ASIGMENT SIMPULAN BAHASA.doc

38
Simpulan Bahasa Rohani binti Nan BMM3 PPGJUN/2011 Simpulan bahasa merupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya. Bunga-bunga bahasa dan bahasa kiasan atau istilah Inggerisnya idiom meupakan ungkapan-ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupun susunan tatabahasa.Bentuk-bentuk kiasan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada peribahasa, perumpamaan, simpulan, pepatah,bidalan, metafora,personafikasi dan hiperbola. Penggunaan peribahasa di kalangan 1

Transcript of ASIGMENT SIMPULAN BAHASA.doc

Simpulan Bahasa Rohani binti Nan BMM3 PPGJUN/2011

Simpulan Bahasa Rohani binti Nan BMM3 PPGJUN/2011

Simpulan bahasamerupakan bentuk peribahasa yang paling ringkas dan biasanya terdiri daripada dua perkataan. Simpulan bahasa digunakan untuk menjelaskan lagi maksud sesuatu pengucapan' dengan membawa erti yang mendalam. Kandungan maksud simpulan bahasa adalah berlainan daripada makna perkataan yang membentuknya.

Bunga-bunga bahasa dan bahasa kiasan atau istilah Inggerisnyaidiommeupakan ungkapan-ungkapan yang maknanya tidak boleh diketahui daripada makna perkataan itu sendiri ataupun susunan tatabahasa.Bentuk-bentuk kiasan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada peribahasa, perumpamaan, simpulan, pepatah,bidalan, metafora,personafikasi dan hiperbola. Penggunaan peribahasa di kalangan masyarakat Melayu khususnya, untuk memberi pengajaran atau teguran dengan cara yang sopan dan halus.

SIMPULAN BAHASA

A

1.Abang angkat

Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.

Contoh ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.

2.Abang ipar

Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.

Contoh ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.

3.Ada angin

Maksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.

Contoh ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.

4.Abang kandung

Maksud: Abang yang seibu sebapa.

Contoh ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.

5.Ada hati

Maksud: Ada kelebihan yang melebihi kesanggupan

Contoh ayat:Jamal ada hati hendak meminang anak hartawan itu.

B

6.Buah mulut

Maksud:Perkara yang menjadi sebut-sebutan.

Contoh ayat:Berita tentang Murad membawa gadis Inggeris pulang telah membawa buah

mulut seluruh kampung.

7.Bawa alamat

Maksud: Memberi tanda.

Contoh ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.

8.Bulat kata

Maksud:Sepakat, sehati

Contoh ayat:Penduduk kampung ini sudah bulat kata untuk bergotong royong membersihkan kawasan kampung pada minggu depan.

9.Bekas tanganMaksud: Hasil kerja tangan seseorang.

Contoh ayat: Pasu bunga ini adalah bekas tangan Marina.

10.Buah tangan

Maksud:Pemberian

Contoh ayat:Setiap kali keluarnegeri, ayah pasti membawa buah tangan untuk kami.

C

11.Cahaya mata

Maksud: Anak.

Contoh ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua.

12.Cerai mata

Maksud: Berpisah.

Contoh ayat: Sejak berpisah dengan ibunya anak kecil itu sering menangis.

13.Cakap angin

Maksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.Contoh ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan.

14.Cakap besarMaksud: Meninggi diri.

Contoh ayat: Ayub suka bercakap besar tentang kekayaannya.

15.Cari salah

Maksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.

Contoh ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi teman sekerjanya itu.

D

16.Dabik dada

Maksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.

Contoh ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya.

17.Datuk nenek

Maksud: Leluhur.

Contoh ayat: Petua datuk nenek tidak harus dilupakan.

18.Dingin hati

Maksud: Tidak riang.Contoh ayat: Dila dingin hati di majlis hari jadinya kerana ayahnya telah tiada.

19.Dagang piatu

Maksud: Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara.

Contoh ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia.

20.Daki duniaMaksud: Harta dunia.

Contoh ayat: Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia.

21.Duit kopiMaksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.

Contoh ayat: Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.

E

22.Ekor belangkas

Maksud: Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.

Contoh ayat: Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran anak Kelantan.

23.Ekor lipas

Maksud: Rambut pada lubang tengkuk.

Contoh ayat: Remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas.

24.Ekor mata

Maksud: Sudut mata.

Contoh ayat: Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam.

25.Embun betina

Maksud: Titisan embun yang kecil.

Contoh ayat: Embun betina yang turut mendinginkan lagi suasana itu.

26.Emas tempawan

Maksud: Orang yang dikasihi.

Contoh ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya.

F

27.Faham kiri

Maksud: Berfikiran politik yang radikal.Contoh ayat: Dia berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.28.Fajar menyingsingMaksud: Awal pagi.

Contoh ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendakiGunung Ledang sebelum fajar menyingsing.

G

29.Gadai bergolok

Maksud: Berbelanja sehingga berhabis.

Contoh ayat: Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya.

30.Gadai nyawa

Maksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.

Contoh ayat: Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu.

31.Gadis suntiMaksud: Anak perempuan yang belum baligh.

Contoh ayat: Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila ibunya tiada di rumah.32.Gigi airMaksud: Tepi air laut.

Contoh ayat: Indah sungguh pemandangan di gigi air pada waktu senja.

33.Gaji pokok

Maksud: Gaji tanpa bayaran yang lain.

Contoh ayat: Walaupun gaji pokok saya kecil tetapi elaunnya lumayan.H

34.Habis akalMaksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.

Contoh ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.

35.Habis bulanMaksud: Hujung bulan.

Contoh Ayat: Habis bulan Macini,dia akan berpindah ke Sarawak.

36.Hati kecil

Maksud: Perasaan dalam batin.

Contoh ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya.

37.Habis jadi abuMaksud: Musnah.

Contoh Ayat: Pasukan Selangorgagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.

38.Habis jodoh

Maksud: Bercerai.

Contoh ayat: Ramlan dan Minah telah habis jodoh setelah 10 tahun berkahwin.

I

39.Isi dada

Maksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.

Contoh ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini.

40.Ikat perutMaksud : Mengurangkan makan kerana susah

Contoh ayat: Manisah terpaksa ikat perut di sekolah kerana ayahnya tidak mampu memberikan wang saku kepadanya.

41.Ibu keladi

Maksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.

Contoh ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.

42.Ikat diri

Maksud: Terlalu berat.

Contoh ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga tiada masa untuk bersantai.

43.Iri hatiMaksud : Perasaan cemburu

Contoh ayat: Perempuan itu iri hati melihat jirannya membeli perabot baru.

J

44.Jalan belakang

Maksud: Menggunakan jalan yang tidak sah.

Contoh ayat: Ahmad memperoleh lesen perniangaan melalui jalan belakang.

45.Jatuh cinta

Maksud: Menaruh cinta.

Contoh ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.

46.Jejak baraMaksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.

Contoh ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana kerusi itu tinggi dan besar.

47.Jaga mulut

Maksud: Berhati-hati bila bercakap.

Contoh ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan.48.Jalan buntuMaksud : Tidak mendapat kata sepakat

Contoh ayat: Mesyuarat itu terpaksa diberhentikan kerana menemui jalan buntu

K

49.Keras kepalaMaksud : Tidak mahu mengalah

Contoh ayat: Lebih baik kamu beralah daripada terus bertengkar dengannya. Dia itu keras kepala.

50.Kata putus

Maksud: Ketentuan yang terakhir.

Contoh ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.

51.Khabar anginMaksud : Khabar yang belum sah kebenarannya.

Contoh ayat: Sejak dia menghilangkan diri dari kampung, berbagai-bagai khabar angin tersebar tentang dirinya.

52.Kaki buliMaksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiayai orang yang lemah.

Contoh ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamdan.

53.Kaki bangkuMaksud: Tidak pandai bermain bola.

Contoh ayat: Hamzah kaki bangku kerana tidak pernah bermain bola sepak.

L

54.Langkah kananMaksud : Mujur atau bernasib baik

Contoh ayat: Hari ini langkah saya langkah kanan kerana dapat bertemu dengan pengarang terkenal di pesta buku itu.

55.Laut lepas

Maksud: Tengah laut.

Contoh ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.

56.Lidah keras

Maksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.

Contoh ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang diadakan.

57.Lidah panjang

Maksud: Suka menghasut

Contoh ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porak-peranda.

58.Lipas kudung.Maksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.

Contoh ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkan dalam setengah jam kerana dia membuat kerja seperti lipas kudung.

59.Langkah seribuMaksud : Melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut

Contoh ayat: Budak yang menghendap di dusun itu membuka langkah seribu apabila disergah oleh ayah saya. M

60.Mandi peluhMaksud : Basah dengan peluh

Contoh ayat: Setiap hari Pak Cik Salim bermandi peluh mengusahakan kebun sayurnya.

61.Mata duitan

Maksud: Orang yang mementingkan wang sahaja.

Contoh ayat: Jangan jadi mata duitan kerana kekayaan sahaja tidak menjamin kebahagiaan.

62.Mandi darahMaksud: Berlumuran darah.

Contoh ayat: Perajurit itu mandi darah kerana cedera terkena tembakan musuh.

63.Muka papan

Maksud: Orang yang tidak tahu malu, tidak menghiraukan teguran.

Contoh ayat: Dia memang muka papan kerana sering meminta duit daripada isterinya.

64.Mandi kerbau

Maksud: Mandi yang tidak bersih.

Contoh ayat: Semasa mengikuti Kursus Bina Semangat, peserta terpaksa mandi kerbau kerana kekurangan air.

N

65.Naik anginMaksud : Terlalu marah

Contoh ayat: Dia naik angin apabila kawan-kawannya mengusiknya.

66.Naik geram

Maksud: Menyampah

Contoh ayat: Naik geram saya melihat tingkah.

67.Nyawa-nyawa ikanMaksud : Hampir-hampir mati

Contoh ayat: Pemandu motorsikal itu seperti nyawa-nyawa ikan setelah dilanggar sebuah lori yang bertentangan arah.

O

68.Orang halus

Maksud: Roh, jin atau orang bunian.

Contoh ayat: Seorang bomoh telah dipanggil untung mengusir orang halus yang telah mengganggu penduduk kampung.

69.Orang kanan

Maksud: Orang yang diharapkan.

Contoh ayat: Haliza menjadi orang kanan syarikat itu setelah Pengurus Besarnya meletakkan jawatannya secara tiba-tiba.

70.Orang harapanMaksud: Orang yang dipertanggungjawabkan dengan suatu tugas.

Contoh ayat: Sarjan Haris menjadi orang harapan dalam misi yang merbahaya itu.P71.Pilih kasih

Maksud: Melebihkan pertimbangan kepada orang yang dikasihi

Contoh ayat: Majikan itu pilih kasih dalam memberikan pangkat kepada para pekerjanya.72.Pekak badak

Maksud: Pura-pura tidak dengar

Contoh ayat: Sukar menasihati Kassim kerana dia pekak badak.

73.Putus kata

Maksud: Mendapat kata sepakat

Contoh ayat: Kedua-dua keluarga telah putus kata untuk melansungkan perkahwinan antara Shahrudin dan Sharifah pada bulan Ogos ini.

74.Putus rezeki

Maksud: Hilang mata pencarian.

Contoh ayat: Pencemaran minyak di pantai ini menyebabkan nelayan di sini putus rezeki.

75.Perigi buta

Maksud: Perigi yang tidak berair.

Contoh ayat: Perigi buta itu dijadikan tempat membuang sampah.

76.Puteri lilin

Maksud: Orang yang tidak tahan lasak atau panas.

Contoh ayat: Engkau ni seperti puteri lilin, berpanas sekejap pun sudah merungut, kata ayah kepada kakak.

R

77.Raja sehari

Maksud: Pengantin.

Contoh ayat: Saya akan menjadi raja sehari dua hari lagi.

78.Rambang mata

Maksud: Tidak tahu mana yang menjadi pilihan.

Contoh ayat: Saya menjadi rambang mata apabila melihat baju yang cantik-cantik itu.

79.Retak tangan

Maksud: Nasib

Contoh ayat: Sudah retak tangan Kim Moi yang kehilangan ibu bapa pada usia yang begitu muda.

80.Ringan tangan

Maksud: Suka menolong.

Contoh ayat: Zahira menjadi kesayangan mentuanya kerana dia rajin dan ringan tulang.

81.Rezeki harimau

Maksud: Makanan yang banyak dan berbagai jenis Contoh ayat: Tetamu yang datang ke majlis keraian itu dihidangkan dengan juadah bak rezeki harimau.

S

82.Salah langkah

Maksud: Memulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti.

Contoh ayat: Disebabkan salah langkah, hasil keluaran syarikatnya tidak mendapat pasaran yang baik.

83.Salah cakapMaksud: Maklumat yang disampaikan tidak tepat.

Contoh ayat: Jangan cepat percaya denga cerita Salmi kerana dia selalu salah cakap.

84.Setengah akal

Maksud: Tidak bijak.

Contoh ayat: Sikap Devi yang singkat telah merugikannya apabila dia menjual tanahnya dengan harga yang murah dan kini tanah itu bernilai berjuta-juta ringgit.

85.Sagu hati

Maksud: Wang atau pemberian yang diberikan sebagai ganti rugi.

Contoh ayat: Sagu hati akan diberikan kepada semua penghuni setinggan apabila rumah mereka dirobohkan.

86.Sakit hati

Maksud: Marah

Contoh ayat: Sakit hati saya apabila mendapat tahu dia telah menipu saya.

T87.Tahan hati

Maksud: Cekal.

Contoh ayat: Dia tahan hati menghadapi semua cabaran yang menimpa dirinya.

88.Tulang kering

Maksud: Tulang dari lutut hingga pergelangan kaki.

Contoh ayat : Tulang keringnya sakit kerana terpukul kayu hoki.

89.Tahi ketamMaksud: Sisa kayu yang diketam.

Contoh ayat: Tahi ketam boleh digunakan untuk menanam pokok orkid.

90.Tahu adaMaksud: Mahukan sesuatu itu siap sedia.

Contoh ayat: kita hendaklah berusaha memperoleh sesuatu yang dihajati, jangan tahu ada sahaja.

91.Tahi airMaksud: Sampah yang mengapung di atas air.

Contoh ayat: Kolam itu dipenuhi dengan tahi air yang dibuang oleh penduduk di kawasan sekitar.U

92.Untung batu

Maksud: Nasib yang buruk.

Contoh ayat: Nakhoda itu mengalami untung batu kerana kapalnya telah diserang lanun.

93.Ubat hati

Maksud: Penghibur hati.

Contoh ayat: Setelah Zaiton meninggal dunia, hanya Rokiahlah yang menjadi pengubat hati Mak Tijah.

94.Untung sabut

Maksud: Nasib yang baik.

Contoh ayat: Nakhoda Tanggang untung sabut kerana perniagaannya sangat menguntungkan.

95.Ubat jerih

Maksud: Upah.

Contoh ayat: Tersenyum lebar Zakiah apabila menerima enam ratus ringgit sebagai ubat jerih menyulam baju-baju itu.

W

96.Wang duka

Maksud: Wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.

Contoh ayat: Ismadi mendapat wang duka hasil daripada kutipan derma kakitangan pejabat ayahnya setelah ayahnya meninggal dunia.

97.Wang hantaran

Maksud: Wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.

Contoh ayat: Wang hantaran perkahwinan kakak berjumlah sepuluh ribu ringgit.

98.Wang suap

Maksud: Bayaran yang siberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah.

Contoh ayat: Saya enggan membayar wang suap kepada pegawai yang berkenaan kerana perkara tersebut menyalahi undang-undang.

Z99.Zaman bahari

Maksud: Zaman purbakala

Contoh ayat: Barang-barang yang ditemui itu merupakan barang-barang zaman bahari yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi.

100Zaman puntingMaksud: Zaman kuno.

Contoh ayat: Manusia di zaman puntung berasap kebanyakannya bekerja sebagai petani dan nelayan.

PERIBAHASAPERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Airyang tenang jangan disangka tiadabuayaPendiam dan tidak melawan kata jangan disangka pengecut.Mukhriz seorang yang pendiam, tetapi air yang tenang jangan disangka tiada buaya kerana dia pernah menjadi juara dalam pertandingan debat.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Berat sama dipikul, ringan samadijinjingHidup Bantu membantu antara satu sama lain.Kampung Seduku berjaya terpilih sebagai kampung contoh pada peringkat kebangsaan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Cubit paha kanan, paha kiri pun terasajugaSetiap kesusahan yang dialami oleh seseorang dalam kehidupannya akan turut dirasai oleh ahli keluarganya yang lain.Siti berasa sedih melihat adiknya yang menderita penyakit leukimia kerana cubit paha kanan, paha kiri pun terasa juga.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Di mana bumi dipijak, disitu langitdijunjungWalau di mana kita berada kita mesti mematuhi adapt dan peraturan tempat yang kita diami.Apabila berada dinegeriorang, kita harus menghormati adat resam dan cara hidup penduduk di situ,bakkata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbangsamaPergaulan hanya dengan orang yang sama taraf saja.Percintaan Dollah dengan TengkuSurayaterhalang disebabkan perbezaan taraf kerana enggang sama enggang, pipit sama pipit, baru boleh terbang sama.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Fikir itu pelitahatiDaya berfikir seseorang mampu menjadi penerang hidup.Setiap murid sentiasa diberi galakan dan dorongan untuk berfikir dalam membuat sebarang keputusan dalam kehidupan mereka, bak kata pepatah fikir itu pelita hati.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkannama

Orang yang banyak jasa tetap akan dikenang meskipun sudah meninggal dunia.Jasa Allahyarham Tuan Haji Kassim tetap dikenang oleh orang-orang kampung kerana beliau banyak berjasa bak kata pepatah gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkannama.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Ikan pulang kelubukKembali semula ke tempat asal.Rashid tahu yang anaknya pasti akan pulang ke rumah suatu hari nanti kerana dia tahu ikan pulang ke lubuk begitulah juga dengan anaknya

.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapatsagunyaSesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa usaha.Chin Chinbelajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi doktor tercapai kerana dia tahu jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Kais pagi makan pagi, kais petang makanpetangOrang miskin yang rezekinya dicari hanya cukup untuk makan pada hari itu sahaja.Kehidupan Pak Jamil anak-beranak ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang menyebabkan mereka perlu bekerja keras setiap hari.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Lembu punya susu, sapi dapatnamaSeseorang yang mendapat nama hasil daripada kerja orang lain atau orang lain yang membuat kerja, orang lain yang mendapat nama.Projek pembinaanbalairaya di Kampung Kabong telah dijayakan oleh semua penduduk kampong tersebut namun hanya ketua kampong yang mendapat nama seperti lambu punya susu, sapi dapat nama.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Membujur lalu melintangpatahOrang yang tidak takut menghadapi sebarang rintangan yang bakal dihadapi.

Hang Tuah seperti membujur lalu melintang patah walaupun lawannya seribu.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Nyiur setandan tetapi berlainanjadinyaSikap atau perangai tidak sama antara adik beradik seibu sebapa.Walaupun Ani dan Ana adik beradik tetapi mereka seperti nyiur setandan tetapi berlainan jadinya kerana masing-masing mempunyai perangai yang berbeza.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kitamerasaKita sentiasa berterima kasih ke atas kebaikan orang terhadap kita.Michael mengucapkan terima kasih kepada jirannya setiap kali jirannya memberi makanan kepadanya, bak kata pepatah orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Pucuk dicita ulammendatangMemperoleh sesuatu yang dihajati.Penyertaan Erra dalam pertandingan mencari harta karun itu seperti pucuk dicita ulam mendatang apa bila dia telah berjaya memenangi sebuah rumah banglo baharu yang sudah lama diidamkannya.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Ringan sama dijinjing, berat samadipikulOrang yang melakukan kerja secara bergotong royong.Semua pendudukkampongSeri Pinang bergotong royong membersihkan kawasan kampong mereka, bak kata pepatah ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanahjugaBagaimana liciknya seseorang, ada kalanya dia tersilap juga.Perbuatan Ali yang sentiasa ponteng sekolah akhirnya diketahui oleh keluarganya apabila guru disiplin bertindak memanggil ibu bapanya ke sekolah. Selama ini dia telah menipu keluarganya namun sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanahjuga.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Takkan pisang berbuah duakaliTidak akan mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.Ahmad berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran matematik bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun. Dia telah gagal beberapa kali dalam setiap ujian dan kali ini dia bertekad bahawa takkan pisang berbuah dua kali.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Ulat dalam batu pun dapathidupOrang yang rajin berusaha takkan mati kelaparan.Tak payahlah kamu bersusah payah merantau keluar Negara semata-mata untuk mencari pekerjaan kerana di sini pun masih boleh mendapat rezeki kerana ulat dalam batu pun dapat hidup, kata ayah kepada abang.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Waktu ituwangWaktu itu sangat bernilai.Rahim sentiasa berusaha dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk memajukan perniagaannya bak kata pepatah waktu itu wang.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Yang dikejar tak dapat, yang dikendongberciciranMengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dihabiskan atau dibuang.Mendengar khabar bahawa dia akan mendapat pulangan yang lebih lumayan melalui pembelian sahamnya, Rahim telah mengelurakan semua wang simpanan dan melaburkannya. Namun dia sebenarnya telah ditipu umpama yang dikejar tak dapat, yang dikendongberciciran.

PERIBAHASAPENGERTIANCONTOH AYAT

Zaman beralih, musimbertukarPeredaran masa.Penggunaan teknologi pada masa kini terus menjadi keutamaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Walau zaman beralih, musim bertukar, manusia tetap bergantung dengan teknologiini.

1