artikel 2

2
Punca-punca yang membawa kemerosotan semangat patriotisme. 1. Peranan kerajaan Masalah kemerosotan semangat patriotisme dalam kalangan remaja disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah kerajaan kurang mengadakan aktiviti berkesan untuk memupuk semangat patriotisme. Program khidmat negara merupakan salah satu program untuk memupuk semangat patriotisme tetapi objektif programa itu tidak tercapai sepenuhnya. Oleh yang demikian diharap pihak kerajaan mengkaji agar matlamat program tersebut tercapai. Selain itu terdapat juga golongan remaja yang tidak terpilih untuk menyertai program sedemikian. (http://www.belia.org.my) 2. Peranan media Sejarah telah membuktikan bahawa media dan wartawan memainkan peranan penting sebagai alat penyebar dan pembakar semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu berminat untuk berpolotik dan menubuhkan parti politik. Parti UMNO sendiri diwujudkan adalah hasil daripada gerakan pena wartawan dan akhbar Utusan Melayu merupakan tulang belakang dalam gerakan ini.Hasil daripada perjuangan wartawan Melayu melalui akhbar-akhbar Utusan Melayu dan akhbar-akhbar lain yang ada pada ketika itu, maka orang Melayu berjaya disedarkan agar bangun menuntut supaya negara mereka dibebaskan dari belenggu penjajahan. Akhirnya kita berjaya mencapai kemerdekaan pada 1957.Hal ini bermakna peranan media dan wartawan di negara ini telah berjaya menjadi alat untuk menyedarkan orang Melayu agar menuntut kemerdekaan. (http://www.patriotisme.net.my/) Justeru, media juga seharusnya menjalankan tanggungjawab sosialnya dalam mengembalikan generasi muda ini ke landasan yang betul.Media harus memainkan peranannya dalam menyemai dan memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap warga Malaysia, terutama generasi muda.Media tidak seharusnya mendedahkan generasi muda dengan budaya negatif seperti yang dipaparkan dalam filem, drama, berita-berita sensasi dari barat tetapi harus menyediakan program-program sama ada dalam bentuk realiti tv atau rancangan- rancangan yang berunsur pengetahuan dan pendidikan yang dapat memupuk semangat patriotisme dalam jiwa generasi muda terutama kanak-kanak yang bakal mewarisi negara. Tetapi peranan media pada masa kini untuk menyemai semanagt patriotisme semakin berkurang. Malahan lebih cenderung untuk menyebarkan perkara negatif. 3. Peranan ibu bapa. Ibu bapa merupakan guru pertama kepada anak-anak kecil. Oleh yang demikian , ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu sekolah memupuk semangat patriotisme dalam diri anak mereka. Kebanyakan ibu bapa pada masa kini menyerahkan anak sepenuhnya kepada sekolah untuk mendidik. Semangat patriotisme merupakan unsur yang paling tidak diambil berat olh ibu bapa. Mereka tidak menyedari kepentingan semangat patriotisme dalam membentuk jati diri golongan remaja pada masa kini. Mereka juga memandang remeh terhadap perkara ini. 4. Sikap golongan remaja.

description

perkongsian

Transcript of artikel 2

Page 1: artikel 2

Punca-punca yang membawa kemerosotan semangat patriotisme.1. Peranan kerajaan Masalah kemerosotan semangat patriotisme dalam kalangan remaja disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah kerajaan kurang mengadakan aktiviti berkesan untuk memupuk semangat patriotisme. Program khidmat negara merupakan salah satu program untuk memupuk semangat patriotisme tetapi objektif programa itu tidak tercapai sepenuhnya. Oleh yang demikian diharap pihak kerajaan mengkaji agar matlamat program tersebut tercapai. Selain itu terdapat juga golongan remaja yang tidak terpilih untuk menyertai program sedemikian. (http://www.belia.org.my)

2. Peranan mediaSejarah telah membuktikan bahawa media dan wartawan memainkan peranan penting sebagai alat penyebar dan pembakar semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu berminat untuk berpolotik dan menubuhkan parti politik. Parti UMNO sendiri diwujudkan adalah hasil daripada gerakan pena wartawan dan akhbar Utusan Melayu merupakan tulang belakang dalam gerakan ini.Hasil daripada perjuangan wartawan Melayu melalui akhbar-akhbar Utusan Melayu dan akhbar-akhbar lain yang ada pada ketika itu, maka orang Melayu berjaya disedarkan agar bangun menuntut supaya negara mereka dibebaskan dari belenggu penjajahan. Akhirnya kita berjaya mencapai kemerdekaan pada 1957.Hal ini bermakna peranan media dan wartawan di negara ini telah berjaya menjadi alat untuk menyedarkan orang Melayu agar menuntut kemerdekaan. (http://www.patriotisme.net.my/)Justeru, media juga seharusnya menjalankan tanggungjawab sosialnya dalam mengembalikan generasi muda ini ke landasan yang betul.Media harus memainkan peranannya dalam menyemai dan memupuk semangat patriotisme dalam diri setiap warga Malaysia, terutama generasi muda.Media tidak seharusnya mendedahkan generasi muda dengan budaya negatif seperti yang dipaparkan dalam filem, drama, berita-berita sensasi dari barat tetapi harus menyediakan program-program sama ada dalam bentuk realiti tv atau rancangan-rancangan yang berunsur pengetahuan dan pendidikan yang dapat memupuk semangat patriotisme dalam jiwa generasi muda terutama kanak-kanak yang bakal mewarisi negara. Tetapi peranan media pada masa kini untuk menyemai semanagt patriotisme semakin berkurang. Malahan lebih cenderung untuk menyebarkan perkara negatif.

3. Peranan ibu bapa.Ibu bapa merupakan guru pertama kepada anak-anak kecil. Oleh yang demikian , ibu bapa memainkan peranan penting dalam membantu sekolah memupuk semangat patriotisme dalam diri anak mereka. Kebanyakan ibu bapa pada masa kini menyerahkan anak sepenuhnya kepada sekolah untuk mendidik. Semangat patriotisme merupakan unsur yang paling tidak diambil berat olh ibu bapa. Mereka tidak menyedari kepentingan semangat patriotisme dalam membentuk jati diri golongan remaja pada masa kini. Mereka juga memandang remeh terhadap perkara ini.

4. Sikap golongan remaja.Kemerosotan semangat patriotisme dalam kalangan generasi kini juga disebabkan oleh sikap mereka sendiri. Golongan remaja merupakan golongan yang mudah dipengaruhi

Page 2: artikel 2

dengan sesuatu yang baru. Selain itu, golongan remaja yang dilahirkan selepas kemerdekaan tidak mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi berbanding dengan golongan muda pada sebelum kemerdekaan. Golongan muda pada masa kini lebih tetarik dengan budaya-budaya dari barat dan mengikut budaya-budaya tersebut. selain itu, pengaruh rakan sebaya yang mempengaruhi golongan ini sehingga membawa kepada terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat seperti melepak, lumba haram, menagih dadah, pesta seks dan sebagainya. Malahan terdapat juga segelintir golongan remaja kini, menyambut hari kemerdekaan dengan mengadakan pesta seks, lumba haram, meminum arak dan sebagainya. Jelaslah disini, walaupun negara kita tidak dijajah tetapi kita dijajah dari segi pemikiran terutamanya golonga muda.