Arahan Guru Pj

6
Gaya program individu – reka bentuk pelajar. (I) Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang memahami tugasan, masalah dan muri juga perlu berfikir secara logik dan sistematik. murid akan menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya mengikut kebolehan individu. Guru akan membantu murid sebagai penasihat. Murid akan merancang program atau aktiviti pembelajaran seterusnya murid sendiri yang akan menyelesaikan masalah. Contohnya merancang satu pergerakan kreatif bagi membentuk persembahan. Pergerakan kreatif tersebut akan dibantu oleh guru dengan memurnikan lagi persembahan kreatif mereka. Gaya Pembelajaran terdorong (J) Guru akan memantau proses pembelajaran manakala murid pula akan menjadi perancang program atau aktiviti pembelajaran. Pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan mereka serta memilih gaya pembelajaran kendiri. Gaya ini seolah-olah memberikan murid autonomi untuk mengambil alih tugasan guru dengan mengawal kelas, merancang program dan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh murid akan mengaplikasikan kemahiran olahraga dan perlu mengaplikasikan satu sesi pengajaran PJ. Pembelajaran Kendiri (K) Guru akan bertindak sebagai pemerhati sahaja. Murid akan bertindak mengambil alih tugas seorang guru. Murid akan menetapkan sendiri apa yang akan dipelajari dan menetapkan pendekatan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Murid diberikan hak untuk membuat keputusan sendiri. Contoh aktiviti yang sesuai ialah melakukan kemahiran servis bola tampar yang pelbagai. Murid akan menetapkan sendiri objektif yang ingin dicapainya dalam melakukan servis yang pelbagai. Misalnya murid ingin melakukan 2 daripada 3 kemahiran servis bola tampar dengan betul. p/s : untuk gaya A-E ia merupakan strategi berpusatkan guru manakala F-K adalah berpusatkan murid.

description

x c

Transcript of Arahan Guru Pj

Page 1: Arahan Guru Pj

Gaya program individu – reka bentuk pelajar. (I)

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang memahami tugasan, masalah dan muri juga perlu berfikir secara logik dan sistematik. murid akan menetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya mengikut kebolehan individu.

Guru akan membantu murid sebagai penasihat. Murid akan merancang program atau aktiviti pembelajaran seterusnya murid sendiri yang akan menyelesaikan masalah. Contohnya merancang satu pergerakan kreatif bagi membentuk persembahan. Pergerakan kreatif tersebut akan dibantu oleh guru dengan memurnikan lagi persembahan kreatif mereka.

Gaya Pembelajaran terdorong (J)

Guru akan memantau proses pembelajaran manakala murid pula akan menjadi perancang program atau aktiviti pembelajaran. Pelajar berusaha sendiri untuk menetapkan tugasan mereka serta memilih gaya pembelajaran kendiri. Gaya ini seolah-olah memberikan murid autonomi untuk mengambil alih tugasan guru dengan mengawal kelas, merancang program dan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh murid akan mengaplikasikan kemahiran olahraga dan perlu mengaplikasikan satu sesi pengajaran PJ.

Pembelajaran Kendiri (K)

Guru akan bertindak sebagai pemerhati sahaja. Murid akan bertindak mengambil alih tugas seorang guru. Murid akan menetapkan sendiri apa yang akan dipelajari dan menetapkan pendekatan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran mereka. Murid diberikan hak untuk membuat keputusan sendiri. Contoh aktiviti yang sesuai ialah melakukan kemahiran servis bola tampar yang pelbagai. Murid akan menetapkan sendiri objektif yang ingin dicapainya dalam melakukan servis yang pelbagai. Misalnya murid ingin melakukan 2 daripada 3 kemahiran servis bola tampar dengan betul.

p/s : untuk gaya A-E ia merupakan strategi berpusatkan guru manakala F-K adalah berpusatkan murid.

Page 2: Arahan Guru Pj

REFLEKSI STAIL J          Stail pembelajaran yang ke-10 adalah Stail J iaitu Pembelajaran Terdorong. Saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya dan rakan sekelas menjalankan sesi amali bersama kumpulan yang menggunakan stail J sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan ini juga telah membentangkan slaid yang begitu menarik dan berkesan di mata saya.          Berdasarkan penelitian saya, stail ini berpusatkan murid sepenuhnya. Guru hanya bertindak sebagai pemerhati dan pembimbing kepada murid sahaja. selain itu, guru akan memantau proses pembelajaran, manakala murid pula akan menjadi perancang program atau aktiviti pembelajaran. Oleh yang demikian, murid sangat memainkan peranan yang penting semasa proses P&P. Gaya pembelajaran yang menggunakan stail ini juga seolah-olah memberikan murid autonomi untuk mengambil alih tugasan guru untuk mengawal kelas, merancang program dan aktiviti pembelajaran.          Saya juga mendapati stail ini merujuk kepada pengalaman pelajar untuk belajar secara inkuiri penemuan pada diri sendiri. Sehubungan dengan itu, pengalaman pertama pelajar belajar akan menjadi sumber utama ke arah pembelajaran seterusnya. Di sini menunjukkan, murid perlu memahami secara kendiri apa yang telah dipelajari untuk membolehkan mereka memahami pelajaran yang seterusnya. Pelajar akan bertanggungjawab secara maksimum dalam proses P&P yang dilalui.            Setelah meneliti slaid yang dibentangkan oleh rakan sekelas saya, didapati stail J ini mempunyai pelbagai objektif penggunaannya dalam sesi P&P Pendidikan Jasmani. Antara objektif stail ini adalah untuk mengembangkan idea berdasarkan pilihannya, memulakan pengalaman pengajaran pelbagai,memberi peluang kepada murid berdikari serta untuk meningkatkan peluang kepada murid secara individu dalam proses pembelajaran kognitif dan kemampuan fizikal.           Pelaksanaan stail J ini dalam sesi P&P memerlukan tiga proses iaitu pra-impak, impak dan pasca impak. Semasa proses pra-impak, pelajar akan memutuskan untuk memilih bahan subjek umum dan memilih topik khusus daripada bahagian kandungan subjek. Di sini menunjukkan pelajar mempunyai kebebasan untuk memilih apa yang hendak mereka pelajari. Saya berpendapat pelajar mungkin memberi fokus kepada permainan pengangkutan dan akuitik. Hal ini kerana, permainan ini akan lebih menarik  di mata mereka. Mereka juga sendiri yang akan memutuskan apakah alatan yang diperlukan untuk menangani isu yang terlibat dalam topik. Pelajar juga yang akan membuat keputusan tentang persoalan dan masalah yang direkabentuk untuk topik. Tegasnya, di dalam proses pra-impak ini, pelajar yang akan membuat segala keputusan.          Seterusnya, proses kedua dalam pelaksanaan stail J ini adalah proses impak. Semasa proses ini, pelajar akan bertindak balas dalam setiap masalah dan ujikaji yang dilakukan, meneliti, memeriksa dan menemui pelbagai pergerakan yang akan menyelesaikan segala permasalahan. Pelajar juga mengatur segala pola pergerakan yang ditemui kepada kategori yang diperlukan oleh reka bentuk pra impak. Kategori-

Page 3: Arahan Guru Pj

kategori tersebut adalah pergerakan badan, aplikasi pergerakan badan dan pergerakan sendi yang akan menghasilkan daya, pergerakan ikut lajak, kedudukan badan, kaki dan koordinasi mata tangan serta kemahiran menganalisis pergerakan pihak lawan sebagai persediaan membuat hantaran. Semasa eksperiman yang dilakukan dalam proses ini, pelajar mengubahsuai dan merekabentuk masalah, mengatur semula urutan dan susunan, memeriksa kesahihan kategori-kategori yang dipilih dan perlahan-lahan membina satu integrasi program pengenalan yang sesuai dengan persekitaran.           Kemudian, proses ketiga dalam pelaksanaan stail J ini adalah pasca impak. Di dalam proses ini, keputusan dibuat setiap kali pelajar mengenal pasti satu tindak balas melalui perlakuan pergerakan itu, periksa kesahihan sebagai penyelesaian kepada masalah itu di dalam satu kategori. Misalnya, apabila mereka melakukan sesuatu pergerakan yang telah dipelajari, mereka akan memeriksa sendiri apa yang mereka lakukan itu adalah betul.          Tugasan kali sememangnya banyak memberi input yang berguna kepada saya. Setelah membuat pembacaan dan juga penelitian secara terperinci, pengkaji mendapati stail pembelajaran ini sesuai digunakan dalam aktiviti pembelajaran dan boleh diaplikasikan untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak. Pengkaji turut mendapati, murid-murid yang mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi amat bersesuaian diajar menggunakan stail pembelajaran ini. Hal ini kerana stail ini meningkatkan tahap kognitif murid dengan lebih berkesan dan murid-murid lebih seronok untuk belajar.          Manakala dari aspek kelemahan yang dilihat, stail ini mengambil masa yang  lama untuk dikendalikan. Hal ini berikutan daripada kekangan dari segi pengawalan kelas. Setiap murid mengambil masa yang lama untuk memberikan kerjasama antara satu sama lain bagi menjalankan sesuatu aktiviti. Selain itu, stail pembelajaran ini tidak sesuai dijalankan ke atas murid yang pasif dan tidak kreatif. Murid-murid ini pastinya tidak suka dan tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti sedemikian.          Rumusnya dapat disimpulkan, saya mendapati terdapat pelbagai manfaat dan kelemahan yang dapat dilihat dalam stail pembelajaran penggerak kendiri ini. Namun begitu, ianya bergantung kepada guru tersebut untuk memilih kaedah pembelajaran yang sesuai untuk dijalankan. Kaedah pembelajaran tersebut mestilah dipilih bersesuaian dengan murid dan tahap kecerdasan murid tersebut. Saya berharap semua pihak berpuas hati dengan hasil kerja yang telah disempurnakan oleh saya dan rakan-rakan. Sekian, terima kasih.Posted by Cik Syue   at 7:30 PM No comments:   Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest Labels: Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Jasmani

REFLEKSI STAIL I - REKA BENTUK PELAJAR

              Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai bakal guru. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang sebelum ini saya tidak pernah didedahkan

Page 4: Arahan Guru Pj

secara terperinci seperti ini.              Semasa pembentangan tentang stail l iaitu reka bentuk pelajar, saya mula mamahami dan mengetahui tentang ilmu yang baru. Melalui pemahaman saya, stail I ini lebih menekankan kepada murid dan guru hanya sebagai pemerhati sahaja. Pelajar bebas memilih aktiviti yang akan mereka jalankan. Guru merekabentuk bahan- bahan penting semasa aktiviti murid tersebut. Manakala, pelajar mencari penemuan serta membina soalan- soalan atau permasalahan bagi bahagian penting tersebut dan seterusnya mencari jalan penyelesaian. Satu model bagi satu cara yang sistematik dalam menyelidik dan meneliti satu isu dalam membuat komponen- komponen tersebut serta susunan atau urutan yang sesuai bagi komponen ini.          Antara objektif stail l ataupun reka bentuk pelajar ini ialah memaksimumkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan interaksi secara dua hala antara murid dan guru. Melalui stail ini, murid bebas untuk memilih aktiviti semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Oleh itu, proses ini akan mencapai tahap maksimum kerana penglibatan murid pada tahap yang maksimum. Selain itu, objektif lain yang boleh dicapai ialah meningkatkan peluang kepada individu dalam proses pembelajaran berdasarkan bidang kognitif dan kemampuan fizikal dalam sesuatu topik khusus.          Semasa sesi pembentangan stail l ini juga saya dapat mengenal pasti beberapa kelemahan dan kekuatan stail ini. Antara kekuatan stail ini ialah meningkatkan kognitif pelajar dan kemahiran fizikal mereka. Hal ini kerana mereka akan berfikir dan memilih aktivit yang sesuai dengan kemampuan mereka sendiri. Di sini guru telah megasah minda mereka untuk berfikir secara kreatif. Antara kelemahan yang dapat dilihat pula ialah stail ini memerlukan masa yang panjang. hal ini kerana guru perlu memberi masa kepada murid untuk memilih aktiviti yang mereka rancang. Kelemahan yang kedua ialah kawalan disiplin murid juga akan menjadi lemah. Guru akan mengalami masalah dalam pengawalan kelas. Hal ini kerana guru memberi ruang kepada murid merancang aktiviti mereka sendiri namun ada masanya murid akan melakukan aktiviti yang tidak berkaitan dengan sesi pengajaran dan pembelajaran. Kelas akan menjadi bising dan tidak terkawal lebih- lebih lagi jika bilangan murid dalam kelas ramai.

Tambahan pula, melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi semasa pengajaran stail l ini, dengan izin Allah s.w.t, saya akan praktikan sebaik mungkin nanti. Setelah saya banyak membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada para pelajar. Saya juga mula sedar kepentingan subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini dimana dengan hanya betul-betul memahaminya barulah saya dapat melaksanakan tugas saya sebagai guru nanti dengan sebaik mungkin bagi melahirkan modal insan yang sempurna.              Saya juga mula merasai kepentingan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini terhadap diri saya kerana sebagai bakal guru, satu hari nanti semua ilmu ini pasti saya perlukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang guru yang begitu mencabar. Saya sebagai bakal guru yang akan mengajar dahulu di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi yang mungkin saya tidak pernah pikirkan sebelum ini. Melalui pembelajaran ini, sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat persediaan dalam menghadapi dunia perguruan ini.

Page 5: Arahan Guru Pj

              Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus pendek ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.

Posted by Cik Syue   at 3:00 AM No comments:   Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Pinterest Labels: Kurikulum Dan Pedagogi Pendidikan Jasmani

Tuesday, December 18, 2012