Artikel 153 an Malaysia

8
8/8/2019 Artikel 153 an Malaysia http://slidepdf.com/reader/full/artikel-153-an-malaysia 1/8 Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial Artikel 153 Perlembagaan Malaysia  Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di - Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.Artikel mengspesifikkan  bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan  biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu ² kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.  Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.   Perkara 153.Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb.bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.  (1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.  (2) Walau apa pun apa -aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada  peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang  persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana -mana antara

Transcript of Artikel 153 an Malaysia

Page 1: Artikel 153 an Malaysia

8/8/2019 Artikel 153 an Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/artikel-153-an-malaysia 1/8

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu

dan Kontrak Sosial

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia  

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di -Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal

Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera.Artikel mengspesifikkan  bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan

mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan

awam.Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan  biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu ² kepercayaan

orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.  

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.  

  Perkara 153.Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb.bagi

orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.  

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di -Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan

istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan

Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.  

(2) Walau apa pun apa -aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada  peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong 

hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang -undang  persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa

orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak danuntuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana -mana antara

Page 2: Artikel 153 an Malaysia

8/8/2019 Artikel 153 an Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/artikel-153-an-malaysia 2/8

  Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah olehYang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain

  perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dankeistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain

  yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa -apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan

apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang -undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.  

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizabanbagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak 

  jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dankeistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-

apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya  yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang 

dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau

keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; danSuruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan

 sewajarnya. 

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang -undang 

  persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak bolehmelucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang 

olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.  

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.  

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesendikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang 

di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu

mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana  pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan

  pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Me layu dan

anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu

hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.  

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau

memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen

mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana

 permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika

  pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut  perjalanan biasa keadaan. 

Page 3: Artikel 153 an Malaysia

8/8/2019 Artikel 153 an Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/artikel-153-an-malaysia 3/8

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana

undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi

mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang -undang itu

boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau

lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan

Sarawak; tetapi tiada undang -undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan

 perizaban itu²  

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan,  permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang 

dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau  

(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-

manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris,

  pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau

  pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang -undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang 

mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya

apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaanitu; atau 

(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan  pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit 

atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-

undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan

kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak   pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam

undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya

dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.  

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana -manaUniversiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas

  Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat 

  yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusanUniversiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa

kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di -Pertuan Agong menurut kuasa

 Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang 

 Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana  yang difikirkan munasabah oleh Yang di -Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu

hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.  

Page 4: Artikel 153 an Malaysia

8/8/2019 Artikel 153 an Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/artikel-153-an-malaysia 4/8

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi

orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.  

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan ³anak negeri´ berhubung dengan Negeri Sabahatau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara

161A. 

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang 

bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.  

Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel

153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa

orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimanahak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.  

Ketuanan Melayu 

  Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu

adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cinadan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh

  British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan

kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah

  Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaankepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dankesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan

memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan inidimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu(sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri -memberi ini

biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Mel ayu ini sering kali dijadikan

retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh  semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapaikemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu

walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau

 fahaman ini. 

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa

ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi

  sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep

keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang  Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang 

untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk 

mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dariSingapura ² yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 ² dan DAP 

 selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan

Page 5: Artikel 153 an Malaysia

8/8/2019 Artikel 153 an Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/artikel-153-an-malaysia 5/8

ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadiakibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan

ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitanultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan

 penekanan bahawa orang Melayu merupakan ³orang asal´ Malaysia ² iaitu hanyaorang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.  

Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentanganyang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).

Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153Perlembagaan Malaysia oleh PAP.  

  Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana MenteriSingapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannyamenjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan

keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu ³Malaysian Malaysia´.

  Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: ³Merujuk kepada sejarah,orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak 

hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia

hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausahaagung UMNO, Dato¶ Syed Ja¶afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia

 sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.  

Kontrak Sosial 

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaannegara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid proquo melalui Perkara 14±18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan

Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak 

istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadangdigunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan,seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. 

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerapkali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan

 Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-

orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yangdiberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negaramereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam

Barisan Nasional.Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telahmempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu. 

Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya  pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional.Tidak terdapat syarat-syarat formal

mengenai kontrak sosial ini.Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.  

Page 6: Artikel 153 an Malaysia

8/8/2019 Artikel 153 an Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/artikel-153-an-malaysia 6/8

 Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah ³kontrak sosial´ (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang 

undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial   secara penuh.Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai

mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetujudengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam

  Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu

dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India)

  sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu danorang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku tekskajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan

mengatakan: ³Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk 

melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cinadan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli

 Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk 

merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.´ [1] 

  Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan,

dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaanmembenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan

 Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika

kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5%

hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.  

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang 

  Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas

terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakankekayaan negara itu.Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India bolehmengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling 

banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.  

  Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti

awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar ³meritokrasi´.Bagaimanapun, sistem

baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya

memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi  yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang -orang bukan

  Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM).Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliranmatrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh

  sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan

orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti. 

Page 7: Artikel 153 an Malaysia

8/8/2019 Artikel 153 an Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/artikel-153-an-malaysia 7/8

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalamlaporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat 

  sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepaskemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan -

  peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba -tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli -ahli

masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan

akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang 

menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.  

  Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen

 peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysiabukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam

  Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan

  Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang -orang Bumiputera dandiberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan.

  Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik 

menurut falsafah ketuanan Melayu.Kebanyakan penyokong ketuanan Melayumemperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang 

dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang -pembangkang. 

 Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian

menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa ³«apabila kami 

(orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan

hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian keranamereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah

mereka.Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada

negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang 

bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan.Jika

kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan

orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan

menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.´Bagaimanapun, dia menambah

bahawa ³Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang 

kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang 

  Malaya.Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan

mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang  Melayu.´  

Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik sejak kebelakangan ini.Semangan muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal

negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin

 parti-parti politik pada hari ini.Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh  pemimpin bukan melayu«di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari

Page 8: Artikel 153 an Malaysia

8/8/2019 Artikel 153 an Malaysia

http://slidepdf.com/reader/full/artikel-153-an-malaysia 8/8

  pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lamaterbina?? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini

dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan KetuananMelayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang

Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkahsekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk µsurvive¶ di masa

hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kitakecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. Diharap anak-anak 

muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun merdeka konsep ini

masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti  bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak   bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu

ketuanan Melayu ini. Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini

digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep KetuananRakyat???Bukankah pemimpin parti seperti PKR dan PAS ini merupakan anak-anak 

yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini.Cuba fikirkan di mana

  pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskandahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin?? 

Terkini: 

Istilah ³Ketuanan Melayu´ perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayusebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah

  pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu.Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi

orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan

³Ketuanan Melayu´ dari segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang

longgar. ³Ketuanan Melayu´ dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagimenyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut

kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu

dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakatMalaysia.