APK Business Plan Part 1

2
BUSINESS NAME Syarikat Super Seven ditubuhkan pada bulan September 2014. Syarikat ini dinamakan Super Seven kerana syarikat ini ditubuhkan bersama dengan 7 orang yang sihat, cergas dan mempunyai tenaga yang banyak. Syarikat ini menjalankan perkhidmatan pembersihan rumah atau lebih dikenali sebagai Cleaning Service. Syarikat ini dijalankan secara perkongsian seramai 7 orang yang mempunyai kepakarannya tersendiri khususnya dalam Cleaning Service. Kini syarikat ini giat menjalankan operasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. DESCRIPTION OF BUSINESS Syarikat ini menjalankan perkhidmatan perniagaan pembersihan rumah atau Cleaning Service. Kerja-kerja pembersihan rumah ini akan dijalankan sekiranya terdapat panggilan. Kerja pembersihan hanya dilakukan pada hujung minggu sahaja. Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan meliputi menyapu, mengemop, vakum dalam rumah. Selain itu, kami juga membersihkan sekitar kawasan rumah seperti membersihkan longkang, menyapu daun-daun, mencuci lantai di luar dan apa sahaja yang di minta oleh tuan rumah asalkan hanya berkaitan dengan kerja-kerja pembersihan. Kerja-kerja pembersihan ini dikenakan cas sebanyak RM 25 sejam. FORM OF BUSINESS OWNERSHIP Perniagaan kami menjalankan jenis perniagaan perkongsian. Ini kerana, ketujuh- tujuh anggota dari syarikat ini bergading bahu dan sama-sama mengerahkan tenaga dalam menjalankan operasi pembersihan rumah ini. Sejak menubuhkan syarikat cleaning service ini, kesemua anggota juga bersama-sama mengeluarkan modal bagi menubuhkan syarikat ini. Segala untung rugi di kongsi bersama. IDEAL CUSTOMER Syarikat Super Seven Cleaning Service kami mempunyai sasaran tertentu dalam menjayakan perniagaan kami. Sasaran untuk kerja pembersihan rumah kami ialah kami menyasarkan rumah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, sasaran kedua kami ialah rumah orang yang bekerja. Dengan kata lain, mereka yang tidak mempunyai masa untuk membersihkan rumah. Kemudian, sasaran yang ketiga ialah single house seperti rumah banglo, berkembar, teras dan sebagainya. Rumah flat juga dipertimbangkan. OUR ADVANTAGES Syarikat kami mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tidak ada pada syarikat perniagaan kerja pembersihan lain. Antaranya, syarikat kami tidak mengenakan cas tambahan sekiranya kerja-kerja pembersihan kami terlebih sedikit masa. Contohnya, kerja-kerja pembersihan selesai dan memakan masa sejam tiga puluh minit. Kami hanya akan mengenakan kerja pembersihan kami cas selama sejam sahaja dan tidak mengenakan cas tambahan untuk 30 minit lagi. Selain itu, kami juga ada menyediakan perkhidmatan membersihkan kereta bergantung atas permintaan pelanggan. ETHICAL ISSUES Untuk kod etika syarikat kami. Kami telah mewujudkan 3 kod yang tidak akan ditukar dan mesti dipatuhi. Pertama ialah berdisiplin. Syarikat kami akan memastikan kerja yang dilakukan hendaklah berdisiplin sama ada dari segi masa, pakaian, pelaksanaan tugas dan sebagainya. Kod kedua ialah Besih. Setiap kerja yang dilaksanakan hendak bersih dan kemas. Kami tidak akan berhenti selagi mana kerja yang dilakukan tidak bersih. Kod yang ketiga ialah mesra pelanggan. Semasa menjalankan kerja, kami akan sentiasa memastikan yang

description

Untuk panduan kerja APK

Transcript of APK Business Plan Part 1

BUSINESS NAMESyarikat Super Seven ditubuhkan pada bulan September 2014. Syarikat ini dinamakan Super Seven kerana syarikat ini ditubuhkan bersama dengan 7 orang yang sihat, cergas dan mempunyai tenaga yang banyak. Syarikat ini menjalankan perkhidmatan pembersihan rumah atau lebih dikenali sebagai Cleaning Service. Syarikat ini dijalankan secara perkongsian seramai 7 orang yang mempunyai kepakarannya tersendiri khususnya dalam Cleaning Service. Kini syarikat ini giat menjalankan operasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.DESCRIPTION OF BUSINESSSyarikat ini menjalankan perkhidmatan perniagaan pembersihan rumah atau Cleaning Service. Kerja-kerja pembersihan rumah ini akan dijalankan sekiranya terdapat panggilan. Kerja pembersihan hanya dilakukan pada hujung minggu sahaja. Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan meliputi menyapu, mengemop, vakum dalam rumah. Selain itu, kami juga membersihkan sekitar kawasan rumah seperti membersihkan longkang, menyapu daun-daun, mencuci lantai di luar dan apa sahaja yang di minta oleh tuan rumah asalkan hanya berkaitan dengan kerja-kerja pembersihan. Kerja-kerja pembersihan ini dikenakan cas sebanyak RM 25 sejam.FORM OF BUSINESS OWNERSHIPPerniagaan kami menjalankan jenis perniagaan perkongsian. Ini kerana, ketujuh-tujuh anggota dari syarikat ini bergading bahu dan sama-sama mengerahkan tenaga dalam menjalankan operasi pembersihan rumah ini. Sejak menubuhkan syarikat cleaning service ini, kesemua anggota juga bersama-sama mengeluarkan modal bagi menubuhkan syarikat ini. Segala untung rugi di kongsi bersama.IDEAL CUSTOMERSyarikat Super Seven Cleaning Service kami mempunyai sasaran tertentu dalam menjayakan perniagaan kami. Sasaran untuk kerja pembersihan rumah kami ialah kami menyasarkan rumah sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, sasaran kedua kami ialah rumah orang yang bekerja. Dengan kata lain, mereka yang tidak mempunyai masa untuk membersihkan rumah. Kemudian, sasaran yang ketiga ialah single house seperti rumah banglo, berkembar, teras dan sebagainya. Rumah flat juga dipertimbangkan.OUR ADVANTAGESSyarikat kami mempunyai kelebihan-kelebihannya yang tidak ada pada syarikat perniagaan kerja pembersihan lain. Antaranya, syarikat kami tidak mengenakan cas tambahan sekiranya kerja-kerja pembersihan kami terlebih sedikit masa. Contohnya, kerja-kerja pembersihan selesai dan memakan masa sejam tiga puluh minit. Kami hanya akan mengenakan kerja pembersihan kami cas selama sejam sahaja dan tidak mengenakan cas tambahan untuk 30 minit lagi. Selain itu, kami juga ada menyediakan perkhidmatan membersihkan kereta bergantung atas permintaan pelanggan.ETHICAL ISSUESUntuk kod etika syarikat kami. Kami telah mewujudkan 3 kod yang tidak akan ditukar dan mesti dipatuhi. Pertama ialah berdisiplin. Syarikat kami akan memastikan kerja yang dilakukan hendaklah berdisiplin sama ada dari segi masa, pakaian, pelaksanaan tugas dan sebagainya. Kod kedua ialah Besih. Setiap kerja yang dilaksanakan hendak bersih dan kemas. Kami tidak akan berhenti selagi mana kerja yang dilakukan tidak bersih. Kod yang ketiga ialah mesra pelanggan. Semasa menjalankan kerja, kami akan sentiasa memastikan yang kehadiran kami bukan sahaja untuk membuat kerja. Tetapi juga untuk merapatkan hubungan dan mengenali antara satu sama lain.SOCIAL RESPONSIBILITYSetiap kerja pasti ada risiko. Dan setiap risiko pasti ada kemalangan. Sekiranya perkara-perkara tersebut berlaku, syarikat kami akan menanggung sepenuh-penuh tanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan ketika kami menjalankan kerja. Kami akan membayar ganti rugi sekiranya ada barang yang rosak ketika menjalankan operasi. Syarikat kami tidak akan sesekali menggunakan kekerasan bagi menyelesaikan sesuatu isu. Kami akan memastikan setiap isu itu dilakukan dengan profesional. Syarikat kami memegang prinsip hang buat, hang tanggung .

GLOBAL ISSUESSyarikat Super Seven Cleaning Service kami juga mempunyai cita-cita dan impian. Antaranya mengembangkan lagi perniagaan perkhidmatan kami ke luar negara. Negara yang menjadi keutamaan kami ialah Singapura. Sebab utama kami memilih negara ini ialah kerana Singapura merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan ramai yang sibuk bekerja. Dengan peluang inilah syarikat kami akan memasarkan dan mempromosikan syarikat kami. Perkhidmatan kami sesuai dengan negara ini dan kami yakin perniagaan perkhidmatan kami mendapat sambutan. Untuk mengembangkan perniagaan perkhidmatan kami, kami memilih untuk memohon lesen di sana untuk membuka satu premis atau pejabat untuk operasi perkhidmatan kami. Dan sudah pasti, apabila perniagaan perkhidmatan kami berkembang ke luar negara, kami akan menjangkakan persaingan dari perniagaan perkhidmatan pembersihan rumah lain. Antara kelebihan perniagaan perkhidmatan pembersihan rumah syarikat lain khususnya syarikat yang asalnya dari Singapura ialah mereka lebih tahu selok-belok negara Singapura itu sendiri. Ini memudahkan mereka menjalankan perkhidmatan mereka dan semestinya orang-orang Singapura lebih cenderung memilih syarikat dari negaranya sendiri. Antara cabaran lain untuk mengembangkan perniagaan perkhidmatan kami ialah kerja-kerja ini memerlukan kos yang banyak dan risiko yang tinggi. Sudah pasti, untuk mengembangkan perniagaan dan berjaya, risiko perlu diambil dan jangan berputus asa.