Artikel ispen-i

22
Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 1 Peranan Ibu bapa dalam Menerapkan Nilai-nilai Islam kepada Anak Remaja Bermasalah Pembelajaran Azura Binti Awang 1 Abstrak Cabaran gejala sosial di kalangan remaja masa kini menuntut peranan ibu bapa yang jitu ke arah melahirkan generasi yang mentaati Allah S.W.T dan Rasulnya. Oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu bapa supaya mendidik anak-anak berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah termasuk kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji peranan ibu bapa dalam menerapkan nilai iman, ibadah dan akhlak kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Penulisan artikel ini juga bertujuan membincangkan pendekatan yang diambil oleh ibu bapa dalam usaha-usaha penerapan nilai-nilai Islam yang mulia ini. Kajian kualitatif yang bersifat deskriptif ini telah menemubual enam orang informan ibu bapa yang memiliki anak remaja bermasalah pembelajaran. Anak remaja informan kajian berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun yang sedang menjalani Program Pendidikan Khas Intergrasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Selangor. Dapatan kajian dianalisis secara tematik menggunakan perisian Atlas.Ti versi 7. Hasil kajian mendapati bahawa semua informan telah berperanan dengan baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak remaja bermasalah pembelajaran masing-masing. Ibu bapa juga telah menggunakan pendekatan tunjukcara, memberi nasihat, latih tubi dan menggunakan teknologi ICT dalam menerapkan nilai- nilai Islam tersebut. Kata kunci: Peranan ibu bapa, nilai-nilai Islam, kajian kes, anak remaja bermasalah pembelajaran 1 Pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.

Transcript of Artikel ispen-i

Page 1: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

1

Peranan Ibu bapa dalam Menerapkan Nilai-nilai Islam kepada Anak Remaja Bermasalah

Pembelajaran

Azura Binti Awang1

Abstrak

Cabaran gejala sosial di kalangan remaja masa kini menuntut peranan ibu bapa yang jitu

ke arah melahirkan generasi yang mentaati Allah S.W.T dan Rasulnya. Oleh itu, menjadi

tanggungjawab ibu bapa supaya mendidik anak-anak berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah

termasuk kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Kajian ini dijalankan bertujuan

mengkaji peranan ibu bapa dalam menerapkan nilai iman, ibadah dan akhlak kepada anak remaja

bermasalah pembelajaran. Penulisan artikel ini juga bertujuan membincangkan pendekatan yang

diambil oleh ibu bapa dalam usaha-usaha penerapan nilai-nilai Islam yang mulia ini. Kajian

kualitatif yang bersifat deskriptif ini telah menemubual enam orang informan ibu bapa yang

memiliki anak remaja bermasalah pembelajaran. Anak remaja informan kajian berumur antara 13

tahun hingga 19 tahun yang sedang menjalani Program Pendidikan Khas Intergrasi di Sekolah

Menengah Kebangsaan Cheras Jaya, Selangor. Dapatan kajian dianalisis secara tematik

menggunakan perisian Atlas.Ti versi 7. Hasil kajian mendapati bahawa semua informan telah

berperanan dengan baik dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak remaja

bermasalah pembelajaran masing-masing. Ibu bapa juga telah menggunakan pendekatan

tunjukcara, memberi nasihat, latih tubi dan menggunakan teknologi ICT dalam menerapkan

nilai-nilai Islam tersebut.

Kata kunci: Peranan ibu bapa, nilai-nilai Islam, kajian kes, anak remaja bermasalah

pembelajaran

1Pensyarah di Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi,

Selangor.

Page 2: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

2

Abstract

The challenge of social ills among youths of today demands the vital role of parents towards producing generations of believers who obey Allah and His Messenger. Therefore, the

responsibility of parents is to educate their children based on the Quran and as-Sunnah including adolescents with learning difficulties. This study was conducted to assess the efforts of

parents in instilling iman, worship and akhlak to adolescents with learning difficulties. This article is to discuss the approach taken by parents in efforts to implement the Islamic values of this noble. This qualitative case study interviewed six parents who have adolescents with

learning difficulties in the slow learner category, aged 13 years to 19 years who are undergoing Special Education Integration Programme at SMK Cheras Jaya, Selangor. The findings were

analyzed thematically using ATLAS.ti software version 7. The results showed that all informants have served well in efforts to implement the values of Islam to their adolescents with learning difficulties. The study found that these parents have been making efforts through demonstration,

advising, drills and use of ICT approaches in applying Islamic values to their teenagers.

Keywords: Role of parents values of Islam, case study, adolescents with learning difficulties.

Page 3: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

3

Pendahuluan

Kesyumulan Islam terjelma dalam proses penerapan nilai-nilai Islam melalui sistem atau

pendidikan anak-anak. Pendidikan atau tarbiah Islam dilaksanakan adalah untuk mengembangkan kefahaman terhadap kehidupan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah di dalam

jiwa mereka. Penerapan nilai-nilai Islam dalam jiwa anak-anak adalah fitrah semula jadi manusia kerana seluruh manusia adalah makhluk yang baik terhadap Pencipta-Nya dan makhluk ciptaan-Nya.2 Ibu bapa yang merupakan pemegang amanah Allah S.W.T pula, bertanggungjawab

memelihara dan mendidik anak-anak agar menjadi anak yang soleh, berguna kepada kedua ibu bapa dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.3 Bagi menerapkan nilai-nilai Islam kepada

anak-anak remaja bermasalah pembelajaran, ibu bapa perlu memahami konsep celik iman.4

Konsep celik iman ini merangkumi persediaan ibu bapa iaitu tentang ilmu akliah,

jasmaniah dan rohaniah. Persediaan akliah adalah merangkumi pengetahuan ibu bapa terhadap kepentingan dan matlamat penerapan nilai-nilai Islam. Persediaan jasmaniah melibatkan

kekuatan fizikal diri, sokongan suami isteri dan ahli keluarga ibu bapa tersebut serta sumber kewangan mereka dalam usaha menerapkan nilai-nilai Islam ini. Manakala persediaan rohaniah meliputi kebergantungan ibu bapa kepada Allah S.W.T dengan sentiasa memohon petunjuk dan

keampunan dalam mendidik anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Di samping itu, nilai ketakwaan tinggi iaitu kepatuhan, ketundukan dan kesediaan menunaikan hak anak-anak remaja

bermasalah pembelajaran sebagai amanah Allah S.W.T serta penghayatan terhadap segala usaha ini adalah dianggap nilai ibadah di sisi Allah S.W.T juga dinamakan persediaan rohaniah.5 Oleh itu, sesuai dengan sifat anak yang dilahirkan dalam keadaan bersih dan suci umpama kain putih,

tanggungjawab ibu bapa adalah dengan menerapkan nilai-nilai Islam kepada semua anak termasuk anak remaja bermasalah pembelajaran.

Objektif Kajian

Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk melihat sejauhmana peranan ibu bapa dalam menerapkan nilai-nilai Islam iaitu iman, ibadah dan akhlak kepada anak-anak remaja bermasalah

pembelajaran. Penulisan artikel ini juga bertujuan membincangkan pendekatan-pendekatan yang diambil oleh ibu bapa dalam usaha yang murni ini.

2 Surah al-Ahzab (33):72 3 Surah al-Zalzalah (99) : 7-8 4 Fuad Sam, Anakku:Didiklah Hati Mencintai-Nya, (Selangor : Karya Bestari Sdn Bhd, 2010), 15-33. 5 Ibid.

Page 4: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

4

Latar Belakang dan Permasalahan Kajian

Persoalan mengenai asuhan secara Islam oleh ibu bapa yang memiliki anak-anak bermasalah pembelajaran dibangkitkan kerana terdapat ibu bapa yang tidak mementingkan

pendidikan agama sehingga mengambil sikap tidak peduli, menganggap anak itu menyusahkan dan membiarkan sahaja di rumah.6 Menurut Gulson Begum Khalid dan Mohd Hanafi, ibu bapa

juga menghadapi masalah dan bingung berkaitan pengetahuan untuk membantu pembelajaran anak mereka di rumah kerana mendidik anak-anak bermasalah pembelajaran di rumah agak sukar berbanding mendidik anak-anak normal yang lain.7

Kirk dan Gallagher dalam Sufean Hussin mentakrifkan anak-anak remaja bermasalah

pembelajaran adalah anak-anak yang mengalami sedikit lencongan daripada anak-anak remaja lain normal lain dari segi ciri-ciri mental, ciri-ciri fizikal atau neuro-motor, tingkah laku sosial dan kebolehan komunikasi.8 Kamarulzaman Kamaruddin dan Rohaty Mohd Majzub pula

mendapati, lazimnya anak-anak bermasalah pembelajaran membawa definisi yang merujuk kepada sekumpulan anak-anak yang mempunyai pelbagai kecacatan ringan dan sederhana dengan masalah yang pelbagai.9Ciri-ciri mental anak-anak remaja bermasalah pembelajaran

dalam kajian ini ialah mereka yang mempunyai kecerdasan mental pada kadar IQ 50-80. Mereka digolongkan sebagai terencat akal boleh didik (educable mentally retarded) dan menunjukkan

kebolehan pembelajaran.10

Anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ini berisiko mengalami tingkah laku

tersosial (socialized-aggressive) yang suka bertindak liar, memberontak, agresif, membuli dan

kerap melakukan jenayah kecil seperti mencuri, mengugut, ponteng sekolah dan sebagainya yang

memerlukan usaha padu dan sokongan ibu bapa untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada

mereka.11 Oleh itu, asas kajian ini ialah melihat bagaimana peranan ibu bapa dalam menerapkan

nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran kerana anak-anak ini

sepatutnya boleh menerima tugasan dan berpegang kepada nilai-nilai Islam selepas didikan yang

diberikan.

Tahap disiplin pelajar-pelajar bermasalah pembelajaran yang teruk seperti merokok, ponteng sekolah dan sebagainya menuntut peranan ibu bapa yang lebih efisien di rumah dalam

menangani masalah tingkah laku di samping membantu anak meningkatkan prestasi dalam

6 Ibid. 7 Gulson Begum Khalid dan Mohd Hanafi Mohd Yasin, “Strategi Menjayakan Penglibatan Ibu bapa di Sekolah

Pelajar Berkeperluan Khas”, (makalah, Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI Siri II

2012), 665. 8Ibid, 360. 9 Kamarulzaman Kamaruddin dan Rohaty Mohd Majzub, “Pola Komunikasi dalam Keluarga Murid -murid

Bermasalah Pembelajaran,” Jurnal Pendidikan, No.24, (2004), 1. 10Ibid, 361. 11 Sufean Hussin, Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah , Edisi Kedua (Kuala Lumpur:Dewan

Bahasa dan Pustaka, 2004), 363-364.

Page 5: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

5

pendidikan sejak di sekolah rendah lagi.12 Disebabkan itu, kajian ini akan cuba melihat peranan ibu bapa dalam penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran.

Anak-anak ini hakikatnya berhak memperoleh pendidikan dan asuhan secara Islamik bagi

melindungi mereka daripada kes-kes penganiayaan, penderaan dan sebagainya.13 Pengabaian terhadap penerapan nilai-nilai Islam ini boleh membunuh jiwa, melemahkan peribadi dan menghilangkan keyakinan diri ibu bapa dan anak-anak remaja bermasalah pembelajaran tersebut

secara langsung.14 Oleh itu, peranan ibu bapa adalah sangat diperlukan untuk menegah anak-anak remaja bermasalah pembelajaran mereka daripada anasir-anasir yang merosakkan fungsi

akal seperti rokok, arak, dadah dan bahan-bahan lucah yang boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain melalui penerapan nilai-nilai Islam.15 Nilai-nilai Islam yang perlu diterapkan kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ialah nilai-nilai keimanan, nilai ibadah dan nilai

akhlak. Amalan nilai-nilai Islam anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ini pula perlu disesuaikan mengikut perkembangan akal dan naluri mereka.16

Menurut Abdul Ghafar Don, tanggungjawab ibu bapa kepada anak-anak adalah mengajar mereka mendirikan solat.17 Anak-anak perlu disuruh dan dilatih mendirikan solat sejak berumur

tujuh tahun bagi membiasakan diri menunaikannya selepas mencapai umur baligh.18 Solat dapat memberi impak positif kepada pembangunan fizikal, roh, emosi, akal manusia. Pembangunan keempat-empat aspek ini mempengaruhi keseimbangan pembangunan insan anak-anak remaja

bermasalah pembelajaran. Peranan ibu bapa adalah dengan mendidik anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ini supaya berterusan menunaikan solat dan tidak mengabaikannya.

Di samping penekanan pelaksanaan solat kepada anak-anak remaja bermasalah pembelajaran, ibu bapa perlu juga mendidik mereka menjaga aurat dan menekankan cara bersuci seperti mengambil wuduk dan mandi wajib.19 Hal ini kerana perkembangan fizikal anak-anak

12 Siti Wan Nor et al., “Menangani Isu Disiplin dalam Kalangan Murid Program Pendidikan Khas Intergrasi

Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah ”, Prosiding Seminar Internasional Pasca Siswazah Pendidikan Khas UKM-

UPI, Siri 4 ,ed. Mohd Hanafi Mohd Yasin et al., (Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia,2014), 53-60. Lihat juga

Nurul Salwana, Mohd Mokhtar dan Mohd Tahar, “Kemahiran Guru Pendidikan Khas dalam Mengurus Disiplin

Pelajar Bermasalah Pembelajaran : Kajian di Daerah Sabak Bernam”, Prosiding Seminar Internasional Pasca

Siswazah Pendidikan Khas UKM-UPI, Siri 4 ,ed. Mohd Hanafi Mohd Yasin et al., (Bangi: Universiti Kebangsaan

Malaysia,2014), 37-44. 13 Subhi Mahmassani, Konsep Dasar Hak-hak Asasi Manusia, Studi Perbandingan Syariat Islam dan Perundangan

Modern, ( Indonesia: Pt. Tintams, 1979), 202. 14 Mahmud Mahdi Istanbuli, Ke Arah Pembentukan Keluarga Muslim, ( Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar,

1988), 47. 15Saedah Sumrah, Salwan Sudirman dan Roslee Ahmad, “Kaedah Menangani Kanak-kanak Bermasalah Tingkah

laku,” (makalah, Seminar Kaunseling Keluarga, Skudai, Johor: Universiti Teknologi Malaysia, 2008).,93 16 Merupakan sebahagian maksud daripada hadith Abu Bakar bin al-Syakhir daripada hadith Umar. Abu Dawud

pula meriwayatkan hadith daripada Aisyah dengan matan hadith “ Lihat Abu Daud Sulaiman bin .”أنزلوا النَّاس َمنَاِزلهم

al-Ash’ab bin Ishaq bin Bashir bin Shadad bin ‘Amru al-Azadi al-Sijisatni, “ Sunan Abi Daud” e.d Muhammad

Muhyiddin ‘Abdul Hamid (Beirut : Maktabah al-Asriyah t.t) 4:261 ( Kitab Adab , Bab Fi Tanzili Nas Manazilihin,

no hadith 4842). al-Albani menghukumkan hadith ini Dhaif kerana Abu Dawud mengatakan bahawa Maimun bin

Abi Syabab tidak bertemu dengan Aisyah. 17Abdul Ghafar Don, “Islam dan Perspektif Orientasi Pembangunan Insan : Kepentingan dalam Menjana

Masyarakat Berkualiti” (makalah, Prosiding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia,

26-27 Nov 1998), 44. 18Ab Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya , (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti

Malaya, 2009).113. 19 Fadhli Nuruddin, Wasiat Imam Ghazali, (Selangor : Pustaka Ilmuwan :2012),21

Page 6: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

6

remaja bermasalah pembelajaran adalah sama dengan anak-anak normal yang lain. Penumpuan penting penerapan nilai-nilai Islam oleh ibu bapa juga adalah dalam aspek pendidikan akhlak.20

Kesimpulannya, peranan ibu bapa dalam penerapan nilai-nilai Islam kepada anak-anak

remaja bermasalah pembelajaran dapat menanamkan semangat cintakan kebaikan, menyemai keimanan yang kukuh serta penghayatan Islam sebagai agama yang dianuti.

Metodologi Kajian

Kaedah pensampelan yang dipilih dalam menjalankan kajian ini ialah kaedah pensampelan

bertujuan. Pengkaji memilih kaedah pensampelan bertujuan (purposive sampling) yang merujuk

kepada kumpulan informan ibu bapa yang mempunyai ciri-ciri yang sama iaitu memiliki anak

remaja bermasalah pembelajaran sebagai responden kajian ini.21 Kajian kualitatif bersifat

deskriptif ini menggunakan instrumen temubual mendalam (in-depth) bagi memahami

bagaimana ibu bapa iaitu informan kajian bertindak, berinteraksi dan menjalankan kehidupan

seharian bersama anak remaja bermasalah pembelajaran melalui media elektronik dalam aspek

penerapan nilai-nilai Islam.

Informan yang menjadi sampel kajian ini adalah ibu bapa beragama Islam yang memiliki

anak bermasalah pembelajaran kategori slow learner. Kesemua anak remaja bermasalah

pembelajaran informan ditempatkan dalam Program Integrasi Pendidikan Khas, di Sekolah

Menengah Kebangsaan Cheras Jaya. Sampel ini bukan merupakan sampel rawak tetapi dipilih

sendiri oleh pengkaji. Sepanjang proses mendapatkan data, teknik pensampelan bertujuan ini

dikembangkan kepada pensampelan bola salji (snow ball sampling). Persampelan ini berlaku

apabila seorang informan yang menjadi sampel kajian pengkaji telah mencadangkan seorang

informan lain yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai dan menepati kriteria yang diperlukan oleh

kajian.

Pengkaji menggunakan teknik analisis data tematik dengan meneliti tema-tema utama

daripada data-data yang diperoleh. Penganalisisan data kajian ini adalah dengan menggunakan

proses tematik induktif dan deduktif. Pengkaji menganalisis transkripsi temu bual dengan

pencarian tema-tema utama dan melakukan proses-proses pengekodan. Untuk tujuan itu, perisian

Atlas.ti versi 7 telah digunakan untuk menganalisis kandungan transkrip temu bual tersebut.

20 Abdullah Muhammad Zin, “ Pendidikan Dakwah Islamiah di Malaysia : Masalah dan Prospek dalam Isu-isu

Pendidikan di Malaysia : Cabaran dan Harapan, peny. Ismail Abdul Rahman, Abdul Aziz @Ahmad Mohammad

dan Mohammad Yasin Muda, (Terengganu : Yayasan IslamTerengganu Sdn Bhd ,1993), 62-63 21 Chua Yan Piaw, Kaedah Penyelidikan, Siri Kaedah dan Statistik Penyelidikan,Buku 1, Edisi 2, (Selangor:Mc

Graw Hill (Malaysia) Education, 2011),226.

Page 7: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

7

Peranan Ibu bapa dalam Proses Penerapan Nilai-nilai Islam kepada Anak Remaja

Bermasalah Pembelajaran

Berdasarkan teori pendidikan anak-anak daripada al-Ghazali,22 Luqman al-Hakim23 dan Abdullah Nasih ‘Ulwan,24 pendekatan dalam pendidikan anak-anak muslim perlu menekankan tiga perkara berikut iaitu nilai keimanan, nilai ibadah dan nilai akhlak. Nilai-nilai yang

diterapkan oleh ibu bapa dalam kajian ini adalah sesuai dengan pendekatan al-Quran dan as-Sunnah seperti dapatan-dapatan berikut:

a) Nilai Keimanan

Keenam-enam informan telah menanamkan nilai keimanan dengan melaksanakan amalan-

amalan yang praktikal iaitu mentauhidkan Allah S.W.T. Para informan berusaha menerapkan nilai-nilai iman dengan cara yang mudah, sesuai dengan penerimaan daya intelektual anak-anak

remaja bermasalah pembelajaran. Topik-topik yang abstrak dan sukar difahami oleh anak-anak remaja bermasalah pembelajaran dikurangkan atau disampaikan mengikut kemampuan anak.25

Menurut Ab. Aziz Mohd Zin26 dan Ramlan Salim,27 sesuatu pengetahuan yang disampaikan mengikut kemampuan anak bermaksud sesuatu kemahiran itu diajar bukan mengikut peningkatan usia tetapi mengikut penerimaan akal fikiran anak remaja bermasalah

pembelajaran tersebut. Oleh itu, ibu bapa perlu menerapkan nilai-nilai Islam ini dengan menggilap potensi dan kemampuan yang dimiliki secara berperingkat, mudah dan beransur-ansur

supaya tidak membebankan anak remaja tersebut.

Dapatan di bawah menerangkan perbualan informan berkaitan didikan kepada anaknya

secara berperingkat dan beransur-ansur dalam menerapkan nilai keimanan berkaitan sifat-sifat Allah S.W.T:

“Saya sekadar memperkenalkan kepadanya sebutan nama-nama Allah dan zikir-zikir pendek secara santai dan nyanyian, seperti nasyid Nama-nama Allah dan

nada zikir, subhanallah walhamdulillah, walailahaillah.”

(Informan D)

22 Abu Hamid Muhammad Muhammad al-Ghazali, Ayyuhal Walad, terj. Abu ‘Ali Al-Banjari al-Nadwi, (Kedah: al-

Khazanah al-Banjariyah, Ma’ahad al-Tarbiyah al-Islamiyah, 2007), 56-84. 23 Syazwana Aziz, Untaian Hikmah Luqman Hakim : Inilah bimbingan untuk Anakku , (Kuala Lumpur: Mulia

Terang Sdn. Bhd, 2012),13-47. 24 ‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Mujallad Awwal), terj. Mohd Ikhwan Abdullah, Jil.1,

(Selangor: Publishing House Sdn Bhd, 2015),108-285. 25 Ab Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya , (Kuala Lumpur : Penerbit Universiti

Malaya, 2009),160. 26 Ab. Aziz Mohd Zain, Metodologi Dakwah, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya,2001),269. 27 Ramlan Salim, Pengurusan Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran , (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,2015),3.

Page 8: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

8

Berdasarkan penjelasan seorang informan, nilai keimanan diterapkan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran melalui program-program yang ditayangkan di televisyen. Nilai

keimanan yang dimaksudkan adalah seperti menghidupkan kesedaran bahawa Allah S.W.T sentiasa memerhati. Nasihat-nasihat diberikan kepada anak beliau berkaitan dengan larangan

menyalahgunakan nikmat Allah melalui perbuatan jahat dan maksiat seperti berikut:

“Sambil menonton televisyen, saya akan menasihati anak saya, “Adik, kita mesti

bersyukur kerana kita dikurniakan kaki dan tangan. Ini semua hak Allah. Kita tidak boleh membuat kejahatan dengan tangan dan kaki ini, kita tidak boleh pergi

ke kelab malam, tidak boleh minum arak. Mulut ini, Allah juga yang beri. Jika kita sudah mabuk, kita mudah memegang perempuan dan berzina pula, semua itu tidak baik dan berdosa.” Saya sentiasa menasihati anak saya dan dia faham.”

(Informan E)

Informan ini cuba menerapkan nilai keimanan dengan menasihati anaknya supaya bersyukur di atas nikmat anggota yang diberikan oleh Allah S.W.T. Menurut Roziah Sidik,

Zulkarnain Mohamed dan Nasruddin Yunus,28 ibu bapa bertanggungjawab mengajar anak-anak bersyukur dengan segala kurniaan Allah SWT dan mendidik mereka supaya tidak mensyirikkan-Nya dengan melakukan kemungkaran.

Dapatan seterusnya menunjukkan informan E turut menanamkan rasa kecintaan dan

keimanan terhadap Rasulullah s.a.w. kepada anaknya. Penerapan nilai keimanan ini adalah melalui pendekatan nasihat dan penceritaan sirah Rasulullah dalam menyebarkan dakwah. Informan turut menanamkan rukun iman yang ketiga dengan menyatakan bilangan nabi yang

wajib dipercayai seperti dapatan berikut:

“Saya bercakap padanya, “Adik, adik perlu baca sejarah Nabi, perlu tahu siapa

Nabi itu, sebab baginda dilahirkan. Semasa Nabi lahir, semua orang bukan Islam. Jadi, betapa susahnya Nabi kita berdakwah. Sekarang, ramai orang beragama

Islam. Kita senang untuk beribadat. Pada zaman Nabi dahulu, jika hendak solat, mereka mungkin dipukul atau dibunuh. Sekarang, tiada lagi masalah itu. Kita juga wajib percaya kepada Rasul. Rasul tu ada 25 orang. Nabi kita, Nabi Muhammad.”

(Informan E)

Dapatan temu bual mendapati, informan ini juga turut menerapkan nilai keimanan kepada para malaikat dengan menggunakan pendekatan latih tubi. Informan menerapkan nilai ini ketika

membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah. Informan memberi penjelasan yang terperinci apabila didapati anak remaja bermasalah pembelajarannya agak keliru tentang rukun iman kedua iaitu percaya kepada malaikat seperti pernyataan di bawah:

28Roziah Sidik, Zulkarnain Mohamed dan Nasruddin Yunus, Pengajian Islam, Edisi Kedua, (Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd, 2011),149.

Page 9: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

9

“Guru berikannya homework mengenai rukun iman. Pada Rukun Iman dia tulis, percaya kepada Ridhuan.29 Percaya kepada Malik30. Saya pun terangkan padanya,

“Adik, itu semua sudah terangkum. Jawapannya ialah percaya kepada malaikat. Malaikat itu banyak dan ada tugas masing-masing. Baik, mari kita search internet.

Cikgu mengajar, mungkin adik tidak berapa ingat, kita cari di internet.” Selepas itu, dia salinlah. Apabila baca dan salin, dia akan cepat faham.”

(Informan E)

Berdasarkan dapatan-dapatan ini, informan E merupakan ibu yang paling banyak

menggunakan pendekatan nasihat, penceritaan dan latih tubi dalam usaha menerapkan nilai keimanan berbanding dengan informan yang lain. Keprihatinan informan ini adalah sama seperti

yang disarankan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin bahawa keimanan kepada Allah, malaikat, para rasul dan sebagainya perlu dipupuk dalam diri individu muslim bagi memenuhi fitrah semula jadi manusia yang sangat memerlukan agama.31 Nilai-nilai

keimanan ini cuba dipupuk oleh informan ini walaupun anaknya mengalami ketidaksempurnaan akal kerana fitrah manusia itu suka pada agama.

Dapatan seterusnya menerangkan pendekatan penerapan nilai-nilai ibadah yang dititikberatkan dalam pendidikan anak remaja bermasalah pembelajaran.

b) Nilai Ibadah

Penerapan nilai-nilai ibadah yang dititikberatkan oleh semua informan ialah dengan memberi penekanan kepada aspek fardu ain iaitu perkara yang wajib dilakukan dan berdosa sekira meninggalkannya. Perkara fardu ain tersebut ialah bimbingan solat, berpuasa, bimbingan bacaan

muqaddam dan al-Quran. Begitu juga dengan bimbingan cara berwuduk, bercukur, menjaga kebersihan diri dan mandi wajib.

Ibadah solat adalah amalan pertama yang wajib diterapkan oleh para ibu bapa kepada anak-anak. Empat daripada enam orang informan dalam kajian ini menerapkan ibadah solat

dengan menggunakan pendekatan tingkah laku iaitu melalui contoh tauladan dan tunjuk cara. Seorang informan menggunakan pendekatan peneguhan dalam pengamalan solat dan seorang informan lagi menggunakan pendekatan memujuk. Pendekatan memujuk digunakan selepas anak

informan enggan melaksanakan solat. Namun, informan membiarkan anak itu tidak bersolat sekiranya pujukan tersebut gagal.

Pendekatan tingkah laku yang digunakan dalam konteks ini bermaksud seseorang anak bertingkah laku berdasarkan pengalaman dengan melihat ibu bapa mereka yang menunjukkan

contoh tauladan yang baik.32 Pendekatan contoh tauladan dan tunjuk cara dalam proses penerapan ibadah solat ini memerlukan informan mengimamkan solat dan menguatkan

29 Ridhuan ialah nama malaikat yang menjaga syurga. 30 Malik ialah nama malaikat yang menjaga neraka. 31 Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin, terj. Abu Hasan

Din al-Hafiz, (Kuala Lumpur: Pustaka Fajr,2006),684. 32Khalim Zainal, "Memahami Tingkah laku Remaja Bermasalah dari Perspektif Teori Tingkah Laku, Humanist ik,

Psikoanalitik & Tret Personaliti." Jurnal Pengajian Umum Bil 9 (2008): 46.

Page 10: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

10

bacaannya supaya dapat didengari oleh anak-anak remaja bermasalah pembelajaran. Pendekatan tingkah laku ini dikenal pasti melalui dapatan temu bual berikut:

“Berkenaan solat, pada mulanya, saya ajar dia. Dia akan solat dengan saya dan

saya akan membaca bacaan solat dengan kuat. Saya mahu dia dengar. Lama-kelamaan anak saya sudah boleh solat sendiri dengan betul. Walaupun saya tidak solat (haid), saya pantau dia bersolat. Saya tidak ajarnya perkara yang susah.

Bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, itu sahaja yang saya ajar. Bacaan Robbighfirli,33 duduk antara dua sujud pun saya ajar sehingga ke hari ini.”

(Informan E)

Kebanyakan informan memerlukan proses yang lama, berterusan dan berulang-ulang untuk mendidik anak-anak remaja bermasalah pembelajaran agar dapat menguasai ibadah solat. Ini diterangkan oleh seorang informan lain yang sentiasa memberi bimbingan kepada anak beliau

setiap kali bersolat secara berjemaah di rumah:

“Anak saya tidak boleh membaca Surah Al-Fatihah sendiri. Saya yang perlu mulakan ayat awalnya dan dia akan sambung. Begitu juga dengan surah-surah lain, begitu juga keadaanya. Jika saya mohon padanya, “Adik, baca 3 qul34, dia

tidak tahu. Saya juga sembahyang jemaah bersamanya.”

(Informan A)

Dua daripada enam informan didapati mengambil usaha untuk mengatasi kesukaran

anak-anak remaja bermasalah pembelajaran ini melaksanakan ibadah. Sebuah bangku disediakan untuk memudahkan anak informan bersolat bagi mengatasi kesukarannya mendirikan solat secara berdiri seperti pernyataan berikut:

“Dia sembahyang tidak seperti orang biasa kerana dia tidak boleh duduk bersila. Dia perlu duduk. Selalunya saya akan sediakan bangku. Saya bantu dia solat

walaupun dia kekurangan dari segi fizikal. Solat ini perlu diterapkan juga.”

(Informan A)

“Saya perlu sediakan kain pelikat dia dan bentangkan sejadah. Kemudian, kami

solatlah secara berjemaah.”

(Informan F)

Anak-anak remaja bermasalah pembelajaran juga tidak terkecuali mengikut keinginan

sendiri dalam melaksanakan ibadah solat. Namun demikian, dua informan menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah ini. Seorang informan didapati memahami keadaan dan kesukaran anak untuk melaksanakan solat manakala seorang lagi informan

menggunakan pendekatan peneguhan bagi menunjukkan sifat tegas mereka terhadap pengamalan solat. Dapatan temu bual menunjukkan dua situasi berbeza seperti berikut:

33 Robbighfirli adalah bacaan permulaan duduk di antara dua sujud dalam solat. 34 3 qul bermaksud 3 surah yang dimulai dengan qul iaitu surah al-Ikhlas, surah al-Nas dan surah al-‘Alaq.

Page 11: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

11

“Masalah anak saya untuk bersolat ini, jika dia mahu solat, dia akan bersolat. Jika dia tidak mahu, dia tidak solat. Saya pun faham situasi dia. Dia ikut mood. kalau

mood dia baik, dia bersolat. Kalau dia malas, dia akan beri macam-macam alasan.”

(Informan A)

“Kadang-kadang, dia ikut mood kalau hendak solat. Anak saya memang ikut mood. Hari-hari saya perlu sentiasa ingatkannya untuk terus bersolat. “Along, pergi solat, sudah cukup masa ini.” Jika mood dia baik, solatnya baik.”

(Informan C)

Pendekatan peneguhan seperti yang digunakan informan di atas adalah dengan selalu mengingat dan menggalakkan anak yang hanya mengikut kehendak sendiri tidak mahu bersolat

untuk segera menunaikan solat. Pendekatan ini digunakan seperti yang disarankan oleh Mohamad Khairudin Bajuri et al., yang menyatakan bahawa tujuan peneguhan adalah untuk

mendorong dan memberi semangat serta galakan kepada anak-anak supaya berterusan mengamalkan nilai ibadah iaitu bersolat.35 Pendekatan peneguhan dapat mengurangkan dan menghapuskan tingkah laku anak daripada lalai menunaikan solat yang wajib.

Berdasarkan objektif pertama yang dibincangkan di awal bab ini, terdapat ibu bapa yang cuba berusaha menyelesaikan masalah dalam usaha menerapkan nilai-nilai ibadah kepada anak

remaja bermasalah pembelajaran. Seorang informan didapati menggunakan pendekatan pujukan dan kemudian menggunakan peneguhan negatif iaitu dengan mencubit anak yang tidak mahu

bersolat wajib, berpuasa di bulan Ramadan, mengaji al-Quran dan sebagainya. Situasi ini menyebabkan informan mengandaikan bahawa anaknya itu belum lagi bersedia mengamalkan ibadah khususnya solat dan berpuasa. Beliau juga kelihatan seperti sangat memahami dan

menerima keadaan anaknya seperti kenyataan ini:

“Saya ajak dia bersolat, berpuasa, tetapi dia tidak mahu. Dari sudut agama, memang saya cuba ajar dia. Saya mengambil tindakan bertolak ansur dan tidak memaksa. Saya gunakan pendekatan begitu. Apabila sampai masanya, jika dia

mahu, In sha Allah dia akan laksanakan ibadah itu. Bagi saya, ada sedikit kerumitan untuk saya terapkan nilai-nilai Islam ini. Mungkin belum sampai

masanya untuk anak saya terima. Kadang-kadang saya marah padanya, tetapi tindakan ini tidak patut kerana keadaannya begitu. Kadang-kadang, saya cubit juga.”

(Informan D)

Al-Quran adalah perkataan atau kalamullah S.W.T. Menguasainya adalah satu kewajipan bagi seseorang Muslim.36 Oleh yang demikian, peranan ibu bapa adalah dengan membimbing

anak remaja bermasalah pembelajaran menguasai kalam Allah S.W.T bagi menunaikan 35 Mohamad Khairudin Bajuri, Rohaida Mohd Saat, M.Y Zulkifli Mohd. Yusoff, Noor Naemah Abdul Rahman dan

Durriyyah Sharifah Hasan Adli. "Pendekatan Peneguhan bagi Aktiviti Hafalan al-Quran dalam Kalangan Pelajar di

Peringkat Menengah Rendah," Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, Bil.8, Jun 2014, 114. 36 Norakyairee Hj Mohd Raus, et al. "Pengajaran Al-Quran Braille: Isu dan Cabaran Semasa." QURANICA-

International Journal of Quranic Research”, Jil.3, No.4 (2013).79-94.

Page 12: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

12

kewajipan sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini. Dapatan temu bual telah memberi gambaran yang lebih mendalam bahawa lima daripada enam informan didapati memberi

bimbingan membaca Muqaddam dan al-Quran kepada anak remaja bermasalah pembelajaran menggunakan pendekatan talaqqi dan musyafahah iaitu pengajaran yang secara bersemuka dan

dari mulut ke mulut dan teknik hafalan.

Dua daripada lima informan ini mendapatkan bimbingan membaca Muqaddam atau al-

Quran di rumah orang yang berkelayakan. Namun, kedua-dua informan ini menghadapi pelbagai cabaran untuk mendapat sokongan positif daripada masyarakat setempat seperti dapatan berikut:

“Saya hantar dia mengaji Al-Quran di banyak tempat. Saya hantar anak saya kepada orang yang benar-benar faham keadaaannya yang mengalami masalah

slow learner. Dia bukan macam budak-budak biasa. Dia pernah dimarahi kerana tidak menguasai bacaan al-Quran dengan baik dan membuatkannya tiada keyakinan diri. Saya juga ada menerangkan pada ustazah itu bahawa anak saya ini

tidak normal. Sekarang, anak saya sudah pandai mengaji. Dia sudah 28 juz.”

(Informan F)

“Dari sudut mengaji, sampai sekarang, anak saya masih mengaji. Umur dia sudah

18 tahun. Ustaz itu sahaja yang ambil dia. Saya hantar kepada ustaz itu sewaktu dia berumur 9 tahun. Saya maklumkan ustaz itu akan keadaan anak saya. Sampai

sekarang, anak saya masih Iqra’ 1 kerana dia cepat lupa. Tetapi, tidak mengapa”

(Informan C)

Dapatan kajian ini menyokong dapatan kajian Khadijah Abdul Razak dan Norashidah Mohamad Salleh37 yang mendapati bahawa tahap penguasaan bacaan al-Quran oleh anak

keperluan khas adalah pada tahap sederhana. Ketidakupayaan mental yang dialami oleh anak remaja bermasalah pembelajaran bukan halangan untuk menguasai kemahiran tersebut. Perkara

ini dibuktikan lagi dengan dapatan kajian bahawa anak informan iaitu Miza (bukan nama sebenar) yang merupakan anak remaja bermasalah pembelajaran juga mampu menguasai bacaan al-Quran dengan baik.

Dalam menguasai bacaan al-Quran ini, dua orang informan yang lain mengakui bahawa anak remaja mereka mula pandai menghafal surah-surah pendek dengan bimbingan guru di

sekolah. Kemahiran ini diteruskan dengan peranan yang dimainkan oleh informan seperti yang terdapat dalam data temu bual berikut:

“Kadang-kadang saya ajarnya ayat-ayat pendek, dia baca juga. Dia ikut saya membaca surah-surah seperti Al-Ikhlas sebab cikgu ajar dia hafal Surah Al-Ikhlas

dan surah lain.”

(Informan E)

37 Khadijah Abdul Razak dan Norshidah Mohamad Salleh. “ Pengajaran Tilawah al-Quran dalam kalangan Kanak-

kanak Bermasalah Penglihatan”, dalam J. S. Dharta Ranu Wijaya, Praktik-praktik Terbaik Pendidikan untuk

Semua: Isu-isu Pendidikan Khusus di Indonesia dan Malaysia, (Bandung: Rizqi Press), 252-267.

Page 13: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

13

“Kita memang ajar melalui hafalan dan praktikal, baru dia boleh tahu. Dia pun tidak mampu ingat sepenuhnya dengan cepat. Tetapi kitalah yang memberi

tunjuk ajar pada dia, yang senang didahulukan.”

(Informan B)

“Anak saya ini seorang yang menghafal. Seperti bacaan Surah Al-Fatihah dalam

solat, saya memang ajar melalui teknik hafalan. Bacaan 3 qul, dia ingat juga sebab surah ini dibaca dalam solat. Jadi, setiap bulan, saya akan ingatkan dia semula untuk mengulangkaji hafalan surah. Bacaan 3 qul , mungkin dia lupa sedikit tetapi

Surah Al-Fatihah, dia boleh membaca.”

(Informan C)

Penjelasan ibu bapa dalam kajian ini juga membuktikan komitmen ibu bapa terhadap

bimbingan membaca al-Quran yang diberikan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran ini. Dalam usaha penerapan nilai ibadah kepada anak remaja bermasalah pembelajaran, terdapat ibu

bapa yang menggunakan pendekatan berbentuk teknologi maklumat iaitu penggunaan perisian al-Quran yang berbentuk al-Quran Digital dan Compact Disc (CD). Perisian-perisian ini sering dimainkan di dalam kenderaan untuk mengukuhkan daya hafalan anak terhadap bacaan ayat-ayat

suci al-Quran. Ini dipetik daripada data-data temu bual bersama beberapa informan seperti berikut:

“Dia ada dengar bacaan surah melalui laptop atau hand phone. Contoh saya suruh dia baca al fatihah..Dia pandai sebab dia menghafal. Dia akan hafal melalui

earphone. Dia juga ada guna Quran digital.”

(Informan A)

“Kalau saya pasang CD Yasin dalam kereta, atau kadang-kadang ada ayat-ayat pendek, dia baca juga seperti surah Al-Ikhlas, dia akan ikut melalui CD yang

didengar itu. Kalau dia dengar surah Yasin melalui CD juga, dia boleh ikut. Sebab tiap-tiap minggu dia dengar. Lepas tu dia mulalah sambung sikit-sikit.”

(Informan E)

Penggunaan media seperti ini dipercayai dapat mempengaruhi tingkah laku individu. Menurut Haryati Abdul Karim,38 Ab. Halim Tamuri39 dan Ika Destiana, Ali Salman serta Mohd

Helmi Abd Rahim,40 penggunaan media elektronik adalah sangat sinonim dengan kehidupan harian para remaja. Oleh itu, pemilihan media yang baik seperti yang dinyatakan telah

38 Haryati Abdul Karim. "Globalisasi, Penggunaan Media Dan Identiti Hibrid Di Kalangan Remaja

Malaysia." Southeast Asia Psychology Journal , Jil.1, (2014), 77-105. 39 Ab. Halim Tamuri, "Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke Atas Remaja

Melayu Luar Bandar." Sari 27 (2009). 199-212. 40 Ika Destiana, Ali Salman dan Mohd Helmi Abd Rahim, "Penerimaan Media Sosial: Kajian dalam Kalangan

Pelajar Universiti di Palembang," Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal of Communication, Bil.29, no. 2 (2013),

125-140.

Page 14: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

14

dititikberatkan oleh dua orang informan kajian ini dalam mempengaruhi pemupukan nilai Islam khususnya dalam penguasaan bacaan al-Quran.

Dari sudut bimbingan asas penyucian diri seperti mandi dan berwuduk, kajian mendapati

semua ibu bapa terus bersabar dan bersedia memberi bimbingan yang berterusan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran mereka. Lima daripada enam orang informan telah menggunakan pendekatan tunjuk cara dan penerangan secara jelas dalam memberi pendedahan

cara mandi wajib, bercukur serta bimbingan akil baligh seperti bermimpi dan kedatangan haid:

“Cara mandi wajib, saya ajar. Cara mandi, cara mencuci, tertib mandi, semuanya

saya ajar. Sekarang, dia sudah pandai mandi sendiri. Mandi wajib tu saya pantau juga.”

(Informan A)

“Sebenarnya anak saya ini tidak tahu hendak membezakan air mani. Apabila kita sudah hilang rasa malu, barulah kita cakap padanya, “Kalau ada sesuatu keluar

daripada (kemaluan) itu berwarna putih, Along mesti mandi wajib. Mandi wajib ini mesti niat iaitu “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”. Kemudian, cuci semua sehingga bersih.” Saya beritahu dia, suruh dia buat

begitu.”

(Informan C)

“Tentang balighnya itu, saya cakap dengan abang-abangnya, “Tolong ajar adik

ini. Jangan biar dia terlepas, dia tidak tahu apa-apa.” Jadi, abangnya pun ajar. Abang keduanya rajin. Abangnya ajar cara potong bulu yang sudah tebal. Abang dia buat.”

(Informan E)

“Ayah dia yang ajar. Cara mandi wajib. Mungkin dengan saya,dia malu. Jadi, ayahnya yang ajar. “Kalau nampak ada air macam ini, air warna putih, kalau air

ini sudah keluar, Mail mesti mandi. Tidak boleh sembahyang.” Ayahnya beritahu begitu.”

(Informan F)

Informan-informan ini telah memberi pendedahan yang sepatutnya tentang cara

penyucian diri terhadap anak remaja bermasalah pembelajaran mereka. Perkara ini penting bagi menunjukkan bahawa Islam itu indah dan suci kerana Allah S.W.T sangat menyukai hamba-

hambanya yang menyucikan diri.41

Di samping itu, kajian mendapati empat informan ini juga memberikan bimbingan akil

baligh serta penjelasan tentang batas-batas aurat dan pergaulan antara lelaki dan wanita melalui pendekatan nasihat. Proses menasihati anak remaja bermasalah pembelajaran perlu diterangkan

secara jelas dan terperinci tanpa menggunakan kiasan supaya anak itu memahami nasihat yang disampaikan. Salah seorang informan cuba mendisiplinkan anaknya supaya meletakkan tangan

41 Surah at-Taubah (9):108

Page 15: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

15

di belakang semasa berkomunikasi dengan mana-mana perempuan yang bukan muhrim. Informan mendidik anaknya sedemikian sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan

anaknya itu bersentuhan dengan seseorang perempuan. Ini diceritakan oleh informan mengenai batas-batas pergaulan tersebut kepada anaknya yang dipanggil Along:

“Saya mesti ajar dia sebab dia lelaki. “Along, lelaki tidak boleh sentuh perempuan. Seperti di sekolah, Along boleh bercakap dengan perempuan tetapi

jangan pegang. Apabila bercakap dengan perempuan, tangan letak di belakang. Tidak boleh pegang. Tidak baik dan berdosa.”Wajib saya ajar perkara itu, saya

risau kerana anak saya lelaki. Jika anak perempuan lagi saya risau.“Jangan sentuh. Itu bukan muhrim. Apa hukum menyentuh yang bukan muhrim?” Dia cakap, “Berdosa.” “Ya, betul! Berdosa dan nanti masuk api neraka,” saya cakap secara

ringkas asalkan saya beritahunya juga.”

(Informan C)

Teknik nasihat juga digunakan oleh seorang informan yang lain dalam membimbing anak

remaja bermasalah pembelajaran beliau mengenai batas-batas pergaulan iaitu semasa menerima sepucuk surat daripada kawan yang berlainan jantina.

“Saya ternampak satu surat, pelajar perempuan bagi padanya. Lalu, saya tanya padanya, “Siapa budak ini?” Dia beritahu budak itu adalah kawan

sekolahnya.“Adakah Adik dapat surat daripadanya?” “Mana mama tahu? Adik tidak suka dia, tetapi dia yang beri surat pada adik.” “Tidak mengapalah. Dia hendak kawan sahaja. Kita tidak suka, tidak mengapa.Kita jangan marah orang.

Orang hendak kawan dengan kita. Kita kawan seperti biasa.Tidak perlu membalas surat. Hanya lagak seperti biasa,” saya nasihat begitu padanya. Berkenaan bersalam pula, saya nasihat padanya, tidak usah bersalam jika dengan perempuan.

Jika saudara perempuan, ibu saudara, tidak perlu bersalam. Hanya sapa sahaja.”

(Informan F)

Dua orang informan ini memberi pendedahan kepada anak remaja masing-masing tentang

batas-batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan dari sudut menundukkan pandangan mata dan tidak berjabat tangan dengan mereka yang bukan muhrim sesuai dengan peringatan Allah

S.W.T.42

Penerangan dan penjelasan para informan mengenai batas-batas dan adab-adab dalam

pergaulan ini disusuli dengan penerapan nilai-nilai akhlak mulia kepada anak remaja bermasalah pembelajaran yang menjadi pelengkap kehidupan seorang muslim.

c) Nilai Akhlak

Berdasarkan literatur yang dibincangkan dalam bab dua, terdapat enam aspek akhlak yang perlu

diberi keutamaan oleh ibu bapa iaitu akhlak dalam kehidupan, bersosial, menunaikan ibadah,

42 Surah an-Nur (24):31

Page 16: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

16

menuntut ilmu dan akhlak terhadap Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W.43 Namun, kajian ini mendapati hanya tiga aspek akhlak yang diberi penekanan oleh ibu bapa dalam menerapkan

nilai-nilai akhlak iaitu akhlak dalam bersosial, akhlak dalam menjalani kehidupan seharian dan ketika menunaikan ibadah. Hanya tiga aspek ini sahaja yang diberi keutamaan kerana bidang

akhlak ini meliputi kehidupan anak remaja bermasalah pembelajaran serta sesuai dengan tahap pemikiran dan penerimaan mereka.

Lima daripada enam informan didapati cuba mengamalkan saranan seperti yang telah dianjurkan di dalam al-Quran iaitu galakan ibu bapa mendidik anak supaya berbuat baik dan

berbakti kepada kedua ibu bapa.44Pendidikan akhlak yang diberi penekanan ialah mendidik anak remaja supaya membantu bapa mengusahakan sebuah bengkel kereta, membantu perniagaan milik keluarga, mengajar melakukan kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan, membuang

sampah dan membasuh baju. Ini dipetik dari kenyataan-kenyataan informan berikut:

“Saya minta pertolongan kepada anak saya, “Tolong emak buang sampah.” Dia

pun akur lalu tolong apa yang patut. “Selepas makan, pinggan perlu dicuci, jangan tinggalkan di sinki.” Saya tidak mahu biasakan dia dengan tabiat buruk. Nanti

kalau pergi ke rumah orang, jika buat seperti itu, orang tidak suka.”

(Informan C)

Seorang informan turut mendidik anak remaja bermasalah pembelajaran beliau supaya mengangkat pakaian di ampaian sewaktu informan tiada kerana keluar bekerja:

“Saya selalu pesan pada dia, “Sebentar lagi, sekitar pukul dua atau tiga, Miza tolong angkat kain, khuatir nanti hujan.Jika Miza bimbang Miza tertidur, tolak

sahaja ampaian kain ke dalam.Tidak mengapa, nanti mama yang angkat. Kalau Miza rajin, tolong angkat.”Nanti, dia angkatlah.”

(Informan F)

Nilai-nilai akhlak seperti nilai bersyukur dan berterima kasih, nilai sabar, nilai saling membantu, nilai beradab sopan dan suka memaafkan, turut dititikberatkan oleh ibu bapa informan kajian ini. Sidek Baba menyatakan bahawa keperluan nilai, akhlak dan etika dalam

pendidikan anak-anak adalah untuk mengelakkan kerosakan sosial di samping anak tersebut lebih bersedia menghadapi realiti kehidupan mencabar.45

Nilai-nilai akhlak Islam yang cuba diterapkan oleh informan membolehkan seseorang anak membuat sesuatu pertimbangan sama ada tindakannya pada masa hadapan itu betul atau

salah sebagai panduan dalam menjalani hidup bersyariat.46 Dapatan berikut menunjukkan nilai-nilai akhlak yang diterapkan oleh ibu bapa dalam kajian ini:

1. Nilai bersyukur dan berterima kasih

43Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa dan Ahmad Munawar, “Memperkasakan Jati Diri Melayu -Muslim Menerusi

Pendidikan Islam dalam Pengajaran Akhlak”, Jurnal Hadhari (2012),31. 44 Surah Lukman (31):14 45 Sidek Baba, Keluarga Islam, ed. Azrina Sobian, (Kuala Lumpur :Institut Kefahaman Islam Malaysia 2007),268. 46 Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah : Sistem-sistem Islam,(Kuala Lumpur : Pustaka Salam,2011),119

Page 17: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

17

Bersyukur dan berterima kasih adalah salah satu akhlak Islam yang paling terpuji dan mulia.47 Ayat ini menyatakan bahawa orang-orang yang bersyukur dan berterima kasih akan diberi

balasan pahala yang besar di akhirat. Seorang informan didapati menerapkan nilai syukur dan berterima kasih kepada anaknya semasa pekerja kebersihan mengumpulsampah mereka di

kawasan perumahan. Walaupun mendapat tindak balas yang agak pelik daripada pekerja kebersihan tersebut, nilai berterima kasih ini wajar dicontohi oleh para ibu bapa yang lain. Perbualan di bawah menggambarkan situasi ini:

“Adik, jika adik nampak abang yang mengumpul sampah itu, adik mesti ucapkan

terima kasih. Jika dia tidak kutip sampah kita, sampah kita akan berulat.” Dia pun ucap,“terima kasih, abang.” Saya menasihatinya lagi, “Adik, walaupun seseorang itu membuat sesuatu yang kecil tapi ada kesan yang besar pada kita, adik.” Saya

sentiasa ajar dia, walaupun dia faham ataupun tidak.”

(Informan E)

2. Nilai sabar dan suka memaafkan orang lain

Sabar ialah menahan diri dari sesuatu perkara yang tidak disukai. Seseorang mukmin yang bersabar akan sentiasa redha dengan setiap ketentuan Allah S.W.T.48 Seorang informan kajian ini juga didapati menerapkan nilai sabar apabila anaknya Zaidi (bukan nama sebenar) mengadu

dipukul oleh rakan di sekolah. Informan menenangkan anaknya dengan kata-kata seperti di bawah:

“Tidak mengapa, biarkanlah. Itukan kawan-kawan kita. Mungkin tidak sama. Mungkin di rumahnya,emak dia tidak sayangkan dia sepertimana ibu sayang

Zaidi. Tetapi dengan Zaidi, kawan itu inginkan kasih sayang. Dia mahu Zaidi sayangkan dia.” Begitulah, saya beritahu dia.”

(Informan E)

Nilai sabar yang diterapkan informan ini dapat melahirkan perasaan berkasih sayang sesama insan di samping mendidik anaknya supaya tidak berdendam dan memaafkan kesalahan orang lain semasa terlibat dengan pertengkaran kecil di sekolah:

“Tidak mengapalah adik, memang kawan Zaidi itu begitu.” Kadang-kadang, anak saya bergaduh dengan kawannya di sekolah, dia akan mengadu dan saya cuba

tenangkan dia, “Tidak mengapalah adik, maafkanlah dia. Dia kawan kita.”

(Informan E)

Informan ini didapati telah mempraktikkan saranan Allah S.W.T di dalam al-Quran bagi

mengukuhkan jati diri dan membentuk peribadi mukmin dalam diri anak-anak. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

47 Surah Ali Imran (3):145 48 Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah, terj., H.M Asywadi Syulur Lc, Dasar-dasar Ilmu Da’wah, Jil. 2, (Kuala

Lumpur: Dewan Pustaka Fajar,2001), 71

Page 18: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

18

“Berilah kemaafan dan suruhlah berbuat kebaikan serta berpalinglah dari orang-orang yang jahil”

Surah al-‘Araf (7):19

3. Nilai saling membantu

Seorang informan menceritakan bahawa nilai saling membantu juga diterapkan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran. Nilai tersebut adalah dengan menghulurkan bantuan atau derma kepada orang lain. Anak beliau didapati sering membantu rakan-rakan yang tidak

membawa wang saku ke sekolah. Petikan temu bual di bawah menerangkan situasi anaknya Mila (bukan nama sebenar) yang suka membantu rakannya:

“Jika kawan Mila tidak bawa duit saku atau tidak makan, Mila akan cerita kepada saya, “Mama, kawan adik tidak makan.” Dia tahu. Jadi, dia mintalah duit pada

saya. Saya pula memang selalu berada di sekolah ketika waktu rehat. Mila akan beri duit kepada kawannya itu.Dia tahu yang mana kawannya yang tidak ada duit.

Dia akan beritahu saya. Dia suka tolong orang.”

(Informan A)

Galakan amalan saling membantu ini adalah seperti yang disarankan oleh Imam al-Ghazali, seorang ilmuwan tersohor dalam dunia Islam dalam kitabnya Bidayatul Hidayah yang

menyatakan bahawa orang yang saling membantu dan berkelakuan baik itu akan mendapat ganjaran yang setimpal malah lebih baik dari perbuatannya.49 Oleh itu, informan berharap agar

kebaikan beliau yang suka menolong orang lain dapat dicontohi oleh anak remajanya juga.

4. Nilai beradab sopan

Beradab sopan adalah akhlak yang sering dicontohi oleh baginda Rasulullah s.a.w. Merujuk kepada kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali,50 Rasulullah s.a.w mengamalkan adab

sopan dengan menghulurkan salam, berlemah lembut ketika berbicara dan tidak sombong. Nilai beradab sopan yang diterapkan oleh informan kajian ini ialah dengan menggalakkan anaknya,

Mail (bukan nama sebenar) menghulurkan salam kepada orang yang lebih tua di samping merendahkan tutur kata semasa berbicara sepertimana hasil dapatan temu bual berikut:

“Saya cakap padanya, “Jika bertemu Pak Cik, kawan ayah atau sesiapa,jika sepuluh kali jumpa pun, sepuluh kali sapa.Apabila berjumpa, terus bersalam.

Tidak mengapa.” “Kenapa mahu salam banyak kali?” Dia bertanya. “Tidak mengapalah. Hari ini Mail jumpa, Mail bersalam. Jika esok jumpa lagi, bersalam juga. Apa salahnya.” Jawab saya dan dia pun diamlah.”

49 Abu Hamid al-Ghazali, Bidayatul Hidayah, terj., Abdul Samad al-Falimbani, Hidayatus-Salikin fi Suluki

Maslakil-Muttaqin,(Kedah : Khazanah Banjariah & Pustaka Suhbah, 2010), 295. 50Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin : Inti pati Ihya’

Ulumuddin Pengajaran bagi Orang-orang Mukmin, terj., Abu Hasan Din al-Hafiz, (Kuala Lumpur: Pustaka Fajr,

2006),645.

Page 19: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

19

(Informan E)

Selain penerapan nilai-nilai akhlak dalam pergaulan sosial seperti di atas, kajian juga mendapati bahawa seorang informan memberikan penekanan kepada aspek akhlak dalam

kehidupan seharian seperti adab mandi untuk anak remaja bermasalah pembelajaran. Adab mandi yang diberi penekanan ialah dengan memberi penekanan supaya anak mandi dengan keadaan yang sopan walaupun berseorangan. Seperti dinyatakan informan ini:

“Saya cakap padanya, “Jika kita mandi, kita tidak boleh bogel. Kita mesti memakai kain basahan. Kita mesti menutup aurat.”

(Informan A)

Penerangan tentang konsep dosa dan pahala juga adalah cara memupuk nilai peribadi dan akhlak anak remaja bermasalah pembelajaran. Ibu bapa wajib memberikan penjelasan tentang

konsep dosa yang haram dilakukan dan konsep pahala yang dituntut untuk dilaksanakan kepada anak-anak.51 Kepentingan penerapan nilai ini adalah untuk mengelak anak remaja bermasalah

pembelajaran melakukan perbuatan-perbuatan keji dan cela yang boleh mencalar identiti diri sebagai seorang Islam.

Dalam konteks kajian ini, lima daripada enam informan telah mempraktikkan pendekatan nasihat melalui medium televisyen melalui program Rancangan Tanah Kubur, saluran OASIS. Pendekatan yang digunakan oleh ibu bapa ini ialah dengan mengulas semula kisah-kisah dosa

serta akibat dari sesuatu perbuatan sesuai dengan pengetahuan anak-anak remaja bermasalah pembelajaran seperti kenyataan berikut:

“Seperti rancangan Tanah Kubur, anak saya memang sangat gemar rancangan itu. Jadi, saya pun cakap, “Apabila kematian seperti ini, lihat perbuatannya yang dia

sudah buat pada ibunya.” Ataupun, “Lihat, dia mencuri, apa balasannya? Mahukah apabila mati nanti, kita jadi seperti ini?”Anak saya pun fahamlah.”

(Informan C)

“Biasanya anak ini, saya terangkan padanya tentang hukum sesuatu perbuatan yang dilarang. Contohnya, siapa mencuri akan ditangkap polis. Apabila dia tonton drama dalam televisyen, saya perlu ulas semula cerita itu. Cerita Tanah Kubur

banyak mengajarnya. Saya kerap bertanya anak saya, “Apa yang kamu tonton itu?” Dia akan berceritalah tentang kisah-kisah orang yang derhaka, orang

mencuri, orang kurang ajar dan sebagainya melalui rancangan televisyen itu. Dia minatlah.”

(Informan E)

“Saya selalu mencelah apabila dia sedang leka menonton televisyen, “Jika kita

tidak sembahyang, lihat keadaan apabila mati nanti.” Dia suka menonton

51Ibid, 424.

Page 20: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

20

(rancangan) Tanah Kubur. “Jika sudah buat jahat seperti ini, di dunia Tuhan sudah tunjukkan.”

(Informan F)

Melalui media televisyen ini, tiga daripada enam informan ada menegaskan akibat atau balasan sesuatu perbuatan seperti derhaka kepada kedua-dua ibu bapa, akibat melakukan sesuatu

kejahatan seperti mencuri dan tidak bersolat berdasarkan rancangan Tanah Kubur yang ditayangkan. Dapatan ini menyokong pendapat Haryati Abdul Karim yang menyatakan bahawa penggunaan media tidak hanya digunakan untuk keseronokan tetapi digunakan untuk

memuhasabah diri seseorang individu.52 Oleh itu, informan-informan ini telah memainkan peranan yang sangat baik dalam mempengaruhi anak remaja bermasalah pembelajaran untuk

menghayati nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam.

Penerangan tentang konsep dosa dan pahala melalui pendekatan nasihat secara berterusan

juga dilaksanakan oleh ibu bapa kajian ini. Nasihat-nasihat ini merangkumi larangan melayari video dan gambar-gambar lucah di internet. Seorang informan menasihati anak remajanya

supaya tidak menonton video lucah di internet. Informan menyatakan bahawa beliau dan suami menasihati anak mereka itu dengan menjelaskan hukum dan sebab mengapa tidak boleh menonton video sedemikian seperti yang dijelaskan di bawah:

“Suatu hari, saya rasa dia ada buka website yang tidak sepatutnya, jadi saya

beritahunya perkara ini tidak elok. “Miza budak kecil lagi. Miza belum besar lagi. Ini untuk orang yang sudah berkahwin.”Ayahnya juga beritahu,“Tidak elok. Miza belum besar lagi. Perkara ini untuk orang-orang yang sudah besar dan sudah

berkahwin.” Saya cakap begitu. “Ini dosa. Tengok pun tidak boleh. Sebab apa tidak boleh tengok? Sebab Miza tengok aurat orang. Tengok aurat orang adalah berdosa.Kita hendak sembahyang pun kena tutup aurat, ini kita tengok aurat

orang. Berdosa.”

(Informan F)

Informan C pula memberi nasihat kepada anak remaja bermasalah pembelajarannya

supaya tidak melayari gambar-gambar wanita berpakaian seksi di internet. Informan turut memberi amaran bahawa melayari gambar sedemikian akan menyebabkan komputer dan

sebagainya akan dijangkiti virus dan melibatkan kos pembaikan yang mahal. Tindakan kedua-dua informan ini adalah sangat wajar kerana anak-anak remaja muslim juga tidak terkecuali daripada terlibat dengan budaya negatif yang dibawa melalui teknologi maklumat dan

komunikasi ini.53 Oleh itu, peranan ibu bapa adalah memantau aktiviti anak bagi mengelak penularan nilai negatif seperti pergaulan bebas, pendedahan aurat dan sebagainya dari meresap

ke dalam jiwa seorang mukmin.

52Haryati Abdul Karim. "Globalisasi, Penggunaan Media Dan Identiti Hibrid Di Kalangan Remaja

Malaysia." Southeast Asia Psychology Journal , Jil.1, (2014),96. 53Ab. Halim Tamuri, "Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar." Sari 27 (2009). 199-212.

Page 21: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

21

Penerangan tentang konsep dosa juga diterapkan melalui larangan berkelakuan lucah. Seorang informan cuba menjelaskan perkara yang mungkin tidak diketahui bahawa ia adalah

salah oleh anak remaja bermasalah pembelajarannya itu. Larangan seperti ini sangat penting bagi mengelakkan anak remaja bermasalah pembelajaran berkelakuan lucah di khalayak ramai:

“Anak saya pernah tunjuk pada saya alat sulitnya yang tegang. Saya nasihatkan dia, “Ini berdosa. Adik tidak boleh tunjuk alat sulit ini pada orang. Tidak elok.”

(Informan E)

Berdasarkan dapatan kajian di atas, ibu bapa adalah acuan bagi mencorak kehidupan anak remaja bermasalah pembelajaran. Semua informan menggunakan teknik nasihat apabila anak-

anak melakukan perkara yang menyimpang daripada syariat Islam semata-mata untuk melahirkan anak yang berakhlak mulia seterusnya melahirkan masyarakat madani yang taat kepada Allah S.W.T. Proses penerapan nilai-nilai Islam yang merangkumi aspek nilai keimanan,

ibadah dan akhlak yang ditanam dalam jiwa anak-anak remaja seperti ini turut memerlukan para ibu bapa berhadapan dengan dunia luar untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, situasi sebenar

perlu dihadapi dan memerlukan penglibatan ibu bapa dengan lebih efektif.

Kesimpulan

Kajian mendapati, ibu bapa menggunakan pendekatan nasihat dan penceritaan, galakan dan suruhan, pendekatan latih tubi, pendekatan tingkah laku iaitu melalui contoh teladan dan

tunjuk cara, pendekatan peneguhan dan penggunaan multimedia dalam penerapan nilai keimanan, nilai ibadah dan nilai akhlak. Sebaliknya, pendekatan pujukan digunakan kepada anak

remaja bermasalah pembelajaran yang masih dalam proses pembelajaran sesuai dengan tahap pemikiran mereka.

Penerapan nilai iman yang diterapkan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran ialah berkaitan dengan keimanan kepada Allah S.W.T, keimanan kepada malaikat, rasul dan kitab.

Selain itu, penerapan nilai ibadah yang ditekankan ialah berkaitan dengan ibadah solat, puasa, bimbingan bacaan muqaddam dan Al-Quran, bimbingan cara bersuci seperti berwuduk, bercukur, cara menjaga kebersihan diri dan mandi wajib, penerangan hukum atau akibat

melakukan atau meninggalkan sesuatu amalan, bimbingan batas-batas aurat dan cara berpakaian. Terdapat juga sebahagian informan ibu bapa yang memberikan bimbingan pengamalan ibadah

sunat seperti Solat Sunat Dhuha, Solat Terawih dan sebagainya.

Melalui penerapan nilai akhlak pula, pengkaji merumuskan bahawa ibu bapa telah

memberi didikan kepada anak remaja bermasalah pembelajaran berkaitan dengan adab dalam kehidupan seperti adab sebelum dan selepas makan, adab sebelum dan selepas tidur. Penekanan juga diberikan oleh ibu bapa tentang akhlak dalam bersosial sesama ahli keluarga dan orang lain

dengan memupuk nilai berkasih sayang, nilai bersyukur dan berterima kasih, saling membantu, nilai sabar dan bermaafan.

Page 22: Artikel ispen-i

Persidangan Kebangsaan Isu-isu Pendidikan, (ISPEN-i 2016), 21-22 Mei 2016, Auditorium Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

22

Rujukan

Ab. Aziz Mohd Zain, Metodologi Dakwah, (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2001).Ab. Halim Tamuri,"Hubungan Antara Pegangan Nilai Moral dengan Media Massa: Tinjauan ke Atas Remaja Melayu Luar Bandar." Sari 27 (2009).

‘Abd Al-Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, cet.7, (Beirut: Mu’assasah al-Risalah, 2001).

‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, Pendidikan Anak-anak Menurut Pandangan Islam, terj, Jil.1, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 1998).

‘Abdullah Nasih ‘Ulwan, Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Mujallad Awwal), terj. Mohd Ikhwan Abdullah, Jil.1, (Selangor: Publishing House Sdn Bhd, 2015)

Ab Aziz Mohd Zin et al., Dakwah Islam Terhadap Orang Kurang Upaya, (Kuala Lumpur :

Penerbit Universiti Malaya, 2009).

Abdul Hafiz Mat Tuah, Zakaria Stapa dan Ahmad Munawar, “Memperkasakan Jati Diri Melayu-

Muslim Menerusi Pendidikan Islam dalam Pengajaran Akhlak”, Jurnal Hadhari (2012).

Norakyairee Hj Mohd Raus, et al. "Pengajaran Al-Quran Braille: Isu dan Cabaran

Semasa." QURANICA-International Journal of Quranic Research”, Jil.3, No.4 (2013).

Muhammad Jamaluddin Al-Qasimi Ad-Dimasqi, Mau’izhoh al-Mukminin min Ihya’ Ulumuddin : Inti pati Ihya’ Ulumuddin Pengajaran bagi Orang-orang Mukmin, terj: Abu Hasan Din al-Hafiz, (Kuala Lumpur: Pustaka Fajr, 2006).

Khadijah Abdul Razak dan Norshidah Mohamad Salleh. “ Pengajaran Tilawah al-Quran dalam kalangan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan”, dalam J. S. Dharta Ranu Wijaya, Praktik-

praktik Terbaik Pendidikan untuk Semua: Isu-isu Pendidikan Khusus di Indonesia dan Malaysia, (Bandung: Rizqi Press).

Ika Destiana, Ali Salman dan Mohd Helmi Abd Rahim, "Penerimaan Media Sosial: Kajian dalam Kalangan Pelajar Universiti di Palembang." Jurnal Komunikasi; Malaysian Journal

of Communication, Bil.29, no. 2 (2013).

Roziah Sidik, Zulkarnain Mohamed dan Nasruddin Yunus, Pengajian Islam, Edisi Kedua, (Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd, 2011).Sidek Baba, Keluarga Islam, Kemahiran Keibubapaan dan Cabaran Semasa, ed. Azrina Sobian, (Selangor: MPH Group Publishing

Sdn Bhd dan Institut Kefahaman Islam Malaysia 2007).