Artikel Pc Tugasan 3 - Copy

download Artikel Pc Tugasan 3 - Copy

of 19

description

JGUJ

Transcript of Artikel Pc Tugasan 3 - Copy

1.0 PENGENALAN

Menurut Prof Madya Dr. Nik Azis Nik Pa (1999), kanak-kanak pintar cerdas adalah satu amanah dan rahmat daripada Allah yang perlu dikembangkan dan dimanfaatkan demi kebaikan umum. Menurut Hildreth, sekiranya bakar dan kepintaran ini tidak dikembangkan melalui pendidikan khas, maka daya kepintaran yang dipunyai oleh seseorang kanak-kanak akan lenyap ditelan zaman.

Keperluan untuk membantu kanak-kanak gifted dan talented ini perlu dari segi bantuan kewangan dan khidmat nasihat selain pendidikan khas untuk mereka. Nasib kanak-kanak ini akan terabai apabila tiadanya perhatian dan mekanisme yang terbaik untuk mengembangkan minda mereka. Jika kemiskinan merupakan faktor kanak-kanak pintar cerdas tidak meneruskan pembelajaran pihak berwajib perlu tampil ke hadapan bagi membantu memberikan sumber kewangan kepada mereka supaya pemikiran kanak-kanak ini tidak terbantut dan tidak mensia-siakan anugerah kepintaran ini. Sesungguhnya kerajaan perlu mengambil iktibar atas kejadian yang berlaku agar tidak berulang . Dalam tugasan ini kami membincangkan berkaitan kisah hidup tiga personaliti pintar cerdas. Melalui kajian ini dapat kami simpulkan kurikulum yang sesuai seperti PERMATA PINTAR harus dilestarikan kerana dengan adanya program ini maka kemenjadian kanak-kanak pintar cerdas pasti terjamin.

2.0 KAJIAN KES 1: KISAH HIDUP SUFIAH YUSOF

Sufiah binti Yusoflahirpada 1984 ialah seorang pelajar genius Matematik dariUnited Kingdom. Pelajar berketurunan Melayu-Pakistan ini merupakan anak ketiga daripada lima beradik. Bapanya yang berketurunan Pakistan, manakala ibunya, Halimahton yang berasal dari Muar, Johor. Beliau merupakan seorang pelajar genius dalam bidang matematik mendahului pelajar lain seangkatan usianya yang rata-rata baru melangkah kaki ke sekolah menengah. Dia pertama kali menjadi bahan berita hangat pada tahun 1997 apabila berjaya melayakkan diri ke dalam Kolej St. Hilda, Universiti Oxford untuk mengkaji matematik pada usia 13 tahun. Meskipun berwarganegara British, kerajaan Malaysia tampil ke hadapan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan Sufiah, meskipun dimaklumkan bahawa bapanya yang berketurunan Pakistan pernah disabitkan kesalahan jenayah kerana penipuan berkenaangadai janji. Rakyat Malaysia memandang beliau sebagai contoh bakat luar biasa orang Islam kerana keturunan ibunya. Pentadbiran bekas Perdana Menteri MalaysiaTun Dr Mahathir Mohamadmelihat Sufiah sebagai impian eugenik sempurna, bertentangan dengan kepincangan genetik daripada egnima dilema Melayu.

2.1 KEJAYAAN SUFIAH YUSOF

Pada tahun 1997, sejak pertama kali Sufiah menjadi bahan berita hangat apabila berjaya melayakkan diri ke dalam Kolej St. Hilda,Universiti Oxforduntuk mengkajimatematikpada semuda usia 13 tahun. Rakyat Malaysia memandang beliau sebagai contoh bakat luar biasa orang berketurunan Melayu dan beragama Islam. Sufiah telah mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 17A. Pada tahun2001, Sufiah melarikan diri dari asrama di Oxford, setelah mengambil kertas peperiksaan terakhirnya untuk tahun akademik berkenaan. Dua tahun kemudian, Sufiah kembali ke Oxford untuk menyiapkanijazah sarjana, tetapi gagal menamatkan pembelajarannya. Kemudian dia berkahwin dengan seorang peguam pelatih dari Oxford. Ketika itu Sufiah bekerja sebagai pembantu pentadbiran untuk sebuah syarikat pembinaan. Sufiah tidak berasakan semua pendidikan yang diterima selama ini sia-sia. Malah, dia lazimnya membawa kertas tugasan yang perlu diselesaikan sebelum temu janji dengan pelanggan, katanya.Lapan tahun selepas mencipta nama sebagai pelajar pintar. Mungkin Sufiah ada kepandaian dan kepakaran dalam Matematik. Sufiah berharap dapat memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik

2.2 KEPERITAN HIDUP SUFIAH YUSOF

. Dua tahun di University Oxford, Sufiah Yusof telah mengejutkan dunia dengan berita kehilangannya selepas dari menduduki ujian dari pengajiannya. Tindakannya melarikan diri ini menyebabkan polis melancarkan operasi mencarinya di seluruh Britain. Namun, apabila ditemui beliau menegaskan tidak akan kembali kepada ibubapanya dan meminta untuk dihantar ke rumah perlindungan kanak-kanak. Sufiah telah menyatakan kepada dunia bahawa beliau sebenarnya terlalu didesak oleh bapanya untuk berjaya dalam bidang pelajaran. Perkara tersebut membuatkan beliau berasa tertekan dan menjadi cepat matang dalam usia yang terlalu muda. Bapa Sufiah,Farouk Yusofdikatakan terlalu mengongkong dengan corak kehidupan disiplin akademik ciptaan keluarganya. Sufiah menyifatkan kehidupan bersama keluarga bagaikan neraka dunia dan mendesak bapanya agar tidak mencabarnya lagi. Sufiah mengakui masih trauma dan terus dihantui pengalaman peritnya ketika zaman kanak-kanak apabila didera bapanya Farrooq Yusof, termasuk sehari suntuk belajar matematik di dalam bilik amat sejuk atas alasan dapat menambah daya ingatannya. Sufiah menjelaskan, mereka jarang berhubung dan hubungan mula renggang sewaktu usianya mencecah 15 tahun akibat tiada inspirasi dan nilai persaudaraan yang sama. Sufiah lebih selesa dengan cara hidup sekarang dan tinggal dengan rakan-rakan. Semakin dewasa, Sufiah lebih memahami dan semua orang tidak mempunyai nilai dan aspirasi yang sama. Setiap orang bebas membuat pilihan selain mampu menangani setiap permasalahan dengan pilihan yang dibuat. Apabila mengakui tindakannya menjual tubuh memberinya kehidupan jauh lebih seronok dan glamor, berbanding kejayaannya memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.Malah, Sufiah membuat pengakuan berani sebagai 'wanita penuh berahi' yang suka membaca kisah hidup dan watak pelacur dalam drama televisyen.

Bapanya kini menjalani hukuman penjara 18 bulan selepas didapati bersalah mencabul dua pelajar perempuan berusia 15 tahun ketika mengajar matematik di rumah mangsa.Farooq juga pernah dipenjara tiga tahun pada 1992 kerana didapati bersalah dalam kes pemalsuan pembiayaan sewa beli. Hubungannya dengan keluarga kini semakin renggang. Pada April 2008 dia mengaku bersalah atas tuduhan mencabul dua orang gadis berusia 15 tahun ketika bertugas sebagai pengajar peribadi. Sufiah didapati bekerja sebagai pelayan di kafe InternetBournemouth, tetapi enggan pulang ke rumah, serta mendakwa bahawa ibu bapanya memperitkan kehidupannya di rumah. Sebaliknya, dia menetap bersama keluarga angkat. Pernikahan Sufiah dengan seorang peguam pelatih dari Oxford hanya bertahan selama 13 bulan. Sufiah turut berkongsi kisah hitam yang ditempuhi pada 2008 apabila terpaksa menjadi pekerja seks di flat murah yang didiaminya di Salford, Manchester untuk menyara kehidupan selama beberapa tahun. Sufiah terlibat dengan industri seks selepas gagal dalam perkahwinan dengan pelajar undang-undang, Jonathan Marshal pada 2004. Mereka (wartawan) cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya dapat merakamkan secara rahsia aksi saya di atas katil.

2.3 KEHIDUPAN SUFIAH YUSOF SEKARANG

Sufiah kini sudah menyesal dengan tindakannya terbabit dengan kegiatan pelacuran. Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam, Hanafi Abdul Malek yang dihubungi oleh wartawan akhbar Harian Metro. Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu. Sufiah sudah tidak lagi berkerja dengannya dan kini hanya aktif dengan melakukan kerja-kerja amal dan sukarelawan.

3.0 KAJIAN KES 2:KISAH HIDUP ADI PUTRA SI GENIUS MALAYSIA

Adi Putra bin Abd Ghani dilahirkan pada 27 Januari 1999 dan sekarang berumur 16 tahun. Ketika berumur 8 tahun Adi Putra telah mengikuti A-Level di Kolej Matrikulasi UIA Malaysia. Adi Putra sangat mengagumi Allahyarham Prof Dato Dr Ismail B. Md Salleh dan bercita-cita ingin menjadi Professor dalam bidang Matematik Islam. Adi menyimpan impian agar suatu hari nanti dia berupaya mencipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan ingin mencipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan Negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.

3.1 KELEBIHAN DAN KEJAYAAN ADI PUTRA

Adi Putra adalah seorang kanak-kanak pintar yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk menyelesaikan pelbagai masalah dalam matapelajaran matematik peringkat sekolah menengah termasuk algebra indeks dan trigonometri. Kebolehan beliau menjawab soalan tambahan secara congak dengan tepat dan menerangkan bagaimana beliau memperoleh jawapan berkenaan menggunakan formula sifir dan logik tersendiri juga amat-amat meyakinkan masyarakat umum. Kebiasaanya Adi Putra hanya akan mengambil masa kurang satu minit bagi menjawab soalan asas matematik manakala bagi soalan peringkat sekolah menengah serta asas universiti, kanak-kanak itu mampu menyelesaikannya kurang lima minit dengan hanya menggunakan jari dan kekuatan ingatannya.

Adi juga menghadiri majlis motivasi anjuran pelbagai pihak dan sehingga kini sudah menerima banyak sijil penghargaan , termasuk beliau diiktiraf sebagai pakar motivasi daripada Majlis Guru Besar Daerah Larut Matang dan Selama. Dengan kepintaran yang ada beliau turut diundang untuk memberi motivasi selain dua institusi pengajian tinggi seperti Politeknik Tanjung Malim dan Universiti Sains Malaysia (USM).

3.2 KEISTIMEWAAN ADI PUTRA

Keistimewaan Adi Putra telah disedari awal oleh ayahnya setelah mengenalpastinya melalui pelbagai usaha menguji Adi Putra. Encik Abd Ghani telah menguji Adi Putra seawal umur Adi Putra tiga tahun yang kemudian mendapati kebolehan anaknya itu melebihi kanak-kanak biasa. Encik Abd Ghani yang berasal dari Terengganu sebelum ini telah memberitahu kepintaran anak bongsunya itu dikesan sejak berusia empat tahun apabila Adi Putra berjaya menyelesaikan masalah matematik abangnya Amirul Izuan yang ketika itu berada di tahun 2. Encik Ghani dan isteri Puan Serihana telah mendapat pelbagai jenis petanda sebelum kelahiran Adi Putra. Yang mana pada masa itu mereka tidak tahu apakah yang dimaksudkan tanda luar biasa yang mereka dapat itu. Nama Adi Putra adalah nama kepada Tok Guru Silat kepada pahlawan dalam sejarah iaitu Melayu Hang Tuah. Ketika mengandungkan Adi Putra Puan Serihana gemar membaca surah Maryam Yusuf dan Luqman sebagai amalan harian. Adiputa hanya akan tidur selepas jam 4 pagi kerana banyak menyelesaikan masalah matematik yang diberikan oleh bapanya. Adi Putra jarang makan nasi dan tidak makan kuning telur. Sifatnya juga tidak seperti kank-kanak lain. Dia juga tidak suka makan organ dalaman haiwan seperti hati atau limpa dan waktu tidurnya pula terhad jam 4 pagi hingga 10 pagi jika tiada kelas tuisyen.

Bapa Adi Putra mengajar beliau mengenali angka 1 hingga 100 ketika berusia dua hingga tiga tahun dengan menggunakan makanan seperti gula-gula berwarna. Sambil dia mengira gula-gula tersebut dia juga mengenal warna. Adi Putra juga seorang yang jujur dan jika dia mahukan aiskrim 20 sen maka hanya 20 sen lah yang digunakan walaupun diberikan RM 1.00 kepadanya. (Sumber : http://mathgayapos.blogspot.com/2010/02/siri-motivasiadi-putra-geniu matematik.html)

3.3 PERKEMBANGAN HIDUP ADI PUTRA

Adi Putra kini banyak menghabiskan masa dengan memenuhi undangan daripada sekolah dan universiti untuk mengajar ilmu matematik luar biasa yang dimilikinya sejak lebih 10 tahun lalu. Dalam masa yang sama anak pasangan Abdul Ghani dan Serihana ini turut menerima jemputan sebagai tenaga pengajar di sebuah Universiti di Negara Brunei Darussalam. Namun disaat remaja seusianya sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan, Adi Putra masih belum memiliki sebarang kelayakan akademik secara bertulis. Turut kecewa remaja yang berasal dari Bagan Serai, Perak ini juga tidak mempunyai sebarang sijil sah pengajian di peringkat A-Level yang diikutinya di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) beberapa tahun lalu.

3.4 PEMBELAJARAN TIDAK DIIKTIRAF

Adi Putra berjaya menghabiskan kursus yang diikutinya selama dua tahun di UIA namun pembelajarannya tidak diiktiraf atas faktor usia. Hal ini mendatangkan sedikit kesan hampa di dalam dirinya. Di kursus A-Level tersebut Adi Putra telah belajar lima subjek iaitu fizik,kimia,biologi, matematik dan matematik tambahan tapi Adi tiada kelayakan bertulis dan alasan yang diberikan kepadanya adalah sebab faktor umur. Namun tanpa apa-apa kelayakan Adi Putra mampu mengekalkan jenama dirinya dalam meneruskan kehidupannya berbekalkan sejarah dan latar belakang hidupnya sebagai budak genius.

3.5 HARAPAN DAN MASA DEPAN ADI PUTRA

Adi Putra berhasrat untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Beliau mengimpikan agar dapat belajar di Monash University Australia. Hal ini memang dari dahulu lagi Adi ingin ke sana sebab Universiti ini mempunyai modul (pembelajaran) untuk kanak-kanak seperti Adi. Malah di Universiti tersebut turut menyediakan dana bagi setiap murid yang ingin membuat kajian. Namun dalam merealisasikan impiannya beliau perlu berhadapan dengan cabaran dari segi kewangan

Adi Putra telah merancang pelbagai projek antaranya adalah dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada Kelab Inovasi Matematik hasil inisiatifnya. Matlamat utama tertubuhnya kelab inovasi matematik ini adalah bagi melatih golongan pelajar untuk mencipta formula matematik terkini mengikut kreativiti masing-masing. Kelab Inovasi Matematik ini telah berjaya ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Krai Kelantan. Selain daripada itu Adi telah mencipta 286 formula dan telah menyiapkan Modul pengajaran dan pembelajaran yang mana pada peringkat awalnya ia akan diperkenalkan kepada guru bimbingan Kelab Inovasi Matematik sahaja dahulu.

Berdasarkan kisah hidup adik Adi Putra ini, dapat dirungkaikan bahawa menjadi satu kerugian kepada Negara Malaysia kerana telah membiarkan permata ini membesar tanpa ada bantuan dan bimbingan serta sokongan yang padu. Akibatnya segala yang dimiliki oleh anak genius ini tersimpan dan terpendam begitu sahaja sehinggakan ia tidak diiktiraf dunia. Harapan sinar kecemerlangan Adi Putra ini akan malap begitu sahaja sekiranya tiada sokongan dan bantuan , namun berbekalkan semangat beliau sendiri insyaallah beliau berjaya menempa nama di mata dunia dengan formula yang telah diciptanya sendiri.

4.0 KAJIAN KES 3 : KISAH HIDUP CHAN YAO BAN

Chan Yao Ban, seorang lagi anak kecil istimewa kelahiran Malaysia. Chan Yao Ban dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan di Teluk Hawke, New Zealand. Sebahagian besarnya, beliau mendapat pendidikan awal di rumah oleh ibunya Peck Woon iaitu seorang ahli mikrobiologi dan bapa George iaitu seorang Pengarah dari syarikat industri makanan terkemuka Heinz. Pada usia 10 tahun, sedangkan rakan-rakan seusianya sibuk bermain tetapi Chan Yao Ban bergelut dengan persediaan menduduki peperiksaan yang besar. Beliau yang mendaftar dalam mata pelajaran di universiti pertama ketika berusia 10 dan siap sarjana muda sains maklumat dengan surat-menyurat dalam tempoh 6 tahun. Pada usia 12 tahun beliau menduduki peperiksaan dalam statistik dan kalkulus dan telah mendapat markah dalam lingkungan 90 dan 91. Ketika berumur 16 tahun, keluarga Chan berpindah ke Melbourne. Bermula dari situ beliau telah menghadiri kelas di universiti pertamanya. Chan Yao Ban akhirnya telah berjaya dan bakal memanfaatkan kelebihannya.

4.1 KEJAYAAN CHAN YAO BAN

Beliau mengikuti pengajian ijazah sarjana muda saya di Massey University. Kemudian beliau berpindah ke Melbourne, Australia, dan melakukan ijazah Kepujian dan PhD di University of Melbourne. Kini Chan Yao Ban adalah pemegang PhD termuda dari Universiti Melbourne, Australia. Di usia 21 tahun, Chan Yao Ban telah menjadi salah seorang tenaga pengkaji penting di Universiti Melbourne, mengendalikan projek penyelidikan kaedah statistik untuk mengenal pasti keabnormalan protein di dalam otak manusia untuk mendiagnosis skizofrenia dan gangguan bipolar. Ia adalah suatu sukar dibayangkan, prestasi yang hampir membuat pencapaian terbarunya seolah-olah perkara biasa baginya.

"Saya sentiasa suka matematik, saya sentiasa mendapati ia menyeronokkan," kata Chan Yao Ban dengan nada bangga. Beliau berkata beberapa rakan-rakannya mendapati usianya luar biasa. Walaupun keadaan cepat matang, beliau berkata beliau mempunyai kehidupan yang seimbang, termasuk diploma dalam prestasi piano dari sebuah sekolah London. "Saya bekerja mungkin 25 hingga 30 jam seminggu (atas PhD). Saya berlatih piano, saya bermain permainan komputer, saya membaca dan saya bermain ping pong," kata Chan Yao Ban. Chan meletakkan banyak kemajuan pesat yang dialaminya selama ini di bawah pendidikan yang diterimanya oleh ibunya. Kakaknya Yi Shuen, yang juga mendapat dididikan dari rumah, mempunyai ijazah dalam matematik dan muzik dan sedang menduduki Sarjana Muda dalam Organ Paip. "Saya rasa ibu saya mempunyai idea-idea yang baik dalam pendidikan matematik dan bagaimana untuk belajar dengan cepat," kata Chan.

Penyelia PhD Chan Yao Ban, Profesor Tony Guttman, berkata Chan telah menghasilkan keputusan yang penting pada masa yang diperlukan untuk membongkar knot DNA. "Matematik adalah evolusi dan sebagai menunjukkan sejarah, apa yang seolah-olah teori kini boleh memasuki arus perdana dalam beberapa dekad akan datang," kata Chan lagi. Kini Chan adalah seorang Pensyarah Matematik Gunaan di Fakulti Matematik dan Fizik, Universiti Queensland, Australia. Masih berusaha gigih dalam menjalankan beberapa kajian demi kajian dalam usaha mencari sesuatu yang baru yang belum diterokai lagi hingga ini. Chan Yao Ban sangat meminati kajian yang berunsurkan biologi matematik, kombinatorik enumerative, mekanik statistik, dan statistik.

Berikut adalah kedudukan kerjaya Chan Yao Ban dalam penyelidikan postdoctoral selepas menamatkan PhDnya :i. Universiti Melbourne, dengan Peter Hall (2005-2010);ii. Universiti Bordeaux 1, dengan Jean-Franois Marckert dan Mireille Bousquet-Mlou (2010-2011);iii. Universiti Vienna, dengan Kristian Krattenthaler (2011-2012);iv. Universiti Montpellier 2, dengan Celine Scornavacca dan Vincent Ranwez (2012-2013).

5.0FAKTOR KETIDAK MENJADIAN PERKEMBANGAN POTENSI PINTAR CERDAS DI MALAYSIA

Pelajar pintar cerdas boleh dikaitkan dengan Teori Hierarki Keperluan Maslow. Hal ini kerana, keperluan manusia merupakan unsur yang diperlukan untuk memenuhi kekurangan manusia sama ada dari aspek fizikal, rohani dan sosial. Menurut Maslow lagi keperluan manusia terdiri daripada lima tahap utama iaitu keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, penghargaan kendiri dan kesempurnaan kendiri. Keperluan keperluan ini merupakan aspek penting terhadap pelajar pintar cerdas.

Kurikulum buat murid-murid pintar cerdas ini sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah adalah berasaskan kepada kurikulum akademik. Walaubagaimanapun pengubahsuaian kurikulum untuk pelajar pintar cerdas diperlukan untuk memenuhi keperluan mereka. Perkara ini kerana kurikulum yang sedia ada di peringkat sekolah kurang sesuai untuk pelajar pintar cerdas kerana mereka memiliki IQ yang tinggi. Antara kurikulum yang berkaitan dengan pelajar pintar cerdas perlu memasukkan proses berfikir secara kritis dan kreatif. Kurikulum istimewa untuk pelajar pintar cerdas harus melibatkan kedua-dua bidang antara orientasi dan disiplin. Perkara ini kerana pelajar pintar cerdas patut meneroka isu-isu ilmu pengetahuan.

Selain itu pemilihan gaya pembelajaran dan pengajaran pelajar pintar cerdas juga perlu diambil kira. Hal ini kerana kualiti pengajaran yang baik akan mencapai prestasi yang baik kepada pelajar. Prestasi yang baik ini akan dibawa bersama oleh pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Antara pemilihan gaya pembelajaran dan pengajaran yang sesuai untuk pelajar bekeperluan khas adalah fungsi pembelajaran adalah melebihi tahap dalaman pelajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran formal dan tidak formal dalam pembelajaran. Maka dengan adanya peminilihan gaya pembelajaran ini pembelajaran dan pengajaran kepada pelajar pintar cerdas akan meningkat.

5.1EVOLUSI KURIKULUM MURID PINTAR CERDAS DI MALAYSIARevolusi kurikulum murid pintar cerdas di Negara ini bermula pada tahun 1962 hingga sekarang. Kurikulum untuk murid pintar cerdas ini tiada kesinambungan di antara satu program dengan program yang lain. Berikut merupakan kronologi kurikulum murid pintar cerdas di Malaysia.

i. KELAS SISTEM EKSPRESS 1962Telah dilaksanakan pada tahun 1962 hingga 1970 an . Pelaksanaannya adalah murid yang berjaya mengatasi pencapaian rakan sebaya boleh menghabiskan masa persekolahan dari tahun 6 kepada 5 tahun sahaja.

ii. MENSA MALAYSIADiasaskan oleh Dato Yong Koh Pun pada 1984. Objektifnya adalah bagi mengenalpasti dan mengembangkan kecerdasan manusia. Penubuhan MENSA tidak tertumpu kepada pelajar sahaja malah ia lebih menumpukan kepada ujian IQ

iii. BAKADilaksanakan pada tahun 1985 diasaskan oleh Profesor Madya Azman Wan Chik. BAKA ini menggunakan ujian yang dinamakan BAKA.iv. PENILAIAN TAHAPDiperkenalkan pada tahun 1996 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Murid tahun 3 layak memasuki Tahun 5 sekiranya melepasi ujian yang ditetapkan . Bagaimanapun ia ditangguhkan pada tahun 2001. Penilaian ini hanya bertahan untuk 5 tahun sahaja.

v. KURIKULUM MRSMKurikulum ini hanya dijalankan di Maktab Rendah Sains Mara diseluruh Malaysia sahaja menggunakan Model Pengayaan Seluruh Sekolah. Terdiri daripada program akademik , perkembangan sahsiah dan membangunkan bakat. MRSM menjalankan pemecutan dan menambah beberapa mata pelajaran khusus seperti kemahiran berfikir dan belajar.

vi. PROGRAM PERMATA PINTARProgram ini dinaungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2011 di mana objektif Permata Pintar ini adalah mengenalpasti pelajar pintar cerdas dan berbakat seawal mungkin supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara optimum. Terdapat struktur dalam program permata Pintar ini. Beberapa program seperti Perkhemahan khas matematik dan sains serta program pendidikan tinggi PERMATA pintar UKM http://nurulaziyan79.blogspot.com/

Jika dahulu Malaysia tidak mempunyai jalan yang lurus berkaitan kurikulum murid pintar cerdas, tapi kini Malaysia mempunyai satu empayar yang akan mengembangkan bakat dan menjaga aset-aset Negara ini dengan cukup berhati-hati. Kerjasama PERMATA pintar bersama UKM merupakan satu langkah yang sangat bijak. Sebagai Universiti yang berjaya melahirkan graduan-graduan yang hebat maka begitu jugalah harapannya kepada pelapis-pelapis Negara ini.Kerjasama badan kerajaan dan swasta amat penting bagi melancarkan lagi pelaksanaannya.

6.0 KESIMPULAN

Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan maka suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Sejajar dengan lahirnya program PERMATA pintar ini maka Malaysia sudah cukup prihatin dan berjaya membina satu modul pembelajaran yang berkesan buat anak-anak pintar cerdas. Namun tanpa kerjasama dari pelbagai pihak program ini tidak akan berjaya.

Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar pintar cerdas ini memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai untuk mereka, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistik dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Dengan wujudnya PERMATA pintar maka diharap agar tidak berulanglah sejarah hidup genius-genius Malaysia yang terpinggir dan gagal dalam kehidupan berikutan sistem pendidikan yang tidak relevan.

RUJUKAN

"Effort To Save Former Oxford Prodigy Sufiah Yusof, Now A Vice Girl = [[Bernama]]".1 April2008."Kerajaan henti usaha selamatkan Sufiah".Berita Harian. 2008-04-10. Diperoleh pada2008-04-10."Oxford place for girl, 12".The Times.13 Januari1997. p.2."Sufiah Yusof - child genius revealed as prostitute".The Daily Telegraph.Alfred Lee (8 Julai2000). "Police find runaway prodigy in London hotel".The Straits Times.Andrew Marshall (17 Februari2003)."Small Wonders".Time Magazine. Diarkibkan daripadaasalpada 2003-04-18. Diperoleh pada2008-03-31.Andy Dolan (31 Mac2008). "From child prodigy at Oxford to 130-an-hour prostitute".Daily Mail. p.9.Keith Gladdis (30 Mac2008)."Maths prodigy who won an Oxford place at 13 is now a 130-an-hour HOOKER".News of the World. Diperoleh pada2008-03-31.Megan Levy (31 Mac2008)."Child maths prodigy 'working as a prostitute'".The Daily Telegraph. Diperoleh pada2008-03-31.Nik Azis Nik Pa. (1990).Program pendidikan pelajar pintar cerdas: Teori dan praktik. Petaling Jaya: Pustaka Islam

Oliver Wright (3 Julai2000). "Teenage girl prodigy goes missing after Oxford exams".The Times. p.1.Zaharah Othman (2 April2008)."I'm Every Woman: Why Sufiah why?".New Straits Times.

CAPAIAN INTERNET

Sukarnya Menjadi Genius (Artikel 2008) Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada http://saifulislam.com/2015/02/sukarnya-menjadi-genius/

Kegagalan Genius Di Malaysia Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada http://www.nescafeais.com/kegagalan-genius-malaysia-sukarnya-jadi-genius/

Yao-ban Chans webpage Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada https://sites.google.com/site/yaoban/

Meet Dr Chan, High achiever with a PHD at 21. Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada http://www.theage.com.au/news/national/meet-dr-chan-high-achiever-with-a-phd-at-21/2006/03/07/1141701510832.html

Pintar cerdas . Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada http://sangtawal.blogspot.com/2009/11/ckkaz-ii-bhg-4-fenomena-eureka.html

Pengurusan Murid . Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada http://saljueratakkasih.blogspot.com/2012/02/pengurusan-murid.html

Permata Pintar. Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada https://pppnukm.wordpress.com/permatapintar/

Pendidikan khas. Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada http://www.geocities.ws/padeat68/pendidikan_khas.htm

Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Kanak-kanak Pintar Cerdas dan Berbakat Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada http://nurulaziyan79.blogspot.com/

Adi Putra Genius Tidak Dikitiraf. Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/03/04/adi-putra/

Siri Motivasi Adi Putra Genius Matematik. Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada http://mathgayapos.blogspot.com/2010/02/siri-motivasiadi-putra-genius-matematik.htmlDimanakah Tempat Untuk Kanak-Kanak Pintar ini. Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada http://munirah-bahari.blogspot.com/2008/02/di-manakah-tempat-untuk-kanak-kanak.htmlPendidikan Pintar Cerdas. Diperoleh pada Mei 3 , 2015 daripada http://pintar-cerdas.blogspot.com/2008/07/pendidikan-pintar-cerdas.html