Asas Kepimpinan Dan an Profesional Guru-refleksi Hip
-
Upload
kamariah-jusoh -
Category
Documents
-
view
739 -
download
5
Transcript of Asas Kepimpinan Dan an Profesional Guru-refleksi Hip
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU
TUGASAN PENULISAN REFLEKSI
Jabatan Ilmu Pendidikan IPGM Kampus Pendidikan Teknik telah menjalankan Hari
Ilmu Pendidikan yang bertemakan Cabaran Guru Permulaan pada 14 dan 15 Oktober
2010. Terdapat banyak aktiviti yang bermanfaat yang telah dirancang oleh Jabatan Ilmu
Pendidikan sempena hari ini. Sasaran aktiviti ini ialah kepada guru-guru pelatih
semester 8 dan KPLI yang akan mula berkhidmat sebagai guru baru pada tahun
hadapan.
Tugasan saya ialah membuat refleksi berkaitan tentang pengurusan Majlis
Konvokesyen Prasekolah. Aktiviti ini banyak memberikan saya pengetahuan dan
pengalaman tentang prinsip-prinsip pengurusan yang perlu diamalkan demi
melancarkan lagi majlis tersebut. Pada pendapat saya bukan mudah untuk
menguruskan majlis tersebut kerana kumpulan yang terlibat adalah golongan kanak-
kanak berusia antara 5 hingga 6 tahun.
Pemilihan jawatankuasa perlu dijalankan dengan teliti demi memastikan kelancaran
majlis tersebut. Sebagai langkah pertama pengurusan yang mantap, mesyuarat perlu
dijalankan untuk memberikan gambaran jelas kepada semua jawatankuasa akan tugas
yang perlu dijalankan oleh mereka. Sebagai seorang guru kita perlu merancang dengan
terperinci dan melihat dari semua sudut di samping memikirkan sebarang kemungkinan
yang akan berlaku.
Kita sebagai guru perlu bertindak sewajarnya andainya terdapat sebarang masalah
yang timbul dan sentiasa bersedia dengan perancangan lain yang boleh membantu
menyelesaikan masalah tersebut. Majlis ini juga telah menunjukkan kepada saya
bahawa sebagai seorang jawatankuasa pengurusan kita perlu memberikan kerjasama
yang mantap dengan semua orang untuk memudahkan majlis tersebut. Komunikasi dua
hala sangat diperlukan untuk membolehkan sebarang teguran dan penambahbaikan
dilakukan dari semasa ke semasa.
Majlis konvokesyen ini juga boleh dikaitkan dengan teori kepimpinan yang telah
saya pelajari dalam subjek EDU 3108. Di dalam menguruskan majlis konvoksyen ini
memperlihatkan kepada saya bahawa betapa kita memerlukan tret-tret yang positif
seperti yang dicadangkan dalam teori tret. Stogdill (1974) mencadangkan sebagai
pemimpin kita perlu memiliki tret-tret yang positif seperti boleh bekerjasama, membuat
keputusan, keyakinan diri yang positif serta rela menerima tanggungjawab dengan baik.
Selain itu, dalam menguruskan majlis ini juga, seorang pemimpin perlu mempunyai
kemahiran-kemahiran sosial yang baik serta mampu untuk mentadbir dengan baik.
Tret-tret ini perlu diamalkan oleh setiap pemimpin yang terlibat dalam pengurusan untuk
memastikan kelancaran sesuatu majlis.
Majlis ini juga menunjukkan kepada saya bahawa seorang pemimpin perlu
menjalankan tanggungjawab secara semulajadi bukannya dikawal atau setelah
diarahkan. Mengikut teori tingkah laku Y, seorang pemimpin seharusnya rajin, melihat
sesuatu kerja sebagai perkara semula jadi seperti positif terhadap kerja, bercita-cita
tinggi dan sebagainya. Leadership concern iaitu keprihatinan terhadap penghasilan dan
manusia juga amat diperlukan dimana pemimpin perlu mengekalkan hubungan baik
dengan jawatankuasa yang lain serta bermatlamat mencapai tujuan organisasi. Di
samping mencapai matlamat organisasi kita juga mampu mewujudkan sokongan dan
hubungan erat sesama manusia dalam menguruskan aktiviti tersebut.
Manakala mengikut teori situasi, kejelasan struktur seorang pemimpin perlu pasti
akan tanggungjawab masing masing dalam menjalankan tanggungjawab masing-
masing. Jika seorang pemimpin tidak mengetahui tanggungjawab mereka makanya
majlis konvokesyen ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Dari sudut kanak-kanak, memperlihatkan kepada saya bahawa mereka sangat
mudah dilentur. Mudah bagi mereka untuk mengikut arahan. Jadi sebagai guru,
amatlah penting untuk menerapkan nilai-nilai positif semasa mereka sedang kecil
supaya menjadi modal insan yang cemerlang dewasa nanti. Kesimpulannya, majlis
konvokesyen ini telah membuktikan pentingnya seorang pemimpin mengamalkan
prinsip pengurusan yang mantap di samping mempunyai cirri-ciri kepimpinan yang
terbaik.