Apabila Sektor Jaminan Kualiti

5
Isu Pelaksanaan MS ISO Apabila Sektor Jaminan Kualiti mula memperkenalkan sistem pengurusan kualiti ke sekolah yang menjurus kepada pembelajaran dan pengajaran, respon yang didapati dari pihak pengurusan sekolah agak mengecewakan dan hambar. Rata-rata mempersoalkan apakah dengan adanya sistem pengurusan kualiti ini akan dapat membantu mereka mengurus pembelajaran dan pengajaran dengan baik dan berkesan. Di tambah lagi, mereka bersungut seolah-olah sistem pengurusan kualiti akan menambah beban kepada mereka. Pengenalan sistem MS ISO sememangnya telah memberi beberapa kesan kepada guru-guru dan kakitangannya. Tidak dapat dinafikan bahawa apabila sesuatu perkara baru diperkenalkan, maka terdapat sedikit sebanyak masalah yang akan timbul. Perlaksanaan MS ISO di sekolah sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kerja kepada kakitangan sekolah. Walaupun ia tidak begitu ketara, ianya menunjukkan bahawa terdapat golongan-golongan tertentu yang menerima beban kerja yang berlebihan. Sudah pastinya terdapat segelintir daripada kakitangan sekolah mengalami tekanan psikologi terhadap tugas mereka. Penarafan merupakan budaya global semasa. Cabaran daya saing global menjadi lebih kritikal dengan adanya laporan- laporan penarafan yang mengukur tahap daya saing negara berasaskan kemampuan menyediakan persekitaran yang kondusif yang menyokong aliran pelaburan yang kompetitif. Analisis yang dibuat menunjukkan kerenah birokrasi, proses dan prosedur kerja, ketelusan dan integriti masih menjadi halangan utama untuk Malaysia memperbaiki kedudukan dalam penarafan di

description

jaminan quality

Transcript of Apabila Sektor Jaminan Kualiti

Page 1: Apabila Sektor Jaminan Kualiti

Isu Pelaksanaan MS ISO

Apabila Sektor Jaminan Kualiti mula memperkenalkan sistem pengurusan

kualiti ke sekolah yang menjurus kepada pembelajaran dan pengajaran,

respon yang didapati dari pihak pengurusan sekolah agak mengecewakan

dan hambar. Rata-rata mempersoalkan apakah dengan adanya sistem

pengurusan kualiti ini akan dapat membantu mereka mengurus

pembelajaran dan pengajaran dengan baik dan berkesan. Di tambah lagi,

mereka bersungut seolah-olah sistem pengurusan kualiti akan menambah

beban kepada mereka.

Pengenalan sistem MS ISO sememangnya telah memberi beberapa

kesan kepada guru-guru dan kakitangannya. Tidak dapat dinafikan

bahawa apabila sesuatu perkara baru diperkenalkan, maka terdapat

sedikit sebanyak masalah yang akan timbul. Perlaksanaan MS ISO di

sekolah sedikit sebanyak telah memberikan tekanan kerja kepada

kakitangan sekolah. Walaupun ia tidak begitu ketara, ianya menunjukkan

bahawa terdapat golongan-golongan tertentu yang menerima beban kerja

yang berlebihan. Sudah pastinya terdapat segelintir daripada kakitangan

sekolah mengalami tekanan psikologi terhadap tugas mereka.

Penarafan merupakan budaya global semasa. Cabaran daya saing

global menjadi lebih kritikal dengan adanya laporan-laporan penarafan

yang mengukur tahap daya saing negara berasaskan kemampuan

menyediakan persekitaran yang kondusif yang menyokong aliran

pelaburan yang kompetitif. Analisis yang dibuat menunjukkan kerenah

birokrasi, proses dan prosedur kerja, ketelusan dan integriti masih menjadi

halangan utama untuk Malaysia memperbaiki kedudukan dalam penarafan

di peringkat antarabangsa. Justeru, Sektor Awam negara perlu melakukan

perubahan secara holistik bagi meningkatkan kedudukan daya saing

melalui langkah- langkah transformasi.

Sungguhpun pelbagai langkah telah diambil untuk meningkatkan

pengurusan organisasi Sektor Awam, namun pemantauan yang dijalankan

menunjukkan masih terdapat jurang prestasi yang perlu diperbaiki.

Pengurusan organisasi gemilangperlu berpaksikan kepada tahap

Page 2: Apabila Sektor Jaminan Kualiti

profesionalisme yang tinggi di dalam memberi perkhidmatan kepada

rakyat serta pengiktirafan pelanggan terhadap perkhidmatan yang

ditawarkan. Organisasi gemilang juga perlu mempunyai ciri-ciri responsif

dan peka dengan kehendak pelanggan, mempamerkan imej yang bersih,

mempunyai warga organisasi yang komited, membudayakan ilmu serta

mengutamakan prestasi.

Walaupun kualiti memainkan peranan penting dalam sesuatu

organisasi atau institusi pendidikan namun ianya masih tidak mendapat

komitmen yang tinggi daripada semua staf atau kakitangan itu sendiri.

Masalah ini timbul beikutan kurangnya kefahaman tentang kualiti oleh

sebahagian besar staf atau kakitangan dalam sesebuah organisasi.

Perkara ini menjadi lebih ketara dalam dunia pendidikan kerana

pendidikan bersifat intangible iaitu tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Produk atau keluaran pendidikan bersifat perkhidmatan berbanding

produk-produk lain yang boleh dirasai, dilihat dan dicuba akan kualitinya.

Di samping itu, pendidikan kualiti melibatkan kos yang tinggi kerana

setiap kakitangan perlu diberi pendedahan dan kefahaman tentang kualiti.

Latihan yang hendak diberi kepada setiap staf mestilah menyeluruh,

memakan masa dan secara tidak langsung melibatkan pertambahan kos

dalam latihan kualiti.

Cabaran Pelaksanaan MS ISO

Pelaksanaan MS ISO 9000 merupakan suatu pembaharuan dan ia

memerlukan pihak pengrusan menguruskan pembaharuan tersebut. MS

ISO 9000 adalah satu usaha yang baru, ia akan dilihat sebagai beban kerja

tambahan. Di samping itu, usaha ini memerlukan pengetahuan yang baru.

Oleh yang demikian, banyak kemungkinan pegawai-pegawai dan staf akan

menentang perubahan tersebut. Di antara alasan yang negatif yang telah

diberi oleh pegawai dan staf termasuk tuduhan bahawa ISO 9000 akan

menambahkan lagi birokrasi, mengehadkan dan mengurangkan fleksibiliti

dalam menjalankan kerja.

Pengurusan pendidikan masa kini sedang berhadapan dengan

cabaran utama memenuhi keperluan pelanggan. Kelemahan kita

mengurus keperluan pelanggan yang berkaitan dengan pendidikan telah

Page 3: Apabila Sektor Jaminan Kualiti

menimbulkan pelbagai aduan awam yang diterima di semua peringkat.

Jika aduan awam ini tidak diurus dengan segera, akan menjadi satu isu

dan seterusnya menjadi krisis yang boleh menggugat keharmonian sistem

pendidikan negara. Kita harus sedar dan mengakui bahawa peningkatan

aduan awam berpunca daripada kelemahan sistem penyampaian yang

diamalkan dalam mengendalikan soal-soal pengurusan dan pentadbiran

pendidikan negara. Dalam dunia perniagaan global masa kini, keperluan

dan kepusasan pelanggan menjadi fokus utama mereka. Keutamaan

meletakkan usaha memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan dalam

dunia perniagaan telah dapat meningkatkan matlamat keuntungan

syarikat dalam jangka masa panjang. Hal yang sama berlaku dalam soal

pengurusan dan pentadbiran sistem pendidikan negara, keperluan dan

kepuasan pelanggan perlu diberi penekanan dan diletakkan sebagai fokus

utama dalam amalan kerja seharian.

Jika kualiti perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran pendidikan

dapat dikecapi oleh semua pelanggan yang berurusan dengan kita, serta

keberkesanan kaedah sistem penyampaian dalam pengurusan dan

pentadbiran pendidikan di semua peringkat akan dapat mengurangkan

aduan yang diterima. Justeru itu, kakitangan awam yang berada di

barisan hadapan dalam sistem pengurusan dan pentadbiran pendidikan di

peringkat JPN mahupun PPD, perlu sentiasa menunjukkan komitmen serta

tanggungjawab yang tinggi dalam melaksanakan semua dasar pendidikan

dengan tepat dan pantas supaya pelanggan kita mendapat perkhidmatan

berkualiti yang mereka harapkan.

Sistem MS ISO ini dapat membantu guru-guru dan kakitangan

sekolah membentuk satu sistem pelaksanaan kerja secara teratur dan

mempunyai arah tuju yang jelas dan terancang. Hal ini berlaku apabila

guru-guru dan kakitangan sekolah ini sentiasa menerima dan mematuhi

sistem MS ISO. Ini bermakna pihak pengurusan sekolah perlulah tidak

keberatan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada

mereka. Hal ini demikian kerana dari hasil usaha mereka yang gigih boleh

memberikan kecemerlangan kepada sekolah mereka dan seterusnya

mengharumkan nama sekolah mereka di peringkat kebangsaan. Justeru,

pihak pentadbir atau pengurus haruslah dapat memstikan tugas dan

Page 4: Apabila Sektor Jaminan Kualiti

tanggungjawab yang diberikan kepada guru-guru dan kakitangan mereka

dengan adil dan sama rata. Ini dapat mengelakkan guru-guru dan

kakitangan merasa beban dan tertekan akibat bebanan kerja yang tidak

seimbang.

Guru-guru dan kakitangan sekolah juga haruslah perlu memberikan

sokongan yang padu kepada pihak pentadbir atau pengurus dalam

melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan bagi

mengelakkan perasaan buruk sangka dan kekecewaan terhadap tugas

yang diberikan. Selain itu, guru-guru dan kakitangan sekolah ini haruslah

dapat menlaksanakan tugas secara berterusan dan bukan bermusim atau

semata-mata kerana MS ISO bagi memastikan kecemerlangan sekolah ini

dapat dikekalkan sepanjang masa.

Selain itu, peranan pemimpin organisasi adalah kritikal dalam

menentukan hala tuju, merangka strategi serta menggembleng sumber

secara bijak untuk mencapai matlamat organisasi. Kepimpinan yang

berkesan mampu mencetuskan inspirasi serta memenangi hati dan fikiran

warga organisasi untuk membuat anjakan paradigma dan perubahan

minda bagi melihat keadaan semasa dengan perspektif baru. Kepimpinan

organisasi juga amat penting dalam menggerakkan inisiatif baru,

meningkatkan kreativiti dan inovasi, menyuburkan budaya ilmu serta

menggalakkan warga organisasi mencabar status quo. Selain itu juga,

pengurusan atasan juga harus mempuyai strategi meningkatkan motivasi

dan psikologi kakitangan bawahan mereka untuk mencapai kepuasan

pelanggan dalaman dan pelanggan luaran organisasi. Ini termasuk

pemimpin perlu bijak menggunakan strategi penyelesaian masalah dan

membuat keputusan dengan meningkatkan motivasi dan psikologi,

mengatasi halangan komunikasi dengan melibatkan kakitangan bawahan

dalam organisasi mereka. Kesimpulannya, pemimpin mahupun

perngurusan atasan perlu mementingkan kepuasan pelanggan serta

melakukan penambahbaikan dalam organisasi agar menjadi pengamal

sistem yang berkualiti.