Artical Criticalization

7
MOHD AKBAL QAMAS BIN ABDUL BASIR A143286 EPPM2133 PENYELIDIKAN PERNIAGAAN TAJUK : ULASAN DAN KRITIKAN JURNAL “LITERASI, SOSIALISASI, TINGKAH LAKU DAN KOMPETENSI KEWANGAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK” DAN “AMALAN PENGGUNAAN LESTARI “4R” DALAM KALANGAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI MALAYSIA”. NAMA PENSYARAH: PROF.MADYA.DR ZAFIR KHAN BIN MOHAMED MAKHBUL NAMA PELAJAR :

description

Assignment untuk kritik artikel

Transcript of Artical Criticalization

Page 1: Artical Criticalization

MOHD AKBAL QAMAS BIN ABDUL BASIR A143286

EPPM2133 PENYELIDIKAN PERNIAGAAN

TAJUK :

ULASAN DAN KRITIKAN JURNAL

“LITERASI, SOSIALISASI, TINGKAH LAKU DAN KOMPETENSI

KEWANGAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK”

DAN

“AMALAN PENGGUNAAN LESTARI “4R” DALAM KALANGAN MAHASISWA

INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI MALAYSIA”.

NAMA PENSYARAH:

PROF.MADYA.DR ZAFIR KHAN BIN MOHAMED MAKHBUL

NAMA PELAJAR :

MOHD AKBAL QAMAS BIN ABDUL BASIR A143286

Page 2: Artical Criticalization

MOHD AKBAL QAMAS BIN ABDUL BASIR A143286

ULASAN DAN KRITIKAN JURNAL “LITERASI, SOSIALISASI, TINGKAH

LAKU DAN KOMPETENSI KEWANGAN DALAM KALANGAN KANAK-

KANAK”.

Dalam jurnal ini, penulis membincangkan tentang kesedaran kanak

- kanak terhadap pengurusan kewangan. Perkara yang menarik minat

saya adalah berkenaan dengan istilah kanak kanak itu sendiri. Penulis

tidak pun sesekali memberi makna perkataan kanak- kanak malah terus

langsung menyatakan umur responden iaitu murid yang belajar di darjah

4 ( 10 tahun ) dan darjah 5 ( 11 tahun ). Sepatutnya, pengkaji perlu

memberikan definisi perkataan kanak - kanak serta julat umur kanak -

kanak. Namun begitu, di peringkat saya sebagai pembaca, saya dapat

memahami dengan mudah apakah maksud literasi, sosioalisasi dan

kompetensi.

Kajian ini juga tidak menyatakan masalah kajian yang dihadapi oleh

pengkaji. Jika mengikut format untuk membuat laporan ataupun kajian,

pernyataan masalah perlulah dibuat dan ditentukan bagi mengelakkan

berlakunya sebarang kekeliruan. Pernyataan masalah juga penting kerana

melalui pernyataan masalah lah kajian dapat difokuskan. Oleh itu,

sepatutnya pengkaji tidak melupakan bahagian pernyataan masalah

tersebut.

Seterusnya, pengkaji juga tidak menyatakan hipotesis bagi kajian

yang telah dilakukan. Sepatutnya, pengkaji perlu menyatakan beberapa

hipotesis terlebih dahulu yang mana kemudian akan digunakan untuk

membuat kesimpulan. Dengan ketiadaan hipotesis, hal ini bermakna

kajian yang dibuat tidak berlandaskan mana mana ujikaji dan tiada

hipotesis yang perlu dibuktikan. Jadi, kajian ini kurang lengkap elemen

elemennya dan mungkin boleh diperbaiki dengan memasukkan beberapa

elemen seperti pernyataan masalah dan juga hipotesis kajian.

Page 3: Artical Criticalization

MOHD AKBAL QAMAS BIN ABDUL BASIR A143286

Selain itu, saya merasakan bahawa responden dalam kajian ini

adalah tidak bersesuaian. Walaupun sememangnya kajian ini tentang

kanak kanak, namun adakah kanak kanak mampu menjawab dengan baik

setiap soalan yang diberikan di dalam soal selidik ? hal ini kerana, kanak

kanak akan mempunyai masalah untuk menjawab dengan benar soalan

tersebut malah hanya memberikan jawapan yang baginya tidak ada apa

apa makna. Sebagai contoh, soalan berkenaan tahap pendidikan ibu

bapa. Adakah kanak kanak sedia maklum akan tahap pelajaran ibu bapa

mereka? Malah mungkin ada dikalangan mereka sendiri yang tidak tahu

sebenarnya apakah pekerjaan ibu bapa mereka. Adakah data tersebut

releven untuk dikutip sedangkan perkara tersebut boleh menimbulkan

keraguan.

Walaupun demikian, saya amat berpuas hati dengan laras bahasa

yang digunakan dalam setiap soalan soal selidik. Laras bahasa yang

digunakan adalah mudah, ringkas dan boleh difahami. Mungkin soalan

soalan yang ditanya dalam soal selidik telah dibuat pengujian terlebih

dahulu. Pada pandangan saya, laras bahasa yang mudah dan ringkas

akan membantu kanak kanak untuk memahami setiap soalan yang

ditanya. Namun begitu, walaupun laras bahasa yang mudah ditanyakan,

mungkin ada kanak kanak yang tidak menjawab dengan betul kerana sifat

kanak kanak itu sendiri yang tidak boleh focus untuk menjawab sesuatu

soalan.

Page 4: Artical Criticalization

MOHD AKBAL QAMAS BIN ABDUL BASIR A143286

ULASAN DAN KRITIKAN JURNAL “AMALAN PENGGUNAAN LESTARI “4R”

DALAM KALANGAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) DI

MALAYSIA”.

Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji tentang Amalan Penggunaan Lestari “4r” dalam

Kalangan Mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang dilakukan di

Universiti Putra Malaysia. Pengkaji mengambil kesempatan yang baik keatas kempen yang

dijalan di Universiti Putra Malaysia iaitu “Kempen Pembudayaan Gaya Hidup Lestari Pelajar

Institusi Pengajian Tinggi”. Respondennya terdiri daripada pelajar Universiti Putra Malaysia

yang menyertai kempen ini.

Berdasarkan pengamatan saya, kajian ini telah dihasilkan dengan baik. Hal ini kerana

jumlah responden kajian ini seramai 874 pelajar adalah suatu jumlah yang besar dan akan

mempengaruhi ketepatan keputusan kajian. Jumlah responden yang ramai akan menjadikan

jawapan lebih jitu dan sesuai untuk dirujuk. Hal ini kerana apabila jumlah responden kajian

adalah ramai, maka jawapan yang diberikan lebih pelbagai. Sesuailah dengan tajuk kajian ini

sendiri yang ingin mendapatkan maklumat tentang pengamalan lestari dalam diri pelajar.

Page 5: Artical Criticalization

MOHD AKBAL QAMAS BIN ABDUL BASIR A143286

Pada pandangan saya, saya melihat kajian literatur yang dibuat adalah baik. Hal ini

kerana kajian yang dibuat banyak mengambil daripada kajian kajian lepas akan apakah

maksud dan istilah sesuatu perkataan. Banyaknya ayat yang diambil daripada kajian lepas

membuktikan bahawa kajian ini tidaklah hanya semata mata kajian yang “syok sendiri” tetapi

berdasarkan kajian kajian lepas. Dengan adanya kajian lepas, banyak penambahbaikan boleh

dilakukan dan data data baru diperoleh. Demikian, kajian ini menjadi lebih kukuh malah

sesuai untuk dibuat rujukan. Kebanyakan ayat yang diambil merupakan daripada pengarang

buku berbahasa inggeris yang mana pada pandangan saya adalah lebih boleh dipercayai.

Seterusnya bagi saya, pemilihan tempat kajian di buat iaitu di sebuah univesiti awam

tempatan adalah bersesuaian dengan method kajian. Method kajian iaitu menggunakan

borang soal selidik lebih sesuai dijalankan di tempat tempat sebegini kerana tahap

penerimaan pelajar terhadap kaedah soal selidik. Pelajar university juga lebih berpengalaman

dan tahu cara untuk menjawab borang soal selidik tersebut. Hal ini kerana kebanyakan pelajar

university sudah didedahkan dengan method ini. Masa kajian dilakukan juga amatlah

bersesuaian kerana ketika kajian dilaksanakan, suatu kempen kesedaran tentang tajuk kajian

juga berlangsung. Jadi secara tidak langsung, responden akan menjadi lebih maklum akan

perkara ini.

Namun begitu, kajian ini tidak menyatakan hipotesis kajian di dalam kajiannya.

Hipotesis kajian adalah penting kerana melalui hipotesis, jangkaan awal keputusan dapat

dibuat. Apabila kajian dibuat, sudah semestinya tujuan utamanya adalah untuk menguji

samada hipotesis yang dibentuk adalah benar ataupun tidak. Jadi, dengan ketiadaan hipotesis

tersebut, saya berpendapat bahawa kajian ini kurang lengkap namun masih tepat. Tetapi

seperti telah dinyatakan, kajian ini merupakan sebuah kajian yang baik namun memerlukan

hipotesis untuk diuji. Hipotesis juga penting kerana melalui hipotesislah kita akan dapat

membuat induksi awal tentang apakah kajian ini dijalankan. Oleh kerana tiada hipotesis,

maka tiada hipotesis diuji dan hipotesis tidak dapat dibuktikan.

Page 6: Artical Criticalization

MOHD AKBAL QAMAS BIN ABDUL BASIR A143286