengadakan pelbagai program yang lain seperti program pencegahan - dalam program pencegahan itu mereka mengadakan pelbagai program seperti program pendidikan pencegahan dadah di sekolah-sekolah, pencegahan dadah dalam masyarakat, program tempat di tempat kerja, publisiti melalui media massa. Di samping usaha mereka untuk mencegah ada juga usaha rawatan dan pemulihan. Cuma saya mungkin bersetuju dengan Ahli Yang Berhormat bahawa kita perlu tingkatkan publisiti mengenai kerja-kerja yang dibuat oleh Agensi Dadah Kebangsaan dan insya-Allah ini akan kita perbaiki dalam masa­masa yang akan datang.

Datuk Sairin bin Karno: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita sedia maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan di Dewan yang mulia ini telah pun dijawab, temyata 95% daripada gejala dadah yang dikenali sebagai syabu ini berlaku di Sabah. Apakah kementerian atau kerajaan menyedari hal ini dan apakah tindakan yang diambil terutama kepada pengedar dan mereka yang menggunakan pintu masuk negara-negara jiran membawa dadah tersebut?

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, usaha kerajaan untuk memerangi keadaan tersebut adalah sama, sama ada di Sabah ataupun di Semenanjung, iaitu kita menjalankan siasatan dan pelbagai lagi. Kalau kita didapati ada orang yang mengedar ataupun menggunakan dadah seperti yang telah dinyatakan oleh Ahli Yang Berhormat kita akan tangkap dan tahan dia, dan kita akan tahan di pusat-pusat tahanan untuk rawatan dan pelbagai tindakan yang lain.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Semasa JKKN menjalankan usaha-usaha pembanterasan najis dadah kita telah menubuhkan Jawatankuasa Rawatan di peringkat daerah-daerah dan juga di peringkat negeri. Tetapi apabila Agensi Anti-Dadah telah ditubuhkan jawatankuasa ini telah dimansuhkan. Mengenai pengalaman saya jawatankuasa ini telah pun memainkan peranan yang begitu berkesan dapat membantu pegawai-pegawai yang mana pegawai­pegawai dalam Agensi Anti-Dadah begitu berkurangan berbanding dengan kes-kes yang mereka hadapi. Adakah kementerian bercadang untuk mewujudkan semula Jawatankuasa Rawatan di peringkat daerah-daerah?

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana kita tahu Agensi Dadah Kebangsaan telah ditubuhkan hanya pada tahun 1996 kalau tidak salah saya. Dalam masa yang singkat ini mereka telah pun

Page 8: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 3

berkembang dengan begitu pesat dan sudah tentu mereka telah membuat berbagai­bagai keputusan yang sudah tentu akan membantu kita dalam usaha ini dan juga mungkin beberapa keputusan yang sedikit-sebanyak tidak akan membantu usaha memerangi gejala ini. Insya-Allah, cadangan Ahli Yang Berhormat itu saya akan kaji bersama-sama dengan pegawai. Saya memang bersetuju bahawa kita hams melibatkan seberapa ramai rakyat untuk membantu dalam usaha ini. Cadangan Ahli Yang Berhormat itu saya akan cuba sedaya-upaya untuk melaksanakan.

2. Tuan Tee Thiong Hock minta Menteri Pertanian menyatakan:-

(a) adakah import bahan-bahan makanan turun semenjak · kegawatan ekonomi dan sila memberi perangkaannya; dan

(b) adakah pengeluaran bahan-bahan makanan meningkat semenjak kegawatan ekonomi dan jika ya, sebutkan perangkaannya.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian [Dato' Abu Bakar bin Taib]: Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan,

(a) Jumlah import bahan makanan negara semenjak kegawatan ekonomi pada tahun 1997 ialah RMl0.049 bilion dan meningkat kepada RMl0.487 bilion pada tahun 1998. Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 4% berbanding peningkatan sebanyak 11 % pada tahun sebelumnya. Import bahan makanan yang masih meningkat ini adalah disebabkan oleh pengimportan bahan makanan yang tidak dapat dikeluarkan sendiri di dalam negara kerana faktor-faktor yang berasaskan ekonomi dan iklim. Walaupun jumlah keseluruhan import ini mencatatkan peningkatan, beberapa komoditi makanan menunjukkan jumlah import yang berkurangan iaitu:-

( i) import daging dan ternakan hidup mencatatkan pengurangan sebanyak 8 %;

(ii) import ikan, krustasia, moluska telah berkurangan sebanyak 6%, dan

(iii) Import buah-buahan mencatatkan penurunan sebanyak 14%.

(b) Semenjak kegawatan ekonomi melanda negara, pengeluaran bahan rnakanan pada keseluruhannya meningkat dalam tahun 1998 berbanding dengan pengeluarannya pada tahun 1997. Peringkat pengeluaran makanan mengikut bidang-bidang utama adalah akuakultur sebanyak 23.2%, daging lembu 7.4%, ayam 5.7%, sayur-sayuran 4.8% dan buah-buahan 3.9%. Peningkatan da1am pengeluaran daging kambing/biri, telur ayam dan tenusu juga belaku antara 2-6%.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Pertamanya, saya hendak ucapkan tahniah kerana wujudnya Dasar Pertanian Negara Ketiga. Yang keduanya, saya hendak tanya berasaskan kepada Dasar Pertanian Negara Ketiga ini adakah pihak kerajaan menuntut supaya Malaysia mempunyai keselamatan makanan, dengan izin, food security' dan apakah unjuran­unjuran yang hendak dibuat sebelum kita melangkah ke alaf 21 dari segi makanan­makanan asas (basic) seperti beras, dan barang-barang asas lain. Selepas itu saya hendak tanya juga berkaitan dengan ini bagaimanakah dasar kita dari segi mengimport barang-barang yang kini dipanggil 'geneticly modified food', iaitu barang-barang yang

Page 9: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

4 DN.6.5.1999

diubahsuai genetiknya. Untuk makluman pihak kerajaan dan Dewan ini di England, United Kingdom misalnya telah pun timbul bahawasanya makanan-makanan yang geneticly modified (GM) ini kemungkinan mempunyai penyakit-penyakit sampingan daripada kita memakannya. Jadi, saya hendak tahu dari pihak kerajaan apakah dasar kita ke arah itu?

Dato' Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan food security ini memanglah kita memberi keutamaan. Kita beri keutamaan kepada pengeluaran beras secukupnya. Jadi, dalam perkara ini kita telah meminta agensi­agensi berkenaan dan juga pihak swasta mengambil bahagian dalam pengeluaran makanan. Kita telah mengadakan satu estet di Pahang lebih kurang 2,000 ekar dan juga di Sarawak BERNAS telah mengadakan sawah padi di Kuching dan insya-Allah, kita akan terus melibatkan pengeluaran beras untuk negara.

Yang keduanya ialah walaupun kita hendakkan pengeluaran beras bertambah per hektamya, perkara ini akan diambil perhatian oleh MARDI dan juga Jabatan Pertanian untuk menambahkan produktiviti dari segi tan per hektar.

Berkenaan dengan geneticly modified food seperti yang dikatakan oleh Yang Berhormat tadi, perkara ini pihak kementerian dan kerajaan sedang memantau perkara ini dan insya-Allah, kita telah mengarahkan MARDI dan juga agensi-agensi berkenaan misalnya PUSPA TI dan sebagainya dan kita akan tentukan segala makanan yang dikeluarkan ataupun diimport adalah begitu selamat sekali.

Tuan Long bin Jidin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya kepada kementerian apakah program jangka panjang kalau kita lihat apabila sesuatu komoditi itu harganya naik, contohnya ayam, beras, kelapa kerajaan mengambil keputusan import. Jadi, adakah sesuatu program kementerian untuk jangka panjang?

Dato' Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, memanglah di segi ini sektor pertanian ini adalah satu sektor yang rumit sedikit, kalau terlebih pengeluaranya maka turunlah harganya, jadi perkara ini pihak kerajaan walaupun menghadapi masalah ini kita akan cuba menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin. Dalam hal ini walaupun kita import tetapi kita ada perancangan berdasarkan Dasar Pertanian Pelan Negara Ketiga ini kita ada program yang tertentu yang dilihat sebagai satu perkara yang begitu efektif sekali untuk menghadapi masalah pengeluaran makanan ini dan insya Allah kita akan cubalah bersama-sama Yang Berhormat semua berusaha untuk menentukan pengeluaran makanan adalah cukup untuk negara kita. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya Puan Mastika.

Puan Hajah Mastika Junaidah bin Husin: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua, terima kasih di atas penjelasan daripada pihak kementerian tadi, memang kita lihat dari segi import kalau dulu RM9 bilion sekarang telah meningkat kepada RMIO bilion dan saya lihat daripada laporan RMK-7 kajian semula di sini bahawa tiga komoditi ataupun tiga kategori yang banyak diimport iaitu keluaran tenusu, buah­buahan, sayur-sayuran, dan beras. Saya ingin bertanya dari segi buah-buahan dan sayur-sayuran kenapakah dalam keadaan negara kita yang mempunyai cukup sumber kita mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran begitu tinggi sekali angka yang paling tinggi yang saya lihat dalam kajian RMK-7. Terima kasih.

Dato' Abu Bakar bin Taib: Tuan Yang di-Pertua, perkara dengan buah­buahan ini kita ada cita rasa, kadang-kadang itu kita lebih suka makan epal daripada pisang negara. Jadi dalam hal ini kita cuba menukar cita rasa orang kita supaya membeli banyak lagi bahan makanan yang dikeluarkan oleh negara. Dalam hal ini kita telah pun merancang dan telah pun tanam banyak buah-buahan durian, walaupun kita masih lagi import daripada Negara Thai tetapi kita hendakkan pengeluaran tempatan meningkat. Dalam hal ini kita telah memperkenalkan program ini sejak dua tiga tahun

Page 10: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 5

kebelakangan dan memandangkan buah-buahan ini memerlukan masa untuk mengeluarkan bahan makanan dan dalam hal ini kita insya Allah mungkinlah setahun dua lagi kita akan dapat keluarkan makanan. Tentang susu walaupun kita meningkatkan pengeluaran susu negara tetapi masih lagi kita import disebabkan masalah iklim kita ataupun masalah ternakan kita belum dapat kita selesaikan lagi. Terima kasih.

3. Tuan Haji Abdul Wahid bin Varthan Syed Ghany minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan berapa banyakkah bertambahnya bilik-bilik hotal di Semenanjung Malaysia semenjak tahun 1996. Apakah kadar penginapan (occupancy rate) hotel-hotel di Kuala Lumpur dan di seluruh Semenanjung Malaysia sekarang berbanding dengan tahun-tahun lepas. Adakah pihak Kerajaan akan mengehadkan bilangan hotel-hotel di negara ini untuk mengelakkan situasi terlalu banyak hotel-hotel, terutamanya di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan [Dato' Teng Gaik Kwan]: Tuan Yang di-Pertua, jumlah bilik hotel dan kadar penginapan bagi tahun 1996 sampai 1998 adalah seperti berikut:

Tahon

1996

1997

1998

Jumlah Hotel Jumlah bilik

1,289 85,514

1,365 98,440

1,419 107,791

Pada tahun 1996 di Kuala Lumpur ini untuk mengelakkan bilangan hotel yang terlalu banyak di Malaysia terutamanya di Kuala Lumpur Majlis Tindakan Ekonomi Negara telah pun memperakukan supaya kelulusan pembinaan hotel-hotel baru ditangguhkan di samping kerajaan tidak lagi memberi insentif kepada hotel-hotel yang bertaraf empat dan lima bintang.

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih, soalan tambahan dari saya, saya ucap tahniah kepada Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan kerana membuat usaha banyak untuk menarik pelancongan walaupun kena tambah lagi kerana banyak bilik kosong. Saya ingin bertanya Yang Berhormat sama ada kementerian dengan kumpulan kebudayaan yang amat menarik yang pemah Ahli Parlimen sendiri menyaksi dan menik:matinya, adakah ini digunakan bersama dengan MITI umpamanya semasa MITI keluar negara membuat seminar pelaburan dan pameran dan kalau ada berapa banyak atau berapa peratus saya hendak dapat gambaran menyeluruh. Terima kasih.

Dato' Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, barangkali soalan ada keluar dari soalan asal sikit tetapi saya cuba bagi jawapan. Kumpulan cultural show Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan kita ada membuat pertunjukan di luar negara di mana kementerian ada buat promosi di luar negara. Kalau diminta oleh MITI kita akan buat performance dengan MITI tetapi kalau tidak ada minta kita memang tidak adalah.

Tuan Yang di-Pertua: Dato' Abdul Aziz.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Saya ingin hendak bertanya kepada pihak kerajaan, memandangkan wujudnya pelbagai reformasi, demonstrasi di jalan­jalan raya di Kuala Lumpur dan dipamerkan pula menerusi CNN dan sebagainya di peringkat antarabangsa menjejaskan imej dan kredibiliti negara, dari segi kementerian apakah irnpak daripada demonstrasi ini yang menjejaskan dari segi pelancong untuk datang ke negara kita dan berapa dari segi kekurangan pertukaran wang asing yang telah pun merosot akibat daripada pencemaran imej negara ini.

Page 11: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

6 DN.6.5.1999

Dato' Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, sebenamya di negara kita seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz ada kucar-kacir di jalan raya. demonstrasi di beberapa tempat di negara kita dan Japanese Encephalitis memang memberi kesan kepada kemerosotan pelancong-pelancong dari luar negeri di sini saya tidak angka di tangan saya, saya minta kalau boleh saya jawab lebih detail untuk ini.

Tuan Haji Rosli bin Mat Hassan: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Soalan tambahan saya, berkenaan dengan hotel kita, khususnya di Kuala Lumpur terutama sekali yang bertaraf lirna bintang, dulu kalau tidak silap saya hotel-hotel ini diminta terutama sekali di dalam sajian makanan supaya semua hotel lirna bintang ini menyajikan makanan terutama sekali makanan Cina dalam bentuk yang halal. Saya mendapati beberapa hotel seperti Legend, Shangri La, New World dan saya tidak pasti beberapa hotel yang lain lagi, sajian makanan terutama sekali sajian makanan orang Cina dihidangkan secara tidak halal. Jadi, apakah keputusan dan pandangan serta pendirian kerajaan berkenaan perkara ini.

Dato' Teng Gaik Kwan: Tuan Yang di-Pertua, berkaitan dengan sajian makanan di hotel-hotel yang disediakan oleh hotel lima bintang atau empat bintang sememangnya semua hotel lirna atau empat bintang ada hotel-hotel tertentu telah ditanggung halal, bukanlah semua hotel tetapi ada hotel yang tertentu telah menyaji makanan dan restoran Cina pun ditanggung halal juga, tetapi hotel tiga bintang atau dua bintang barangkali kita tidak ada semua ditanggug halal.

4. Tuan Haji Bakri bin Haji Ali Mahamad minta Menteri Dalam Negeri menyatakan melalui jalan manakah Bruno Manser masuk ke Malaysia, jalan yang sah atau tidak sedangkan beliau telah diharamkan masuk ke Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri [Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir]: Tuan Yang di-Pertua, Bruno Manser telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Sarawak pada 29 Mac 1999, jam 11.30 pagi di perkarangan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak setelah subjek mengelilingi Masjid Negeri Sarawak dan kediaman Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak menggunakan 'motorised para wing'. Ketika diperiksa oleh pegawai-pegawai imigresen, Mr. Bruno Manser gaga! mengemukakan sebarang dokumen perjalanan ataupun pasport. Berdasarkan siasatan yang dijalankan adalah dipercayai bahawa Bruno Manser masuk ke Sarawak secara haram dari Balik Papan, Indonesia pada 26 Mac 1999. Ini adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 63 Akta Imigresen 1959/63.

Siasatan yang telah dijalankan juga mendapati Burno Manser semasa tinggal di Sarawak dalam tempoh tersebut telah menggunakan nama Marcus Behlor. Imigresen Sarawak telah mengambil keputusan untuk terns mengusir subjek pulang ke negara asalnya, Switzerland. Oleh itu, subjek di bawa ke Kuala Lumpur pada 29 Mac 1999 dan diserahkan kepada pihak ibu pejabat untuk urusan untuk mendapatkan dokumen perjalanan subjek dari pihak Kedutaan Switzerland di Kuala Lumpur dan seterusnya mengusir subjek pulang ke negara asalnya.

Tuan Abdillah bin Abdul Rahim: Terirna kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri sama ada Bruno Manser ini semasa masuk ke Sarawak telah mendapat bantuan daripada orang-orang dalam negeri kerana kalau hendak terbang memakai motorise, kapal terbang kecil itu dari Balik Papan mungkin terlalu jauh. Sekian, terima kasih.

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Sebagaimana yang telah saya nyatakan kepada Dewan sekejap tadi, iaitu Burno Manser memasuki Sarawak, dia tidak gunakan 'motorised para wing' itu dari Balik Papan tetapi dia masuk dahulu ke Sarawak, selepas itu di sesuatu tempat dari Sarawak dia menggunakan itu. Sebagaimana kita tahu Bruno Manser pemah menetap di Sarawak untuk beberapa

Page 12: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 7

tahun, jadi sudah tentulah dia ada penyokong-penyokongnya dan kawan-kawannya yang sedikit sebanyak telah memberi bantuan kepada beliau.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua. Soalan tambahan saya, tidakkah kerajaan merasakan bahawa perbuatan Bruno Manser ini sebagai sebagai satu challenge kepada _kerajaan terutamanya dia masuk secara tidak sah dan mengeliling masjid serta rumah Ketua Menteri Sarawak. Saya ingin bertanya kepada kerajaan kalau subjek di bawa balik ke Kuala Lumpur, adakah dia terus di hantar balik tanpa soal siasat dan apakah juga tindakan lanjutan daripada pihak kementerian kerana saya sebagai rakyat Malaysia merasakan ini adalah sebagai satu challenge kepada kerajaan kita untuk memperlihatkan kelemahan-kelemahan kita dalam kita mengawal keselamatan negara. Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua.

Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir: Tuan Yang di-Pertua, memanglah kita telah menjalankan soal siasat semasa beliau di Sarawak dan juga di Kuala Lumpur. Sebagaimana yang kita tahu, bukanlah mudah untuk kita kawal perbatasan kita, boleh dikatakan tiap-tiap bulan ada beratus, beribu orang datang menerusi daratan dan laut ke negara kita, walaupun kita mengadakan berbagai-bagai kawalan. Jadi, kegiatan Bruno Manser merupakan salah satu lagi ikhtiar orang luar untuk menceroboh masuk ke negara kita. Namun demikian, kerajaan merasakan lebih baik kita ambil tindakan cepat untuk menghantar beliau balik ke negara asalnya di Switzerland dan beliau telah pun di hantar pulang pada 31 Mac 1999.

5. Puan Kamilia binti Ibrahim minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan tindakan memberi prioriti semula mendapatkan peruntukan kewangan bagi aktiviti-aktiviti kementerian terutama dalam aspek penguatkuasan 'frontline' bagi memastikan keadaan alam sekitar tidak terus merosot.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar [Dato' Abu Bakar bin Daud): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sentiasa memberi keutamaan prioriti kepada aktiviti penguatkuasaan semasa merangka program tahunan bagi memastikan keadaan alam sekitar sentiasa terkawal. Di antara tindakan-tindakan yang telah diambil adalah:

(i) menyediakan peuntukan yang mencukupi untuk aktiviti pengawasan melalui udara dengan kerjasama Unit Udara Polis Diraja Malaysia;

(ii) mengadakan rondaan di seluruh negara bagi menangani kes­kes pembakaran terbuka;

(iii) menjalankan penguatkuasaan di premis-premis kilang untuk memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya;

(iv) memantau aduan-aduan yang dibuat oleh orang ramai dan mengambil tindakan penguatkuasaan ke atasnya dengan menyediakan perkhidmatan sehingga jam 11.00 tengah malam setiap hari; dan

(v) memantau kualiti udara dan air melalui program penswataan.

Sekian, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya mengucap terima kasih kepada pihak kerajaan yang mengatakan begitu prihatin terhadap aktiviti penguatkuasaan dan juga pendapat maklumat daripada orang ramai mengenai alam sekitar, tetapi saya ingin mendapat penjelasan sama ada kerajaan sedar berkenaan dengan pollution, dengan izin, iaitu pencemaran udara dan juga pencemaran melalui racun-racun serangga yang digunakan secara bebas oleh petani-petani dan juga

Page 13: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

8 DN.6.5.1999

pihak agensi kerajaan sendiri. Misalnya di tepi-tepi jalan kita tengok bila tidak sempat hendak buang rumput, dia guna racun dan sebagainya, begitu juga untuk mematikan pokok-pokok di ladang-ladang. Ini nampaknya dilakukan secara yang tidak terkawal dan amat merbahaya kepada haiwan, manusia, buah-buah, sayur-sayuran dan sebagainya. Jadi, apa maksud menubuhkan pasukan penguatkuasaan sedangkan benda ini masih boleh berlaku seolah-olah tanpa kawalan.

Kita harap kerajaan dapat menubuhkan satu majlis penasihat alam sekitar yang terdiri daripada pelbagai agensi supaya Jabatan Pertanian pun ada, Jabatan Parit dan Saliran ada, FAMA ada di situ supaya di sini mereka dapat berbincang masalah yang ada kaitan dengan peranan agensi-agensi masing-masing.

Dato' Abu Bakar bin Daud: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat, memang kerajaan sedar perbuatan-perbuatan yang buruk ini dilakukan oleh manusia, kita sedar. Tetapi bagi mereka yang masih lagi mahu mempunyai sikap seperti ini dia akan cuba buat dan banyak telah diambil tindakan undang-undang, kompaun, bawa ke mahkamah tetapi masih ada dan belum yakin kalau kita ada majlis penasihat kita pun, kita boleh seratus peratus menyelesaikan masalah ini. Kalau kita cakap masalah alam sekitar dunia ini, jadi inilah daripada langit yang kita junjung bumi yang kita pijak, jadi masih ada lagi sikap manusia dan usaha-usaha untuk memberi pembelajaran dan tarbiah dengan izin, kepada mereka sedang dijalankan. Kita tidak boleh beri gerenti jaminan, ini manusia selagi manusia ada pemikirannya, dia punya mind pollutedjuga Tuan Yang di-Pertua. Sekian, terima kasih.

Datuk Haji Sairin bin Karno: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Nampaknya jerebu kembali lagi melanda negara kita terutama di Kuala Lumpur. Apakah bacaan indeks ini ataupun jerebu ini tidak membahayakan kita terutama dari segi kesihatan kita.

Dato' Abu Bakar bin Daud: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat. Memang jerebu mula nampak tanda-tanda. Daripada indeks bacaannya ianya melebihi 50% tetapi tidaklah merbahaya sekarang kerana di bawah 100, tingginya lebih kurang 76 indeksnya oleh IPU. Tetapi kawalan-kawalan cuba dibuat. Ini hari mungkin ada satu mesyuarat dengan Indonesia, kita ada Committee Trans Boundary kerana kebakaran ini berlaku secara besar-besaran di Sumatera, yang teruk hari ini kena di Singapura, minta maaflah, dan sebahagian daripada Johor. Jadi memanglah usaha-usaha untuk mencari jalan supaya jerebu ini tidak berlaku, telah dibuat oleh kerajaan dengan membuat macam-macam peraturan dan perundangan, tidak dibenarkan membakar tanpa kebenaran. Ini semua cuba dibuat oleh kerajaan. Tetapi dari segi penyakitnya insya-Allah, barangkali Allah s.w.t telah selamatkan orang-orang di Malaysia, tidak ada lagilah kena penyakit-penyakit yang teruk apabila kita mengalami jerebu yang tinggi pada tahun lepas. Lebih daripada 600 bacaannya di Kuching, Sarawak, tetapi alhamdulillah sudah tidak ada apa-apa clan marilah kita sama-sama berdoa supaya dijauhi negara kita daripada jerebu lagi, terima kasih.

6. Datuk Haji Hashim bin Safin minta Perdana Menteri menyatakan apakah langkah kerajaan khususnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk memperkenalkan sistem pemilih pilihan raya melalui Internet demi memudahkan pengundi menjalankan tanggungjawab mereka tanpa menjejaskan kegiatan harian mereka?

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Mohamad bin Abdullah]: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini SPR belum bercadang untuk melaksanakan pendaftaran pemilih melalui Internet. SPR berpendapat pendaftaran secara sekarang adalah lebih sesuai dan selamat iaitu di mana bakal pemilih yang hendak mendaftar perlulah mengisi borang yang ditetapkan dengan menurunkan tandatangan serta disahkan oleh saksi yang mencatatkan nama dan tandatangannya.

Page 14: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 9

Kemudian borang tersebut diserahkan kepada Penolong Pegawai Pendaftaran (PPP) yang dilantik oleh SPR untuk diproses seterusnya. SPR juga berpendapat bahawa cara ini tidaklah menyusahkan sangat mana-mana pemilih yang hendak berdaftar sebagai pemilih di negara kita ini.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita dapati bahawa masih ada lagi rakyat Malaysia yang telah dibenarkan untuk mengundi maksudnya cukup umur, tidak mendaftar untuk mengundi dan ada juga rakyat Malaysia yang memang telah pun disenaraikan sebagai pemilih tetapi tidak menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian kerana kita dapati selalunya dalam masa pengundian 70%, 75%, yang turun mengundi. Adakah kerajaan bercadang untuk menguatkuasakan undang-undang pengundian sebagaimana yang diamalkan di negara jiran di Singapura? Rakyat di Singapura compulsory dengan izin, diwajibkan untuk mengundi kerana ini adalah merupakan tanggungjawab rakyat untuk menentukan kerajaan secara demokrasi yang mana setengah pihak menuduh bahawa kita tidak demokrasi tetapi kadang-kadang rakyat tidak mengambil peluang mereka menunaikan tanggungjawab mereka, terima kasih.

Dato' Haji Mohamad bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, kita pertama memang tidak mewajibkan supaya warganegara kita yang umurnya 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih. Ini terpulanglah kepada siapa yang bertanggungjawab untuk sama-sama memainkan peranan bagi menentukan pemerintahan negara kita. Jadi, siapa yang hendak menjadi pengundi mestilah bertanggungjawab apabila layak untuk mendaftar sebagai pengundi. Kita juga tidak mewajibkan siapa yang telah mendaftar sebagai pengundi mesti mengundi kerana amalan demokrasi kalau diwajibkan itu bererti kurang demokrasi. Jadi kita serahkan kepada pemilih yang telah mendaftar untuk keluar mengundi apabila pilihan raya diadakan. Walaupun kita tidak mewajibkan pendaftar wajib mengundi tetapi hakikatnya peratus pengeluaran pengundi di negara kita adalah yang terbaik di rantau negara ini. Bahkan kalau dibandingkan di sesetengah negara, kadangkala hanya35% sahaja keluar mengundi tetapi kita Alhamdulillah, sampai peringkat 80%, 70% sehingga ada di antaranya lebih daripada 80% di kawasan-kawasan tertentu mereka keluar mengundi. Ini merupakan satu petanda yang baik di negara kita ini.

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya. Memandangkan hak mengundi adalah salah satu hak asasi seorang rakyat dan pendaftaran pemilih juga hams dilihat sebagai satu privilege dengan izin, untuk mendaftar. Adakah kerajaan bercadang untuk mengadakan pendaftaran terbuka, maknanya sepanjang masa boleh didaftarkan dan saya hendak tahu juga bagaimana kedudukan urusan pendaftaran yang berlaku sekarang ini?

Dato' Haji Mohamad bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, memang ramai memberi pandangan supaya negara kita mengadakan pendaftaran terbuka tetapi setakat ini kita belum menjalankan perkara ini kerana kita melihat apabila kita membuat pendaftaran sekali pada tiap-tiap tahun, sambutannya amat baik. Bahkan kita mempunyai kemudahan-kemudahan tertentu. Kadangkala kita membuat pendaftaran ini, tempatnya cukup banyak di merata-rata tempat. Jadi kalaulah disebabkan kerana mereka itu tidak mendaftar kerana pendaftaran itu tidak secara terbuka sepanjang tahun bukanlah satu perkara yang menyusahkan pada mereka sebab sebulan kita beri itu masanya telah cukup sebab kita letak tempat daftar ini di seluruh negara, di kampung-kampung danjuga di bandar.

Selain daripada itu pendaftaran kita sekarang yang bermula 2 April 1999 sehingga 13 Mei 1999 ini, nampaknya berjalan begitu baik sekali. Bahkan sekarang ini kita telah menerima sebanyak 442,644 pendaftaran. Pendaftar baru - 370, 294; tukar alamat - 122,350. Ini merupakan satu petanda baik di atas kesedaran warganegara kita untuk menjadi pemilih. Saya tidak tahu mungkin ada kaitannya dengan pilihan raya yang mungkin tidak lama lagi. Selalunya apabila dekat hendak

Page 15: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

10 DN.6.5.1999

pilihan raya memang ramai orang mendaftar. Itu telah menjadi kebiasaan di negara kita. Tetapi walau bagaimanapun, di atas kesedaran untuk mereka mendaftar ini amat baik sekali, sebab itulah kita panjangkan tempoh, tambah lagi dua minggu. Sepatutnya kita tamat pada 1 Mei 1999, tetapi kita tambah ke 13 Mei 1999. untuk memberi peluang kepada mereka untuk mendaftar kerana nampaknya ramai lagi yang hendak mendaftar di negara kita ini.

7. Dato' Ghazi bin Haji Ramli minta Menteri Pengangkutan menyatakan justifikasi kementerian untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Terengganu ke taraf antarabangsa. Adakah projek ini dilihat sebagai menguntungkan . banyak pihak berbanding projek penaikan taraf prasarana lain seperti rangkaian jalinan jalan raya negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung yang begitu kritikal terhadap pembangunan negeri-negeri tersebut.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Dato' Chor Chee Heung]: Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah menyediakan Pelan Tindakan Pembangunan Koridor Timur bagi mempercepatkan pembangunan perindustrian di Kelantan, Pahang dan Terengganu. Projek untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Terengganu ke taraf antarabangsa merupakan salah satu dari projek penaikan taraf prasarana di negeri-negeri Pantai Timur. Projek ini dijangka akan menguntungkan kerana Kuala Terengganu terletak di tengah-tengah koridor Pantai Timur dan dengan lokasi ini penumpang-penumpang sama ada peniaga ataupun pelancong dari kawasan serantau akan dapat access dengan mudah ke kawasan perindustrian serta tempat-tempat peranginan di sepanjang Pantai Timur. Tambah lagi, kerajaan juga berpendapat bahawa projek lapangan terbang berkenaan, kerajaan telah bersetuju supaya melaksanakan Lebuhraya Pantai Timur dalam membantu pembangunan di negeri-negeri yang berkenaan. Sekian.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya difahamkan beberapa tahun dulu, tujuan kerajaan dasarnya hendak menjadikan Kuantan sebagai, the gateway to the East, iaitu lapangan terbang untuk dapat menerima kapal terbang jenis besar-besar ini, airbus dan juga 747 waktu itu, kerana hendak menampung keperluan Kelab Mediterranean dan hotel-hotel di sekitar situ.

Jadi, sekarang ini saya hendak tanya pihak Kerajaan, adakah tujuan asal dulu menjadikan Kuantan sebagai, the gateway to the east dengan izin, ditukarkan ke Kuala Terengganu untuk dijadikan the gateway to the east?

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnnya Yang Berhormat memang tidak salah bila dia berkata beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan memang mempunyai cadangan untuk menaikkan taraf Lapangan Terbang Kuantan supaya ianya menjadi gateway to Pantai Timur tetapi selepas satu kajian terperinci yang telah pun dijalankan oleh pihak EPU, maka kerajaan berpendapat dengan laporan dan kajian ini iaitu Lapangan Terbang Kuala Terengganu lebih tepat dipilih sebagai sebuah lapangan terbang memandangkan lokasinya dan strategiknya lokasi di antara tiga negeri ini, maka ianya dipilih.

Waiau bagaimanapun, ini tidak bermaksud lapangan terbang di Kuantan ataupun di negeri Kelantan, kerajaan tidak menaikan taraf, kerajaan menaikkan juga taraf tetapi cuma menaikkan taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa ialah lapangan terbang di Terengganu dan pada masa yang sama sekarang pihak Malaysia Airport Berhad (MAB) sedang mengadakan satu kajian yang terperinci supaya membangunkan lapangan terbang di Pengkalan Chepa, Kelantan. Saya difahamkan satu bangunan terminal akan dibina untuk menaikkan lagi taraf. Pada masa yang sama juga di negeri Pahang, MAB sedang menjalankan kajian juga. Ini bermaksud kata kerajaan tidak pilih kasih dalam memberi pertimbangan sama ada memajukan seluruh Pantai Timur.

Page 16: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 11

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya tidak menidakkan negeri Terengganu untuk mendapat lapangan terbang antarabangsa tetapi yang saya hendak soal kerajaan ini ialah kajian sudah dibuat, kemudian kajian hendak dibuat sekali lagi. Lapangan Terbang Ahmad Shah di Kuantan itu telah pun diperbesarkan, telah pun boleh digunakan sebagai lapangan terbang antarabangsa - hanya untuk mengiktirafkan dan sambung sedikit sahaja lagi supaya Boeing 747 boleh turun tetapi kepada saya lapangan terbang di Terengganu baik di Kuantan ini boleh ditangguhkan supaya kajian dibuat dan kajian ini diberi kepada negeri Pahang, kepada Ahli-ahli Senator dan juga kepada negeri Terengganu dan Kelantan.

Saya rasa tangguhkan pembinaan lapangan terbang ini dan buat jalan raya dahulu, yang penting kepada [Tepuk] Ya, tengok sambutan Ahli-ahli Senator memang bersetuju dengan saya, Tuan Yang di-Pertua, bersetuju seratus peratus dengan saya sebab jalan raya ini bukan sahaja untuk pelancong. Pelancong kita hendak, saya tidak menidakkan tetapi kepentingan rakyat lebih penting lagi daripada pelancong. Oleh itu, jalan raya, express highway, dengan izin, patut dimulakan dengan serta-merta.

Tuan Yang di-Pertua, kajian itu kena beri kepada saya untuk saya teliti, apa masalah yang dibuat oleh kerajaan. Kerajaan ini selalu buat kajian, silap! Terengganu bagus, lepas itu buat kajian Pahang bagus, lepas itu Kelantan pula bagus, tidak betul kajian ini.

Dato' Chor Chee Heung: Terima kasih, Yang Berhormat. Saya memang memahami sentimen dan emosi Yang Berhormat. [Ketawa] Beliau adalah seorang rakyat yang bermastautin di negeri Pahang dan memanglah seorang rakyat yang cukup setia kepada negeri Pahang. Ini memang betul tetapi untuk makluman Dewan yang mulia ini kajian ini telah pun selesai dan keputusan telah pun dibuat dan ini boleh dikatakan muktamad. Waiau bagaimanapun, saya percaya maksud kerajaan adalah untuk memandang seluruh pembangunan ini secara lebih makro dan selepas kajian teliti d~ terperinci yang saya katakan tadi telah dibuat, maka didapati lapangan terbang di Kuala Terengganu lebih baik untuk ketiga-tiga negeri. Bukan untuk Kuantan, bukan untuk negeri Terengganu sahaja tetapi untuk ketiga-tiga negeri iaitu di Pantai Timur dan seperti yang saya katakan tadi, dalam masa serentak juga kerajaan telah pun memutuskan untuk mengadakan Projek Lebuhraya Pantai Timur dan kedua­dua ini akan berjalan serentak di mana lebuh raya pun dapat, lapangan terbang antarabangsa pun dapat kepada semua.

Puan Jamilah binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan saya ialah adakah pihak kerajaan mengenal pasti bahawa Keretapi Tanah Melayu khususnya kereta api KL-Pantai Timur agak daif dan gerabaknya terlalu lama memandangkan kalau kita melihat di Barat atau di Jepun, kereta api memainkan peranan yang penting bagi pengguna.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, memang masalah perkhidmatan kereta api dari KL-Pantai Timur adalah satu masalah yang dikaji agak lama oleh kerajaan dan setakat ini kerajaan berpendapat perkhidmatan KL-Pantai Timur memang tidak begitu ekonomik dari segi pulangan ekonominya. Waiau bagaimanapun, kerajaan masih maintain iaitu perkhidmatan kereta api dari KL hingga ke Kelantan sampai sempadan dengan negara Thai pun, kerajaan masih menjalankan walaupun dari segi pulangan memang ini pulangan yang defisit, tidak ada, kerajaan kena subsidise tetapi memandangkan kepentingan rakyat jelata di Pantai Timur, maka kerajaan tidak ada pilihan dan teruskan dengan perkhidmatan tersebut.

8. Datuk William Lau Kung Hui minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah pihak MAS dibenarkan secara bebas dalam menetapkan jadual-jadual penerbangan tanpa kira jadual-jadual ini memenuhi hasrat dan aspirasi kerajaan dan

Page 17: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

12 DN.6.5.1999

menguntungkan rakyat Sarawak, walaupun MAS dikendalikan sebagai sebuah syarikat yangbebas.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Dewan yang mulia ini, penerbangan Malaysia ataupun MAS secara amnya mengendalikan operasi berasaskan faktor-faktor komersial. Waiau bagaima.napun, ini tidak bermakna bahawa MAS tidak mengambil kira hasrat dan aspirasi kerajaan. Dalam hal ini dari segi penjadualan penerbangan-penerbangan ke/dan dari Sarawak, pada asasnya adalah ditentukan berdasarkan kepada permintaan trafik. MAS akan mengkaji pengaliran dan juga permintaan trafik yang wujud pada waktu-waktu tertentu dan kemudiannya akan mengadakan jadual penerbangan berdasarkan permintaan trafik yang wujud.

Perkara penjadualan penerbangan-penerbangan adalah sentiasa diawasi oleh MAS dan pihak tersebut juga akan mengambil kira maklum balas daripada orang ramai dan sekiranya perlu penerbangan-penerbangan akan dijadualkan semula atau ditambah untuk memenuhi kehendak serta permintaan orang ramai. Dalam hal ini, sekiranya kerajaan menerima permintaan daripada orang ramai berhubung dengan penjadualan penerbangan, MAS akan diarahkan untuk mengkaji dan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap permintaan tersebut dalam usaha memenuhi hasrat dan aspirasi kerajaan.

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah pihak kerajaan berpuas hati dengan peranan syarikat penerbangan MAS ini dari segi mengintegrasikan masyarakat kita dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung menerusi kemudahan-kemudahan yang berpatutan dari segi tambang kapal terbang ini dan kalau sekiranya tidak berpuas hati, adakah pihak kerajaan bercadang untuk hendak mengasingkan operasi domestik penerbangan MAS ini diberi kepada orang lain dan MAS kita tumpukan hanya kepada penerbangan antarabangsa.

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, pada keseluruhan prestasi perkhidmatan MAS penerbangan di antara Semenanjung ke Sabah dan Sarawak memang memuaskan sebab dari segi kadar fare atau kadar tiket di antara dua sektor ini, katalah misalnya ke Kuching, Ekonomi hanya RM262 satu hala dan bagi Business Class RM465 dan tambah kepada itu pula buat masa ini MAS mempunyai dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah 37 penerbangan satu minggu. Bukan sahaja dari KL, dari Johor Bahru juga ke Kota Kinabalu 7 penerbangan, dari KL ke Kuching 45 penerbangan dan dari Johor Bahru ke Kuching 19 penerbangan tiap-tiap minggu. Ini tidak pula mengambil kira dari KL ke Kota Kinabalu ataupun ke Kuching melalui night tourist yang agak lagi murah.

Buat masa ini MAS sedang mengatur rostemya, maksud kata jika ada permintaan khususnya pada hari-hari macam hari cuti sekolah ataupun semasa hari raya, hari kebesaran, maka flights tambahan akan ditambah. Memandangkan kepada keseluruhan ini memang kita puas hati dengan prestasi MAS.

Tuan Tan Ek Huat: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Setahu kita Star newspaper adalah surat khabar yang popular di negara kita. Adakah benar dakwaan bahawa di penerbangan MAS ini kita tidak dapat edaran Star paper, kalau benar mengapakah perkara ini berlaku?

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, memang dalam setiap penerbangan pesawat MAS telah pun menyediakan berjenis-jenis surat khabar untuk kemudahan penumpang-penumpang dan saya difahamkan juga, dahulu surat khabar Star diedarkan kepada penumpang-penumpang tetapi baru-baru ini pula saya tidak nampak, tidak melihat ada Star newspaper dalam pesawat. Saya juga ditanya oleh begitu ramai penumpang yang saya kenal, sebab apa tidak ada Star. lsu ini saya percaya akan diselesaikan sebab saya telah pun memberitahu dalam satu mesyuarat dua bulan yang lepas iaitu memang dalam pesawat MAS tidak mempunyai surat khabar Star dan kita harap kementerian saya dapat berbincang dengan MAS sebab apa

Page 18: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 13

surat khabar Star tidak diedarkan lagi dan sarna ada disebabkan kegawatan ekonomi. Kalau kegawatan ekonomi mungkin kita dapat agih-agihkan supaya semua surat khabar dapat diadakan di dalam pesawat.

Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri berkenaan telah cuba menjawab dengan begitu dipl~matik dalam soal ini. Saya suka memberikan perhatian saya dan mengemukakan pertanyaan kemudian. Saya tidak mahu oleh kerana kritik dikemukakan kepada mana-mana pengerusi syarikat yang bertanggungjawab oleh pihak orang politik, kemudian maka tindakan seumpamanya dilakukan. Dahulu kalau kita tidak lupa iaitu Dato' Seri Dr. Ling Liong Sik sendiri telah mempunyai satu krisis dengan MAS dan kritikan juga telah dibuat oleh, saya ingat kalau tidak silap oleh Dato' Abdul Kadir bin Haji Sheikh Fadzir dan Dato' Abdul Kadir akan diambil tindakan untuk disue. Saya tidak mahu mana-mana pihak pengerusi korporat dan sebagainya merasa bahawa mereka lebih berkuasa kerana mereka dilindungi atau merasa terlindung oleh mana-mana pihak. [Tepuk] Keadilan mesti berlaku. Kalau dahulu Star boleh disebar atau diberikan kepada orang rarnai menerusi penerbangan, hak ini harus diberikan. [Tepuk].

Dato' Chor Chee Heung: Tuan Yang di-Pertua, memang saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Yang Berhormat dan saya ucapkan terima kasih jugalah kepada beliau. Memang benar dalam pemiagaan penerbangan di Malaysia kita hanya mempunyai satu national carrier iaitu MAS dan jika kita hendak menaikkan taraf dan imej penerbangan negara kita memang politik tidak mempunyai tempat dalam masalah ini dan dengan sokongan daripada Yang Berhormat semua saya percaya MAS akan mengambil keputusan yang wajar, dengan feedback atau maklum balas daripada Yang Berhormat juga dan Kementerian Pengangkutan.

9. Tuan Zainal bin Rampak minta Menteri Kerja Raya menyatakan sarna ada kementerian bercadang untuk mengurangkan bayaran tol di semua lebuh raya dan sekitar bandar raya, dan di Lembah Klang pula diseragarnkan dengan harga 50 sen memandangkan kebanyakan pengguna adalah terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya [Tuan Yong Khoon Seng): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan memang prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh orang rarnai mengenai kadar tol di lebuh raya bertol di negara ini. Mengambil kira masalah ini, kerajaan telah pun menurunkan kadar tol di lebuh raya tertentu di Kuala Lumpur kepada satu kadar yang arnat munasabah kepada pengguna, manakala bagi lebuh raya yang melibatkan kenaikan tol, kadar kenaikan adalah pada paras minimum.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan sentiasa bersikap realistik dengan mengambil kira kepentingan-kepentingan dan kemampuan pengguna syarikat konsesi dan kerajaan dalam menentukan kadar tol. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pembinaan lebuh raya di kawasan bandar raya dan Lembah Klang melibatkan kos pengambilan balik tanah, kos operasi dan kos penyelenggaraan yang tinggi. Kadar tol yang ditetapkan adalah mengambil kira keseluruhan kos tersebut. Waiau bagaimanapun, ingin dimaklumkan kadar tol yang dikenakan di lebuh raya persekitaran Lembah Klang adalah munasabah berbanding dengan kemudahan dan faedah yang dinikmati oleh pengguna daripada pembinaan lebuh raya tersebut.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, masalah tol ini adalah masalah pengetahuan orang ramai. Jadi, bila ada sahaja jalan raya atau express highway, dengan izin, siap, tol pun RM3 atau RM4. Jadi, masalahnya rakyat hendak tahu sebelum jalan raya itu dimulakan, kita kena sebut di situ perbelanjaan berapa, tolnya akan jadi berapa kalau siap jalan raya. Jadi, rakyat sudah tahu awal­awal lagi. Ini yang pentingnya. Rakyat bukan tidak mahu membayar, mereka hendak membayar tetapi kalau sampai RM4 atau RMS, macam Jalan Bentong dahulu 50 sen

Page 19: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

14 DN.6.5.1999

tetapi sekarang sudah naik RMl.90 dengan serta-merta. Jadi, kami tidak tahu yang naik sampai RMl.90. Kalau beritahu belanja sekian banyak, tol ini harganya adalah RMI apabila siap, barulah kita sama-sama membayar dengan puas hati.

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan terima kasih. Sebenamya sebelum satu lebuh raya atau expressway akan <:fibina, kita mengambil kira keselesaan pengguna, penjirnatan masa dan juga untuk kos penyelenggaraan kereta atau kenderaan. Kita telah buat banyak lebuh raya. Sekarang kita telah pun tahu cara membina lebuh raya, kita akan meminta orang ramai memberikan pandangan mereka sebelum satu lebuh raya baru akan dibina. Ini akan kita ambil perhatian daripada pendapat Yang Berhormat Dato' Zuki.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Soalan saya ada hubung kait dengan apa yang disebutkan oleh Yang Berhormat Dato' Zuki tadi. Sebenamya pembinaan jalan raya ini adalah infrastruktur

yang dibuat oleh kerajaan untuk kemudahan rakyat dan dinikmati oleh rakyat tetapi akhir-akhir ini ia menjadi senjata oleh pihak pembangkang untuk menggunakan sentimen ini - mengapi-apikan rakyat supaya rakyat timbul rasa tidak puas hati dan kemungkinan hasrat mereka supaya rakyat menentang kerajaan. Saya pernah melihat

tunjuk-tunjuk perasaan di tepi-tepi jalan dekat dengan kawasan membayar tol, dua tiga kali saya melihat tunjuk perasaan yang didalangi oleh parti pembangkang.

Saya juga telah membaca satu laporan yang dikeluarkan di dalam satu surat

khabar mengenai realistik harga tol yang ditentukan oleh kerajaan dan kedudukan bayaran tol di negara kita berbanding dengan negara lain. Soalannya, Tuan Yang di­Pertua, walaupun ini dikeluarkan dalam surat khabar cuma sekali, mungkin ada orang

yang tidak terbaca. Saya ingin bertanya kepada pihak kementerian apakah peranan dan juga apakah tindakan pihak kementerian untuk menyampaikan maklumat ini kepada rakyat supaya isu tol tidak menjadi isu yang boleh menikam balik kerajaan.

Tuan Yong Khoon Seng: Tuan Yang di-Pertua, rusuhan oleh pihak pembangkang, memang satu isu yang mereka guna, di Amerika, oleh kerana mereka

tidak ada isu-isu yang lain. Dan kita telah tahu juga mereka yang membuat pertunjukan rusuhan di plaza tol ini bukan para pengguna. Ini adalah ahli-ahli dari parti pembangkang. Kita sentiasa meminta pihak syarikat konsesi memberikan kemudahan dan tambahan itu disebarkan kepada orang ramai, pengguna dan juga lain­lain cara supaya mereka puas hati dengan lebuh raya, dengan kadar tol, dengan adanya kemudahan-kemudahan yang diberikan oleh syarikat konsesi. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Masa untuk soal Jawab Lisan telah pun selesai.

{Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Lisan telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 10 hingga 35 akan dijilid dalam buku berasingan]

Page 20: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999

UCAPAN TERIMA KASm KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

15

Aturan Urusan Mesyuarat dibacakan bagi menyambung semula perbahasan yang ditangguhkan atas masalah:

Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:

"Ampun Tuanku,

Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapan yang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyak syukur dan Terima Kasih kerana Titah Ucapan Tuanku semasa membuka Penggal Kelima Parlimen Yang Kesembilan." (5Mei1999)

Tuan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Datuk Zainudin bin Maidin menyambung ucapan semalam.

11.11 pagi

Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya meneruskan perbahasan pada pagi ini saya lebih dahulu minta maaf banyak-banyak oleh kerana semalam saya telah menceroboh kawasan Haji Abdul Wahid, dan juga Datuk Haji Sairin. Perkara ini tidak saya sedari hanya kecuali setelah diberitahu tentang pencerobohan ini oleh Dato' Zuki. Jadi oleh kerana mereka tidak ada di rumah jadi saya telah melanggar kawasan mereka.

Pagi ini, semalam saya belum habis bercakap mengenai kebersihan, saya secara ringkas, saya akan menyentuh perkara ini, saya harap bahawa masa untuk menyalahkan rakyat dalam soal kebersihan ini telah berlalu. Tetapi adalah masa bagi kerajaan untuk bertindak dengan tegas bagi memastikan kekemasan dan kebersihan bandar dan luar bandar. Kita tidak mahu melihat lagi tentang bagaimana, bila kerajaan mendirikan gerai-gerai, kemudian kerajaan sendiri membiarkan gerai-gerai haram didirikan di sekitat gerai yang telah didirikan oleh kerajaan, kerana sebab-sebab politik dan sebagainya. Kemudian kita tidak harus membiarkan lagi kawasan-kawasan perumahan, malah ada rumah-rumah untuk kediaman telah digunakan sebagai tempat penjualan kereta second hand, kenapa hal ini berlaku. Hal ini berlaku kerana adanya rasuah - it this is simple, mesti berlaku rasuah di kerajaan-kerajaan tempatan. Hal ini kerajaan harus serius kerana memalukan bagaimana rumah-rumah kediaman boleh dijadikan tempat penjualan kereta-kereta second hand.

Kemudian banyak lagi, kita tidak harus sebut perkara ini berulang kali, telah berulang kali disebut di dalam Dewan, di luar Dewan, di dalam akhbar tentang kerja­kerja membaiki jalan secara sambil lewa, ditimbus, dicangkul, kemudian ditimbus dengan cara tidak bersungguh-sungguh. Saya boleh membawa pihak menteri yang berkenaan dan siapa juga untuk melihat, kita tidak perlu pergi jauh, kita pergi kawasan Ampang sahaja tentang hal-hal ini di mana lori-lori ditempatkan di kawasan temapt­tempat simpanan kereta dan sebagainya dengan begitu obvious, terlalu nyata, kenapa hal ini boleh berlaku? Tidakkah ini menampakkan suatu kerja rasuah berlaku secara terns terang. Apakah ini tidak disedari oleh Kerajaan-kerajaan tempatan? ltu secara ringkas, saya tidak mahu panjangkan dalam hal ini. Tetapi saya akan pergi balik kepada soal temakan babi yang semalam saya telah hilang note di sini, iaitu temakan

Page 21: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

16 DN.6.5.1999

babi. Temakan babi yang saya timbulkan ialah supaya pertemakan itu hanya dikhususkan iaitu kepada keperluan tempatan, tidak untuk tujuan-tujuan eksport. Sebabnya saya rasa perubahan harus berlaku dalam usaha temakan babi. Tabiat suka membela babi di belakang-belakang rumah dengan jumlah beribu ekor tanpa mempedulikan keselesaan jiran perlu dihapuskan.

Saya rasa ini adalah disebabkan kecenderungan pengusaha-engusaha babi untuk menjalankan pentemakan secara komersial. Yang menjadi faktor utama kepada penyumbang ketidakadanya kawalan dalam temakan babi, jadi satu perubahan besar harus berlaku. Saya rasa kerajaan telah berhasrat untuk melakukan usaha ini. Keluasan atau saiz sesuatu ladang temakan babi hendaklah berdasarkan pengeluaran yang optimum dan populasi berpandukan kepada pasaran tempatan, bukannya rancangan untuk eksport.

Ladang-ladang temakan yang sedia ada perlu diperketatkan pemeriksaannya oleh semua pihak termasuk Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar serta langkah mencegah jangkitan JE dipraktikkan dengan sentiasa. Diharap tidak ada rasuah dalam soal ini. Lesen-lesen yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan perlu disemak dari masa ke semasa sama ada peraturan-peraturan pengeluaran lesen itu telah dipatuhi dengan sepenuhnya.

Siapa-siapa yang tidak mahu mengikut syarat-syarat ini, lesen mereka hendaklah ditarik dengan serta merta dan tidak perlu dijadikan sebagai satu isu politik. Bagi memastikan alam sekitar terpelihara, pembelaan babi tidak harus dibenarkan di kawasan hutan simpan, kawasan yang berdekatan dengan takungan air, penempatan rumah orang Islam, bangunan, sekolah, masjid, tempat-tempat awam, bandar, kawasan berdekatan dengan laut, sungai, tasik dan kolam serta ladang-ladang pertanian termasuk sawah padi.

Untuk menjamin kebersihan temakan tersebut mestilah diasingkan mengikut kategori dan peringkat-peringkat umur, saya bukanlah seorang yang tahu banyak dalam soal ini tetapi ini berdasarkan pembacaan, misalnya ruang penempatan babi betina yang hamil perlu dipisahkan dengan anak babi yang sedang membesar. Barangkali orang-orang veterinary lebih faham tentang soal ini. Jadi saya rasa sekiranya langkah-langkah seumpama ini diambil, insya-.Allah, masalah kawalan petemakan babi ini akan dapat diatasi dan kita harus berbalik kepada pokoknya iatu seperti mana saya cadangkan pertemakan itu harus hanya sekadar untuk memenuhi keperluan tempatan, bukan untuk eksport. Dan saya dapati alau tidak salah, semalan Yang Berhormat Tuan Marimuthu bertanya berapa jumlah eksport temakan babi ke luar negara, saya difahamkan kira-kira RM2 ribu bilion setahun, 8,000 ekor dipasarkan ke Singapura pada setiap hari dan sekarang oleh kerana pasaran ini tidak dibuat oleh Malaysia, telah diambil alih oleh pihak Indonesia.

Kemudian saya akan pergi kepada soal - ini soal yang penting, semalam saya telah bercakap soal ini walaupun Menteri yang berkenaan tidak ada dalam Dewan ini. Tetapi saya akan mengulangi perkara ini, oleh kerana ada perkara-perkara baru, maaf, saya tidak akan pergi lagi kepada perkara yang berkenaan. Tetapi saya akan pergi terlebih dahulu kepada soal pelajar-pelajar dari luar negara di yayasan-yayasan IPTS dan sebagainya. Menteri yang berkenaan, iaitu Menteri Pendidikan semalam telah menyatakan bahawa syarat-syarat yang telah dikenakan ke atas pelajar-pelajar asing yang belajar di negara ini, yang melanjutkan pelajaran di negara ini di IPTS dan juga universiti-universiti kembar mengatakan kerajaan sentiasa prihatin terhadap kegiatan­kegiatan yang dijalankan oleh pelajar-pelajar asing yang menuntut di institusi-institusi pengajian tinggi di negara ini.

Prosedur yang baru telah dikeluarkan bertujuan untuk mengawal pelajar­pelajar asing daripada melakukan perkara-perkara yang melanggar peraturan imigresen. Institusi-institusi pengajian tinggi bertanggungjawab untuk mengawal

Page 22: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 17

kegiatan pelajar yang dikehendaki menandatangani personnel bond bagi menjamin pelajar asing berkenaan. Sekiranya berlaku pelanggaran syarat, pas pelajar akan dibatalkan dan pelajar akan dihantar pulang. Saya menghargai, tetapi saya tidak begitu yakin sebab kalau dikatakan, di Asia negara yang benar-benar seperti Britain ialah Malaysia dan orang-orang Inggeris memanggil kita gentlem:en of the East, sebab attitude orang Melayu banyak sama dengan attitude Orang Putih dalam banyak hal, tak tahu jalan pun dia tanya, dia tunjuk jalan dan banyak lagi perkara-perkara kemanusiaan kita, kelembutan kita dan sebagainya.

Ada banyak cara untuk terns bermastautin di Britain sendiri, dari pengalaman saya. Banyak cara pelajar-pelajar kita yang tidak lulus, pergi mencari pekerjaan akhirnya dapat menjadi pemastautin tetap di Britain. Bermastautin tetap di Britain, ramai, tidak lulus. Akhirnya tidak pulang dan tinggal di sana, ramai, dari Pakistan, India dan dari Malaysia pun ada yang sekarang menjadi pengedar sate di London pun ada ramai yang pada akhirnya boleh. Hal ini saya kira mungkin akan berlaku di sini sebab kemanusiaan kita terlalu tinggi. Kita bertindak seperti juga di Britain, kalau orang datang hendak earl makanan secara halal dan sebagainya, okay kita benarkan tetapi kalau datang hendak menyamun, merompak kita tembak.

Jadi, saya mintalah bahawa banyak cara dengan bekerja, akhirnya kenapa hari ini boleh berlaku. Yang paling saya takut ialah dengan recommendation yang dibuat oleh IPTS sendiri, oleh universiti-universiti berkembar sendiri. Apabila universiti­univeristi berkembar ini ialah keperluannya, masalahnya ialah survival, masalah untuk hidup, untuk mendapatkan wang daripada pelajar-pelajar luar negara, itu pokoknya. Jadi, mereka ini tidak lulus, melanjutkan pelajaran lagi, memanjangkan masa, lepas itu lima tahun. Hal ini akan berlaku, di Britain ada banyak berlaku. Kemudian ada rasuah pula, di Britain pun ada, ada lawyer yang mudah kita cari untuk menguruskan perkara ini di Britain, ada. Saya campur semua. Jadi, saya takut dan bimbang hal ini juga akan berlaku di negara ini, mungkin akan berlaku.

Jadi, saya minta bagaimana bahawa saya hanya to condition the mind untuk menghadapi masalah ini. Masalah yang kita akan menjadi satu pusat kecemerlangan pelajaran. Suatu industri pelajaran dan masalahnya besar. Kemudian mereka sudah lama tinggal 5-6 tahun di sini, mereka pun melihatlah kesalahan kita. Diberi makan, macam orang Pakistan, India di England akhirnya mereka belajar demokrasi dari Britain dan kemudian mereka hentam balik. Jadi, saya harap perkara-perkara ini tidak akan berlaku, harap menjadi perhatian daripada pihak kerajaan.

Sekarang saya akan menyentuh Bar Council lagi sekali. Saya minta maaf banyak-banyak kepada pihak peguam yang ada di dalam Dewan ini. Saya harap saya tidak disalahertikan. Saya tidak bertujuan untuk menghina profesion guaman, anak saya sendiri terlibat dalam profesion ini. Saya bimbang tindakan-tindakan pemimpin politik tertinggi menggunakan mahkamah untuk kepentingan-kepentingan politik akan mencermarkan imej profesion itu sendiri. Itu yang saya bimbangkan. Rakyat menjadi bingung melihat hari ini seorang pemimpin politik membela human rights dan civil society dalam Dewan Rakyat tetapi besok ia membela penjenayah, pengedar dadah. gangster, membela pembunuh, membela Mona Fandy, membela sodomise, ceti, money and money. Di mana maruah ...

Puan Kamilia binti Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua, saya terpanggil untuk mempertahankan profesion saya. Saya rasa perlu ada penjelasan. Bila kita berkata di manakah maruah peguam, jikalau di dalam Dewan Rakyat dia mempertahankan ataupun memperjuangkan civil society dan nilai-nilai human rights dan sebagainya, apabila dia keluar, dia menjadi peguambela bagi kes-kes yang disebutkan oleh Yang Berhormat tadi.

Sebenarnya profesion ini perlu dilihat dalam kapasiti yang berbeza. Dalam Dewan, contohnya saya, saya akan memperjuangkan apa yang saya anggap nilai-nilai

Page 23: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

18 DN.6.5.1999

yang perlu diperjuangkan untulc kebaikan masyarakat dan negara umumnya. Tentu sekali ia akan menyentuhkan prinsip-prinisp asas seperti hak-hak asasi, keadilan, kesaksamaan dan hak-hak individu. Tetapi sebagai peguam ianya adalah sebagai satu profesion. Satu profesion, Tuan Yang di-Pertua, seorang peguam, kita akan menjadi seorang peguam dalam mahkamah. Dalam mahkamah memang ada diwujudkan adversary punya system. Jadi, di situ kita hanya duduh di mahkamah dalam kapasiti profesion peguam dan kes-kes yang kita ambil itu tidak bermakna kita memperjuangkan kesalahan yang dituduh kepada clients kita. Cuma kita pergi di situ sebagai seorang peguam untuk memberikan keterangan dan berhujah dan terpulanglah kepada mahkamah untuk menentukan sama ada, adanya kesalahan itu. Tidak bermakna saya sebagai peguam mengambil satu kes pembunuhan bererti saya sebenarnya memberi sokongan kepada seorang yang melakukan jenayah ini. Saya harap itu dapat jelas difaharni. Terima kasih.

Datuk Zainudin bin Maidin: Saya memahami sepenuhnya. Sebenarnya saya akan pergi kepada hal-hal itu untuk memastikan bahawa profesion ini adalah mulia, suci, terhormat dan dipandang tinggi. Saya akan pergi ke arah itu, iaitu saya memaharni tentang hak untuk peguam-peguam membuat litigasi di mahkamah. Saya memahami bahawa seseorang itu tidak bersalah untuk mendengar, untuk question dan sebagainya, untuk mendengar kedua belah pihak dalam mahkamah.

Saya memaharni dan menghormati proses undang-undang dan kehakiman di negara ini tetapi apa yang saya cuba untuk memisahkan supaya profesion guaman di negara ini tetap terpelihara. Saya ingin mencadangkan supaya peguam-peguam ini tidak mencemarkan profesion peguam itu sendiri iaitu saya mencadangkan kalau boleh, mungkin saya kurang faham dalam soal ini, supaya pemimpin tertinggi bagi parti-parti politik tidak dibenarkan untuk mewakili mana-mana kes dalam mahkamah. Tidak dibenarkan untuk membuat litigasi dalam mahkamah tetapi mereka dibenarkan untuk menjalankan, mengurus, mendaftar sebagai pejabat-pejabat guaman menjalankan urusan guaman tetapi mereka, saya tidak maksudkan semuanya, mereka yang mempunyai kepentingan politik tidak dibenarkan pergi ke mahkamah.

Dengan itu kita akan dapat mencegah kesucian, kewibawaan dan kedaulatan mahkamah dari dicemari dan akan dapat memenuhi kehendak yang telah dinyatakan oleh Tuan Hakim Wahab Patail semalam iaitu mahkamah, dengan izin, can be conducted in a civil in civilize manner. Sekali lagi saya menghormati pihak Majlis Peguam seperti yang saya katakan tadi iaitu telah menjalankan usaha-usaha di bawah pimpinan yang disebutkan oleh Ketua Hakim Negara hari ini di bawah pimpinan Dato' Dr. Cyrus Das dahulu. Beliau telah memuji di bawah pimpinan ini, Bar Council telah menunjukkan the mature and responsible approach adapted by the Bar Council terutamanya yang disebutkan oleh Ketua Hakim Negara, Justice Tun Mohd. Eusoff Chin iaitu beliau memuji Dato' Dr. Cyrus Das kerana telah menjalankan tanggungjawab, bagi Bar Council dengan kematangan dan bertanggungjawab dan keupayaan tanggungjawab ini telah diturunkan sehingga kepada peringkat-peringkat negeri dan tidaklah dapat dinafikan bahawa telah berlaku ketegangan dalam hubungan antara bench dan juga bar dari masa ke semasa tetapi apa yang diminta oleh pihak kehakiman di negara ialah supaya mereka dapat bekerjasama terus-menerus antara kedua-dua belah pihak dan menghormati hak-hak kehakiman sendiri. Bukanlah pihak kehakiman tidak menghormati hak-hak untuk litigasi daripada pihak peguam.

Jadi, saya merasakan, saya berharap saya tidak disalahmengertikan, sebab banyak menteri yang telah menjadi menteri tidak menjalankan atau tidak mempraktikkan profesionnya, banyak doktor yang telah meninggalkan kliniknya.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya menyambut baik cadangan Yang Berhormat Senator Datuk Zainudin bin Maidin tentang cadangan supaya diadakan peraturan tidak diizinkan mana-mana pemimpin politik yang latar belakang profesionnya guaman mengambil kes-kes bagi mengelak supaya kes-kes itu

Page 24: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 19

dipolitikkan. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhonnat, apakah Yang Berhormat sedar, ada juga di kalangan peguam-peguam yang tidak memegang jawatan dalam parti politik. Contohnya, saya hendak merujuk kepada kes perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kes pertama telah selesai, iaitu kes yang dituduh empat charges corruption, di mana kita lihat peguam-peguam yang diketuai oleh Yang Mulia Raja Aziz Addruse dan Zainur Zakaria, Christopher Fernando, just to mension a few, dengan izin. Mereka ini memang tidak menjadi anggota mana-mana parti politik.

Persoalan yang penting Yang Berhormat, ialah ada di kalangan segelintir peguam atas tujuan hendak mencari publisiti atau mereka tidak menghonnati profesion guaman mereka dengan cara terang-terang melanggar etika sebagai seorang peguam. Dalam etika guaman disebut, kalau tidak silap saya Rule 46 and 49, saya minta kalau silap tolong perbetulkan, contohnya mereka tidak boleh membuat kenyataan akhbar sewenang-wenangnya. Selepas perbicaraan, keluar jumpa press, bercakap luar negeri dan dalam negeri dan sebagainya. Di mana mereka hanya boleh membuat pembetulan, kalau ada pembetulan reporting di waktu proses perbicaraan itu diadakan. Tetapi mereka suka membuat kenyataan sehingga timbul banyak salah faham/salah tanggap dan membesar-besarkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dalam point of law dalam soal rule oflaw.

Jadi, dalam hal yang demikian, bermakna kalau kita tidak izinkan pun pemimpin parti politik ada juga di kalangan mereka ini yang boleh diperalatkan oleh pemimpin-pemimpin politik dari belakang. Jadi, saya hendak minta kalau boleh Yang Berhormat, Yang Berhormat ini ahli filcir, seorang yang intelligent, saya minta kalau boleh dikemukakan cadangan, untuk kerajaan mengambil tindakan yang lebih daripada itu, sama ada menyemak semula etika guaman ataupun memperkemaskan lagi tatacara yang perlu bagi memastikan bahawa proses perbicaraan di mahkamah itu tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak dalam membantu meningkatkan imej profesion guaman. Sekian, terima kasih.

Datuk Zainudin bin Maidin: Dalam beberapa hal saya bersetuju tetapi kalau sekiranya kita memisahkan seorang ahli politik memperjuangkan kes ini di mahkamah, rakyat akan melihat keadaan ini dengan persepsi yang berlainan. Saya dalam beberapa hal saya agak sukar kerana kalau kita mengkaji tiap-tiap orang yang membela kes Anwar di mahkamah itu, kita melihat latar belakang tetapi kadang-kadang mungkin tidak kena, umpamanya Raja Aziz is a Western-oriented gentleman, betul-betul persepsinya westminster yang tidak berjijak kepada Malaysian process di negara ini. Zainur Zakaria, by nature he is anti establishment dari awal, bukan hanya zaman Dr. Mahathir, saya kenal dia, dia pernah jadi peguam kepada Utusan. Christopher Fernando is a Robin Hood.

Jadi, perkara ini adalah perkara peribadi, saya kira tidak kena tetapi saya menghormati tetapi saya melihat pemisahan pandangan, akan berlaku, persepsi rakyat akan berlainan kalau melihat bahawa orang-orang ini tidak ada kaitan dengan politik. Membela kes, dan saya tidak mahu kata semua peguam itu, tidak, saya hanya mengesyorkan supaya pucuk pimpinan parti, bukan ahli-ahli parti UMNO dan sebagainya, tidak, hanya pucuk pimpinan parti tidak dibenarkan pergi ke mahkamah, itu sahaja.

Puan Kamilia binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya telah mendengar perbincangan atau perbahasan antara Yang Berhormat Dato' Ibrahim Ali dengan Datuk Zainudin bin Maidin. Tentang cadangan untuk peguam-peguam yang terlibat dalam politik ataupun sebagaimana kata Yang Berhormat tadi, pucuk pimpinan tidak perlu pergi ke mahkamah, saya berpendapat bahawa walaupun mungkin kita lihat dari segi persepsi-persepsi seperti yang disebutkan tadi, saya juga telah memberi penjelasan antara perbezaan dan perpisahan antara dua profesion sebagai seorang ahli politik dan seorang peguam itu memang ada batasan-batasannya.

Page 25: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

20 DN.6.5.1999

Saya lihat juga jikalau kita katakan perlunya ada perpisahan itu yang menjadi persoalan atau masalah ialah semasa laporan-laporan yang dibuat. Apa yang keluar di dalam akhbar yang sebenarnya memberi gambaran-gambaran yang mungkin negatif terhadap pihak yang berkenaan. Jadi sebenarnya, kalau peguam itu bertugas sebagai peguam, ianya hanya melakukan profesionnya. Jadi di situ tidak timbul tentang masalah-masalah tentang perkara-perkara politik ataupun· perkara profesion, sebab profesion peguam itu begitu profesional, ianya tidak boleh terutamanya dari segi peraturan, dari segi perkara-perkara atau aturan dan etika di dalam mahkamah. Jadi, kalau pun ada wujudnya, kita katakan mungkin ada berlaku sesuatu yang dianggap tidak wajar sebagai seorang ahli politik dan sebagai seorang peguam, saya dapat lihat di situ masalah yang timbul ialah apa yang dilaporkan dalam akhbar, bukan sebenarnya apa yang dilaksanakan peguam itu tetapi juga mungkin adakalanya seperti mana yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Dato' Ibrahim Ali tadi, peguam-peguam secara tidak etika memberikan press statement selepas cases.

Jadi, di sini memanglah itu tidak bertentangan dengan etika peguam tetapi kami juga ada disciplinary body daripada Majlis Peguam, mungkin di situ dari segi pemantauan dan dari segi tindakan yang mungkin tidak cukup. Kalau itu kita lihat banyak juga badan-badan penguatkuasaan juga adakalanya tidak begitu berkesan. Jadi saya tidak setuju jikalau kita katakan wujudnya satu perpisahan di antara fungsi-fungsi peguam dan juga sebagai seorang ahli politik. Semuanya, saya rasakan wartawan­wartawan juga perlu mematuhi etika-etika dari segi melaporkan berita-berita dalam surat khabar kerana wartawan juga saya tahu ada etika-etika tertentu yang mana perlu difikirkan boleh menjejaskan kes-kes yang berkenaan ataupun perkara-perkara yang mungkin akan menimbulkan isu-isu yang sensitif untuk pembacaan rakyat. Terima kasih.

Datuk Haji Ibrahim bin Ali: Sebelum Yang Berhormat Senator Datuk Zainudin Maidin menjawab, saya suka mendapat pandangan daripada Yang Berhormat.

Pertamanya bersabit dengan peguam boleh membuat kenyataan, saya minta maaf saya tidak bawa, selalunya saya bawa tetapi jelas bahawa peguam-peguam yang ada kepentingan di mana dia membawa kes-kes berkenaan, dia tidak boleh membuat kenyataan akhbar. Dia boleh buat correction, ada dalam peraturan etiket, cuma saya hendak minta pendapat Datuk Zainudin, masalah disiplin ini, saya hendak minta pandangan Yang Berhormat huraikan perkara ini apa yang disebut oleh Ketua Hakim Negara. Masalah disiplin ini bukan sahaja soal kenyataan akhbar dan sebagainya. Ada peguam-peguam bila dia bawa satu-satu kes ke mahkamah, maka kes yang dia bela itu kalah, maka cara privately dia beritahu kepada 'client'nya, "Lecehlah, saya sudah buat macam-macam, hakim ini nampak berat sebelah ". Dia tidak accept the defeat, dia put the blamed kepada hakim-hakim. Sama juga macam kes-kes yang banyak tertangguh di mahkamah 'back log', maka banyak kes yang saya sendiri, sekarang ini sedikit sebanyak bertanggungjawab mengenai hal undang-undang ini.

Saya sudah tengok bukti-bukti, di mana seseorang peguam itu dia ada banyak sangat kes dan kebetulan kes-kes itu terletak pada hari yang sama. Maka dia sendiri yang minta tangguh dengan pihak hakim, terutama kalau kes-kes hutang ini. Sahaja hendak elak daripada bankruptcy, dia cari jalan, maka apabila kes itu ditangguh, dia beritahu kepada client pula, "Yang tangguh kes ini bukan saya, ini hakim yang tangguh kes ini ". So, all the blamed put to hakim. This is the trend what is going on now. Jadi, kita ada cara hendak mendisiplinkan peguam ini ada Majlis Peguam yang ada Jawatankuasa Disiplin.

Jadi, di sini bagaimana yang boleh supaya tindakan-tindakan disiplin berasaskan kepada etika tadi diambil tindakan termasuklah, di mana apa pandangan Yang Berhormat kalau saya mengatakan bila ada peguam-peguam yang langgar begini sekali etiketnya, lebih-lebih lagi membesarkan isu-isu yang tidak sepatutnya sehingga

Page 26: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 21

memporak-perandakan sistem kehakiman kita supaya Peguam Negara tidak teragak­agak mengambil tindakan di bawah contempt of court. Satu kes sekarang ini telah dibawa ke court iaitu terhadap Zainur Zakaria tetapi di'politicise'kanjuga sekarang ini. Jadi apa pandangan Yang Berhormat kalau saya mengatakan . kerajaan tidak perlu obsess walaupun ada serangan, tuduhan dan macam-macam tetapi kerajaan mesti firm dengan apa sahaja serangan supaya saya percaya ·dalam jangka panjang dia boleh memberi pengajaran dalam kita melaksanakan the rule of law ini. Sekian, terima kasih.

Datuk Zainudin bin Maidin: Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bermaksud untuk memanjangkan perkara ini. Saya menghormati profesion guaman dan saya· tidak mahu menjawab banyak perkara tetapi saya hanya ingin menyatakan, nampaknya [Ketawa] Yang Berhormat mempertahankan profesion guaman. Saya hormati, hanya saya hendak menyatakan bahawa akhbar-akhbar memandang peguam, mahkamah sebagai authority. Jadi apabila banyak perkara-perkara yang diperkatakan dalam mahkamah, itu sahaja yang disiarkan oleh akhbar-akhbar yang established, yang compromise kepada article method dalam reporting.

Ada juga akhbar yang semalam, apabila mahkamah mengatakan tidak membenarkan laporan-laporan yang to get the reporting tentang komen-komen. ltu adalah bukan perkara baru, perkara itu dihormati oleh akhbar-akhbar sejak dahulu tetapi dalam pada itu suatu angin perubahan yang melanda negara ini menyebabkan ada juga akhbar yang menyelesaikan sesuatu angin perubahan kebebasan baru yang telah menyebabkan mereka melanggar etika-etika kewartawanan.

Jadi dalam ini, dalam pada itu saya memberi satu contoh yang jelas iaitu peguam OAP, Tuan R. Karpal Singh sendiri telah menyatakan di luar mahkamah, tentang kes mahkamah meminta supaya ditetapkan tarikh perbicaraan bagi kes Anwar dan Sukma. Dia bercakap di luar mahkamah dan apabila hakim W ahab Patail menyatakan - apabila dia mendesak lagi di dalam mahkamah sendiri, apa yang diberitahu kepadanya iaitu dia mendesak supaya perkara yang sama yang telah dicakap di luar, kepada akhbar dan dia membuat tuntutan yang sama di mahkamah, hakim Wahab Patail mengatakan, "This is not Parliament, we are not debating this issue". Saya ucapkan tahniah kepada Wahab kerana telah memberikan jawapan yang memalukan kepada seorang peguam di dalam mahkamah. Itulah tarafnya.

Jadi saya tidak mahu memanjangkan, saya rasa terserah kepada pihak kerajaan sama ada untuk membincangkan, tidak semestinya - saya sendiri hormati, saya katakan, kalau tidak saya tidak membenarkan anak saya untuk mempelajari undang-undang tetapi kita harus mempunyai keperibadian dan keagungan perundangan kita sendiri yang dihormati, negara kita adalah tanggungjawab kita.

Akhir sekali saya ingat saya telah pergi terlalu panjang, mengambil masa yang panjang, saya ingat hanya dalam masa 15 minit lagi saya akan tamatkan iaitu saya akan pergi balik kepada soal politik.

Saya ingin kembali kepada keadaan yang kita hadapi, keadaan yang runcing, keadaan yang ada pada kita dan kita kembali sedikit kepada sejarah. Terutamanya saya ingat saya ini sudah tua tetapi ramai generasi muda, ramai pegawai kerajaan yang telah tidak mengingati sejarah dan ramai juga di antara kita yang tidak mengingati sejarah, iaitu sejarah negara ini sendiri, bahawa kepimpinan utama dalam negara ini sendiri daripada awal, secara ringkasnya sejak penubuhan UMNO itu sendiri, kebanyakan pemimpinnya meninggal bukan di dalam UMNO, daripada Datuk Onn, meninggal di luar UMNO, Tunku Abdul Rahman, bukan di dalam UMNO, ketika berada di dalam S46 menyokong DAP, Tun Hussein Onn tidak di dalam UMNO dan Allahyarham Tun Abdul Razak, meninggal dalam krisis ketika masalah Datuk Harun belum diselesaikan. Negara berada dalam ketegangan politik, negara berada di dalam ketidakyakinan. Ini tidak harus kita lupakan dan sekarang orang yang bemama

Page 27: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

22 DN.6.5.1999

Mahathir berada di dalam suatu cabaran politik yang paling besar dalam kariemya. Kalau kita mahu mengimpikan, mengibaratkan beliau adalah ibarat seorang Jeneral yang telah parah, yang telah putus tangannya, yang telah berdarah di dahinya, yang masih merangkak dengan gigih, masih memegang bendera dengan di belakang hanya beberapa orang tenteranya dan ramai lagi tenteranya masih bangun lagi. Itulah keadaannya, keadaan yang dihadapi dan apakah beliau akan menang dalam menghadapi ketidakfahaman rakyat terhadap sejarah tetapi banyak dan keadaan­keadaan yang dialami ini tidak sahaja daripada cabaran, daripada kalangan yang menyatakan beliau bersalah dalam membuat penyingkiran terhadap Anwar Ibrahim tetapi .......

Tuan Haji Gapar bin Gurrohu: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membetulkan gambaran sebagaimana yang Datuk Zainudin berikan tadi, nampaknya seolah-olah sudah cukup parah.

Saya sebagai pemimpin di akar umbi menafikan keadaan yang sebenar. Apa yang berlaku sekarang ini ialah salah faham kerana keadaan sekarang menimbulkan masalah undang-undang di mahkamah. Jadi orang-orang kampung agak keliru tentang apa yang berlaku dan ini kita di peringkat akar umbi sedang memberikan penjelasan dan kita minta bertenang tetapi tidak menimbulkan keadaan begitu parah sehingga digambarkan sebagai seorang Jenera! yang sudah putus tangan, pengikutnya sudah lari, kalau adapun sedikit, saya rasa ini tidak betul. Ini perlu dibetulkan, mungkin Datuk Zainudin melihat ini dari Kuala Lumpur tetapi kita dari kampung, pemimpin yang kita kritik tetapi kita kritik membina dan kita kena pimpin balik ketidakbenaran yang telah ditohmahkan dan difitnahkan melalui media massa ataupun melalui Internet dan sebagainya. Percayalah kebenaran akan tertegak, jadi oleh itu saya berharap statement yang diberikan ini adalah tidak benar.

Datuk Zainudin bin Maidin: Saya menarik balik, mungkin keterlaluan tetapi maksud saya ialah untuk menggambarkan. Bahawa saya diberitahu oleh seorang Jenera} yang E_enting dalam perang ialah apabila seseorang itu telah parah, biar parah, biar berdarah tetapi yang penting ialah untuk beliau keluar sebagai seorang yang menang daripada serangan, daripada keadaan kekalutan ini. Itu yang penting.

Jadi saya tidak mengatakan bahawa, mungkin tadi saya tersilap, saya tidak mengatakan bahawa beliau kehilangan tetapi dia masih mempunyai ramai tentera di belakangnya untuk menyokong dan membantu dan terns memperjuangkan kebenaran dan keadilan. Tetapi serangan yang paling hebat juga yang saya bimbang ialah serangan daripada puak-puak agama. Ini yang saya bimbang iaitu oleh kerana penerapan yang telah tidak dipedulikan oleh Mahathir sendiri dari sejak lama dalam UMNO, penerapan yang tersusun di Pusat Islam, di Tabung Haji dan di pusat-pusat Islam yang telah dipergunakan dengan teratur, dengan serangan yang teratur untuk mencemarkan nama daripada awal lagi.

Saya mempunyai pengalaman yang jelas dalam soal ini iaitu al-Arqam sendiri. Al-Arqam sendiri, saya menyatakan bahawa bukan hanya pihak agama yang memenangi peperangan dalam soal ini tetapi ialah pihak polis sendiri. Sebab apa, mereka tidak tahu menghadapi dan saya telah menghadapi masalah ini, amat berat semasa saya masih menjadi Ketua Pengarah Utusan Melayu, iaitu pensyarah-pensyarah universiti, vice-chancellor university datang dan mengadu anak-anak, pelajar-pelajar mereka yang cantik hilang, semua dilarikan oleh orang-orang Arqam dari semasa ke semasa.

lbu bapa datang mengadu dan sebaliknya tetapi masa itu saya sendiri merasakan keseorangan dalam perjuangan ini. Tetapi kita terns mendedahkan segala kekalutan, segala kegelojohan untuk menjadi Perdana Menteri dan akhirnya, alhamdulillah, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat hendak tahu apa sebenarnya Arqam, bacalah sebuah buku, bukan saya hendak beri satu promosi kepada buku ini tetapi

Page 28: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 23

buku ini ditulis oleh seorang peguam kepada al-Arqam yang kemudian merasakan diri telah tersesat dan seorang lagi yang pemah menjadi, kalau tidak silap saya menjadi majistret iaitu, Khairil Anwar yang telah menangis, merasakan bahawa segala sembahyang, segala ibadatnya telah tidak diterima oleh . Tuhan selepas beliau menyedari hakikat yang sebenarnya.

Dalam buku yang ditulis oleh seorang peguam al-Arqam sendiri yang telah bertaubat iaitu nama bukunya ialah Tersungkur Di Pintu Syurga. Saya baca kerana ia ditulis oleh seorang peguam dan di situ kita akan dapat melihat bagaimana penipuan, pembohongan tentang bercakap dengan Rasulullah. Sebenarnya dia hanya menggunakan seorang bekas penyanyi di Filipina, namanya Azura, kalau saya · tidak silap, digunakan itulah, dengan orang itulah ia bercakap dengan Rasulullah dan orang ini mempunyai sedikit sebanyak ilmu, sihir dan sebagainya.

Jadi, kita akan dapat, tetapi hal ini masalahnya ialah masalah Pejabat Agama, masalah tanggungjawab majlis-majlis agama dan sebagainya dan seorang ulama yang sekarang ini, baru-baru ini, saya tidak mahu sebut, saya pemah menulis. Ulama yang bertanggungjawab di Selangor mengesahkan bahawa anak-anak di sebuah sekolah di Selangor nampak tulisan Allah di langit. Orang itu baru dikumiakan Dato'. Saya masih ingat, cutting di surat khabar ada dengan saya. Saya terpaksa memerangi hal ini bagaimana budak-budak ini di 'hypnotize', dia keluar daripada sekolah, nampak Allah. Semuanya Allah, nampak tulisan jawi tak nampak tulisan rumi, kesesatan.

Kemudian, terdapat ulama, mereka menentang penswastaan. Mereka menganggap penswastaan itu sebagai ketamakan dan sebagainya. Ya, berlaku hal-hal yang tidak benar juga dalam penswastaan tetapi fikiran ulama-ulama sendiri telah diswastakan. Mereka menjadikan buah kismis, menggunakan ayat-ayat, hadis Nabi dan sebagainya untuk menjual kismis mereka. Mereka menjadi ahli perniagaan, tidak cukup, tidak dapat kismis daripada Mekah, dia ambil Siam punya kismis, bubuh jual sini.

Kemudian ulama-ulama ada juga, mana ulama yang sebenar mahu membuka klinik. Ada tidak ulama, kalau ulama yang sebenar, ulama yang tulen, ulama yang berwibawa, ulama yang dihormati mahu membuka klinik. Letak sepuluh gelas, okay jampi, baik. Ada ulama buka klinik. Kemudian bila Dr. Mahathir mendedahkan bahawa ulama yang serupa ini, bila sakit jantung, pergi ke luar negeri. Kita mahu memberitahu kebenaran kepada rakyat supaya jangan ditipu, malangnya saya dan minggu sudah, saya melihat RTM tengoklah balik program itu. RTM menyiarkan satu berita tentang seorang anak yang lumpuh, program pagi, mengatakan doktor homeopathy boleh mengubati anaknya. Dia boleh bandingkan pula dengan "Saya pergi ke hospital tetapi tidak baik, kemudian saya bawa sini, sini baik". Bagaimana RTM boleh menyiarkan perkara seperti ini. Kita hendak menghapuskan kekarutan, keyakinan, ketidakprofesionalan dalam beberapa hal tetapi kita melakukan perkara­perkara semua ini.

Jadi, saya rasa apabila semua tohrnah yang telah dilakukan, yang paling sedih ialah bahawa soal yang mereka tidak sedar bahawa saya ingin memberitahu satu sejarah, sejarah yang besar, orang tidak tahu. Banyak alim ulama tidak tahu, orang­orang PAS sendiri tidak tahu bahawa siapakah yang menyatukan pelajar-pelajar sekolah Arab dengan sekolah lnggeris yang pertama sekali di Malaysia. Siapakah yang menyatukan golongan-golongan ulama Malaysia dengan golongan-golongan pelajar Inggeris di awal tahun 50-an, 60-an. Ia adalah Dr. Mahathir sendiri, beliaulah yang ketika memperjuangkan kemerdekaan, menyatukan pelajar-pelajar Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar dengan Maktab Mahmud Alor Setar untuk memperjuangkan kemerdekaan bagi menentang British. Hal ini telah dilupai.

Anak Yang Berhormat Dato' 'Fauzi', bapanya Sheikh Ramli tentu tahu [Disampuk] Ghazi, maaf Dato' Ghazi, dia tahu sejarah ini, pendekatan ini, pandangan

Page 29: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

24 DN.6.5.1999

kepada sekolah agama masa itu. Saya sendiri pun daripada Maktab Mahmud, bila kita pergi sekolah Inggeris, mereka kata apa, "Lari, Pak Lebai, lari, lari". Pandangan itulah kepada sekolah Arab. Jumpa doktor pun, "Pak Lebai, sakit apa?" Tetapi hal ini, Dr. Mahathir telah membawa satu, memberikan maruah dan memperjuangkan untuk tujuan kebaikan. Maka itulah dikenali Sheikh Halim dan Sheikh Othman dari Kedah dijadikan Konsul yang pertama di Jeddah. Tetapi hal ini tidak diketahui, bagaimana perasaannya, orang kata, dia tidak tahu agama. Apakah benar dia tidak tahu tentang agama, tetapi soal ketakutannya yang sekarang ini digembar-gemburkan, saya tidak percaya kepada soal ketakutan Dr. Mahathir bahawa beliau hilang kuasa di saat-saat umurnya 70 tahun lebih. Bukan soal ketakutan kepada kehilangan kuasa tetapi apa yang lebih besar, tindakan yang diambilnya ialah ketakutan kepada dosa yang akan ditinggalkan, dosa-dosa besar. Beliau tahu.

Saya tidak anggap bahawa polis tidak profesional. Polis kita adalah profesional. Saya bercakap, saya tahu bahawa polis kita profesional, cukup profesional. Perdana Menteri yang melawat ke luar negeri, saya tahu pihak polis tidak hanya mengikuti untuk keselamatannya, tidak. Maaf, kalau saya menyatakan sesuatu untuk tidak betul. Tidak hanya keselamatan Dr. Mahathir, tidak hanya soal fizikal sekuriti tetapi mereka juga tahu apa Dr. Mahathir buat, ke mana pergi lepas dinner dan sebagainya. Demikian semua pemimpin, itu kerja mereka sebab mereka mementingkan keselamatan, bukan hanya mementingkan soal peribadi, tetapi keselamatan negara, masa depan, perwatakan pemimpin untuk menjadi pemimpin yang berwibawa yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara. Saya tahu hal ini dari pengalaman-pengalaman saya mengikuti mereka dalam meliputi lawatan-lawatan Tun Hussein Onn dan sebagainya ke luar negara. Kita ini sebagai orang surat khabar, tertanya-tanya juga. Jadi, saya tidak nampak bahawa - perkara­perkara ini bukanlah kerana kepentingan dirinya tetapi kerana kepentingan negara, kepentingan bangsa dan kepentingan agama. Hal ini haruslah disedari oleh kita dan kita tidak menyalahertikan apa yang telah dilakukannya. Saya rasa bahawa kita sesekali memang kita rasa gentar, kita rasa takut kenapa kadang-kadang serangan begitu hebat yang telah dilakukan oleh beliau.

Saya suka menyatakan kenapa, walau kita tidak percaya, kesilapannya ialah kesilapan Dr.Mahathir sendiri yang tidak mempercayai apa yang telah dilaporkan oleh polis tujuh, lapan tahun dahulu kepadanya. Beliau tidak percaya, satu kesilapan yang paling besar. Banyak orang kena, bila pergi mengadu, bagi tahu, "You busuk hati, tidak adakah cerita lain tentang baiknya orang ini, hanya yang buruk." Beliau percaya penuh, mempunyai kepercayaan yang penuh kepada orang ini dan beliau tidak percaya tetapi CIA percaya. Saya percaya CIA percaya. Mereka lebih cekap daripada polis kita. Mereka mempunyai hubungan-hubungan yang rapat di sini. Mereka mempunyai kaki-kaki, ejen-ejen dan sebagainya. Sebab itu mereka mesti memperjuangkan, memperjuangkan terus-terusan, mesti meletakkan orang ini sebagai pemimpin, sebabnya kuasa di tangan mereka. Mereka takut kepada satu kebangkitan Islam yang mungkin akan menjadi masalah kepada mereka, yang tidak kompromi kepada cita-cita Amerika.

Tetapi rahsia besar ada di tangan mereka, let this man become to power and then we can ask him to move right-move forward, move right, move left. Kita akan melihat sokongan Amerika yang terus menerus kepada pemimpin ini. Kita akan melihat sokongan yang terus menerus kepada isterinya, kita akan melihat Filipina akan menjadi base kepada sokongan kepada agenda Amerika. Hal ini akan berlaku, tidak mahu percaya tetapi insya-Allah, Tuhan akan sentiasa berada di pihak yang benar. Banyak generasi baru tidak mahu percaya, tetapi Tan Sri Haniff ialah seorang profesional, saya melihat banyak bukti dalam menghadapi masalah komunis, menghadapi masalah konfrontasi Indonesia, banyak bukti yang tidak harus saya kemukakan, mungkin saya akan kemukakan dalam buku saya satu masa nanti, saya tidak tahu. Banyak, terlalu banyak, kecekapan, kehandalan, kepintaran, hanya secara

Page 30: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 25

ringkasnya saya menyatakan, during confrontation, masa konfrontasi seorang ejen Indonesia ditangkap yang juga kawan saya, selepas dia keluar, dia datang dan katakan pada saya, "Bagaimana percakapan kami dengan Dato' Kamporaju dalam teksi pun diketahui oleh polis". Cukup sekadar itu.

Saya rasa, saya tidak bimbang tentang soal1 bagi saya sebagai seorang Islam saya hormati bahawa saya tidak bimbang tentang, maaflah, saya berpegang kepada kepercayaan saya pada prinsip-prinsip saya sebagai seorang Islam tetapi saya tidak takut kepada soal pemimpin itu skandal dan sebagainya. Banyak pemimpin yang skandal yang berjaya dalam dunia, banyak, Hitler hampir berjaya menawan dunia dipuja oleh wanita-wanita sekalipun berapa banyak skandalnya. Sukarno pemimpin yang berjaya. Mou Tze Tong mempunyai banyak mistress. Clinton masih dipuja tetapi beliau merupakan seorang Presiden Amerika yang paling berjaya. [Disampuk] Pemimpin Arab dia close society, dia tidak ada, tidak boleh tahu apa benda, orang mati di Mekah pun kita tidak tahu, kalau kita ada di Mekahlah, kita hanya tahu macam Iran 200 orang mati masa pemberontakan Iran, saya ada di Mekah saya tidak tahu, balik negeri ini baru tahu. It is a close society.

Jadi saya dah lupa, trend of thinking tadi dah habis [Ketawa} Jadi itulah saya kata tetapi soalnya bagaimana kita hendak mengembalikan keyakinan rakyat. Saya bercakap terhadap apa yang saya yakin dan saya cuba untuk meminta keyakinan, kepercayaan bahawa orang ini bukan orang yang gilakan kuasa, bukan tetapi orang yang mementingkan yang setiap detik, setiap perjalanan mempunyai satu buah buku kecil yang mencatatkan apa yang dilihatnya, di mana yang harus boleh dibuat, setiap masanya digunakan sepenuhnya bukan untuk kuasa tetapi untuk kepentingan generasi akan datang yang penting kepada negara, yang penting kepada maruah kita sebagai suatu bangsa. Kita punyai maruah sekarang seperti yang saya katakan tadi, kita punya maruah yang besar kita feed the foreigners about 2 million foreigners we are feeding them now, that is a maruah, maruah kita sebagai satu bangsa.

_ Saya percaya bahawa insya-Allah dengan kegigihan, dengan bantuan­bantuan mereka yang sedar umpamanya saya gembira mendengarnya bahawa semuanya sedang berjuang tadi daripada Tuan Haji Ghafar, semuanya berjuang dengan kepercayaan yang sarna, saya rasa kita akan dapat keluar daripada krisis keyakinan ini dan krisis keyakinan ini tidak sahaja hanya kita mendapat bantuan daripada dalam negara tetapi juga Amerika sebagai negara demokrasi melihat Asia penting kepadanya, melihat Mahathir penting kepadanya. Mahathir bukan pemimpin Malaysia, ini adalah bukti Mahathir adalah salah seorang pemimpin, saya harap saya tidak keterlaluan kerana ini adalah diakui, diakui oleh dunia iaitu Times Magazine sendiri dalam satu rencana pengarangnnya tidak lama dahulu menyebutkan bahawa Mahathir adalah satu nama yang paling banyak disebut dalam dunia sekarang ini dan saya membaca dalam satu EIR, satu majalah penerbitan golongan yang anti establishment di Amerika juga menyebutkan Dr. Mahathir dalam majalahnya entah berapa kali dalam akhbarnya yang terluas tersebar juga serata dunia, entah banyak kali mereka quote beberapa kata-kata beliau daripada Santiago sampai ke Brazil, sampai ke mana-mana beliau dikenali. Jadi hal ini bukanlah suatu kebanggaan tetapi ialah bahawa kita mempunyai rakan-rakan kita di luar negara, kita mempunyai rakan-rakan yang bersimpati kepada kita di luar negara.

Kita banyak melihat kenyataan-kenyaataan yang saya tidak perlu mahu membaca dengan lebih lanjut umpamanya dalam apa ini, saya kehilangan catatannya. Saya melihat Farid Zakaria dalam sebuah bukunya 'Amerika Menuju Ke Arah Globalisasi' juga telah menyebutkan tentang bahawa tekan-tekanan yang dihadapi oleh Asia dan seperti yang telah saya sebutkan dalam ucapan saya semalam bahawa 2/3 of the world menyedari hakikat ancaman yang kita hadapi daripada Amerika, tetapi kita bangga bahawa sekarang mereka telah mulai melihat, mahu tidak mahu kita mengakui pemikiran-pemikiran aliran thinking mereka yang demokratik.

Page 31: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

26 DN.6.5.1999

Saya ingin membacakan satu komen iaitu daripada Edwan J. Fulner, President of The Heritage Foundation yang memberikan testifying ataupun memberikan laporannya baru-baru ini kepada US House of Representative Sub-Committee in Asia and Pacific ini bagaimana pentingnya Amerika tetap menganggap bahawa Asia termasuk Malaysia adalah penting kepada mereka, bukan semuanya hendak menghancurkan Asia - tidak, iaitu antara lain saya terjemahkan secara yang serentak iaitu the important of Asia, pentingnya Asia Amerika telah mempelajari bahawa nasib Asia adalah juga nasib kita. Kebebasan kita dan kenlakmuran kita adalah bergantung kepada kebebasan dan kemakmuran Asia. Kenyataan ini kadang-kadang dilupakan oleh Amerika sendiri, ia haruslah menyedari bahawa Asia adalah penting kepada Amerika hari ini seperti pentingnya mereka kepada kita pada tahun 1941, keselamatan kita adalah bergantung kepada networks, kepada rangkaian ikatan ketenteraan dengan Jepun dan juga Korea Selatan, ini harus kita ambil ingatan dia menyatakan bahawa keselamatan Amerika adalah bergantung kepada rangkaian ikatan perjanjian tentera dengan Amerika dan juga Korea Selatan untuk mengekalkan keamaan dan kestabilan di Asia.

Asia hari ini memberikan pelbagai cabaran, cabaran terhadap peluru berpandu kepada pantai-pantai kita yang meningkat dari sikap North Korea dan ini yang patutkah serangan ini iaitu katanya "China is emerging as a world power" "China sedang muncul sebagai kuasa besar dunia" mencabar kita, tidak hanya Asia tetapi mencabar dunia. Inilah ketakutan yang saya telah sebutkan tadi iaitu mereka melihat China sebagai kuasa besar dan mereka mesti hancurkan Asia untuk terus menyokong, lemahkan Asia untuk menyokong Amerika. The job of millions American depend on US export to Asia. Pergantungan mereka ini diakui bermilion pekerjaan rakyat adalah bergantung kepada eksport Amerika kepada Asia. Apakah dia mahu hancurkan Asia, tidak, dia hanya mahu melemahkan sementara waktu supaya kita berada di belakangnya untuk tidak menggagalkan cita-cita China menjadi satu kuasa besar.

Saya berhasrat kalau boleh saya mahu membuat konklusi bahawa pentadbiran Clinton menjawab semua cabaran-cabaran terhadap Asia dengan secukupnya, tetapi katanya, "I cannot," saya tidak boleh. Selalunya katanya pentadbirannya menganggap Asia sebagai suatu yang mencerewetkan (haphazardly), maaf kerana kalau terjemahan itu tidak berapa betul, barangkali kalau Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz ada terjemahan yang lebih tepat, saya tidak tahu. Dan selalunya ia membuat dasar-dasar, memalingkan (reverse) balik dasar-dasamya atau merombak dasar-dasamya (reversing policy) tanpa keterangan-keterangan yang cukup, (without sufficient explanation), mengelirukan kawan-kawan (confusing friends) dan juga musuh dan gagal untuk membawa dasar damai Amerika dalam satu strategi yang mantap.

Pemikiran itu telah dilaporkan kepada US House of Representative Subcommittee in Asia and Pasific. Jadi, kita percaya, kita harus memberikan keyakinan terhadap seorang General yang telah membawa bendera untuk kemenangan kita dan kita tidak harus dikelirukan oleh ejen-ejen mereka. Kita harus jelas ke mana kita akan pergi, kita harus melihat masa depan kita dengan keyakinan dengan memberikan sokongan kepada pimpinan yang ada, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Puan Chew Poh Thoi.

12.12 tgh.

Puan Chew Poh Thoi: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berbahas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Hari ini adalah kali pertama saya berucap di Dewan Negara, jika ada sebarang kesilapan harap maaf. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang telah melantik saya sebagai Ahli Dewan Negara.

Page 32: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 27

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menyentuh beberapa perkara dalam bidang pendidikan. Tuan Yang di-Pertua, ko-kurikulum sekolah-sekolah kini menyediakan pendidikan moral kepada para pelajar bukan beragama Islam. Saya berpendapat langkah ini amat wajar demi membina insan yang berakhlak tinggi. Dengan pelbagai unsur negatif dan mungkin mempengaruhi anak-anak kita, pendidikan moral memberi panduan dan menyedarkan mereka tentang gejala-gejala buruk yang wujud. Dengan mengajak anak-anak muda tentang mengenali kebaikan dan keburukan, saya percaya mereka akan Iebih memahami peranan mereka sebagai insan berakhlak mulia dan sebagai warganegara yang bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan agar pendidikan moral diwajibkan untuk semua pelajar setelah meneliti kelebihan mata pelajaran ini dalam membentuk anak-anak muda yang bermoral dan cintakan negara.

Tuan Yang di-Pertua, sekolah-sekolahjenis kebangsaan terutamanya sekolah jenis kebangsaan Cina sentiasa menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar. Saya yakin Kementerian Pendidikan menyedari masalah ini dan sedang mengambil langkah untuk mengatasi keadaan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat bahawa guru-guru kontrak merupakan satu penyelesaian kepada masalah ini, walaupun sudah bersara ada yang di kalangan mereka yang masih mampu berkhidmat untuk beberapa tahun lagi. Guru­guru kontrak mempunyai banyak pengalaman yang dapat memanfaatkan sebuah sekolah selagi mereka memanjangkan perkhidmatan mereka peluang harus disediakan kepada mereka. Golongan ini mungkin dapat memberi perkhidmatan yang lebih berkesan daripada guru-guru sandaran yang tidak terlatih, kurang berpengalaman dan sering berkhidmat untuk jangka masa yang terlalu pendek.

Tuan Yang di-Pertua, menyentuh perkara sekolah jenis kebangsaan, ingin saya mencadangkan agar jumlah sekolah jenis kebangsaan Cina di bandar ditambahkan. Buat masa ini beberapa sekolah jenis kebangsaan Cina di bandar yang mempunyai warga pelajar yang berjumlah sehingga 2,000 atau 3,000. Dengan bilangan pelajar yang begitu ramai dalam sesebuah sekolah, sekolah ini menghadapi pelbagai masalah. Kemudahan seperti kelas, perabut, perpustakaan, padang dan kantin tidak dapat menampungkan bilangan yang ramai. Begitu juga tenaga pengajar tidak dapat memberi perhatian dan bimbingan yang sepenuhnya. Memandangkan kehadiran pelajar bukan berbangsa Cina dalam sekolah seperti ini menunjukkan bahawa sekolah jenis kebangsaan Cina tidak terhad kepada masyarakat Cina sahaja, malah kecenderungan seperti ini boleh digalakkan untuk membina bangsa Malaysia yang saling memahami antara budaya. Sebaik-baiknya sesebuah sekolah harus mempunyai 900 hingga 1,000 untuk sekolah tersebut berfungsi secara optimum.

Tuan Yang di-Pertua, ingin pula saya mengutarakan isu berkaitan wanita. Dalam masyarakat yang prihatin kepentangan seseorang ibu harus diberi perhatian. Namun dalam hal penjagaan anak, saya berpendapat golongan wanita kurang diberi hak untuk bertanggungjawab ke atas anak mereka. W alaupun seseorang wanita menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan memelihara, mendidik dan memberi kasih sayang kepada anaknya wanita tidak diberi hak untuk bertanggungjawab atas seseorang anak. Keadaan ini paling ketara dalam proses permohonan pasport di mana hanya bapa seseorang kanak-kanak dibenarkan untuk menguruskan perkara tersebut. Langkah ini membawa kesulitan kepada wanita yang telah bercerai atau balu.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya cadangkan supaya hak atas tanggungjawab wanita terhadap anak terutamanya sekiranya bapa anak tiada atau tidak hadir dapat diubah supaya mereka lebih berperanan dalam urusan anak mereka. Di sini juga saya ingin menyokong cadangan Yang Berhormat Puan Tan Ah Eng tentang masa kerja

Page 33: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

28 DN.6.5.1999

yang lebih fleksibel bagi kaum wanita supaya mereka dapat menguruskan rumahtangga dengan lebih teratur membina keluarga yang bahagia.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya ingin saya nyatakan masalah yang dialami oleh isteri dan keluarga seseorang pencarum di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Lazimnya, seseorang ahli KWSP yang membuat penama~ sebelum perkahwinannya akan menamakan ibu bapa atau adik-beradiknya untuk menerima wang yang sepatutnya, sekiranya dia meninggal dunia. Bagaimanapun, apabila ahli tersebut berkahwin, dia tidak membuat penamaan baru untuk isterinya. Sekiranya ahli tersebut meninggal dunia, wang dalam KWSP itu akan diberi kepada calon penamaannya, iaitu adik-beradik atau ibu bapa ahli tersebut. Keadaan ini menyulitkan isteri dan anak­anaknya sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, ingin saya cadangkan satu prosedur untuk ahli-ahli KWSP untuk membuat penamaan baru setelah berkahwin, manakala penamaan pertama dapat dibatalkan apabila ahli tersebut berkahwin. Sehubungan dengan itu, cadangan mengenai penamaan juga dilanjutkan dalam kes-kes wasiat, iaitu penamaan dalam wasiat juga dipengaruhi dengan perkahwinan seseorang itu.

Tuan Yang di-Pertua, pohonkan saya menyentuh perkara berkaitan pesara sektor perkhidmatan awam. Seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar bin Haji Ismail, pendapatan kakitangan kerajaan adalah lebih daripada masa yang lalu dan beliau telah mencadangkan supaya diadakan satu bayaran minimum, yang ia kata sebanyak RM600 iaitu satu amaun di mana kerajaan mampu membayar sebagai penyelarasan untuk pesara-pesara ini. Menyedari implikasi tindakan ini terhadap keadaan kewangan pihak kerajaan, saya mencadangkan satu tahap maksimum untuk mengehadkan bayaran pencen tersebut. Saya percaya dalam usaha untuk bertindak adil dan menjaga kepentingan para pesara, kepentingan kewangan juga hams diberi perhatian supaya dapat mengimbangkan manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu pesara dan juga pihak kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang akan saya bincangkan seterusnya juga berkaitan dengan pemberian wang kepada warga tua. Seperti yang kita tahu para penghuni rumah kebajikan warga tua kita bergantung kepada pihak kebajikan untuk menyara mereka. Mereka diberi bantuan sebanyak lebih kurang RM70 setiap bulan.

Tuan Yang di-Pertua, pada pendapat saya, jumlah ini tidak cukup dalam keadaan sekarang di mana harga pelbagai barang kian meningkat.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya bantuan kewangan kepada warga tua dalam rumah kebajikan dapat dikaji semula dan ditambahkan demi memelihara kebahagiaan warga tua kita.

Tuan Yang di-Pertua, untuk menutup ucapan saya, sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Chet Singh.

12.25 tgh.

Dato' Chet Singh: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk turut serta di dalam perbahasan atas Usul Terima Kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, sekali lagi kita patut bersyukur kepada Tuhan kerana negara kita masih stabil, aman dan selamat. Pihak kerajaan terus memastikan agar polisi-polisi dan tindakan yang diambil nescaya menyumbang sepenuhnya terhadap keamanan, kestabilan dan kesejahteraan ekonomi negara. Majoriti rakyat telah menghargai usaha-usaha ini sepenuhnya di samping memberikan sokongan penuh kepada kerajaan. Hanya segolongan kecil menunjuk perasaan dan cuba menimbulkan kekacauan disebabkan faktor-faktor yang hanya diketahui oleh mereka. Para pemuda-

Page 34: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 29

pemudi yang tidak berhaluan ini, patut dibimbing oleh keluarga dan rakan-rakan mereka bahawa cara ini tidaklah sesuai untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan mereka malah juga tidak membawa sebarang perubahan untuk kebaikan negara.

Kita patut berterima kasih dengan kehadiran dan · perkembangan media elektronik yang telah melahirkan generasi muda. yang berpendidikan dan lebih menyedari akan perkara-perkara semasa. Kita memiliki sebilangan besar pemuda­pemudi yang rasional. Walau bagaimanapun, yang mungkin kehilangan ialah cara memanfaatkan tenaga para pemuda-pemudi ini bagi berkhidmat untuk negara.

Justeru itu, saya ingin cadangkan di sini agar usaha-usaha yang sesuai dimulakan sejak di bangku sekolah lagi dengan menjadikan aktiviti-aktiviti kokurikulum lebih menarik dan juga mandatori. Aktiviti-aktiviti seperti kegiatan Pengakap, Pandu-puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet mesti diwajibkan. Ini dapat memastikan agar seorang kanak-kanak dapat belajar dan mengamalkan disiplin, bekerjasama dan dilatih untuk berkhidmat sejak kecil lagi. Ini seterusnya dapat menyemai perasaan kemasyarakatan dan sikap menyayangi insan lain dan juga alam sekitar dalam diri kanak-kanak tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha ini mesti diteruskan dan dicadangkan agar kerajaan membuat pertimbangan untuk memperkenalkan Khidmat Negara di negara kita. Rakyat mesti disedarkan dan sedia menerima kenyataan bahawa sememangnya merupakan tugas mereka untuk berkhidmat bagi negara. Timbulnya satu keperluan yang kukuh untuk mewujud dan memperkembangkan semangat kesetiaan kepada negara, berkhidmat untuk negara, berkorban dan menyumbang di kalangan rakyat.

Cadangan-cadangan ini dikemukakan dengan tanggapan untuk membentuk sebuah generasi Malaysia yang baru, iaitu yang bersemangat patriotik, berdisiplin, bersikap rasional, bekerja keras dan bersifat penyayang, dengan izin, 'in a nutshell a new civil Malaysian society'.

Tuan Yang di-Pertua, usaha-usaha yang diambil mesti dipastikan agar pemuda-pemudi negara kita membesar dengan fikiran yang matang dan rasional, di samping hidup bersama dalam suasana yang aman dan harmoni. Isu yang perlu ditegaskan ialah persamaan yang wujud di kalangan etnik Malaysia yang pelbagai dan bukannya mengenai perbezaan mereka.

Justeru itu, seminar-seminar seperti seminar "Perkembangan Ekonomi dan Perpaduan Kebangsaan: Realiti, Cabaran dan Harapan" yang diadakan baru-baru ini nescaya amat berkesan. Dapatan dan kesimpulan mengenai seminar-seminar seperti itu patut disebarkan secara meluas.

Berdasarkan satu laporan akhbar, didapati salah satu kesimpulannya menyatakan bahawa kewujudan pelbagai identiti budaya yang kukuh tidak bermaksud yang masyarakatnya kurang bersepadu. Identiti budaya yang wujud ini mesti disesuaikan dan bukannya dihapuskan sama sekali.

Tuan Yang di-Pertua, di seminar ini juga dalam konteks Malaysia petikan daripada bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie menyatakan bahawa sememangnya penting bagi rakyat Malaysia mengukuhkan identiti kebangsaan bukan hanya sekadar bertolak ansur berkenaan perbezaan budaya yang wujud, malah juga mesti sedia saling hormat menghormati dan menerima satu sama lain, dengan izin, if I may quote him in English; It was important for Malaysians to reinforce their national identity by going beyond mere tolerance of each others' cultures to mutual respect and mutual sense of acceptance".

Saya ingin cadangkan agar perasaan saling hormat menghormati dan menerima satu sama lain ini diamalkan dalam setiap agama. Pihak kerajaan juga mesti memainkan peranan utama dalam memastikan yang perasaan saling hormat menghormati dan menerima ini digalak dan diperkukuhkan.

Page 35: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

30 DN.6.5.1999

Tuan Yang di-Pertua, Titah Ucapan ini merupakan wadah terbaik untuk menyebarkan maklumat saling hormat menghormati dan penerimaan antara satu sama lain. Selaras dengan itu perenggan 29 Titah Ucapan boleh ditulis semula untuk menyatakan keperluan saling hormat menghormati dan menerima agama satu sama lain. Usaha lanjutan juga mesti diambil untuk menyemai kesedaran akan kehadiran pelbagai agama yang wujud. Yang diperlukan ialah kekuatan agama untuk berjuang demi keadilan, kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia.

Tuan Yang di-Pertua, rakyat Malaysia berpegang kuat kepada keamanan. Justeru itu jika semua orang dapat bekerjasama maka nescaya kita dapat bergerak ke arah membina sebuah masyarakat kukuh yang bersepadu. Menghormati peraturan undang-undang dan tampil ke hadapan dalam memastikan keadilan dan melindungi hak-hak rakyat. Rakyat mesti bekerjasama untuk kebaikan bersama demi masa hadapan semua. Kerajaan pula mesti memainkan peranan dalam mempertingkatkan mutu kawalan (good governance) di samping menunjukkan lebih bertanggungjawab, sifat ketoleranan, kebolehan meramal dan penyertaan.

Dalam era menuju dan bergerak ke arah millineum yang baru, kita akan menghampiri objektif Wawasan 2020 iaitu apabila Malaysia mencapai status pembangunan yang lebih tinggi. Rakyat diramalkan akan bersikap lebih matang dan rasional sementara tenaga kerja kita pula menggunakan kaedah dan proses yang berasaskan pengetahuan. Persekitaran pasti berbeza kerana rakyat inginkan lebih banyak peluang penyertaan dan adalah amat sedar akan hak dan tanggungjawab mereka.

Kerajaan telah mengambil satu langkah penting ke hadapan dengan mengumumkan keinginan untuk menubuhkan Suruhanjaya Kebangsaan Mengenai Hak Asasi Manusia (National Commission on Human Rights) demi membantu dalam mencapai perkembangan dan pembangunan peringkat demokratik ini. Jika suruhanjaya ini ditubuhkan secara mantap dan berfungsi secara adil dan bebas, maka nescaya demokrasi dan kebebasan yang diingini dapat dicapai. Dengan itu rakyat pasti akan memberikan sokongan berterusan kepada kerajaan dan ini akan mewujudkan keadaan yang lebih selesa.

Tuan Yang di-Pertua, saya amat yakin dengan masa hadapan negara kita. Kita berjaya melalui rintangan kemerosotan ekonomi dan kini bersedia untuk muncul dengan lebih kuat. Rakyat sedar akan keperluan disiplin dan bersedia menerima pengawasan yang lebih ketat dan cuba menjalan hukuman apabila perlu. Selaras deng1111 itu mungkin sudah tiba masanya kita mengkaji etika kerja, syarat dan peraturan yang dipatuhi dan undang-undang yang diamalkan. Undang-undang yang mementingkan rakyat mungkin tidak akan diutamakan lagi apabila rakyat adalah lebih matang dan lebih mementingkan perlanggaran hak-hak manusia. Satu contoh undang-undang sedemikian adalah ISA. Dalam hal ini pada hemat saya ISA patut dan harus dikaji semula dengan sedalam-dalarnnya dengan mengambil kira suasana dan keadaan serta pandangan-pandangan rakyat jelata supaya kepentingan dan keselamatan negara akan terpelihara selama-lamanya.

Tuan Yang di-Pertua, memang tidak dapat dinafikan bahawa sektor pengeluaran masih merupakan sektor utama dalam perkembangan ekonomi negara. Kerajaan akan terus memberikan keutamaan dalam memperbaiki dan meningkatkan produktiviti dan daya saing dengan menggalakkan industri sumber yang berasaskan pengetahuan berteknologi tinggi serta berorientasikan eksport. Tahniah mesti diucapkan kepada MIT! dan MIDA atas usaha-usaha mereka dalam hal ini. Usaha­usaha ini mesti dijalankan oleh semua pihak. Justeru itu amatlah penting agar agensi­agensi lain khususnya, terlibat dalam membekalkan utiliti dan infrastruktur, kerajaan negeri dan agensi-agensinya serta pihak berkuasa tempatan turut memberikan keutamaan yang sama.

Page 36: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 31

Dalam hal ini perkhidmatan utiliti masih perlu dipertingkatkan. Pengendalian clan pengurusan kawasan-kawasan industri harus dipertingkatkan. Perkhidmatan yang disediakan untulc para pelabur mesti lebih berorientasikan pelanggan dengan mengkaji semula konsep satu perhatian, dengan izin, one stop centre. Lebih tertumpu dalam mempromosi clan membangunkan IKS. Semua ini adalah berasaskan sikap puas hati yang telah dirasai. Malaysia tidak merupakan satu-satunya pusat pelaburan yang wujud. Jiran-jiran ASEAN kita clan kemunculan ekonomi-ekonomi baru semuanya seclang menimbang pengetahuan dari pengalariian kita di samping bersiap sedia untulc menarik pelaburan asing langsung, dengan izin, what is sensed on the ground, is complacency and forgetting that Malaysia is not the only investment center. Our neighbours have caught up with us by learning from us.

Justeru itu pihak yang bertanggungjawab clan terlibat secara langsung itu mesti bersedia mengharungi cabaran-cabaran ini clan bukan semata-mata bertindak balas sahaja. Pihak-pihak ini mesti bersikap pro-aktif clan memastikan yang kita sentiasa menjadi pusat pelaburan yang digemari, dengan izin, favoured investment centre.

Kawasan-kawasan baru mesti dibangunkan demi meneruskan kemajuan clan perkembangan pusat pengeluaran. Sesetengah kawasan ini merupakan kawasan hijau, dengan izin, green field yang mempunyai kelebihan-kelebihan yang bersesuaian untulc membangunkan pusat pengeluaran. Kos perolehan tanah, pembangunan penyediaan infrastruktur yang bermutu adalah tinggi. Saiz projek clan kos yang tinggi tidak menarik penglibatan sektor swasta, justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untulc membangunkan taman-taman industri clan estet. Tuan Yang di-Pertua, sektor swasta hanya kelihatan melibatkan diri di kawasan-kawasan yang matang clan membangun. Sejurus dengan itu sumber kewangan merupakan faktor yang amat kritis dalam hal ini. Oleh itu dicaclangkan agar pihak kerajaan membuat pertimbangan untulc menyediakan clana pembangunan khas demi membangunkan taman-taman industri clan estet dengan tujuan memperkembangkan lagi sektor pengeluaran.

Tuan Yang di-Pertua, perkembangan kemahiran clan penambahan tenaga kerja juga mesti diberikan keutamaan yang lebih pada masa yang sama. Tanpa keutamaan tersebut amatlah sukar untulc mempertingkatkan produktiviti dan mewujudkan pekerja-pekerja yang berpengetahuan, knowledge workers, dengan izin. Saya pemah mengemukakan isu ini beberapa kali sebelum ini namun merasakan tidak ada keutamaan clan bentulc yang sesuai sehingga kini clan disebabkan itu saya ingin tegaskan sekali lagi. Mungkin sudah tiba masanya untulc mewujudkan sebuah kementerian yang dapat memimpin a lead ministry dengan izin, dalam menyelaraskan rancangan dan pelaksanaan langkah-langkah ke arah melahirkan pekerja-pekerja yang lebih mahir clan berpengetahuan.

Di sini nampaknya Kementerian Pendidikan yang kaya dengan sumber dan infrastruktur pendidikan mungkin amat sesuai untulc memikul tanggungjawab dan tugas ini demi memperkembangkan kemahiran di samping menambah clan menyesuaikan pekerja. Program-program perkembangan kemahiran boleh dijalankan baik secara sepenuh masa mahupun separuh masa dan mesti terbuka untulc semua orang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu isu mengenai segmen tenaga kerja memandangkan saya telah menyentuh tentang isu keperluan pembangunan tenaga kerja kita. Dalam hal ini saya merujuk kepada keadaan pahit getir para pekerja ladang yang terpaksa bekerja keras untulc mendapatkan upah sebulan di samping ketiadaan peruntulcan kawasan perumahan yang sesuai dan faedah persaraan yang adil. Malangnya sehingga kini para pekerja ladang yang menjadi ahli kesatuan sekerja adalah tertakluk kepada perjanjian kolektif yang diadakan pada Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Malaysia clan Kesatuan Pekerja-pekerja Ladang. Perjanjian-perjanjian kolektif ini telah mengekalkan amalan-amalan zaman

Page 37: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

32 DN.6.5.1999

penjajahan. Kadar upah mungkin telah meningkat tetapi jumlah gaji yang dibawa pulang adalah masih rendah apabila dibandingkan dengan sektor-sektor ekonomi yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, tuntutan upah bulanan adalah wajar. Justeru itu, dalam tahun 1990 Majlis Perunding Ekonomi Kebangsaan tel~ mengesyorkan satu skim upah bulanan bagi para pekerja ladang. Malangnya cadangan-cadangan yang dikemukakan itu tidak pernah dilaksanakan lalu menyebabkan pekerja ladang terns hidup dalam keadaan pahit getir. Seandainya keadaan pahit getir para pekerja ladang ini belum diatasi lebih-lebih lagi dalam era maju ke abad 21, maka nescaya usaha­usaha kita untuk mencapai status sebuah negara membangun akan diselubungi satu 'stigma'. Saya merayu agar pihak kerajaan mengambil inisiatif demi mengatasi isu kini. Kerajaan patut meneliti situasi tersebut dan menggubal undang-undang yang diperlukan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu saya menyokong usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong clan mengucapkan terima kasih ke atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Zainal dahulu.

12.48 tgh.

Tuan Zainal bin Rampak: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Terlebih dahulu izinkan saya mengambil kesempatan di sini bagi merakamkan setinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Ucapan Diraja semasa merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal kelima, Parlimen Kesembilan. Titah Ucapan tersebut tela menyentuh beberapa isu penting negara yang memerlukan perhatian dan susulan sewajarnya Dewan ini begitu juga kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, selain dari apa yang telah diucap dan diperkatakan oleh rakan-rakan saya Ahli-ahli Yang Berhormat beberapa hari yang lepas di Dewan yang mulia ini, saya pula ingin menyentuh beberapa isu yang saya anggap penting untuk dipertirnbangkan oleh pihak kerajaan. Satu perkara Tuan Yang di-Pertua, ialah soal umur bersara wajib kakitangan perkhidmatan awam.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang kita sedia maklum, bahawa jangka hayat rakyat Malaysia telah beransur-ansur menunjukkan peningkatan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini. Semasa zaman belum merdeka ianya sudah cukup bertuah jika seseorang itu dapat hidup sehingga menjangkau umur 60 tahun. Banyak penduduk kampung dan pekerja-pekerja ladang yang meninggal dunia kerana penyakit seperti malaria, cirit birit, taun dan demam kapialu pada peringkat umru yang masih muda.

Bagaimanapun dengan kemajuan kemudahan perubatan dan kesihatan yang semakin bertambah baik yang disediakan oleh kerajaan, tempoh jangka hayat rakyat Malaysia telah dilanjutkan dan kadar kematian di peringkat kanak-kanak pula telah dapat diturunkan dengan begitu mendadak sekali.

Tuan Yang di-Pertua, kadar kematian kanak-kanak telah menurun dari setinggi 18% pada lewat tahun 40an dan 50an sehingga ke paras terendah kurang daripada 1 % dalam pertengahan tahun 90an. Oleh kerana peningkatan kualiti hidup yang bertambah baik jangka hayat purata rakyat Malaysia pada hari ini seperti yang dijmumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia, dengan izin, WHO adalah 72 tahun bagi lelaki dan 75 tahun bagi wanita. Ini menunjukkan kaum wanita di negara kita akan hidup lebih lama dari kaum lelaki untuk menikmati hasil-hasil pembangunan dan nikmat dunia. Melihat kepada aliran perubahan ini agak malang sekali, kerana kerajaan masih belum lagi memberi perhatian terhadap isu mengkaji semula umur

Page 38: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 33

persaraan wajib pekerja-pekerja kita sama ada di sektor awam mahupun di sektor swasta.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan umur bersara wajib bagi pekerja­pekerja kita dinaikkan dari 55 tahun sepertimana yang diamalkan sekarang kepada 60 tahun genap. Dan peruntukan yang ada dikekalka~ pada mereka yang ingin bersara awal pada umur 50 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut sistem yang ada sekarang kakitangan­kakitangan kerajaan wajib bersara apabila mencapai umur 55 tahun. Ini bermakna, Tuan Yang di-Pertua, bahawa semua pekerja kita terpaksa bersara 12 bulan lebih-awal dari umur persaraan mereka yang sebenar. Adalah sangat menyedihkan keadaan sedemikian berlaku bukan atas kesilapan pekerja-pekerja itu sendiri tetapi sistem yang tidak dipinda selaras dengan kemajuan dan peredaran zaman.

Umur bersara wajib yang saya cadangkan ini akan dapat memperbetulkan segala kejanggalan yang selama ini belaku di kalangan pekerja-pekerja kerajaan di negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, pekerja-pekerja kita masih terlalu muda dan sihat tubuh badan semasa berumur 55 tahun. Setengah daripada mereka mempunyai anak-anak yang masih kecil dan bersekolah lagi, mereka masih berupaya memberikan khidmat yang baik kepada majikan mereka untuk jangka masa beberapa tahun lagi. Mereka telah memperolehi segala kemahiran dan pengalaman berkaitan dengan pekerjaan yang sangat diperlukan oleh negara yang mana ini merupakan satu-satu aset bukan sahaja kepada majikan dan kerajaan tetapi juga kepada negara keseluruhannya.

Adalah amat sedih dan mengecewakan sekali sekiranya pengalaman dan kemahiran mereka yang tidak ternilai ini dibazirkan begitu sahaja hanya atas sebab­sebab peruntukan undang-undang persaraan yang telah lapuk dan usang kita pakai.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana kita sedia maklum kerajaan negeri ini telah memberikan beberapa kelonggaran kepada kakitangan awam, guru-guru sekolah yang ingin melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan dan juga luar negara dengan memberikan cuti belajar bagi tempoh pengajian atau kursus yang diikuti oleh mereka, yang mana cuti tersebut dianggarkan di antara 4-5 tahun. Tempoh pengajian mereka di IPT tidak diambil kira sebagai cuti pengajian tetapi dianggap sebagai masa berkhidmat. Dengan hal yang demikian, bila mana kembali semula berkhidmat, tempoh perkhidmatan mereka telah berkurangan. Itulah sebab kadangkala, Tuan Yang di-Pertua, kita dapat melihat seseorang itu bila sampai ke jawatan yang tinggi sama ada Ketua Setiausaha I kementerian ianya hanya berkhidmat 2-3 tahun sahaja. Alangkah membazirnya pengalaman yang ditimba oleh mereka dan begitu juga kepakaran yang ada pada mereka kita tidak gunakan untuk satu jangka masa yang panjang.

Tuan Yang di-Pertua, negara kita sememangnya memerlukan sumbangan berterusan pekerja yang berkemahiran dan berpengalaman demi untuk merealisasikan Wawasan 2020, seterusnya menuju ke alafbaru.

Tuan Yang di-Pertua, apabila kita melihat pula kepada golongan pekerja sokongan, 'supporting group', dengan izin, di dalam sektor awam dan juga swasta yang mana kebanyakan terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Persaraan sebenarnya di kalangan golongan ini, Tuan Yang di-Pertua, akan hanya membawa penderitaan dan kesengsaraan kepada mereka dan keluarga, bukannya kegembiraan.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana kita sedia maklum kebanyakan pekerja­pekerja sektor awam yang bersara dari kalangan pekerja-pekerja sokongan dan berpendapatan rendah menerima pencen kurang dari RM500 sebulan. Oleh kerana umur mereka masih muda sepertimana yang telah saya jelaskan anak-anak mereka

Page 39: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

34 DN.6.5.1999

masih kecil, mereka terpaksa mencari pekerjaan bila mereka bersara. Dalam usaha mereka mencari pekerjaan, mereka terpaksa pula bersaing dengan pekerja-pekerja yang lebih muda untuk merebut peluang pekerjaan yang boleh dilakukan oleh mereka dan ianya sangat terhad sekali.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara, soal pinjaman perumahan kakitangan awam. Kita tahu kakitangan awam yang ingin memohon pinjaman perumahan, mereka terpaksa bekerja sehingga sampai umur 35 tahun bila mana pendapatan cukup untuk membayar hutang perumahan. Biasanya, Tuan Yang di-Pertua, mereka hanya meminjam pinjaman perumahan bila sampai umur 35 tahun. Jadi, mereka ada umur 20 tahun ataupun 19 tahun. Bila mana mereka bersara, mereka terpaksa berhutang untuk membayar pinjaman perumahan untuk 6 tahun lagi selepas mereka bersara. Ini satu perkara yang kerajaan harus fikirkan dan apakah sebabnya. Saya memohon supaya umur kakitangan ini dilanjutkan menjadi genap 60 tahun, Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, itu salah satu daripada perkara dan juga berkenaan dengan hutang-hutang yang lain seperti motokar dan sebagainya. Bagaimana pula dengan perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka yang masih kecil. Kadang- kala kita tahu, di kalangan muda mudi, hari ini berkahwin berumur antara 25 tahun atau 30 tahun. Saya tahu ramai dari Ahli-ahli Kesatuan Sekerja, Tuan Yang di-Pertua, kadangkala mereka berpakat bila berkahwin tidak mahu melahirkan anak terlebih awal. Persoalan dia, pendapatan mereka Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mereka dari kalangan bekas anggota keselamatan pula seperti polis dan tentera, kerja yang boleh dilakukan oleh mereka berasaskan pengalaman mereka ialah menjadi pengawal keselamatan. Kita semua sedia maklum berapakah gaji yang dibayar oleh pihak syarikat yang mengendalikan syarikat tersebut. Gaji yang dibayar oleh syarikat-syarikat yang menggaji pengawal keselamatan ini amatlah rendah iaitu lebih rendah dari gaji despatch rider, dengan izin, walaupun mereka ini dianugerahkan dengan paku-paku atau 'whip', dengan izin, saya tengok dia pakai paku (whip) cukup banyak. Sungguh seronok kita tengok tetapi kalau kita tanya berapakah gaji sebulan mereka, Tuan Yang di-Pertua, kurang daripada gaji despatch rider. Kerja siang dan rnalam, mereka terdedah dengan kemalangan, kemalangan bukan sahaja berlaku di jalan raya tetapi kernalangan rnaut, iatu tembak menembak, rompakan dan sebagainya. Inilah keazaban yang ditimpa oleh mereka.

Saya tahu Tuan Yang di-Pertua, kerana saya bercakap ini kebanyakan daripada kesatuan-kesatuan security employees union ini bergabung dengan MTUC dan mereka selalu menceritakan hal ini dalam persidangan MTUC dan mengeluarkan perasaan. Jadi, itulah sebabnya, Tuan Yang di-Pertua, saya benar-benar memohon kepada kerajaan supaya menimbangkan angka umur ini dilanjutkan supaya membolehkan mereka ini bila mana bersara dapat menyelesaikan hutang rumah, motokar, anak telah besar, boleh pula bekerja, melapangkan fikiran dan bersara dengan kegembiraan, bukan dengan keseksaan sepertimana yang berlaku sekarang ini.

Tuan Yang di-Pertua, setelah kita menyatakan tentang umur kakitangan awam dan swasta serta rnasalah yang dialami oleh pekerja-pekerja sokongan setelah bersara, saya ingin pula untuk membawa perhatian Dewan ini kepada masalah golongan profesional iaitu para doktor yang berkhidrnat di hospital negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, perkhidrnatan mereka adalah sangat diperlukan oleh negara, dalam usaha kita untuk mempertingkatkan taraf kesihatan rakyat negara ini. Dengan harapan yang begitu tinggi kita semua kepada mereka untuk berkhidrnat dan memberikan perkhidrnatan yang cemerlang kepada rakyat negara ini, sudah barang tentu bekerja sebagai profesion doktor adalah sesuatu yang begitu penting pada kita semua. Tahukah kita, Tuan Yang di-Pertua, bahawa gaji mereka adalah lebih rendah daripada doktor-doktor yang bekerja di pusat-pusat pakar perubatan swasta ataupun klinik-klinik biasa.

Page 40: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 35

Tuan Yang di-Pertua, kita tidak mahu anak-anak watan negara kita ini yang telah kita latih dan setengahnya pula mendapat pelajaran dan pengalaman yang begitu tinggi dalam bidang kedoktoran, setengahnya pula menjadi pakar dan kebanyakannya pula setaraf dengan pakar-pakar di luar negeri di peringkat .antarabangsa dalam berbagai bidang kepakaran perubatan akan meninggalkan · bidang perkhidmatan mereka kerana berlainan dan tidak sejajar diberikan kepada mereka. Walaupun dalam situasi sekarang ini, gaji mereka tidak sama dengan gaji yang dibayar oleh pusat-pusat pakar perubatan ataupun klinik-klinik biasa, namun demikian, Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan mereka ini masih berkhidmat di hospital-hospital kerajaan kerana ingin meneruskan khidmat dan setia kepada negara walaupun masa kerja yang panjang dan tidak ada kerja lebih masa dan saya ingin mengucapkan di dalam Dewan yang mulia ini, syabas kepada mereka yang telah berkhidmat dengan kerajaan demi untuk kepentingan rakyat dan negara yang kita cintai.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mencadangkan supaya gaji dan syarat-syarat perkhidmatan yang lebih baik setaraf dengan apa yang dibayar oleh pusat-pusat pakar perubatan swasta dibayar kepada mereka bukan sahaja bagi mengelakkan mereka meninggalkan perkhidmatan tetapi mengiktiraf sumbangan mereka yang berharga kepada negara, bangsa dan rakyat Malaysia.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sambung selepas makan tengah hari.

Tuan Zainal bin Rampak: Terima kasih, saya akan sambung semula.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis ini ditempohkan sehingga jam 2.30 petang hari ini.

MesyuaraJ diJempohkan pada pukul 1.00 tengah hari.

Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan mesyuarat]

Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat, sambung

Tuan Zainal bin Rampak: Sebelum berhenti rehat makan tengah hari tadi Tuan Yang di-Pertua, saya telah menjelaskan dua isu yang ada hubung kait dengan kakitangan perkhidmatan awam. Satu, umur bersara dan kedua berkenaan perkhidmatan para doktor di hospital di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam isu kakitangan saya ingin lagi memperkatakan isu ini. Dalam isu kakitangan sokongan saya telah memberi contoh bagairnana derita dan susahnya kakitangan sokongan dari kalangan bekas-bekas tentera dan polis bila mereka bersara dan masuk ke lapangan yang baru kebanyakannya, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan saya ingin pula untuk bangkitkan kakitangan sokongan yang lain yang terdiri dari golongan rendah atau dikenali dengan perkataan IMG Group, dengan izin.

Seperti mana yang kita ketahui, mereka juga mempunyai nasib yang serupa yang sama dan kadangkala terdapat, kita tahu banyak di kalangan mereka ini terbiar begitu sahaja tanpa mendapat pekerja atasan sebab-sebab kesihatan dan sebagainya. Ada pula yang mencari pekerjaan terpaksa pula berhadapan dengan buruh-buruh lepasan sekolah masuk dalam pasaran buruh di negara ini. Sudah barang tentu jika seseorang majikan mungkin menggaji buruh dalam syarikat-syarikat, mereka lebih berminat untuk mengambil pekerja-pekerja yang muda, lepasan sekolah, lebih bertenaga dan bagi mereka yang telah bersara kemungkinan akan menjadi secondary citizen dalam konteks ini dengan izin, Tuan Yang di-Pertua,

Jadi, dengan lain perkataan, Tuan Yang di-Pertua nasib mereka juga ditimpa malang. Jadi, saya amat menyanjung tinggi dasar kerajaan yang berusaha mengurang

Page 41: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

36 DN.6.5.1999

clan membasmikan kemiskinan di dalam negara kita. Tetapi sekiranya keadaan yang dihadapi oleh mereka, rakyat negara ini terdiri daripada mereka dalam golongan sokongan tidak diberikan perhatian serius dengan membuat pindaan-pindaan yang perlu dalam akta persaraan, meningkatkan umur mereka genap 60 tahun bagi membolehkan mereka meneruskan usia hidup mereka clan menanggung keluarga mereka, saya percaya Tuan Yang di-Pertua, besar kemungkinan usaha-usaha kerajaan ini tidak akan dapat memberikan hasil yang memuaskan.

Oleh itu, kerajaan perlu mengkaji cadangan saya dengan serius dan tidak harus menagguhkannya kerana umur persaraan di negara-negara jiran seperti Singapura, 60 tahun dan mereka sedang meminta kerajaan Singapura melanjutkan dua tahun lagi menjadikan 62 tahun. Di negara Jepun, 60 tahun clan di Eropah, Amerika di antara 60 hingga 65 tahun.

Saya berterima kasih pada Yang Berhormat Dato' Abdul Aziz yang telah berucap semalam menyuarakan sedikit sebanyak dan saya mengikutinya selepas ucapan tersebut clan memperkukuhkan hujah saya supaya kerajaan dapat meluluskan permohonan daripada kesatuan sekerja, permohonan di kalangan ahli Dewan yang mulia ini supaya kerajaan memanclang serius perkara ini clan membuat pindaan dengan secepat mungkin yang boleh supaya tenaga-tenaga muda di kalangan kakitangan perkhidmatan awam dapat terns berkhidmat untuk negara, bangsa clan agama.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga bercakap berkenaan dengan gaji minimum. Gaji minimum di negara kita ini belum diperkenalkan lagi. Walaupun kita telah merdeka 41 tahun, Tuan Yang di-Pertua, namun demikian, kita belum dapat memperkenalkan atau menikmati khususnya gaji minimum. Sepatutnya setelah 45 tahun gaji minimum harus wujud di negara kita.

Saya di petang ini, ingin juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Dewan Rakyat yang telah berucap tiga, empat hari yang lepas mengusulkan supaya negara kita memperkenalkan gaji minimum. Saya berterima kasih kepada mereka clan saya sekali lagi di persidangan Dewan ini menggesa kerajaan mengambil serius di atas perkara ini.

Gaji minimum ini adalah merupakan satu gaji insentif yang boleh menggalakkan pekerja dari segi meninggikan produktiviti mereka. Tuan Yang di­Pertua, banyak negara lain pada keseluruhannya daripada pengalaman saya sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah International Labor Organization (ILO) dengan izin, saya telah meneliti, majoriti negara-negara seluruh dunia telah mengamalkan gaji minimum. Dan gaji hari adalah merupakan perkara yang telah usang yang tidak sepatutnya dibuat.

Kalau boleh saya nyatakan Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak silap pada pandangan saya, gaji hari ini merupakan satu skim yang telah diketarakan oleh pihak penjajah dahulu kepada kita semua dan ini bekas saki-baki penjajah. Segala saki-baki penjajah telah pun kita hapuskan. Nama "Mat Saleh" telah kita hapuskan, patung 'Mat Saleh' telah diletakkan dalam muzium dan sebagainya. Mengapa pula sistem ini kita kekal dan adakan.

Tuan Yang di-Pertua, jadi saya mencaclangkan supaya pihak kerajaan mengambil sikap yang lebih serius kerana negara kita seperti mana yang kita semua sedia maklum akan masuk ke alaf baru dan akhirnya dengan inisiatif yang begitu kuat, negara kita suatu hari kelak tidak beberapa lama lagi, insya-Allah, dengan izin, saya percaya negara kita akan menjadi salah sebuah negara perindustrian membangun (New Industries Country-NIC).

Tuan Yang di-Pertua, saya merasa bangga jika sekiranya negara kita ini menjadi salah sebuah negara NIC dan sudah barang tentu status negara maju akan meninggikan lagi taraf negara kita. Seperti mana yang kita sedia maklum, dalam

Page 42: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 37

kegawatan ekonomi yang melanda negara kita sejak bulan Julai 1997, pergerakan kesatuan sekerja telah mengambil sikap yang begitu rasional dan seperti mana sedia maklum sejak tiga dekad yang lalu tidak ada tindakan perusahaan nasional (nations wide strike) berlaku dalam negara kita dan sumbangan-surnbangan yang telah dibuat oleh pergerakan kesatuan sekerja bagi memastikan kerajaan dapat memulihkan ekonominya dengan secepat mungkin yang boleh. ·Usaha-usaha gigih kita termasuk penglibatan kita dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara, pada keseluruhannya ini adalah merupakan sokongan padu pergerakan kesatuan sekerja dan saya berharap kerajaan harus memikirkan. Oleh kerana kita hari ini telah pun ..... .

Dato' Abdul Aziz bin Abdul Rahman: Tuan Yang di-Pertua, minta faluan sedikit. Saya hendak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Berhormat Senator kerana membawa usul di mana ianya mengatakan bahawasanya golongan pekerja kita di Malaysia ini menyokong penuh dasar-dasar kerajaan sehingga tidak adapun tercetus sehari dua pun, dari segi mogok dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, jadi bersetuju atau tidak saudara Yang Berhormat Senator kalau kita mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pekerja­pekerja dan pemimpin-pemimpin pekerja yang dapat mengaturkan supaya wujudnya satu keadaan yang aman sehingga tidak mogok sehari pun, sungguhpun kita menempuh keadaan ekonomi yang begitu gawat. {Tepuk]

Tuan Zainal bin Rampak: Terima kasih, Yang Berhormat bagi pihak pekerja sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih dan sokongan ini yang selalu kita harapkan dan kita akan terus bekerjasama bagi memastikan keharmonian perhubungan berterusan wujud dalam negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, di atas pengorbanan ini seperti mana yang kita tahu selama sejak daripada kegawatan ekonomi kita tidak meminta gaji naik, ada kalangan pergerakan kesatuan sekerja menangguhkan perjanjian bersama yang telah tamat, ada pula yang kena potong gaji, ada pembayaran bonus berkurangan dan ada pula tidak dapat bonus.

Saya tahu kakitangan perkhidmatan awam tidak dapat bonus, hanya RM400 sahaja, itu pun ala kadar yang diberikan oleh kerajaan dan inilah merupakan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pergerakan kesatuan sekerja dan pekerja lainnya. Saya berharap dengan dua perkataan, satu memohon kepada kerajaan supaya menimbangkan kenaikan gaji minimum ini. Seperti mana yang telah dijanjikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam perjumpaan dengan pergerakan wakil­wakil kesatuan sekerja, MTUC umumnya, Kongres Kesatuan Sekerja pada 7 Ogos 1998, beliau telah menyarankan supaya gaji minimum katanya, beliau ingin mencadangkan supaya gaji minimum ini dapat diwujudkan setelah ekonomi pulih seperti sedia kala. Katanya dalam pandangan beliau, beliau teringin untuk mencadangkan RMl,200 sebagai gaji minimum untuk seluruh pekerja dalam negara ini.

Saya mengucapkan sekali lagi ribuan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah mencadangkan. Walaupun MTUC pada ketika ini hanya meminta RM600 tetapi Perdana Menteri telah memberi dua kali ganda atas cadangan yang telah dibuat oleh MTUC. Saya percaya di atas pengorbanan ini, saya berharap kerajaan akan dapat menunaikan janjinya apabila keadaan ekonomi telah pulih kerana pengorbanan yang telah dilakukan oleh pekerja adalah satu pengorbanan. Kita boleh anggap pengorbanan yang sungguh berkesan, sungguh positif, sungguh memberangsangkan terhadap pemulihan ekonomi negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada gaji minimum saya juga ingin menyentuh perkara gaji pokok iaitu gaji bulanan yang disuarakan oleh rakan-rakan saya daripada sektor perladangan. Walaupun Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, dua hari yang lepas telah menyatakan kerajaan tidak dapat campur

Page 43: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

38 DN.6.5.1999

tangan dalam perkara ini kerana ianya merupakan perjanjian yang telah diwujudkan, yang telah dimeteraikan dan dipersetujui antara Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang dengan MAP A, katanya terpulang kepada kedua-dua pihak, namun demikian saya yakin kerajaan boleh berbuat sesuatu. Saya mencadangkan sama ada kerajaan boleh menggubal satu undang-undang sekurang-kurangnya memastikan gaji bulanan kepada pekerja-pekerja ladang yang telah memberi pengorbanan kepada negara, bangsa ini sejak sewaktu darurat dahulu, mereka telah memberikan pengorbanan waktu sebelum merdeka dua sektor ekonomi yang telah menaikkan negara kita iaitu sektor perladangan dan sektor perlombongan.

Jadi sektor perladangan masih kekal, wujud dengan begitu menggalakkan dan kita juga bersandarkan pada sektor perladangan untuk pertumbuhan ekonomi negara kita. Jadi sewajamyalah bagi kerajaan menirnbangkan gaji bulanan kepada pekerja­pekerja ladang kerana kita tidak boleh mengharapkan sangat kepada pihak rnajikan sahaja. Saya tahu setelah berkecimpung dalam pergerakan sekerja waktu muda dahulu, 40 tahun saya tahu rnajikan ladang ini tidak akan memberikan laluan langsung kepada kesatuan memohon untuk mendapatkan gaji bulanan. Kesatuan telah membelanjakan hampir RM150 ribu membawa kes ini pergi Mahkamah Pusat, namun demikian ianya tidak berjaya. Jadi saya berharap supaya kerajaan dapat menirnbangkan, mewujudkan gaji minimum untuk kakitangan pekerja-pekerja ladang.

Tuan Yang di-Pertua, lagi dua perkara yang saya hendak sebutkan di sini ialah, satu berkenaan dengan pengeluaran carurnan KWSP bagi pekerja-pekerja wanita. Saya telah cuba dalam mesyuarat Lembaga Pengarah KWSP, membenarkan pekerja wanita yang bersara dalam keadaan sekarang ini, undang-undang yang ada, bila rnana bersara 50 tahun mereka boleh mengeluarkan wang KWSP mereka tetapi malangnya, mereka terpaksa menunggu sehingga sampai 55 tahun. Waktu saya kemukakan cadangan ini dalam mesyuarat Lembaga Pengarah, rnalangnya seorang Lembaga Pengarah - saya ingat saya hendak berjuang pertahankan kepentingan wanita tetapi seorang Lembaga Pengarah kaum wanita membantah atas cadangan saya. Jadi saya kalah dalam perbahasan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, jadi saya ingin mengusulkan di sini, kalau dapat diberi jawapan oleh Menteri Kewangan, pindaan dibuat dalam akta ini supaya KWSP membolehkan pekerja wanita waktu bersara 50 tahun mengeluarkan wang KWSP mereka. Takut kalau 55 tahun, iaitu lirna tahun lagi mereka hendak menunggu apa-apa boleh terjadi kepada mereka, besar kemungkinan duit tersebut akan diambil oleh suami jika mereka meninggal dunia. Besar kemungkinan, si suami akan menggunakan duit tersebut untuk kahwin lagi.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi ialah soal ..... .

Tuan Yang di-Pertua: Ya, ada yang minta laluan.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terirna kasih, Tuan Yang di-Pertua, ....... .

Tuan Yang di-Pertua: Menyokong ya.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Ya, saya mengucapkan terirna kasih di atas usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat tadi tetapi saya juga hendak tahu, kenapa agaknya berlaku tentangan dalam perbincangan awal dan wanita sendiri memberi pendapat tidak setuju? Saya tidak nampak apa-apa reason, yang saya nampak reason yang relevan tentang usu! yang disebutkan tadi supaya wanita boleh mengeluarkan wang pencen apabila mencapai umur 50 tahun kerana 50 tahun adalah umur berpencen bagi wanita. Terirna kasih kepada Yang Berhormat.

Tuan Zainal bin Rampak: Terirna kasih, Yang Berhormat. Sebab beliau menyatakan ialah kerana katanya, "Mengikut undang-undang KWSP seluruh pekerja tidak kira wanita dan lelaki boleh mengeluarkan wang KWSP mereka apabila sampai

Page 44: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 39

umur 55 tahun ", itu satu dan kedua katanya, "Kita tidak harus membezakan di antara wanita dengan lelaki ". Itu dua reason, dua sebab yang telah diberikan oleh mereka.

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lagi ialah soal ..... .

Puan Kamilia binti Ibrahim: [Bangun]

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang minta laluan.

Tuan Zainal bin Rampak: Ya, silakan.

Puan Kamilia binti Ibrahim: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya pun terima kasih kepada Yang Berhormat kerana memberi laluan. Sa ya hanya hendak tambah, kalau boleh diminta untuk mendapat pengecualian kepada wanita mengeluarkan wang KWSP itu bukan hanya umur 50 tahun tetapi pengecualian dibuat bagi wanita yang menjadi ibu tunggal untuk menyara anak-anak. Terima kasih.

Tuan Zainal bin Rampak: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Itu satu cadangan yang baik. Kalau dapat direkodkan dan dapat diambil ingatan oleh Kementerian Kewangan supaya pindaan dibuat bagi membolehkan ibu tunggal mengeluarkan wang tersebut. Saya amat bersetuju sama sekali cadangan tersebut dan saya memberikan sokongan penuh terhadap cadangan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, perkara akhir yang saya hendak cerita ialah soal piawaian buruh ILO iaitu Konvensyen 87, di mana konvensyen ini telah diluluskan sejak 75 yang lepas. Malaysia adalah salah sebuah negara yang menjadi ahli dalam pertubuhan tersebut iaitu agensi United Nations, dengan izin, Pertubuhan Bangsa­Bangsa Bersatu dan sehingga kini Malaysia belum lagi mengiktiraf ILO Konvensyen 87 iaitu Hak-hak Berkesatuan di Kalangan Pekerja. Saya ingin menjelaskan di sini dalam peruntukan Akta Kesatuan Sekerja tidak ada halangan untuk menubuhkan kesatuan. Dalam undang-undang tubuh kesatuan sekerja pun tidak ada halangan, ia selari dengan kehendak Artikel 10 Perlembagaan Negara tetapi yang menjadi halangan ialah p_!inciple yang telah diwujudkan oleh kerajaan tidak membenarkan pekerja­pekerja terutama sekali electronic workers membuat pilihan menubuhkan kesatuan mereka sendiri.

Kawasan-kawasan baru mesti dibangunkan demi meneruskan kemajuan dan perkembangan pusat pengeluaran. Sesetengah kawasan ini merupakan kawasan hijau dengan izin, green field yang mempunyai kelebihan-kelebihan yang bersesuaian untuk membangunkan pusat pengeluaran. Kos perolehan tanah, pembangunan penyediaan infrastruktur yang bermutu adalah tinggi, saiz projek dan kos yang tinggi menarik penglibatan sektor swasta, justeru itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk membangunkan. Tanggungjawab kerajaan untuk membangunkan taman-taman industri dan estet. Tuan Yang di-Pertua, sektor swasta hanya kelihatan melibatkan diri di kawasan-kawasan yang matang dan membangun. Sejurus dengan itu sumber kewangan merupakan faktor yang amat kritis dalam hal ini. Oleh itu dicadangkan agar pihak kerajaan membuat pertimbangan untuk menyediakan dana pembangunan khas demi membangunkan taman-taman industri dan estet dengan tujuan memperkembangkan lagi sektor pengeluaran.

Tuan Yang di-Pertua, perkembangan kemahiran dan penambahan tenaga kerja juga mesti diberikan keutamaan yang lebih pada masa yang sama. Tanpa keutamaan tersebut amatlah sukar untuk mempertingkatkan produktiviti dan mewujudkan pekerja-pekerja yang berpengetahuan, knowledge workers, dengan izin. Saya pemah mengemukakan isu ini beberapa kali sebelum ini namun merasakan tidak ada keutamaan dan bentuk yang sesuai sehingga kini dan disebabkan itu saya ingin tegaskan sekali lagi. Mungkin sudah tiba masanya untuk mewujudkan sebuah kementerian yang dapat memimpin a lead ministry dengan izin dalam menyelaraskan rancangan dan pelaksanaan langkah-langkah ke arah melahirkan pekerja-pekerja yang lebih mahir dan berpengetahuan.

Page 45: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

40 DN.6.5.1999

Di sini nampaknya Kementerian Pendidikan yang kaya dengan sumber clan infrastruktur pendidikan mungkin amat sesuai untuk memikul tanggungjawab dan tugas ini demi memperkembangkan kemahiran di samping menambah dan menyesuaikan pekerja. Program-program perkembangan kemahiran boleh dijalankan baik secara sepenuh masa mahupun separuh masa dan mesti terbuka untuk semua orang.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin membangkitkan satu isu mengenai segmen tenaga kerja memandangkan saya telah menyentuh tentang isu keperluan pembangunan tenaga kerja kita. Dalam hal ini saya merujuk kepada keadaan pahit getir para pekerja ladang yang terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan upah sebulan disamping ketiadaan peruntukan kawasan perumahan yang sesuai dan faedah persaraan yang adil. Malangnya sehingga kini para pekerja ladang yang menjadi ahli kesatuan sekerja adalah tertakluk kepada perjanjian kolektif yang diadakan pada Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Malaysia dan Kesatuan Pekerja-pekerja Ladang. Perjanjian-perjanjian kolektif ini telah mengekalkan amalan-amalan zaman penjajahan. Kadar upah mungkin telah meningkat tetapi jumlah gaji yang dibawa pulang adalah masih rendah apabila dibandingkan dengan sektor-sektor ekonomi yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, tuntutan upah bulanan adalah wajar. Justeru itu, dalam tahun 1990 Majlis Perunding Ekonomi Kebangsaan telah mengesyorkan satu sekim upah bulanan bagi para pekerja ladang. Malangnya cadangan-cadangan yang dikemukakan itu tidak pemah dilaksanakan lalu menyebabkan para pekerja ladang terus hidup dalam keadaan pahit getir. Seandainya keadaan pahit getir para pekerja ladang ini belum diatasi lebih-lebih lagi dalam era maju ke abad 21, maka nescaya usaha-usaha kita untuk mencapai status sebuah negara membangun akan diselubungi satu 'stigma'. Saya merayu agar pihak kerajaan mengambil inisiatif demi mengatasi isu kini. Kerajaan patut meneliti situasi tersebut dan mengubal undang-undang yang diperlukan. Jangan biarkan

Tuan Yang di-Pertua dengan itu saya menyokong usul Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan mengucapkan terirna kasih.

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Zainal dulu.

Tuan Zainal bin Rampak: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terlebih dahulu izinkan saya mengambil kesempatan di sini bagi merakamkan setinggi penghargaan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di atas Titah Ucapan Diraja semasa merasmikan pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Kesembilan. Titah Ucapan tersebut telah menyentuh beberapa isu penting negara yang memerlukan perhatian dan susulan sewajamya Dewan ini begitu juga kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, Selain dari apa yang telah diucap dan diperkatakan oleh rakan-rakan saya Ahli-ahli Yang Berhormat beberapa hari yang lepas di Dewan yang mulia ini saya pula ingin menyentuh beberapa isu yang saya anggap penting untuk dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Satu perkara Tuan Yang di-Pertua ialah soal umur bersara wajib kakitangan perkhidmatan awam.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang kita sedia maklum bahawa jangka hayat rakyat Malaysia telah beransur-ansur menunjukkan peningkatan semenjak beberapa tahun ke belakangan ini. Semasa zaman belum merdeka ianya sudah cukup bertuah jika seseorang itu dapat hidup sehingga menjangkau umur 60 tahun. Banyak penduduk kampung dan pekerja-pekerja ladang yang meninggal dunia kerana penyakit seperti malaria, cirit birit, taun dan deman kepialu pada peringkat umur yang masih muda.

Page 46: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 41

Bagimanapun dengan kemajuan kernudahan perub11tan dilll kesihatan yans semakin bertambah baik yang disediakan oleh kerajaan tempoh jangka hayat rakyat Malaysia telah dilanjutkan dan kadar kematian di peringkat kanak-kanak pula telah dapat diturunkan dengan begitu mendadak sekali.

Tuan Yang di-Pertua, kadar kematian kanak-kanak telah menurun dari setinggi 18% pada lewat tahun 40an dan 50an sehingga ke paras terendah kurang daripada 1 % dalam pertengahan tahun 90 an. Oleh kerana peningkatan kualiti hidup yang bertambah baik jangka hayat purata rakyat Malaysia pada hari ini seperti yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia dengan izin, WHO adalah 72 tahun bagi laki-laki dan 75 tahun bagi wanita. Ini menunjukkan kaum wanita di negara kita ·Tuan Yang di-Pertua, akan hidup lebih lama dari kaum lelaki untuk menikmati hasil-hasil pembangunan dan nikmat dunia. Melihat kepada aliran perubahan ini agak malang sekali Tuan Yang di-Pertua, kerana kerajaan masih belum lagi memberi perhatian terhadap isu mengkaji semula umur persaraan wajib pekerja-pekerja kita sama ada di sektor awam mahupun di sektor swasta. Oleh demikian Tuan Yang di-Pertua, saya mencadangkan umur bersara wajib bagi pekerja-pekerja kita dinaikkan dari 55 tahun sepertimana yang diamalkan sekarang kepada 60 tahun genap. Dan peruntukan yang ada dikekalkan pada mereka yang ingin bersara awal pada tahun 5- an.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut sistem yang ada sekarang kakitangan­kakitangan kerajaan wajib bersara apabila mencapai umur 55 tahun.

Tuan Yang di-Pertua, saya minta maaf, kadangkala saya ini tersasul berucap dalam persidangan kesatuan sekerja. Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan pekerja dalam sektor elektronik adalah wanita. Hampir 96%, 97% pekerja-pekerja elektronik adalah wanita dan keadaan mereka walaupun dijaga tetapi tidak secukupnya. Wujudnya beberapa perkara bukan sahaja masalah gaji, diskriminasi, sexual harassment dan sebagainya merupakan perkara yang sering berlaku dalam sektor elektronik. Mereka memerlukan satu kesatuan atas pilihan mereka sendiri.

Jadi, selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan, saya menyokong penuh penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia. Saya berharap kerajaan akan dapat mempertimbangkan permintaan kesatuan sekerja supaya Konvensyen '87 ini diiktiraf atau ratified, dengan izin, oleh Kerajaan Malaysia dan kita tahu kerajaan negara lain telah pun mengiktiraf. Di samping Konvensyen '87 Tuan Yang di-Pertua, Konvensyen '98 yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya, umpamanya, sektor swasta boleh mengadakan perundingan dengan pihak majikan tetapi sektor kerajaan tidak boleh mengadakan perundingan dengan pihak majikan. Terpulang kepada pihak kerajaan untuk menentukan kenaikan gaji, maka itulah sebabnya banyak perkara yang wujud dan timbul yang saya kira memerlukan penyelesaian demi untuk mewujudkan satu situasi keharmonian dan meninggikan produkiviti pekerja negara ini.

Pada hematnya Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menjelaskan di sini bahawa produktiviti pekerja-pekerja Malaysia adalah lebih baik daripada produktiviti­produktiviti di negara lain. Saya masih teringat seorang menteri di Singapura memberitahu pekerja Singapura menyatakan bahawa, jika sekiranya pekerja Singapura tidak meninggikan produktiviti mereka besar kemungkinan industri-industri Singapura akan lari ke Semenanjung Malaysia. Itu menunjukkan dengan pengesahaan bahawa Kerajaan Singapura sendiri mengiktiraf produktiviti yang tinggi di negara ini.

Jadi, atas asas ini, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memohon kepada kerajaan menimbangkan semula kedudukan ini dan saya yakin Tuan Yang di-Pertua, pergerakan kesatuan sekerja tidak akan menggunakan kelepasan ataupun kebebasan ini tanpa ada pemikiran iaitu cintakan kepada negara kita. Selama ini, Tuan Yang di­Pertua, telah kita lihat dan bukti telah dapat kita lihat bahawa pekerja-pekerja negara kita adalah merupakan pekerja yang taat setia dan sentiasa sanggup untuk

Page 47: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

42 DN.6.5.1999

menyumbang walaupun claripacla sektor mana sekalipun sama ada swasta ataupun kerajaan. Dengan kata-kata ini, Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini menyokong Usul Menjunjung Kasih atas Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Tuan Yang di-Pertua: Puan Hajah Hunaizah binti Mohd. Noor.

2.54 ptg.

Puan Hajah Hunaizah binti Mohd. Noor: Terima kasih, Tuan Yang di­Pertua kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada perasrnian pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kesembilan pacla 5 April yang lalu.

Tuan Yang di-Pertua, kerjaya kaum wanita yang pertama dan paling agung serta tidak pula dipertikaikan ialah mendidik generasi baru. Itulah kerjaya yang Allah persiapkan mereka untuk melaksanakannya baik dari segi fizikal atau spiritual. Di atas bahunyalah terletak masa depan ummah clan proses pembentukan perbendaharaan yang paling agung iaitu perbendaharaan kemanusiaan. Ini bagaimanapun tidak bermaksud kerjaya seseorang wanita di luar rumahnya aclalah haram di sisi syarak kerana wanita sebagai ibu, wanita sebagai isteri dan wanita juga sebagai pendidik dan berkerjaya.

Kadang-kadang keluarga memerlukan wanita bekerja seperti membantu suarninya, membantu ibu bapanya clan sebagainya. Oleh itu saya ingin mencadangkan kepacla pihak kerajaan supaya membenarkan wanita-wanita yang berkerjaya clapat dilewatkan untuk mereka sampai ke tempat kerja dan clapat pulang lebih awal dengan tangga gaji yang boleh dirunding. Ini aclalah bertujuan untuk memberi kepacla wanita berkerjaya untuk membereskan pengurusan rumah tangga mereka serta anak-anak mereka. Dengan cara yang begini wanita berkerjaya tidak lagi merasai cemas ataupun runsing semasa mereka berada di tempat-tempat kerja mereka.

Di samping mereka clapat menumpukan urusan kerja mereka dengan baik clan berkualiti, saya yakin dengan cara yang begini juga boleh membantu meningkatkan keharmonian rumah tangga di samping clapat mengurangkan pergolakan, pergaduhan yang mengakibatkan perceraian disebabkan kesempitan masa bagi seseorang wanita bekerja dengan tugas-tugasnya yang paclat sekali. Kita sedia maklum anak-anak yang menghadapi dan menjadi mangsa krisis rumah tangga termasuk penceraian sering terlibat dengan gejala sosial. Oleh itu, apabila ibu diberi ruang yang lebih untuk mendidik anak-anak sekurang-kurangnya membendung penyakit sosial yang semakin berleluasa di kalangan remaja kita. Wanita arnat perlu memelihara anak-anak dan martabat dirinya agar tidak membiarkan dirinya dipergunakan atau dijadikan bahan iklan sahaja sebagai pelaris majalah dengan terpampang gambar-gambar berpakaian menjolok mata, saya mengharapkan agar kerajaan membuat kawalan ketat terhaclap perkara tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, sektor pertanian telah sekian lama menjadi sektor yang dipinggirkan kesan daripacla pelaksanaan dan penekanan clasar-clasar kerajaan yang memfokus kepada sektor perindustrian. Kesan sumbangannya sektor pertanian telah menguncup. Jadi, dasar-clasar pembangunan semula sektor ini perlu diambil berat oleh kerajaan. Salah satu cara yang praktikal dalam mengatasi kegawatan adalah dengan mengembangkan semula sektor pertanian. Kajian-kajian yang dijalankan oleh pertubuhan makanan antarabangsa menunjukkan bahawa clalam beberapa abad akan clatang dunia akan menghadapi krisis kekurangan bahan makanan akibat dari aktiviti pertanian yang semakin merosot seclangkan tanah dan iklim di sini sesuai bagi kegiatan pertanian.

Tuan Yang di-Pertua, memproduktifkan tanah terbiarkan merupakan usaha yang patut dijalankan sepenuhnya. Mengikut keluasan tanah terbiar di Semenanjung

Page 48: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 43

Malaysia meliputi lebih 700,000 hektar dan jika 10% tanah terse but dimajukan negara dapat menjimatkan RMI bilion import barang makanan setahun. Unruk tujuan ini saya mencadangkan agar kerajaan mewujudkan sebuah institusi penyelaras tanah terbiar di peringkat pusat ataupun negeri. Di dalam membentuk strategi pembangunan industri pula perlu diwujudkan rantaian antara sektor pertanian dan sektor pembuatan supaya import-import dari basil pertanian dapat digunakan sepenuhnya. Faktor seperti teknologi moden, tenaga terlatih perlu digembleng bagi meningkatkan sektor pertanian. Rangkaian pemasaran perlu diperbaiki supaya ianya lebih adil dan berkesan supaya tidak wujud orang tengah yang mengambil kesempatan atas petani-petani. Di samping itu mempromosikan dan menggunakan teknologi ciptaan tempatan akan dapat mengurangkan kos import jentera. Bagi menembusi pasaran antarabangsa kualiti dan kuantiti produk perlu dipertingkatkan, contohnya di Thailand, buah durian dan mangga telah menjadi produk pertanian yang dikomersialkan.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang saya tekan di sini adalah betapa perlunya kerajaan memandang serius akan sektor pertanian ini kerana dengan potensi dan sumber yang sedia ada adalah tidak wajar bagi negara ini unruk terus mengimport makanan. Usaha kerajaan dalam menarik minat generasi muda unruk menceburkan diri dalam aktiviti pertanian juga hendaklah ditingkatkan dengan menggunakan teknologi moden boleh meningkatkan imej petani supaya petani dapat dilihat sebagai orang yang berjaya sama tarafnya dengan ahli korporat yang berjaya.

Tuan Yang di-Pertua, dari segi pendidikan saya mengalu-alukan pengumuman Menteri Pendidikan yang telah meluluskan pinjaman RM900 juta kepada pelajar-pelajar IPT A dan IPTS tetapi saya harap ini terbukti dengan jayanya. Sehubungan dengan perkara di atas di sini saya ingin menyentuh sedikit tentang pengurusan di IPTS, banyak aduan yang diterima dari pelajar dan ibu bapa, pelajar yang tidak berpuas hati dengan khidmat dan prasarana IPTS di negara ini. Ada kolej swasta yang menyiarkan iklan di media tempatan mengenai kepakaran tenaga pengajarnya didakwa mempunyai kelulusan ijazah sarjana dan ijazah dan ijazah doktor falsafah, tetapi yang sebenarnya adalah di sebaliknya. Ada juga kolej swasta yang menyewa kemudahan peralatan yang canggih unruk sementara waktu apabila pihak yang tertentu membuat lawatan ke kolej tersebut. Apakah benar penubuhan IPTS mampu menjana sektor pendidikan negara atau sekadar mengaut keuntungan semata­mata sehingga pelajar dan ibu bapa menjadi mangsa. Adakah penubuhan IPTS sekadar memenuhi ruang yang kosong yang tidak dapat ditampung oleh IPTA akibat dari pertambahan pelajar lulusan SPM dan STPM. Saya amat berharap soalan ini dapat perhatian semua terutama Kementerian Pendidikan. Kementerian Pendidikan bertanggungjawab memastikan penubuhan dan pengurusan IPTS berjalan selari dengan inspirasi rakyat dan negara iaitu menjadi Malaysia pusat pendidikan serantau.

Hasrat kerajaan unruk membangunkan projek-projek teknologi maklumat atau IT adalah dialu-alukan. Dengan teknologi maklumat, manusia mampu melaksanakan kerja dengan lebih baik. Era kebangkitan teknologi maklumat telah menjadi satu ajenda yang tidak boleh dipinggirkan. Islam tidak menghalang manusia untuk mengejar kemajuan teknologi asalkan ia dapat membantu manusia medekatkan diri kepada penciptanya. Maklumat di hujung jari merupakan teknologi maklumat, dengan kemunculan Internet para pengguna boleh mendapatkan maklumat di jari dengan hanya menekan papan kekunci. Dengan wujud cyber cafe bagaikan cendawan tumbuh telah menyemarakkan lagi kebangkitan era IT, tetapi di sebalik kecanggihan teknologi ini sedarkah kita apakah yang dilakukan oleh muda-mudi yang mengunjungi cyber cafe ini. Tahukah kita siber cafe merupakan satu tempat muda-mudi Melayu mencari kenalan baru melalui Internet dengan berfoya-foya, 'berborak' dan lebih-lebih melayari halaman lucah. Apakah kita mengetahui terdapat halaman yang bernama sex Melayu. Satu ketika dulu kita dikejutkan berita seorang gadis Melayu yang telah menghantar gambarnya tanpa berpakaian melalui Internet kepada kenalan cybernya yang berasal dari luar negara. Dengan perhubungan yang terjalin melalui Internet

Page 49: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

44 DN.6.5.1999

perkenalan itu kepada perkenalan fizikal yang seterusnya membawa kepada kemudaratan kepada si gadis tersebut. Adakah ini hasil kemajuan teknologi yang kita mahu wujudkan.

Tuan Yang di-Pertua, penyalahgunaan Internet di kalangan muda-mudi perlu diambil berat. Saya menimbulkan isu supaya kita sedar .bahawa perlu diwujudkan syarat-syarat penggunan cyber, di samping mengadakan pemantauan yang lebih terkawal. Kita tidak mahu melahirkan generasi cyber yang pincang akhlak dan moralnya, sebaliknya kita mahu melahirkan generasi cyber yang bermaklumat, berilmu, berpendidikan dan bertamaddun.

Tuan Yang di-Pertua, penggunaan sijil halal, penyediaan produk dan bahan makanan halal perlu diletak satu tanggungjawab asasi kerajaan. Semenjak kerajaan menswastakan lnstitusi Sijil Perakuan Halal kepada llham Daya Sdn. Bhd. nampaknya Sijil Perakuan Halal telah naik mendadak. Mengapakah hingga institusi perolehan sijil halal juga hendak diswastakan, walhal menjadi tanggungjawab kerajaan sepenuhnya memastikan dan memberi sijil halal kepada premis dan produk yang benar-benar bersih dan halal. memandangkan agama rasmi negara adalah agama Islam. Mengapa perlu mengaut keuntungan lebih hasil dari penswastaan perolehan sijil halal. Syarikat­syarikat kecil yang kurang berkemampuan akan merasa tertekan kesan dari kos yang tinggi. Ini tambahan lagi memastikan sama ada sesuatu produk itu halal atau tidak. Ini merupakan tanggungjawab sosial yang wajib ditunaikan oleh kerajaan. Tidak hairanlah kita jika peniaga merungut akan kenaikan kos sijil halal, kerana ia sememangnya tidak berpatutan sama sekali. Sebaliknya inisiatif perlu diberikan kepada syarikat yang mengeluarkan produk halal kerana dijamin mutu dan kebersihannya, seperti mengurangkan cukai bagi syarikat yang mengeluarkan produk ini perlu difikirkan bersama. Lagi permintaan untuk produk halal ini semakin meningkat sama ada di peringkat nasional mahupun peringkat international.

Tuan Yang di-Pertua, rumah merupakan salah satu keperluan asasi bagi setiap individu dan keluarga. Setiap keluarga memerlukan rumah untuk perlindungan dianggarkan 113 daripada pendapatan keluarga diperuntukkan sama ada membayar sewa rumah atau membeli rumah. Kalau dilihat dengan kenaikan harga rumah dewasa ini, nampaknya hanya golongan yang berkemampuan sahaja yang mampu memiliki rumah. Bagi golongan yang tidak berkemampuan sudah tentu tidak mampu memiliki rumah yang harganya semakin lama semakin melambung. Kerajaan perlu mewujudkan dasar perumahan negara di mana setiap rakyat mampu memilik rumah, bukan sahaja dengan rumah yang berpatutan tetapi juga dijamin keselesaannya.

Tuan Yang di-Pertua, di dalam keghairahan kerajaan menggalakkan pembinaan rumah siapakah yang selalunya dibela oleh kerajaan, pembeli atau pemaju. Tidak lain dan tidak bukan jawapannya ialah pemaju. Mengapa pembeli tidak dilindungi, apakah jaminan pemaju bagi menyiapkan rumah mengikut apa yang dihidangkan kepada pembeli, adakah sekadar melalui lukisan yang menarik. Sudah sampai masanya kerajaan membela pembeli dari pemaju-pemaju.

Tuan Yang di-Pertua, mengikut apa yang diterima dari persatuan pengguna aduan penguna tentang pembelian rumah merupakan aduan yang paling tertinggi sekali diterima. Saya amat tertarik dengan saranan Profesor Dato' Hamdan bin Adnan yang mengutarakan konsep 'bina dulu jual kemudian'. Di sini, bermaksud pemaju mesti membina rumah sehingga siap I 00% baharulah boleh dijualkan kepada pembeli, dengan cara ini, hak pengguna sentiasa terjarnin dan terbela. Dasar yang digunakan oleh negara Barat iaitu 'pelanggan selalunya betul' boleh dilaksanakan di negara ini bagi membela pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, terdapat satu cara lagi boleh direnungkan bersama iaitu mengatasi masalah bebanan rakyat kesan dari kenaikan harga rumah. Kerajaan negeri

Page 50: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 45

boleh membantu rakyat dengan membeli rumah dari pemaju dan kemudian menyewakan kepada rakyat yang berkelayakan dengan harga yang murah.

Tuan Yang di-Pertua, suatu ketika dahulu dasar ini pemah dilaksanakan tetapi sayangnya rumah-rumah milik kerajaan ini telah dirobohkan dan dikomersialkan kepada pihak swasta atas alasan pembangunan. Perl~ diingatkan sebagai wakil rakyat, pembela nasib rakyat, merupakan agenda utama yang wajib diketengahkan. Dalam usaha membangunkan negara kita tidak mahu melihat kesan dari pembangunan dan kemajuan yang pesat. Ada di kalangan rakyat yang terpaksa tinggal di dalam pembetung atau tepi-tepi jalan oleh kerana tidak mampu memiliki rumah seperti berlakunya di negara Barat. ·

Sebelwn saya mengundur diri, sekali lagi saya merakamkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, kerana masih memberi kesempatan untuk saya berbicara. Dengan ini saya menyokong Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Puan Rajah Ramlah binti Kassim.

3.13 ptg.

Puan Rajah Ramlah binti Kassim: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya untuk turut berucap dalam membahas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di­Pertuan Agong yang telah dibawa oleh rakan saya Yang Berhormat Puan Tan Ah Eng pada 4 Mei 1999, dan telah mendapat sokongan dari semua ahli Dewan yang mulia ini.

Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas Titah Ucapan itu kerana pada hemat saya isi ucapannya adalah merangkwni semua aspek serta padat dan mudah difahami oleh semua golongan. Dalam Titah Ucapan tersebut Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mengajak kita semua rakyat Malaysia tidak kira apa golongan dan keturunan agar bersatu padu mengukuhkan perpaduan dan sama-sama menjaga kearnanan bagi meneruskan pemerintahan negara yang tercinta.

Tuan Yang di-Pertua, saya sungguh kagwn mendengar Titah Ucapan tersebut, kerana apa yang telah diucapkan itu adalah kenyataan. Dengan ikhlas pemimpin kerajaan Barisan Nasional setelah menerima mandat dari rakyat setiap selepas pilihan raya pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional tidak berlengah-lengah lagi untuk terns menjalankan tugas yang telah diamanahkan untuk memajukan dan mengatasi masalah rakyat untuk menjadikan rakyat di negara ini dihormati dan setanding dengan negara-negara yang telah maju.

Tuan Yang di-Pertua, pada pandangan saya kerajaan Barisan Nasional telah banyak membuat jasa terhadap agama, bangsa dan negara dan kemajuan yang telah pesat telah kita lihat dan dapat kita semua menikmati bersama tetapi malang sekali jasa yang begitu besar yang telah diusaha dan dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional di negara ini telah tidak dihargai oleh sebilangan kecil rakyat di negara ini dan saya tidak hairan kalau ini datangnya dari parti pembangkang kerana itulah hasrat parti pembangkang untuk memerintah jika baik sekalipun dikatakan tidak baik dan ini adalah kerana kepentingan pemimpin dan parti tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, yang menjadikan kita dukacita kerana tidak ada penghargaan dari sebahagian kecil anak-anak kita yang belajar di menara gading. Mereka ini bukan sahaja hendak bersyukur di atas rahmat yang diperolehi tetapi sebaliknya menentang, memberontak, membuat kacau, menunjukkan perasaan agar negara ini menjadi hum hara. Walaupun kecil bilangannya tetapi akan merebak jika tidak disekat dari awal-awal lagi. Di sini, saya harapkan kepada pihak Kementerian Pendidikan agar dapat mengawasi guru-guru dan pensyarah-pensyarah di sekolah di seluruh negara agar mereka ini tidak terns meracuni pelajar-pelajar kepada unsur-unsur

Page 51: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

46 DN.6.5.1999

yang tidak sihat kerana guru-guru dan pensyarah-pensyarah ini adalah menerima gaji upahan daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia yang berani memberi amaran keras kepada pelajar-pelajar dan mereka yang mereka yang terlibat untuk mengambil tindakan tegas jika didapati ada bukti kesalahan. Saya berharap kepada Yang Berhormat Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak supaya tidak bertolak ansur dalam mengatasi masalah ini kerana tidak mahu 'sebab nila setitik rosak susu sebelanga'.

Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada sebilangan besar pegawai­pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan yang bekerja dengan jujur dan ikhlas serta berusaha keras sama-sama membantu kerajaan. Tetapi walau bagaimanapun, masih ada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang tidak bersyukur dan sebaliknya terang-terang menentang kerajaan. Mereka semacam inilah harus diberi kesedaran, ingatan dan seterusnya diambil tindakan. Baru-baru ini Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah memberi amaran dan akan mengambil tindakan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang terlibat dengan reformasi dan menyokong pihak pembangkang. Syabas diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Seri, adalah diharapkan agar ini akan dapat diteruskan.

Tuan Yang di-Pertua, di sini ingin saya tujukan kepada Kementerian Penerangan, semerrjak hari kebelakangan ini terutama berkait dengan isu ekonomi dan pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, rakyat di luar bandar khususnya masih tidak jelas dan masih kabur dan ditambah pula kesempatan ini telah dipesong oleh sebilangan kecil tokoh-tokoh agama yang menyokong parti pembangkang. Saya berharap kepada kementerian ini supaya dapat mengkaji agar maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada seluruh penduduk terutama sekali penduduk yang berada di kawasan luar bandar yang masih berada dalam serba serbi kekurangan. Saya sungguh bersetuju agar Jabatan Penerangan mengkaji semula supaya tayangan filem dan ceramah-ceramah di luar bandar sebagaimana yang dibuat pada tahun-tahun 60-an diadakan semula, saya yakin kalau ini diadakan, kekeliruan rakyat akan dapat diatasi.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin juga mengemukakan satu lagi isu yang ditimbulkan oleh pihak wanita iaitu berkait dengan pembayaran pencen terbitan yang diterima selama ini oleh balu-balu atau isteri bekas pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan yang meninggal dunia, yang mana pencen yang diterima setelah suaminya meninggal, maknanya mereka telah menerima, selama 12 tahun telah dipotong sebanyak 30%. Ini adalah menjadi masalah terutama sekali balu-balu yang terpaksa menanggung anak yang begitu ramai, ditambah lagi pula masa kegawatan yang kita hadapi sekarang dan juga tidak mempunyai harta, saya harap kepada pihak kerajaan agar dapat membayar pencen terbitan ini terus sehingga ke akhir hayat dan tidak dipotong 30% sebagaimana yang terdapat pada hari ini.

Jadi dengan kata-kata demikian, saya ucapkan terima kasih dan mohon menyokong Usul ini. Sekian, terima kasih.

3.20 ptg.

Tuan Yang di-Pertua: Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang bersama-sama rakan yang lain untuk membahaskan menjunjung Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Ghazi kerana sudi saya mendahulukan beliau, walaupun beliau hendak berucap.

Page 52: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 47

Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya teruskan, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah kepada sahabat saya yang biasanya duduk sebelah kanan saya telah pun duduk sebelah kiri dan masuk di ruangan Menteri dan Timbalan Menteri iaitu tidak lain tidak bukan Yang Berhormat Datuk Haji Ibrahim bin Ali, tahniah Datuk.

Pada permulaan tadi, saya berasa sedih sebab tidak ada seorang pun ahli kerajaan yang mendengar ucapan Ahli-ahli Dewan pada petang dan pagi ini. Tetapi selepas saya rasa dukacita tadi, masuk Yang Berhormat Datuk Ibrahim Ali. Walau bagaimanapun dia Ahli Senator, jadi kepada saya dia adalah kumpulan ahli Senator juga, dan dia hanya duduk di antara dua kerusi berjauhan dengan saya. ·

Tuan Yang di-Pertua, kalau tidak ada pihak kerajaan mendengar, hanya kakitangan kerajaan yang mendengar, ambil catatan ataupun rekod yang telah ada, beri kepada menteri, timbalan menteri, "Inilah yang diutarakan oleh Yang Berhormat Dato' Ghazi, Puan Karnilia, Dato' Haji Mohd. Zuki, jawapannya inilah dia". Jadi apa yang betul-betul kita utarakan dengan perasaan, nada, dengan tangan, ada setengah terbatuk­batuk tidak dapat disampaikan kepada pihak kerajaan, jadi bagaimana? Sekurang­kurangnya mestilah ada dua, tiga orang untuk mendengar ucapan Ahli Dewan Negara. Saya tidak tahulah sama ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain tidak bersetuju dengan apa yang disarankan ini.

Seorang Ahli: Setuju.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Lebih baik kita pergi ke lobi sana, saya panggil dua, tiga orang kakitangan kerajaan, ini dia yang saya hendak ucapkan, ambil ini dan jawab besok oleh kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, inilah masalah yang saya hendak utarakan. Banyak lagi masalah yang akan ditimbulkan tetapi biarlah saya memberi sedikit ucapan, kemungkinan intelektual sedikit, kemungkinan tidak intelektual kepada sesetengah sebab taraf intellectual seseorang itu berbeza. Yang Berhormat Datuk Ibrahim intelektualnya barangkali tinggi lagi daripada saya, ataupun saya tinggi lagi. Tidak tahulah itu kepunyaan masing-masing.

Tuan Yang di-Pertua, kita bersyukur kepada badrat Ilahi, kerana dengan limpah kumianya kita telah mencapai nikmat keamanan dan pembangunan di negara kita yang tercinta ini walaupun dalam situasi kegawatan ekonorni yang melanda negara kita sekarang ini. Di bawah pemerintah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang kita kasihi, Yang Amat Berhormat Dato Dr. Seri Mahathir Mohamad, pelbagai usaha telah dijalankan demi memajukan negara dan alhamdulillah, banyak kemajuan yang telah kita capai dan boleh dibanggakan sendiri, kita mesti bersyukur.

Pada ketika ini, izinkan saya untuk menyatakan beberapa perkara dan juga untuk membuat beberapa cadangan. Dalam beberapa hari ini, banyak telah kita perkatakan sehingga bukanlah mudah bagi saya kini untuk mencari sesuatu yang baru yang belum diperkatakan. Selepas ini banyak lagi perkara-perkara yang baru barangkali yang akan diperkatakan oleh sahabat saya, Yang Berhormat Dato' Ghazi, Yang Berhormat Puan Karnilia, Yang Berhormat Puan Mastika dan lain-lain Yang Berhormat lagi yang belum lagi berucap. Mungkin pada masa krisis, kita ada banyak perkara yang hendak diperkatakan tetapi saya sedih mendapati bahawa kebelakangan ini telah timbul kecenderungan hanya untuk mengkritik kerajaan tanpa mengira apa yang kerajaan sedang buat atau apa yang telah dicapai. Kritikan ini dihulurkan atau dikeluarkan oleh khususnya parti-parti pembangkang. Saya harap kecenderungan ini bukanlah suatu adat baru di Malaysia ini. Mengkritik adalah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi kalau kita melihat sesuatu perkara retrospektif tetapi adalah sukar apabila kita membuat cadangan secara proaktif untuk masa depan. Inilah yang menjadi cabaran. Bersikap membina secara proaktif untuk membuat perancangan masa depan adalah apa yang kita terima. Ini merupakan cabaran yang besar bagi Dewan ini

Page 53: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

48 DN.6.5.1999

dan lebih-lebih lagi bagi pihak pembangkang merapati pihak kerajaan dan mempercepatkan lagi pemulihan ekonomi yang berkekalan.

Pada tahun 1998, kita telah berada di tengah-tengah kegelapan suatu krisis kewangan yang amat serius. Harl ini kita berjumpa lagi di sini, di dalam keadaan yang lebih menyenangkan oleh kerana kita bukan sahaja dapat ~elihat krisis ekonomi yang kian berkurangan tetapi sedang menuju ke arah pemulihan, alhamdulillah. Mari kita menjadikan pemulihan ini suatu usaha berkekalan dan usaha nasional. Dalam hal ini, kita menghadapi sekali lagi suatu cabaran baru iaitu dengan tidak menggoncang perahu yang sedang menuju ke arah yang dirancangkan yang nampak positif, tentu sekali adalah tidak bertanggungjawab bagi seorang untuk menduga bahawa krisis kewangan dan ekonomi sudah berakhir.

Tuan Yang di-Pertua, pada hakikatnya kita masih dibendung krisis tetapi kita boleh dengan yakin merasakan bahawa masa yang teruk itu telah pun kita lalui. Pasti ada ramai yang sentiasa bersedia untuk mengkritik lagi untuk memandang rendah segala yang dijalankan oleh kerajaan. Bagi mereka tidak ada apa yang kerajaan jalankan adalah betul. Ini adalah menyedihkan kerana pengkritik-pengkritik ini telah ditanamkan dengan adat yang begitu negatif sehingga pandangan positif terhadap apa yang telah dijalankan atau tercapai oleh kerajaan adalah tidak wajar bagi mereka ini. Pandangan negatif mereka yang sedihnya merupakan suatu platform yang mudah bagi musuh-musuh negara mengeksploitasi dan menghakis lagi keyakinan kepada negara kita yang kita cinta ini, sama ada secara sedar atau tidak sedar pengkritik-pengkritik lantikan sendiri ini telah membuat sesuatu yang tidak baik bagi negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perkara ini benarkan saya untuk melemparkan suatu cabaran dengan izin, satu challenge kepada ahli-ahli pembangkang bahawa dalam membuat kritikan mereka, mereka sebarusnyalah ada kesopanan bahawa peranan mereka untuk mengkritik tidak memberi mereka hak untuk mengheret jatuh negara kita. Membangkang bagi maksud membangkang akan membawa kehancuran kepada negara kita. Dalam jangka yang kritikal ini, tatkala kerajaan sedang mengatur strategi untuk melaksanakan pemulihan apa yang harus bagi pembangkang ini ialah sekurang-kurangnya untuk menilai secara dekat langkah-langkah pemulihan yang dijalankan oleh kerajaan dan bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara yang positif bagi menyumbangkan seberapa banyak yang boleh kepada program pemulihan nasional.

Dalam erti kata lain, kami menyeru pihak-pihak pembangkang untuk mengambil peranan yang lebih membina dan proaktif dalam pembangunan negara. Bolehkah mereka, pihak pembangkang menyambut cabaran ini? Bolehkah mereka, sekurang-kurangnya pada saat yang genting dan kritikal ini lupakan politik di sebahagian modus operandi mereka supaya dapat menambahkan peluang pemulihan bagi negara kita? Oleh itu, dapatkah mereka menjadi negatif secara membina, dan tidak negatif secara menghancurkan di mana setahun lalu kita beranggapan pesimis tetapi kini kita merasa lebih lega bahawa dengan kerjasama pihak kerajaan, rakyat dan dengan harapan bersama pembangkang yang lebih membina kita boleh melihat ini bukan sahaja sebagai satu pancaran sementara tetapi sebagai satu pembangunan berkekalan ke arah pemulihan, insya-Allah.

Usaha-usaha tidak harus menjadi inisiatif kerajaan semata-mata tetapi usaha bersepadu oleh seluruh rakyat Malaysia yang taat, yang setia kepada negara ini mestilah bersama. NEAC dan NERP kerajaan dengan bantuan dasar kawalan kewangan (capital control) dan dengan diketuai oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebagai nadinya, sememangnya telah membawa kepada pemulihan ini. Saya berasa yakin Malaysia akan bersama-sama saya menghargai pandangan jauh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri membolehkan negara ini mengambil langkah­langkah yang betul ke arah pertumbuhan.

Page 54: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 49

Seperti yang boleh kita semua ingat balik iaitu sebelum 1 September 1998, negara kita sedang menjunam ke arah kejatuhan ekonomi tetapi sejak itu dengan kenyataan tegas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai kawalan kewangan, sekali lagi ekonomi Malaysia diselamatkan dari terjunam. Sekali lagi Perdana Menteri telah menunjukkan jalan dalam pengendalian ekonomi negara. Asas ekonomi yang kuat yang telah diletak oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah membendung dan mengurangkan krisis ekonomi. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terbukti betul apabila enggan mengambil bantuan IMF dengan pakej bantuannya itu. Beliau sekali lagi betul apabila meminta diadakan kawalan ke atas perdagangan mata wang dan spekulasi mata wang yang begitu berleluasa.

Adalah menjadi harapan kita bahawa inisiatif Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mencadangkan rancangan kewangan global yang baru, global fmancial architecture, dengan izin, dan kawalan spekulasi kewangan akan membawa kepada satu era kewangan yang stabil secara global dan lebih-lebih lagi untuk ekonomi sedang membangun yang lemah dan terdedah ini, dengan izin, greatly exposed developing economies.

Adalah tidak mudah untuk meminta komuniti antarabangsa terutama sekali ekonomi yang telah membangun untuk menjadi jurumudi dalam perkara ini oleh sebab ianya dicadangkan oleh satu negara yang sedang membangun. Juga oleh kerana sistem yang ada sekarang adalah baik bagi mereka. Apa juga ekonomi yang baik bagi mereka adalah untuk kesenangan dan kesukaan mereka untuk mengikutnya. Malaysia tidak harus menyerah dalam usaha global ini dan hendaklah menjalankan kerja melalui pelbagai organisasi antarabangsa supaya usaha kita berjaya. Mungkin Malaysia harus bekerja rapat dengan ekonomi yang telah membangun untuk menjayakannya dan untuk menghilangkan salah anggapan bahawa Malaysia hanya cuma pandai mengkritik tanpa membuat sesuatu yang membina.

Di sini saya suka sarankan bahawa di masa lawatan saya ke Brussel untuk mengikuti Inter-Parliamentary Union (IPU), kita telah membangkitkan berkenaan dengan keadaan ekonomi dan kewangan di Asia Tenggara ini di mana satu usul akan dibawa ke Berlin pada hujung tahun ini yang mana usul itu akan menjadi satu agenda utama yang telah pun dipersetujui oleh jawatankuasa IPU di Brussel bahawa ia akan dibincangkan. Satu cara yang saya rasa elok kita buat di Malaysia ini ialah kita mengendalikan melalui IPU yang sepertimana saya katakan iaitu melalui ASEAN dahulu dan dengan persetujuan ASEAN di mana kita telah pun buat di Brussel untuk mewujudkan usul ini, negara-negara ASEAN telah pun bersetuju. Daripada ASEAN kita bawa kepada Asia Pasifik di mana negara-negara termasuk negara Rusia, China, Jepun, India, Canada dan Australia sekali dan dengan sokongan daripada Asia Pasifik ini mereka mendahulukan untuk cuba mengatasi masalah ekonomi dan kewangan di tempat ini di mana kita memainkan peranan dari belakang.

Dalam perkara lain adalah begitu mengagumkan untuk melihat Malaysia telah melalui dua tahun yang begitu bersejarah, dari Julai 1997 sehingga sekarang iaitu 1999 banyak isu yang telah timbul yang telah menukar corak sosial, ekonomi dan juga politik di dalam negara ini. Waiau bagaimanapun, kita telah dapat mengatasi secara baik, kita tidak boleh gagal sebagaimana yang diramalkan oleh orang ramai tetapi telah dapat memulihkan keadaan sedikit demi sedikit. Inilah satu kredit kepada orang-orang Malaysia, kerajaan, pekerja dan orang ramai keseluruhannya tidak lupa juga kepada pelabur-pelabur sama ada tempatan ataupun asing yang merupakan penyumbang terbesar dalam pembangunan sektor pembuatan kita.

Untuk menambahkan kepada krisis ekonomi ini, negara kita telah dilanda pula bertubi-tubi oleh epidemik yang begitu serius seperti denggi, cholera di Pulau Pinang dan tidak lama dahulu ialah penyakit coxsackie di Sarawak dan kini pula JE dan kebelakangan ini pula jerebu di Semenanjung Malaysia dan juga di Sabah dan Sarawak. Sementara krisis kewangan dan ekonomi sebahagian besarnya adalah

Page 55: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

50 DN.6.5.1999

masalah serantau clan tidak boleh dibendung oleh kita sendiri, epidemik yang berlaku aclalah perkara clalaman yang menunjukkan bahawa acla sesuatu yang ticlak kena di pihak kita sendiri. Kita haruslah melihat diri kita sendiri dalam aspek ini clan alhamdulillah, baru-baru ini pihak kerajaan - Menteri Kesihatan telah pun memberi penerangan yang lebih lanjut clalam masa soalan lisan. Aclakah epidemik yang berlaku dengan lebih berleluasa clalam masa kebelakangan ini ·basil claripacla kesilapan­kesilapan kita? Marilah kita melihat secara teliti kepacla persekitaran dan juga kawasan perladangan dan keclai-keclai.

Adalah sedih untuk menyatakan bahawa banyak daripada persekitaran kita telah menjadi begitu teruk. Kekurangan air di beberapa pusat bandar telah menjadi lebih kerap dahulu, sekarang ini baru tahan sedikit. Kelantan masih lagi acla masalah air. Banyak claripacla ladang, terutama sekali laclang khinzir aclalah clalam keadaan yang terlalu kotor. Banyak tanclas awam, ada setengah tandas sudah bersih tetapi kebanyakan tandas awam dan parit-parit clalam bandar tidak dikenclalikan dan menjadi tempat membuang makanan, najis manusia clan sampah-sarap.

Saya ticlak bersetuju dengan saranan sahabat saya mengatakan perkara ini tidak lagi teruk sangat, pacla saya masih lagi sebab selalu juga kita masuk ke tanclas­tandas awam. Bila melihat kepacla pusat-pusat penjaja dan keclai-keclai banyak di antara tempat-tempat ini adalah clalam keaclaan yang tidak sihat dan tidak bersih untuk urusan pemakanan.

Sama juga dengan pasar-pasar basah kita semua ini menjadi tempat pembiakan penyakit dan epidemik. Apa yang telah terjadi Tuan Yang di-Pertua, ke mana perginya inspektor-inspektor kesihatan kita. Apa yang sedang dilakukannya oleh pegawai-pegawai kesihatan kita? Mengapa tinclakan-tindakan tidak diambil? Ini satu persoalan yang saya hendak katakan clalam Dewan ini, sebab apa tindakan tidak boleh diambil sebab apa tinclakan kalau boleh ambil selepas itu tidak boleh ambil. Untuk mengelakkan daripacla epidemik penyakit berlarutan, kita mesti bertindak secara proaktif. Kita_ mesti membersihkan persekitaran kita dan juga perladangan kita, pusat­pusat pemakanan, pusat-pusat penjaja, parit, tanclas awam, padang-padang dan sebagainya, perlu dibersih dan diperbaiki. Supaya tempat ini tidak terns menjadi tempat pembiakan penyakit dan epidemik di masa yang akan datang. Bersama-samalah kita menjaga kebersihan negara kita.

Aclalah nyata Tuan Yang di-Pertua, banyak yang perlu dilakukan oleh Kementerian Kesihatan, Majlis Perbanclaran, DBKL, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sudah terlalu lama kita bersikap puas hati dan tidak apa is lazy fare dengan izin, lazy fare attitude clalam perkara kesihatan, kebersihan dan usaha pengawalan penyakit. Kita perlu bertindak dengan tegas dan proaktif supaya dapat menghindar sebarang epidemik di masa akan datang.

Tuan Yang di-Pertua, bagi aspek sosio-ekonomi aclalah amat membanggakan bahawa Malaysia tidak menderita berbanding dengan negara jiran yang lain. Adalah suatu yang amat menggembirakan untuk melihat walaupun dalam keaclaan krisis ekonomi tidak berlaku sebarang masalah perkauman di negara kita. Keharmonian kaum tetap teguh dan ini merupakan satu pencapaian yang boleh kita banggakan. W alau bagaimanapun kita tidak boleh melihat aspek yang penting ini secara sambil lewa. Sebagai warganegara Malaysia yang setia kita mestilah berusaha lebih gigih untuk mengekalkan warisan ini, kerana ia merupakan satu aspek terpenting yang memberikan Malaysia kestabilan dan asas ekonomi yang kukuh. Ini sebenarnya merupakan satu cabaran kepada pihak pembangkang untuk memainkan peranannya dan saya merayu kepacla pihak pembangkang untuk bekerjasama dengan kerajaan supaya isu-isu berkenaan sensitiviti perkauman tidak dieksploitasikan untuk meraih populariti atau undi terutamanya ketika pilihan raya yang semakin hampir. Bagaimanapun adalah menyedihkan bahawa suasana politik negara telah tercemar kebelakangan ini terutamanya dalam isu reformasi yang hangat diperkatakan oleh

Page 56: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 51

setengah pihak. Sekiranya reformasi membawa maksud pemulihan atau perubahan bukankah kerjaan sedang berada dalam proses ini sekarang ini. Kerajaan telah cuba memperbaiki nasib rakyat setiap masa, kerajaan juga telah cuba memupuk kerjasama, kesaksamaan dan keadilan yang terbukti melalui warisan keamanan yang panjang, kestabilan dan keharmonian kaum di negara ini. Adakah semua ini sebahagian dari proses reformasi? Kenapa mencuba satu bentuk reformasi yang lain yang belum diuji seperti yang telah terbukti mempunyai elemen-elemen yang tidak ragu-ragu untuk menggunakan keganasan dan demonstrasi haram. Memang benar Tuan Yang di­Pertua, sebahagian dari hala cara kerajaan mempunyai kekurangan dan kecacatannya, kita tidak nafikan. Tetapi ianya boleh diperbaiki, kenapa tidak bergabung dengan kerajaan membawa perubahan dari menggunakan taktik-taktikjalanan.

Tuan Yang di-Pertua, bila direnungkan kembali seperti yang saya nyatakan tadi, adalah amat mudah untuk mengkritik tetapi kritikan ada dua jenis. Tuan Yang di­Pertua, pertama, adalah kritik yang membinasakan sementara, yang satu lagi kritik yang membina. Sekiranya kita merasakan terdapat banyak aspek negatif di dalam masyarakat kita atau kerajaan yang perlu dikritik atau dibetulkan maka kita sekurang­kurangnya menjadi kritikan negatif yang membina. Maka sebagai kesimpulannya Tuan Yang di-Pertua, izinkan saya membuat beberapa cadangan.

Satu, walaupun kerajaan tidak ada mendengar, saya harap kerajaan akan dapat mendengar melalui unsur-unsur yang tertentu. Kerajaan di dalam usaha untuk mencergaskan kembali ekonomi telah menjalankan tugas-tugas dengan membanggakan. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan. Kita sekarang sedang memasuki rejim pinjaman luar yang besar. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, telah menggalakkan kita dengan izin, spend and gain, seperti tajuk di kebanyakan akhbar tempatan.

Tuan Yang di-Pertua: Spend and ...

Dato' Haji. Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Spend and gain - g.a.i.n. Kita belanja dan kita dapat untung. Kalau kita belanja kita dapat untung. Kalau kita bubuh bawah bantal tidak dapat untung. Jadi kalau ada duit RMSO, bawah bantal kita belanjakan. Yang Berhormat Datuk Ibrahim .....

Tuan Yang di-Pertua: Belanja untuk apa itu?

Dato' Haji. Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Belanja untuk membeli belah Tuan Yang di-Pertua, sebab apabila kita belanja RMSO kita beli barang, tauke kedai itu belanja untuknya beli barang lain pula, untuk dia beli kereta pula, kereta pun laku, untuk anaknya bawa basikal, boleh beli basikal, basikal laku, jadi maknanya there is, with you respect, dengan izin there is an engine of growth, yang saya perkatakan dalam NEC, dalam perjumpaan dengan NEC di mana Ahli Senator telah pun pergi. Saya telah mencadangkan supaya interest rate dikurangkan, perbelanjaan kerajaan 23%, 18% jangan dipotong dan juga duit mesti dibelanja. Saya bagi masa perjumpaan itu kemungkinan diikut tidah tahulah, kemungkinan pemikiran itu sama. Seperti tajuk di kebanyakan akhbar tempatan dalam usaha ini kita mestilah mengambil iktibar dari apa yang berlaku di negara Thailand, negara jiran kita Indonesia, di Korea Selatan dan di beberapa negara Latin Amerika, di mana pinjaman luar berlebihan dibelanjakan untuk projek-projek yang tidak produktif dan yang berpretasi telah membawa mereka ke ambang keruntuhan ekonomi kerana ketidakupayaan mereka untuk membayar balik. Tetapi hutang Malaysia tidak begitu banyak sebab kita punya trade balance telah pun menjadi lebih baik lagi. Ada saya punya catatan ini daripada surat khabar, saya baca pada hari semalam. Tetapi saya tidak membacanya sebab saya percaya semua Ahli Yang Berhormat sudah membacanya.

Malaysia mesti mengelakkan dari membuat kesilapan yang sama seperti negara tersebut dan menyalurkan tabung pinjaman tersebut untuk projek-projek cara efisien, produktif dan amanah. Pada masa lalu banyak pinjaman yang dibuat oleh

Page 57: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

52 DN.6.5.1999

Kerajaan Malaysia. Akhirnya tidak mendatangkan basil dan membelanjakan yang tidak berfaedah. Kita mesti elakkan diri dari melakukan kesilapan sama seperti yang telah lepas dan berbelanja boros sedikit.

Yang kedua, Danaharta dan Danamodal telah melakukan pelbagai usaha dalam mengurangkan pinjaman tidak berbayar - NPL.. Bank-bank di samping membantu memodalkan semula sebahagian darinya, walau bagaimanapun, usaha­usaha menyelamat ini tidak dinafikan adalah perlu. Adalah amat penting pihak-pihak NPL dibantu, mestilah mengambil iktibar. Jika tidak apa yang dilakukan menjadi negatif kerana mereka yang tidak mengambil iktibar, akan mengulangi kesilapan mereka di suatu masa kelak, oleh syarikat-syarikat di bawah NPL - Non-Performing Loan, yang tidak bayar hutang ini.

Yang ketiga, adalah difahamkan bahawa syarikat-syarikat yang bermasalah, yang telah merujuk kepada seksyen 176 di dalam Soalan Lisan saya yang telah pun dijawab oleh kerajaan untuk mendapatkan perlindungan dari creditor, adalah dicurigai terdapat syarikat-syarikat yang menggunakan seksyen ini sebagai perlindungan hanya untuk menyelamatkan diri dari creditor tanpa melakukan penyusunan semula dengan secepat mungkin. Yang ini Yang Berhormat Datuk Ibrahim lebih arif lagi. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa berkenaan untuk memantau firma-firma yang bermasalah di bawah seksyen 176, perlindungan terhadap penyelewengan jika ada. Berapa banyak syarikat yang terlibat dalam mengambil langkah penyusunan semula, telah pun dijawab semalam 129 sekurang-kurangnya dan telah bebas dari beban NPL kita tidak tahu lagi. Yang menggunakan seksyen 176, 129 buah semalam, dijawab oleh kerajaan tapi yang keluar daripada belenggu ini kita tidak tahu lagi.

Saya ingin mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu jawatankuasa - tetapi telahpun dijawab semalam sebab ucapan saya ini dibuat dua hari yang lalu. Sudah dijawab oleh kerajaan, jadi, tidak payalah - untuk memantau firma­firma yang bermasalah di bawah seksyen 176 secara lebih kritikal lagi.

Yang keempatnya, sebagai penasihat kepada sebahagian dari firma-firma yang agresif meminjam, saya ingin nyatakan bahawa pinjaman yang berlebihan atau melebihi keupayaan adalah baik jalankan pembubaran bagi syarikat tersebut, sekiranya keadaan ekonomi semakin buruk nanti.

Tuan Yang di-Pertua, adalah diingatkan bahawa ekonomi sungguhpun ekonomi pulih tetapi disebabkan oleh orang-orang luar dan negara-negara asing ia boleh jatuh dalam masa seminggu jikalau perkara ini dilakukan secara satu agenda. Sekiranya firma-frima perlu meminjam lakukan dengan bijak dan cermat kerana pinjaman perlu dibayar. Janganlah buat pinjaman tidak perlu dibayar seperti mana yang berlaku pinjaman MARA, fikirkan tidak payah bayar, sudah belajar ke luar negara tidak bayar, bila balik ada yang tidak bayar, ada yang bayar. Saya pun jadi penjamin sampai sekarang pun belum lagi penuntut itu bayar, kemungkinan saya menjadi muftis pun tidak tahu tetapi tidak apalah, selagi kita bertenaga dan bekerja boleh kita cuba bayarkan.

Adalah diharapkan sektor korporat kita mengambil iktibar dari Taiwan dan Singapura di mana mereka berhati-hati mengenai dengan pinjaman yang berlebihan dalam urus cara pemiagaan mereka. Sekiranya pinjaman terpaksa dilakukan ia perlu disokong oleh pertambahan modal, pertambahan modal mesti ada dalam syarikat itu.

Bagi Malaysia adalah diharapkan peniaga-peniaga bumiputra dapat belajar dari rakan perniagaan mereka iaitu orang-orang Cina yang amat berhati-hati dengan pinjaman untuk perniagaan mereka. Walau bagaimanapun mereka ada juga kesusahannya, saya tahu. Terdapat satu perbezaan yang jelas dalam pemiagaan bumiputra dan Cina di Malaysia di mana pemiagaan bumiputra lebih cenderung kepada mempunyai pinjaman yang besar berbanding dengan pemiagaan Cina. Ada juga pemiagaan Cina yang hendakkan pinjaman besar, saya tidak nafikan itu, saya

Page 58: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 53

mesti juga katakan di sini. Ketika kegawatan ekonomi, kita menyaksikan pemiagaan bumiputera jatuh kerana pinjaman yang terlalu besar, ada juga pihak syarikat Cina, orang Malaysia yang juga jatuh disebabkan pinjaman besar tetapi ini adalah satu peringatan.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai kesimpulannya dan sebelum saya menyentuh point-point yang ada sedikit lagi nota-nota saya, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa negara memerlukan usaha dan sumbangan setiap warganegara untuk memulihkan keadaan ekonomi, bukannya kerajaan sahaja. Walaupun terdapat tanda­tanda ke arah ini kita mesti mengekalkan, jika tidak kita akan menjadi seperti Jepun di mana suntikan rangsangan fiskal berkali-kali selama 10 tahun tidak berupaya mengeluarkannya dari kemelesetan ekonomi.

Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang kecil kalau dibandingkan dengan Jepun tidak mampu untuk melakukan kesilapan seperti Jepun. Semua rakyat negara Malaysia mesti merapatkanjurang dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan usaha memulihkan ekonomi tidak sia-sia. Tidak seperti Jepun, Malaysia tidak mempunyai banyak sumber dan altematif.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya kembalikan sedikit untuk bertanya kepada kerajaan. Ini luar daripada ucapan yang saya telah pun buat secara mendalam. Sekarang ini kedudukan Dewan. Tuan Yang di-Pertua, saya selalu pergi ke bawah, ke pejabat Bahagian Tugas Khas, kalau Tuan Yang di-Pertua pergi ke sana tengok keadaan saya teruk sangat. Kalau orang luar negara datang melawat ke bawah didapati bukan pejabat di bawah itu, kerusi pun tidak ada. Tuan Yang di-Pertua, sudah pergi ke bawah atau tidak? Belum lagi.

Tuan Yang di-Pertua: Siapa kata belum.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Saya harap dapat diperbaiki. Walaupun kita dalam keadaan gawat, saya rasa ini adalah perkara yang tidak berapa besar ~~lanjanya.

Keduanya, Tuan Yang di-Pertua, pada hari yang lalu memang berasa dengan izin, 'embarrass' sebab apabila saya bangun bercakap, hendak bertanya soalan tambahan 'rnic' kita tidak berbunyi.

Tuan Yang di-Pertua: Pasal suara Yang Berhormat, dia tidak berbunyi.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Sebab suara saya, dia tidak berbunyi. Baiklah barangkali suara saya tidak berbunyi ataupu sebab dia tidak mahu berbunyi kerana kita ada tetamu daripada Maghribi. Maghribi serupa dengan Morocco, tidak.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, sama.

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Saya menggunakan bahasa Melayu di sini, Bahasa Kebangsaan, saya tahu Morocco. Casablanca pun tahun juga tetapi kita guna Maghribi, sebab orang biasa panggil Maghribi. Jadi, Tuan Yang di­Pertua, orang-orang Maghribi datang duduk di sana, dia tengok rnic tidak berbunyi, macam mana perasaan mereka. Apabila mereka balik ke negara mereka, negara kita cantik dengan lebuh raya, menara yang tinggi dan sebagainya tetapi di Dewan Negara, Upper House, dengan izin, Lower House, dengan izin. Saya sebut Lower House orang marah Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya hendak kata Upper House ini, Upper Chambers dengan izin and Lower Chambers. Yang Berhormat Tuan Haji Abu Bakar hendak mengacau ....

Tuan Haji Abu Bakar bin Haji lsamil: Tuan Yang di-Pertua, Dato' Zuki beri laluan. Tidakkah itu dikatakan manusia boleh merancang, Allah yang Malaysia menentukan, saya ingat coincident sahaja itu.

Page 59: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

54 DN.6.5.1999

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju tetapi kita tidak rancang dengan betul [Ketawa]. Apa rancangnya kalau sudah jadi macam itu bermakna kita tidak rancang. Adakah pagi itu kita periksa mic ini, boleh bunyi atau tidak? Tidak ada, tidak rancang. Kalau kita rancang, insya­Allah, Tuhan sudah suruh kita merancang, apa yang kita ikhtiar Tuhan biasanya makbulkan. Kalau kita duduk di tengah jalan raya, langgar kereta, sudah tentu. Kalau kita duduk di bawah pokok kelapa, kelapa tua jatuh hempap kepala kita, siapa suruh duduk di situ.

Tuan Yang di-Pertua, itu satu. Yang keduanya mereka duduk belakang itu, mendengar saya bercakap, apa dia ini bercakap [Ketawa], satu benda pun tidak tahu, hanya dia tahu apabila Tuan Yang di-Pertua, mengatakan kita ada tetamu daripada Morocco baru bangun, sebab disebut Morocco itu "Ini negara saya disebuf' Selain daripada itu, apa, dia tidak tahu, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, mengapa kita tidak ada penterjemahan atau ear phone apabila tetamu-tetamu datang, kalau tidak, tiada makna mereka hendak tengok Dewan, lebih baik kita suruh dia datang apabila Dewan tidak bersidang. Ini Dewan kami, ini caranya, ini Pahang tempat [Ketawa]. Tidak ada makna, datang macam orang bisu sahaja.

Jadi, ini satu patut diperbetulkan. Saya dengan izin, very embarrass, Tuan Yang di-Pertua, pun embarrass saya tahu. Saya tahu perasaan ketika itu tetapi Tuan Yang di-Pertua, tidak boleh bercakap. Saya boleh bercakap sekarang ini sebab saya hendak saran kepada kerajaan, tolonglah baiki. Bukan itu sahaja, mesin fax masih lagi tidak ada. Ahli Yang Berhormat hendak mesin fax. Hairan, tolong faxkan sikit, kalau tidak saya kena pergi ke pejabat Kewangan di sana, hendak kena fax. Di bawah pun tidak ada fax, di Bahagian Tugas Khas tidak ada mesin fax. Komputer, hari itu saya bercakap, petang itu ada. Hari ini tidak ada balik, macam mana gayanya. Hari ini bercakap ada, besok tidak ada [Ketawa].

[Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]

Dato' Haji Mohd. Zuki bin Kamaluddin: Minta maaf, Tuan Yang di­Pertua, bukan menceritakan sesuatu yang lucu tetapi perkara yang benar iaitu mengadakan ear phone di sana. Tolonglah Tuan Yang di-Pertua, perbaikilah kedudukan Dewan kita, mesin fax patut ada satu, bukan mahal sangat. Kalau tidak ada Yang Berhormat Senator RMl00,000 boleh dibelanjakan untuk membeli fax mesin fax dan juga photostats machine, yang mana penting sangat untuk kami. Kadang-kadang kami kena pergi ke bandar sekejap, suruh pemandu untuk fax sekejap, saya hendak berucap sekejap lagi, macam itu jadinya. Takkanlah terjadi macam ini dalam keadaan sekarang, di Parlimen ini.

Satu lagi yang saya hendak bawa, saya berasa sedih berkenaan dengan lapangan terbang antarabangsa walaupun telah dijawab oleh kerajaan tadi iaitu Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah ini. Yang sebenamya, Tuan Yang di-Pertua, dahulu memang hendak dibuat di Kuantan, saya tidak sakit-sakit dan iri hati, hendak buat di Terengganu buatlah tetapi masalah yang timbul ialah mengapa dahulu hendak buat di Kuantan, setelah kajian dibuat, lapangan terbang telah disambung lebih kurang 30 kilometer sahaja lagi untuk menjadi lapangan terbang antarabangsa. Sudah belanja banyak duit di sana, kemudian tukar pula. Baiklah, kalau itu dibuat di Terengganu mengikut jawapan kerajaan tadi, maknanya lapangan terbang dengan jalan raya hendak buat sekali. Mengapa hendak buat sekali, kita bukan ada duit sangat sekarang ini. Buatlah jalan raya itu dahulu, lapangan terbang itu boleh kita buat kemudian. Inilah saranan saya.

Lagi satu saya hendak tanya, kebelakangan ini saya dengar pula bahawa Lapangan Terbang Subang ini hendak ditutup pula. Kalau ini betul, saya amat sedih benar, jadi saya harap Lapangan Terbang Subang ini tidak akan ditutup, Tuan Yang di­Pertua.

Page 60: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 55

Lagi satu perkara yang hendak saya bawa ialah berkenaan dengan kehakiman (judiciary). Jadi, saya mencadangkan kepada kerajaan bahawa jawatan Attomey­General ini patutlah datangnya dari Kabinet, Ahli Parlimen, ia bertanggungjawab kepada Parlimen sendiri. Saya mengucapkan tahniah kepada Ketua Hakim Negara, hari ini keluar surat khabar secara terbuka hendak mendengar dan berjumpa dengan pihak-pihak peguam dan sentiasa terbuka untuk membaiki keadaan yang berlaku jika ada. Jadi, masalahnya kadang-kadang kita selalu menekankan kesilapan judiciary sahaja. Misalannya, kita ambil contoh, pelaiigaan seorang peguam, dia kalah kes, sebab apa dia kalah kes, sebab eviden yang dibawa ke mahkamah itu barangkali tidak menyebelahnya, jadi kemungkinan pihak peguam tidak memberitahu kes tersebut.telah kalah disebabkan sesuatu perkara. Kita kena ceritakan kepada pelanggan kita, kalau tidak nanti berlakulah keadaan memikirkan keadaan ini adalah tekanan judiciary, ini pihak hakim tidak adil dan sebagainya. Inilah masalahnya. Kadang-kadang kes itu lambat atau ditangguhkan, ini pihak mahkamah atau judiciary telah menangguhkan kes ini walaupun kita telah banyak kali mencuba. Jadi pihak pelanggan tertekan disebabkan menunggu kes ini lambat. Kadang-kadang masalah itu adalah masalah peguam sendiri, mungkin dia ada kes lain atau dia minta dahulu sekali, jadi, jadual itu tidak dapat dimasukkan pula, mungkin lambat. Jadi, inilah perkara yang sama sepatutnya kita mesti ada satu pengertian iaitu pihak peguam dan pelanggan mengetahui kedudukan perkara sebenarnya.

Dan saya bersyukur bahawa kebelakangan ini nampaknya perhubungan antara judiciary dengan pihak Bar Council dan peguam nampaknya baik. Inilah yang kita hendak. Tambah pula sekarang ini telah ada seorang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bukannya Jabatan Kehakiman yang mana saya rasa sampai masanya kita wujudkan semula Kementerian Kehakiman di mana dahulunya kita ada AG yang terdiri daripada orang-orang politik seperti Tan Sri Hamzah dan Tan Sri Kadir. Jadi saya rasa sampai masanya Kementerian Kehakiman ini dapat diadakan semula dan saya ucapkan tahniah kepada Bar Council kerana telah dapat membuat perhubungan yang baik dengan pihak Timbalan Menteri dan saya dengar akan diadakan satu perjumpaan Bar Commonwealth di Kuala Lumpur ini, nampaknya Perdana Menteri telah pun diberitahu mengenai hal ini dan beliau sambut baik, baguslah perkara ini akan diadakan di negara kita ini dan saya berharap Perdana Menteri kita dapat bersama-sama merasmikan Commonwealth Bar Meet di Malaysia pada hujung tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan kedudukan duta-duta 'ambassador'. Saya tahu perkara ini telah dibangkitkan di Dewan Rakyat. Saya suka menyarankan kepada kerajaan bahawa duta-duta ataupun Pesuruhjaya Tinggi haruslah kita ambit lebih kurang 30% ataupun 25% mestilah terdiri daripada ahli-ahli politik yang boleh menjalankan tanggungjawabnya. Ha, ini saya hendak sebutkan, bukan semua ahli politik boleh jadi duta. Jadi, mana yang layak dan boleh menjalankan tanggungjawabnya ataupun yang satu hari nanti boleh jadi timbalan menteri atau menteri biar dia menjadi duta terlebih dahulu. Ataupun yang telah bersara tetapi masih kuat lagi tenaganya yang boleh menyumbangkan kepada negara patut dipertimbangkan jika mereka ini layak dan negara-negara yang patut mereka pergi seperti negara Rusia di mana kebanyakan masalahnya ialah politik, Australia, France, China dan Amerika. Ha, ini negara-negara tertentu. Negara seperti Korea dan Jepun biarlah teknokrat yang pergi, carrier diplomat, dengan izin, jawatan ini diberikan kepada mereka, lebih sempuma sebab di Jepun misalnya kita banyak bidang perniagaan, jadi teknokrat patut dihantar ke sana. Saya memberi saranan ini supaya kita memikirkan untuk mengadakan duta ataupun high commissionaire, dengan izin, ke negara-negara yang saya sebutkan tadi.

Tuan Yang di-Pertua, lagi satu saya dukacita sebabnya baru-baru ini pihak kerajaan telah menjawab soalan lisan itu ambil 6, 7 jawab sekali. Jadi kalau buat macam itu, ambil tujuh soalan, sepuluh soalan sehari, lama-lama tidak ada lagi soalan

Page 61: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

56 DN.6.5.1999

yang tinggal. Soalan-soalan itu bukan sernpa sangat, yang sebenarnya. Soalan itu ada perbezaan clan itu sebab Yang Berhormat ahli-ahli senator bangun bertanya soalan tambahan sampai 4, 5, 6 kali, sebabnya dia takut soalan ini tidak akan timbul lagi.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa kita kena berhati-hati janganlah rangkum sampai 9, 10, soalan - saya menjawab soalan Yang Berho~t Tuan Haji Abu Bakar, saya menjawab soalan Puan Kamilia, saya menjawab soalan Dato' Zuki -sama semua. Soalan saya itu ada perbezaan sedikit. Jadi dia rapukan sekali, akhir-akhir sampai minggu depan tidak ada soalan. Tadi saya dengan Encik Abdullah, tengok, soalan Dato' sudah tidak ada, nampaknya you pun sudah habis, semua sudah berjawab. Ini yang susah, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, mintalah jangan jawab sampai 6, 7 sekali. Kaclang-kaclang Dato' Ghazi pun dia keluar sekejap, masa itu dia tidak ada, jadi soalan dia sudah dirangkum sekali, dia ingat hendak soal, sudah tidak ada peluang hendak soal. Sudah jawab sekali gus clan jawab pula Menteri, sampai setengah jam atau satu jam, sebab banyak hendak jawab. Jadi apa maknanya soalan lisan macam ini Tuan Yang di-Pertua. Minta maaflah, saya kena katakan perkara yang saya rasa patut keluarkan, tidak boleh hendak buat diam sahaja.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, saya harap kalau satu, dua bolehlah, kalau sampai 6, 7 soalan saya semua sudah berjawab. Jawapan kepada soalan ini, semua sudah diberi jawapan. Yang ini - Dato' Mohd. Zuki, soalan nombor berapa ke, minta Menteri Perdagangan Antarabangsa clan Industri menyatakan pelaburan terns dari luar - sudah jawab, ini sudah berjawab, dalam beg ini penuh dengan soalan yang sudah berjawab. [Ketawa] Tuan Yang di-Pertua, inilah satu perkara yang saya rasa patut beritahu pada Dewan yang mulia ini.

Lagi satu berkenaan dengan tol, saya hendak bangkit lagi, minta maaf Yang Berhormat Puan Mastika, point-point ini adalah penting saya rasa hendak keluarkan. Toi ini seperti mana yang saya katakan tadi, masalah ini timbul adalah kerana rakyat tidak puas hati sebab dengan serta-merta harga tol naik RM3, RM4. Jadi kita buat satu kajian, apabila buat satu kajian katakanlah hendak buat tol daripada Bentong ke Raub, hendak buat jalan raya, saya harap tidak lama lagi, hendak adakan tol beritahu orang Raub, orang Bentong ke, atau orang-orang lain yang hendak pergi ke tempat itu, bahawa kita hendak buat jalan raya yang harganya RM2 billion akan siap dalam masa setahun, dua tahun clan apabila siap tolnya ialah RMl.50. Baik, jikalau ada masalah orang tidak puas hati, masa itulah dia akan bangkitkan clan kerajaan dapat mendengar keluhan rakyat di kawasan itu. Kalau tidak, tidak ada masalah. Toi itu boleh dikenakan kepada pengguna-pengguna lebuh raya itu.

Lagi satu saya hendak tanya berapa banyakkah duit yang dapat daripada, dengan izin, road tax, iaitu tax kereta. Kalau misalannya kita tidak boleh gunakan tol, macam baru ini di Belgium, jalan ke Holland, Germany semuanya, saya tengok tidak ada tol - terns sahaja. Saya lupa hendak tanya kepada pengguna kereta di situ berapa mereka bayar road tax. Jadi saya harap duit road tax ini kita tarik, gunakan duit itu sedikit, jangan terlalu banyaklah, gunakan duit road tax yang lebihan itu untuk kegunaanjalan raya. Jadi, tol dapat dikurangkan sedikit. Itu satu caclangan

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi ialah berkenaan dengan kedudukan Dewan sudah pun saya sebut. Berkenaan dengan tol sudah pun saya sebut, lebuh raya sudah pun saya sebut tadi, kehakiman sudah pun saya sebut. Lain tidak ada apa yang saya hendak perkatakan, hanya saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di­Pertua, yang telah mendengar syarahan saya tadi clan juga ucapan saya yang tidak sepertinya dan dengan ini saya menyokong usul atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Haji Abdul Wahid bin Varthan Syed Ghany.

Page 62: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 57

4.11 ptg.

Tuan Haji Abdul Wahid bin Varthan Syed Ghany: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, kerana memberi peluang kepada saya. Saya bangun mengambil bahagian dalam Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 5 April 1999.

Perjawatan Perkhidmatan Perpustakaan Awam di Malaysia -

Kertas ini dibentangkan untuk menibawa perhatian berkenaan kedudukan perjawatan di semua Perkhidmatan Perpustakaan A warn di Malaysia.

Latar Belakang -

Pengurusan Perpustakaan Awam di Malaysia adalah seperti berikut:

(a) sebagai badan berkanun kerajaan negeri untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia melainkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;

(b) jabatan kerajaan untuk negeri Sabah dan Sarawak;

( c) pihak berkuasa tempatan untuk Perpustakaan Peringatan Kuala Lumpur; dan

(d) Peranan dan tanggungjawab sesebuah Perkhidmatan Perpustakaan Awam antara lain adalah untuk menanam tabiat gemar membaca di kalangan rakyat di samping menyebarkan ilmu pengetahuan dan maklumat.

Perkhidmatan yang disediakan merentasi sempadan dengan aplikasi teknologi maklumat yang terkini dan merangkumi semua peringkat masyarakat daripada pelbagai kaum di Malaysia.

Kajian profail membaca rakyat Malaysia yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam tahun 1996 menunjukkan purata masyarakat Malaysia membaca dua naskhah buku setahun; kadar literasi di Malaysia adalah 92%; dan kadar membaca masyarakat Malaysia adalah 87%.

Dengan terbentuknya Koridor Multimedia dan ledakan maklumat semasa, dapatan di perenggan 2.4 tadi tidak memberangsangkan. Jurang masyarakat kaya maklumat dan masyarakat miskin maklumat, masyarakat luar bandar perlu dirapatkan. Hanya dengan pembangunan minda melalui ilmu pengetahuan dan maklumat sahaja proses pembangunan negara dapat dipercepatkan. Perkhidmatan Perpustakaan Awam berupaya dan berpotensi untuk memainkan peranan yang diharapkan.

Setakat ini terdapat 500 Perkhidmatan Perpustakaan Awam di Malaysia. Penambahan ketara dapat disaksikan sejak tahun 1998 dari segi penambahan Pusat Perkhidmatan Koleksi dan keahlian Perpustakaan Awam. Dari segi pertambahan peruntukan mengurus di Perpustakaan Awam mulai tahun 1988 hingga 1999 adalah di antara 1,732% untuk negeri Perak dan 86.24% untuk negeri Selangor.

Data yang dibentangkan ini tidak seimbang dengan kedudukan perjawatan yang ada dan perlu demi menyokong perkembangan ketara yang dinyatakan. Kedudukan perjawatan adalah seperti berikut:

(a) jawatan tetap- 900 orang;

(b)

(c)

(d)

jawatan sementara - 49 orang;

jawatan sambilan - 239 orang; dan

jawatan kontrak - 203 orang.

Didapati jawatan bukan tetap, sementara, sambilan dan kontrak di Perkhidmatan Perpustakaan Negeri di Malaysia adalah di dalam lingkungan di antara 33% dan 883% dan menjadikan purata keseluruhannya 195%.

Page 63: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

58 DN.6.5.1999

Implikasi Jawatan Sementara, Sambilan dan Kontrak -

Selain daripada prestasi perkhidmatan yang disediakan keadaan ini boleh menjejaskan perkhidmatan dari segi:

(a) tiada dorongan dan insentifkepada kakitangan perpustakaan;

(b) kawalan dan akauntabiliti kakitangan rendah; dan

(c) perkhidmatan keahlian kakitangan pelapis untulc menerajui perkhidmatan.

lsu ini sangatlah perlu ditangani untulc menjamin perkhidmatan yang telah dioperasi dan dirancang akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat tempatan. Ini juga dapat menjamin agar setiap sen peruntulcan yang dibelanjakan diguna sepenuhnya secara berkesan.

Pembangunan minda dan pembangunan tenaga manusia diperlukan seiringan dengan pembangunan fizikal negara agar pembangunan total dapat dilahirkan di dalam negara bergerak ke status negara maju menjelang tahun 2020.

Sekian, dengan ini saya sokong. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Haji Ahmad bin Ismail.

4.20 ptg.

Dato' Haji Ahmad bin Ismail: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya bagi mengambil bahagian dalam membahaskan Usul menjunjung kasih di atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bangkitkan dua isu perumahan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, kerajaan telah bersetuju secara prinsipnya menaikan harga rumah kos rendah daripada RM25,000 kepada harga baru RM30,000 hingga ke RM45,000. Keputusan tersebut disyorkan oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) berdasarkan laporan Status Pelaksanaan Ketigabelas Mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara. Berpandukan kepada kedudukan ekonomi negara dan kadar inflasi yang ada, harga itu bolehlah kita anggap wajar dan berpatutan. Ini adalah kerana memandangkan kos bahan-bahan binaan terutamanya simen batu-bata dan lain­lain keperluan turut meningkat sejak 15 tahun yang lalu iaitu suatu tempoh yang agak lama, harga rumah kos rendah tidak pemah dinaikkan.

Namun demikian, kita tidak tahu sama ada mereka yang berpendapatan rendah yang belum memiliki rumah akan membantah dengan kenaikan ini. Dalam pada itu MTEN mengingatkan bahawa harga yang dinyatakan itu juga berdasarkan kepada lokasi dan kumpulan sasaran. Ini bermakna kawasan perumahan yang akan dibangunkan itu terletak berhampiran dengan kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Johor Bahru, George Town, sudah tentu harga tersebut adalah berpatutan bagi kawasan-kawasan tersebut. Bagaimanapun Tuan Yang di­Pertua, jika kawasan perumahan yang akan dibangunkan itu terletak di kawasan­kawasan sekitar bandar seperti di Kangar, Alor Setar, Taiping dan lain-lain bandar yang masih belum padat penduduknya, saya mencadangkan supaya harga lama dapat dikekalkan. Dalam pada itu kita berharap dalam usaha untulc menaikkan harga rumah, pihak pemaju juga semestinya mengambil kira dari segi kualitinya, kita tidak mahu rumah yang dibina itu harganya meningkat akan tetapi kualitinya tidak pemah diawasi. Misalannya kes-kes tertentu yang baru sebulan pemilik menduduki rumah mereka, terdapat keretakan di sana sini. Pendawaian letriknya tidak sempuma, sistem perparitan yang tidak terurus dan banyak lagi kerenah dan masalah dihadapi oleh penduduk.

Page 64: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 59

Sehubungan itu juga kita mahu melihat rumah harga baru ini walaupun masih dilabel sebagai rumah kos rendah atau rumah murah, dibina dengan reka bentuk sama ada luarannya dan reka cipta ruang dalamnya selesa untuk kehidupan sebuah keluarga. Kita tidak mahu lagi mendengar golongan remaja yang ditanya kenapa mereka melepak, lalu jawapan yang diberi, mereka tidak selesa, kerana rumah yang ditinggal agak terlalu sempit. Oleh itu perkara dan aspek seperti ini wajar diberi perhatian dan diambil kira dalam perancangan pemaju membina rumah kos rendah pula.

Tuan Yang di-Pertua, saya berpendapat dalam usaha membina sebuah keluarga bahagia dan sejahtera, keselesaan rumah tangga adalah resepi penting. Tanpa kebahagiaan rumah tangga dalam sesebuah keluarga tentu ianya tidak dapat membentuk sebuah rnasyarakat yang maju, sihat dan jati diri. Kata-kata, "rumahku syurgaku" sewajamya diambil perhatian dan kita sedaya upaya mesti berusaha untuk merealisasikan kedudukan ini sejajar dengan perjalanan kita menuju ke alafbaru. Kita tidak mahu apabila negara memasuki alaf baru hanya kira-kira beberapa bulan lagi tetapi masih ada rakyat yang tinggal di bubuk-bubuk buruk dan rumah murah yang mempunyai bilik tidur sekadar boleh belunjur sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita semua maklum kesanggupan seorang itu membeli rumah bergantung kepada dua faktor utama. Pertama, kemampuan menyediakan bayaran pendahuluan manakala bakinya mendapat pinjaman daripada bank. Kedua, kemampuan membayar ansuran pinjaman bulanan. Lantaran itu, jika bayaran pendahuluan tidak dapat disediakan terutama oleh mereka yang berpendapatan rendah tentunya peluang untuk memiliki rumah sendiri terus menjadi sukar. Menyedari akan timbulnya kesukaran seperti ini, kerajaan wajar mengeluarkan garis panduan mengenai pembayaran pinjaman rumah murah berdasarkan harga anjal yang matlamatnya untuk memudahkan rakyat berpendapatan kecil membeli rumah.

Saya berharap garis panduan ini mengambil kira kemampuan golongan itu terutama mereka yang belum memiliki rumah kediaman. Pinjaman juga mesti anjal dengan mengambil kira segala faktor kemampuan bakal pembeli. Dengan adanya garis panduan dengan bayaran pendahuluan dan ansuran pinjaman mudah tentunya akan dapat memberi keadilan kepada semua pihak terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah. Kita mahu rumah yang dibina dapat dijual kepada mereka yang memerlukan, manakala mereka yang membelinya pula tidak menghadapi masalah ketika menguruskan perbelanjaan keluar selepas membuat pinjaman.

Dengan mengambil kira kadar faedah yang rendah yang dikenakan, saya berharap garis panduan berkenaan menggariskan cara pembayaran yang tidak membebankan. Dalam hal ini institusi kewangan atau bank seboleh mungkin perlu mengambil kira kemampuan pembeli, jika perlu bayaran ansuran dikenakan dibuat semudah mungkin dan seharusnya tidak jauh berbeza dengan bayaran sewa bulanan ketika mereka belum memiliki rumah sendiri. Pada masa yang sama penentuan keanjalan harga rumah berkenaan oleh pemaju ia mesti dikawal oleh pihak berkuasa.

Kita juga tidak mahu melihat ada pemaju yang mengambil kesempatan daripada keanjalan itu dengan menetapkan harga yang tidak munasabah, malah keterlaluan walaupun di bandar utama dengan alasan ia kononnya terletak di kawasan strategik.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira jika hal-hal yang kita sebutkan sebentar tadi diberi perhatian segera barulah golongan rendah ini dapat diberikan pembelaan. Tuan Yang di-Pertua, kemiskinan sesungguhnya adalah satu penyakit sosial yang bersifat global yang senang dilihat tetapi tidak mudah dihapuskan. Di Malaysia, wabak ini wujud sejak zaman berzaman tetapi oleh kerana sebahagian besar daripada rakyat kita dari semua bangsa ketika itu berada di dalam cengkaman kemiskinan rnaka kemiskinan itu dilihat dan dirasa sebagai satu kebiasaan tanpa ada rungutan.

Page 65: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

60 DN.6.5.1999

Pembukaan kampung-kampung baru di zaman prakemerdekaan untuk menghapuskan komunis dan pembukaan hutan belantara Pahang untuk dijadikan ladang sawit FELDA di bawah pentadbiran Perdana Menteri Kedua, Almarhum Tun Abdul Razak Husin boleh dianggap sebagai langkah pertama memerangi kemiskinan di negara ini.

Tuan Yang di-Pertua, pada hemat saya definisi kemiskinan pada hari ini harus diperluaskan lagi dan hanya tidak terhad kepada kemiskinan di kampung-kampung, sektor petani dan nelayan sahaja tetapi harus mencakupi aspek urban poverty, dengan izin, atau kemiskinan dalam bandar yang amat ketara dewasa ini. Apalah ertinya negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi di dunia, lapangan terbang terindah dan termoden, sistem pengangkutan yang canggih termasuk LRT, banyak bangunan pintar jika masih ada rakyat yang tidak mampu menikmatinya dan hanya dapat melihat dengan rasa hati yang sayu kerana dicengkam kemiskinan.

Perlu diingatkan rakyat miskin yang tidur di kaki lima dekat pintu kedai dan di bawah pokok-pokok masih boleh dilihat di ibu kota dan di ibu negara. Untuk itu kerajaan harus merangka strategi baru yang lebih komprehensif untuk mengatasi kemiskinan di bandar setelah usaha di peringkat negeri dan kampung terbukti berjaya. Soal kewujudan rumah setinggan dalam pinggir bandar terbukti urban poverty, dengan izin, masih wujud dan ini merupakan tanggungjawab baru harus mensasarkan kerjasama dengan kementerian atau ejensi pelaksana kerajaan bagi merealisasikan bantuan termasuk melengkapkan kemudahan asas kepada rakyat miskin. Usaha ini harus dijadikan satu strategi utama selain daripada mengadakan bantuan kewangan bagi membantu ibu bapa yang tidak mampu tetapi memerlukan perbelanjaan besar untuk merawat anak-anak yang menghidap penyakit yang mengancam. Tuan Yang di­Pertua, saya ingin menggesa agar kerajaan harus menyusun strategi komprehensif ini kerana kejayaan dalam hal ini bererti menepati konsep 'mesra rakyat' seperti yang digembar-gemburkan baru-baru ini.

Kedua, Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menyentuh Kementerian Pendidikan. Kemunculan Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU) di Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan menambahkan bilangan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

Setakat ini negara mempunyai enam universiti swasta dan tiga kampus cawangan universiti luar negara. Keseluruhan jumlah IPTS ialah sembilan buah berbanding 11 buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk Institut Teknologi Mara. Menjelang alafbaru, bilangan IPTS melebihi IPTA kerana beberapa pengusaha sedang menunggu kelulusan untuk membuka universiti baru, contoh universiti itu ialah universiti kolej swasta yang akan dibuka oleh Yayasan Guru Malaysia Bhd. dan Universiti Selangor oleh Yayasan Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, soalnya adakah negara memerlukan sehingga berbelas­belas atau berpuluh-puluh universiti swasta, adakah kelahiran IPTS-IPTS seperti cendawan selepas hujan itu sihat untuk sektor pendidikan negara, wajarkah kuantiti dinilai sebagai kriteria utama dalam usaha negara menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau. Bagaimana pula dengan kualitinya. Setakat ini pelbagai pihak meluahkan pendapat, ada di antara mereka yang berkata itu merupakan satu perkembangan baik kerana ia membantu negara menyediakan tempat kepada pelajar, ia juga dikatakan dapat mengurangkan pengaliran wang keluar negara apabila lebih banyak pelajar berpeluang meneruskan pelajaran dalam negara. Namun demikian satu pihak yang lain pula berkata, bilangan IPTS perlu dikawal dan cukuplah jumlah yang sedia ada iaitu sembilan buah termasuk kampus cawangan universiti luar negara.

Sebenamya Tuan Yang di-Pertua, mereka ini bimbang dengan nasib pelajar Melayu yang datang dari keluarga yang kurang kemampuan. Kerana kos pengajian di universiti swasta amat terlalu tinggi dan tidak mungkin mampu dibiayai oleh mereka

Page 66: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 61

yang miskin. Bayangkan hanyalah keluarga elit yang kebanyakan terdiri daripada bukan Melayu yang sanggup membayar sehinga RM250,000 untuk lima tahun pengajian bagi kursus perubatan di IMU. Kita tidak boleh menuduh IMU mengaut untung berlebihan kerana itulah kos sebenar kiraan terkini untuk seseorang pelajar kursus perubatan bagi tempoh lima tahun pengajian dan berbicara soal kemampuan kita dapat melihat dengan jelas bahawa kos itu sudah pasti tidak mampu ditanggung oleh pelajar Melayu jika tidak dibantu oleh kerajaan. Masa depan pelajar Melayu menjelang alaf baru dalam menikmati kemudahan pengajaran dan pembelajaran di universiti swasta seolah-olah tidak menentu. Majoriti daripada mereka akan kempunan untuk menikmati kemudahan PMP yang serba canggih dan moden di universiti swasta. Fenomena itu menjadikan kita semakin bimbang kerana ia boleh menyebabkan pelajar yang kurang kemampuan ketinggalan untuk menikmati kemudahan itu di universiti awam jauh sekali kerana kerajaan tidak lagi mampu membiayai kos meningkat kemudahan sedia ada terutama pada ketika ini.

Kita tidak mahu pelajar Melayu ketinggalan dan untuk itu kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MARA, Yayasan Negeri dan badan-badan sukarela lain perlu berusaha memastikan peluang pelajar Melayu ke universiti swasta tidak terjejas kerana masalah ekonomi. Namun pada masa yang sama didapati terdapat bilangan para ibu bapa yang kurang berkemampuan yang tidak mampu menghantar anak-anak mereka belajar di universiti swasta. Kos terlalu tinggi sehingga puluhan dan ratusan ribu ringgit di universiti swasta memusnahkan harapan sesetengah orang untuk melihat anak-anak mereka mendapat ijazah daripada universiti. Soalnya, sampai bilakah masalah ini akan berterusan. Kita memang berterima kasih kepada kerajaan yang terus memberi subsidi kepada pelajar di IPTA atau IPTS namun Tuan Yang di­Pertua, kita mahu kerajaan perlu memikirkan cara lain untuk memastikan pelajar­pelajar miskin yang kurang berkemampuan juga harus mendapat tempat di universiti elit swasta, saya berharap jumlah pelajar Melayu dan bukan Melayu di universiti swasta harus seimbang demi kebaikan bersama.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' Ghazi.

4.35 ptg.

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk mengambil bahagian dalam tajuk ini. Saya turut menjunjung kasih pada Yang Mulia Tuanku di atas Titah Ucapan yang menyeluruh yang banyaknya mengenai hal ekonomi. Saya telah mengikuti perbincangan dan perbahasan yang telah banyak disampaikan oleh rakan-rakan dalam Dewan yang mulia ini. Saya mengucap tahniah kepada rakan­rakan kerana begitu banyak timbul permasalahan yang saya harap pihak kerajaan akan mengambil berat walaupun kehadiran pihak kerajaan sendiri, macam kata Yang Berhormat Dato' Zuki tidak ada.

Tadi Yang Berhormat Dato' Zuki menyebut bahawa beliau mencuba untuk mengkaji secara agak intellect, kalau tidak salah itulah perkataannya. Saya cuba dengan cara saya yang saya tahu, saya tidak tahulah intellect atau tidak, tetapi saya ingin menumpang sebuah helikopter naik di atas dan melihat Malaysia secara keseluruhan dan membuat sedikit analisa dan kesimpulan dan di samping, itu insya­Allah, sekiranya kesimpulan itu agak kuat maka di sana-sini saya akan membuat beberapa cadangan untuk diberi pertimbangan oleh pihak kerajaan. Sama seperti rakan-rakan yang lain saya harap macam saya katakan tadi wakil-wakil pegawai­pegawai kerajaan yang turut hadir di sini yang banyak, saya ucap tahniah, walaupun tengah hari ini agak susah hendak concentrate tetapi saya memberi notis bahawa saya rasa saya ada sesuatu yang hendak disampaikan, saya harap dapat dipanjangkan dan disampaikan kepada pihak yang berkenaan.

Page 67: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

62 DN.6.5.1999

Tuan Yang di-Pertua, saya bersetuju benar umpamanya di antaranya Yang Berhonnat Datuk Zainudin Maidin menyebut tentang soal peguam tadi dan roenimbulkan satu perbahasan yang agak menarik. Saya rasa terpanggil untuk ambil bahagian tetapi saya ingat sudah panjang dah, saya agak bersetuju dengan respon daripada Yang Berhonnat Puan Kamilia tetapi saya ingin merakamkan saya kurang bersetuju sedikit dengan cadangan yang dibuat oleh Yang Berhonnat Datuk Zainudin, tentang pendekatan baru mengenai proses undang-undang ini, mengehadkan pada ahli politik supaya tidak mengambil bahagian dalam perbicaraan tertentu. Sepintas lalu saya nampak okay, boleh diterima tetapi mungkin kita patut melihat menyeluruhnya dan menimbang dan saya harap Yang Berhonnat Datuk Haji Ibrahim Ali turut mendengar ini, insya- Allah, ataupun wakilnya supaya kerajaan melihat dengan secara total, dengan secara menyeluruh, tidak hanya melihat kepada isu terdekat untuk memberi ubat kepada pennasalahan hari ini. Kita mesti melihat secara besar, secara total dengan jangka panjang. Kalau saya memikirkan tentang pepatah Melayu yang terdekat saya memikirkan "kalau marahkan nyamukjangan bakar kelambu", kita tetap ingin mempertahankan sistem kehakiman kita. Oleh kerana itu kita jangan terburu­buru untuk membuat sesuatu yang akan mengendoskan bahawa kita agak gopoh dan sebagainya.

Saya berkata ini dengan sedikit ingatan kepada ayat suci al-Quran nul karim yang ingin saya baca di sini, saya petik daripada surah An-Nahl ayat 125, dengan izin [membaca ayat Quran], maksudnya, "serulah ke jalan tuhan mu wahai Muhammad dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahasalah dengan mereka yang engkau serukan itu dengan cara yang lebih baik". Saya rasa ayat ini menepati bahawa dalam pendekatan kita menangani permasalahan yang datang berjuta-juta melulu tidak berhenti dari segenap sudut, kita hendaklah senantiasa tenang menggunakan akal fikiran kita, menggunakan kaedah memproses menganalisa dengan baik, menimbang yang buruk dan yang tidak buruk, melihat apakah kemungkinan yang tidak baik dari segi keputusan kita pada hari ini, kemudian barulah kita mengambil sesuatu keputusan.

Malah bila saya bercakap pada ayat yang saya petikkan ini, saya juga ingin petik sunnah Nabi Muhammad s.a.w., dengan izin, mengikut riwayat Ibnu Abbas r.a. maksudnya, "Tiap-tiap sesuatu itu mempunyai alat dan perkakas dan alat bagi orang mukmin ialah akal. Tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kenderaan dan kenderaan manusia itu ialah akal. Tiap-tiap sesuatu itu mempunyai tiang dan tiang agama itu ialah akal. Tiap-tiap kaum itu mempunyai tujuan dan tujuan hamba Allah ialah akal. Tiap-tiap kaum itu mempunyai penyeru dan yang menyerukan orang-orang beribadat itu ialah akal. Tiap-tiap saudagar itu mempunyai harta kekayaan dan harta kekayaan orang yang rajin itu ialah akal."

Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin tekankan di sini ialah kita perlu menggunakan akal yang diberikan oleh Tuhan kita dengan kebijaksanaan, dengan kepintaran dan dengan hikmah dalam membuat sesuatu sebab tujuan kita membuat keputuan adalah murni, sebab tujuan sesuatu keputusan dan mengimplementasinya ialah untuk menyakinkan kumpulan sasaran kita. Janganlah pada keputusan itu sebenarnya tidak menyakinkan dan hajat kita tidak sampai.

Tuan Yang di-Pertua, perkara lain yang ingin saya sebut ialah kupasan yang dibuat oleh rakan saya Yang Berhormat Datuk Zainudin mengenai Yang Amat Berhonnat Perdana Menteri umpamanya, saya amat bersetuju malah pendekatan helikopter yang saya katakan ini kita ingin melihat umpamanya kalau kita merujuk pada buku yang dikeluarkan sebuah penerbit memperkatakan Dr. Mahathir sebagai CEO Malaysia. CEO ertinya Chief Executive Officer for Malaysia. Saya amat tertarik dengan pendekatan ini, ertinya kita melihat keseluruhan Malaysia seolah-olah sebagai sebuah syarikat gergasi yang besar yang mempunyai resource yang banyak dan dibantu oleh kakitangannya yang baik.

Page 68: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 63

Saya menyebut sepintas lalu hari itu dengan cepat semasa Yang amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri ada di sini mengenai peranan CEO dan pembantu-pembantu CEO. Yang saya hendak beri gambaran di sini ialah kita mesti melihat peranan CEO yang begitu efektif dan melihat kepada peranan sebuah syarikat swasta dan melihat di mana yang dikatakan pemimpin kita sebagai CEO Malaysia ini. Kalau kita melihat di antara kriteria-kriteria yang biasanya diucapkan oleh pihak sektor swasta ialah seseorang pemimpin CEO itu mesti mempunyai wawasannya, mesti mempunyai misinya, mesti mempunyai perancangan strategiknya, mesti mempunyai tindakan susulan atau perancangan untuk bertindak dan mesti mempunyai ruang untuk mengulang kaji segala yang telah dibuat, kemudian dibaiki, kemudian completelah satu cycle.

Kalau kita melihat ini dengan rasional, kita melihat kegagahan dan kebolehan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai seorang CEO Malaysia dan pendekatan beliau dalam persyarikatan Malaysia sebenamya ialah untuk mendapat rakan kongsi di antara kerajaan dengan pihak swasta untuk bersama-sama on the basis, dengan izin, as joint-venture untuk memajukan negara ini. Kita mesti melihat pada segi ini dan kalau saya bandingkan umpamanya baru-baru ini saya ingat hari Sabtu lepas diadakan siaran langsung oleh sebuah syarikat TV swasta mengenai ehwal Islam mengenai perpaduan ummah di mana Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad sendiri mengambil bahagian.

Di antara yang saya tertarik ialah mengenai perpduan ummah. Ummah ini bermaksud semua rakyat dan dikaitkan dengan Ma'al Hijrah 1420. Saya lebih tertarik, saya tidak mahu ulang apa yang telah dikupaskan oleh Yang Amat Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir bin Mohamad yang mungkin kita semua tahu dan cara pendekatannya tetapi yang saya hendak memberi fokus ialah pada pendapat yang dikemukakan oleh Yang Berbahagia Profesor Yusof Hassan dari Universiti Utara Malaysia. Beliau menyebut bahawa banyak perubahan yang dikatakan Ma'al Hijrah kita menukar dari satu tempat ke tempat lain, daripada tahap yang kurang baik kepada tahap yang lebih baik dan beliau menyebut empat ciri perubahan yang tersebut mengenai:

(i) Managing Change - menguruskan perubahan;

(ii) Anjakan paradigma;

(iii) Lateral Thinking- berfikir secara lateral yang ditulis oleh penulis terkenal Edward Debono, hampir 30 buku hanya tentang cara berfi.kir, ini ditekankan; dan

(iv) Future Realistic Thinking - memikir tentang masa depan, ertinya wawasan, ada wawasan ada visi.

Jadi, kalau kita melihat dari pendekatan cara korporat, pendekatan yang moden berkaitan dengan Ma'al Hijrah yang saya sebut, ertinya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita yang 19 belas tahun selaku Perdana Menteri dan empat tahun sebelum itu Timbalan Perdana Menteri yang jumlahnya sudah 23 tahun menguasai tempat yang mustahak sebagai ketua negara, sudah pasti kalau ini kita kumpul dan tonjolkan dengan betul, kita 'communicate'kan dengan target group, sasaran kita, insya-Allah, sekurang-kurangnya kita dapat melihat apa yang patut dilihat. Sebagai contoh, kadang-kadang kita melihat, kalau saya tanya apa yang orang lihat di atas kertas, ini dia melihat kertas putih kosong. Sekiranya saya membuat lima dot di atas, saya bertanya sekumpulan lain, apa yang saudara nampak, dia melihat lima dot tetapi, selain daripada hanya melihat lima dot yang hitam itu, dia juga patut melihat yang putih terserlah di hadapan ini.

Page 69: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

64 DN.6.5.1999

Inilah menjadi masalah komunikasi yang kita hadapi dalam Malaysia sekarang. Oleh kerana itu, di antara cadangan yang saya ingin katakan ialah umpamanya pihak pengurusan universiti sendiri patut menganjurkan dialog terbuka di dalam universiti mengajak penuntut-penuntut untuk membahaskan umpamanya tajuk buku 'A New Deal for Asia'. Walaupun saya ulang bah ini tetapi hari itu saya sebut sepintas lalu saya ingat, saya sebut dua minit sahaja sehingga rakan tanya apa maksud you, what are you trying to say on from that book. Saya tidak sempat hendak kupas pun insya-Allah, hari ini saya hendak sebut. Setelah meneliti buku ini, saya berani mengatakan inilah patut dijadikan kertas kerja ataupun bahan yang patut didebatkan, didialogkan di dalam institusi pengajian tinggi.

Kita boleh jemput orang politik sama ada Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Negara, kita boleh jemput ahli ilmiah, ahli akademik, kita boleh jemput tokoh agama, kita boleh jemput rakan Pemuda untuk bersama-sama dalam dialog itu. Nah! apakah nilai cadangan ini? Pada saya nilainya besar, sebab kumpulan sasaran yang menjadi permasalahan kepada kita ialah kumpulan muda. Saya tidak mahu komen bab muda ini, semua sudah faham. Kalau kita tinggalkan mereka di dalam gedung-gedung ilmu sesama mereka dan kita membuat ungkapan, cadangan, kritikan, saranan dan sebagainya di luar dari ilmu komunikasi tidak sampai. Kalau pun sampai, tidak begitu efektif.

Ilmu komunikasi mengajar kita kalau untuk mencapai tahap komunikasi yang unggul, yang baik yang terbaik, kita hendaklah memberanikan diri masuk dalam gelanggang berhadapan. Kita menyampaikan pendapat berdasarkan buku, kita menerima soalan-soalan dan pendapat dengan tenang dan kita cuba menjawab kepada kumpulan sasaran ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Datuk Zainudin bin Maidin hendak bertanya.

Datuk Zainudin bin Maidin: Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat Dato' Ghazi, adakah Dato' Ghazi menyedari bahawa kebanyakan jemputan daripada siswa Universiti apabila tujukan kepada menteri-menteri daripada kerajaan, daripada UMNO dan sebagainya kebanyakannya ditolak tetapi kalau kepada pihak pembangkang mereka terima dengan mudah.

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Tuan Yang di-Pertua, ditolak oleh universiti, you mean?

Datuk Zainudin bin Maidin: Bukan, yang keberatan ialah dari pihak-pihak kerajaan sendiri.

Dato' Ghazi @ Hasbullah bin Haji Ramli: Terima kasih. Saya anticipate jawapan itu tetapi terima kasih pada Yang Berhormat Datuk Zainudin bin Maidin kerana mengukuhkan hujah saya lagi. Inilah yang maksud saya, terima kasih Yang Berhormat Datuk Zainudin mengesahkan bahawa yang rasa takut, gundah-gulana ini ialah pihak kerajaan. Saya menyarankan jangan rasa takut. Hantar Yang Berhormat Datuk Zainudin pergi berdepan dengan pelajar. Tetapi kita kena pilih kumpulan­kumpulan yang agaknya ada kredibiliti. Biar ini merupakan satu kelompok, jangan dicampuradukkan dengan kumpulan lain yang mempunyai imej, muka depan yang lain. Saya tidak mahu panjanglah maksud saya, ada kumpulan ini. Jadi, kalau kita memberanikan diri, saya menyeru pihak kerajaan untuk membenarkan ini, kita mengambil langkah proaktif. Okay, kita takut risiko. Dalam apa buat pun ada risikonya tetapi dalam masa kegawatan yang seperti ini, saya rasa kita mesti tonjolkan keberanian kita, tunjukkan kita ada kekuatan, kita mempunyai modal, kita mempunyai maklumat, kita mempunyai ilmu dan kecekapan untuk berkomunikasi dengan kumpulan sasaran. Bila kita ada bahan bercakap begini, pandailah kita untuk membangkitkan isu-isu yang lain.

Page 70: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 65

Tuan Yang di-Pertua, saya perkatakan begini dengan sedikit pengalaman saya sendiri di dalam kumpulan-kumpulan yang tertentu, ertinya bukan hanya saya membuat cadangan kosong bayangan mimpi tetapi yang telah pun ada - minta maaf saya dikacau oleh lalat. Yang Berhormat Dato' Haji Mohd. Zuki tadi kompelin yang lain, lalat yang kacau saya pula.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya tidak nampak di situ ada lalat, saya tidak nampak.

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Tuan Yang di-Pertua, tidak nampak, ya. Tetapi percayalah walaupun tidak nampak, benda itu ada ya, Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa]

Tuan Yang di-Pertua, satu perkara lain, bila saya sebut tadi dari segi kita hendak berkomunikasi dengan pelajar. Kita mengatakan ini gedung ilmu. Gedung ilmu melatih pelajar untuk berfikir, di antara lainnya gedung ilmu mengajar supaya bila menghadapi maklumat bagaimana hendak menggunakan maklumat itu. Malah sekolah bestari kalau difikir dengan satu pendekatan ialah untuk memperlengkapkan pelajar daripada sekolah rendah hingga sekolah menengah hingga kolej dan terus ke universiti untuk mempunyai kemahiran berfikir dengan lebih supaya tidaklah macam kata Menteri Pendidikan selalu ...

Timbalan Yang di-Pertua: Carry on.

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Macam kata Menteri Pendidikan selalu, 'tidaklah pelajar itu hanya memuntahkan apa yang dia terima daripada cikgu'. Dia patut menerima ini sebagai maklumat memproseskan dengan akal fikirannya, kemudian baru dia boleh sampaikan jawapannya. Oleh kerana itu, saya minta maaf menyebut, universiti-universiti tempatan ini agak berkurangan dari segi 'active participation', dengan izin, kerana dalam banyak hal tidak boleh salahkan mereka semua kerana mereka memang dididik daripada sekolah rendah, sekolah menengah terus ke kolej dan masuk universiti, begitu. Kita harap insya-Allah, generasi masa depan, generasi muda akan lebih berkebolehan berfikir dan lebih aktif dari segi participation dan sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, mungkin oleh kerana saya menyebut banyak tentang kebolehan berfikir, menganalisa masalah, mencari jalan penyelesaian dan sebagainya mungkin sampai masanya pihak kerajaan, ini satu lagi cadangan menjalankan kempen besar-besaran yang senang. Kempen IT kena buat, kadang-kadang orang tanya apa benda Allah, IT. Tetapi saya hendak cadangkan kerajaan menjalankan kempen besar­besaran untuk berfikir, 'think', dengan izin. Saya ingat dalam tahun 1970-an awal lebih kurang, syarikat komputer terbesar IBM, sebenarnya menggunakan kempen 'think'. Masuk ke pejabat IBM di mana pun 'think'. Pada masa itu saya muda sedikit daripada sekarang, jadi saya pun tanya lebih dan setelah mendengar, rasional pemikiran di belakangnya dan setelah melihat perkembangan keseluruhan anggota kakitangan IBM sehingga sekarang, saya melihat ada hikmahnya, ada kekuatannya tentang 'think', ertinya fikirlah. Ayat AI-Quran mana, saya tidak tahu. Macam ayat Al-Quran, "Jkraq bismirabbikal lazi khalaq ", ertinya "bacalah olehmu". Sekarang kita suruh 'fikirlah', apa yang hendak kita suruh fikir. Ertinya, bila kita mendengar kita dedahkan dengan maklumat pelbagai dengan fitnah, dengan itu ini dan sebagainya. Kita kata, kita merayu dengan hikmah 'fikirlah', itu yang kita nasihat. Ertinya ada balance dari segi pendekatan kita, ada 'the right mix', dengan izin, dengan pendekatan, pengeluaran yang baik ataupun resipi yang baik, kena ada 'the right mix'. Tukang masak di restoran Thai umpamanya, kena buat 'right mix' untuk mengeluarkan Tom Yam yang sedap, kalau tidak, Tom Yam tidak sedap. Oleh kerana itu namanya Tom Yam tetapi ada yang lebih sedap daripada yang lain, itu dia.

Page 71: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

66 DN.6.5.1999

Tuan Yang di-Pertua, perkara lain yang saya hendak sebut di sini ialah kalau tadi saya kata, Chief Executive Officer Malaysia (CEO), ada rangkaian Executive Director Department Head dan sebagainya. Sebenarnya rakyat melihat prestasi kerajaan dan rakyat memikirkan tentang prestasi ini dan membuat keputusan sama ada masih sokong ataupun tidak. Ini gambaran, tadi saya cakap CEO dari segi kekuatan, kebolehan dan skillnya, sekarang dari segi performancenya; prestasinya diukur, dikira. Malangnya bila rakyat mengukur, dia tidak ada satu borang yang diberi oleh kerajaan. Dia ada beribu, berjuta borang yang hendak dikumpulkan, dicongak dan dijumlahkan, melihat dan membuat keputusan sama ada okay atau tidak disokong kerajaan lagi.

Saya berterima kasih dan mengucap tahniah kepada pihak kerajaan kerana baru-baru ini mengadakan satu Persidangan Khas Pegawai-Pegawai Daerah, baru-baru ini. Saya agak tepat masanya walau agak lewat, tetapi pepatah Inggeris kata, 'it's better late than never'. Saya juga mengucap tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Tun Daim Zainuddin sendiri yang begitu terbuka tentang permasalahan, masalah kena sebut. Sebut masalah yang benar, baharu boleh jadi penyelesaian yang betul. Sekurang­kurangnya 'the chances', kemungkinan untuk mencari penyelesaian adalah lebih sekiranya kita kenal pasti masalah yang betul. Pada saya kita sudah kenal pasti walaupun ada banyak berselindung-berselindung lagi, malah saya turut mengucap tahniah kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan II, kerana pada hari ini saya melihat dalam sebuah akhbar muka depan diberi tajuk, 'Menteri, KSU punca peruntukan tidak diguna '. Saya dalam perbahasan saya secara cepat hari itu, secara 'rush' di depan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya pemah sebut tentang 'jangan hanya salah pegawai kerajaan', ada rekod. Kita juga kena melihat kepada hos-hos ini, orang yang membantu CEO,Timbalan CEO, ertinya EDs -Executive Directors dan pembantu-pembantu Executive Directors, dengan kata lain saya guna bahasa itu, bahasa swasta, bahasa korporat. Tetapi hari ini terbit dengan clear, 'Menteri, KSU punca peruntukan tidak diguna '.

Saya rasa inilah satu pendekatan yang berani yang saya harap akan memulakan sesuatu, buat dengan cepat, buat tindakan dengan betul dan sebagainya. Yang lain semua sudah kupas, saya tidak mahu sebut benda-benda lain yang telah pun terkupas. Cuma, di antaranya saya nampak Yang Berhormat Dato' Mustapa pun sebut, dia telah mengarah Ketua Setiausahanya sendiri untuk mengambil tindakan susulan dan melihat balik kenapa banyak juga peruntukan di kementerian beliau tidak digunakan. Saya agak lebih faham kerana kalau saya sit back dan melihat hendak belanja wang ini ada dua jenis pokoknya, pada sayalah.

Satunya hendak buat atau hendak belanja untuk mendirikan projek. Satu ini, macam Kementerian Pembangunan Usahawan ialah untuk memberi pinjaman kepada bakal-bakal usahawan. Saya rasa yang pertama tadi senang, lebih senang daripada yang kedua kerana yang kedua ini kita hendak melihat sama ada projek itu menguntungkan atau tidak, viable atau tidak. Kalau tidak viable kita juga tidak hendak memberi sesuatu dan mematikan hamba Allah ini sebab tugas dan tanggungjawab Kementerian Pembangunan Usahawan juga adalah untuk membina usahawan­usahawan yang baru. Jadi, perkara ini amat baik dan saya mengucap syabas. Cuma, saya berserulah kepada KSU dan semua anggota kerajaan supaya berubahlah sedikit dan percepatkan. Kalau tidak kita dengar seruan bapak menteri, timbalan menteri dan sebagainya tetapi sampai masanya tidak juga berubah.

Tuan Yang di-Pertua, di sini saya ingin menyebut satu perkara yang baik berlaku di peringkat negeri Selangor. Dalam tiga atau empat bulan yang lepas, Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr. Haji Abu Hassan bin Haji Omar telah menganjurkan kolokium khas di antara pegawai tinggi kerajaan dengan ahli-ahli politik - ahli ADUN dan juga ahli Parlimen. Pergi ke

Page 72: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 67

Port Dickson tiga hari dua malam dan disatukan pegawai tinggi kerajaan dengan pemimpin politik, macam sayalah Ahli Parlimen, dalam bengkel-bengkel yang berlainan untuk membincangkan Tonggak Sepuluh iaitu satu polisi Kerajaan Negeri Selangor yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar tentang sepuluh bidang keutamaan yang hendak diberi untuk membangunkan Selangor. Saya rasa pendekatan ini amat baik yang saya sendiri mengatakan bahawa ini satu model perkongsian pintar ala Langkawi International Dialogue yang dicetuskan ideanya oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri.

Bila rakan-rakan pemimpin tinggi kerajaan dengan ahli politik bersama-:sama dalam satu bilik, bercakap tentang kenapa projek ini tidak berjalan dan sebagainya, dengan cara yang bebas, dalam suasana yang baik, kemesraan dan barrier di antara kita telah dielakkan atau dihapuskan, bukan hapus semaksirnumnya, curna saya kata ada perubahan yang baik, yang positif. Jadi, saya rasa selain daripada hanya pihak kerajaan memberi arahan, notis atau hendak kata beri nasihat, hendak ambil tindakan disiplin, ini semua adalah mungkin satu cara, the peer approach, may be the other one is the consultative approach, dengan izin, yang sama perkongsian pintar yang saya sebut tadi.

Tuan Yang di-Pertua, sekarang saya sudah turun helikopter saya ke bawah dan melihat permasalahan perurnahan. Saya hendak menyebut perurnahan ini dari konteks yang lain sedikit. Saya mendapat faham bahawa ada syarikat besar bemama Syarikat Perurnahan Negara yang telah pun diumumkan oleh kerajaan tidak lama dahulu. Saya ingat kalau tidak salah, peruntukan diberi sebanyak RMI.5 bilion. Saya minta pihak kerajaan memberitahu maklurnat perkembangan Syarikat Perurnahan Negara (SPN) yang sebegini besar. Pada saya idea mewujudkan SPN ini amat baik tetapi yang kita melihat di akhbar, membaca dan mendengar, yang SPN ini diam, curna yang lain-lain bunyi bising atas lagu yang sama, nadanya sama, iramanya sama. Kita buat peruntukan banyak ini, hendak buat rumah banyak ini tetapi masih terbengkalai dan sebagainya.

- Pada saya, saya harap pihak kerajaan melihat dan saya ingin mengetahuilah, mungkin saya tidak tahu, Syarikat Perurnahan Negara ini bagairnana fungsinya yang sebenar, bagairnana hendak mengkoordinasikan dengan Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Perurnahan dan Kerajaan Tempatan.

Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husin: Terirna kasih, Tuan Yang di­Pertua. Terirna kasih di atas laluan yang diberi oleh Dato' Ghazi. Saya tidak berapa faham Dato' menyebutkan bahawa telah pun diwujudkan Syarikat Perurnahan Negara tetapi ada yang lain-lainnya yang lagunya sama, iramanya sama. Bolehkah Dato' jelaskan apa yang dirnaksudkan dalam bahasa kiasan yang begitu tinggi.

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Terirna kasih, insya-Allah saya akan cuba jawab, Yang Berhormat. Tuan Yang di-Pertua, maksud saya sudah ada Syarikat Perumahan Negara ertinya saya bayangkan dengan peruntukan RMl.5 bilion, tanggungjawabnya besar, untuk melihat secara keseluruhan, untuk membuat perancangan, irnplementasi dan sebagainya. Yang saya kata bunyi sama ini di pihak kerajaan, whatever peringkat, masih bercakap tentang masalah perurnahan seperti yang dahulu kita pemah dengar. Jadi, ini yang tidak menyakinkan rakyat, ertinya rakyat masih tidak cukup rurnah. Kalau dikatakan perancangan 80,000 baru hanya siap 10,000 - ini maksud saya dan masih bercakap tentang permasalahan dari segi developemya dan sebagainya, inilah maksud saya secara ringkas, Yang Berhormat.

Saya hendak tujukan dengan lebih khusus kepada Program Rumah Murah Rakyat. Saya memberi penekanan rurnah murah rakyat kerana hari ini juga saya terbaca kadar rakyat termiskin sudah meningkat sekarang oleh kerana masalah kegawatan ekonomi. Lebih lagi kita kena beri perhatian kepada rakyat termiskin. Jadi,

Page 73: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

68 DN.6.5.1999

mengikut yang saya dapat selidik sekarang ini wang daripada KWSP untuk orang berpendapatan rendah ada dalam bentuk tiga akaun:

(i) 60% boleh dikeluarkan selepas bersara - umur 55 tahun;

(ii) 30% withdraw untulc membeli rumah - hanya 30%;

(iii) 10% untulc beli unit trust ataupun pembiayaan perubatan.

Ini mengikut kajian saya, kalau salah, salahlah. Saya katakan mungkin sampai masanya pihak kerajaan membuat sedikit perubahan dari segi skim ini. Kita patut memberi pengkhususan kepada rakyat berpendapatan rendah dan top priority, dengan izin, keutamaannya ialah memiliki rumah kerana dalam hidup kita bercakap tentang food, clothing and shelter - makanan, pakaian dan perumahan. Jadi, kenapa hendak suruh beri terus kepada dia untulc dia belanja yang lain? Kenapa hendak beri terus galakan dia kepada unit trust?

Pada saya lebih baik kita ubahsuai skim ini dan beri peluang kepada dia dengan wang yang ada dalam KWSP itu, bila dia bersara nah, sudah ada rumah, confirmed. Rumah orang tidak boleh tukar, rumah kita sendiri orang tidak boleh suruh keluar sebab ada title tetapi kalau kita asyik menumpang, ada duit, duit hilang. Macam pegang share, cash is king sebab share certificate bukan lagi king. Share boleh turun nilai tetapi cash, nilai boleh turunlah tetapi relatively dengan share ini sama sahaja ataupun lebih manfaat dari segi FD dan sebagainya. Jadi yang saya hendak cadangkan ialah, Tuan Yang di-Pertua, kita lihat kepada umur. Umpamanya sebagai contoh, kajilah dengan panjang. Saya tidak pandai sangat dalam hal ini, cuma saya melihat sebagai mewakili rakan setinggan yang banyak memberitahu masalah. Jadi, kita melihat masalah ini, menerima masalah, memprosesnya, cuba berfikir dan cuba cadangkan kepada pihak kerajaan yang berkuasa untulc membuat pindaan. Beri KWSP ini sebagai ruang untulc memiliki rumah.

Umur di bawah 30 tahun dia boleh keluarkan semua sekali tetapi maksimumnya kena harga rumah. Ertinya withdraw sampai itu dia boleh beli rumah. Kita galakkan orang muda pun boleh beli rumah.

Umur di antara 30 sampai 40 atau 45 tahun mungkin boleh withdraw tetapi 80% untulc rumah or 78% - 80% untulc rumah. Hadnya masih lagi harga rumah, kalau 80% katakan sebanyak RM40 ribu tetapi rumah itu RM35 ribu, dia hanya boleh keluar hanya RM35 ribu untulc rumah. Dan kalau yang agak berumur sedikit lebih daripada 40 tahun mungkin setakat 60% sahaja untulc tujuan ini, dan maksimumnya harga rumah sepertimana yang saya katakan.

Tuan Yang di-Pertua, perkara yang ada kaitannya dengan perumahan ialah apa yang kita tahu sebagai Tabung Projek Perumahan Kos Rendah. Masih saya memberi penumpuan kepada rakyat berpendapatan rendah, kerana saya kata saya amat mendekati setinggan, saya tahu bagaimana susahnya tetapi kita hendakkan pembanguan. Tetapi kalau ada masalah macam mana hendak selesai masalah, kalau benda ini duduk terlekat. Baik, kita tahu Tabung Projek Perumahan Kos Rendah, kalau tidak salah saya mengikut penyelidikan mempunyai dana sebanyak lebih RM6 bilion. Oleh kerana prosesnya dari segi prosedur yang ada sekarang mungkin menyebabkan kelambatan untulc membuat rumah atau membeli rumah setelah diberi. Di sinilah datangnya relevannya, mustahaknya syarikat perumahan negara tadi. Syarikat yang TPPKR tadi mengikut fahaman saya adalah di bawah tanggungjawab Bank Negara ada dananya. Tapi dia kena belanja membuat rumah. Tapi di sana ada syarikat perumahan negara yang ada RMl.5 bilion. Kalau mereka ini membeli rumah yang telah pun dibuat oleh TPPKR ini maka syarikat ini akan mendapat cash, wang tunai serta-merta dan bolehlah mereka menggunakan balik untulc membina banyak lagi rumah kos rendah. Dengan jalan itu terus syarikat perumahan negara dalam

Page 74: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 69

perancangannya aku ada banyak duit, duit banyak ini aku beli terus, therefore saya sudah ada 2,000 unit atau 10,000 unit atau 15,000 unit dan saya harap ini akan dapat diagihkan dengan secara lebih direct.

Saya pemah sebut dahulu bahawa pengagihan rumah-rumah kos rendah terlalu banyak lapisan. Oleh kerana terlalu banyak. lapisan pun menyebabkan delay ataupun kelewatan, jadi bila jumlah semua nampak delaynya teruk benar.

Tuan Yang di-Pertua, perkara lain yang saya hendak sebutkan ialah mengenai pendidikan. Dalam soalan lisan yang telah saya sampaikan, saya mendapat jawapan bertulis iaitu mengenai kelemahan dan kekurangan yang telah dikenal pasti · oleh kementerian dalam menjayakan projek sekolah bestari, dan apakah pula tindakan susulan kementerian untuk menanganinya. Saya dapat angka ini mengatakan bahawa peringkat asas sekarang ini ada 79 buah sekolah diberi kemudahan dan kemudahannya berbentuk rnakmal, dia tak sebut rnakmal tapi saya faham, sebagai bentuk rnakmal peringkat asas, sebanyak 3 8 buah komputer untuk setiap sekolah bagi tingkatan 1 dan 4. Disenaraikan dalam 5 perrnasalahan, masalah-rnasalah mengapa tidak dapat dilaksanakan. Jawapan ini adalah jawapan yang menyeluruh. Di antara masalah yang disampaikan, saya tidak mahu baca satu persatu, saya ingat pihak kerajaan tahu yang dijawab ini sebab bertulis. Tapi saya melihat rnasalah yang diberi perrnasalahan sebab-sebab itu adalah global, very universal innature, dengan izin. Yang saya ingin mengetahui sebenamya ialah dari segi target 90 buah sekolah ini dengan terperinci bila kita pilih 79, bagairnana pendekatan sekolah bestari yang hendak kita kenal pasti? Maksud saya ialah umpamanya hendak bagi jelas ini sekolah bestari jenis A begini, sekolah bestari jenis B begini, sekolah bestari jenis C begini, saya terpulang kepada pihak kementerian panggillah apa A, B, C itu. Jadi ada pengkhususan dari segi bilangan komputemya, dari segi bentuk pengajarannya dan sebagainya.

Pada saya dari segi perancangan strategik kita ingin mengetahui ini dan kalau boleh saya lanjutkan bukan setakat 90 buah sekolah hendak dikenal pasti berapa banyak golongan jenis-jenis sekolah yang hendak diselaraskan dengan kurikulumnya, dengan gurunya dan sebagainya, semua ini kena ada selaras dalam bentuk yang meyakinkan. Bukan setakat itu sahaja, tetapi rnalah saya ingin cadangkan kepada pihak kementerian supaya sekarang ini kita patut adakan apa yang saya panggil pelajaran kebolehan berfikir, atau something like that.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhorrnat panjang lagi ke?

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Ada juga.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin tahu lagi berapa Ahli-ahli Yang Berhormat ingin membahaskan Titah Diraja ini?

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Saya boleh bagi peluang kepada rakan lain dan saya reserve bab lain, Tuan Yang di-Pertua, kalau Tuan Yang di-Pertua memutuskan kita kena habis hari ini, is it?

Timbalan Yang di-Pertua: Saya ingin memberitahu pada hari Isnin minggu hadapan lagi ada satu jam diperuntukkan untuk perbahasan. Titah Diraja ini. Ahli-ahli Yang Berhormat yang belum ada chance, tapi pendekkanlah sedikit.

Dato' Ghazi bin Haji Ramli: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, saya akan cuba habiskan dalam rnasa 5 minit. Saya hendak simpulkan bab pendidikan tetapi rnaksud saya ialah kalau kita hendak sekolah bestari kebolehan berfi.kir, rnatang, creative thinking dan sebagainya, jangan tunggu komputer, ini maksud saya. Jangan tunggu alat teknologi komputer itu sebab seolah-olah kita jadi dictated by komputer dengan izin. Yang hendak kita bangunkan ialah insan yang berfikir, mengapa tidak mengadakan satu modiul khas tentang kebolehan berfi.kir, kebolehan berfikir secara

Page 75: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

70 DN.6.5.1999

kreatif dan sebagainya yang menjadi asas kepada sekolah bestari. Jadi sekurang­kurangnya bila semua sekolah ada foundation course on thinking for example, ini menyediakan, semua sekolah sekali gus dari segi pendekatan bestari. Thinking the bestari live, dengan izin, ertinya the smart way. Apa the smart way ini? Inilah cara kita hendak mendakwah kanak-kanak dari kecil. Saya pemah jadi cikgu dulu, jadi saya faharnlah sedikit dari segi ini.

Saya hendak sebut ini sebab saya hendak · tekankan lagi kita menghadapi knowledge society, information society, dengan izin, masyarakat bermaklumat, masyarakat berilmu. Kita hendak latih kanak-kanak supaya mengenal apa itu data, apa itu maklumat. Kita hendak memperkenalkan kanak-kanak daripada kecil yang dikatakan maklumat bila dicampurkan dengan sedikit pengalarnan dikatakan ilmu, kita hendak memperkenalkan pada mahasiswa kolej swasta dan awam mengatakan bahawa ilmu bila dimasukkan dengan nilai tertentu kita mendapat kebijaksanaan, wisdom, dengan izin, umparnanya. Ini yang kita hendak dekatkan kanak-kanak sekolah, kita hendak melatih mereka mempunyai kebolehan berfikir supaya the basic of football kalau hendak main bola whether you are professional player atau tidak, kita kena ada kemahiran asas, apa dia, tendang bola, heading itu asasnya. You have to know how to dribble, how to kick, dengan izin.

Jadi itulah sahaja mesej saya, Tuan Yang di-Pertua, saya boleh hendak panjang lagi, saya understandlah macam mana rakan-rakan duduk tunggu ini, saya pun pemah tunggu lama, saya beri peluang kepada rakan lain untuk bercakap, saya reserve tajuk-tajuk lain untuk bercakap di masa depan.

Sebagai kesirnpulan, saya hendak mengatakan bahawa saya turut menyokong lagi sekali dengan ikhlas Titah Ucapan ini dan berharap dengan serius supaya sedikit sebanyak cadangan yang telah saya buat itu mendapat pertirnbangan yang saksama daripada pihak kerajaan.Terima kasih.Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Long bin Jidin.

Tuan Long bin Jidin: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua, tidak lama naik haji.

Timbalan Yang di-Pertua: Bukan haji, minta maaf.

5.20 ptg.

Tuan Long bin Jidin: Saya diperuntukkan hanya 10 minit, saya cuba seringkas-ringkasnya dan saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada Tuan Yang di­Pertua kerana saya diberi peluang untuk membahas Titah Diraja dalam mesyuarat kali ini. Saya hanya ingin mengutarakan tiga perkara.

Pertama, tentang kesihatan. Saya terbaca dalam sebuah akhbar dua, tiga hari yang lalu bahawa dalam tempoh empat bulan pertama terdapat 740 kes demam denggi. Jadi, amaran ini katanya akan meningkat 20 kali ganda dan ini saya rasa mempunyai asas sebabnya dalam tahun 1986 didapati 1,408 dengan 8 kematian dan pada tahun yang lepas ada 27, 373 kes dengan 58 kematian, kalau JE ada 100 kematian. Kes demam denggi ini tidak diberi perhatian, saya tidak tahulah macam mana.

Jadi, kempen kerajaan dalam menghapuskan nyamuk memang tepat sekali dan ucapkan tahniah kepada Kementerian Kesihatan kerana nyamuk ini mempunyai satu vektor pembawa penyakit dan banyak penyakit seperti demam malaria, untut dan lain-lain termasuk JE sendiri.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, bagi masyarakat saya, masyarakat Orang Asli di pedalaman, demam malaria yang dulu dikenali dengan demam kura berlaku memang berterusan dan suatu ketika dahulu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dibantu dengan

Page 76: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

DN.6.5.1999 71

Kementerian Kesihatan, ada satu unit disebut dengan Unit Anti-Malaria tetapi entah bagaimana saya dapati sekarang ini sudah tidak ada unit itu. Jadi, saya tidak tahu banyak kali Menteri Perpaduan yang menjaga Orang Asli ini, bila masuk di pedalaman dia kata, "Demam Malaria terlalu tinggi di kalangan masyarakµt saya tetapi unit yang hendak menghapus, mencegah atau hendak memantau kes ini sudah tidak ada" Ditambah pula pada ketika ini terdapat pendatang-pendatang asing yang mana kalau yang ada permit ataupun pasport itu tidak ada masalah tetapi yang menyorok-nyorok ini, tinggal jauh juga di pedalarnan, hampir-hampir dengan masyarakat saya. Mereka ini sudah pasti hendak pergi ke hospital takut dan mereka ini telah pun dikenal pasti sebagai golongan yang membawa ataupun sebahagian daripada incubator kepada demam malaria ini.

Jadi, saya harap kalau boleh kerajaan memikirkan sekali lagi diwujudkan semula kumpulan antimalaria ini untuk memberi khidmat kepada masyarakat saya di pedalarnan termasuk juga rakan-rakan saya daripada Sabah, Sarawak dan orang-orang Melayu yang berhampiran di pinggir-pinggir, kampung yang berhampiran dengan masyarakat saya sekali.

Saya sebenarnya arnat bersyukur, Tuan Yang di-Pertua, bahawa di kalangan masyarakat Orang Asli tidak ada terdapat laporan di mana dihinggapi oleh virus JE dan Nipah. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan petugas pemantauan virus tersebut dan pada masa yang sarna saya mengucapkan tahniah kepada Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri, saya harap beliau persetankanlah tuduhan mereka dan sebenarnya rakyat sudah cukup dewasa dan matang menilai apa yang kerajaan telah lakukan.

Rakyat di pedalarnan terutama di kampung-kampung, saya rasa mereka tidak ada kesempatan untuk menyatakan terima kasih dan bersyukur atas daya usaha kerajaan dalam pemantauan wabak tersebut. Jadi, ancarnan virus di zarnan milinium akan datang memang menjadi lebih serius lagi apabila virus buatan manusia menular ke atas dasar kejahatan manusia. Jadi, terdapat lebih kurang 200 jenis virus sekarang ini seperti virus trojan, pinball, stone, form, melisa, chemobyl dan yang lebih gawat lagi ialah virus reformasi, virus fitnah dan yang terbaru sekali ialah virus saman malu.

Jadi, virus ini dibawa oleh mulut-mulut yang celupar. Saya arnat bersetuju benarlah suntikan sarnan malu ini diberi dengan vaksin-vaksin yang mahal-mahal seperti yang berlaku pada rakan kita Yang Berhormat Dato' Seri Megat Junid, RM 10 juta, dia beri vaksin baru. Jadi, sebagai pengajaran dan merupakan ubat yang paling mujarab supaya penyakit-penyakit ini dapat sembuh dan saya minta kalau boleh di bawah Yang Berhormat Timbalan Menteri kita daripada rakan senator kita, ubat-ubat yang perlu disuntik itu, suntik cepat-cepat, jangan tunggu lama-lama dan kita tidak perlu tunggu dan tunggu. Kita perlu beri pengajaran kepada mereka ini.

Tuan Yang di-Pertua, yang menjadi ketakutan kepada saya, adalah vektor ini kalau tidak dibunuh dan ianya akan menular menjadi budaya dan ikutan kepada generasi akan datang. Malahan sekarang sudah kedengaran juga gejala-gejala seperti ini telahpun menular ke peringkat anak-anak yang masih bersekolah. Jadi, janganlah pemimpin dan masyarakat dewasa hari ini akan dipersalahkan oleh anak-anak kita apabila mereka menjadi generasi alaf baru akan datang. Jadi, kita perlu insaf dan perlu mencari vaksin anti virus ini dan menginsafi di mana kita datang dan ke mana kita akan pergi.

Yang kedua, berkaitan dengan pendidikan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada Dato' Seri Najib kerana dalam masa beliau mewujudkan tabung pendidikan, masyarakat saya masih diberi ruang untuk menerima biasiswa, bukan pinjarnan kerana mereka ini boleh dikatakan semua di kalangan miskin-miskin belaka. Jadi, pada masa yang sama saya dapati banyak kompelin dan

Page 77: PENYATA RASMI PARLIMEN DEWAN NEGARA · maklum bahawa pintu masuk dadah yang dikenali sebagai 'syabu' daripada negara jiran kita khususnya di Sabah. Pertanyaan yang saya kemukakan

72 DN.6.5.1999

teguran, ini merupakan tanda bahawa rakyat sayang kepada kementerian tersebut terutama sekali Dato' Najib itu sendiri sebab semasa saya bekerja dahulu, kalau boss saya kata, "Lagi banyak kompelin, itu menunjukkan kamu banyak buat kerja, kalau tidak ada kompelin maknanya kita tidak buat kerja ". Jadi, kalau ada kompelin itu tidak apalah, tidak adalah masalah, terima sahajalah kompelin itu sebagai satu cabaran, membaiki apa yang lemah dan memperbetulkan apa yang salah.

Tuan Yang di-Pertua, untuk meringankan beban kerajaan dalam agenda memberi ilmu kepada rakyat, saya mencadangkan kepada kerajaan supaya merangka satu kaedah di mana tanggungjawab ini perlu diagih sama rata di antara kerajaan dan rakyat.

Bagi golongan yang mampu, saya mencadangkan setiap keluarga perlu melaksanakan tanggungjawab dalam menyediakan sendiri tabung pendidikannya. Jadi satu kaedah sama ada seperti simpanan Tabung Haji ataupun beberapa syarikat insurans yang menyediakan pakej tabung insurans pendidikan yang mana apabila matang kelak, ianya akan mampu membiayai kos pendidikan terutamanya di IPTA ataupun IPTS.

Jadi, pada masa yang sama saya mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Samy Vellu dengan MICnya yang mendahului lain-lain pihak dalam menyediakan satu pakej, persediaan kewangan yang ditanggung bersama di antara pelabur dengan koperasi didik bagi masyarakat semua kaum melalui MID dia.

Jadi, Tuan Yang di-Pertua, cukup masa dab. Saya ada satu lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Tidak apalah.

Tuan Long bin Jidin: Pendek. Yang ketiga, berkaitan dengan pembangunan luar bandar. Jadi, saya terpaksa beritahu sekali lagi, dulu saya sudah beritahu. Biasanya di ladang-ladang terutamanya di ladang-ladang FELDA RISDA dan FELCRA, mereka buat ladang. Dalam masa yang sama, masa buat ladang itu memang sudah ada jalan. Di hujung jalan sana ada kampung-kampung, masyarakat saya tinggal di hujung sekali. Jadi, di kampung-kampung yang memang jalannya tidak melalui ladang, tidak ada masalah; memang kerajaan telah pun membina jalan-jalan pembangunan luar bandar tetapi bila kampung-kampung itu, jalannya melalui ladang; bila pergi ke pejabat PLB dia kata "Jalan ini tidak boleh dibina sebab jalan ini dilalui oleh ladang" Bila lalu di ladang muatannya lebih, kalau hantar ke JKR, JKR kata "lni bukan jalan saya, jalan PLB" Jadi, kempunanlah mereka ini sampai bila-bila untuk dapat jalan.

Jadi, saya cadangkanlah kalau boleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengkaji balik tahap ketahanan dan standard jalan yang telah dikemukakan itu supaya kalau jalan yang seperti ini dapat kiranya piawaiannya ditingkatkan supaya mereka juga dapat menikmati jalan-jalan sepertimana rakan-rakan yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, masa terlalu pendek bagi saya. Jadi, saya terpaksa akur dengan masa. Walau bagaimanapun, mungkin saya boleh sambung semasa perbahasan Kajian Separuh Penggal. Waiau bagaimanapun, saya menyokong atas Titah Ucapan Diraja yang lepas. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, majlis ini ditangguhkan sehingga pukul 10.00 pagi pada hari Isnin iaitu 10 Mei, 1999.

Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang.