“SELAMI KEPAYAHAN MASYARAKAT LUAR BANDAR” · Luar Bandar dan Wilayah kelihatan sebak ketika...

24
“SELAMI KEPAYAHAN MASYARAKAT LUAR BANDAR” –YB MENTERI KKLW “SELAMI KEPAYAHAN MASYARAKAT LUAR BANDAR” –YB MENTERI KKLW 2/2009 EDARAN DALAMAN NALURI SEORANG MENTERI… YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kelihatan sebak ketika menyentuh mengenai kemiskinan masyarakat di pedalaman. Oleh : Sharudin Abdullah L awatan sulung Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang baru ke Ibu Pejabat RISDA pada 7 Mei 2009 yang lalu telah disambut dengan penuh meriah oleh seluruh warga kerja. Sejak dilantik pada 9 April 2009, RISDA adalah merupakan agensi pertama dilawati oleh beliau, yang turut ditemani oleh Timbalan-Timbalannya Yang Berhormat Dato’ Joseph Entulu Anak Belaun dan Yang Berhormat Dato’ Hassan Malek serta Yang Berbahagia Dato’ Abd. Jabar Che Nai, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi dan pegawai-pegawai kanan KKLW yang lain. Aturcara lawatan setengah hari itu telah dimulai dengan Mesyuarat PASCA Kabinet Bil. 7/2009 di Dewan Gemalasari. Sebelum pertemuan dengan warga kerja RISDA, Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Izat Hasan, selaku Ketua Pengarah telah memberikan taklimat khas kepada Yang Berhormat Menteri yang turut disertai sama oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berbahagia Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah Bahagian RISDA, serta sebahagian daripada ahli-ahli mesyuarat PASCA Kabinet termasuk Setiausaha-Setiausaha Bahagian KKLW. Ketika sesi pertemuannya dengan warga kerja RISDA, Yang Berhormat Menteri telah menekankan akan keperluan supaya diberikan anjakan baru terhadap gerak kerja portfolio masing- masing dalam membantu membangun dan meningkatkan mutu kehidupan kumpulan sasar khususnya para pekebun kecil getah dan sawit. Beliau mengajak seluruh warga kerja RISDA supaya sentiasa memperlihatkan mutu kerja yang terbaik dan menyelitkan rasa simpati dan empati dalam membantu mereka yang memerlukan. Seluruh dewan bungkam seketika tatkala Yang Berhormat Menteri kelihatan sebak dan begitu beremosi ketika mengimbau pengalamannya sewaktu mengunjungi beberapa buah rumah penduduk miskin di pedalaman Sarawak yang agak daif. Sesungguhnya air mata kesedihan seorang Menteri yang juga berasal dari luar bandar itu amat mahal dan mampu mencambah iltizam kepada seluruh khalayak warga kerja RISDA pada petang yang cukup bermakna lagi bersejarah itu. SERIUS... YB Menteri KKLW menanyakan sesuatu kepada Ketua Pengarah RISDA ketika berlangsung sesi taklimat sambil diperhatikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA dan YB Dato’ Hassan Malek, Timbalan Menteri KKLW (tengah).

Transcript of “SELAMI KEPAYAHAN MASYARAKAT LUAR BANDAR” · Luar Bandar dan Wilayah kelihatan sebak ketika...

“SELAMI KEPAYAHAN MASYARAKAT LUAR BANDAR”

– YB MENTERI KKLW

“SELAMI KEPAYAHAN MASYARAKAT LUAR BANDAR”

– YB MENTERI KKLW

2/2009EDARANDALAMAN

NALURI SEORANG MENTERI…YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kelihatan sebak ketika menyentuh mengenai kemiskinan masyarakat di pedalaman.

Oleh : Sharudin Abdullah

Lawatan sulung Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang baru ke Ibu Pejabat RISDA pada

7 Mei 2009 yang lalu telah disambut dengan penuh meriah oleh seluruh warga kerja. Sejak dilantik pada 9 April 2009, RISDA adalah merupakan agensi pertama dilawati oleh beliau, yang turut ditemani oleh Timbalan-Timbalannya Yang Berhormat Dato’

Joseph Entulu Anak Belaun dan Yang Berhormat Dato’ Hassan Malek serta Yang Berbahagia Dato’ Abd. Jabar Che Nai, Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha,

Ketua-ketua Jabatan dan Agensi dan pegawai-pegawai kanan KKLW yang lain. Aturcara lawatan setengah hari itu telah dimulai dengan Mesyuarat PASCA

Kabinet Bil. 7/2009 di Dewan Gemalasari.

Sebelum pertemuan dengan warga kerja RISDA, Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Izat Hasan, selaku Ketua Pengarah telah memberikan

taklimat khas kepada Yang Berhormat Menteri yang turut disertai sama oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri, Yang Berbahagia

Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah Bahagian RISDA, serta sebahagian daripada ahli-ahli mesyuarat PASCA Kabinet termasuk Setiausaha-Setiausaha Bahagian KKLW.

Ketika sesi pertemuannya dengan warga kerja RISDA, Yang Berhormat Menteri telah menekankan akan keperluan supaya

diberikan anjakan baru terhadap gerak kerja portfolio masing-masing dalam membantu membangun dan meningkatkan mutu kehidupan kumpulan sasar khususnya para pekebun kecil getah dan sawit. Beliau mengajak seluruh warga kerja RISDA supaya sentiasa memperlihatkan mutu kerja yang terbaik dan menyelitkan rasa simpati dan empati dalam membantu mereka yang memerlukan.

Seluruh dewan bungkam seketika tatkala Yang Berhormat Menteri kelihatan sebak dan begitu beremosi ketika mengimbau pengalamannya sewaktu mengunjungi beberapa buah rumah penduduk miskin di pedalaman Sarawak yang agak daif. Sesungguhnya air mata kesedihan seorang Menteri yang juga berasal dari luar bandar itu amat mahal dan mampu mencambah iltizam kepada seluruh khalayak warga kerja RISDA pada petang yang cukup bermakna lagi bersejarah itu.

SERIUS...YB Menteri KKLW menanyakan sesuatu kepada Ketua Pengarah RISDA ketika berlangsung sesi taklimat sambil diperhatikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA dan YB Dato’ Hassan Malek, Timbalan Menteri KKLW (tengah).

Dari Meja Ketua Pengarang…K ejayaan pasukan RISDA dalam kejohanan sukan MAKSPEN Ke-X

baru-baru ini telah membantu menaikkan lagi nama organisasi yang

menaungi kita ini. Namun di sebalik kejayaan itu, kita harus memper-

tingkatkan lagi usaha dan tenaga dalam memastikan kejayaan ini tidak

tercalar pada masa hadapan. Seperti kata Ketua Pengarah dalam Majlis

Penyerahan Bendera Pasukan yang diterima oleh Timbalan Ketua Pen-

garah (Pengurusan dan Koporat) merangkap Yang Dipertua Majlis Su-

kan dan Kebudayaan RISDA yang juga bertindak selaku Ketua Kontin-

jen MAKSPEN Ke-X, bahawa mencapai kemenangan itu mudah, namun

apa yang lebih sukar ialah untuk mempertahankan kemenangan !

Apapun, syabas diucapkan kepada semua atlit, pegawai, petugas dan

‘pasukan sorak’ yang terlibat dalam memastikan piala pusingan Juara

Keseluruhan kekal di Jalan Ampang untuk kali yang kesembilan bertu-

rut-turut..Memang agak memeranjatkan melihat prestasi pasukan-pasukan yang

bertanding pada kali ini. Jadi, tak hairanlah ada yang meragui penca-

paian RISDA pada kejohanan yang menemukan 19 pasukan di bawah

KKLW ini. Apa yang pasti, masing-masing telah menunjukkan mutu

sukan yang tinggi yang sesetengahnya boleh disifatkan sebagai telah

mencapai atau sekurang-kurangnya menghampiri standard peringkat

nasional.Kepada seluruh warga kerja RISDA tidak kira di mana pun anda berada,

jadikanlah kejayaan kita dalam sukan MAKSPEN ini sebagai pendorong

ke arah peningkatan usaha-usaha untuk memantapkan lagi kecemer-

langan diri dan organisasi kita pada masa hadapan. Insya-Allah.

- Ketua Pengarang

EDITORIAL

Penaung Dato’ Mohammad Izat Hasan

PenasihatDato’ Haji Wan Mohamad Zuki Mohamad

Ketua PengarangHajah Halimah Abd. Kadir

Timbalan Ketua PengarangMuhammad Adnin Bakir Abu Bakar

PengarangSharudin AbdullahRosmin MohamadIlias IbrahimRoslan Abd. GhaniNoor Adila JunohHajah Robiyah Ismail

JurufotoAbd. Malik KassimNasri Rahmat

PengedaranFauziah MashoodFairul Afikin SayutiMohamad Hasri Ramli

Kami mengalu-alukan sumbangan karya berbentuk penulisan kreatif puisi, pantun, syair, teromba,kata-kata hikmat/mutiara kata, rencana, foto, atau apa saja yang berkaitan untuk disiarkan di dalam buletin ini, sila hantarkan karya anda kepada:

Ketua Pengarang RISCOMUnit Komunikasi KorporatTingkat 5, Bangunan RISDAKm 7, Jalan AmpangKarung Berkunci 1106750990 Kuala Lumpur

Email : [email protected]

TAJUK MUKA SURATSELAMI KEPAYAHAN MASYARAKATLUAR BANDAR 1

DARI MEJA KETUA PENGARANG 2TERAJU BARU KKLW 3KE ARAH PENTADBIRAN BERINTEGRITI 4LARITHON RISDA 5PENCAPAIAN 6 & 7MINDA PEMIMPIN 8RISDA DI ARENA GLOBAL 9POJOK SUKAN 10 & 11ALBUM LENSA 12 & 13INFO WARGA 14PERSARAAN & PERTUKARAN 15 & 16TAHNIAH & SYABAS 16KEBAJIKAN 17SUKAN 18 & 19KESATUAN 20BARIS 21PUSPANITA 22BERITA WARGA 23KREATIF 24

KANDUNGAN

2 3

TERAJU BARU KKLW

Rombakan Kabinet sejak Pilihanraya Ke-12 yang berlaku pada 9 April 2009 lalu menyaksikan Kementerian Kemajuan Luar

Bandar dan Wilayah (KKLW) menerima Menteri serta seorang Timbalan Menteri yang baru. Sementara Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu anak Belaun kekal sebagai Timbalan Menteri.

Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal dilantik sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menggantikan Yang Berbahagia Tan Sri Haji Muhammad bin Hj. Muhammad Taib, dan sekaligus menjadikannya Menteri ke-16 yang bertanggungjawab ke atas RISDA sejak Allahyarham Tun Haji Abdul Razak Hussein (1973). Beliau juga adalah anak jati Sabah kedua sebagai peneraju RISDA selepas penjawat ke-10 iaitu Yang Berbahagia Tan Sri Kasitah Gadam (1986).

Ahli Parlimen Kawasan P 189 yang dilahirkan pada 20 Oktober 1957 di Semporna Sabah ini, sebelumnya pernah menjadi Menteri di beberapa buah Kementerian antaranya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang beralih namanya kepada Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dalam rombakan Kabinet kemudiannya. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pertahanan. Jawatan pertamanya dalam Kabinet ialah Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan pada 1995. Yang Berhormat Menteri juga pernah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam sebagai Penolong Setiausaha Kanan di Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar Sabah pada tahun 1987.

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi) dengan Kepujian dari Universiti Staffordshire, England dan Diploma Pengurusan dan Perkapalan dari Kolej Perniagaan London. Hasil perkahwinannya dengan anak jati Sungai Petani, Kedah Yang Berbahagia Datin Seri Hajah Shuryani binti Shuaib telah dikurniakan dengan enam orang cahayamata. Dalam bidang politik, beliau adalah merupakan Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Sementara itu, Yang Berhormat Dato’ Hassan bin Malek merupakan Ahli Parlimen P 129 Kuala Pilah, Negeri Sembilan, yang sebelumnya menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Manakala Yang Berhormat Datuk Joseph Entulu anak Belaun merupakan Ahli Parlimen P 214 Selangau, Sarawak juga sebelum ini pernah berkhidmat di JPM sebagai Timbalan Menteri.

KKLW juga menerima Ketua Setiausaha yang baru iaitu Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd. Jabar bin Che Nai yang mengambilalih daripada Yang Berbahagia Dato’ Hajah Jamaliah bt. Khamis.

Melalui kepimpinan yang baru, diharapkan agar KKLW akan lebih cemerlang hasil dokongan daripada Jabatan dan Agensi di bawahnya termasuk oleh RISDA sendiri yang diterajui oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Izat Hasan.

Oleh : Sharudin Abdullah

2 3

Selamat Datang

YB Dato’ Hassan bin MalekTimbalan Menteri

Y. Bhg. Dato’ Mohammad Izat Hasan

Ketua Pengarah RISDA

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Hj. Apdal

Menteri

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Hj. Apdal

Y. Bhg. Dato’ Haji Abd. Jabar bin Che NaiKetua Setiausaha

YB Dato’ Joseph Entulu Anak Belaun

Timbalan Menteri

Oleh : Hajah Robiyah Ismail

Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI) merupakan salah satu daripada elemen penting yang

diketengahkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri dalam usaha memacu Kerajaan ke arah pentadbiran yang lebih cekap, telus dan berintegriti sempena perlantikannya tidak lama dulu. Umumnya, KPI merangkumi hasrat bagi memastikan setiap program yang dirangka dilaksanakan secara lebih cekap dan mempunyai impak yang berkesan. KPI dan NKRA yang memfokuskan pencapaian Menteri dan pegawai utama akan dipantau dan diperapi oleh Perdana Menteri sendiri dalam tempoh setiap enam bulan sekali. Kesimpulannya, setiap program pembangunan Kerajaan yang bakal dibentuk akan lebih berorientasikan impak (impacts oriented). Ia bermakna, kejayaan sesuatu program selepas ini dinilai berdasarkan impak positif ke atas kehidupan rakyat secara keseluruhannya.

Demikian antara intisari ucapan Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Izat Hasan, Ketua Pengarah RISDA sempena Perhimpunan Bulanan Bil. 4/2009, pada 13 April 2009 yang lalu. Ujar beliau lagi, barisan Kabinet kali ini merupakan cerminan pengalaman dan iktibar yang dikutip daripada rentetan

peristiwa yang mencelah di tengah-tengah kelembapan ekonomi dan kegawatan global. Justeru, barisan kepimpinan yang dikemukakan wajar dan harus mampu menangani apa jua isu yang mendatang dengan cekap dan profesional.

Ketua Pengarah juga menyentuh mengenai gagasan 1 Malaysia : ’Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ yang menjadi kerangka dalam membina kesejahteraan masyarakat Malaysia amnya. Meminjam ungkapan Perdana Menteri, ”Era Kerajaan mengawal secara keterlaluan atas program pembangunan negara atau Kerajaan lebih mengetahui (Government Knows Best) sudah berlalu. Kerajaan kini perlu lebih rapat dengan rakyat dan harus peka terhadap apa jua permasalahan yang dihadapi oleh mereka untuk membolehkan pembentukan program pembangunan yang benar-benar dapat membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik dan selesa”.

Justeru, Ketua Pengarah mengajak seluruh warga kerja bersama-sama meneruskan usaha-usaha terbaik untuk membangun masyarakat kumpulan sasar, dan bersedia berhadapan dengan setiap cabaran baru yang memerlukan keterlibatan warga kerja secara yang lebih fokus.

4

Ucaptama

KPI :KE ARAH PENTADBIRAN BERINTEGRITI

TELADAN...asas kepimpinan melalui teladan menggariskan ’pemimpin mendahului, anak buah menuruti’.

PERJANJIAN PROJEK...KPI memastikan segala perancangan mendasari impak yang berkesan.

MENCAMBAH IDEA...Ketua Pengarah RISDA sedang memperkatakan sesuatu mengenai projek Agropolitan Gahai kepada YB Menteri sambil diperhatikan oleh Ketua Setiausaha KKLW.

Oleh : Hajah Halimah Abd. Kadir

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai cara hidup sihat, RISDA telah menganjurkan acara Larithon RISDA pada 3 Julai 2009 yang lalu. Acara tersebut telah disertai oleh seramai kira-kira 500 orang peserta yang terdiri daripada warga

kerja dan juga keluarga mereka. Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Izat Hasan, Ketua Pengarah RISDA mewakili Yang Berhormat Menteri KKLW telah melakukan acara pelepasan peserta pada pagi yang cukup bersejarah itu.

Sempena majlis itu juga telah diadakan acara Pelancaran Tabung Penyayang RISDA yang bertujuan untuk membantu warga kerja yang ditimpa kemalangan, musibah, sakit kronik dan sebaginya. Dana permulaan ialah sebanyak RM88,000.00 yang dikumpul melalui pelbagai pihak iaitu Anak Syarikat RISDA dan NARSCO, Tabung Pengurusan RISDA, Majlis Sukan dan Kebudayaan, Kesatuan Pegawai Kanan, Kesatuan Pegawai-pegawai Rendah, BARIS dan Puspanita Cawangan Kecil RISDA. Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Mohamad Zuki bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) merangkap Pengerusi Tabung Penyayang tersebut telah menyampaikan replika cek kepada Ketua Pengarah.

Sebagai pengisian, Jawatankuasa juga telah menganjurkan acara Pertandingan Kara-Oke selain cabutan bertuah yang menyediakan hadiah-hadiah menarik untuk dibawa pulang oleh mereka yang bernasib baik. Hadiah-hadiah pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah RISDA.

Sesungguhnya, program murni seperti itu telah menampakkan dengan jelas semangat perpaduan dan penyayang sesama warga kerja yang menjadi teras kepada kesejahteraan RISDA selama ini.

LARITHON RISDATINGKAT KESEDARAN CARA HIDUP SIHAT

5

LARIAN BERMULA...pelepasan larian bagi kategori wanita oleh Encik Ismail bin Yunus, Pengurus Besar PRB.

SERAH CEK…Ketua Pengarah menerima replika cek

berjumlah RM88,000.00 dari Yang Berbahagia Dato’

Haji Wan Mohamad Zuki bin Mohamad, Timbalan Ketua

Pengarah (Pengurusan dan Korporat).

CENDERAMATA PESERTA…para petugas bersama Encik Ismail bin Yunus, Pengurus Besar PRB bersedia untuk menyerahkan cenderahati kepada peserta larian. PERSIAPAN TERAKHIR…Puan Norazita

bt. Mokhtar sedang mempersiapkan anaknya sebelum memulakan larian.

59 Terima Anugerah Risda 2008APC

6 7

Pencapaian

Oleh : Hajah Halimah Abd. Kadir

Seperti lazimnya, RISDA telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) yang memberikan pengiktirafan kepada warga kerja dari semua peringkat kategori perjawatan. Anugerah ini adalah sebagai manifestasi RISDA kepada

kakitangannya yang telah berjaya menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun lalu, yang membabitkan seramai 59 orang dari seluruh PT yang dipilih.

Meminjam Perutusan Ketua Pengarah dalam buku cenderamata APC 2008…”Peningkatan budaya kerja cemerlang adalah sebagai asas ke arah menghasilkan tenaga kerja atau modal insan yang produktif, berdisiplin, komited dan berintegriti dalam menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan. Sebagai peneraju pekebun kecil di negara ini, kita berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab yang cukup besar terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. Justeru, kita dituntut untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan bermutu bagi memastikan gagasan visi, misi dan objektif RISDA dapat dicapai dengan sebaik mungkin”.

Majlis yang diadakan pada 25 Jun 2009 itu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Izat Hasan, Ketua Pengarah RISDA, dan turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Ali Nordin bin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Mohamad Zuki bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat).

Dalam ucapannya, Ketua Pengarah telah memuji prestasi keseluruhan warga kerja ke arah membantu usaha-usaha untuk memajukan masyarakat kumpulan sasar sesuai dengan agenda yang telah digagaskan. Bagi beliau, penerima APC dipilih antara kalangan yang terbaik di antara yang terbaik, yang secara umumnya membawa pengertian bahawa kesemua kakitangan RISDA adalah terdiri daripada kelompok warga kerja cemerlang belaka.

Sebagai nilai tambah, Ketua Pengarah mahu supaya perkhidmatan yang diberi dipertingkatkan sesuai dengan peredaran semasa, memberi perkhidmatan yang melangkaui batas waktu dan di luar dari tanggapan pelanggan sehingga menerbitkan kesan wow ! kepada mereka, melakukan anjakan lebih tangkas di samping pengorbanan dan iltizam yang tinggi untuk menjayakan setiap agenda organisasi. Di akhirnya, Ketua Pengarah telah menitipkan pesanan agar konsep bekerjasama yang diamalkan selama ini dapat dijadikan sebagai teras dan amalan dalam menentukan arah tuju RISDA pada masa hadapan.

SEMANGAT KENTAL...biarpun sedang berhadapan dengan masalah kesihatan, namun tidak menghalang Puan Fatimah bt. Rais bersama suami (dua dari kiri) hadir menerima Anugerah APC 2008 dari Ketua Pengarah RISDA.

Penerima Anugerah Risda 2008

SekalungSyabas & Tahniah

APC

6 7

Oleh : Sharudin Abdullah

Bertempat di Dewan Persidangan Ibu Pejabat RISDA telah berlangsung majlis ‘Kolokium

1 Malaysia - Hala Tuju Ekonomi Bumiputera’ anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dengan kerjasama Utusan Malaysia. Yang Berbahagia Tan Sri Rahim Tamby Chik yang juga selaku Pengerusi RISDA telah turut dijemput sama sebagai salah seorang ahli panel bersama Penganalisis Ekonomi, Encik Mohd. Noordin Abbas dan Ketua Eksekutif INMIND, Encik Norizan Sharif. Manakala moderatornya ialah Yang Berbahagia Dato’ Chamil Wariya, Ketua Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI).

Tan Sri Pengerusi RISDA yang terkenal dengan kepekaannya terhadap salasilah sejarah Melayu telah mengupas dengan panjang lebar serta dokongan perincian fakta-fakta bagi memperkukuh hujah yang menyakinkan. Menurutnya, 1 Malaysia sebenarnya bertujuan untuk mengurangkan politiking, salah faham dan kebingungan yang berlaku ketika ini. Berasaskan sejarah ekonomi negara khusus kepada membela mereka yang berpendapatan rendah yang rata-ratanya bumiputera dan Melayu. Beliau juga menyarankan supaya masyarakat bumiputera melaksanakan jihad ekonomi selaras dengan kepentingannya untuk mengimbangi agihan ‘kek ekonomi’ DEB yang masih belum tiba ke sasarannya.

Program dengan durasi 3 jam yang disiarkan secara langsung dalam portal Utusan itu telah turut disertai oleh pemimpin-pemimpin dewan perniagaan dan usahawan, badan-badan koperasi Melayu serta orang perseorangan yang berkaitan. Dapatan daripada kolokium tersebut difahamkan akan diterjemahkan dalam bentuk pelan tindakan bagi memastikan ianya mencapai target serta objektif kolokium.

HUJAH BERNAS PENGERUSI RISDA BERGEMA DI KOLOKIUM 1 MALAYSIA

8 9

Minda Pemimpin

Yang Berbahagia Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA.

SERIUS...Ketua Pengarah RISDA (tengah) turut hadir di Kolokium 1 Malaysia.

LAKUKAN JIHAD EKONOMI...Yang Berbahagia Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA sedang berhujah.

PANEL KOLOKIUM...Pengerusi RISDA

bersama barisan ahli panel yang

mengambil bahagian.

Oleh : Hajah Halimah Abd. Kadir

Centre on Integreted Rural Development for Asia and the Pacific (CIRDAP) telah memberi

penghormatan kepada Malaysia untuk menjadi tuan rumah majlis THIRD REGIONAL POLICY DIALOGUE ON “RURAL TRANSFORMATION AND POVERTY REDUCTION - MALAYSIA’S SUCCESS STORY” bertempat di Berjaya Langkawi Beach and Spa Resort, Langkawi, Kedah dari 27 hingga 30 April 2009 yang lalu. Badan antarabangsa yang ditubuhkan sejak 6 Julai 1979 melalui inisiatif negara-negara Asia Pasifik dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, di mana bermula dengan enam negara anggota dan dilebarkan kini melalui penyertaan 14 buah negara yang terdiri daripada Afghanistan, Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Laos, Myanmar, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Vietnam dan Malaysia sendiri.

Selaku penganjur, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pembentangan sebanyak 6 Kertas Kerja iaitu Institutional Aspects of Rural Development Policy : Implementation and Coordination Process In Malaysia yang dibentangkan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri, Rural Development and Poverty Eradiction In Malaysia” oleh EPU, Jabatan Perdana Menteri, Infrastructure and Rural Development oleh KKLW, FELDA’s Model : Uplifting Socio-Economic Status of The Settler’s Community oleh FELDA, The Role Physical Planning In Rural Development In Malaysia oleh Jabatan Perancang Bandar

KETUA PENGARAH RISDA MEMPENGERUSIKAN FORUM CIRDAP

8 9

RISDA Di Arena Global

dan Desa, dan D e v e l o p m e n t of Information, Communicat ion and Technology (ICT) for Rural Development oleh EPU.

Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Izat Hasan, Ketua Pengarah RISDA telah mempengerusikan salah satu forum berkaitan peranan MARA dalam membasmi kemiskinan luar bandar. Selaku peneraju forum, Ketua Pengarah telah memperlihatkan kecekapan dan kredibiliti beliau khususnya dalam membantu kelancaran sesi forum tersebut. Majlis perasmian dan penutup telah dilakukan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie bin Hj. Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Sesungguhnya, dialog tersebut telah mengangkat nama Malaysia sebagai salah sebuah negara yang memiliki pelan jangka panjang yang komprehensif dalam membangun masyarakat luar bandar melalui penglibatan di sektor pertanian, yang secara tak langsung menjurus kepada usaha-usaha membasmi kemiskinan di kalangan mereka yang difokuskan.

BINCANG...Ketua Pengarah RISDA sedang mengadakan perbincangan bersama ahli-ahli persidangan. Turut kelihatan CEO MARA (dua dari kanan) dan CEO FELCRA (kiri) sebelum majlis forum berlangsung.

YB Dato’ Seri Haji Mohd. Shafie Hj. Apdal, Menteri KKLW berucap merasmikan CIRDAP di Langkawi, Kedah.

Lepas dia...dia...”Lepas dia-dia (LDD)…”, itu kata kawan baik GB dari Jabatan lama GB sebaik RISDA diumumkan sebagai ‘Johan Keseluruhan’ sempena Kejohanan Sukan MAKSPEN Ke-X di UPM Serdang tidak lama dulu. Perkataan yang sama GB lahirkan ketika GB di luar RISDA. Tentulah GB merasa bangga kerana kini GB menjadi sebahagian daripada kontinjen yang telah menjuarai kejohanan kali kesembilan berturut-turut ini.

Pasukan RISDA telah mengambil bahagian dalam semua 19 acara yang dipertandingkan dan memenangi 6 daripadanya iaitu; Bowling (wanita), Golf, Dart, Sepaktakraw, Badminton dan Batu Seremban.

Melihat dari komitmen, kesungguhan serta disiplin yang tinggi yang telah ditunjukkan oleh keseluruhan anggota kontinjen RISDA kali ini, GB secara peribadi menaruh keyakinan bahawa MAKSPEN Ke-XI anjuran MARA nanti bakal menobatkan kembali RISDA sebagai Juara Keseluruhan. InsyaAllah.

GB - Mujur menang, kalau tidak susah jugak Dato’ Wan nak berjawab dengan KP.

Pasukan Sorak Paling Gamat!

Kalau ada anugerah untuk ’Pasukan Sorak Paling

Gamat’ sudah tentu ianya secara automatik diberi

kepada RISDA. Dari venue ke venue pertandingan

sukan, kumpulan ini sentiasa meriah dengan

sorakan yang berjaya membangkitkan semangat

pemain kita. Begitulah juga ketika Pertandingan

Bakat diadakan di lokasi yang berhampiran dengan

penginapan peserta, di mana pasukan sorak yang

diketuai oleh Kak Hajah Wan Esah kita tu telah

menghangatkan lagi suasana pertandingan yang

turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Abd.

Jabar Che Nai, Ketua Setiausaha KKLW.

Walaupun dalam pertandingan akhir kita diwakili

oleh dua orang peserta, namun kita gagal meraih

emas (biasalah pertandingan yang bersifat subjektif

macam ni memang mudah berlaku benda pelik-

pelik), suasana macam pertandingan akhir tidak

ubah seperti pertandingan realiti TV seperti Akademi

Fantasia (AF), Mentor, One In A Million (OIAM) atau

Ola-La. Sampai Ketua Juri pertandingan dok sibuk

komplen pasal bunyi bising tu, yang kononnya sukar

untuk dia menilai...(betoi ka bro ?)...

GB - Syabas dan tahniah untuk Dila yang dapat naib

johan malam tu…

Corat-Coret Makspen Ke-X 2009Bersama Getah Buku ( GB)

10 11

Pojok Sukan

SATU KEPUASAN...Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Mohamad Zuki bin Mohamad, TKP (Pengurusan dan Korporat) selaku Ketua Kontinjen RISDA sedang mengucup piala kejohanan.

SUMBER KEJAYAAN...Puan Hajah Wan Esah bt. Ton Harun, ketua kumpulan sorak RISDA bersemangat memalu kompang dengan botol mineral. Turut kelihatan TKP (Pengurusan dan Korporat).

SOKONGAN PADU...penyokong RISDA tetap

bersama pasukan mereka dalam suka dan duka

permainan.

Perang Futsal!Dengarnya hari tu ada adegan ‘tomoi’ di padang

Futsal. Mujur jugak tidak membabitkan pasukan

kita. Apapun GB harap semua pihak perlu lebih

bertanggungjawab dalam hal ini. Ini soal imej KKLW

secara keseluruhannya yang membabitkan sukan

persahabatan sesama warga kerja di bawah satu

bumbung. Janganlah dibawa unsur negatif tu ke

padang permainan yang sedikit sebanyak boleh

merencatkan proses integrasi tugas pada masa

hadapan. Jika kita terlupa, renunglah kembali bait-

bait ’Ikrar MAKSPEN’ yang menyebut : Maka kami,

Warga KKLW, Berikrar, Akan menumpukan, Seluruh

daya dan semangat kami, Untuk menjayakan,

Penyertaan dan penganjuran, Kejohanan Sukan

MAKSPEN Kali Ke-X 2009, Dengan penuh iltizam,

Semangat kesukanan, Setiakawan dan berpasukan,

Demi mendokong, aspirasi slogan : ”Bersatu Untuk

Kemenangan”.

GB - Carik-carik bulu ayam... Pasukan Dart Yang Di GeruniKebetulan tempat penginapan GB dekat dengan venue Dart dan Karom. Maka selalulah ada kesempatan untuk GB menyaksikan acara sukan tersebut kat situ. Sebut pasai Dart ni, ada satu kisah ’cek’ nak habag mai. Otai-otai Dart RISDA ni rupanya cukup digeruni oleh pemain lawan. GB masih ingat lagi sahabat dari satu agensi call GB sewaktu seminggu sebelum MAKSPEN berlangsung. “Geng, Rosmin dengan Yassin main tak ?”, terjah kawan GB satu petang. GB manalah tahu, sebab masa tu tak kenalpun pemain Dart kita yang tersohor tu. Yalah, GB pun orang baru kat RISDA ni…”Entah ?”, spontan GB jawab.

Namun, setelah GB saksikan dengan mata kepala sendiri pasukan kita bermain, sahlah memang betoi pun depa respect kat kita. Teringat lagi joke teman GB kat venue pagi tu : ”Team Dart RISDA memang liat untuk ditundukkan. Seliat kulit kepala depa…!”. Amboiii, mentang-mentanglah depa tu kekurangan rambut la ni...

GB - Suka tengok wajah cool Tuan Haji Omar Paimin (Pengurus Dart) setiap kali anak buahnya bertanding.

10 11

KEJAYAAN BERPASUKAN...pasukan dart kembali mempertahankan kejuaraan mereka.

SEMANGAT SUKAN…pemain dan penonton perlu mengawal emosi ketika perlawanan bagi mengelakkan pertelingkahan di padang. (Gambar Hiasan)

BEGINILAH SEPATUTNYA…para pemain takraw sedang bersalaman sebaik pertandingan berakhir.

12

BINTANG RISDA...Dilla memenangi tempat kedua dalam acara Bakat sempena MAKSPEN Ke-X.

CEDERA...salah seorang peserta yang cedera dipimpin oleh rakan-rakannya sebaik melepasi garisan penamat.

RATU BOLING...peserta boling

sempena Hari Wanita bergambar

sebelum memulakan acara.

”DEN DAH PONEK DAH NI, EKAU BERDUO NAK IKUT DEN KO NAK TOGHUIH BELARI ?”…Ketua Pengarah bersama TKP (Pengurusan dan Korporat) dan Pengurus Besar ESPEK turut mengambil bahagian bersama para peserta Larithon RISDA 2009.

”JAGA PERUT SAYA TUU”...itu agaknya pesan TKP (Pembangunan) kepada Pengurus Besar FLEET Tuan Haji Mohamad Shahlan bin Mahnon.

TERIMA KASIH...Pengerusi RISDA

sedang menerima buku Malay Business dari Yang

Berbahagia Dato’ Mohd. Shukor Omar sempena majlis Sesi

Percambahan Minda buku tersebut.

13

GELI HATI...Ketua Pengarah RISDA tidak kering gusi menyaksikan aksi TKP (Pembangunan) ketika berduet dengan Dilla di majlis penyampaian hadiah sempena Larithon RISDA 2009.

RAI BERSAMA…TKP (Pengurusan dan Korporat) selaku Ketua Kontinjen turut memberikan sokongan moral kepada pasukan bakat.

“AGAK-AGAK BOLEH MENANG TAK KALI NI?”...

gurau Ketua Setiausaha KKLW ketika menerima

cenderamata dari Ketua Kontinjen RISDA

sempena Majlis Perasmian MAKSPEN Ke-X di

UPM, Serdang.

”BORONG HABIS !”…Ketua Pengarah bersama Ketua Kontinjen dan Pengurus-pengurus pasukanmunjulang piala-piala yang dimenangi dalam MAKSPEN Ke-X.

”YA HABIBI”...aksi penari yang mengambil bahagian dalam pertandingan tarian sempena ‘Majlis 1001 Malam’ anjuran Puspanita RISDA.

KEHEBATAN SEORANG IBU...Puan Faizatul Akma bt. Dato’ Ehsan sedang menerima hadiah dari Yang Berbahagia Puan Sri Datuk Hajah Zabedah bt. Hj. Abdullah sempena Majlis Anugerah Ibu Cemerlang 2009.

Disediakan Oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara

1. PENGENALAN

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan citarasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara. 1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagaimana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. (Bersambung di keluaran akan datang).

Konsep 1 Malaysia( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai )

14 15

Info Warga

YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia ke 6, pencetus gagasan 1 Malaysia.

14 15

Persaraan dan PertukaranSTAF RISDA BERSARA WAJIB APRIL - JULAI 2009

BIL. NAMA GRED PUSAT TANGGUNGJAWAB (PT) TARIKH LANTIKAN PERTAMA

TARIKH BERSARA

1. Nik Serimah bt. Md Yusof N17 PRJ Kelantan Utara 25.2.1977 5.4.20092. Perayatna bin Jemadi G22 PRD Pontian 12.1.1972 9.4.20093. Ismail bin Darus R1 PRD Kota Setar/Pendang/Langkawi 7.1.1979 13.4.20094. Hairudin bin Amir G17 PRD Muar 10.1.1973 16.4.20095. Sh. Suratul Akma bin Sh. Mohd. Shariff G22 PRD Kuala Kangsar 16.9.1971 4.5.20096. Sukery bin Ibrahim N27 PRJ Kelantan Tengah 16.7.1973 8.5.20097. Megat Muhd. Sidek bin Megat Muhamad W27 PRN Kelantan 9.1.1979 13.5.20098. Abd. Aziz bin Yusoff J17 PRD Muar 11.1.1974 1.6.20099. Suito bin Hussaini N17 PRD Kota Setar/Pendang/Langkawi 15.9.1973 29.6.2009

10. Hassan bin Abd. Manaf G17 PRD Segamat 8.1.1973 3.7.2009

11. Patimah bt. Abd. Rahman W17 PRN Melaka 2.1.1977 9.7.200912. Leow Boon Chay G32 PRN Kedah 19.8.1974 16.7.200913. Ahmad bin Embong N32 Pejabat Ketua Pengarah 19.11.1979 20.7.200914. Abdul Manaf bin Lebai Jusoh G22 PRD Padang Terap 16.1.1978 21.7.200915. Abd. Rahman bin Mohame R3 PRD Pahang Timur 12.1.1980 24.7.2009

ARAHAN PERTUKARAN KUMPULAN PENGURUSAN BULAN APRIL - JULAI 2009BIL. NAMA GRED PT ASAL PT BARU TARIKH KUAT

KUASA1. Tuan Haji Zainal bin Rahim G52 PRN Perak Bahagian Program Khas 16.4.20092. Mohd. Ghazali bin Abd. Majid G52 Bahagian Tanam Semula & Perladangan PRN Perak 16.4.20093. Tuan Haji Md. Nor bin Hamid J48 Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan Bahagian Program Khas 16.4.20094. Tuan Haji Nik Mohd. Nabil bin Nik Mansor G48 Bahagian Pengembangan & Kesejahteraan Rakyat Bahagian Program Khas 16.4.20095. Tuan Haji Zainon bin Harun G48 Bahagian Perancangan Strategik & Korporat Bahagian Program Khas 16.4.20096. Khairul Bariah bt. Abu Hassan Asshaari G41 Bahagian Pengembangan & Kesejahteraan Rakyat Bahagian Program Khas 16.4.20097. Nor Azilah Azlin bt. Mohd. Jamel Zabidi G41 Bahagian Perancangan Strategik & Korporat Bahagian Program Khas 16.4.20098. Othaman bin Jalil G41 Pejabat Ketua Pengarah Unit Pentadbiran & Kewangan, BPK 16.4.20099. Noor Azlan bin Abd. Rahman N41 Bahagian Latihan - RISTEC Port Dickson Pejabat Ketua Pengarah 16.5.200910. Alzafry bin Abu Bakar N44 Unit Latihan Staf, Bahagian Latihan Bahagian Latihan - RISTEC Port Dickson 16.5.200911. Airin Idayu bt. Othaman N41 Unit Perkhidmatan, BPSM Unit Latihan Staf, Bahagian Latihan 16.5.200912. Ali Sabuddin bin Abd. Samad G44 PRN Melaka Bahagian Tanam Semula & Perladangan 16.6.200613. Mohd. Soel bin Hussin G44 PRD Padang Terap PRN Melaka 16.6.200914. Tuan Haji Borhan bin Kassim G44 PRD Bera PRJ Gua Musang 16.6.200915. Hanan bin Md Yusoff G41 Bahagian Perangcangan Strategik & Korporat PRD Bera 16.6.200916. Wan Mohd. Hafiz bin Wan Ibrahim N41 PRN Kelantan Bahagian Sumber Manusia 16.6.200917. Noralifah bt. Ismail N41 Bahagian Sumber Manusia PRN Perak 16.6.200918. A. Hasran @ Kamarulzaman bin M. Diah N41 Unit Penilaian Tahap Kecekapan, BPSM PRN Kelantan 16.6.200919. Tamby Chik bin Salleh N41 PRN Perak Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan 16.6.200920. Tuan Haji Abd. Latif bin Abdullah N41 Bahagian Inspektorat & Audit Dalam Unit Perkhidmatan, BPSM 16.6.200921. Othaman bin Jalil N41 Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan Bahagian Inspektorat & Audit Dalam 16.6.200922. Dr. Haji Rahman bin Md Sail G52 Unit Pembangunan Korporat, BPSK Bahagian Peningkatan Ekonomi 1.7.200923. Daman Huri bin Toha G44 PRD Pahang Timur Bahagian Tanam Semula & Perladangan 1.7.200924. Mohd. Zulkifli bin Hassan G41 PRN Terengganu PRD Dungun 1.7.200925. Esa bin Rahimin G41 PRD Dungun PRD Pahang Timur 1.7.200926. Nor Hashimah bt. Abdullah W44 Bahagian Kewangan dan Belanjawan Unit Pembangunan Korporat, BPSK 1.7.200927. Fadilah bt. Arbain N44 Unit Penilaian Tahap Kecekapan, BPSM Unit Pembangunan Korporat, BPSK 1.7.2009

ARAHAN PERTUKARAN KUMPULAN SOKONGAN BULAN APRIL - JULAI 2009BIL. NAMA GRED PT ASAL PT BARU TARIKH KUAT

KUASA1. Dewiyana bt. Md. Dali W17 PRN Pontian PRB Betong, Sarawak 1.4.20092. Saida Marlina bt. Mohd. Mohtar N11 PRN Negeri Sembilan PRJ Kelantan Utara 1.4.20093. Norashikin bt. Noh N11 Bahagian Kewangan & Belanjawan PRN Melaka 1.4.20094. Mohd. Shaiful bin Ab. Manap N11 Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan Bahagian Kewangan & Belanjawan 1.4.20095. Noor Aini bt. Zakaria N11 Bahagian Tanam Semula & Perladangan Unit Penilaian Tahap Kecekapan, BPSM 1.4.20096. Hanim bt. Sharidan N11 Bahagian Peningkatan Ekonomi PRD Negeri Sembilan Barat 1.4.20097. Sharina bt. Abd. Rahman N11 PRD Negeri Sembilan Barat Bahagian Peningkatan Ekonomi 1.4.20098. Ahmad Adzrimie bin Awang N17 PRD Lipis PRJ Kelantan Utara 1.4.20099. Adnan bin Ahmad N1 Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan Pejabat Ketua Pengarah 1.4.2009

10. Rosnani bt. Muhamad Aziz N17 (PA) Bahagian Pengembangan & Kesejahteraan Rakyat Bahagian Program Khas 16.4.2009

11. Mohd. Noryazid bin Bachik G17 PRD Kluang Makmal Tisu Kultur, BBIP 16.4.200912. Badrul Hisyam bin Atan J36 Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan Bahagian Program Khas 16.4.200913. Pingi bin Abideen N22 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Program Khas 16.4.200914. Aishah bt. Mohamad Amri N17 Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan Bahagian Program Khas 16.4.200915. Muhammad Fadzil bin Mohd. Nor G17 PRD Jerantut PRB Betong, Sarawak 1.5.200916. Abdul Mutalib bin Sulaiman G17 PRD Batu Pahat PRB Betong, Sarawak 1.5.200917. Muhammad Izzat Khairi bin Ab. Kadir G17 PRD Perak Hulu/Gerik PRB Betong, Sarawak 1.5.200918. Abdul Razin bin Ahmad Ridzuan G17 PRD Baling PRB Kota Samarahan, Sarawak 1.5.200919. Ahmad Fakhrul Anwar bin Ahmad G17 PRD Kuala Kangsar PRB Sibu, Sarawak 1.5.200920. Noor Helmi bin Abd. Rahman N17 PRD Kuala Kangsar PRB Betong, Sarawak 1.5.200921. Abby Suttra bin Serba Jalil N17 Bera PRN Sarawak 1.5.200922. Mohd. Hafizan bin HUssin N17 PRD Bentong PRB Kota Samarahan, Sarawak 1.5.200923. Zulfadhly bin Zamahshari N17 PRD Negeri Sembilan Timur PRB Sibu, Sarawak 1.5.200924. Mohammad Nazril bin Mohammad Idris W17 PRD Negeri Sembilan Timur PRB Kota Samarahan, Sarawak 1.5.200925. Wan Azizah bt. Wan Abdul Rahman W17 PRD Jerantut PRB Betong, Sarawak 1.5.200926. Asmaliah bt. Abd. Razak W17 PRD Negeri Sembilan Selatan PRB Sibu, Sarawak 1.5.200927. Zaini bt. Ismail N17 Bahagian Tanam Semula & Perladangan Bahagian Khidmat Pemasaran 1.5.200928. Kamaruddin bin Arshad G22 PRD Larut Matang/Selama/Kerian Bahagian Latihan - IKPK Perak 4.5.200929. Mohd. Ansari bin Ahmad G27 Bahagian Perancangan Strategik & Korporat Bahagian Program Khas 4.5.200930. Norizan bt. Mat Lana N17 Bahagian Perancangan Strategik & Korporat Bahagian Program Khas 4.5.200931. Azizah bt. Ahmad W27 Bahagian Kewangan & Belanjawan Unit Pembangunan Korporat, BPSK 4.5.200932. Jamilah bt. Ali W17 Bahagian Kewangan & Belanjawan Bahagian Program Khas 4.5.2009

33. Rasidah bt. Kutty Abdullah N17 Bahagian Pengembangan & Kesejahteraan Rakyat Bahagian Program Khas 16.5.2009

34. Nordin bin Mohamad N17 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Program Khas 16.5.200935. Norhafizah bt. Alwi N11 PRN Pahang PRB Betong, Sarawak 1.6.200936. Ahmad Fikri bin Abdul Yazid N17 PRD Raub PRB Betong, Sarawak 1.6.200937. Mohammad Ali bin Daud R3 Bahagian Khidmat Pemasaran PRD Maran 1.6.2009

Bersambung ke muka 16...

Kakitangan CemerlangRisda

Januari - Julai 2008

38. Suria bt. Embong N17 PRN Pulau Pinang PRN Terengganu 1.6.200939. Mastura bt. Abdul N11 Bahagian Bekalan Input Pertanian PRN Melaka 1.6.200940. Mohd. Noordin bin Mohamood N32 Bahagian Latihan Bahagian Program Khas 1.6.200941. Norbaizura bt. Ahmad Nasir N11 Bahagian Bekalan Input Pertanian Unit Penilaian Tahap Kecekapan, BPSM 1.6.200942. Rabiah bt. Ayob N17 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Latihan 1.6.200943. Siti Namirah bt. Lazim N17 PRD Larut Matang/Selama/Kerian PRN Perlis 1.6.200944. Raif bin Ahamad G32 PRD Perak Hulu/Gerik PRD Perak Tengah/Kinta 1.6.200945. Wan Saidi bin Wan Talib G32 PRD Perak Tengah/Kinta PRJ Gua Musang 1.6.200946. Nabsiah bt. Bahar G27 PRD Kemaman PRD Perak Hulu/Gerik 1.6.200947. Abd. Rashid bin Mohamed G17 PRD Kuala Kangsar PRD Gua Musang 1.6.200948. Tuan Haji Yahya bin Mohamad G32 PRN Kelantan PRD Marang/Kuala Terengganu 1.6.200949. Latifah bt. Mohd. Zain G32 PRD Marang/Kuala Terengganu PRN Kelantan 1.6.2009

50. Omar bin Othman N17 Bahagian Peningkatan Ekonomi Bahagian Pengembangan & Kesejahteraan Rakyat 1.6.2009

51. Paridah bt. Sijam N17 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Peningkatan Ekonomi 1.6.200952. Nik Liyana bt. Mansor G27 PRJ Kelantan Tengah PRJ Gua Musang 1.6.200953. Nor Azilah bt. Zakaria N17 PRD Perak Tengah/Kinta PRJ Gua Musang 1.6.200954. Nani bin Seman G22 PRD Manjung PRJ Gua Musang 1.6.200955. Aminah bt. Ghazali N17 (PKP) PRD Temerloh PRJ Gua Musang 1.6.200956. Zul Hanizan bin Mohd. Zain W17 PRD Lipis PRJ Gua Musang 1.6.200957. Ahmad Kharsani bin Ariffin G17 PRD Baling PRJ Gua Musang 1.6.200958. Zaidi bin Zahari G17 PRD Kemaman PRJ Gua Musang 1.6.200959. Nik Noorhasanah bt. Nik Hamdi W17 PRD Kemaman PRJ Gua Musang 1.6.200960. Azmi bin Abd. Ghani G17 PRD Bera PRJ Gua Musang 1.6.200961. Shahrul Hisham bin Mastor G17 Bahagian Latihan - IKPK Kelantan PRJ Gua Musang 1.6.200962. Wan Othman bin Wan Muhamad G17 PRJ Kelantan Tengah Bahagian Latihan - IKPK 1.6.200963. Mohd. Radzi bin Mastor R3 Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan Bahagian Program Khas 1.6.200964. Khairul Azwan bin Mohd. Arshad J29 Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan Bahagian Program Khas 16.6.200965. Sharom bt. Othman N17 Unit Penilaian Tahap Kecekapan, BPSM Bahagian Khidmat Pemasaran 1.7.200966. Wan Maslina bt. Ismail J17 Bahagian Pentadbiran & Kejuruteraan PRN Pulau Pinang 1.7.200967. Zairul Sanizam bin Abd. Jalil G27 PRD Bera PRD Kuala Kangsar 1.7.200968. Abd. Aziz bin Mohd. Said G27 PRD Raub Bahagian Latihan - IKPK Kg. Awah 1.7.200969. Nawawi bin Muhammad G27 PRJ Kelantan Selatan PRJ Kelantan Tengah 1.7.200970. Roslan bin Abu Bakar J17 PRN Johor PRN Kelantan 1.7.200971. Marini bt. Saari W17 PRD Hulu Perak/Gerik PRD Negeri Sembilan Selatan 1.7.2009

72. Razali bin Suratman G17 Bahagian Pengembangan & Kesejahteraan Rakyat Bahagian Inspektorat & Audit Dalam 1.7.2009

73. Mohd. Faeiz Wandi bin Mohd. Jasin R3 Bahagian Perancangan Strategik & Korporat Bahagian Khidmat Pemasaran 1.7.200974. Fauzi bin Firdaus R1 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Bahagian Program Khas 1.7.200975. Saiful Asyraffi bin Suhaimi W17 PRD Bentong Unit Pengurusan Akaun, BKB 16.7.200976. Azizah bt. Ahmad W27 Unit Pembangunan Korporat, BPSK Bahagian Kewangan & Belanjawan 16.7.200977. Mohd. Khairul bin Mohd. Yusof R1 PRN Perlis PRN Pulau Pinang 16.7.200978. Amelia bt. Abdul Rahim N17(PA) Unit Pembangunan Korporat , BPSK Bahagian Peningkatan Ekonomi, BPSK 16.7.2009

16 17

Tahniah & Syabas

Janua

ri

April

Mei Jun Julai

Februa

riMac

Puan Tuminahbt. Kasijan,

Bahagian Pentadbirandan Kejuruteraan

Puan Fatimahbt. Harun,

Bahagian PengurusanSumber Manusia

Puan Hajah Rahimah bt. Mohd. Isa,

Bahagian Teknologi Maklumat

Puan Salasiah bt. Abdul Wahab,

Pejabat Ketua Pengarah

Puan Sariyahbt. Rashid,

Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat

Encik Mohd. Yusof bin Hashim,

Bahagian Kewangan dan Belanjawan

Puan Aishah bt. Hj. Yusoff,

Bahagian Latihan

Dari muka surat 16...

Oleh : Hajah Robiyah Ismail

Keprihatinan RISDA tidak hanya menjurus kepada usaha untuk memartabatkan pekebun kecil, malahan

meliputi warga kerja yang merupakan nadi penggerak ke arah mewujudkan kesejahteraan kumpulan sasar tersebut. Dan, sempena Perhimpunan Bulanan Sesi Julai 2009 lalu, telah diadakan acara penyampaian pampasan kepada waris staf dan anak syarikat RISDA yang telah kembali ke rahmatullah. Melalui potongan serendah RM1.15 atau maksimum RM80.50 dalam Skim Khairat Kakitangan RISDA (SKKR), berupaya membantu serba sedikit mereka-mereka yang ditinggalkan.

Majlis yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA itu telah menyerahkan pampasan kepada empat orang waris yang terdiri daripada Tuan Haji Mohd. Haris bin Chik, suami kepada Allahyarhamah Puan Hajah Mariani bt. Moonier (meninggal dunia pada 26 September 2008), Encik Mohd. Fadzli bin Mohd. Kamal, anak kepada Allahyarhamah Puan Fadzilah bt. Hussin (meninggal dunia pada 28 September 2008), Puan Rosidah bt. Sulong, isteri kepada Allahyarham Encik Basri bin Zainudin (meninggal dunia pada 15 Disember 2008), dan Encik Abd. Halim bin Shaif, suami kepada Allahyarhamah Puan Latifah bt. Wan Chik (meninggal dunia pada 25 Februari 2009).

Sepanjang tahun 2008, sejumlah RM835,000.00 pampasan telah diberikan kepada 13 orang wasi. Dan, dalam tempoh tersebut juga, pihak Pengurusan RISDA melalui Skim Hospital dan Pembedahan Bekelompok (SHPB) telah melunaskan sebanyak 527 tuntutan berjumlah RM2,788,455.60. Sementara itu, bagi tahun 2009 (sehingga Jun) sebanyak 430 tuntutan berjumlah RM2,455,312.06 telah dibelanjakan bagi tujuan tersebut.

Tabung Kebajikan Kakitangan RISDA (TKKR) pula berfungsi membantu staf dari segi perbelanjaan pengkebumian, perubatan dan bencana alam. Pada tahun 2008, sejumlah RM26,460.00 telah disalurkan. Tabung ini juga berperanan memberi pembiayaan atau pinjaman pembelajaran, bersalin, melancong dalam dan luar negara serta perkahwinan. Sejumlah RM637,000.00 telah digunakan untuk membiayai pinjaman sepanjang tahun lalu.

Adalah diharapkan agar melalui segala skim serta kemudahan yang disediakan, warga kerja RISDA dan kakitangan anak syarikatnya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam iltizam yang tinggi ke arah memastikan misi, visi serta objektif RISDA dapat dijayakan dengan sepenuhnya.

Risda Prihatin

16 17

Kebajikan

“SEMOGA TABAH”...Yang Berbahagia Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA sedang beramah mesra dengan waris-waris warga kerja yang meninggal dunia.

Oleh : Rosmin Mohamad

Dengan kekuatan kontinjen seramai 207 atlit, pasukan RISDA sekali lagi telah dinobatkan selaku Juara Keseluruhan sempena kejohanan sukan MAKSPEN Ke-X yang diadakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 18-22 Jun 2009 yang lalu. Pasukan RISDA telah memenangi acara-acara Boling (wanita), Golf, Dart, Sepaktakraw, Badminton dan Batu Seremban, manakala acara-acara Bola Jaring, Marathon, Bola Tampar dan Bakat RISDA menduduki tempat naib johan, sementara Congkak menjadi satu-satunya acara yang berjaya memperolehi tempat ketiga keseluruhan.

Sesungguhnya kehebatan pasukan RISDA dalam pertandingan sukan dwi-tahunan ini telah menjarakkan lagi rekod pencapaiannya, yang secara realisnya agak sukar untuk dicapai oleh mana-mana pasukan pada masa hadapan. Namun demikian, meminjam ucapan oleh Yang Berbahagia Dato’ Mohammad Izat Hasan, Ketua Pengarah sewaktu Majlis Penghargaan Atlit MAKSPEN, bahawa ”kita juga perlu memikirkan strategi yang lebih baik bagi memantapkan lagi pasukan sedia ada. Ini termasuklah merekrud atlit berpotensi baru di samping memberikan tumpuan kepada acara-acara seperti Tenis, Karom, Futsal dan Ping Pong yang pulang dengan tangan kosong pada temasya MAKSPEN yang lalu.

Apapun, sekalung tahniah dan penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Mohamad Zuki bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) selaku Ketua Kontinjen serta semua atlit, pegawai, penyokong dan pasukan sorak serta seluruh warga kerja RISDA yang telah merealisasikan impian untuk meraih gelaran kali kesembilan Kejohanan MAKSPEN KE-X Tahun 2009 ! Syabas semua, anda adalah yang terhebat !

Risda Juara Kali Kesembilan Makspen Ke-X Tahun 2009

Sukan

PENYOKONG FANATIK...suasana gamat para penyokong RISDA di malam pertandingan akhir Bakat sempena MAKSPEN Ke-X.

PENUH KECERIAAN...atlit RISDA bergambar kenangan sebaik acara perbarisan Majlis Perasmian MAKSPEN Ke-X selesai disempurnakan.

Pasukan takraw mengabadikan

kemenangan bersama Ketua Kontinjen

RISDA.

”TAHNIAH DATO’ !”...YB Menteri menyampaikan piala Juara Keseluruhan kepada Ketua Pengarah RISDA.

18 19

Oleh : Ilias Ibrahim

Harapan Ketua Pengarah supaya Majlis Sukan dan Kebudayaan RISDA menyediakan barisan pelapis terkuat yang bakal membawa cabaran ke kejohanan MAKSPEN ke-XI nampaknya awal-awal lagi telah diambil

tindakan serius. Ini dapat dilihat melalui pertandingan sukan antara Bahagian di Ibu Pejabat bermula dari sukan Futsal, Boling, Karom, Dart dan akan menyusul nanti Bola Tampar dan Ping Pong. Penglibatan Bahagian-bahagian setakat ini begitu memuaskan dengan membariskan pasukan atau atlit terbaik masing-masing.

Beberapa Bahagian telah dipertanggungjawabkan untuk menganjur dan menyelaras pertandingan-pertandingan berkenaan di samping menyediakan hadiah-hadiah yang dibiayai melalui sumbangan yuran pertandingan.

Sewaktu berucap pada pertandingan akhir Karom, Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Mohamad Zuki bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) selaku Yang DiPertua Majlis Sukan dan Kebudayaan RISDA telah memuji komitmen semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pertandingan-pertandingan tersebut. Beliau juga berharap supaya kegiatan sukan bercorak silaturrahim ini mampu mengintimkan lagi warga kerja kita di samping menyediakan barisan atlit baru yang lebih berpotensi untuk diketengahkan di kejohanan-kejohanan sukan mendatang.

SUKAN ANTARA BAHAGIAN IBU PEJABAT – WADAH PENYEDIAAN ATLIT MAKSPEN KE-XI

Keputusan :

FUTSALPenganjur : Bahagian Teknologi Maklumat 1. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 2. Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan BOLINGPenganjur : Bahagian Kewangan dan Belanjawan

1. Bahagian Kewangan dan Belanjawan2. Bahagian Pentadbiran dan Kejuruteraan3. Pejabat Ketua Pengarah

KAROMPenganjur : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia1. Bahagian Kewangan dan Belanjawan2. Pejabat Ketua Pengarah

DARTPenganjur : Bahagian Pengembangan danKesejahteraan Rakyat

1. Bahagian Kewangan dan Belanjawan2. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia3. Pejabat Ketua Pengarah

SUSUN STRATEGI...para pemain pasukan yang

bertanding sedang menguji kehandalan masing-masing

dalam permainan karom berpasukan.

JUARA BOLING…Tuan Haji Hassan bin Che Kop, sedang menerima hadiah daripada TKP (Pengurusan dan Korporat) sambil diperhatikan oleh Tuan Haji Tajuddin bin Ahmad, Pengarah Bahagian BKB.

FOKUS...Nor Suryani Zabidi pemain BKB bersedia untuk membuat balingan dart.

18 19

Yang DipertuaYang Berbahagia Dato’ Haji Mujahid bin Mohamad

Naib Yang DipertuaTuan Haji Hassan bin Che Kob

SetiausahaEncik Ahmad Fahmi Bin Abdul ShukorPenolong SetiausahaPuan Rusita bt. Ruslan

BendahariEncik Ahmad bin Sharifuddin bin Abd. Ghani

Ahli JawatankuasaPuan Husniah bt. IsmailEncik Said Rashid bin Syed MohamadPuan Faizatul Akmar bt. Dato’ HisanEncik Mohd. Ruslee bin Ismail

KEPIMPINAN BARU KESATUAN PEGAWAI KANAN RISDA (KPKR)SESI 2009/2011

KERAJAAN PENUHI PELBAGAI TUNTUTAN KAKITANGAN AWAM - PRESIDEN CUEPACS

20 21

Kesatuan

IKRAR…Presiden CUEPACS bersama kepimpinan tertinggi KPPR dan pegawai kanan RISDA sedang membaca ikrar sempena majlis tersebut.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KPPR CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN SESI 2009/2011

Pengerusi - Encik Yahya bin Sahlan

Bendahari - Encik Hasbullah bin Hashim

AJK - Encik Pingi bin Abidin

Tuan Haji Roslan bin Salleh

Encik Abdul Malek bin Jabar

Encik Megat Mohd. Al’ Qayyum

bin Mohd. Hassan

Encik Kastamin bin Kamsi

Encik Tajul Urus bin Awang Kechil

Puan Zaaziah bt. Abd. Aziz

Biro Penerangan & PublisitiEncik Kastamin bin Kamsi

Encik Megat Mohd. Al’ Qayyum bin Mohd.

Hassan

Biro Perkhidmatan Dalam RISDA danAnak SyarikatPuan Zaaziah bt. Abd. Aziz

Encik Pingi bin Abidin

Biro KebajikanEncik Tajul Urus bin Awang Kecil

Tuan Haji Roslan bin Salleh

Oleh : Hajah Robiyah Ismail

“Kalau tak mahu duduk di belakang saya, tolong doakan saya”. Begitu pinta Presiden CUEPACS Tuan Haji Omar Osman dalam sesi ceramahnya sempena Majlis Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan Kali Ke-15 Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA Semenanjung Malaysia (KPPR) pada 12 Jun 2009 lalu. Ceramah yang turut mengupas mengenai perkembangan semasa perjuangan CUEPACS dalam memperjuangkan nasib ahli-ahlinya telah diadakan di Auditorium Sultan Ahmad Shah RISDA.

Menurutnya, antara isu-isu yang telah berjaya diperjuangkan dan mendapat perhatian ialah; pesara-pesara memperoleh pencen bulanan sebanyak 3/5 daripada gaji bulnan yang telah diterima bagi mereka setelah berkhidmat lebih daripada 360 bulan. Juga, kenaikan gred N22 kepada Pembantu Tadbir N17 yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun. Sementara itu, antara isu terkini yang sedang diperjuangkan ialah; ke arah usaha untuk membolehkan kakitangan awam mengeluarkan 20 peratus daripada ganjaran pencen bagi tujuan-tujuan tertentu dan kenaikan gaji. CUEPACS juga sedang berusaha untuk mendapatkan lima kenaikan gaji kepada penjawat awam yang gaji mereka telah lama maksimum.

Presiden CUEPACS itu juga turut melahirkan keprihatinan beliau terhadap kakitangan awam, terutama anggota pasukan keselamatan seperti polis yang terdedah dengan pelbagai halangan dan risiko dalam melaksanakan tugas harian mereka. Untuk itu, pelbagai usaha telah dan sedang dilakukan bagi membantu golongan ini.

Beliau akhirnya mengingatkan semua kakitangan awam supaya sentiasa bekerja dengan penuh penuh jujur, setia, berhemah dan berintegriti sebagai ‘hadiah’ kepada kemurahan hati Kerajaan dalam memenuhi setiap tuntutan mereka yang dibawa melalui CUEPACS. Ini penting, sebagai kesinambungan dalam fokus untuk membantu Kerajaan ke arah memacu kemajuan dan kesejahteraan negara umumnya.

FINALE…angota persembahan bergambar ramai di Majlis Makan Malam KPKR di Kuantan, Pahang pada 20 Julai 2009.

“SELAMAT HARI JADI BOS”…Ketua Pengarahmeniup lilin sempena harijadinya yang ke-56 sambil diraikan oleh pegawai-pegawai kanan.

KENANGAN…Ahli-ahli jawatankuasa yang lalu bergambar bersama YAB Dato’ Sri Haji Adnan Yaacob, Menteri Besar Pahang.

Oleh : Sharudin Abdullah

Bertempat di Kompleks Al-Falak Khawarizmi, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka telah diadakan Konvensyen Badan-Badan Islam RISDA Kali Ke VII yang disertai oleh

seramai kira-kira 250 orang ahli dari seluruh negara. Konvensyen yang bertemakan ’Warga Kerja Berintegiriti dan Bertaqwa’ itu adalah bertujuan untuk menyemai, memantap dan menyuburkan semangat Islamisasi ke dalam diri dan pentadbiran warga kerja RISDA.

Program murni yang diadakan dari 1 hingga 3 Julai 2009 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Rahim Tamby Chik, Pengerusi RISDA. Manakala majlis penutupnya telah dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Mohamad Zuki bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Korporat) yang mewakili Ketua Pengarah.

Antara Penceramah dan Pembentang Kertas Kerja adalah; Yang Berbahagia Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Mustafa - Zikrullah Membentuk Kepribadian Muslim (Kuliah Maghrib), Yang Berbahagia Dato’ Haji Ali Nordin bin Wahiduddin - Program Bicara Minda, Ustaz Khalid bin Ramli - Tasawuf dan Peranannya Dalam Membentuk Jiwa Muslim (Kuliah Subuh), Ustaz Nor Azman - Kepentingan Berjemaah Dalam Islam (Kertas 1), Ustaz Maulana Johari bin Md Ali - Kekuatan Tauhid Dalam Membina Etika Kerja (Kertas 2), Ustaz Maulana Wan Adli bin Wan Mohamad - Pembentukan Akhlak Pekerja Muslim (Kuliah Maghrib), dan Ustaz Kamaruddin bin Mustapa - Memurnikan Jiwa Mukmin (Qiamullail).

Sesungguhnya konvensyen yang menemukan ahli-ahli badan-badan yang bergabung di bawah MAJLIS membawa impak yang cukup besar terutama dalam memastikan tugas dan pertanggungjawaban yang dilaksanakan pada setiap masa sentiasa berada pada landasan sepertimana yang dituntut oleh agama.

Konvensyen Majlis

Oleh : Sharudin Abdullah

Tentulah terselit sesuatu yang bernada positif yang dikutip pada Forum Isra’ Mikraj - ’Iktibar Isra’ Mikraj Menjana Insan

Cemerlang’ anjuran RISDA dengan kerjasama BARIS pada 17 Julai 2009 lalu. Jika direnung, ini adalah merupakan antara

kegiatan bersandarkan agama yang paling mendapat sambutan jika dibandingkan dengan Ceramah Mingguan pada setiap

pagi Jumaat yang mengisi kalendar BARIS saban tahun.

Dengan membariskan ahli-ahli panel yang petah dan berwibawa seperti Ustaz Hasbullah Mohamad, Pensyarah Jabatan

Pengajian Am (UIAM), Ustaz Muhammad Fitri Abdullah, Pegawai Unit Saudara Baru, PERKIM Selangor dan Dr. Rubiah Hamzah,

Pengarah Urusan RKH Motivation Services, forum yang dijangka selesai dalam masa dua jam itu telah berlanjutan sedikit akibat

’keterujaan’ ahli-ahli panel dalam mengemukakan hujah-hujah bernas mereka. Forum tersebut turut diwarnai dan dihangatkan

lagi dengan kehadiran moderatornya yang kini berstatus personaliti Ustaz Fauzi Mustaffa yang sering bersiaran di rancangan

Halaqah TV9 dan juga Forum Hal Ehwal Islam di TV1. Beliau mengambilalih peranan sebagai moderator menggantikan Dr.

Ridhuan Tee Abdullah (Universiti Pertahanan Nasional) yang terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir.

Selain mengupas perjalanan Rasululullah s.a.w., ke Sidratul-Muntaha dalam peristiwa Isra’ Mikraj yang menjadi mauduk (tajuk)

utama, para penalis jemputan telah turut mengait dan menterjemahkan perkaitannya dengan pelbagai aspek kehidupan

seperti pekerjaan, kekeluargaan, kemasyarakatan dan sebagainya yang menjadikan forum ilmiah tersebut dalam kerangka

auranya yang tersendiri.

Sesekali disogokkan dengan forum ilmiah seperti ini dapat membuka ruang minda untuk lebih mensyukuri akan segala

macam bentuk nikmat pemberian Allah, yang kadangkala membuatkan kita alpa daripada mengucapkan

sepatah perkataan mudah iaitu ’Alhamdulillah’.

IKTIBAR ISRA’ MIKRAJ MENJANA INSAN CEMERLANG

20 21

BARIS

BERWIBAWA…barisan penceramah jemputan yang terkenal berpadu di pentas RISDA.

“HEBAT CERAMAH DR.”…TKP (Pengurusan dan Korporat) sedang

menyampaikan cenderahati kenangan kepada Dr. Rubiyah bt.

Hamzah.

KEPIMPINAN BERPAKSIKAN ISLAM…Pengerusi RISDA bersama TKP (Pembangunan) dan Yang Dipertua MAJLIS, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mujahid bin Mohamad di majlis penutup program yang diadakan di Melaka.

TANDAMATA UNTUK PERASMI…Yang

Dipertua MAJLIS sedang menyampaikan

cenderamata kepada TKP (Pengurusan

dan Korporat) pada majlis perasmian.

Oleh : Noor Adila Junoh

Pada 8 Mei 2009 yang lalu telah berlangsung Majlis Anugerah Ibu Cemerlang RISDA 2009. Majlis yang dirasmikan oleh Yang

Berbahagia Puan Sri Datuk Hajah Zabedah bt. Hj. Abdullah selaku Penaung Puspanita turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Ali Nordin bin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Yang Berbahagia Datin Zaimah Zakaria, Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil RISDA dan Timbalannya Yang Berbahagia Datin Hajah Leeza Laili. Turut serta ialah Yang Berbahagia Datin Dr. Hajah Faridah Hanam bt. Mohd. Rashid selaku Pengerusi Biro Pendidikan.

Sempena majlis tersebut seramai 30 orang ibu cemerlang termasuk wakil telah menerima hadiah di atas kegemilangan anak-anak mereka dalam peperiksaan SPM, PMR dan UPSR tahun 2008.

Anugerah Ibu Cemerlang 2009

SAMBUTAN HARI WANITA PUSPANITA RISDA MERIAH

Oleh : Noor Adila Junoh

Pada 21 Mei 2009 yang lalu, telah berlangsung perayaan Hari Wanita Peringkat Puspanita Cawangan Kecil RISDA. Antara pengisian

aktiviti sempena majlis yang penuh bermakna itu ialah khemah kendidikan, gerai jualan, senamrobik, pertandingan-pertandingan sukan seperti; boling, batu seremban, congkak, badminton dan juga acara pertandingan menggubah bunga dan sirih junjung.

Pada malamnya, telah diadakan ’Majlis1001 Malam’ yang diadakan di Auditorium Sultan Ahmad Shah, RISDA. Majlis yang bertemakan ala Padang Pasir itu telah disulami dengan acara-acara persembahan oleh negeri-negeri, pertunjukan fesyen muslimah dan nyanyian yang sungguh menghiburkan. Antara tetamu yang hadir pada malam tersebut ialah Yang Berbahagia Datin Zaimah Zakaria, selaku Pengrusi Puspanita Cawangan Kecil RISDA dan kepimpinan teritinggi Puspanita RISDA yang lain.

22 23

PUSPANITA

BUATMU IBU…Kumpulan Koir Puspanita RISDA sedang mengalunkan lagu “Mawar Putih Untuk Ibu” yang cukup menyentuh jiwa.

MENARIK JUGA GUBAHAN NI…Juri pertandingan sedang meneliti hasil tangan peserta pertandingan gubahan bunga.

POCO-POCO ALA ARAB…persembahan menarik dari negeri Terengganu.

YA UMMI, ENTA MAHU PERGI DUBAI KAH ?...Yang

Berbahagia Datin Zaimah bt. Zakaria, Pengerusi

Puspanita RISDA bergaya dengan kostium Arabia

bersama-sama Yang Berbahagia Datin Hajah Rafiah

bt. Mustafa dan ahli-ahli yang lain.

SESUATU YANG AMAT BERHARGA…Yang Berbahagia Puan Sri

Datuk Hajah Zabedah bt. Hj. Abdullah,

Penaung Puspanita RISDA sedang menyampaikan

hadiah kepada salah seorang penerima

Anugerah Ibu Cemerlang 2009.

Yang Pergi Dan Tak Kembali...Tidak pernah tergambar dalam kotak fikir

Walau sesaat pun,Akan kehilangan kalian yang pergi

Dalam sekelip mataMembawa seribu kenangan yang abadiDan, meninggalkannya di pintu sebakDalam nostalgia yang tidak terucap.

Teman...Semoga Allah merahmati rohmu

Mengampuni, dan menzumrahkan kamuKe dalam kelompok mereka yang soleh dan solehah

Kekal utuh di syurgawi Tuhan yang Maha Esa.Amin Ya Rabbal Alamin...

22 23

Berita Warga

Sidang Redaksi Buletin RISCOM melahirkan rasa terharu dan mengucapkan takziah kepada keluarga rakan-rakan kita yang telah kembali menyahut panggilan Illahi sepanjang April hingga Julai 2009 yang lalu :

BIL. NAMA ALLAHYARHAM/ ALLAHYARHAMAH PUSAT TANGGUNGJAWAB/ANAK SYARIKAT TARIKH PULANG KE RAHMATULLAH

1. Allahyarham Encik A. Razak bin A. Aziz PRD Pontian 14.4.20092. Allahyarham Encik Norizan bin Hassan PRN Melaka 16.4.20093. Allahyarhamah Puan Norziah bt. Yaacob Bahagian Peningkatan Ekonomi 06.5.20094. Allahyarham Encik Khalid bin Abd. Ghani SHDC 07.5.20095. Allahyarham Encik Mohd. Rodzi bin Basir PRD Temerloh 10.5.20096. Allahyarham Encik Mohd. Wari bin Awang PRD Hulu Terengganu 15.5.20097. Allahyarham Encik Zamzuri bin Yahya PRD Kuala Kangsar 18.5.20098. Allahyarham Encik Jalil bin Mohd. Noor PRD PRD Kulim/Bandar Baru 18.6.20099. Allahyarhamah Puan Azizah bt. Hj. Embong PRD Pontian 10.6.2009

10. Allahyarham Encik Sabarudin bin Mat Said PRD Temerloh 12.6.200911. Allahyarham Encik Abd. Majid bin Sulaiman SHDC 20.6.200912. Allahyarham Encik Shaharuddin bin Suhaimi Bahagian Teknologi Maklumat 30.6.200913. Allahyarhamah Puan Zainab bt. Mohammad PRD Pahang Timur 10.7.200914. Allahyarham Encik Ab Lah bin Sani RPSB 16.7.2009

”Al-Fatehah...”

R&R MindaKreatif

CANDIDBahawasanya marah itu merosak iman, 1. bagai barang yang pahit merosak madu.- Nabi Muhammad s.a.w

Tiga minit kemarahan, melumpuhkan 2. kekuatan anda lebih cepat daripada lapan jam kerja.

Charles W. Shedd-

Marah adalah kunci segala keburukan.3. Ja’far Sadiq-

Orang yang marah selalu menyimpan racun 4. dalam hatinya.

Kung Fu Tsu-

Bagi setiap minit anda marah, anda 5. kehilangan enam puluh detik kebahagiaan.- Bertrand Russel

5 Mutiara KataMarah

24

“I think Dato’ Izat, nenas Gahai ini lebih manis dari nenas Sarawak...”

SENYUM JALAN AMPANG (I)Seorang bapa menyuruh anaknya membeli sekampit minyak kelapa di kedai berhampiran sambil berkata, “Elok-elok bawak minyak tu Man, jangan sampai jatuh”. Sebaik arahan diberi sibapa terus menampar anaknya. Dan, anaknya terus berlalu pergi tanpa Q & A. Peristiwa itu dilihat oleh jirannya lalu bertanya, ”Mengapa tuan pukul anak tuan ? Bukankah dia belum lagi membeli minyak itu, dan logiknya minyak tu pun belum jatuh lagi ?”. Lantas si ayah menjawab, ”Kalau dah jatuh tak guna pukul dia !”. Terkebil-kebil sijiran sambil merungut, ”Ini macam punya orang pun ada ?”.

SENYUM JALAN AMPANG (II)Dalam sesi sembang anak beranak, si anak (7 tahun) yang digelar ’abang’ oleh keluarga dengan bangga telah memberitahu ayahnya mengenai sukan sekolah yang disertainya semalam. Dalam sukan tersebut beliau telah mengambil bahagian dalam acara lari 50 meter.

Anak : Abang kejar, kejar, kejar, kawan abang lari laju lagi. Last-last abang pecut kuat-kuat, akhirnya abang dapat potong dia.Ayah : Habis kenapa abang tak dapat satupun hadiah ?Anak : Sebab yang abang potong tu kawan abang yang nombor sembilan.Ayah : Ooooo…patutlah…

SENYUM JALAN AMPANG (III)Dalam satu sesi dialog antara Imam-Imam Asia Tenggara berkaitan topik Hal Ehwal Urusan Perkahwinan Dalam Islam, tercetus dialog ini :

Imam Malaysia : Kahwin perempuan sekampung haram !Imam Indonesia : (Marah) Mana fatwa yang bung bawa ini ?Imam Malaysia : Sabar, ini fakta yang benar tuan…Imam Indonesia : Kalok begitu, saya mahu penjelasannya !Imam Malaysia : Iya, kita kan cuma dibenarkan berkahwin empat sahaja, bukan satu kampung !