Apakah Sebenarnya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Itu

download Apakah Sebenarnya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Itu

of 3

description

kepentingan KBAT

Transcript of Apakah Sebenarnya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Itu

  • 5/20/2018 Apakah Sebenarnya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Itu

    1/3

    Apakah sebenarnya kemahiran berfikir aras tinggi itu?

    Secara umum terdapat dua jenis kemahiran berfikir iaitu kemahiran berfikir aras

    rendah yang tidak memerlukan pemikiran yang luas dan mendalam. Sebagai contoh

    kemahiran ini hanya memerlukan murid menghafal dan mengingat kembali fakta atau

    maklumat yang disampaikan oleh guru kepada mereka. Kemudian meluahkannya

    semula sekiranya terdapat soalan yang memerlukan jawapan mereka.

    Sementara itu, kemahiran berfikir aras tinggi melibatkan kemahiran intelek yang

    tinggi. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir sebelum membuat penjelasan

    dengan menganalisis, menilai, menjana idea, pilihan membuat keputusan,

    menyelesaikan masalah dan membuat perancangan. Secara mudahnya murid

    mencerap sesuatu data atau maklumat kemudian diproses dalam minda dan akhirnya

    dikeluarkan semula dalam berbagai bentuk. Kemahiran berfikir ini juga dikatakan

    sebagai berfikir secara kritis dan kreatif.

    Memiliki kemahiran ini murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun

    atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan

    pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid bolehmemberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa

    sudut. Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan

    merekacipta di kalangan murid.

    Kemahiran berfikir aras tinggi ini mempunyai kelebihan lain iaitu dapat

    meningkatkan lagi keupayaan dan kebolehan sedia ada pada murid. Mereka akan

    dapat mengawal, memandu dan mengukur pembelajaran yang telah mereka kuasai.

    Kebolehan ini akan menjadikan mereka lebih produktif dan berdaya saing. Seterusnya

    sudah tentu dapat meningkatkan kefahaman dan memperkukuhkan pembelajaran

    dalam apa sahaja perkara yang mereka pelajari nanti.

  • 5/20/2018 Apakah Sebenarnya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Itu

    2/3

    Bagi menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi di kalangan murid maka peranan guru

    sangat signifikan. Usaha ke arah itu perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh.

    Sebenarnya kemahiran berfikir ini bukanlah asing kepada guru kerana mereka telah

    didedahkan tentang konsep dan kaedah kemahiran ini semasa mengikuti latihan

    perguruan di maktab atau universiti suatu ketika dahulu.

    Walau apa pun guru perlu terus ditingkatkan keupayaan kemahiran berfikir mereka

    supaya dapat memberikan yang terbaik kepada murid dalam pengajaran mereka.

    Dalam proses pendidikan terdapat lima peringkat bagaimana kemahiran ini dapat

    disampaikan kepada murid secara terancang iaitu melalui set induksi, penggunaan

    bahan asas atau bahan bantu mengajar, aras soalan atau teknik menyoal, aktiviti atau

    gerak kerja dan latihan bertulis.

    Dalam set induksi kebiasaannya sebelum memulakan sesuatu pengajaran guru akan

    menjelaskan tentang tajuk pengajarannya, matlamat dan apakah yang akan difahami

    selepas pengajarannya. Set induksi yang berkesan akan membolehkan murid bersedia

    mengikuti pengajaran guru dan merupakan langkah permulaan dalam proses

    berfikirnya.

    Penggunaan bahan asas atau bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tajuk

    pengajaran akan membolehkan murid memahami dengan lebih jelas sesuatu istilah dan

    konsep. Malah ia akan menjadikan pengajaran guru lebih mudah diikuti danmenyeronokkan.

    Melihatkan suasana pembelajaran yang berjalan dengan lancar maka guru hendaklah

    mengambil kesempatan dengan mengemukakan berbagai soalan kepada muridnya

    bermula dalam bentuk tahap yang rendah dan berkembang kepada soalan yang

    bertahap tinggi.

    Ketika ini murid banyak menggunakan kemahiran berfikir mereka dalam menjawab

    soalan-soalan yang berbagai bentuk. Dalam masa sama, guru akan dapat menilai sama

    ada murid memahami pengajarannya.

    Selanjutnya aktiviti atau gerak kerja pembelajaran akan dapat memperkukuhkan lagi

    pengajaran guru. Aktiviti seperti teka silang kata, kuiz, syarahan, bahas, lakonan, kerja

    berkumpulan, menyediakan projek dan gerak kerja di luar bilik darjah akan

  • 5/20/2018 Apakah Sebenarnya Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Itu

    3/3

    memantapkan lagi kefahaman murid. Sudah tentu murid akan membuat perbincangan,

    merujuk dan mencari maklumat dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.

    Akhirnya proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid melakukan latihan

    bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan

    mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea

    baru. Di sinilah peluang kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar

    agar murid menjadi lebih produktif dan berdaya maju.

    Sesungguhnya peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta yang diumumkan oleh

    Perdana Menteri akan digunakan untuk meningkatkan lagi kemahiran berfikir aras tinggi

    dalam kalangan guru. Diharap langkah ini akan menaikkan prestasi negara khususnya

    dalam persaingan peringkat antarabangsa terutama dalam pentaksiran PISA yang

    dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025.

    Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kata-

    kata aluan laporan awal Pelan tersebut - Dalam usaha kita untuk bersaing dengan

    negara-negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan

    generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta

    berupaya berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global.

    Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikir-

    dalam-pendidikan#ixzz2zfu9nv3L

    Utusan Melayu (M) Bhd

    http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikir-dalam-pendidikan#ixzz2zfu9nv3Lhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikir-dalam-pendidikan#ixzz2zfu9nv3Lhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikir-dalam-pendidikan#ixzz2zfu9nv3Lhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikir-dalam-pendidikan#ixzz2zfu9nv3Lhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikir-dalam-pendidikan#ixzz2zfu9nv3Lhttp://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20121229/re_01/Kemahiran-berfikir-dalam-pendidikan#ixzz2zfu9nv3L