Asigment adam n iblis

15
PENDAHULUAN. Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Dunia ini adalah pinjaman daripada Allah swt kepada kita semua. Dipinjamkan sebagai landasan dan sebagai tempat untuk kita mencari bekalan untuk dibawa ke alam akhirat yang kekal abadi. Sesungguhnya Maha Suci Allah yang menjadikan manusia dan segala rupa bentuk makhluk yang ada di alam ini. Sebagai hambaNya, kita diwajibkan melaksanakan tuntutan dan menjauhi laranganNya. Allah menciptakan manusia dan menjadikan manusia mendiami bumi adalah untuk menyembahNya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa menghidupkan dan mematikan ciptaanNya sebagaimana yang dikehendakiNya. Sejak kecil lagi kita telah diajar tentang rukun Iman dan rukun Islam. Dalam rukun Iman, antaranya kita wajib percaya adanya rasul dan malaikat. Allah telah menciptakan nabi Adam as sebagai nabi yang mula-mula sekali memimpin umat di muka bumi ini. Sejarah penciptaan nabi Adam as sangatlah panjang dan banyak kali disebutkan dalam al-Quran. Begitu juga dengan kejadian Iblis yang mempunyai sejarah yang panjang. Kisah Adam dan Iblis ini menjadi teras dalam akidah Islam. Islam agama yang akur bahawa insan sentiasa terdedah kepada dosa dan kesalahan. Selagi mana insan insaf bahawa kesalahan itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia mempunyai ruang untuk kembali dan bertaubat kepada Allah. Namun apabila insan yang melakukan dosa itu sombong dan bongkak dengan merasakan dia tidak bersalah atas perbuatannya, maka tempatnya bersama dengan Iblis yang menghuni tetap neraka yang amat dahsyat.

Transcript of Asigment adam n iblis

Page 1: Asigment adam n iblis

PENDAHULUAN.

Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Dunia ini adalah pinjaman daripada Allah swt kepada kita semua. Dipinjamkan sebagai

landasan dan sebagai tempat untuk kita mencari bekalan untuk dibawa ke alam akhirat yang

kekal abadi. Sesungguhnya Maha Suci Allah yang menjadikan manusia dan segala rupa

bentuk makhluk yang ada di alam ini. Sebagai hambaNya, kita diwajibkan melaksanakan

tuntutan dan menjauhi laranganNya. Allah menciptakan manusia dan menjadikan manusia

mendiami bumi adalah untuk menyembahNya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa

menghidupkan dan mematikan ciptaanNya sebagaimana yang dikehendakiNya. Sejak kecil

lagi kita telah diajar tentang rukun Iman dan rukun Islam. Dalam rukun Iman, antaranya kita

wajib percaya adanya rasul dan malaikat. Allah telah menciptakan nabi Adam as sebagai nabi

yang mula-mula sekali memimpin umat di muka bumi ini. Sejarah penciptaan nabi Adam as

sangatlah panjang dan banyak kali disebutkan dalam al-Quran. Begitu juga dengan kejadian

Iblis yang mempunyai sejarah yang panjang.

Kisah Adam dan Iblis ini menjadi teras dalam akidah Islam. Islam agama yang akur bahawa

insan sentiasa terdedah kepada dosa dan kesalahan. Selagi mana insan insaf bahawa kesalahan

itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia mempunyai ruang untuk kembali dan

bertaubat kepada Allah. Namun apabila insan yang melakukan dosa itu sombong dan bongkak

dengan merasakan dia tidak bersalah atas perbuatannya, maka tempatnya bersama dengan

Iblis yang menghuni tetap neraka yang amat dahsyat.

Page 2: Asigment adam n iblis

1. ISI KANDUNGAN.

1.1 Penciptaan Nabi Adam A.S Sebagai Khalifah.

Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan

tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintang-bintangnya

yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus

yangdiciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan

hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk

menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya,

menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan

berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan

baginya. Lalu Allah s.w.t mencipta Adam sebagai mana firman Allah s.w.t dalam surah

Sod[71]

71. (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: " Sesungguhnya Aku

hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah;

1.2 Kekhuatiran Para Malaikat

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan

makhluk lain itu, mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah s.w.t. menciptakan makhluk

yang lain itu, disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas

atau kerana pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah

s.w.t.:"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami, padahal

kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa

henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya

akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai

kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah

kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Page 3: Asigment adam n iblis

Allah s.w.t. berfirman untuk menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:

"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat

penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku. Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh

kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan

sebagai sujud ibadah, kerana Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama

makhluk-Nya." [Al-Baqarah 2:30]

Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t. dari segumpal tanah liat,kering dan lumpur

hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke

dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna.

Surah Sod [72]:

72. " kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari

(ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".

Nabi Adam A.S. merupakan nabi dan juga manusia pertama yang bergelar khalifah Allah

yang dimuliakan dan ditinggikan darjatnya menjadi nabi yang pertama. Baginda diutuskan

kepada anak cucunya agar menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa. Maka di antara mereka

ada yang taat dan ada pula yang enggan.

1.3 Siapa Iblis Laknatullah

Iblis (semoga Allah melaknatnya) adalah dari jenis jin. Banyak ayat-ayat suci al-Quran yang

menerangkan secara jelas bahawa Iblis dari jenis Jin, bukan dari jenis Malaikat. Diantaranya

ialah;

1. Firman Allah s.w.t:

Page 4: Asigment adam n iblis

Dan (ingatlah) ketika Kami (Allah) berfirman kepada para Malaikat: "Sujudlah kamu kepada

Adam!! Maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia

mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya

sebagai pemimpin selain Aku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu

sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim. (QS. Al-Kahfi: 50)

2. Allah telah menjelaskan bahwa jin diciptakan dari api.

Allah berfirman:

"Dan Kami (Allah) ciptakan Jin sebelum (Adam) dari Api yang sangat panas " (QS. Al-Hijr:

27).

Allah juga berfirman:

"Dan Dia menciptakan Jin dari nyala api " (QS, Ar-Rahman: 15)

Dalam hadits shahih dari Aisyah R.A, dia berkata: Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam

bersabda:

"Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari api dan Adam diciptakan sebagaimana

telah dijelaskan kepada kalian (dari tanah)"

1.4 Iblis Laknatullah Membangkang.

Iblis laknatullah membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah s.w.t. seperti para

malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi

makhluk Allah s.w.t. yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup

dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis laknatullah merasa dirinya

lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api,

sedang Adam dari tanah dan lumpur. Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia

sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang

lain, walaupun diperintah oleh Allah s.w.t..

Firman Allah dalam Surah sod:

Page 5: Asigment adam n iblis

72. " kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari

(ciptaan) Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya ".

73. (setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, -

74. melainkan Iblis; ia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah ia dari

golongan Yang kafir.

Surah sod [75-83]

75. Allah berfirman: " hai lblis! apa Yang menghalangmu daripada turut sujud kepada (Adam)

Yang Aku telah ciptakan Dengan kekuasaanKu? Adakah Engkau berlaku sombong takbur,

ataupun Engkau dari golongan Yang tertinggi? "

76. Iblis menjawab: " Aku lebih baik daripadanya; Engkau (Wahai Tuhanku) ciptakan daku

dari api, sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah ".

Page 6: Asigment adam n iblis

77. Allah berfirman: " kalau demikian, keluarlah Engkau daripadanya, kerana Sesungguhnya

Engkau adalah makhluk Yang diusir.

78. " dan Sesungguhnya Engkau ditimpa laknatku terus menerus hingga ke hari kiamat!"

79. Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! jika demikian, berilah tempoh kepadaKu hingga ke hari

mereka dibangkitkan (hari kiamat) ".

80. Allah berfirman: " Dengan permohonanmu itu, maka Sesungguhnya Engkau dari

golongan Yang diberi tempoh -

81. " hingga ke hari masa Yang termaklum ".

82. Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (Wahai Tuhanku), Aku akan menyesatkan mereka

semuanya, -

83. " kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu Yang dibersihkan dari

sebarang kederhakaan dan penyelewengan ".

Iblis laknatullah dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya

mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali

di hari kiamat. Allah s.w.t.meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari

kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan

sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga

dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari

segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya

menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,

menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka

agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Surah lain yang turut menyebut keingkaran iblis ialah surah al a’raf [11-25]

Page 7: Asigment adam n iblis

11. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu,

kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu

mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk Dalam golongan Yang sujud.

12. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku

perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan)

jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah."

13. Allah berfirman: "Turunlah Engkau dari syurga ini, kerana tidak patut Engkau berlaku

sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, Sesungguhnya Engkau dari golongan Yang

hina".

14. Iblis berkata: berilah tempoh kepadaKu hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)".

15. Allah berfirman: "Sesungguhnya Engkau dari golongan Yang diberi tempoh (ke suatu

masa Yang tertentu)".

Page 8: Asigment adam n iblis

16. Iblis berkata: "Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka)

Demi Sesungguhnya Aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani)

jalanMu Yang lurus;

17. "Kemudian Aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan

dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka

bersyukur".

18. Allah berfirman: "Keluarlah Engkau dari syurga sebagai makhluk Yang terhina serta

terusir. Sesungguhnya sesiapa di antara mereka Yang menurutmu, tetaplah Aku akan

memenuhi neraka jahanam Dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanya;

1.5 Adam menghuni Syurga

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk

mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, menghilangkan rasa kesepiannya dan

melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunannya. Menurut cerita para

ulama, Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri

pada waktu baginda masih tidur sehingga ketika baginda terjaga, baginda melihat Hawa sudah

berada di sisinya. Lalu baginda disoal oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah

makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh

Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa

Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi. Adam menjawab:"Untuk

mendampingiku, memberi kebahagian kepadaku dan mengisi keperluan hidupku sesuai

dengan kehendak Allah."

Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga, rasakanlah

kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yang

lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan nafsumu. Kamu tidak akan mengalami

atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya. Akan tetapi

Page 9: Asigment adam n iblis

janganlah engkau makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan

termasuk orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh

isterimu,ia akan berusaha memujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga

hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmati ini."

Firman Allah S.W.T Dalam SURAH AL A’RAF [19-25]:

Page 10: Asigment adam n iblis

19. "Dan Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan isterimu di Dalam syurga serta makanlah dari

makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri

pokok ini, (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang Yang

zalim".

20. setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah)

ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka Yang (sekian lama) tertutup dari

(pandangan) mereka, sambil ia berkata: "Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada

(menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat

atau menjadi dari orang-orang Yang kekal (selama-lamanya di Dalam Syurga)".

21. dan ia bersumpah kepada keduanya (dengan berkata): "Sesungguhnya Aku adalah dari

mereka Yang memberi nasihat kepada kamu berdua".

22. Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke Dalam larangan) Dengan

tipu dayanya. setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua

aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya Dengan daun-daun (dari) Syurga.

serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari

pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, Bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu Yang

nyata?"

23. mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri Kami sendiri,

dan kalau Engkau tidak mengampunkan Kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya

menjadilah Kami dari orang-orang Yang rugi".

24. Allah berfirman: "Turunlah kamu semuanya, Dengan keadaan setengah kamu menjadi

musuh bagi setengahnya Yang lain, dan bagi kamu disediakan tempat kediaman di bumi, dan

juga diberi kesenangan hingga ke suatu ketika (mati)".

25. Allah berfirman lagi: "Di bumi itu kamu hidup dan situ juga kamu mati, dan daripadanya

pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)".

Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh Allah s.w.t. dari syurga akibat

bangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi

sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana

kebesarannya. Iblis laknatullah mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam

dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.

Page 11: Asigment adam n iblis

Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat

dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka. Segala cara dan kata-

kata halus digunakan oleh Iblis laknatullah untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa

bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka. Ia membisikan

kepada mereka bahwa larangan Allah s.w.t. kepada mereka memakan buah-buah yang

ditunjuk itu adalah kerana dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi

malaikat dan akan hidup kekal. Diulang-ulangilah bujukannya dengan menunjukkan akan

harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya. Sehingga pada

akhirnya termakanlah bujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah

larangan Allah s.w.t.

Allah s.w.t. mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud:

Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan

tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."

Adam dan Hawa mendengar firman Allah s.w.t. itu sedarlah ia bahawa mereka telah

terlanggar perintah Allah s.w.t. dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa

besar. Seraya menyesal berkatalah mereka: "Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri

kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu kerana terkena bujukan Iblis. Ampunilah dosa

kami kerana nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bilaEngkau tidak

mengampuni dan mengasihi kami."

1.6 Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.

Allah s.w.t. telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran

yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa

sedih akibat kelalaian peringatan Allah s.w.t. tentang Iblis laknatullah sehingga terjerumus

menjadi mangsa pujukan dan rayuannya yang manis namun beracun itu.

Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah s.w.t. dan

selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis laknatullah dan akan berusaha

agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Allah s.w.t. itu

menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan

Page 12: Asigment adam n iblis

pujukan Iblis yang terlaknat itu. Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar

kerana perbuatan pelanggaran perintah Allah s.w.t., hidup kembali dalam hati dan fikiran

Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak

akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah s.w.t. serta rahmatNya akan tetap

melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya. Akan tetapi Allah s.w.t. telah menentukan

dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka.Allah

s.w.t. yang telah menentukan dalam takdir-Nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan

untuk dikelolanya, akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan

Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu.

Berfirmanlah Allah s.w.t. kepada mereka:

"Turunlah kamu ke bumi sebahagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang

lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disana sampai waktu yang telah ditentukan."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan

hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali. Mereka harus

menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan

umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeza-beza warna kulit dan

kecerdasan otaknya. Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku

dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh

aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah

s.w.t. mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan

yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada

redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.

2. Hikmah dan Pengajaran.

Allah mengulangi kisah Adam dan Iblis di beberapa tempat dalam al-Quran. Ini kerana Allah maha mengetahui akan apa pun tersembunyi sesungguhnya itu kekuasaan Allah. Antara

hikmah dan pengajaran daripada kisah Adam dan Iblis adalah:

a. Nabi Adam adalah manusia pertama yang di jadikan Allah SWT.

Page 13: Asigment adam n iblis

b. Sikap Iblis yang sombong dan bongkak tidak mahu menurut perintah Allah agar sujud di

hadapan Adam.

c. Adam melanggar perintah Allah akibat bisikan dan pujukan iblis oleh itu umah manusia

hindarilah perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.

d. Umat manusia dikehendaki agar memohon taubat dari Allah SWT atas kesilapan yang telah

dilakukan.

e. Syaitan telah berjanji akan menyesatkan umat manusia di bumi, lantas hamba Allah ini

wajiblah beriman kepada Nya.

f. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Hal ini kerana dengan mengambil pengajaran

kejadian yang menimpa Iblis sehingga ia terlaknat dan dihalau keluar dari syurga kerana

bersikap sombong dan bongkak. Oleh itu, penciptaan Iblis ini menjadi pengajaran kepada para

manusia agar tidak mengikut jejak langkah Iblis sehingga akhirnya kita mampu menggapai

syurga yang Allah telah sediakan untuk kita.Dengan ini, ianya akan menjadi pembakar

semangat dan juga sebagai peringatan untuk kita mengerjakan segala perintah Allah dan

meninggalkan semua laranganya.

g. Syaitan adalah ujian Allah untuk manusia untuk membezakan mereka yang beriman dan

yang sebaliknya.

h. Sebagai bukti kekuasaan Allah dalam penciptaan-Nya yang mampu menciptakan

pasangan2nya yang tersendiri. contohnya, bumi dan langit, syurga dan neraka, air dan api,

panas dan sejuk, baik dan jahat, Jibrail serta para malaikat dan Iblis serta syaitan.

i. Bukti bahawa Allah itu Maha Sabar, Maha Pengasih dan juga Maha Penyanyang terhadap

makhluknya. Allah ingin mempamerkan sifat2-Nya agar manusia mengambil pengajaran dan

bertambah kasih dan cinta kepada-Nya. Dengan itu, Allah menciptakan makhluk2 yang boleh

melakukan kesalahan dan mendatangkan murka-Nya.

3. Kesimpulan.

Walaupun ada sebahagian dari kalangan manusia yang melakukan dosa kepada Allah, Allah

tetap mengurniakan kepada mereka bermacam-macam nikmat; contohnya: kesihatan, rezeki

yang melimpah ruah dan kenikmatan yang perbagai. Allah mengabulkan doa-doa mereka dan

menjauhkan mereka dari kemudharatan. Allah melayan mereka dengan kebaikan , tidak

Page 14: Asigment adam n iblis

seperti layanan mereka terhadap Allah. Namun, apabila seorang hamba itu bertaubat dan

kembali kembali Allah. Allah akan menerima taubatnya selamamana nyawanya masih belum

sampai ke halkum.

Rujukan.

http://mysaffiyah.wordpress.com/kisah-25-nabi/kisah-nabi-adam-a-s/

http://mysaffiyah.wordpress.com/2012/04/26/nabi-adam-dan-iblis/

http://www.nazmizul.com/kisah-nabi-adam-a-s/

http://harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/index.htm#page=kisahnabiadamas.htm

Page 15: Asigment adam n iblis

http://osamabinladen.wordpress.com/category/kisah-nabi/

http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/himpunankisahparanabi1.htm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Adam_a.s.#Pengajaran_yang_terdapat_dari_kisah_Ad

am

http://hadith.al-islam.com/bayan/Display.asp?Lang=mal&ID=1621