ARKIB : 20/07/2004 (Sumber... · ARKIB : 20/07/2004 Klang Quarter Marathon tawar RM52,340 ACARA...

91

Transcript of ARKIB : 20/07/2004 (Sumber... · ARKIB : 20/07/2004 Klang Quarter Marathon tawar RM52,340 ACARA...

ARKIB : 20/07/2004

Klang Quarter Marathon tawar RM52,340

ACARA larian Klang Quarter Marathon 2004 (KQM 2004) anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang menyediakan jumlah wang tunai RM52,340 sehingga kini telah berjaya menarik hampir 4,000 penyertaan lapor ZAINI RABAN.

Larian yang akan berlangsung pada 1 Ogos ini di Padang Sultan Suleiman juga mendapat tajaan bernilai RM100,000 daripada syarikat-syarikat swasta yang turut berminat menjayakan program berkenaan.

Setiausaha MPK, Mokhtar Ahmad berkata, larian berkenaan merupakan acara tahunan anjuran MPK di samping karnival memancing bagi menggalakkan warga Klang mengamalkan budaya sihat.

``Kali ini acara KQM 2004 masih mengekalkan konsep yang sama seperti tahun lalu iaitu dengan menawarkan hadiah untuk 11 kategori termasuk untuk warga emas dan kerusi roda bagi mereka yang kurang upaya.

``Memandangkan hadiah wang tunai telah meningkat berbanding tahun lepas, kami berharap acara ini akan mendapat sambutan lebih menggalakkan,'' katanya selepas majlis penyampaian tajaan KQM 2004 di bangunan MPK, semalam.

Acara KQM 2004 telah dianjurkan oleh MPK sejak tahun 2001 dan ia sentiasa mendapat kerjasama yang baik daripada pihak swasta sebagai penaja manakala Utusan Malaysia sebagai akhbar rasminya.

Apa yang lebih membanggakan, larian itu sering dinanti-nantikan oleh para pelari seluruh negara mahupun luar negara seperti Jepun, Singapura dan Thailand.Menurut Mokhtar, bagi larian tahun ini, pihak MPK telah menawarkan hadiah barangan elektrik bernilai RM3,000 kepada sekolah yang menghantar peserta paling ramai.

Jelas beliau, bayaran penyertaan yang dikenakan kepada peserta pula hanyalah RM2 hingga RM10 mengikut kategori manakala bagi kategori kerusi roda lelaki dan wanita, penyertaan adalah percuma.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung acara berkenaan diminta menghubungi urus setia KQM 2004 di talian 03-33716044, sambungan 2512 atau hubungi Norfiza Mahfiz di talian 013-66664904.

Mereka yang berminat juga boleh melayari laman web MPK di alamat

1  

ARKIB : 28/03/2012

Dakwa saliran tidak disenggara

Oleh HELMI MOHD. FOAD dan ABDUL RAZAK IDRIS [email protected]

BEBERAPA pelajar Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Rahimah meredah air berikutan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Klang Selatan, Klang, pagi semalam.

KLANG 27 Mac - Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Klang Selatan di sini ekoran hujan lebat kira-kira pukul 9 pagi ini menyebabkan para penduduk kawasan tersebut berasa gelisah kerana kemungkinan kejadian sama berulang.

Ini berikutan keadaan sistem perparitan dan longkang di daerah ini yang mungkin tidak disenggarakan dengan baik membuatkannya tidak mampu menampung taburan hujan yang tinggi selain menerima kesan faktor pasang surut air laut.

Dalam kejadian banjir kilat pagi ini, kawasan-kawasan yang terjejas termasuk Jalan Kebun, Sungai Udang, Kampung Delik, Taman Chi Liung, Taman Sentosa dan sepanjang Persiaran Raja Muda Musa yang melibatkan Sekolah Menengah La Salle dan Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Rahimah (STAR).

2  

Keadaan trafik di sepanjang Persiaran Raja Muda Musa menjadi sesak akibat kereta bergerak perlahan-perlahan di Simpang Lima dengan kenderaan berat dan sederhana cuba melepasi laluan untuk ke Pelabuhan Klang dan Banting.

Banjir kilat di Klang Selatan merupakan perkara biasa apabila musim tengkujuh tetapi tindakan perlu diambil oleh kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengatasinya agar tidak berlaku kejadian lebih buruk pada masa depan.

Pengetua STAR, Rahmah Arsad berkata, beliau tidak menyangka terpaksa menghadapi masalah banjir kilat beberapa kali semenjak berkhidmat di sekolah tersebut.

"Warga sekolah semakin rimas dengan banjir kilat yang kerap melanda sejak kebelakangan ini yang mungkin berpunca dari sistem perparitan yang tidak sempurna di kawasan sekitar sekolah kami.

"Jika parit disenggara dengan baik limpahan air hujan dari parit dan longkang tidak akan terus berlaku tiap kali hujan lebat melanda Klang Selatan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima lawatan mengejut Timbalan Pengarah Pelajaran Selangor, Mahmud Karim bagi memantau situasi banjir kilat di STAR.

Rahmah berkata, banjir yang melanda menyebabkan pihaknya sukar merancang bagi mengindahkan landskap sekolah untuk penilaian pihak Kementerian Pelajaran.

"Kami warga pendidik berharap pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan proaktif memperbaiki masalah perparitan kerana ia melibatkan hampir 1,796 murid sekolah di sini," katanya.

Sementara itu, Raymond Tan, 40 dari Taman Palm Grove di sini berkata, kejadian banjir kilat di Klang Selatan juga disebabkan faktor pasang surut air laut dan kelemahan pembangunan sistem perparitan dan saliran di daerah ini.

"Di Klang, meskipun tidak menenggelamkan rumah penduduk tetapi banjir tetap memberikan masalah kepada kami di sini. Apa yang menjadi masalah ialah apabila pembangunan di sini banyak dilakukan tanpa merujuk kepada unit perancang kerajaan negeri.

"Pemaju hantar pelan merancang kepada pihak berkuasa tempatan tetapi unit perancang tidak tahu. Sudah banyak kali cakap tetapi kebanyakan pembangunan masih dilakukan di bawah aras laut.

3  

"Tengok di kawasan Jalan Kebun atau Telok Gong, itu semua bawah paras air laut, kalau berterusan lagi macam ini, banjir besar mungkin boleh berlaku.

"Kalau macam ini, lebih baik perancangan yang dibuat pada zaman British, mereka ambil kira semua laluan air," katanya.

4  

ARKIB : 09/02/2012

MPK serbu kafe siber

KLANG 8 Feb. - Tiga buah kafe siber dan sebuah pusat karaoke telah diserbu dalam satu operasi yang dilakukan Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) di bandar ini baru-baru ini.

Sebuah kafe siber itu beroperasi di Jalan Keledang 6, Meru manakala dua lagi di Taman Sentosa. Pusat karaoke itu pula merupakan sebuah restoran yang terletak di Jalan Young, Pandamaran Jaya.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguat Kuasa, Shahrul Hazri Abd. Majid berkata, 76 unit komputer telah disita dari premis berkenaan kerana kesemua pemilik telah melanggar Undang-undang Kecil 3 Pusat Siber dan Kafe Siber (MPK) 2007 dan tindakan diambil di bawah Undang-undang Kecil 28(1) Pusat Siber dan Kafe Siber (MPK) 2007.

"Operasi yang diadakan ini adalah hasil risikan kami dan maklumat orang ramai yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Diharapkan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata, MPK sentiasa menjalankan pemantauan dan risikan bagi memastikan kedua-dua isu ini dapat ditangani secara serius demi kesejahteraan penduduk setempat.

Bagaimanapun katanya, pada masa sama ibu bapa perlu sentiasa peka dengan aktiviti luar anak-anak mereka terutama pada waktu malam dan hari cuti persekolahan bagi mengelakkan mereka daripada menjalankan aktiviti yang tidak berfaedah.

Dalam masa sama katanya, operasi turut dijalankan di sebuah restoran di Pandamaran Jaya berikutan aduan penduduk sekitar yang tidak tahan dengan bunyi bising dan tindakan pelanggan di situ yang suka meletakkan kenderaan di hadapan rumah mereka.

"Pemilik premis ini menjalankan perniagaan hiburan berbentuk karaoke tanpa lesen daripada MPK dan melanggar Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Selangor) 1995 (Pindaan 1998 dan 2001).

"Tindakan sita pula telah diambil di bawah Seksyen 23 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Selangor) 1995 (Pindaan 1998 dan 2001)," katanya.

5  

ARKIB : 30/12/2011

Peniaga Hot Bazaar kesal, MPK pula pertahan tindakan

KLANG 29 Dis. - Lebih 200 peniaga Melayu di Hot Bazaar Klang Sentral melahirkan rasa kesal atas tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) merampas barangan perniagaan mereka dalam operasi penguatkuasaan di situ dua hari lalu.

Penganjur bazar berkenaan, Aztane Event and Management mendakwa, tindakan itu membayangkan pihak berkuasa tempatan itu seolah-olah cuba menindas golongan peniaga Melayu di situ.

Pengurus Aztane Event, Julia Airia berkata, MPK tidak ada hak merampas barangan mereka kerana kawasan itu adalah kawasan persendirian yang dimiliki oleh NPO Development Sdn. Bhd. dan permohonan menjalankan perniagaan di situ daripada pihak berkenaan telah pun diluluskan

"Selama dua tahun menjalankan perniagaan di sini kami sentiasa berada dalam ketakutan. Kami memiliki tapak berniaga tetapi sehingga sekarang tidak diberi hak memiliki lesen perniagaan walaupun sudah memohon berkali-kali," katanya.

Julia mendakwa, setiap minggu peniaga diserbu selain pihak berkuasa tempatan itu terus menuntut pembayaran RM67,460 yang kononnya adalah hutang peniaga melalui surat MPK bertarikh 15 November 2011.

Sementara itu, MPK mempertahankan tindakan mereka itu.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri berkata, tindakan itu diambil berdasarkan aduan awam dan mengambil kira beberapa kesalahan yang dilakukan oleh penganjur bazar di situ sejak dua tahun lepas.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini beliau berkata, penganjur bukan sahaja melanggar peraturan malah tidak mempunyai permit dan telah beberapa kali diberi amaran lisan, notis serta kompaun oleh MPK sebelum itu.

6  

ARKIB : 24/12/2011

MPK berjaya selesai 1,000 aduan sampah

KLANG 23 Dis. - Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya menyelesaikan sebanyak 1,000 aduan mengenai sampah semenjak pengambilalihan daripada syarikat pengurusan sisa pepejal Alam Flora Sdn. Bhd. beberapa bulan lalu.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam (JKPA) MPK, Norfiza Mahfiz berkata, pihaknya juga berjaya menyelesaikan masalah sampah di lapan 'kawasan hitam' ekoran gerak kerja agresif yang dilakukan majlis sejak pengambilalihan beberapa bulan lalu.

Menurutnya, kerja-kerja pembersihan dilakukan mengikut rutin di mana sebanyak 27 unit pemantauan di Klang Utara dan Klang Selatan sentiasa bergerak di kawasan berkenaan.

"Sebelum ini kami telah senaraikan lapan kawasan hitam antara Jalan Tengku Kelana (pusat bandar), Jalan Damai, Batu Belah, Simpang Empat, Sungai Udang, Ambang Botanik, Jalan Gudang Nenas dan Jalan Sungai Nibong serta di Zon Pelabuhan Klang dan beberapa kawasan lain.

"Bagaimanapun masalah di kawasan tersebut telah berjaya diselesaikan hasil gerak kerja agresif yang dilaksanakan," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Norfiza menjelaskan, peningkatan tahap kebersihan itu juga mengambil kira beberapa faktor antaranya kerjasama penduduk dan pemimpin setempat yang segera melaporkan isu sampah di kawasan masing-masing.

Menurutnya, selain itu, pengutipan sampah juga dilakukan mengikut waktu ditetapkan dan pihaknya juga bertindak melalui aduan yang diterima daripada penduduk setempat.

"Isu kebersihan kini tidak lagi menjadi masalah kritikal melalui pemantauan dan kerja pembersihan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Klang," ujarnya.

Tambah Norfiza, MPK menyediakan dua talian aduan iaitu Talian Aduan Sampah di Klang Utara 016-272 0406 (Kamachy) manakala di Klang Selatan 016-250 6796 (Razif).

"Bagi Talian Aduan Pembersihan, penduduk diminta menghubungi 019-224 5387 (Klang Utara) dan 016-382 4471 (Klang Selatan) serta pejabat 03-3372 6781," katanya lagi.

7  

ARKIB : 12/12/2011

Laluan Jalan Pos Baru ditutup

KLANG 11 Dis. - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menutup laluan Jalan Pos Baru menghala ke Jalan Banting dan susur Bulatan Kota bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kecil Lalu Lintas MPK, Jamuliddin Elias berkata, penutupan itu merupakan percubaan pihak MPK untuk melihat kelancaran trafik di jalan itu selepas hasil dilaksanakan oleh pihak polis dan jawatankuasa itu sebelum ini.

Menurutnya, penutupan itu hanya untuk sementara waktu dan pengguna dialu-alukan memberikan sebarang cadangan kepada pihaknya.

"Jalan ini akan ditutup dari pukul 5 hingga 7 petang dan ia akan dilaksanakan pada hari bekerja sahaja bagi menguji tahap keberkesanannya terutama pada waktu puncak.

"Percubaan selama tiga bulan ini diharap mampu menyuraikan kesesakan jalan dan semua pihak diharap memberikan kerjasama sepanjang tempoh percubaan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jamuliddin berkata, sepanjang tempoh itu juga, penguat kuasa MPK dan polis akan bekerjasama untuk memastikan kelancaran trafik di kawasan tersebut.

Tambahnya, isu kesesakan jalan kini tidak lagi menjadi masalah besar berikutan beberapa langkah dan tindakan oleh MPK dengan kerjasama pelbagai pihak telah dapat menyelesaikan perkara itu sejak awal tahun ini.

8  

ARKIB : 01/11/2011

Lori pasang lagu umum kehadiran kutip sampah

KLANG 31 Okt. - Jangan terkejut jika terdengar bunyi muzik yang kuat dimainkan ala panggilan promosi iklan surat khabar lama di taman-taman perumahan dari pukul 7 pagi hingga pukul 7 malam tidak lama lagi.

Bunyi muzik tersebut merupakan strategi baru Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk menguar-uarkan kehadiran lori kontraktor mengutip sampah di kawasan pentadbirannya.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, langkah itu diambil berikutan aduan orang ramai yang mereka tidak sempat meletakkan sampah di depan rumah kerana tidak sedar kehadiran lori sampah tersebut.

"Kami mengambil langkah memperkenalkan lagu promosi tersebut kerana orang ramai mahu kehadiran lori sampah di kawasan mereka disedari lebih awal agar mereka lebih bersedia meletakkan sampah di depan rumah.

"Pihak MPK telah mendapat maklum balas yang baik daripada kontraktor-kontraktor untuk memasang sistem audio tersebut di dalam lori sampah mereka yang berupa mikrofon dan pemain cakera padat," katanya selepasa Mesyuarat Penuh MPK di sini.

Ikhsan berkata, lagu tersebut telah dikenal pasti dan merupakan lagu yang popular di Itali sebagai lagu yang dimainkan untuk tujuan yang sama iaitu untuk mengumumkan kedatangan lori untuk mengutip sampah dan melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan.

Jelasnya lagi, pihak MPK dalam peringkat akhir untuk mendapatkan persetujuan pemegang hak cipta lagu tersebut sebelum lagu itu digubah mengikut elemen tempatan.

"Lagu ceria tersebut memang popular di peringkat antarabangsa dan untuk menyesuaikan dengan budaya tempatan kami akan menggabungkan elemen lagu Melayu, India dan Cina agar ia mudah diterima," jelasnya.

Sementara itu, MPK telah menerima 29 aduan berhubung masalah sampah lewat dikutip dan sampah yang tidak dikutip di kawasan pentadbirannya.

9  

Masalah-masalah tersebut, kata Ikhsan, telah diselesaikan, dan pihak MPK akan menambah baik segala kekurangan dalam proses pengutipan sampah tersebut dari semasa ke semasa.

Bermula 18 Oktober lalu semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini mengutip sendiri sampah di kawasan pentadbiran mereka dengan melantik kontraktor-kontraktor mereka sendiri setelah kontrak kutipan sampah oleh Alam Flora Sdn. Bhd. ditamatkan.

10  

ARKIB : 01/10/2011

MPK serbu kedai bundle haram

Anggota penguat kuasa MPK mengangkat pakaian dan peralatan berniaga termasuk mesin jahit yang disita dalam operasi besar-besaran terhadap peniaga pakaian terpakai tidak berlesen di Klang, kelmarin. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG 30 Sept. - Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengadakan operasi besar-besaran bagi membanteras kegiatan perniagaan pakaian terpakai (bundle) yang beroperasi secara haram di bandar ini, semalam.

Operasi yang diketuai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan Jabatan Perlesenan dan Penjaja MPK, Mazlan Abdul Gany itu mendapat kerjasama Pejabat Tanah Klang, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mazlan berkata, pakaian, mesin jahit dan peralatan niaga yang mencecah RM40,000 telah disita dalam operasi itu, selain peniaga dikenakan kompaun.

"Sebelum ini, kita telah mengenakan tindakan sebanyak lima kali tetapi peniaga terbabit tetapi mereka masih meneruskan operasi seperti biasa," katanya selepas operasi berkenaan di sini semalam.

11  

Mazlan berkata, semasa pemeriksaan, pemilik perniagaan tiada di premis mereka menyebabkan pekerja mereka yang terdiri daripada warga asing melarikan diri.

Beliau memberitahu, kegiatan peniaga bundle tanpa lesen itu menimbulkan masalah kepada peniaga-peniaga berlesen kerana mereka bertindak menawarkan harga yang lebih rendah.

Katanya, peniaga diberi tempoh 30 hari untuk tampil menuntut barang rampasan berkenaan sebelum barangan itu dilelong.

12  

ARKIB : 27/09/2011

MPK komited banteras kafe siber haram

KLANG 26 Sept. - Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha membanteras aktiviti kafe siber dalam kawasan pentadbirannya.

Pemangku Yang Dipertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, pihaknya sentiasa meningkatkan pemeriksaan dan pemantauan serta penyitaan terhadap mana-mana pihak yang ingkar terhadap peraturan yang telah ditetapkan.

Ujar beliau, beberapa lokasi tumpuan antaranya Bukit Tinggi, Bandar Baru Klang dan Pandamaran sentiasa dipantau bagi memastikan tiada kafe siber haram beroperasi seterusnya memberi ancaman kepada generasi muda hari ini.

"Operasi bersama melibatkan polis sentiasa diadakan dan kami menyambut baik komitmen yang sentiasa diberikan oleh PDRM dalam usaha menggempur kafe siber haram.

"Malah tindakan penguatkuasaan juga diambil mengikut bidang tugas masing-masing dan ternyata ia memberi hasil yang agak positif dalam membanteras melibatkan kafe siber," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ikhsan berkata, pada masa yang sama, pihaknya juga mengalu-alukan aduan dan cadangan daripada masyarakat setempat dalam membanteras gejala tidak bermoral itu di kawasan masing-masing.

Beliau menjelaskan, pihaknya tidak pernah berkompromi dengan pihak berkenaan terutama pengusaha kafe siber haram dan setakat ini tiada permohonan baru diluluskan untuk beroperasi di situ.

13  

ARKIB : 11/08/2011

MPK ambil sampel makanan

SHAH ALAM 10 Ogos - Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengambil sampel makanan dan minuman di bazar Ramadan di Jalan Kenangan dan Jalan Haji Salleh, Meru dekat sini berikutan kes kematian seorang kanak-kanak perempuan selepas berbuka puasa dengan juadah yang dibeli dari lokasi tersebut baru-baru ini.

Pemangku Yang Dipertuanya, Ikhsan Mukri berkata, Unit Kawalan Makanan MPK sudah membuka bilik operasi dan menjalankan pemeriksaan di kawasan tersebut sejak petang Selasa lalu.

"Kami telah mengambil sampel tertentu daripada peniaga makanan dan tumpuan kami kepada peniaga otak-otak, air batu campur dan beberapa makanan lain.

"Selain daripada itu, operasi ini akan diteruskan dan bilik gerakan juga sedang beroperasi di kawasan berkenaan untuk memantau keadaan," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Ikhsan berkata, kes keracunan makanan yang dipercayai berlaku di Meru itu telah diambil alih oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang, tetapi pihaknya turut membantu.

Bagaimanapun katanya, setakat ini difahamkan keputusan sampel tersebut masih belum diketahui.

"Pihak kami mengalu-alukan sebarang aduan dan cadangan daripada orang ramai bagi memastikan kebersihan bazar Ramadan terjaga.

"Pada masa yang sama, MPK juga mengingatkan para peniaga untuk menjaga kebersihan makanan serta gerai mereka untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku di situ," ujar beliau.

Dalam kejadian Selasa lalu, seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa dan ahli keluarganya turut dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini selepas mengalami masalah sama.

Mangsa, Nurdini Mohamad Ali, 11, dan keluarganya dikatakan berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.

14  

ARKIB : 13/06/2011

MPK masih gagal bertindak

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS [email protected]

KLANG 12 Jun – Peniaga-peniaga di Pasar Besar Klang melahirkan rasa kecewa kerana Majlis Perbandaran Klang (MPK) masih gagal bertindak menyelesaikan pelbagai masalah di premis tersebut seperti yang pernah dibangkitkan sebelum ini.

Justeru, mereka menuntut MPK agar segera menunaikan janji yang telah dibuat semasa sesi dialog pada April lalu, antara lainnya langkah penyelesaian konkrit akan diambil terhadap masalah prasarana pasar berkenaan dan kewujudan peniaga di kalangan warga asing.

Peniaga menunjukkan salah satu lampu dalam kawasan Pasar Besar Klang yang sudah tidak berfungsi sejak sekian lama.

Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Besar Klang, Khairuddin Latif, 48, berkata sepatutnya MPK telah mula mengambil tindakan proaktif selepas dua bulan dialog tersebut berlalu.

“Kami telah berbincang dengan Exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Abd. Rani Osman dan para pegawai MPK namun tiada tindakan dilihat sehingga kini.

“Masalah persaingan dengan peniaga yang majoritinya warga asing di kawasan luar pasar merugikan para peniaga di pasar kerana mereka memulakan operasi seawal pukul dua pagi sehingga tengah hari,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau menyatakan, sekiranya masalah itu gagal ditangani, para peniaga di dalam pasar besar akan mengalami kerugian kerana perlu menanggung kos sewaan tapak perniagaan dan bayaran bil utiliti.

15  

Seorang peniaga, Dalkafri Kasiran, 55, kesal dengan kegagalan MPK mengawal kebanjiran warga asing yang berniaga tanpa lesen di dalam kawasan pasar dan di luar pasar tersebut.

Seorang lagi peniaga, Shuhaimi Haron, 45, berkata, MPK juga masih gagal menyelesaikan masalah infrastruktur seperti tandas tersumbat dan kotor serta kebocoran saluran paip bawah tanah.

“Masalah tersebut perlu diatasi oleh MPK bagi mengelakkan kerugian kepada semua pihak.

“Kebocoran paip bawah tanah bukan sahaja menyebabkan pembaziran air malah menyebabkan bil utiliti peniaga meningkat,” katanya.

Afendy Mohd. Tahir, 40, yang sudah berniaga hampir tiga tahun di pasar tersebut juga berharap MPK segera membaiki lampu-lampu di luar kawasan pasar yang hampir 80 peratus tidak berfungsi.

“Pasar ini merupakan nadi masyarakat Klang dan para pelanggan datang tidak kira siang atau awal pagi.

“Jadi sepatutnya lampu-lampu di kawasan tempat letak kereta berfungsi dengan baik bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti ragut dan rompak,” katanya.

16  

ARKIB : 11/06/2011

MPK keluar 108 kompaun dalam Ops Kutu Sampah

KLANG 10 Jun - Dua belas pesalah telah dikompaun dalam Operasi Kutu Sampah yang dijalankan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Pemangku Yang Dipertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, sebanyak 108 kompaun dikeluarkan antara Mac hingga Mei dan kebanyakan pesalah terdiri daripada warga asing atas kesalahan membuang sampah merata-rata.

Menurutnya, penguatkuasaan itu bukan sahaja untuk memberi kesedaran malah pada masa yang sama mendidik orang ramai agar menghargai kebersihan setempat.

"Operasi seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan kawasan setempat berada di tahap memuaskan sepanjang masa.

"Malah operasi ini juga mendapat reaksi positif kalangan penduduk yang memuji langkah Majlis kerana ia memberi impak terutama di kalangan warga asing," katanya ketika turut serta dalam Operasi Kutu Sampah di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK, Wan Mohd. Sofian Wan Husain dan Pengarah Penguat Kuasa, Andry Arman Masrom.

Ikhsan berkata, selain penguatkuasaan, MPK juga giat mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi untuk mengadakan pelbagai aktiviti berkaitan penjagaan kebersihan, termasuk gotong-royong.

Menurutnya, kutipan sampah bagi tiga bulan pertama tahun ini adalah sebanyak 272 tan metrik dan sehingga Mei, sebanyak 72 program gotong-royong telah diadakan di kawasan bandar diraja itu.

17  

ARKIB : 06/06/2011

Permit pasar Ramadan MPK dibuka

KLANG 5 Jun - Orang ramai yang berminat untuk berniaga pada bulan Ramadan ini, kini boleh mendapatkan borang permohonan permit pasar Ramadan di Jabatan Pelesenan Majlis Perbandaran Klang (MPK), mulai esok hingga hujung bulan ini.

Setiausaha MPK, Ikhsan Mukri berkata, permit untuk berniaga makanan boleh didapati di kaunter 20 manakala permohonan jualan bukan makanan di Jalan Taiping dan sekitarnya, boleh diperoleh di kaunter 19.

Beliau berkata, sebanyak 50 lokasi pasar Ramadan akan dibuka di seluruh kawasan MPK pada tahun ini dan setiap peniaga hanya dibenarkan memohon untuk berniaga di satu lokasi sahaja.

"Pemohon juga perlu mematuhi beberapa syarat lain bagi mengelak daripada dikenakan tindakan seperti tidak menyewakan atau menjual petak kepada pihak lain dan memenuhi semua syarat sebagai peniaga makanan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

18  

ARKIB : 22/04/2011

MPK komited penjagaan sungai

KLANG 21 April – Sungai merupakan salah satu sumber yang penting kepada manusia sejak dahulu kerana mempunyai pelbagai fungsi, antaranya medium perhubungan, pertanian selain membekalkan air minuman.

Sehubungan itu, adalah penting penjagaan sungai dilakukan dan dititikberatkan memandangkan keadaan sungai yang kotor dan tercemar di negara ini, terutama di Lembah Klang.

Setiausaha Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ikhsan Mukri berkata, isu berkaitan pengurusan dan kebersihan sungai kian mendapat perhatian berikutan kualitinya yang semakin merosot sejak kebelakangan ini.

IKHSAN Mukri (kanan) menanam pokok pada Program Pengindahan dan

Pemuliharaan Alam Semula Jadi di Taman Pengkalan Batu, Klang, baru-baru

ini.

Katanya, MPK sentiasa peka dengan isu berkenaan dan usaha memulihara serta mengindahkan sungai sentiasa berterusan bagi meminimumkan impak terhadap sungai kesan daripada pelbagai aktiviti yang boleh menyebabkan pencemaran kelak.

“Keprihatinan dan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar adalah tonggak utama bagi memastikan masyarakat memberi perhatian kepada alam sekitar khususnya kebersihan sungai,” katanya ketika merasmikan Program Agenda Tempatan (LA) 21 Selangor, Pengindahan dan Pemuliharaan Alam Semula Jadi bertempat di Taman Pengkalan Batu, di sini baru-baru ini.

Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor, Norasiah Bee Mohd. Haniff, ahli-ahli majlis MPK, ketua-ketua jabatan dan penduduk setempat.

“Malah program yang diadakan ini juga telah memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pemuliharaan dan pembangunan sungai di sini,” tambah beliau.

Pelbagai aktiviti diadakan pada program itu, antaranya penanaman pokok, perasmian ‘Smart Bin’ dan ‘River Rangers’ serta pertandingan memancing.

19  

Penganjuran program itu mendapat kerjasama daripada Jabatan Parit dan Saliran (JPS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta beberapa agensi lain.

Ikhsan berkata, tahap kesedaran orang ramai dalam menjaga dan memulihara serta memahami kepentingan sungai kepada umum semakin positif melalui program seperti itu dan akan diteruskan pada masa akan datang.

20  

ARKIB : 20/04/2011

MPK kompaun RM10 jika buang sampah

KUALA LUMPUR 19 April - Awas jika anda berada di pusat bandar Klang! Jika anda seorang yang suka membuang sampah merata-rata, anda mungkin akan pulang dengan duit poket kurang RM10.

Ini kerana Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengenakan kompaun sebanyak RM10 bagi setiap kesalahan kepada mereka yang membuang sampah merata-rata dalam usaha memberi pengajaran kepada mereka.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mislan Tugiu (gambar) berkata, dalam menjayakan operasi ini, pihaknya telah mula mengerakkan satu pasukan yang terdiri daripada 11 orang penguat kuasa berpakaian preman yang tertumpu di pusat bandar Klang bermula 1 April lalu.

"Pasukan ini akan terus mengeluarkan kompaun sebanyak RM10 bagi satu kesalahan kepada pesalah yang membuang sampah merata-rata dan mereka diminta membuat bayaran secara terus serta dinasihati tidak melakukan lagi kesalahan tersebut.

"Setakat ini lebih 100 kompaun telah dikeluarkan dan sebahagian besar pesalah terdiri daripada warga asing," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, bagi kesalahan membuang sampah secara besar-besaran pula, denda sehingga RM1,000 sekali gus akan dikenakan.

Mislan juga memberitahu, MPK juga telah memperkenalkan motosikal beroda tiga yang bergerak di sekitar pusat bandar untuk mengangkut sampah.

"Buat permulaan, sebanyak 10 motosikal beroda tiga akan digunakan untuk mengutip sampah-sarap sebelum dipunggah ke dalam lori MPK," katanya.

Jelas beliau, pengunaan motosikal itu kerana ia mudah memasuki lorong-lorong dan laluan sempit serta amat berkesan pada waktu puncak dalam membantu keberkesanan pemungutan sampah.

Tambah beliau, semua pihak khususnya warga Klang diminta memberikan kerjasama dengan menghapuskan sikap gemar membuang sampah merata-rata agar bandar tersebut menjadi kebanggaan dalam aspek kebersihannya.

21  

ARKIB : 12/04/2011

MPK turun padang tetapi tiada tindakan

KLANG 11 April - Penduduk di Jalan Cempakasari 15, Taman Cempakasari, Batu 4, Jalan Kapar mahu Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan pihak pemaju membina longkang konkrit dengan segera bagi mengekang hakisan tanah yang berpunca daripada parit tidak dibina dengan sempurna.

Timbalan Ketua Persatuan Penduduk Jalan Cempakasari 15, Mohd. Shabuddin Hasbullah, 46, berkata, penduduk kecewa kerana terpaksa menunggu begitu lama walaupun aduan sudah pun beberapa bulan selepas menduduki rumah itu iaitu sejak September 2003.

Katanya, pegawai dari MPK telah beberapa kali turun padang dan melihat keadaan tebing rumah yang terjejas kerana sistem perparitan yang tidak baik itu tetapi sehingga kini tiada tanda-tanda yang menunjukkan longkang akan dibina.

"Saya tahu MPK menjalankan kerja mereka dan datang melawat hakisan tanah akibat parit ini, namun kenapa perlu mengambil masa begitu lama masih tiada penyelesaian.

"Penduduk di sini memerlukan sebuah saluran longkang yang baik bagi menggantikan parit yang telah menghakis tanah kerana kami bimbang lama-kelamaan tanah akan mendap dan mungkin mengakibatkan rumah akan roboh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambahnya, dia tidak mahu apabila perkara yang tidak diingini berlaku, barulah semua pihak akan ambil perhatian kerana pada ketika itu, ia sudah lambat dan tidak bermakna lagi.

Sementara itu, seorang penduduk, Norliza Ismail, 35, berkata, keadaan tebing rumah yang makin terhakis membuatkan penduduk hidup dalam ketakutan.

Menurutnya, pada 4 April lalu, dia terdengar bunyi letupan kecil di dapur rumahnya dan apabila diperiksa, dia mendapati lantai dapur yang di bawahnya merupakan tangki septik telah retak dan konkritnya terangkat sedikit.

"Perkara ini amat membimbangkan saya terutamanya keselamatan anak-anak. Kalaulah lantai ini runtuh dan anak saya berada di sini, ia boleh membahayakan mereka," ujarnya.

22  

Dalam pada itu, Mohd. Ali Abdul Wahab, 62, pula berkata, pagar rumahnya sudah retak dan senget ke arah parit akibat hakisan yang semakin teruk.

Dia berharap, pihak bertanggungjawab dapat segera menggantikan parit itu dengan longkang konkrit sebelum masalah itu semakin serius dan kerosakan yang lebih teruk berlaku.

23  

ARKIB : 30/03/2011

Kios bayaran MPK mudahkan pengguna

KLANG 29 Mac - Langkah Majlis Perbandaran Klang (MPK) mewujudkan kios bayaran yang beroperasi 24 jam telah memudahkan orang ramai untuk membayar bil pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mislan Tugiu berkata, ia juga adalah langkah efektif MPK dalam usaha meningkat mutu perkhidmatan pelanggan dan terus kekal sebagai PBT cemerlang di Selangor.

Menurutnya, kios itu juga menjimatkan masa, mesra pengguna dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi agar pengguna tidak bimbang untuk menggunakan kad debit atau kad kredit.

“Namun, kios ini juga menerima tunai, cek-cek peribadi dan syarikat serta dapat mengenal pasti masalah yang timbul semasa proses transaksi dijalankan,” katanya.

24  

ARKIB : 16/03/2011

MPK wujudkan I-Kios Bayaran

KLANG 15 Mac - Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mewujudkan I-Kios Bayaran bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan di kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mislan Tugiu berkata, kios yang beroperasi di lobi MPK itu akan lebih memudahkan penduduk berurusan kerana ia berfungsi 24 jam.

Beliau memberitahu, selain memudahkan orang awam, kios itu juga menjimatkan masa, mengurangkan risiko dan mesra pengguna khususnya masyarakat setempat.

Dua kakitangan MPK menerangkan cara penggunaan mesin I-Kios Bayaran

kepada pelanggan di Klang, semalam.

"Orang ramai perlu memanfaatkan kios ini kerana ia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang berkesan selain mampu memelihara setiap akaun pelanggan dengan teliti.

"Selain daripada itu, ia juga mempunyai sistem transmisi dan keselamatan data terpelihara serta mampu menerima bayaran secara kad bank (kad debit) serta kad kredit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mislan berkata, kios berkenaan juga menerima bayaran tunai, cek peribadi dan syarikat serta dapat mengenal pasti permasalahan yang timbul semasa proses transaksi dijalankan.

Menurutnya, kemudahan yang diberikan itu adalah salah satu usaha majlis bagi memberi perkhidmatan terbaik di samping mengekalkan statusnya sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang cemerlang di negeri ini.

25  

ARKIB : 06/01/2011

MPK lanjut tawaran kompaun RM20

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Tawaran kompaun khas RM20 yang dibuka oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) kepada orang ramai dilanjutkan sehingga 16 Januari depan.

Pelanjutan itu dibuat atas permintaan orang ramai dan mengambil kira kepentingan dalam memudahkan orang ramai membuat pembayaran tanpa perlu bersesak.

Pengarah Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, mereka yang mempunyai kompaun boleh membuat bayaran dengan tawaran khas itu di ibu pejabat MPK dan pejabat-pejabat cawangan yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

Katanya, bayaran boleh dilakukan pada waktu pejabat seperti biasa dan turut dibuka pada hari Sabtu bagi mengelakkan kesesakan berlaku terutamanya di tempat letak kereta.

Selain itu, ujarnya, orang ramai juga boleh menyelesaikan kompaun mereka di kaunter bergerak yang disediakan MPK di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Antara lokasi kaunter bergerak itu, yang mula beroperasi hari ini hingga 13 Januari ialah di Bandar Bukit Tinggi, Jalan Batu Nilam 4A serta Affin Bank Pelabuhan Klang.

Tambahnya, kaunter bergerak itu juga akan berada di Maybank Bandar Baru Klang, Maybank Jalan Raja Hassan dan Maybank Bayu Perdana.

Sehubungan itu beliau menasihatkan mereka yang dikompaun merebut peluang sepanjang kempen ini bagi mengelakkan dikenakan tindakan undang-undang.

Norfiza menambah, setakat ini jumlah bayaran kompaun yang telah dikutip sejak kempen ini bermula ialah sebanyak kira-kira RM40,000.

26  

ARKIB : 30/12/2010

Laluan bertingkat lancarkan trafik

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS [email protected]

KLANG 29 Dis. – Penduduk Klang kini boleh menarik nafas lega apabila laluan bertingkat yang merentasi pusat bandar ini kini dibuka kepada kenderaan.

Laluan itu merupakan sebahagian daripada projek menaik taraf Laluan Persekutuan 5 dari Kapar ke Klang yang mendapat peruntukan sebanyak RM2.2 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mislan Tugiu berkata, keadaan trafik di semua hala berjalan lancar dan hanya sesak pada waktu puncak pada sebelah pagi dan petang.

LALUAN bertingkat yang merentasi pusat bandar Klang berjaya melancarkan

pergerakan kenderaan di bandar tersebut sejak dibuka baru-baru ini.

“Aliran trafik dari Pelabuhan Klang menuju ke arah Sungai Rasau masih terkawal walaupun jumlah kenderaan meningkat pada waktu pagi ketika pengguna menuju ke tempat kerja.

“Pada sebelah petang, keadaan juga terkawal walaupun kenderaan dari arah yang ibu negara meningkat secara mendadak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mislan berkata, polis trafik turut menumpukan perhatian kepada beberapa laluan utama yang kerap berlaku kesesakan pada waktu puncak bagi melancarkan lagi perjalanan kenderaan.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, MPK juga telah mewujudkan laluan sehala di beberapa lokasi sekitar pusat bandar yang terbukti berjaya mengurangkan kesesakan lalu-lintas.

“Jalan Batu Tiga, Jalan Pasar, Lebuh Tapah, Jalan Mantin dan sebahagian Jalan Sireh telah dijadikan laluan sehala yang memberi kelancaran kepada perjalanan pengguna.

27  

“Jalan Nanas ke Jalan Pasar juga ditukar ke jalan sehala, antara Jalan Raja Bot dan Jalan Mantin dan Jalan Gelugor juga ditukar ke laluan sehala menghala ke Jalan Meru,” jelasnya.

Jelas Mislan lagi, bagi melancarkan trafik di Jalan Meru, jalan antara Jalan Gelugor dan Jalan Sireh turut dijadikan jalan sehala.

Sementara itu, beliau menambah, pihaknya telah menerima arahan daripada kerajaan negeri untuk mencantikkan bulatan yang terletak di laluan bertingkat tersebut.

“Bulatan tersebut akan dihiasi dengan pokok kemboja, pokok-pokok renek serta bunga-bungaan yang bakal diselenggara oleh Jabatan Taman dan Rekreasi MPK bagi menceria dan mengindahkan mercu tanda itu.

“Nama bulatan di laluan bertingkat yang menjadi penghubung utama trafik dari Kapar dan Meru itu akan dikekalkan dengan nama Jambatan Kota dan akan dirasmikan dalam masa terdekat ini,” tambahnya lagi.

Mengulas tentang perniagaan di pusat bandar yang didakwa merosot, Mislan berkata, laluan-laluan di pusat bandar itu kini menerima masuk kenderaan dari semua arah melalui bulatan di bawah laluan bertingkat itu.

Setelah siapnya projek menaik taraf Laluan Persekutuan 5 itu, pengguna akan lebih mudah untuk bergerak ke lokasi-lokasi tertentu di sekitar pusat bandar dan ia pasti akan memberi impak yang baik kepada perniagaan.

28  

ARKIB : 04/08/2010

MPK saman 'penceroboh' petak OKU

KLANG 3 Ogos - Sebanyak enam saman dikeluarkan oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam satu operasi mencegah penyalahgunaan tempat letak kenderaan orang kurang upaya (OKU) di Bandar Baru Klang, di sini, semalam.

Operasi mengejut selama sejam itu dijalankan dengan kerjasama Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd., syarikat pemegang konsesi tempat letak kereta bayar dan peraga di Selangor.

Pengarah Komunikasi Korporat dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, tindakan tegas boleh dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan tesebut dan kompaun maksimum sebanyak RM300 boleh dikenakan.

"Beberapa individu yang melakukan kesalahan itu dilihat cuba mengalihkan kenderaan serta-merta dan ada yang tidak berpuas hati apabila kompaun dikeluarkan," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu tindakan itu merupakan sebahagian daripada program 'Respect The Rights' yang dilancarkan oleh MPK dan Suasa Efektif.

Program itu merupakan sebuah program komuniti untuk memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap kesalahan meletak kenderaan di tempat letak kenderaan yang disediakan kepada OKU.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Suasa Efektif, Ahmad Sazali MD Sharaani berkata, penyalahgunaan petak letak kenderaan OKU sentiasa berlaku di mana-mana dan antaranya adalah di pusat beli-belah serta bangunan pejabat kerajaan.

"Pengguna kenderaan masih memiliki tahap kesedaran sivik yang rendah terhadap isu tempat letak kereta OKU. Diharapkan bahawa kempen ini sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada pemandu lain untuk prihatin kepada nasib OKU.

"Pada kempen ini juga pihak kami mengedarkan risalah kepada orang ramai berkenaan lokasi petak letak kenderaan yang dikhaskan kepada OKU serta risalah informasi supaya dapat menghormati hak pengguna tempat letak kereta OKU," katanya.

Ujar beliau, untuk permulaan program, Suasa Efektif akan mencetak risalah untuk kegunaan golongan pemandu OKU dan ia akan diedarkan ke bahagian perhubungan

29  

awam setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor bagi kegunaan mereka dan pelanggan..

Katanya, risalah juga akan diedarkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) untuk memudahkan edaran risalah itu terus kepada OKU yang berdaftar.

"Antara program lain sempena kempen ini adalah penambahbaikan petak letak kereta bagi OKU di kawasan Klang dan Selayang.

"Kawasan Klang dan Selayang adalah kawasan yang mempunyai petak letak kereta OKU terbanyak di Selangor. Di Klang sahaja terdapat lebih 80 buah petak khas OKU manakala di Selayang terdapat 22 buah petak.

"Oleh itu, Suasa Efektif akan menumpukan usaha untuk penambahbaikan kemudahan ini agar ia sesuai dan selesa digunakan oleh OKU," katanya.

Ahmad Sazali berkata, matlamat utama pihaknya adalah menjadikan tempat letak kereta golongan OKU sebagai tempat letak kereta yang lengkap dengan kemudahan.

Beliau memberitahu, syarikatnya merancang untuk melaksanakan program naik taraf petak berkenaan dengan memasang tanjakan bagi memudahkan OKU naik terus ke kaki lima.

Ujarnya, syarikatnya juga mengalu-alukan cadangan MPK untuk melaksanakan tindakan menunda kenderaan mereka yang melakukan kesalahan meletak kenderaan di kawasan parkir OKU bagi mendidik masyarakat mematuhi arahan dan menghormati hak OKU.

30  

ARKIB : 19/07/2010

100 peserta meriahkan program Mari Berbudaya Bersama Kanak-Kanak

KLANG 18 Julai - Program Mari Berbudaya Bersama Kanak-Kanak anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sini baru-baru ini berlangsung dalam suasana meriah apabila dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta dari pelbagai kaum.

Program julung kali yang diadakan di kompleks beli-belah Klang Parade itu terbuka kepada kanak-kanak berusia lima dan enam tahun.

Pengarah Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, program itu bertujuan memberi peluang kepada kanak-kanak prasekolah mempersembahkan kebudayaan masyarakat majmuk Malaysia melalui tarian etnik termasuk Sabah dan Serawak.

Menurut beliau, program seumpama itu diadakan untuk menarik minat kanak-kanak membabitkan diri dalam seni kebudayaan.

"Sebenarnya, program ini adalah sebahagian daripada acara di dalam aktiviti Selangor Muzikal Extravaganza (SME 2010) yang dianjurkan oleh Tourism Selangor.

"SME 2010 pula merupakan sebahagian daripada kempen pelancongan Selangor Shine," katanya ketika ditemui pada program itu.

Beliau memberitahu, antara objektif program berkenaan adalah untuk mencungkil bakat kanak-kanak dalam usaha memberi dorongan kepada ibu bapa membentuk peribadi dan jati diri anak mereka.

Selain itu, katanya, program itu juga dapat mengekal dan menerapkan nilai murni dalam setiap persembahan yang disertai oleh pelbagai kaum dan bangsa.

31  

ARKIB : 09/07/2010

Laluan bertingkat Klang dibuka

KUALA LUMPUR 8 Julai - Laluan bertingkat yang sedang dibina bagi laluan Klang Selatan ke Shah Alam atau Kuala Lumpur akan dibuka pada Ahad ini.

Pengarah Komunikasi & Pengaduan Awam Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, perkara itu telah mendapat pengesahan Jabatan Kerja Raya (JKR) setelah mengambil kira semua aspek teknikal pembinaan dan diluluskan untuk pengguna trafik.

"Oleh itu laluan bertingkat yang dinanti-nantikan, kini akan menjadi kenyataan apabila laluan kiri dan kanan akan mula beroperasi dan dapat digunakan oleh pengguna jalan raya.

"Laluan di kedua-dua belah jejantas ini dijangka lancar dan para pengguna dinasihatkan berhati-hati serta mematuhi arahan keselamatan jalan raya yang dipaparkan sepanjang laluan tersebut," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Katanya, laluan sebelah kiri dari arah Jambatan Kota menuju ke arah pusat bandar, Kapar dan Meru mula ditutup pada 13 Julai 2010, bagi kerja-kerja menaik taraf laluan serta pembinaan di bawah jejantas yang merupakan antara kerja-kerja dalam fasa terakhir projek tersebut.

Beliau berkata, pengguna jalan raya yang ingin ke pusat bandar, Kapar atau Meru, dinasihatkan menggunakan Jambatan Musaeddin terus ke Jalan Pasar untuk ke destinasi pilihan.

Bagi yang ingin ke Kapar atau Meru boleh menggunakan laluan jejantas arah ke Shah Alam dan membuat pilihan destinasi melalui pusingan U di Bulatan Berkeley atau Lebuhraya Shapadu.

Katanya, ia membolehkan kerja akhir pembinaan dilakukan hingga projek siap hujung

32  

ARKIB : 29/11/2009

MPK keluarkan waran tangkap

KLANG 28 Nov. - Majlis Perbandaran Klang (MPK) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap mereka yang melakukan kesalahan berkaitan meletak kereta di tempat larangan dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

Pengarah Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, waran tangkap tersebut dikeluarkan setelah pesalah terbabit didapati tidak hadir ke mahkamah bagi sebutan kes mereka.

"Masih ramai yang ingkar terhadap peraturan larangan meletak kenderaan. MPK serius dalam hal ini dan meneruskan tindakan mahkamah serta mengeluarkan waran tangkap terhadap pesalah terbabit.

"Malah masih ramai pesalah yang gagal menjelaskan kompaun mereka walaupun kempen kompaun telah banyak kali dilaksanakan oleh MPK sebelum ini," katanya dalam kenyataan akhbar di sini semalam.

33  

ARKIB : 23/04/2010

Lelongan awam MPK dapat sambutan

KLANG 22 April - Majlis lelongan awam Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini mendapat sambutan menggalakkan apabila dihadiri kira-kira 150 orang yang ingin membeli pelbagai barangan yang dilelong.

Majlis yang diadakan di perkarangan bangunan penguat kuasa MPK di Jalan Tepi Sungai di sini dikendalikan oleh Penolong Pegawai Penguat kuasa MPK, Shahnizam Tukiran selaku jurulelong bermula pada pukul 10 pagi.

Timbalan Pengarah Penguat kuasa MPK, Shahrul Hazri Abdul Majid memberitahu, sebanyak 62 pakej barangan terdiri daripada barangan penjaja dan tiga pakej barangan pusat hiburan berjaya dilelong dengan harga RM5,000.

Menurut beliau, kesemua barangan tersebut merupakan barangan yang telah disita oleh pihak MPK dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun lalu.

"Pada kebiasaannya, pihak MPK akan menggunakan empat cara untuk melupuskan barang-barang sitaan contohnya lelongan, sedekah, buang di tapak pelupusan sampah dan sekiranya wang tunai akan dimasukkan terus ke akaun MPK.

"Kesemua hasil sitaan yang dilelong pada hari ini atas kesalahan penjaja haram dan penjaja asing mengikut Undang-Undang Kecil 3, MPK 2007," katanya ketika ditemui pada majlis lelongan awam itu di sini hari ini.

Kata Shahrul Hazri, bagi barangan pusat hiburan pula, ia disita mengikut Seksyen 26 (10) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1995.

Ujarnya, semua hasil lelongan pada hari ini akan di masukkan ke dalam akaun MPK. Jabatan Kewangan MPK yang turut hadir pada majlis lelongan berkenaan.

Sementara itu, seorang pembeli yang ditemui, Izam Yaakob, 33, berkata, dia yang menetap di Damansara tahu mengenai majlis lelongan awam itu melalui akhbar dan ini merupakan kali pertama dia menyertai majlis seperti itu.

"Pada mulanya saya membeli peralatan seperti kerusi, meja dan payung jualan selepas berjaya membida harga tertinggi iaitu RM80 kerana saya merancang untuk membuka gerai makanan dalam masa terdekat ini.

34  

"Tetapi saya kemudian turut membeli televisyen 29 inci selepas membida pada harga RM100 kerana pada saya harganya sangat berpatutan," katanya yang datang ke majlis lelongan awam MPK dengan memandu lori bagi menyenangkannya mengangkut barangan yang dibeli.

Katanya, majlis seperti itu sepatutnya diteruskan bagi membolehkan peniaga-peniaga kecil ataupun yang baru menceburkan diri dalam perniagaan makanan mengurangkan kos pembelian peralatan seperti dapur gas, meja dan kerusi serta peti sejuk.

35  

ARKIB : 05/04/2010

18 kedai makan diarah tutup

Oleh Azian aziz [email protected]

KLANG 4 April – Sebanyak 18 premis kedai makan di Jalan Pos Baru di sini diberi notis tutup dalam Ops Bersih yang dijalankan oleh Majlis Perbandaran Klang kerana melakukan pelbagai kesalahan kelmarin.

Pengarah Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, selain diberi notis tutup, peniaga terlibat turut dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Trade Perniagaan 2007 MPK seperti tidak mempunyai lesen, premis kotor dan pengendali makanan tidak mendapatkan suntikan TY2.

“Semasa operasi dilakukan pihak MPK mendapati pengusaha kedai-kedai makan di sana langsung tidak mempedulikan aspek kesihatan.

“Mereka juga cuai dalam kerja-kerja menjaga kebersihan premis masing-masing,” kata beliau.

Ujarnya lagi, pada operasi yang sama, MPK turut menjalankan pemeriksaan ke atas kedai cuci kereta dan menurunkan papan iklan, kain rentang dan seumpamanya yang tidak berlesen.

Operasi yang bermula pukul 10 pagi itu disertai 20 anggota bahagian undang-undang, kesihatan dan penguatkuasaan MPK.

Tambah beliau, MPK akan meneruskan Ops Bersih daripada semasa ke semasa bagi memastikan peniaga-peniaga kedai makan mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menjaga kebersihan premis mereka.

“MPK tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana peniaga yang degil dan gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

36  

ARKIB : 19/02/2010

MPK hanya lulus poster bersaiz kecil

Oleh ABDUL YAZID ALIAS [email protected]

SHAH ALAM 18 Feb. - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akhirnya meluluskan permit poster untuk sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan di Pandamaran, Klang Sabtu ini tetapi hanya untuk poster bersaiz kecil.

Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Parlimen Klang, Datuk Dr. Teh Kim Poo berkata, kelulusan itu diterima daripada MPK kira-kira pukul 11 pagi ini selepas membuat permohonan semalam.

Bagaimanapun menurutnya, permit untuk poster papan iklan di Simpang Lima, Klang tidak dibenarkan oleh MPK.

Poster yang terdapat gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ucapan selamat datang ke lokasi tersebut telah diturunkan oleh MPK pada Sabtu lalu kerana tidak memiliki permit.

''Kita cuma dapat kelulusan untuk poster sambutan yang ditampal di tepi jalan dan bersaiz kecil sahaja tetapi papan iklan bersaiz besar tidak diluluskan MPK," katanya.

Kim Poo yang juga Ketua MCA Bahagian Klang berkata demikian mengulas status permohonan pihaknya selaku penganjur sambutan itu untuk menaikkan poster serta papan iklan bagi menarik orang ramai serta memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan pada 20 Februari ini.

Semalam, ketika bercakap kepada pemberita, beliau memberitahu pihaknya kesal dengan tindakan MPK yang didakwa tidak melayan permohonan mereka untuk mendapatkan permit menampal poster sempena sambutan perayaan itu.

Tindakan MPK itu dikatakan bercanggah dengan kenyataan Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian negeri, Ronnie Liu, 16 Februari lalu yang memberi jaminan bahawa permohonan permit untuk sambutan tersebut termasuk pemasangan poster dan papan iklan akan diluluskan segera.

Sebelum ini, Kim Poo memberitahu, tindakan menggantung papan iklan itu dilakukan kerana pihaknya difahamkan MPK serta kerajaan negeri tidak akan meluluskan permit tersebut.

37  

38  

Ini kerana jelasnya, sambutan Tahun Baru Cina anjuran kerajaan negeri di Jenjarom, Banting juga akan diadakan pada tarikh dan waktu yang sama.

Menurutnya, MPK juga tidak meluluskan permohonan pihak penganjur untuk menutup laluan di Jalan Chan Ah Choo iaitu lokasi sambutan atas alasan ia bakal menimbulkan kesulitan kepada lalu-lintas.

''Jawapan itu diberikan menerusi surat bertarikh 12 Februari lalu tetapi sebenarnya jika terdapat banyak kenderaan di Jalan Chan Ah Choo, laluan tersebut akan tertutup dengan sendiri," jelas beliau.

Katanya, MPK juga sebelum ini turut menolak permohonan pihaknya supaya majlis sambutan tersebut diadakan di Kompleks Sukan Pandamaran yang sebenarnya menjadi pilihan pertama pihak penganjur.

Bagaimanapun jelasnya, di tapak kompleks itu sedang berlangsung taman ria sehingga Ahad ini menyebabkan sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan terpaksa diadakan di Jalan Chan Ah Choo.

Sumber : http://www.utusan.com.my/ Tarikh Akses : 3 April 2012

Headline: Kawasan pertanian di Klang semakin kecil menjelang 2015

Publication: BH Date of publication: Aug 8, 2005 Section heading: Hip Page number: 06 Byline / Author: Oleh Saring Sirad

KLANG: Saiz tanah sektor perindustrian, perumahan, institusi, perdagangan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) semakin besar manakala keluasan tanah pertanian kian mengecil, menjelang 2015. Tanah pertanian yang kini seluas 16,381 hektar dijangka berkurangan kepada 3,886 hektar pada 2015, berdasarkan cadangan guna tanah dalam Rancangan Tempatan Klang 2002-2015. Yang Dipertua MPK, Abdul Bakir Zin, berkata tanah untuk sektor perumahan pula dijangka meningkat mendadak daripada 4,774 hektar pada masa ini kepada 17,935 hektar. Katanya, saiz tanah sektor perindustrian juga bertambah dari 2,714 hektar kepada 6,386 hektar manakala penggunaan tanah bagi institusi meningkat dari 648 hektar kepada 1,536 hektar dan sektor perdagangan dari 486 hektar kepada 1,003 hektar. "Tanah untuk kegunaan khas, rekreasi dan infrastruktur juga bertambah dalam peratusan kecil," katanya dalam kenyataan media mengenai Draf Rancangan Tempatan 2005-2015. Abdul Bakir berkata, draf itu disediakan bagi menggalakkan pembangunan di kawasan berkaitan, dengan memberi panduan kepada pelabur awam atau swasta merancang pelaburan. Katanya, konsep pembangunan dalam draf itu adalah pembangunan seimbang dengan 60 peratus untuk pembangunan, pembangunan terkawal (10 peratus) dan pengekalan serta pemuliharaan (30 peratus). "Beberapa isu perancangan timbul iaitu ketidakseimbangan pembangunan fizikal, imej pelancongan kurang jelas, kawasan sensitif alam sekitar, mudah banjir dan masalah

1  

pelupusan sisa pepejal," katanya. "Melalui rancangan ini, semua pembangunan di kawasan kajian dapat dilaksana lebih teratur dan diselaraskan dengan pembangunan sekeliling bagi menghasilkan imej berkualiti dan persekitaran sempurna," katanya Menjawab soalan, Abdul Bakir berkata, draf itu diserantakan bagi mendapat pandangan, cadangan dan bantahan daripada orang awam mengenai cadangan yang dikemukakan. "Saya berharap penduduk tempatan tampil memberikan ulasan dan cadangan , baru terhadap draf ini yang diseranta mulai 30 Julai lalu hingga 26 Ogos ini," katanya. Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan diminta hubungi Jabatan Perancang Bandar MPK melalui talian 03-33716044/ 1376/ 6141 atau emel [email protected]. FAKTA Lokasi dan masa seranta MPK * Ruang legar bangunan MPK pada 30 Julai hingga 26 Ogos. * Ruang Legar Plaza MPK pada 8 Ogos hingga 12 Ogos. * Dewan Orang Ramai, Meru pada 15 Ogos hingga 19 Ogos. * Dewan Orang Ramai, Bukit Kerayong pada 22 Ogos hingga 26 Ogos. (END)

2  

Headline: Tiga aspek tingkat kualiti hidup

Publication: BH Date of publication: May 16, 2005 Section heading: Sentral Page number: 04

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menggariskan tiga aspek penting - kebersihan, kesihatan dan pendidikan - ke arah meningkatkan kualiti hidup penduduk daerah Klang seiring pencapaian Selangor sebagai negeri maju. Yang Dipertua MPK, Abdul Bakir Zin, berkata menerusi aspek kebersihan, penduduk daerah Klang digesa menjaga kebersihan diri, rumah dan persekitaran manakala dalam aspek kesihatan, penekanan bertumpu kepada penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Beliau berkata, menerusi aspek kesihatan, warga Klang digesa menjaga pemakanan, kecergasan diri dan menjauhi gejala penagihan dadah serta tabiat merokok. "Aspek ketiga adalah usaha berterusan untuk meningkatkan taraf pendidikan dan mendalami ilmu pengetahuan bertujuan membentuk masyarakat dan ekonomi berteraskan ilmu. "Pendidikan adalah unsur penting kerana ia adalah pelaburan jangka panjang negara dan ia perlu diberi penekanan sejak peringkat kanak-kanak," katanya pada majlis perasmian Program Peningkatan Kualiti Hidup Majlis Perbandaran Klang di Sekolah Menengah Rantau Panjang di sini semalam. Majlis ini dirasmikan oleh Pengerusi jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil. Bagi melahirkan masyarakat berilmu, katanya, MPK juga mengadakan pelbagai program berkaitan seperti kempen membaca, bertujuan mendedahkan orang ramai, terutama kanak-kanak dan remaja kepada kepentingan ilmu pengetahuan. Pada masa yang sama, katanya, MPK sedia menerima cadangan dan pandangan orang ramai bagi menjayakan pelbagai program ke arah membentuk masyarakat yang sihat dan berpendidikan.

3  

Orang ramai yang sebarang cadangan atau aduan boleh mengajukan kepada MPK dengan menghubungi Pegawai Perhubungan Awam MPK, Norfiza Mahfiz melalui talian 012-230 3781 atau e-mel ke [email protected]. (END)

4  

Headline: Tidak dibenar perbaharui cukai jalan

Publication: BH Date of publication: Jan 27, 2010 Section heading: Sentral Page number: 003 Byline / Author: Oleh Nor Hatina Shuib

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) bercadang menyenaraikan nama dan nombor kenderaan pesalah tegar yang masih gagal menjelaskan bayaran kompaun, di laman akhbar tempatan dan laman sesawang milik MPK dalam masa terdekat. MPK juga kini dalam proses mendapatkan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menghalang pesalah tegar terbabit daripada memperbaharui cukai jalan kenderaan selagi kompaun tertunggak belum dijelaskan. Yang Dipertua MPK, Datuk Mislan Tugiu memberi amaran pihaknya akan mengambil tindakan tegas seperti saman mahkamah terhadap mereka yang terus berdegil kerana rekod kesalahan mereka ada dalam simpanan MPK. "Sebelum itu, kita beri peluang terakhir kepada pesalah tegar sebelum tindakan mahkamah dengan mengadakan Kempen Pengurangan Kompaun Tempat Letak Kereta dengan menawarkan diskaun 30 hingga 50 peratus kepada mereka yang belum menjelaskan kompaun. "Kempen yang bermula 25 Januari hingga 28 Februari ini hanya untuk kompaun tertunggak saja," katanya ketika melancarkan kempen itu di sini, kelmarin. Mislan berkata, kempen pengurangan kompaun itu adalah antara usaha MPK memberi ruang dan masa kepada semua pesalah untuk membuat pembayaran sebelum MPK mengambil tindakan tegas. Katanya, kempen itu memberi kemudahan pembayaran kompaun dengan diskaun menarik bagi meringankan beban pesalah. "MPK tidak akan berkompromi lagi dalam perkara ini jika pesalah tegar terus gagal menjelaskan bayaran selepas kempen pengurangan pembayaran berakhir.

5  

"MPK tidak berniat menghukum tetapi tindakan yang bakal dikenakan kepada pesalah tegar adalah bertujuan mendidik pengguna untuk berdisiplin serta mematuhi perundangan perbandaran yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan," katanya. Sementara itu, MPK pada tahun ini masih dalam proses tindakan mahkamah bagi mendakwa lebih 2,000 pesalah tegar yang gagal menjelaskan bayaran kompaun. Oleh itu, orang ramai yang ingin membuat pembayaran dan menyemak kompaun boleh berbuat demikian di kaunter utama MPK. Selain itu, semakan kompaun juga boleh dibuat menerusi laman web majlis di www.mpklang.gov.my.

6  

Headline: 50 kakitangan MPK sertai program bahasa Inggeris

Publication: BH Date of publication: Mar 26, 2012 Section heading: Sentral Page number: 014

KLANG: Seramai 50 kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyertai Program `Mind Your Language' di Dewan Hamzah di sini, baru-baru ini, bagi menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik seterusnya meningkatkan keupayaan perkhidmatan majlis itu. Program anjuran Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam (JKPA) dengan kerjasama Bahagian Latihan dan Jabatan Khidmat Pengurusan MPK yang julung kali diadakan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangan dan pegawai majlis serta menjadi langkah terbaik dalam usaha MPK melahirkan staf berwibawa. Pengarah JKPA, Norfiza Mahfiz, berkata penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa memainkan peranan penting dalam dunia pekerjaan pada masa kini dan kerana itu peserta perlu memanfaatkan sepenuhnya program itu. "Usaha memperkasa penguasaan bahasa Inggeris tidak bermakna kita membelakangkan bahasa kebangsaan kerana kedua-duanya mempunyai peranan yang penting dalam dunia global sekarang. "Malah, penguasaan sekurang-kurangnya satu bahasa asing seperti bahasa Inggeris sangat diperlukan dalam meningkatkan keupayaan perkhidmatan majlis seterusnya membantu pelanggan yang berurusan di MPK," katanya di majlis itu yang disempurnakan perasmiannya oleh Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri. Program selama dua hari diisi dengan slot pembentangan kertas kerja oleh beberapa penceramah jemputan dan personaliti televisyen, Charles Mohan dan Wan Sariah Wan Jaafar di samping penceramah dalaman, antaranya Pemangku Pengarah Jabatan Kesihatan, Zulkifli Abas; Timbalan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, Helmey Mohd Rashid dan Timbalan JKPA, Mohamad Sofian Yahya. Norfiza berkata, kebolehan bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris adalah satu

7  

kelebihan dan lebih menariknya, peserta bakal dijadikan `anak angkat' JKPA sepanjang tahun ini.

8  

Headline: MPK rampas mesin judi gergasi

Publication: HM Date of publication: Mar 15, 2012 Section heading: Main Section Page number: 002

KLANG: Sebuah mesin judi bersaiz gergasi antara barang yang disita dalam operasi Jabatan Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sekitar kawasan utara Klang, di sini, malam kelmarin. Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, dalam serbuan ke tiga premis itu, 54 komputer judi termasuk sebuah mesin judi gergasi yang menarik perhatian pengunjung disita. Katanya, tiga lokasi diserbu ialah di Klang Utara, Bandar Baru Klang dan Kampung Jawa. "Semua barangan disita mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Pusat Siber 2007 kerana beroperasi tanpa lesen dan semua pengunjung terbabit diambil keterangan untuk direkodkan. "Operasi seperti ini akan diteruskan bagi memastikan tiada pihak melanggar peraturan ditetapkan dan membanteras aktiviti perjudian haram seperti ini," katanya. Shahrul berkata, operasi itu hasil risikan dan maklumat orang ramai yang peka dengan keadaan persekitaran tempat tinggal mereka terutamanya gejala judi siber yang boleh merosakkan generasi muda. Katanya, MPK mengalu-alukan maklumat berkaitan pusat perjudian haram dan boleh menghubungi 1800 88 23826, 03-33714404 atau SMS ke 012-2303781 untuk membolehkan pihaknya membuat siasatan, risikan seterusnya mengambil tindakan ke atas premis berkenaan.

9  

Headline: MPK sita rumah urut di Jalan Raja Mokhtar 1

Publication: BH Date of publication: Mar 1, 2012 Section heading: Sentral Page number: 003

PAPAR: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita sebuah rumah urut yang baru beroperasi secara haram selama seminggu di Jalan Raja Mokhtar 1, di sini, Ahad lalu. Timbalan Pengarah Jabatan Penguat kuasa MPK, Shahrul Hazri Abd Majid, berkata tindakan itu diambil mengikut UndangUndang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan MPK 2007 dalam operasi bersepadu membabitkan MPK dan polis. Selain menyita premis perniagaan itu, penguat kuasa turut merampas beberapa barangan termasuk tilam, kerusi refleksologi dan langsir. Katanya, operasi yang dijalankan pada jam 10 malam itu membabitkan 15 anggota MPK dan lima anggota polis dari Balai Polis Kapar. "Ketika serbuan, seorang pelanggan sedang mendapatkan perkhidmatan, manakala ada dua tukang urut dari Thailand berada dalam premis berkenaan dan kami merekodkan butiran peribadi mereka. "Operasi seperti ini akan ditingkatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada pihak yang ingkar terhadap peraturan yang ditetapkan berkaitan rumah urut di kawasan ini," katanya dalam satu kenyataan media kepada Berita Harian. Selain pemantauan dan risikan anggotanya, Shahrul berkata, maklumat orang ramai juga banyak membantu pihak MPK dalam menangani isu berkaitan premis haram seperti itu dan berharap ia dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. "Selain rumah urut haram, MPK juga mensasarkan pusat karaoke haram, kafe siber dan peniaga warga asing bagi memastikan kesejahteraan masyarakat setempat sentiasa terjaga," katanya.

10  

Headline: MPK tingkat program jaga kebersihan

Publication: BH Date of publication: Feb 23, 2012 Section heading: Sentral Page number: 002

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan terus mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan tahap kesedaran orang awam dalam menjaga kebersihan setempat bagi menjadikan Klang sebagai satu daerah yang bersih dan ceria. Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri, berkata MPK turut menerapkan budaya menjaga kebersihan itu sebagai satu inisiatif bagi memastikan penduduk tidak dijangkiti penyakit yang berpunca daripada pengabaian kebersihan diri. Katanya, antara program yang diadakan MPK ialah Program Menaik Taraf Landskap dan Kempen Kebersihan Kawasan Rumah Pangsa yang membabitkan kerja menaik taraf landskap, penyelenggaraan kemudahan rekreasi dan pembersihan longkang di sekitar daerah itu. "Beberapa pengisian program lain turut diadakan, antaranya pengindahan dan penanaman pokok untuk memastikan kawasan sekitar ceria serta menarik dan mewujudkan ketenangan kepada komuniti di sini," katanya pada Program Menaik taraf Landskap dan Kempen Kebersihan Kawasan Rumah Pangsa di Pandamaran, di sini, kelmarin. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu; Pengarah Jabatan Korporat MPK, Dawari Daud dan Pengarah Jabatan Taman dan Rekreasi MPK, Muhammad Hijjaz Sanusi. Ehsan seterusnya meminta kakitangan MPK memberikan sepenuh komitmen dalam merancang serta mengawal pembangunan selain memberi perkhidmatan cemerlang bagi mencapai matlamat menjadikan Klang sebagai Bandaraya Terbilang 2015. Katanya, program itu memberi kesan positif terutama kepada penduduk iaitu membabitkan peranan mereka dalam menghargai kebersihan setempat.

11  

Headline: Bandar Diraja Klang kekal warisan tradisi

Publication: BH Date of publication: Feb 20, 2012 Section heading: Sentral Page number: 014 Byline / Author: Oleh Norrasyidah Arsyad

SINONIM dengan statusnya sebagai `Klang Bandar Diraja', Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menjadikan bekas ibu negeri Selangor itu sebuah bandar raya unggul dengan mengekalkan monumen sejarah, selain keindahannya yang menjadi daya tarikan pelancongan. Biarpun menggalas dua tanggungjawab besar secara serentak dalam organisasi MPK, Setiausaha merangkap Timbalan Yang Dipertua (YDP) MPK, Ekhsan Mukriz sudah ada agenda untuk merancakkan lagi pembangunan di Klang. Malah, beliau yang memangku jawatan Yang Dipertua MPK yakin dalam tempoh tiga tahun, jabatan yang dikemudinya bakal merealisasikan hasrat menjadikan Klang sebagai sebuah bandar raya pada 2015. Ikuti temubual wartawan Sentral, Norrasyidah Arshad bersama Ekhsan dalam satu pertemuan di pejabatnya di Wisma MPK, barubaru ini. ?Bagaimana YDP melihat pembangunan Klang dari mula sehingga kini. Tahun ini Klang sudah berusia 120 tahun. Bermulanya Klang adalah dari kawasan Pengkalan Batu yang dulu terkenal sebagai pelabuhan dan pusat perusahaan perlombongan bijih timah. Kini, selepas menjangkau usia lebih satu abad, Klang membangun dengan begitu pesat. Kalau dilihat dari segi pembangunannya, kita patut berbangga kerana kawasan yang dulunya dikenali sebagai pelabuhan, kini sudah menjadi sebuah bandar yang lengkap dengan segalanya. Dari segi kepadatan penduduk di Klang, ia kini mencecah 1.2 juta penduduk, tidak termasuk warga asing. Ini menunjukkan Klang menjadi pilihan utama untuk penduduk mencari rezeki dan menetap.

12  

?Bandar Klang disasarkan menjadi sebuah bandar raya terbilang pada 2015. apa perancangan YDP bagi mencapai matlamat itu. Itulah sasaran MPK sekarang. Kalau boleh kita mahu menjadi lebih baik daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Bukan mudah untuk MPK menjadikan Klang seperti itu tetapi segala halangan yang ada, kami jadikan sebagai cabaran. Untuk diiktiraf kepada sebuah bandar raya terbilang, kita perlu memenuhi 11 syarat utama yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan kini kita sudah memenuhi 10 syarat. Satu syarat yang tidak dapat dipenuhi ialah masalah institusi pengajian tinggi awam tetapi jika ia diwujudkan, itu satu bonus untuk MPK. Klang sangat istimewa sebagai pusat pentadbiran Melayu. Warisan yang ada inilah yang mengukuhkan Klang sebagai Bandar Diraja. Oleh itu, saya merancang untuk mengekalkan warisan tradisi ini biarpun sekarang zaman moden. Bagi mengelak masalah, segala pembangunan dirancang mengikut pelan pelaksanaan yang rapi. Oleh itu, bagi memudahkan pentadbiran, Klang dibahagikan kepada beberapa zon tertentu dan kami lebih memfokuskan kepada kawasan utara Klang. Walaupun banyak perancangan dilakukan, nilai sejarah di sini tidak akan kami usik bagi memastikan Klang kekal sebagai Bandar Diraja. ?Sejak kerajaan negeri melantik pihak berkuasa tempatan (PBT) menguruskan kutipan sampah serta pembersihan kawasan, ia sudah tentu mencabar kemampuan mPK untuk melaksanakan tugas dengan sempurna. Bagaimana YDP melaksanakan tanggungjawab baru ini. Pengurusan kami lebih fokus kepada pelan dan strategi. Sebelum menggalas tugasan yang diminta oleh kerajaan negeri, kami mengambil masa kira-kira dua bulan untuk mengkaji tugasan pihak terdahulu. Pengalaman mereka menguruskan hal ini kami analisis sebaik mungkin. Dengan perancangan yang tersusun, MPK dapat menjimatkan lebih RM7 juta kos yang diberikan untuk mengurus hal ini. Peruntukan lebih RM43 juta mendorong saya memastikan kerja dilakukan secara lebih profesional dan berkesan. Antara usaha kami ialah menambah kenderaan dan logistik serta memperbanyakkan

13  

jadual mengangkut sampah. Malah, kami juga menyediakan motosikal roda tiga bagi mengangkut sampah di kawasan bandar. Lebih menarik, lori yang mengangkut sampah juga akan dipasang muzik sebagai isyarat masa pengang kut sampah tiba secara psikologi. Muzik yang akan dimainkan ini akan kedengaran sejauh 50 meter. Jadi, apabila muzik kedengaran, penduduk boleh membawa keluar sampah mereka. Bagi perancangan akan datang, MPK akan menyediakan basikal untuk mengutip sampah kecil. Bagi setiap aduan yang dibuat, saya sendiri akan turun padang berjumpa dan bercakap dengan pengadu. Hubungan yang rapat dengan penduduk setempat turut membantu MPK menjalankan tugas dengan lancar. Selain itu, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) juga menjadi satu bonus bagi membantu MPK mengawal tahap kekotoran di sesuatu tempat. Selepas perkara ini dibuat, peratus aduan terhadap masalah sampah dilihat menurun dengan mendadak. Jika dulu kami terima 200 aduan, ia menurun kepada 40 aduan saja selepas kami ambil alih tugas mengangkut sampah. ?Apakah cabaran yang terpaksa dihadapi ketika menguruskan MPK dan apakah cara penyelesaiannya. Masalah utama kami di sini ialah kebanjiran warga asing. Mereka bukan seperti masyarakat kita yang peka terhadap kebersihan.Mereka membuang sampah merata-rata tanpa memikirkan sebab dan akibatnya. Oleh itu bagi mengurangkan masalah ini, MPK akan menempatkan petugas MPK di beberapa kawasan pada hujung minggu bagi tujuan pengawasan. Tanpa memakai pakaian seragam, mereka akan mengenakan denda RM10 serta-merta kepada sesiapa saja yang didapati membuang sampah merata-rata. Cabaran lain mungkin kurang tetapi kami tidak akan memandangnya sebelah mata saja. Setiap masa kami akan memastikan keadaan terkawal dan segala masalah diselesaikan segera. PROFIL

14  

Nama : Mohd Ekhsan Mukri Tarikh Lahir :29 Oktober 1954 Tempat Lahir : Sabak Bernam, Selangor Nama Isteri: Raja Saliza Raja Kahar Amran Anak : 8 orang Kelulusan Akademik: Ijazah Sarjana Public Policy and Administration, Amerika Syarikat Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara, Universiti Malaya (UM) Perkhidmatan: * Penolong setiausaha di Jabatan imigresen, kuala Lumpur (30 April 1979) * Atase Imigresen di Konsul Malaysia di Hong Kong (15 Jun 1982) * Penolong Setiausaha di Jabatan Imigresen, Johor Bahru (1 Julai 1985) * Penolong Pengarah Unit Gunasama 1, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan awam(1 Mac 1987) * Penolong setiausaha, Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan awam (22 Ogos 1994) * Penolong setiausaha Bahagian Perkhidmatan/Latihan di Pejabat setiausaha kerajaan Negeri selangor (19 Januari 1996)

15  

* Penolong setiausaha di Unit Penswastaan Pentadbiran Daerah/ Tanah Sepang (1 Ogos 1998) * Ketua Penolong Pegawai Daerah/Tanah kuala Langat (16 Julai 2002) * Setiausaha merangkap Timbalan YDP MPk (7 Januari hingga kini) * Pemangku YDP MPk (Jun 2011 hingga kini)

16  

Headline: Bayar kompaun dengan diskaun

Publication: HM Date of publication: Jan 20, 2012 Section heading: Main Section Page number: 009

KLANG: Bermula dari 1 hingga 29 Februari depan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) membuka kaunter semakan dan bayaran kompaun dengan diskaun bagi menggalakkan orang ramai membayar semua saman kesalahan trafik dilakukan dalam kawasan pentadbirannya. Menerusi kempen Tawaran Khas Bayaran Kompaun Kesalahan Letak Kereta itu, kompaun kesalahan trafik yang tertunggak boleh diselesaikan dengan kadar segera dengan diskaun menarik Pemangku Yang Dipertua MPK, Ikhsan Mukri berkata, MPK akan membuka kaunter bergerak di beberapa lokasi strategik bermula 1 Februari ini. Beliau berkata, pihak MPK meminta orang ramai mempunyai saman berkenaan menggunakan sepenuhnya kempen ini bagi menyelesaikan kompaun mereka. "Mereka yang mempunyai tunggakan kompaun letak kereta dinasihatkan mengambil kesempatan menyelesaikan tunggakan masing-masing sehingga penghujung bulan Februari. "Kaunter bergerak di beberapa lokasi terpilih membolehkan orang ramai menyemak status kompaun mereka dan menjelaskan kompaun itu dengan kadar diskaun yang menarik," katanya. Beliau berkata, pihaknya turut membuka kaunter di pasaraya terkemuka di Klang seperti di Giant Bukit Tinggi, Jaya Jusco Bukit Tinggi dan Bukit Rajah dan Carrefour Batu Belah bagi memudahkan orang ramai membuat bayaran. "MPK akan menyediakan kemudahan kepada orang ramai menyelesaikan kompaun kesalahan trafik mereka pada hari cuti dan kelepasan am di sekitar kawasan yang strategik," katanya.

17  

Headline: MPK perkenal `kawasan angkat' kutip sampah

Publication: BH Date of publication: Jan 17, 2012 Section heading: Sentral Page number: 002

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) memperkenalkan `kawasan angkat' bagi menambah baik kerja kutipan sampah di bandar diraja ini berikutan banyak aduan diterima kebelakangan ini. Antara kawasan terbabit ialah Jalan Teratai, Meru, Jalan Kem, Pelabuhan Klang, Simpang Empat, Sungai Udang dan beberapa lokasi yang dikenal pasti di sini. Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri, berkata kawasan itu dipilih berdasarkan beberapa kriteria bagi mengelak berlaku ketidakadilan kepada kawasan lain. Katanya, antara kriteria itu ialah kawasan yang banyak aduan diterima, tumpuan warga asing, kewujudan penjaja dan lokasi bertindih bidang kuasa dengan agensi lain. "MPK turut meningkatkan beberapa aspek lain bagi meningkatkan aspek kebersihan, antaranya menambahkan 20 tong sampah 240 liter, melakukan kutipan dua kali dan mengambil alih kerja pemotongan daripada JKR di kawasan berkenaan," katanya. Sementara itu, Ehsan menjelaskan MPK tidak berdepan sebarang isu berikutan pengumuman kerajaan negeri pada 16 Oktober lalu yang mengarahkan kesemua PBT mengambil alih kerja pembersihan awam. Katanya, MPK menyelesaikan lebih 1,000 aduan sejak pengambilalihan dan pihaknya sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab sebagai PBT. "MPK menyediakan dua talian aduan iaitu Talian Aduan Sampah di Klang Utara, 016-2720406 (Kamachy) dan di Klang Selatan 016-2506796 (Razif). "Bagi Talian Aduan Pembersihan, penduduk boleh menghubungi 019-2245387 (Klang Utara) dan 016-3824471 (Klang Selatan) atau pejabat 03-33726781," katanya. Beliau berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan cadangan daripada orang ramai

18  

selain kerjasama penduduk untuk sentiasa menjaga kebersihan di kawasan masing-masing.

19  

Headline: MPK ganda usaha banteras rumah urut haram

Publication: BH Date of publication: Dec 20, 2011 Section heading: Main Section Page number: 019

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mula menggandakan usaha memeriksa dan mengambil tindakan terhadap pengusaha rumah urut yang disyaki beroperasi secara haram di beberapa kawasan perniagaan di sekitar kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu, sejak minggu lalu. Tindakan yang dilakukan menerusi operasi bersepadu membabitkan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Klang Selatan itu, bertujuan membanteras kegiatan pihak tidak bertanggungjawab menjalankan perkhidmatan urut tanpa lesen, selain memastikan semua pengusaha premis perniagaan tidak melanggar undang-undang dan syarat perniagaan yang ditetapkan. Pemangku Yang Dipertua MPK, Ikhsan Mukri, berkata dalam operasi minggu lalu dua pengusaha rumah urut di premis perniagaan di Bukit Tinggi dekat sini, menerima padah apabila pelbagai barangan di premis mereka disita selepas didapati beroperasi tanpa lesen yang sah.

20  

Headline: Parit tak diselenggara punca bah

Publication: BH Date of publication: Apr 2, 2012 Section heading: Sentral Page number: 002 Byline / Author: Oleh Hamid Karim

KLANG: Sampah dibuang merata-rata oleh pihak tidak bertanggungjawab dan kurangnya penyelenggaraan terhadap sistem perparitan, didakwa penduduk antara punca utama banjir kilat sering melanda sekitar bandar ini dan bandar raya Shah Alam. Mangsa banjir di Sri Andalas, M Muniandy, 58, mendakwa sistem perparitan yang buruk akibat tidak diselenggara bukan perkara luar biasa di sekitar bandar ini terutama di kawasan rendah dan berdekatan tapak projek perumahan serta kawasan industri baru. Katanya, longkang semula jadi yang tidak berkonkrit sering mencetuskan masalah berbanding longkang konkrit kerana kebanyakan sistem perparitan untuk aliran air itu terbiar ditumbuhi semak-samun sehingga menyebabkan air tidak mengalir lancar terutama ketika hujan. "Kita boleh tengok sistem perparitan di Klang dan Shah Alam yang kebanyakannya dipenuhi rumput. Ada yang menunggu masa terhakis dan runtuh, malah ada yang ditumbuhi rumput tinggi sehingga menutup keseluruhan longkang dan bila hujan lebat, air sentiasa tersangkut. Masalah ini dirumitkan lagi jika ada pihak membuang sampah sesuka hati dalam sistem perparitan itu," katanya. Penduduk Kampung Delek, Siti Aminah Abdullah, 48, pula berharap sistem penyelenggaraan longkang di sekitar kawasan perumahan dipantau setiap minggu kerana tidak mahu pengalaman buruk dilanda banjir kilat sehingga menyulitkan penduduk terus berulang. Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya lebih peka terhadap kerugian dihadapi mangsa banjir kerana sejak kebelakangan ini, bencana itu sering melanda beberapa kawasan, terutama di kawasan rendah. Penduduk di Padang Jawa, Shah Alam, Rosman Sanusi, 65, menyifatkan banjir mengakibatkan 17 kawasan terjejas termasuk Pandamaran, Selat Klang, Taman

21  

Sentosa dan Kampung Delek, amat buruk sejak beberapa tahun kebelakangan ini. "Kami bimbang ia berulang jika PBT memandang ringan masalah sistem perparitan dipenuhi sampah sarap akibat tidak diselenggara ini. Kerajaan negeri juga perlu lebih kreatif dan prihatin kerana banjir musibah yang tidak diingini rakyat," katanya. Sementara itu, di Taman Selatan, masih ada penduduk membersihkan kediaman masing-masing yang dinaiki air setinggi lutut dan rumah kotor selepas dilanda banjir kilat. Pesara, M Dawson, 64, berkata kejadian banjir kilat di kawasan perumahan itu pertama kali berlaku sejak 40 tahun kawasan itu dibuka. Katanya, jika Majlis Perbandaran Klang (MPK) meneruskan kerja pembersihan longkang seperti dilakukan syarikat kontraktor Alam Flora Sdn Bhd, masalah banjir kilat itu dapat dielakkan. "Kawasan ini didiami pesara dan warga tua dan kebanyakan mereka tergesa-gesa meninggalkan kereta dan rumah ketika paras air meningkat kerana tidak dapat berbuat apa-apa. Bagaimana jika ada yang tergelincir dan terjatuh ketika detik cemas menyelamatkan diri itu," katanya. Jirannya, S Pushpa, 48, berkata penduduk di Lebuh Jelutong terpaksa membersihkan sendiri longkang di luar kawasan rumah tanpa mendapat bantuan PBT walaupun penduduk membayar cukai pintu dan cukai taksiran setiap tahun. "Keluarga saya, terutama ibu bapa kehilangan banyak perabot dan peralatan rumah antik yang mempunyai nilai sentimental," katanya. "MPK dan Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) pula saling menyalahkan satu sama lain berhubung bencana ini. Mereka sepatutnya menaik taraf longkang di beberapa kawasan kediaman kerana sudah berusia antara 40 hingga 50 tahun, selain menjalankan penyelenggaraan bulanan," katanya. Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Rahimah (STAR) Klang, Rahmah Arsad pula berkata, sekolah itu teruk terjejas akibat banjir kilat selepas paras air mencecah satu meter.

22  

"Kami kehilangan hampir semua peralatan termasuk sekurangkurangnya 40 komputer di makmal komputer, perabot dan peralatan pejabat seperti mesin pencetak dan fotostat," katanya.

23  

Headline: MPK tingkat program jaga kebersihan

Publication: BH Date of publication: Feb 23, 2012 Section heading: Sentral Page number: 002

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan terus mengadakan pelbagai program bagi meningkatkan tahap kesedaran orang awam dalam menjaga kebersihan setempat bagi menjadikan Klang sebagai satu daerah yang bersih dan ceria. Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri, berkata MPK turut menerapkan budaya menjaga kebersihan itu sebagai satu inisiatif bagi memastikan penduduk tidak dijangkiti penyakit yang berpunca daripada pengabaian kebersihan diri. Katanya, antara program yang diadakan MPK ialah Program Menaik Taraf Landskap dan Kempen Kebersihan Kawasan Rumah Pangsa yang membabitkan kerja menaik taraf landskap, penyelenggaraan kemudahan rekreasi dan pembersihan longkang di sekitar daerah itu. "Beberapa pengisian program lain turut diadakan, antaranya pengindahan dan penanaman pokok untuk memastikan kawasan sekitar ceria serta menarik dan mewujudkan ketenangan kepada komuniti di sini," katanya pada Program Menaik taraf Landskap dan Kempen Kebersihan Kawasan Rumah Pangsa di Pandamaran, di sini, kelmarin. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pandamaran, Ronnie Liu; Pengarah Jabatan Korporat MPK, Dawari Daud dan Pengarah Jabatan Taman dan Rekreasi MPK, Muhammad Hijjaz Sanusi. Ehsan seterusnya meminta kakitangan MPK memberikan sepenuh komitmen dalam merancang serta mengawal pembangunan selain memberi perkhidmatan cemerlang bagi mencapai matlamat menjadikan Klang sebagai Bandaraya Terbilang 2015. Katanya, program itu memberi kesan positif terutama kepada penduduk iaitu membabitkan peranan mereka dalam menghargai kebersihan setempat.

24  

Headline: Restoran jadi pusat karaoke kena sita

Publication: BH Date of publication: Feb 13, 2012 Section heading: Sentral Page number: 002

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita sebuah restoran di Jalan Young, Pandamaran Jaya, di sini, kerana beroperasi sebagai pusat karaoke tanpa lesen. Timbalan Pengarah Jabatan Penguat kuasa MPK, Shahrul Hazri Abd Majid, berkata tindakan itu diambil mengikut Seksyen 23(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Selangor) 1995 (Pindaan 1998 dan 2001). Katanya, pihaknya sudah lama memantau kegiatan itu selepas menerima aduan penduduk sekitar yang tidak tahan dengan bunyi bising dari premis berkenaan. "Penduduk juga tidak puas hati dengan tindakan pelanggan di situ yang meletakkan kenderaan di hadapan rumah mereka," katanya di sini semalam. Dalam perkembangan lain, MPK menyita 76 unit komputer selepas menyerbu tiga kafe siber iaitu dua premis di Taman Sentosa dan sebuah di Jalan Keledang 6, Meru, di sini, baru-baru ini. Shahrul Hazri berkata, tindakan itu diambil selepas pemiliknya didapati gagal mematuhi Undang-Undang Kecil 3, Pusat Siber dan Kafe Siber (MPK) 2007. Katanya, operasi itu dilakukan hasil risikan serta maklumat orang ramai yang sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan berharap kerjasama seperti itu akan diteruskan. "Malah, kami akan terus mengadakan pemantauan dan risikan bagi memastikan kedua-dua isu ini dapat ditangani secara serius demi kesejahteraan setempat," katanya sambil meminta ibu bapa agar sentiasa peka dengan aktiviti luar anak mereka, terutama pada sebelah malam.

25  

Headline: MPK perhebat operasi tunda kenderaan

Publication: BH Date of publication: Feb 8, 2012 Section heading: Sentral Page number: 003

KLANG: Usah terkejut jika kereta ditinggalkan di bahu jalan dengan papan tanda terpampang `zon tunda', tiba-tiba `ghaib'. Ini kerana, kereta itu mungkin ditunda Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang kini memperhebatkan operasi tunda di kawasan ditetapkan bagi mengelak kesesakan terutama di pusat bandar. Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri berkata, pemilik kenderaan terbabit akan diberi amaran dan penguat kuasa akan menunda selepas 15 minit amaran dikeluarkan trak penunda. Katanya, setiap kenderaan ditunda akan dikenakan kompaun hingga RM300 dan kos tunda RM100 serta bayaran simpanan RM10 sehari. "Pelaksanaan ini bagi mendidik orang ramai mematuhi undang- undang jalan raya demi keselamatan dan kesejahteraan semua pihak. "Namun, pada masa sama, MPK tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang sengaja melanggar peraturan," katanya ketika menyaksikan demonstrasi tunda kenderaan yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Penguat Kuasa, Andry Arman Masrom dan Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Anuar Abd Wahab di sekitar bandar diraja itu. Ehsan berkata, MPK mengguna pakai Akta 133 Jalan, Parit dan Bangunan, selain Undang-Undang Kecil Taman MPK 2005 yang memberi kuasa kepada penguat kuasa menunda kenderaan yang menghalang lalu lintas. Selain operasi tunda, katanya, MPK akan memperhebatkan penguatkuasaan terhadap kenderaan berat yang diletak di kawasan perumahan dan 4,900 kompaun dikeluarkan tahun lalu bagi menangani masalah itu.

26  

Headline: MPK arah pemaju bersih tanah takungan najis

Publication: BH Date of publication: Jan 12, 2012 Section heading: Sentral Page number: 004

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengarahkan pemaju segera membersihkan tanah terbiar bertakung air najis bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Meru, di sini, yang ketika ini mengganggu keselesaan pelajar. Pemangku Yang Dipertua MPK, Ehsan Mukri, berkata pada masa sama, pihaknya menerusi Jabatan Kejuruteraan akan memantau perkara itu bagi memastikan masalah bau busuk di kawasan berkenaan segera diatasi. Selain itu, katanya, pihaknya juga akan meminta kerjasama Indah Water Konsortium (IWK) untuk memastikan insiden tidak berulang. "MPK prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk dan pelajar sekolah yang terpaksa menghidu bau busuk dan kita akan meminta pemaju bertindak segera bagi mengatasi masalah ini kerana ia masih di bawah tanggungjawab pemaju. "Majlis juga akan memastikan kawasan berkenaan bebas daripada isu dibangkitkan penduduk termasuk masalah sampah di lokasi ini," katanya ketika meninjau kawasan berkenaan. Sentral pada 6 Januari lalu melaporkan air najis dan sampah sarap di kawasan bersebelahan sekolah itu sejak setahun lalu menyebabkan pelajar terpaksa belajar dalam keadaan yang tidak selesa.

27  

Headline: MPK pantau kegiatan kafe siber

Publication: BH Date of publication: Sep 28, 2011 Section heading: Main Section Page number: 019

KLANG: Beberapa lokasi tumpuan pengunjung kafe siber di Bukit Tinggi, Bandar Baru Klang dan Pandamaran akan terus dipantau bagi memastikan ia tidak mencetuskan fenomena negatif di kalangan generasi muda. Pemangku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Ikhsan Mukri, menegaskan pihaknya tidak pernah berkompromi dengan pengusaha kafe siber haram dan manamana pengusaha yang menjalankan kegiatan berunsurkan perjudian. Malah, katanya, setakat ini tiada permohonan baru untuk membuka kafe siber diluluskan untuk beroperasi. "Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana premis yang didapati menjalankan perniagaan berasaskan internet tanpa lesen. "Kami akan terus meningkatkan pemeriksaan dan pemantauan, selain mengambil tindakan sita terhadap mana-mana pihak yang ingkar dalam mematuhi peraturan ditetapkan," katanya di sini, semalam. MPK sentiasa meningkatkan kerjasama dengan pihak berkuasa lain termasuk polis dalam usaha membanteras aktiviti kafe siber khususnya di kawasan pentadbirannya.

28  

Headline: MPK ajak NGO jaga alam sekitar

Publication: BH Date of publication: Apr 27, 2011 Section heading: Sentral Page number: 006 Byline / Author: Oleh Zailani Ahmad

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak mampu mengatasi pencemaran kritikal tanpa kerjasama semua pihak walaupun berbelanja RM1 juta setahun untuk menjaga kebersihan kawasan awam termasuk sungai, longkang dan padang permainan. Berikutan itu, MPK mengajak semua persatuan, kelab dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di daerah ini berganding bahu menganjurkan pelbagai kegiatan sosial bagi menyemai semangat cintakan alam sekitar di kalangan masyarakat. Ahli Majlisnya, V Raju berkata, isu pencemaran pasti ditangani lebih berkesan jika semua pertubuhan dan kumpulan masyarakat di daerah itu tampil membantu MPK melaksanakan tugas. Katanya, hanya segelintir NGO aktif mengadakan kempen kesedaran alam sekitar daerah ini, manakala yang lainnya menyerahkan semua masalah kepada MPK dengan alasan majlis berkenaan mempunyai dana dan tenaga yang cukup untuk menanganinya. "Walaupun MPK membelanjakan RM1 juta setahun untuk membersihkan kawasan awam di Klang, tindakan itu sia-sia jika kesedaran awam masih rendah," katanya mengenai kempen `Go Green' anjuran Majlis Sai Baba cawangan Klang di sini, baru-baru ini. Ditanya mengulas pencemaran Sungai Klang, Raju berkata, kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat sedang berusaha melaksanakan beberapa tindakan mengurangkan pencemaran di situ, termasuk program pembersihan sungai dikenali sebagai `River of Life'. Katanya, kerajaan negeri sudah memulakan usaha membersihkan Sungai Klang sejak dua tahun lalu, manakala Kerajaan Pusat pula sedang merancang melaksanakan

29  

program `River of Life' dalam tempoh terdekat dengan peruntukan RM2 juta setahun. Sehubungan itu, Raju menghargai kesungguhan beberapa NGO seperti Majlis Sai Baba cawangan Klang yang mengadakan kempen kesedaran alam sekitar menerusi acara jalan kaki `Walk For Values' membabitkan 4,000 peserta termasuk pelajar. Beliau berkata, selain mengerat hubungan masyarakat setempat, ia dapat menyerapkan pendidikan alam sekitar terutama cara menjaga kebersihan awam seperti sungai, longkang dan padang permainan. Mengulas pelupusan sampah di daerah itu, Raju berkata, MPK berupaya mengatasi beberapa kawasan kritikal yang tidak mampu dilakukan kontraktor pelupusan sampah, Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) berikutan tiada kemudahan jalan sempurna ke kawasan kampung dan perumahan terbabit. Beliau berkata, MPK menyediakan beberapa kenderaan tiga roda bagi mengutip sampah di kawasan berkenaan setiap hari untuk mengelak penduduk melonggokkan sampah di tepi jalan raya. Katanya, MPK juga bercadang mengutip sampah di kawasan bandar setiap hari termasuk hari minggu bagi membantu meringankan beban Alam Flora yang hanya mengutip sampah mengikut kontrak perjanjian dan tidak beroperasi pada hari minggu.

30  

Headline: MPK jamin selesai masalah peniaga tanpa lesen

Publication: BH Date of publication: Apr 25, 2011 Section heading: Sentral Page number: 007

MERU: Majlis Perbandaran Klang (MPK) memberi jaminan akan mengambil tindakan terhadap beberapa permasalahan di Kompleks Pasar Besar Meru, di sini, sehingga mengganggu operasi peniaga sejak kebelakangan ini. Setiausaha MPK, Ikhsan Mukri, berkata antara isu berkenaan membabitkan segelintir peniaga yang berniaga di luar kawasan pasar, peniaga tanpa lesen perniagaan sah dan kehadiran peniaga warga asing. Katanya, tindakan bersepadu membabitkan beberapa jabatan MPK akan dilaksanakan dalam masa terdekat, di samping pemantauan berterusan daripada MPK di pasar berkenaan. "Selain permasalahan ini, keceriaan pasar juga akan ditingkatkan bagi membolehkan pengunjung dan peniaga dapat berurusan dengan selesa. "Malah, isu peniaga warga asing juga akan ditangani secara serius. Pada masa sama, peniaga tempatan diminta memberi kerjasama untuk tidak menyewakan lesen kepada peniaga asing," katanya ketika menghadiri Dialog Bersama Peniaga Pasar Besar Meru di sini, baru-baru ini. Hadir sama, Pengarah Pelesenan MPK, Azhar Samsudin dan ketua-ketua jabatan berkaitan. Pada sesi dialog itu, pelbagai masalah lain dikemukakan peniaga, termasuk tandas kotor, lampu jalan tidak berfungsi, tempat letak kereta dijadikan ruang niaga dan kemudahan awam seperti tangga yang berisiko kepada pengguna. Peniaga, Mohd Salleh Ibrahim, 45, berkata beliau berpuas hati dengan tindakan MPK mengambil berat kebajikan peniaga di Kompleks Pasar Besar Meru. "Sesi dialog ini amat bermakna kepada kami kerana dapat mengutarakan masalah

31  

secara terus kepada pihak atasan. Saya berharap kerjasama MPK dengan peniaga dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa supaya kompleks ini lebih selesa dan terjaga," katanya.

32  

Headline: MPK ambil tindakan isu di Komples Pasar Besar Meru

Publication: HM Date of publication: Apr 23, 2011 Section heading: Main Section Page number: 042

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengambil tindakan susulan terhadap beberapa isu dan masalah yang wujud di Kompleks Pasar Besar Meru sejak kebelakangan ini hingga mengganggu operasi peniaga di situ. Setiausaha MPK, Ikhsan Mukri berkata, antara isu berkenaan ialah terdapat segelintir peniaga yang berniaga di luar kawasan pasar, peniaga yang tidak mempunyai lesen dan kehadiran warga asing yang menjalankan operasi mereka di sekitar kompleks berkenaan. Katanya, tindakan bersepadu membabitkan beberapa jabatan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat di samping pemantauan berterusan yang dilakukan sebelum ini. "Selain daripada permasalahan, keceriaan pasar juga akan ditingkatkan bagi membolehkan pengunjung dan peniaga dapat berurusan dengan selesa. "Malah, isu peniaga warga asing juga akan ditangani secara serius dan pada masa sama peniaga tempatan juga diingatkan memberi kerjasama untuk tidak menyewakan lesen kepada mereka (peniaga asing)," katanya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Dialog Bersama Peniaga Pasar Besar Meru dan Majlis Perbandaran Klang, di sini.

33  

Headline: Tahap kehijauan, kualiti alam sekitar diutama

Publication: BH Date of publication: Apr 13, 2011 Section heading: Sentral Page number: 004 Byline / Author: Oleh Siti Sofia Md Nasir

KLANG: Lebih 100 kakitangan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan penduduk menyertai Program Pemuliharaan dan Pengindahan Sungai Klang di Taman Pengkalan Batu dan Pengkalan Kampar di sini. Program bermula pada sebelah pagi itu turut diserikan dengan acara senamrobik bersama penduduk, pelancaran tong sampah `Smart Bin,' penanaman pokok dan pertandingan memancing. Setiausaha MPK, Ikhsan Mukhri, berkata program itu bertujuan meningkatkan tahap kehijauan, kualiti landskap dan alam sekitar di seluruh negeri dengan pembabitan semua lapisan masyarakat. "Kami mahu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan melindungi dan memulihara alam semula jadi. "Menerusi program ini, ia diharap dapat meningkatkan tahap kehijauan alam semula jadi yang menyumbang kepada persekitaran sihat, selamat dan indah selaras Program Penghijauan Negara dan Kempen Tanam Pokok Negeri Selangor yang dilancarkan sebelum ini," katanya ketika merasmikan program itu, baru-baru ini. Ikhsan berkata, MPK turut menubuhkan pasukan kerja projek untuk menguruskan semua maklumat guna tanah dan hak milik tanah. Katanya, pasukan itu daripada wakil Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Beliau berkata, projek itu dilaksanakan menerusi Program Agenda 21: Pengindahan Alam Semula Jadi bersama JPBD Selangor dan MPK.

34  

"Ia juga komitmen JPBD dalam menjayakan Agenda 21 Selangor di peringkat PBT ke arah mewujudkan persekitaran mapan. Usaha ini akan dilaksanakan secara berperingkat dan mengambil masa antara 10 hingga 20 tahun mengikut keutamaan," katanya.

35  

Headline: Program indahkan Klang

Publication: MA Date of publication: Mar 20, 2011 Section heading: Main Section Page number: 016 Byline / Author: Oleh Nor Hatina Shuib

KLANG: Menyedari kepentingan alam sekitar dalam kehidupan, Kumpulan Syarikat Panasonic menganjurkan Kempen Indahkan Klang sempena inisiatif Zon Bersih bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) di sekitar Taman Sentosa, di sini, semalam. Pengerusi Sumber Manusianya, Dr R Naidu berkata, inisiatif itu adalah tahun ketiga syarikat berkenaan menganjurkan program mengindahkan alam sekitar bersama MPK dan usaha murni seperti itu akan diteruskan bagi menangani masalah kebersihan di bandar ini. "Kumpulan Panasonic akan menyumbangkan tiga papan tanda Zon Bersih yang akan diletakkan di sekitar kawasan Taman Sentosa, Klang, sekali gus memenuhi syarat yang mengumumkan kawasan berkenaan sebagai Zon Bersih," katanya dalam sidang akhbar selepas kempen itu di sini, semalam. Kira-kira 70 peserta, termasuk kakitangan Panasonic, MPK dan penduduk membersihkan sekitar kawasan Taman Sentosa itu. Naidu berkata, syarikat berkenaan juga akan terus mengambil bahagian dalam program seperti itu sebagai satu peluang bagi kakitangannya untuk mengaktifkan diri secara fizikal dalam menyumbangkan khidmat kepada komuniti.

36  

Headline: MPK terbit buku galak tingkat potensi, mutu kerja

Publication: BH Date of publication: Feb 9, 2011 Section heading: Sentral Page number: 004

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerbitkan sebuah buku bertajuk `MPK: Inovasi, Kreativiti dan Bakat' bagi meningkatkan mutu kerja serta menyerlahkan potensi warganya yang terpendam. Setiausaha MPK, Mohd Ikhsan Mukri, berkata buku yang diterbitkan hasil kerja berpasukan warga MPK itu diharap dapat merangsang semangat kakitangan MPK untuk bekerja lebih baik. Malah, katanya, buku itu turut mengetengahkan bakat kakitangannya dalam bidang sukan sejak 1990-an bukan saja peringkat daerah atau negeri tetapi juga kebangsaan. "Kalau semua ada di sini, saya mahu memperkenalkan mereka yang pernah mengharumkan nama baik MPK ke peringkat lebih tinggi," katanya ketika menyempurnakan pelancaran buku itu di Dewan Hamzah, di sini, baru-baru ini. Sebuah galeri inovasi turut diwujudkan di lobi ibu pejabat MPK bagi mempamerkan hasil kerja berpasukan antara jabatan. Mohd Ikhsan berkata, sebagai warga MPK, mereka perlu memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan. Katanya, bekerja sebagai satu pasukan akan memudahkan majlis mencapai matlamat untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sijil mentor dan menti serta insentif piala dan wang tunai kepada juara sukan yang pernah mengharumkan nama MPK.

37  

Headline: MPK sangkal

Publication: HM Date of publication: Dec 13, 2010 Section heading: Main Section Page number: 023 Byline / Author: Oleh Rosyahaida Abdullah

KLANG: Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu menyangkal dakwaan pihak tertentu berhubung kerja naik taraf Kompleks Sukan Pandamaran, di sini, yang kononnya menelan kira-kira RM8.96 juta seperti digembar-gemburkan. Mislan berkata, pembangunan kompleks sukan itu masih di peringkat cadangan dan ia bertujuan membaik pulih dan menaik taraf kemudahan sedia ada yang sudah rosak serta perlu diganti baru. "Saya sendiri pelik dengan dakwaan mereka yang berunsurkan fitnah ini. Ia seolah-olah menggambarkan MPK sudahpun menyiapkan kerja menaik taraf ini sedangkan belum pun bermula. "Kami akan mengambil kira pandangan semua pihak termasuk penduduk sebelum memulakan projek ini," katanya selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Local Agenda 21 (LA21) di Bandar Bukit Tinggi, di sini, baru-baru ini. Katanya, dakwaan berunsur fitnah itu sengaja dibuat pihak tertentu yang cuba memburuk-burukkan MPK. "Kajian sudah dijalankan sejak dua bulan lalu bagi mendapatkan maklum balas penduduk berkaitan projek berkenaan. "Kalau penyebar fitnah ini masih tidak mahu mengakui apa yang saya terangkan, mereka boleh datang sendiri untuk siasat dan periksa dokumen kajian dan mereka juga perlu meminta maaf," katanya. Projek naiktaraf itu belum dipastikan sama ada akan dilaksanakan atau tidak dan bergantung kepada keputusan mesyuarat penuh bulanan MPK. Mengulas lanjut, Mislan berkata, MPK masih dalam pertimbangan untuk mengambil

38  

sebarang tindakan undang-undang terhadap dakwaan berbaur fitnah itu. "Saya akan mengambil kira pandangan semua ahli majlis terlebih dahulu. Namun, MPK belum membuat sebarang keputusan," katanya.

39  

Headline: Naik taraf stadium masih dalam kajian

Publication: BH Date of publication: Dec 9, 2010 Section heading: Sentral Page number: 002 Byline / Author: Oleh Nor Hatina Shuib

KLANG: Majlis Perbandaran Klang (MPK) belum memutuskan kerja menaik taraf Kompleks Sukan Pandamaran, di sini, sekali gus menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya projek itu membabitkan kos RM8.96 juta. Sambil menyifatkan dakwaan itu tidak berasas, Yang Dipertuanya, Mislan Tugiu. berkata ketika ini pihaknya masih meneliti cadangan membaik pulih stadium berkenaan termasuk mendapatkan maklum balas penduduk. "MPK melihat dakwaan ini berunsur fitnah dan sengaja dibuat pihak tertentu yang mahu menjejaskan nama baik MPK. "Sekarang, orang ramai sudah memberi tanggapan negatif terhadap MPK sedangkan kerja menaik taraf stadium ini masih peringkat kajian," katanya selepas merasmikan penutup Seminar Local Agenda 21 (LA21) di Bandar Bukit Tinggi, di sini. Mislan berkata, pihaknya sudah menjalankan kajian dan mendapat pandangan orang awam berhubung perkara itu sejak dua bulan lalu dan ketika ini MPK masih meneliti semua pendapat yang diterima. Ditanya adakah MPK akan mengambil tindakan undang-undang berikutan tuduhan itu, beliau berkata, pihaknya belum membuat keputusan mengenainya. "Saya peka dengan pandangan ahli majlis dan setakat ini MPK belum membuat sebarang keputusan. Ia kerana MPK masih dalam pertimbangan untuk tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap dakwaan yang dilemparkan ini. "Namun, pada masa sama MPK berharap pihak yang membuat dakwaan tidak berasas ini menarik semula semua tuduhan yang dibuat," katanya. Mengulas lanjut, katanya, apa yang penting ketika ini ialah memberi penjelasan kepada

40  

41  

orang ramai yang juga pembayar cukai kepada MPK mengenai perkara sebenar dari semasa ke semasa. "Kalau mereka masih menyangkal apa yang saya terangkan, mereka boleh datang sendiri periksa dokumen kajian. Kalau hendak siasat silakan dan kalau sebaliknya, mereka perlu meminta maaf. "Ingin saya tegaskan, MPK sentiasa prihatin terhadap pendapat umum dan tidak akan membelakangkan suara rakyat dalam sebarang pembangunan yang dirancang," katanya.

Sumber : http://emedia.com.my/ Tarikh Akses : 3 April 2012

SIASATAN DAKWAAN WUJUDNYA KUMPULAN SAMSENG KAWAL MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Date: 12-10-2010Author: / SYA BK MPK-SAMSENG SHAH ALAM, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan Selangor akan menyiasat dakwaan wujudnya kumpulan samseng yang seolah-olah mengawal Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam menentu dan mengagihkan tapak bazar sempena sambutan Deepavali disekitar bandar Klang. Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Hussin berkata perkara itu timbul apabila beberapa individu datang ke Pejabat Menteri Besar minggu lepas dan menyatakan mereka tidak berpuas hati kerana terdapatnya kumpulan samseng yang menghalang MPK mengadakan cabutan undi secara adil untuk pengagihan tapakbazar berkenaan. Beliau berkata pihak MPK juga telah dipanggil bagi membincangkan isu berkenaan dan kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salah laku dalam mengendalikan pengagihan bazar terbabit. "Kerajaan negeri memberi jaminan akan menyiasat secara terperinci dakwaan ini supaya tindakan sewajarnya dapat diambil demi memberi keadilan kepada peniaga-peniaga kecil daripada keturunan India yang mahu mencari rezeki secara halal," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -- BERNAMA SYA BK

1  

RUMAH AHLI MAJLIS PERBANDARAN KLANG DILONTAR BOM PETROL

Date: 11-06-2010 Author: / VSS VSS RHM AHLI MAJLIS-BOM PETROL SHAH ALAM, 11 Jun (Bernama) -- Rumah Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) S. Selvadurai di Jalan Bungur, Off Jalan Tengku Badar, Pelabuhan Klang dilontar dengan dua butir bom petrol awal pagi ini, dipercayai ada kaitan dengan isu lesen perniagaan kafe siber. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah malam tadi, sebuah van berjenama Kia milik Selvadurai, 48, yang ketika itu diletakkan dalam kawasan rumahnya mengalami kesan terbakar pada bahagian kiri. Pintu hadapan rumah mangsa turut mengalami kesan terbakar, kata Selvadurai dan menurutnya ketika kejadian, beliau sedang menonton televisyen selepas baru pulang daripada melawat saudara terdekatnya. "Saya menyedari kejadian tersebut selepas mendengar bunyi benda pecah di halaman rumah dan setelah diperiksa, didapati ada dua botol kaca berisi petrol di hadapan rumah saya. Bagaimanapun, saya dapat padamkan api dari merebak," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau percaya perbuatan khianat itu dilakukan oleh individu yang tidak berpuas hati dengan tindakan anggota MPK yang enggan meluluskan permohonan lesen bagi menjalankan perniagaan kafe siber 24 jam. Selvadurai yang juga Timbalan Pengerusi DAP Bahagian Klang berkata beliau membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang pada 12.30 tengah malam tadi iaitu sejurus selepas kejadian itu. Ketua Polis Daerah Klang ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi berkata polis percaya bom petrol tersebut dilontar dari luar pagar rumah mangsa oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan khianat menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan. -- BERNAMA VSS VSS RHM

2  

NORTHPORT BERGABUNG DENGAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG DALAM KEMPEN CEGAH

Date: 27-08-2008 Author: / YAM TOM OS NHD NORTHPORT-JENAYAH PORT KLANG, 27 Ogos (Bernama) -- Northport (Malaysia) Bhd, pengendali pelabuhan pelbagai guna terbesar di Malaysia, bergabung dengan Majlis Perbandaran Klang (MPK) untuk mendirikan papan tanda kempen pencegahan jenayahdi sekitar Pelabuhan Klang. Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Northport Datuk Basheer Hassan Abdul Kader berkata projek itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk mewujudkan keprihatinan lebih besar mengenai keselamatan di kalangan masyarakat Pelabuhan Klang. "Northport akan mengambil langkah proaktif untuk mencegah jenayah setelah melihat kadar jenayah yang meningkat di Pelabuhan Klang. Keselamatan penduduk tidak harus dikompromi. "Dengan meletakkan papan tanda di tempat strategik di Pelabuhan Klang, ia akan membantu mewujudkan komuniti yang aman dan selamat," kata beliau kepada pemberita selepas pelancaran peletakan papan tanda pencegahan jenayah di stesen bas Pelabuhan Klang hari ini. Ini bukanlah kali pertama Northport dan MPK bergabung untuk projek CSR. Awal tahun ini, Northport dan MPK bersama-sama melaksanakan projek menanam 500 pokok untuk menambah kepada 100,000 pokok sedia ada di Pelabuhan Klang untuk membantu menyerap paras lapisan ozon yang berkurangan dan mengurangkan kesan buruk pencemaran alam sekitar, katanya. Yang Dipetua MPK Mislan Tugiu berkata Northport melihat CSR sebagai satu daripada aktiviti penting dalam menjalankan perniagaan. Katanya Northport melaksanakan beberapa program tahun lalu untuk membersihkan bandar Pelabuhan Klang dengan kerja sama majlis itu sebagai sebahagian daripada inisiatif "Anak Angkat Pelabuhan Klang." Ia termasuk membersih terminal bas dan teksi dan pantai Pelabuhan Klang, tambahnya. -- BERNAMA YAM TOM OS NHD

3  

TITIJAYA METERAI PERJANJIAN KONSESI DENGAN MAJLIS PERBANDARAN KLANG

Date: 25-01-2007 Author: / PJR MKO OS TITIJAYA-PERJANJIANKUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Pemaju hartanah, Titijaya Group hari ini menanda tangani perjanjian konsesi (bina-kendali-pindah) dengan Majlis Perbandaran Klang bagi permulaan kerja ke atas Klang Sentral. Titijaya berkata di dalam satu kenyataan bahawa sebaik siap Klang Sentral, yang dianggap hab pengangkutan terbesar, termoden dan inovatif di daerah itu, akan menyaksikan anggaran 100,000 orang melalui hab itu setiaphari. Hab pengangkutan itu akan juga termasuk pusat komersial yang menempatkan 390 unit perniagaan. Hab itu, yang terletak di Klang utara, akan memperbaiki sistem pengangkutan daerah itu dengan laluan masuk utama bagi bas dan teminal teksi. Ia akan boleh ditembusi dengan mudah melalui Lebuhraya Lembah Klang Utara, Lencongan Selat Klang Utara Baru, Lebuhraya Selat Klang Utara dan Lebuhraya Persekutuan. -- BERNAMA PJR MKO OS

4  

ANGGOTA MAJLIS PERBANDARAN KLANG POTONG ELAUN RM500 UNTUK MANGSA TSUNAMI

Date: 30-12-2004 Author: / AMY LES BK Ombak-ElaunKLANG, 30 Dis (Bernama) -- Anggota Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini bersetuju memotong elaun setiap anggota majlis sebanyak RM500 untuk disalurkan ke tabung mangsa bencana tsunami yang dilancarkan hari ini. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Datuk Mohd Sharif Yusuf berkata pemotongan elaun itu adalah satu inisiatif MPK untuk menyumbang kepada tabung mangsa tsunami yang dilancarkan untuk kawasan pentadbirannya. "Kita berharap dengan pemotongan elaun ini boleh dijadikan teladan kepada orang ramai supaya bersama-sama menderma bagi meringankan beban yangdialami oleh mangsa tsunami," katanya pada Mesyuarat Bulanan MPK di sini hari ini. Seramai 24 anggota MPK bersetuju dengan pemotongan elaun itu pada bulan depan sahaja. Beliau berkata buat permulaan, MPK akan menyumbang sebanyak RM10,000 untuk disalurkan kepada "Tabung Mangsa Tsunami Malaysia". Mohd Shariff berkata, orang ramai yang ingin menderma boleh disalurkan ke Bahagian Pembangunan Korporat Majlis Perbandaran Klang atau menghubungi talian 03-33716044. Beliau juga memaklumkan program "Klang 2005 Countdown Fiesta" yang akan berlangsung di Esplanade Tanjung Harapan, Pelabuhan Klang selama tiga hari bermula Jumaat ini dibatalkan bagi menghormati mangsa yang terkorban dan menderita akibat tsunami Ahad lepas. Pembatalan itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta semua pihak sama ada sektor kerajaan dan swasta supaya tidak mengadakan sambutan meraikan kedatangan tahun baru, katanya. Ombak besar tsunami berlaku akibat gempa bumi dengan magnitud 8.9 pada skala Richter di barat laut Sumatera pada Ahad lepas menyebabkan lebih 82,000 terbunuh dan beribu-ribu lagi hilang tempat tinggal di beberapa negara di bahagian selatan dan tenggara Asia, Somalia, Tanzania dan Kenya. -- BERNAMA AMY LES BK

5  

MAJLIS PERBANDARAN KLANG JUARA PERTANDINGAN LANDSKAP SELANGOR

Date: 28-02-2003 Author: / SHS LAT KLANG, 28 Feb (Bernama) -- Majlis Perbandaran Klang (MPK) muncul juara keseluruhan Pertandingan Landskap Peringkat Negeri Selangor 2002. MPK juga menjuarai kategori Taman Bandar menerusi Taman Rakyat di Klang. Pertandingan tahunan yang bertujuan mengindahkan persekitaran pentadbiran pihak berkuasa tempatan di Selangor turut mempertandingkan tiga kategori kediaman, pejabat kerajaan, bangunan swasta, kilang, sekolah menengah dan rendah, masjid, hotel, pusat pengajian tinggi, rumah ibadat bukan Islam, taman pertanian dan taman bandar. Pemenang setiap kategori menerima wang tunai RM2,000 serta sijil penghargaan manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerima RM1,500 dan RM1,000 serta sijil penghargaan. Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo menyampaikan hadiah kepada pemenang. Dr Mohamad Khir sebelum itu berkata kerajaan negeri sedang menyediakan pelan induk pembangunan landskap Selangor yang akan menjadi panduan kepadasemua pihak berkuasa tempatan di negeri itu. -- BERNAMA SHS LAT

6  

MAJLIS PERBANDARAN KLANG HADAPI TUDUHAN BAKAR TERBUKA

Date: 03-11-1997 Author: / AZH NMO Mahkamah-MPKKLANG, 3 Nov (Bernama) -- Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan melakukan pembakaran secara terbuka di sebuah tapak pelupusan sampahnya. MPK didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 Sept lepas di tapak pelupusan sampah MPK Teluk Gong di sini kira-kira pukul 5 petang apabila mereka membakar sisa buangan tanpa sebarang lesen yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga mengeluarkan buangan asap dan habuk ke udara. MPK didakwa mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1996) yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjaralima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Hakim Kamardin Hashim menetapkan 3 Dis sebagai tarikh perbicaraan. Pendakwaan dilakukan oleh pegawai penguatkuasa JAS, Khairuddin Mohd Idris manakala MPK diwakili Pegawai Undang-undangnya Hasnur Hashim. Di mahkamah yang sama, Syarikat Sri Langat Kelapa Sawit Sdn Bhd didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan melepaskan kandungan bendasing yang melebihi had pencemaran. Syarikat itu dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 6 Mei lepas di Batu 15, Jalan Banting pada pukul 1.45 petang dan didakwa mengikut Seksyen 16 (1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 1996). Ia didakwa melepaskan bendasing pepejal terampai, amonial nitrogen, dan total nitrogen melebihi had maksimum yang dibenarkan ke dalam sungai yang berhampiran. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS), Mohd Amir Ismail dan syarikat terbabit membayar denda itu. -- BERNAMA AZH NMO

7  

MPKLANG PBT PERTAMA TUBUH PASUKAN PARAGLIDER

Date: 15-03-2003 Author: / RIZ NAK MPKlang-ParagliderPELABUHAN KLANG, 15 Mac (Bernama) -- Majlis Perbandaran Klang (MPKlang)menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini mempunyai pasukan paraglider bagi membantunaya memantau masalah setempat. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata pasukan itu ditubuhkan bagi membantu MPKlang memantau kawasan dari udara jika berlaku masalah seperti banjir dan kebakaran. "Penubuhan pasukan paraglider ini diharap dapat meningkatkan lagi keberkesanan pihak majlis dalam memberikan khidmat kepada penduduk setempat," katanya ketika merasmikan Pesta Air Rakyat di Tanjung Harapan, dekat sini. Pada majlis itu, Dr Mohamad Khir menyampaikan sayap penerbangan kepadatujuh anggota kepada pasukan paraglider MPKlang itu. Sebelum itu, pasukan berkenaan menerbangkan tiga jentera paraglider sambil mempamerkan kecekapan mereka sebagai satu daripada acara pesta air itu sempena pertabalan dan kemahkotaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Yang Dipertua MPKlang Mohd Sharif Yusof pula berkata pasukan paraglider itu akan ditugaskan memberi maklumat awal dari pemandangan udara jika berlaku bencana alam seperti banjir dan kebakaran termasuk pemantauan kawasan setinggan. "Pemantauan ini melibatkan kawasan terpencil yang tidak boleh sampai dengan jalan darat," katanya semasa ditemui pemberita selepas majlis itu. Beliau berkata setiap satu jentera paraglider berharga RM50,000 manakala anggota pasukan itu dipilih dari kalangan anggota penguatkuasa MPKlang, yang telah menjalani kursus dan latihan selama tiga bulan. Sementara itu, Mohd Sharif mengumumkan penubuhan pasukan berkuda MPKlang bagi memantapkan lagi operasi penguatkuasaan PBT itu. "Kita telah sediakan 10 ekor kuda untuk tujuan ini dan anggota pasukan berkuda sedang menjalani latihan di Universiti Putra Malaysia," katanya. -- BERNAMA RIZ NAK

8  

MPKLANG DAPAT TAMBAHAN 10 PERATUS PERUNTUKAN BAGI TAHUN DEPAN

Date: 03-10-2002 Author: / RIZ RHM KLANG, 3 Okt (Bernama) -- Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) mendapat tambahan 10 peratus peruntukan dalam cadangan Belanjawan Pembangunan MPKlang 2003 berbanding lebih RM110.0 juta yang diterimanya tahun ini, kata Yang Dipertuanya Mohamed Sharif Yusof. Beliau berkata MPKlang bercadang membelanjakan sebahagian besar peruntukan itu bagi membiayai projek-projek menambah dan menaik taraf kemudahan untuk rakyat. Pengkhususan akan diberikan kepada projek-projek perkhidmatan kepada rakyat, projek perparitan dan jalan raya serta pengindahan Bandar Klang, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bulan Kualiti MPKlang 2002 di sini hari ini. Ketika berucap beliau turut menegur sikap segelintir pegawai atasan di MPK yang kurang bersedia membantu menyelesaikan masalah berkaitan kerja jika dirujuk oleh kakitangan bawahan mereka. "Kalau ada masalah yang dirujuk kepada pegawai atasan oleh kakitangan bawahan sepatutnya diterima dengan baik dan diselesaikan dengan cara yang sewajarnya," katanya. Beliau juga berkata setiap petugas MPKlang perlu menekankan sikap mesra pelanggan dalam berurusan dengan pelanggannya yang mewakili setiap lapisanmasyarakat. -- BERNAMA RIZ RHM

9  

MPK SITA HARTA PEMILIK GAGAL BAYAR CUKAI TAKSIRAN

Date: 18-06-1996 Author: / KM NAKKLANG, 18 Jun (Bernama) -- Majlis Perbandaran Klang (MPK) sedang menjalankan operasi mensita harta pemilik 100 premis yang gagal membayar tunggakan cukai taksiran berjumlah RM150,000. Tindakan itu diambil mengikut Seksyen 148, Akta Kerajaan Tempatan 1976 selepas tempoh notis 14 hari tamat, kata Pegawai Perhubungan Awam MPK, Azman Dahalan, hari ini. Selepas harta mereka disita, tempoh seminggu akan diberikan untuk menjelaskan tunggakan itu dan jika gagal berbuat demikian, harta mereka akan dirampas. Beliau berkata tunggakan itu gagal dijelaskan oleh mereka sejak beberapa tahun lepas dan operasi mensita yang bermula hari ini akan diteruskan sehingga semua premis disita. Azman berkata dalam operasi hari ini, harta pemilik lima premis termasuk empat rumah kediaman di Taman Chi Liung, Taman Selatan, Taman PalmGrove dan Teluk Pulai dan sebuah rumah kedai di Jalan Stesyen disita kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai taksiran berjumlah RM11,425. Operasi itu diketuai Pegawai Penaksiran, M. Ramakrishnan dengan dibantu empat pegawai penguatkuasa. -- BERNAMA KM NAK

10  

MPK ROBOHKAN TEMPAT PEMOTONGAN BABI TIDAK BERLESEN

Date: 26-03-1999 Author: / KM AKDKLANG, 26 Mac (Bernama) -- Pegawai-pegawai penguatkuasa dari jabatan kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini merobohkan tiga tempat pemotongan babi tidak berlesen di sini hari ini. Satu pasukan dari jabatan itu diketuai ketua inspektor kesihatan Hasnor Harith memulakan operasi meroboh tempat pemotongan itu pada pukul 9.30 pagi. Hasnor berkata dua daripada tempat pemotongan itu adalah di Kampung Menteram dan satu lagi di Jalan Tepi Sungai. Beliau berkata pengusaha tiga lagi tempat pemotongan tidak berlesen di kawasan yang sama telah diberikan notis supaya merobohkan premis mereka. Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, MPK akan bertindak merobohkannya, katanya. -- BERNAMA KM AKD

Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 2 April 2012

11