APLIKASIKEMAHIRANBERFIKIR

11
APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Selain daripada bernafas, berfikir boleh dikatakan sebagai aktiviti yang paling biasa dilakukan oleh manusia. Kita makan, tidur, berjalan dan bercakap hanya pada masa-masa tertentu. Akan tetapi, selagi kita berada dalam keadaan yang sedar, kita tidak berhenti berfikir. Kebolehan berfikir secara abstrak membezakan manusia kepada makhluk yang lain.. Proses berfikir sangat penting bagi setiap individu. Berfikir bertujuan mencari makna Proses berfikir merupakan tindak balas mental dalam perlakuan pemikiran yang melibatkan peringkat mengenal dan memahamkan masalah sehinggalah kepada peringkat penyelesaiannya. Dengan berfikir segala maklumat diproses untuk digunakan dalam setiap tingkah laku dan tindakan yang diambil ketika berinteraksi dengan sekitarannya. Menurut Kamus Dewan (2007:803), kognisi ialah proses mental untuk mentafsir, memahami dan mempelajari sesuatu. Berfikir pula bermaksud menggunakan akal untuk menyelesaikan sesuatu, mempertimbangkan dalam ingatan. Menurut Dewey (1931), berfikir bermaksud usaha mengorganisasi semula pengalaman dan tingkah laku yang dilakukan dengan sengaja dan ia menekankan penyesuaian diri dengan persekitaran yang sukar. Edward de Bono (1976), mendefinisikan berfikir sebagai sesuatu yang berlaku di dalam minda dan merupakan proses

description

FCF

Transcript of APLIKASIKEMAHIRANBERFIKIR

Page 1: APLIKASIKEMAHIRANBERFIKIR

APLIKASI KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Selain daripada bernafas, berfikir boleh dikatakan sebagai aktiviti yang paling

biasa dilakukan oleh manusia. Kita makan, tidur, berjalan dan bercakap hanya

pada masa-masa tertentu. Akan tetapi, selagi kita berada dalam keadaan yang

sedar, kita tidak berhenti berfikir. Kebolehan berfikir secara abstrak membezakan

manusia kepada makhluk yang lain..

Proses berfikir sangat penting bagi setiap individu. Berfikir bertujuan mencari

makna Proses berfikir merupakan tindak balas mental dalam perlakuan

pemikiran yang melibatkan peringkat mengenal dan memahamkan masalah

sehinggalah kepada peringkat penyelesaiannya. Dengan berfikir segala

maklumat diproses untuk digunakan dalam setiap tingkah laku dan tindakan

yang diambil ketika berinteraksi dengan sekitarannya. Menurut Kamus Dewan

(2007:803), kognisi ialah proses mental untuk mentafsir, memahami dan

mempelajari sesuatu. Berfikir pula bermaksud menggunakan akal untuk

menyelesaikan sesuatu, mempertimbangkan dalam ingatan. Menurut Dewey

(1931), berfikir bermaksud usaha mengorganisasi semula pengalaman dan

tingkah laku yang dilakukan dengan sengaja dan ia menekankan penyesuaian

diri dengan persekitaran yang sukar. Edward de Bono (1976), mendefinisikan

berfikir sebagai sesuatu yang berlaku di dalam minda dan merupakan proses

sedar. Menurut pandangan pakar-pakar perspektif kognitif, Mahmood Nazar

Muhamed (1990:23) manusia ialah binatang yang rasional dan aktif dalam

menyelesaikan masalah mereka. Menurut pendekatan Gestalt pula, jikalau

persepsi dan proses-proses mental diatur secara keseluruhan, ini akan menjadi

lebih bermakna. Kohler pula menekankan, Ibid (1990:23) “kebolehan manusia

menerima dan mempersepsikan hubungan di antara entiti dengan entiti yang lain

merupakan intipati kepada kecergasan yang ada padanya dan dikenal sebagai

celik akal. Dengan kata lain, manusia sebagai makhluk sosial akan sentiasa

berfikir, menganalisa serta menilai data-data dan rangsangan yang diperoleh dari

luar dalam bereaksi terhadapnya.

Page 2: APLIKASIKEMAHIRANBERFIKIR

Penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kehidupan seharian dapat

menyediakan generasi kini untuk menghadapi kehidupan yang mencabar dalam

dunia yang berteknologi tinggi dan berkepelbagaian budaya. Pemikiran aras

tinggi dapat meningkatkan pencapaian akademik disamping membantu dalam

perkembangan intelektual seseorang individu. Penguasaan kemahiran berfikir

aras tinggi juga dapat mengelakkan kita daripada membuat kesilapan berfikir

yang umum seperti berfikir secara terburu-buru tanpa menggunakan masa untuk

meneliti unsur-unsur yang terlibat. Berfikiran sempit tanpa menggunakan

maklumat yang mencukupi. Berfikir secara kabur tanpa mengorganisasikan

maklumat dan pemikiran secara jelas. Seterusnya mengelakkan fikiran bercelaru

tanpa mempertimbangkan semua faktor secara sistematik dan teratur.

Jadual berikut menunjukkan perbezaan pemikiran individu yang berfikir secara

biasa dan individu yang berfikir aras tinggi dalam kehidupan seharian.

Pemikiran Biasa Pemikiran Aras Tinggi

Meneka Menganggar

Lebih menyukai Menilai

Mengumpul kan Mengelas

Mempercayai Mengandaikan

Mengagak Membuat hipotesis

Membuat kesimpulan umum Membuat kesimpulan secara logik

Memberi pendapat tanpa sebab Memberi pendapat yang bersebab

Memberi idea yang terhad Memberi idea yang bercapah

Membuat keputusan tanpa pertimbanagn Membuat keputusan dengan

pertimbangan

Menyelesaikan masalah terburu-buru Menyelesaikan masalah dengan

mempertimbangkan pelbagai alternatif

Page 3: APLIKASIKEMAHIRANBERFIKIR

Bilakah kita perlu menggunakan pemikiran aras tinggi dalam kehidupan seharian

kita? Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh aktiviti harian kita yang melibatkan

pemikiran beraras tinggi dan pemikiran biasa.

Aktiviti harian Kemahiran berfikir

aras tinggi

Kemahiran

berfikir biasa

Membeli kereta √

Memilih kursus di Universiti √

Mmemberus gigi √

Berpindah rumah √

Membuat pilihan pekerjaan √

Memilih pakej internet/jalur

lebar di rumah

Berjogging √

Melancong dari A ke B dengan

kekangan masa dan wang

Pembentukan pemikiran aras tinggi boleh dipelajari sekiranya latihan yang

secukupnya di amalkan dalam kehidupan seharian kita. Ia memerlukan proses

latihan pembelajaran yang panjang, sistematik dan kesungguhan. Berikut adalah

sembilan strategi yang boleh digunakan untuk mengasah kemahiran berfikir aras

tinggi dalam menjalani kehidupan seharian.

1. Memanfaatkan masa terluang

2. Sehari satu masalah

3. Menyebatikan sifat intelek

4. Menulis jurnal intelek

5. Membina semula karektor diri

6. Menangani ego

7. Menukar persepsi negatif kepada positif

8. Mengenali emosi positif

9. Menganalisa pengaruh kumpulan terhadap diri

Page 4: APLIKASIKEMAHIRANBERFIKIR

1. Memanfaatkan masa terluang

Setiap hari pasti kita memiliki masa terluang. Gunakan masa terluang yang

kita miliki untuk berfikir. Peruntukkan masa yang spesifik contohnya sejam

untuk kita muhasabah diri akan kekuatan dan kelemahan diri. Fikirkan

pertanyaan-pertanyaan berikut dalam diri kita. Apakah perkara terbaik yang

telah kita fikirkan pada hari ini? Apakah pemikiran terburuk yang telah kita

lakukan hari ini? Apa yang kita fikir tentang keseluruhan hari ini? Adakah kita

sering membenarkan diri berfikiran negatif? Apakah yang telah kita fikirkan

untuk mencapai matlamat hidup? Adakah kita bertindak mengikut nilai-nilai

diri kita?Jika kita dapat mengulang semula hari ini, apakah yang ingin kita

ubah? Jika kita berterusan berfikir dan dertindak seperti hari ini, adakah

sepuluh tahun akan datang kita berjaya mencapai impian kita? Pertanyaan-

pertanyaan tersebut perlu dijawab dengan jujur. Setiap jawapan perlu kita

tulis dan rekodkan supaya kita dapat mengenalpasti dan menilai diri. Jika

perkara ini diamalkan setiap hari, kita akan sedar akan corak pemikiran kita

dan dapat memperbaikinya dari semasa ke semasa.

2. Sehari satu masalah

Setiap hari cuba pilih satu masalah yang kita hadapi dan cuba untuk

menyelesaikannya. Contohnya ketika memandu ke tempat kerja, fikirkan satu

masalah yang mengganggu fikiran. Cari ruang untuk menyelesaikan

permasalahan tersebut. tersebut. Kaji masalah tersebut dan cari alternatif-

alternatif yang bersesuaian. Tanya beberapa soalan tentang masalah

tersebut seperti punca dan akibat. Analisis segala maklumat yang diperoleh.

Buat interpretasi berdasarkan maklumat yang diperoleh secara munasabah.

Cadangkan beberapa langkah penyelesaian masalah. Buat penilaian baik

buruk setiap alternatif seperti kesan positif dan negatif setiap alternatif.

Akhirnya buatlah keputusan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jika setiap hari kita berlatih menyelesaikan satu masalah secara berstruktur,

pasti pemikiran kita semakin tajam dari sehari ke sehari.

Page 5: APLIKASIKEMAHIRANBERFIKIR

3. Menyebatikan sifat intelek

Setiap minggu cuba bangunkan sifrat –sifat intelektual seperti kejelasan,

ketepatan, relevan, kedalaman, keluasan, kewajaran dan kepentingan dalam

diri. Contohnya jika kita ingin bangunkan sifat kejelasan, cuba kesan bila

komunikasi kita kurang jelas dimana orang tidak memahami percakapan kita.

Jika membaca, cuba kesan sama ada kita memahami apa yang dibaca.

Terdapat 4teknik yang dapat membantu proses kejelasan iaitu menyatakan,

menghuraikan, memberi contoh, dan mengilistrasi. Jika diamalkan maka akan

menjadi kebiasaaan kepada kita untuk menyata, menghurai, memberi contoh

dan mengilustrasi setiap perkara yang ingin disampaikan

4. Menulis jurnal intelek

Setiap minggu cuba tulis beberapa jurnal peribadi. Terdapat 4langkah

menulis jurnal. Yang pertama, situasi iaitu dengan menggambarkan satu

situasi yang memberi kesan emosi kepada kita. Contohnya situasi

kemalangan yang kita lihat sendiri mahupun di dada akhbar. Yang kedua,

respon iaitu dengan menggambarkan apa respon kita terhadap situasi

tersebut secara terpeinci. Seterusnya, analisis iaitu kita buat analisis tentang

apa yang kita tulis, gali sedalam-dalamnya situasi itu. Yang keempat

penilaian iaitu nilai kesan analisis yang dibuat. Sebagai contoh kita tanya

pada diri, Apa yang kita pelajari tentang diri kita?apa yang akan kita lakukan

jika kita dapat mengulangi semula peristiwa itu?

5. Membina semula karektor diri

Pilih satu sifat murni seperti tabah, autonomi, empati, berani dan rendah diri.

Setiap bulan cuba kembangkan satu sifat murni dalam diri. Contohnya sifat

rendah diri, kita cuba belajar untuk mengaku kesilapan diri. Selain itu, kita

mengenalpasti bila masa kita sukar mengaku kesilapan walaupun jelas bukti

yang kita bersalah?Bila kita bersifat mempertahankan diri jika orang

menyatakan kekurangan dalam hasil kerja atau idea kita? Jika kita dapat

membina semua sifat murni dalam diri maka pemikiran kita akan lebih kritis.

Page 6: APLIKASIKEMAHIRANBERFIKIR

6. Menangani ego

Ego wujud dalam setiap diri manusia. Ego mewujudkan sikap berat sebelah.

Setiap hari kita cuba tanya pada diri, contohnya dalam keadaan apa saya

akan bersifat bias?adakah saya akan melenting disebabkan perkara kecil?

adakah saya melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati jika ingin

menang?pernahkah saya jatuhkan orang lain? Setelah kita kenalpasti ego

dalam diri, barulah kita cuba menggantikannya dengan pemikiran yang lebih

rasional melalui refleksi diri secara sistematik. Seterusnya, kita cuba fikirkan

bagaimana orang yang rasional akan bertindak balas dalam situasi kita?

barulah kita boleh jadi rasional.

7. Menukar persepsi negatif kepada positif

Apabila sesuatu situasi yang berlaku pada diri, kita perlu mengenalpasti

terlebih dahulu bagaimana hendak bertindak , kemudian memikirkan apa

implikasinya terhadap tindakan yang akan kita lakukan. Sebagai contoh kita

boleh bergembira walaupun kita dalam keadaan sedih dan kita berusaha

walaupun kita akan dikecewakan. Seterusnya,kita mencari jalan yang buntu

kepada permulaan baru dan sesuatu kesilapan yang berlaku kepada peluang

untuk kita belajar.

8. Mengenali emosi positif

Pada diri kita ada pelbagai emosi samada negatif mahupun positif. Jadi kita

perlu mengenali emosi positif terlebih dahulu untuk mengatasi emosi negatif.

Sebagai contoh, emosi kita tengah marah, jadi kita perlu mengenali emosi

positif iaitu (tenangkan fikiran dulu) supaya emosi negatif diatasi.

9. Menganalisa pengaruh kumpulan terhadap diri

Pada diri kita ada 2 kumpulan iaitu menggalakkan dan menggagalkan

tingkah laku. Oleh itu, kita perlu menganalisa pengaruh 2 kumpulan tersebut

Page 7: APLIKASIKEMAHIRANBERFIKIR

untuk mempengaruhi tingkahlaku kita. Contohnya, situasi anda diugut,

selalunya kita akan berasa takut (menggagalkan) tetapi kita pilih ianya

sebagai pengajaran (menggalakkan) dengan cara kita berfikir untuk sentiasa

berwaspada pada bila-bila masa.

Kesimpulannya

Dalam kehidupan seharian kita pada hari ini yang penuh dengan kesibukan dan

kehendak yang pelbagai, kita seharusnya mengaplikasikan kemahiran berfikir

aras tinggi supaya kerja kita dipermudahkan serta kehendak yang ingin dimiliki

berkualiti. Kita galakkan diri kita untuk sentiasa berfikir sama ada secara sedar

mahupun secara tidak langsung. Kita selalu mencari alternatif bagi sesuatu

masalah yang ada dan cara penyelesaian yang terbaik.

Pendedahan KBAT ini juga, perlu dipupuk dan diasah sejak kecil lagi dan tidak

mengira sesiapa pun samada berjawatan mahupun pekerja biasa. Buktinya,

berdasarkan beberapa situasi yang telah kumpulan kami paparkan, kanak-kanak

juga mempuyai kemahiran berfikir aras tinggi secara tidak langsung yang perlu

kita kagumi untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Bahkan kita yang dewasa

ini, seharusnya lebih menguasai kemahiran berfikir aras tinggi dalam kehidupan

seharian kita. Sekiranya pengaplikasian KBAT ini ada pada setiap individu,

negara kita akan bertambah maju dan sentiasa membudayakan berfikir sebelum

membuat keputusan.