apa yang mempengaruhi perniagaan baru?
-
Upload
corrine-chan -
Category
Documents
-
view
38 -
download
1
description
Transcript of apa yang mempengaruhi perniagaan baru?
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN
PERNIAGAAN BARU DI MALAYSIA
KOD PENYELIDIKAN: 06-11-32-07
BATSYA
UNIVERSITI PENDIDlKAN SULTAN IDRIS
2007
ii
PENGAKUAN
Saya mengaku Laporan akhir Penyelidikan ini adalah hasil kajian kami Zuraidah
Zaino), Suzyanty Mohd Shokory dan Asmawi Hashim kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya saya jelaskan sumbemya
Tandatangan
31.10.2008 (Zuraidah Binti Zainol)
iii
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Terlebih dahulu, karni bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahdan keizinannya, maka kami telah diberi kekuatan untuk menyiapkan penyelidikan ini
dengan sempurna.
Sekalung pcnghargaan ditujukan kcpada Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)
yang telah mcrnberi pembiayaan untuk melaksanakan kajian ini selama setahun
bermula November 2007 schingga Oktobcr 2008. Pusat Pengurusan Penyelidikan(PPP) juga tclah mernbantu dalam hal urusan pembayaran tuntutan dan nasihat
berkenaan cara untuk mernudahkan kami berurusan dengan pelbagai pihak di UPS I.
Penghargaan ini turut ditujukan kepada usahawan-usahawan yang bertindak
sebagai responden dalarn kajian "Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Perniagaan Baru Di Malaysia". Ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua
pelajar yang bertindak scbagai enumerator yang bersusah-payah mendapatkan data
dan membantu dari scgi memasukkan dan menganalisis data serta proses menyiapkan
laporan akhir kajian ini.
Akhir sekali. penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
Sekian, terirna kasih.
Pasukan Penyelidik"Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Pemiagaan Baru Di Malaysia"Universiti Pendidikan Sultan Idris
2007 - 2008
iii
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Terlebih dahulu, kami bersyukur ke had rat Allah SWT kerana dengan limpahdan keizinannya, rnaka kami telah diberi kekuatan untuk menyiapkan penyelidikan ini
dengan sempuma.
Sekalung penghargaan ditujukan kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP)yang telah memberi pcmbiayaan untuk melaksanakan kajian ini selama setahunbermula November 2007 schingga Oktober 2008. Pusat Pengurusan Penyelidikan(PPP) juga telah mcmbantu dalam hal urusan pembayaran tuntutan dan nasihatberkenaan cara untuk memudahkan karni berurusan dengan pelbagai pihak di UPSI.
Penghargaan ini turut ditujukan kepada usahawan-usahawan yang bertindak
sebagai responden dalarn kajian "Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan
Perniagaan Baru Di Malaysia". Ucapan terima kasih dirakamkan kepada semua
pclajar yang bertindak sebagai enumerator yang bersusah-payah mendapatkan datadan mcmbantu dari segi mcmasukkan dan rnenganalisis data serta proses menyiapkanlaporan akhir kajian ini.
Akhir sekali, penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu secara
langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.
Sekian, terima kasih.
Pasukan Penyelidik"Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan Pemiagaan Barn Di Malaysia"Universiti Pendidikan Sultan Idris2007 - 2008
iv
ABSTRAK
Peranan permagaan baru dalarn meningkat kadar pertumbuhan ekonorni sesebuah
negara tidak dapat disangkal lagi. Pelaksanaan pelbagai program ke arah
mernbudayakan keusahawanan di kalangan masyarakat tidak menjanjikan keupayaansescbuah negara untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti usahawan yang dibentuk. Iniadalah kerana usaha untuk mernulakan pemiagaan itu sendiri merupakan fasa yangpaling sukar dalam proses keusahawanan. Justeru, dalam merangka pembangunanusahawan baru yang berkesan dan mencapai objektif, pihak-pihak yang berkenaan
perlu mernahami faktor-faktor yang mcnjadi pemangkin dan penghalang kepadapcrtumbuhan pcrniagaan baru itu sendiri. Olch yang dernikian, kajian ini dijalankanbagi mengenal pasti faktor-Iaktor yang mernpengaruhi pertumbuhan pemiagaan barudi Malaysia. Ilasil anal isis ke atas data sarnpel yang terdiri daripada 300 orangusahawan daripada sernbi Ian scktor utama menunjukkan bahawa pertumbuhanpcrniagaan bani didominasi oleh usahawan lelaki narnun penglibatan usahawanwan ita sernakin mcningkat. Selain itu. dapatan kajian turut mendedahkan bahawa
kebanyakan usahawan rncmulakan perniagaan pada usia 30an dan ke atas ekoran
kecenderungan untuk me lengkapkan diri dengan kernahiran yang diperlukan terlebihdahulu di alarn pekcrjaan. Di antara kernahiran yang sangat mernbantu usahausahawan untuk mcnccburi bidang perniagaan ialah kemah iran penyelesaian masalah,rundingan. pcmasaran. hubungan sosial dan teknikal. Motif kewangan pula menjadidorongan utama scorang usahawan mcnccburi bidang pemiagaan berbanding motifbukan kewangan. Bagi mendapatkan surnber-sumber kewangan, kebanyakanusahawan menurnpukan kepada sumber dalarnan, manakala bagi mendapatkansumber-sumber bukan kewangan pula, mereka cenderung untuk membentuk jaringanniaga dengan pelanggan yang berada di sekitar lokasi pemiagaan dan rakan-rakan
niaga.
v
FACTORS INFLUENCING THE NEW BUSINESS GROWTH IN MALAYSIA
ABSTRACT
The role of new businesses in increasing the economic growth rate of a country isundeniable. The implementation of all sorts of programs towards entrepreneurialenculturation among the community will not ensure the increment in the quantity and
quality of entrepreneurs' produced. This is because the hardship in creating a businessis considered as the hardest phase in entrepreneurship process. Thus, to ensure theeffectiveness of the new entrepreneur development programs, the parties involvedneed to really understand the factors that promote as well as hinder the developmentof new business. Therefore. this study was done to identify factors that influence new
business growth in Malaysia. The analysis on the sample data of 300 entrepreneursfrom 9 different sectors showed that most of the new businesses were initiated by themale entrepreneurs. However. the number of female involvement in business was still
increasing. In addition. the finding revealed that most entrepreneurs started theirbusiness at the age of 30 and above as they tend to first furnish themselves with theskills needed during their work. Among the utmost importance skills that help the
entrepreneur in setting up their business were solving problems, negotiation,marketing. social interaction and technical skills. Financial motives became the mainforces for entrepreneurs involving in business. In gaining the financial resources, mostof the entrepreneurs focused on internal resources while gaining the non-financialresources, they tend to develop the business network with the customers within theirbusiness location as well as their business partners.
KANDUNGAN
PengakuanPenghargaanAbstrakAbstractSenarai RajahSenarai Jadual
BAB I PENDAHULUAN1.1 Latar Belakang Kajian1.2 Pernyataan Masalah1.3 Persoalan Kajian1.4 Objektif Kajian1.3 Kepentingan Kajian
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR2.12.22.32.42.52.6
Definisi UsahawanKeusahawanan
Kompetensi KeusahawananPemiagaan BaruProses Memulakan PemiagaanFaktor Yang Mempengaruhi Pemiagaan Baru
BAB 3 METODOLOGI3.1 Prosedur Kajian3.2 Sampel Kajian3.3 Instrumcn Kajian3.4 Analisis Data
BAB 4 DAPATAN KAJIAN4.1 Profil Respondcn4.2 Pemiagaan Baru4.3 Proses Keusahawanan
BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN5.1 Perbincangan5.2 Kesimpulan
BlBLIOGRAFI
LAMPIRAN
vi
Muka Surat11
111
IV
V
V11
VlII
14566
81314202124
34343536
384652
7281
84
97
Vll
SENARAI RAJAH
Rajah Muka Surat
2.1 Proses Pembentukan Firma Perniagaan 21
2.2 Peringkat Persediaan Usahawan 21
2.3 Model Pembentukan Perniagaan 22
2.4 Model Pembentukan Organisasi Baru 23
2.5 Desakan Untuk Mernulakan Perniagaan 30
4.1 Profil Usahawan Mcngikut Jantina 394.2 Profil Usahawan Mengikut Urnur 40
4.3 Profil Usahawan Mcngikut Tahap Pendidikan Tertinggi 41
4.4 Profil Usahawan Mengikut Pcngalarnan Kerja 42
4.5 Profil Rcspondcn Mcngikut Latar Belakang Kerjaya lbudan Bapa 43
4.6 Profil Perniagaan Mengikut Sektor Pemiagaan 44
4.7 Profil Perniagaan Baru Mengikut Jantina Dan Umur 46
4.8 Profil Perniagaan Baru Mcngikut Tahap Pendidikan Tertinggi 47
4.9 Profil Pcrniagaan Baru Mcngikut Pengalaman Kerja 48
4.10 Profil Pcrniagaan Baru Mcngikut Latar belakang lbu dan Bapa 49
4.11 Profil Perniagaan Baru Mcngikut Sektor Pemiagaan 49
4.12 Kernahiran Keusahawanan Yang Diperoleh Melalui PengalamanKeDa 59
4.13 Sumber Pcngcnalpastian Pcluang Perniagaan 61
4.14 Sumbcr Untuk Mcndapatkan Maklumat Pemiagaan 64
4.15 Sumbcr Untuk Mcndapatkan Tcknologi Pemiagaan 65
4.16 Sumbcr Untuk Mcndapatkan Sumber-sumber Lain Pemiagaan 66
4.17 Pembiayaan Menggunakan Sumber Dalaman 69
4.18 Pembiayaan Menggunakan Surnber Luaran 70
4.19 Pembiayaan Menggunakan Sumber-sumber Lain 71
viii
SENARAI JADUAL
Jadual Muka Surat
2.1 Faktor-faktor Kontekstual Yang MempengaruhiPertumbuhan Perniagaan Bam 32
4.1 Jadual Kontingensi Perniagaan Mengikut Jumlah Pekerja& Tahun Beroperasi 45
4.2 Taburan Perniagaan Baru Mengikut Tahap PendidikanTertinggi dan Sektor 50
4.3 Taburan Perniagaan Baru Mengikut Pengalaman dan Sektor 51
4.4 Faktor-faktor Pendorong Utama Usahawan Menceburi BidangPerniagaan 52
4.5 Faktor-faktor Yang Kurang Mendorong Usahawan Menceburi
Bidang Perniagaan 53
4.6 Sokongan Terhadap Hasrat Usahawan Memulakan Perniagaan 54
4.7 Persepsi Usahawan Terhadap Kemahiran Yang DiperlukanUntuk Memulakan Perniagaan 55
4.8 Hubungan Di antara Kemahiran Keusahawanan dengan Kaedah
Memperolehnya 56
4.9 Sumber Pembiayaan Untuk Memulakan Perniagaan 62
4.10 Masalah Yang Dihadapi Apabila Bam Menceburi BidangPerniagaan 68
4.11 Sokongan Yang Diperoleh Bagi menangani Masalah DiPermulaan Perniagaan. 68
1
BABI
PENDAHULUAN
1.1 Latar Belakang Kajian
Keusahawanan di Malaysia bennula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila
penduduk tempatan berurus niaga dengan pedagang asing. Apabila British
memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukarkan struktur sosial dengan
menjalankan pemerintahan "Pecah dan Perintah". Dengan cara ini, kaum Melayu
bekerja sebagai pentadbir dan di sektor pertanian, kaum Cina bekerja dilombongdan bemiaga, manakala kaum India bekerja di sektor perladangan. Hasilnya, kaum
Cina lebih ke depan dalam soal pemiagaan berbanding dengan kaum Melayu dan
kaum India.
Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnyakeusahawanan kepada individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh
menyumbang kepada keamanan negara. Lantaran itu, kerajaan telah memfokuskan
2
kepada keusahawanan sehinggalah sekarang melalui pelbagai dasar awam sepertiDasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan
Wawasan 2020 serta pelbagai lagi program galakan yang melibatkan pelbagai
peringkat masyarakat.
Kerajaan seeara terus-menerus memberikan galakan terhadap
pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepadakeusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara.
Sebagai eontoh, pada sekitar tahun 1995, kerajaan telah menubuhkan Kementerian
Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang bertanggungjawab untuk
mengawal selia dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kini,kementerian tersebut telah ditukar namanya kepada Kementerian PembangunanKeusahawanan dan Koperasi.
Selain itu, usaha-usaha membudayakan konsep keusahawanan juga kini
merangkumi semua peringkat, bermula daripada peringkat sekolah rendah
sehingga peringkat tertinggi di institusi pengajian tinggi; serta mengguna pakai
pe1bagai pendekatan sarna ada melalui pendidikan formal, pendidikan tidak
formal, kursus-kursus jangka panjang mahupun kursus-kursus jangka pendek
(Abdullah, 2006). Selain itu, agensi-agensi kerajaan dan swasta turut sarna
menggembleng usaha ke arah memupuk minat, memantau aktiviti dan
menawarkan bantuan serta sokongan berteraskan keusahawanan. Agenda
pembangunan kerajaan juga memberikan tumpuan kepada usaha membuka
peluang kepada pertumbuhan dan perkembangan pemiagaan baru melalui
pelanearan koridor ekonomi seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dan
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Malahan, strategi pengurusan ekonomi
2008 turut memberi fokus kepada usaha menggalakkan pertumbuhan industri keeil
dan sederhana (IKS) termasuk akses kepada kewangan, pemerolehan teknologi,
penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta promosi produk dan eksport
(Abdullah, 2007).
3
Hasil daripada pelbagai langkah yang telah diambil untuk membudayakankeusahawanan di Malaysia, bidang pemiagaan yang dulunya didominasi oleh
kaum Cina kini telah mula menampakkan penglibatan yang memberangsangkan
daripada kaum-kaum lain. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Worldbank
(2004), penglibatan pemiagaan di kalangan Melayu ialah 58 peratus, Cina 24
peratus, India 8 peratus dan kaum lain 10 peratus.
Usaha-usaha ini juga jelas membuahkan kejayaan apabila pemiagaan baru
di Malaysia tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ini dibuktikan
melalui statistik yang dikeluarkan Economic Pfanning Unit (2001) yang
menunjukkan bahawa bilangan syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat
(Registrar of Businesess) semakin meningkat dari setahun ke setahun.
Pemiagaan baru merupakan faktor utama dalam mencipta kekayaansebuah negara melalui penjanaan peluang kerja yang seterusnya menggalakkanmobiliti sosial dan pengagihan kekayaan yang adil. Firma pemiagaan baru di
Amerika Syarikat misalnya bertanggungjawab mencipta 90 peratus pekerjaan, 95
peratus inovasi radikal dan 50 peratus daripada keseluruhan inovasi yang
dihasilkan sejak Perang Dunia Kedua. Impak positif ekonomi yang terhasil
daripada penjanaan pemiagaan baru tidak hanya dapat dilihat dalam konteks
Amerika Syarikat sahaja sebaliknya di sepuluh negara yang lain juga. Berdasarkan
kajian oleh Babson College dan London Business Schoof, aktiviti keusahawanan
ekoran pertumbuhan pemiagaan baru telah menunjukkan peningkatan dalam
pertumbuhan ekonomi negara-negara tersebut sebanyak kira-kira 33 peratus
(Rottenberg, 2002). Menurut OECD (2001) pula, pemiagaan baru adalah pentinguntuk meningkatkan kadar pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, mencipta
peluang pekerjaan terutamanya kepada golongan muda dan memastikan proses
• inovasi yang lebih dinamik.
PilWST�lHVtk� II r'lN.)tJi\i\N SUJ AN OilS----.._TANJXi MIlJ.N
4
Namun begitu, usaha memulakan pemiagaan bukanlah semudah yang
disangka memandangkan ia dianggap sebagai fasa yang paling sukar dalam proses
keusahawanan. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diambil kira.
Malahan tidak salah dikatakan usaha membentuk pemiagaan memerlukan
persediaan mental dan material. Justeru, bagi mengekal dan merangsang
pembangunan ekonomi Malaysia yang mapan, tumpuan usaha seharusnyadihalakan kepada pertumbuhan pemiagaan-pemiagaan baru. Dalam merangkausaha pembangunan usahawan baru yang berkesan dan mencapai objektif,
sepatutnya pihak-pihak yang terlibat perlu jelas tentang ruang lingkup usahawan
baru atau proses pembangunan pemiagaan baru. Secara spesifiknya, pihak-pihak
yang terbabit dengan pembentukan pemiagaan baru perlu memahami secara tepat
tentang faktor-faktor yang menjadi pemangkin dan penghalang kepada
pertumbuhan pemiagaan baru itu sendiri. Dalam konteks sekarang, kajian untuk
menentukan faktor pendorong dan penghalang dalam proses pembentukan
pemiagaan baru masih terhad terutamanya di Malaysia. Oleh yang demikian,
adalah penting untuk satu kajian dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pertumbuhan pemiagaan baru di Malaysia.
1.2 Pernyataan Masalah
Menerusi pelbagai usaha penggalakan keusahawanan, budaya keusahawanan telah
berjaya bersemi di kalangan masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum. Seiring
dengan perkembangan tersebut, pelbagai jenis pemiagaan baru mula tumbuh
bagaikan cendawan. Namun, momentum pertumbuhan pemiagaan itu masih agak
perlahan. Ini adalah kerana usaha untuk memulakan pemiagaan merupakan fasa
yang paling sukar dalam proses keusahawanan mengatasi usaha untuk
mengekalkan sesebuah pemiagaan. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi
kajayaan pembentukan sesebuah pemiagaan baru. McCelland (1961) menjelaskanbahawa faktor psikologi usahawan berupaya menjadi pendorong dan juga
5
penghalang kepada kejayaan pembentukan permagaan baru. Ini termasuklah
faktor motivasi (Amabile, 1983, Hatala, 1999) dan keupayaan usahawan tersebut
memperoleh sumber-sumber pemiagaan (Gibb dan Ritchie, 1982). Di samping itu
faktor latar belakang (Hoad dan Rosko, 1964), kemahiran (Paige, 2002), desakan
(Wan Liz Ozman dan Sulzairi, 2002) dan personaliti usahawan (Burch, 1986) jugadikatakan sebagai penentu kejayaan usaha usahawan untuk memulakan
pemiagaan. Di antara faktor-faktor lain yang mampu menggalakkan dan
mengekang penglibatan usahawan dalam bidang pemiagaan adalah faktor
kontektual (Specht, 1993), dorongan daripada individu tertentu (Volery, Mazzarol,Doss dan Thien, 1997) dan sumber inspirasi (Veciana Alponte dan Urbano,1999).Oleh itu, kajian ini cuba untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan pemiagaan baru di Malaysia yang merangkumi motif-motif
keusahawanan, sokongan yang diperolehi daripada keluarga dan rakan terdekat,
kemahiran, keupayaan mengenalpasti dan merebut peluang yang ada, keupayaan
mendapatkan sumber sebagai modal awal dan modal pusingan, dan seterusnya
permasalahan awal dan bantuan yang diperolehi.
1.3 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang perlu ditekankan dalam kajian ini ialah apakah ciri-ciri
usahawan yang baru menceburkan diri dalam bidang pemiagaan dan profil
pemiagaan yang diceburi oleh mereka. Selain itu, kajian ini turut untuk menjawab
persoalan apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan pemiagaan baru
dalam konteks Malaysia berdasarkan tiga tahap utama, iaitu tahap persediaan,
permulaan dan perkembangan awal pemiagaan. lni merangkumi apakah motif
yang memotivasi usahawan untuk melibatkan diri dalam bidang pemiagaan,
apakah jenis kemahiran yang diperlukan oleh usahawan baru dan bagaimanauntuk memperolehnya, bagaimanakah usahawan mengenalpasti dan merebut
peluang, apakah bentuk jaringan yang penting dalam membantu usaha usahawan
6
melibatkan diri dalam pemiagaan, apakah bentuk sumber kewangan dan bukan
kewangan yang menjadi pilihan utama usahawan baru ini dalam mengoperasikan
pemiagaan, apakah kekangan yang dihadapi dan apakah bentuk bantuan yang
diperolehi bagi menangani permasalahan yang dihadapi di awal operasi
pemiagaan. Persoalan-persoalan kajian ini perlu dititikberatkan kerana faktor
faktor ini berupaya menjadi titik tolak kepada kejayaan pembentukan sesebuah
pemiagaan baru seterusnya jawapan kepada persoalan ini berupaya menjadi inputuntuk membolehkan bakal-bakal usahawan bersedia dan berjaya dalam pemiagaan
yang akan diceburi oleh mereka.
1.4 Objektif Kajian
Secara umumnya, kajian ini cuba untuk mendapatkan pemahaman yang
menyeluruh berkenaan pemiagaan baru di Malaysia.
,Secara spesifiknya, kajian ini juga berminat untuk
a) membentuk profil usahawan yang baru menceburi pemiagaan di Malaysia.
b) mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan dan usaha
usahawan untuk menceburi bidang pemiagaan berdasarkan 3 tahap utama:
persediaan, permulaan dan perkembangan awal.
1.5 Kepentingan Kajian
Terdapat pelbagai kepentingan dalam menjalankan kajian ini. Antaranya
diharapkan dapatan kajian ini dapat meningkatkan pemahaman berhubung proses
pembentukan pemiagaan baru di Malaysia. Di samping itu, dapatan kajian ini
turut diharapkan agar berupaya untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
7
mempengaruhi pertumbuhan permagaan baru di Malaysia. Dalam pada itu,
dapatan kajian juga mampu menyediakan maklumat berguna kepada pihak
kementerian yang berkenaan dalam merangka program-program yang lebih
berkesan dalam meningkatkan kuantiti dan kualiti usahawan/perniagaan barn di
Malaysia dan seterusnya menjadi rujukan serta panduan kepada para bakal
usahawan untuk memastikan kelancaran dan kejayaan usaha menceburi bidang
pemiagaan di Malaysia.
8
BAB2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Defmisi Usahawan
Perkataan usahawan mula diperkenalkan di Malaysia dalam tahun 1970, iaitu
semasa pelancaran Dasar Ekonomi Baru. Perkataan usahawan mempunyai erti
yang sarna dengan istilah Inggeris, iaitu 'entrepreneur'. Perkataan 'entrepreneur'berasal daripada istilah Perancis, 'entreprendre' yang bermaksud between taker
atau go-between. Oleh itu, usahawan ialah individu yang kedudukannya adalah di
antara pembekal dan pengguna. Narnun begitu, pada pertengahan abad, istilah
usahawan didefinisikan sebagai individu yang mengendalikan projek pengeluaranberskala besar. Definisi usahawan seterusnya berubah menjadi seseorang yang
sanggup menanggung risiko untung dan rugi akibat kontrak dengan kerajaan pada
harga tetap. Pada 1725, Richard Cantillon mendefinisikan usahawan sebagai
seseorang yang menanggung risiko adalah berbeza dengan seseorang yang
membekalkan modal.
9
Perubahan zaman dan perkembangan dunia sedikit sebanyak telah
memberikan impak kepada tafsiran istilah usahawan. Ini kerana istilah ini semakin
lama semakin membawa maksud yang lebih luas dan mencakupi lebih banyak
aspek. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat, usahawan ialah orang yang mengusahakan sesuatu perusahaan, dan
perusahaan tersebut merujuk kepada usaha membuat barang-barang industri dan
bemiaga secara besar-besaran. The Encyclopedia Americana International Edition
(1996) pula mentakrifkan usahawan sebagai ahli pemiagaan yang mengambilrisiko menggabungkan faktor pengeluaran termasuk modal, buruh, bahan dan
menerima ganjaran, iaitu melalui keuntungan daripada nilai pasaran barangannya.Definisi ini adalah selaras dengan definisi yang diberikan oleh Webster's Third
New International Dictionary (2003) yang mengaitkan usahawan dengan orang
yang mengurus suatu kegiatan ekonomi terutamanya mengelola, memiliki,
mengurus dan menanggung risiko sesuatu pemiagaan dan pendefinisian oleh
Carland et. al. (1984) yang mentakrifkan- usahawan sebagai individu yang
menubuhkan pemiagaan dan menguruskannya untuk mendapatkan untung dan
untuk terus berkembang.
Pemahaman terhadap istilah usahawan terus berkembang selaras dengan
peredaran masa. Schumpeter (1934) misalnya mula merujuk usahawan sebagai
seorang inovator yang boleh mengakibatkan kepada suatu pembaharuan. Barker
(1994) di dalam bukunya Paradigm (1994) mendefinisikan usahawan sebagai
orang yang mewujudkan nilai tambah ke dalam pasaran. Manakala
Drucker (1996) yang digelar "Bapa Pengurusan" Barat di dalam bukunya
Enterpreneurship mendefinisikan usahawan sebagai seorang yang berupayamemindahkan sumber ekonomi dari sektor yang kurang upaya produktivitinya ke
sektor yang lebih tinggi daya produktivitinya.
10
Pendefinisian yang lebih terperinci seterusnya diberikan oleh Scarboroughdan Zimmerer (1998) yang mentakrifkan usahawan sebagai seseorang yang
mencipta pemiagaan baru secara tidak nyata untuk tujuan mencapai keuntungandan pertumbuhan pemiagaan melalui cara mengenal pasti peluang dan
pengumpulan keperluan sumber kepada modal. Ini diikuti oleh Kuratko dan
Hodgetss (2004) yang merujuk usahawan sebagai seseorang yang menerima tugas
untuk mengurus, mentadbir dan mempercayai risiko dalam pemiagaan. Usahawan
juga dianggap sebagai pemangkin kepada perubahan ekonomi yang digunakanoleh sesiapa saja bagi tujuan penelitian, perancangan yang baik dan pertimbanganbila melaksanakan urusan keusahawanan. Pada mereka, usahawan bekerja dengan
kreatif, optimis dan komited untuk memperkenalkan sumber baru atau
menggantikan yang lama dengan keupayaan yang baru dan semua ini adalah bagi
tujuan penciptaan kekayaan.
Meskipun masih belum ada satu definisi yang universal untuk
mentakrifkan istilah usahawan (Cunningham, & Lischeron, 1991), pada dasamya
terdapat persamaan fahaman seperti pembaharuan, kekayaan, pengurusan,
penciptaan, dan pengambilan risiko. Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakanbahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau
menubuhkan sesuatu pemiagaan atau perusahaan dan mengusahakannya.
Seseorang yang telah memulakan pemiagaan atau telah membeli pemiagaan yang
dimulakan oleh orang lain juga dikenali sebagai usahawan. Dia bertanggungjawabdalam mengusahakan sesuatu perusahaan sama ada dalam bidang pertanian,
pentemakan, pengeluaran atau perkhidmatan. Usahawan juga adalah seorang
pengurus yang menerajui pemiagaannya dan dapat menuntut hak milik ke atas
pemiagaan tersebut. Oleh itu ia menanggung risiko pemiagaan. Usahawan
mempunyai wawasan dan mengembangkan pemiagaan untuk kemakmuran
masyarakat. Ia adalah seseorang yang inginkan kebebasan dalam pemiagaan,membuat keputusan sendiri dan seterusnya ingin berjaya atas usaha sendiri.
11
Pendek kata usahawan ialah orang yang berusaha membuat sesuatu yang
baru (kreatif), merancang dan mencipta sesuatu yang lebih baik (inovatif),
mengatur serta mewujudkan pasaran dan sanggup menghadapi risiko. Usahawan
adalah peneroka kepada kejayaan pemiagaan hari ini. Mereka memiliki kepekaan
terhadap peluang, memiliki panduan untuk pembaharuan dan memiliki keupayaan
penyelesaian yang mana kini menjadi rujukan dan alat ukur oleh perusahaanbebas.
Hari ini ramai yang memegang fahaman usahawan sebagai orang yang
membawa pembaharuan atau pembangun kepada sesiapa yang mengakuinya dan
merebut peluang yang ada, mengubah peluang tersebut melalui idea kerja kuat
atau idea pemasaran, ditambah nilai melalui masa, tenaga, wang atau kemahiran;
mempercayai risiko persaingan pasaran untuk mengimplementasikan idea; dan
merealisasikan pulangan dari tenaga yang telah dicurahkan.
Dalam Business Horizons, Burch (1986) menyatakan bahawa seseorang
usahawan harus mempunyai sembilan sifat keperibadian seperti berikut:
1. Keinginan untuk mencapai: daya usaha untuk mengatasi masalah dan
melahirkan usaha niaga yang berjaya.2. Kerja keras: sikap mabuk kerja.3. Sikap pembelaan: kesanggupan mengetuai dan mengawasi usaha
mereka sehingga ia boleh berdikari.
4. Pengakuan bertanggungjawab: kesanggupan memikul
tanggungjawab kepada usaha-usaha dari segi moral, undang-undangdan mental.
5. Orientasi ganjaran: keinginan mendapat ganjaran untuk ikhtiar;
ganjaran boleh mengambil bentuk selain daripada wang, seperti
pengiktirafan dan rasa hormat.
6. Sikap yang optimistik: pengamalan falsafah bahawa masa kini adalah
masa yang terbaik dan apa-apa sahaja dapat dilakukan.
12
7. Orientasi kepada kecemerlangan: pencapaian sesuatu yang dapatmemberi kebanggaan.
8. Pengurusan: kemahiran dalam penggabungan bahan-bahan usaha
serta dalam pengelolaan manusia.
9. Orientasi mendapat untung: keinginan mendapat ganjaran, akan
tetapi untung cuma merupakan kayu ukur kejayaan.
Daripada sifat-sifat ini, dua di antaranya lebih merupakan sifat yang
semula jadi, yakni "keinginan untuk mencapai" serta "keupayaan untuk bekerjakeras". Keupayaan untuk bekerja secara keras dan lama dalam penerusan projek
yang tertentu memerlukan penggabungan tenaga fizikal, emosi dan intelektual
yang tidak dapat dirangsang secara dibuat-buat.
Oleh demikian, seseorang usahawan perlu mempunyai dua kumpulan sifat,
yakni satu kumpulan yang semula jadi, dan lagi satu sifat yang dapat diperoleh.
Dengan kata lain, sebahagian daripada sifat-sifat usahawan perlu dimiliki sewaktu
dilahirkan dan sebahagian lagi harus diperoleh. Sesiapa yang tidak mempunyaikedua-dua ciri tersebut sewaktu dilahirkan tidak dapat menjadi usahawan ataupun
tidak mungkin berjaya sebagai usahawan, dan sesiapa yang mempunyai kedua-dua
ciri ini tetapi malas memperoleh ketujuh-tujuh sifat yang lain juga tidak akan
berjaya sebagai usahawan.
Gilder (1984) turut menggambarkan usahawan sebagai individu yang
mempunyai keupayaan untuk belajar, meneruskan usaha mencapai matlamat
meskipun menghadapi kegagalan atau kekecewaan, dan akhirnya mencapai
kejayaan dengan menghapuskan gelagat-gelagat yang lapuk dan menggantikannya
dengan peraturan hidup tersendiri.
13
2.2 Keusahawanan
Mengikut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan,
kemarnpuan, dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara berikut:
1. Mengenal pasti peluang pemiagaan2. Mengendalikan usaha pemiagaan yang menguntungkan dirinya sendiri dan
orang rarnai.
3. Mendapatkan kejayaan melalui usaha-usaha yang dapat memenuhi
keperluan orang ramai.
4. Mendapatkan kekayaan dengan cara berusaha memenuhi keperluan
masyarakat.5. Mengarnbil risiko yang telah diperhitungkan (calculated risk).6. Mentadbir dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran bagi menghasilkan
pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.
7. Sentiasa berusaha dan bersedia untuk membuat pembaharuan yang boleh
meningkatkan daya pengeluaran dari masa ke semasa.
Menurut Histrich dan Peter (1998), keusahawanan adalah proses yang
cergas ke arah membina kekayaan. Kekayaan ini dibina oleh individu yang
percaya bahawa untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk sesuatu
keluaran atau perkhidmatan, risiko utarnanya ialah modal, masa dan jarninan
kerj aya. lni adalah satu proses untuk membina sesuatu yang baru dan bermanfaat
dengan pengorbanan masa dan tenaga, mempercayai sistem pembiayaan,
psikologi dan risiko sosial, dan menerima pulangan kewangan, kepuasan peribadidan kebebasan. Keusahawanan sebagaimana ditakrif oleh Kuratko dan Hodgetts
(2004) ialah proses pembaharuan dan penciptaan usaha baru melalui 4 dimensi
utama, iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses - dengan bantuan jalinan
kerjasarna kerajaan, pendidikan dan institusi. Dalarn menghargai kepentingankeusahawanan pada abad ke 21, Kuratko dan Hodgetts (2004) membina
gabungan definisi keusahawanan seperti berikut:
14
"Keusahawanan adalah proses dinamik visi, perubahan dan penciptaan.
Ianya menuntut permintaan penggunaan tenaga dan semangat terhadap penciptaandan perlaksanaan idea baru dan cadangan kreatif. Paling penting ramuannya
termasuk kerelaan untuk mengambil kira risiko dalam tempoh masa, modal, atau
kerjaya, kebolehan merumuskan kumpulan perusahaan yang berkesan, kemahiran
kreatif kepada pegawai yang memerlukan sumber, kemahiran asas pembinaan
perancangan perniagaan yang sempurna; dan akhir sekali visi untuk mengenali
peluang ketika orang lain melihatnya sebagai kelam kabut, percanggahan dan
kekeliruan."
Secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa keusahawanan sebagai kualiti
manusia yang bukan sahaja mendatangkan faedah kepada dirinya sendiri tetapi ia
dapat membangunkan ekonomi dengan pesat serta memberi sumbangan kepada
orang lain. Ia merupakan proses mewujudkan dan mengurus perniagaan untuk
mencapai objektif yang dihajati. Keusahawanan juga boleh disifatkan sebagaisuatu kebolehan, kemampuan serta kecenderungan untuk mencari peluang
peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan tersebut, membuat pembaharuanatau pengubahsuaian yang berfaedah serta memenuhi keperluan dan kehendak
masyarakat.
2.3 Kompetensi Keusahawanan
Kompetensi keusahawanan bermaksud kemampuan atau kecekapan seseorang
untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan. Kompetensiatau keterampilan diri keusahawanan dimiliki melalui amalan-amalan perilakuhasil daripada pengaruh nilai-nilai hidup seseorang, sikap atau desakan dalaman
untuk melakukan tugas dengan cemerlang. Melalui kompetensi keusahawanan,
seseorang akan lebih mampu dan lebih cekap berbanding dengan orang lain yang
mempunyai pengetahuan dan kelulusan yang sarna.
15
Terdapat pelbagai jenis kompetensi yang boleh dikaitkan denganusahawan. Walau bagaimanapun, hasil kajian Me Clelland (1985) terhadapusahawan yang berjaya di Malawi, India dan Ecuador, mereka telah
menyenaraikan tiga belas jenis kompetensi keusahawanan diri yang membantu
kejayaan usahawan-usahawan ini. Kompetensi-kompetensi tersebut ialah
1. Inisiatif
Seseorang yang berinisiatif adalah individu yang membuat sesuatu kerjaatau tugas tanpa diarah atau dipaksa, mempunyai sikap proaktif dan; giatberusaha untuk membangun dan menjayakan pemiagaannya. Dengan
memiliki kompetensi ini usahawan mampu lebih maju. Di peringkat pra
permulaan sesuatu pemiagaan, sikap inisiatif membolehkan usahawan
berusaha mencari peluang, mengambil tindakan awal menyediakan
keperluan untuk memulakan dan menerokai bidang-bidang yang mungkinbelum diterokai lagi.
2. Melihat dan merebut peluang
Sikap usahawan yang mempunyai daya melihat dan merebut peluangadalah seperti mempunyai kecekapan mencari dan mengenal pasti peluang
pemiagaan yang wujud dan berkemampuan untuk merebut peluang sarna
ada untuk memperluaskan pasaran, mendapatkan bantuan bagi
kepentingan pemiagaan dan lain-lain. Kompetensi ini menjadi faktor
penting untuk kejayaan dan daya tahan pemiagaan. Kemarnpuan ini akan
membantu usahawan di peringkat memulakan permagaan dan
membolehkan hayat pemiagaan yang berpanjangan.
3. Kecekalan
Sikap cekal dan tabah dapat dilihat melalui tindakan usahawan sepertitidak merasa jemu mencari jalan untuk mencapai matlarnat tanpa
mengalah dan sentiasa berusaha untuk mengatasi halangan yang boleh