asignment menggambar mei 2013 (1).docx

25
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT ________________________________________________________________________ HBAE1403 MENGGAMBAR MEI 2013 TAJUK: 1. Huraikan kenyataan “Art is creative self expression” dan “Works of art express and communicative universal values” dengan menunjukkan perkaitan antara peranan guru Pendidikan Seni Visual untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan hasilan seni kanak-kanak. Apresiasi seni perlu menyeluruh yang berkait dengan tema, bahan, teknik dan penilaian anda terhadap satu (1) hasilan seni kanak-kanak yang dipilih. 2. Tugasan esei anda perlu diserahkan bersama dengan contoh karya seni kanak-kanak yang dipilih. NAMA : NONIE FUNG NO. IC : 741228-12-6004 NO. KAD MATRIK : 741228126004002

Transcript of asignment menggambar mei 2013 (1).docx

Page 1: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

________________________________________________________________________

HBAE1403

MENGGAMBAR

MEI 2013

TAJUK:

1. Huraikan kenyataan “Art is creative self expression” dan “Works of art express and

communicative universal values” dengan menunjukkan perkaitan antara peranan guru

Pendidikan Seni Visual untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan hasilan

seni kanak-kanak. Apresiasi seni perlu menyeluruh yang berkait dengan tema, bahan,

teknik dan penilaian anda terhadap satu (1) hasilan seni kanak-kanak yang dipilih.

2. Tugasan esei anda perlu diserahkan bersama dengan contoh karya seni kanak-kanak

yang dipilih.

NAMA : NONIE FUNG

NO. IC : 741228-12-6004

NO. KAD MATRIK : 741228126004002

TEL : 01115398370

E-mail address : nonie fung 74 @yahoo.com

NAMA TUTOR: EN. ABD.RAJI BIN ABDUL HALIM

Page 2: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

Bil Perkara MukaSurat

1.0

2.0

3.0

4.0

Dedikasi

Penghargaan

Pengenalan

Perbincangan Umun

A Tema.

B Bahan

C Teknik.

D Penilaian Guru PSV

Kesimpulan

Rujukan

i..

ii..

1

2

3 - 4

5 - 7

8 - 10

11 - 12

13

14

Page 3: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

DEDIKASI

Segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Buat Emak tersayang,

Yang sentiasa mendoakan kejayaan & kesejahteraan anak mu ini

Doa kalian bagaikan pemangkin semangat mengiringi perjuangan hidup ku

Buat ahli keluarga yang dikasihi,

Yang telah banyak memberi nasihat dan kepercayaan terhadapku sepenuhnya

Buat pembimbing yang disanjungi,

Bimbingan, tunjuk ajar dan jasa yang diberikan tidak akan ku lupai

Buat mu insan yang sentiasa dirindui,

Sokongan dan doronganmu tidak kulupakan. Kejayaan ini kita kongsi bersama

Untuk teman seperjuangan yang dihormati,

Jasa kalian akan tetap ku kenang selagi hayat dikandung badan

i.

Page 4: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Alah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, Laporan Sarjana Muda ini telah dapat disempurnakan.Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Abdul Raji Bin Abdul Halim kerana telah banyak mengorbankan masa dan tenaga membimbng dan memberi tunjuk ajar serta nasihat sepanjang saya menyempurnakan tugasan ini. Tanpa bantuan dan bakti beliau, adalah agak sukar bagi saya menghasilkan tugasan ini dengan jayanya. Semoga segala sumbangan dan pengorbanan ini diberkati olehAllah S.W.T.Tidak lupa juga kepada rakan-rakanseperjuangan di atas bantuan dan sokongan moral yang diberikan.Akhir sekali, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan kajian ini.

Wassalam.

ii

Page 5: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

1.0 PENGENALAN

Menurut Falsafah Pendidikan Negara (FPN), pendidikan harus memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis

dari segi intelek, rohani dan jasmani. Penglibatan pelajar dalam kegiatan seni akan

memelihara aspek perasaan, kreativiti, nilai estetika, memperkembangkan kecerdasan mental,

psikomotor dan nilai sosiolisasi1. Seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan

holistik bagi setiap insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni KBSR telah pun memperlihatkan kemantapannya,

arah dan konsepnya juga begitu jelas. Ini adalah bersesuaian dengan keperluan semasa di

Malaysia, sebagai sebuah negara yang membangun, dengan kemajuan sosio-ekonomi yang

semakin pesat dan kehidupan yang semakin kompleks Pendidikan Seni mampu memberi

sumbangan yang besar kepada negara dalam pelbagai aspek. Menggambar adalah salah satu

daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni

Visual KBSR2.

Seni dalam Pendidikan mempunyai matlamat yang menarik untuk memberi peluang

kepada pelajar menemui potensi diri melalui perkataan, objek, gambaran, bunyi dan gerakan

dan visual mereka. Simbol yang digunakan untuk membuat ekspresi dalam aktivit-aktiviti

seni akan membantu pelajar merasa, menyentuh, mendengar dan melihat secara langsung

dunia mereka dengan cara tersendiri. Pelajar dapat meluahkan pandangan mereka dengan

cara yang sama dengan apa yang dialami oleh orang lain.

Pendidikan Seni Visual kini bukanlah sekadar semata-mata untuk pengayaan, ia juga

perlu dianggap sebagai kemahiran asas setaraf dengan kemahiran menulis, membaca dan

mengira. Peri mustahaknya tiga kemahiran itu kerana ianya melambangkan sistem yang

membolehkan manusia berkongsi pengalaman. Dengan menguasai lambang-lambang tersebut

segala bentuk ilmu dapat dinikmati bersama3. Oleh itu peranan guru Pendidikan Seni Visual

adalah sangat penting dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan hasilan seni.

1Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403. Seni Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd. 2Iberahim Hassan. (2000). Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.3Al Hurwitz & Micheal day. (1995) Children and Their Art. New York : Harcourt Brace College Pub. Texas.

1

Page 6: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

2.0 PERBINCANGAN UMUM

2.1 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual Untuk Mengembangkan Kreativiti

Kanak-kanak Dengan Hasilan Seni Kanak-kanak

Ramai tokoh-tokoh ilmuwan yang memberi pandangan menyokong bahawa aplikasi

seni mampu mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Ini seiring dengan pendapat Herbert

Read iaitu “Art is creative self expression” dan “Works of art express and communicative

universal values.Oleh itu, guru Pendidikan Seni Visual memainkan peranan yang penting

dalam usaha mengembangkan kreativiti kanak-kanak dengan hasilan seni kanak-kanak.

Bidang menggambar boleh didefinisikan sebagai representasi visual sesuatu objek

atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ianya mengandungi komposisi artistik yang

dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Bidang menggambar juga

merupakan gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang4.

Bidang menggambar merupakan satu bidang cabang seni yang menegaskan

perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid melihat kemampuan murid terhadap

aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai

media dan teknik.

Bidang menggambar menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi

dalam sesuatu hasil karya sebagai contoh lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan,

resis, percikan dan mozek. Bidang menggambar juga meliputi penerokaan kesan seni serta

mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Bidang menggambar.membolehkan murid

mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan.

Ianya dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka

seperti warna, garisan, susunan dan kesannya5.

Bidang menggambar juga menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan

ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali

pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan

pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian

alam persekitaran akan menjadi fokus. Ini amat bertepatan dengan pendapat Herbert Read

4Iberahim Hassan. (2000). Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.5Otto G.Ocvirk; Cayton. Art Fundamental. (1997). Mc Graw Hill: New York.

2

Page 7: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

iaitu “Art is creative self expression” dan “Works of art express and communicative universal

values”.

Guru memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan kreativiti kanak-

kanak melalui pelbagai aspek iaitu tema, bahan, teknik dan penilaian guru Pendidikan Seni

Visual.

A. Tema

Aktiviti menggambar boleh dijalankan untuk guru menilai dan menggalakkan

perkembangan kreativiti kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-

kanak menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan. Pada

hakikatnyakanak-kanak suka berimaginasisecara semula jadi. Kanak-kanak dapat meluahkan

perasaan gembira atau seronok melalui aktiviti menggambar. Aktiviti menggambar dapat

membantu menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Antaranya semasa penyertaan

kanak-kanak dalam aktiviti menggambar di dalam kelas, Dengan cara ini, mereka dapat

meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi gambaran atau lakaran objek

di atas kertas. Oleh itu, guru dapat menilai sejauh mana meningkatnya perkembangan

kreativiti kanak-kanak dengan menetapkan sesuatu tema dan kanak-kanak akan

menggambarkan tema tersebut melalui hasilan seni.

Persekitaran fizikal yang direka oleh guru boleh menstimulasi minda kanak-kanak

melalui penetapan tema dan dapat meningkatkan penyelesaian masalah secara kreatif.

Sebagai rangsangan misalnya, guru boleh mempamerkan satu objek seperti bola dan

bertanya, "Apakah corak boleh kita buat dengan bentuk ini?" Kanak-kanak akan

menghabiskan imej mental pertama mereka dan mula mengembangkan idea-idea dari apa

yang mereka lihat di persekitaran mereka. Melihat sekeliling ruangan kelas atau ruang

bermain untuk isyarat adalah kaedah penyelesaian masalah kreatif. Persekitaran yang

mempunyai pelbagai perkara baru akan membentuk kreativiti. Contohnya guru menunjukkan

objek bunga dan memberikan soalan apakah corak yang boleh kita buat melalui objek ini?.

Rangsangan melalui proses penyoalan akan menggalakkan daya fikir mereka dan dengan

bantuan contoh-contoh relevan yang boleh menwujudkan ide baru dan mengukuhkan

pengetahuan budaya kanak-kanak seterusnya membantu mereka menghasilkan corak dan

imej kreatif.Sebagai contoh, guru mencadangkan tema “Bebas” kepada kanak-kanak yang

berusia 7 tahun.

3

Page 8: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

Berdasarkan lukisan corak dan rekaan kanak-kanak yang berumur 8 tahun jelas kelihatan

penghasilan benda oleh kanak-kanak ini seperti matahari, rumah, bunga dan awan. Lukisan

kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh objek-objek sekeliling yang sangat dekat dengan diri

mereka seperti mana objek yang digambarkan boleh dilihat dalam kehidupan seharian kanak-

kanak.

B. Bahan

4

Page 9: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan

bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya dan gerakan tangan yang

tersendiri. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek fizikal.Kegiatan membentuk

dan membuat binaan memberi peluang kepadapelajar membuat rujukan kepada objek

sebenar. Perbandingan ini akanmemberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai

fungsi dan makna.

Selain itu, penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaranpendidikan

seni visual memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psihomotor) dan

koordinasi tangan serta mata.

Kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu serta daya imaginasi yang tinggi, ianya

perlu dipupuk dan dikembangkan untuk meningkatkan kreativiti serta kebolehan berfikir

mereka. Adalah menjadi tanggungjawab guru pendidikan seni untuk menyuntik rangsangan

yang dapat melipatgandakan daya imaginasi kanak-kanak agar proses pembelajaran di dalam

bilik darjah menjadi lebih bermakna. Kanak-kanak akan lebih bermotivasi untuk melibatkan

diri di dalam aktiviti-aktiviti kreatif, untuk mencipta serta mereka benda-benda baru ataupun

media-media yang baru. Dengan memperkenalkan bahan-bahan atau alatan-alatan tertentu,

ianya dapat mencambahkan imaginasi kanak-kanak.

Guru dalam bidang Pendidikan Seni Visual juga digalakkan untuk membimbing

pelajar untuk menggunakan bahan terpakai yang terdapat di sekeliling mereka dalam proses

menghasilkan karya. Proses ini secara tidak langsung akan membuatkan pelajar berkenaan

akan menjadi lebih peka dan sensitif di samping berupaya menjadi seorang individu yang

mampu menghasilkan corak dan rekaan berdasarkan imej dan keadaan sekeliling.

Bahan-bahan yang boleh diperkenalkan oleh guru dalam menggambar seperti cat air,

cat minyak, pastel, oil pastel dan lain-lain lagi.

Cat air

Menggambar dengan cat air dilakukan dengan memilih kertas yang dapat menyerap

air secara baik dan permukaan tidak licin. Ianya dimulakan dengan membuat sketsa tipis

objek yang akan digambar, seterusnya dengan memberi warna secara tipis terlebih

dahulu.Biasanya objek yang dipilih adalah pemandangan, benda dan kehidupan sosial.

Contoh lukisan kanak-kanak menggunakan cat air:5

Page 10: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

Cat minyak

Menggambar dengan cat minyak biasa disebut melukis. Media ini banyak dipilih oleh

para pelukis profesional disebabkan kekuatan bahan yang tahan lama dan kelenturan bahan

untuk mengekspresikan diri pelukis.

Contoh lukisan kanak-kanak menggunakan cat minyak:

Pastel

Kelebihan pastel terletak pada keunikan yang ditimbulkan, kemampuannya untuk

dicampur dengan pewarna lain, sehingga hasil akhir objek yang digambar lebih hidup dan

menimbulkan efek improvisasi pewarnaan yang dinamis. Kertas yang dipilih dalam

mengunnakan bahan ini perlu memiliki permukaan yang agak kasar dan berwarna gelap.

6

Page 11: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

Contoh lukisan kanak-kanak menggunakan pastel:

C. Teknik7

Page 12: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

Kanak-kanak merupakan seniman dan pengkarya awal yang wujud dalam meluahkan

apa-apa yang mereka lihat, menyamai konsep simbolik lukisan gua manusia primitif. Kanak-

kanak mempraktikkan seni konseptual berbanding dengan seni persepsi. Ekspresi mereka

diluahkan secara simbolik dalam representasi sesuatu bentuk dan elemen di dunia realiti.

Kecenderungan kanak-kanak menggambarkan objek dalam bentuk geometri dan simbolik

menjadi justifikasi pengamatan konseptual mereka, di samping keupayaan motor yang masih

terbatas jika dibandingkan dengan manusia dewasa. Secara umumnya dipersetujui bahawa

manusia tahu dan memahami dunia realiti, iaitu melalui bahasa dan representasi6.

Guru memainkan peranan yang penting dalam memperkembangkan kreativiti kanak-

kanak dengan memperkenalkan pelbagai teknik lukisan kepada kanak-kanak, di antaranya

adalah:

1) Teknik lukisan

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk

imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang

dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna

dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti

pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan,

melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa,

bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh

dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras

sukar.

2) Teknik Catan

Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata

yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak

melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan

satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas

permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan

mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna 6Representasi Lukisan Awal Kanak-kanak. Dilayari pada 05Julai 2013. Daripada http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=190

8

Page 13: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

basah.Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar

seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan

pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.

3) Teknik Kolaj

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas

sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D

yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun

dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan

khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan

satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza

dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara ‘superimpose’ di antara

satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu

tajuk atau tema tertentu.

4) Teknik Montaj

Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu

permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam

sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media

cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej

yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum,

bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik

superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk

menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

5) Teknik Cetakan

9

Page 14: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui

perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan

berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses

ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.

Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang

dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses

penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan

acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang

berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau

bahan lain7.

Berikut adalah contoh hasil seni kanak-kanak yang menggunakan teknik kolaj:

D. Penilaian Guru PSV

7Representasi Lukisan Awal Kanak-kanak. Dilayari pada 05 Julai 2013. Daripada http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=190 10

Page 15: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

Penilaian guru Pendidikan Seni Visual juga mampu mengembangkan

mengembangkan kreativiti kanak-kanakmealui penghasilan hasil seni.. Dalam membuat

penilaian tentang hasilan seni kanak-kanak, tahap kreativiti yang ditetapkan oleh guru

perlulah di tahap yang sederhana dan biarlah bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian

pelajar-pelajardi dalam kelas. Ini kerana menurut Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz

dan Day, terdapat beberapa peringkat perkembangan seni kanak-kanak iaitu:

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan.

Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas

meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon,

pensil serta bahan-bahan lain. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini tidak bersifat realistik dan

banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Selain itu, terdapat

empat peringkat contengan pada peringkat manipulative iaitu contengan garisan tidak terkawal,

contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.

(b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)

Pada peringkat ini kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada

peringkat ini juga, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

(c) Pra-Remaja (10-13 Tahun)

Pada peringkat ini, terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul.

Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek8.

8Al Hurwitz & Micheal day. (1995) Children and Their Art. New York : Harcourt Brace College Pub. Texas. 11

Page 16: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

Penilaian guru yang disandarkan kepada tahap kebolehan dan pencapaian murid

mampu menyumbang kepada perkembangan kreatviti kanak-kanak. Berikut adalah contoh

hasil seni kanak-kanak dan penilaian guru:

Objek-objek yang wujud dalam corak dan rekaan kanak-kanak ini sangat dekat

dengan jiwa dan dunia kanak-kanak yang suka bermain dan berimaginasi. Bandar imaginasi

yang digambarkan oleh kanak-kanak walaupun susunan kurang rasional namun ini adalah

sesuatu yang sesuai untuk standard kanak-kanak yang berusia 9 tahun. Pengetahuan budaya

kanak-kanak tentang alam sekitar menghasilkan corak dan rekaan kreatif kanak-kanak

dimana objek-objek seperti orang yang berbentuk skeleteon ini dilukis secara

berulang.Berdasarkan penilaian guru, kanak-kanak telah menghasilkan corak atau rekaan

yang unik dan kreatif sesuai dengan usia kanak-kanak yang berusia 9 tahun.

12

Page 17: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

3.0 KESIMPULAN

Aktiviti seni sememangnya memberi peranan yang penting dalam perkembangan

kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini memberi peluang untuk kanak-kanak menyampaikan

perasaan, karya dan keupayaan mereka dalam pelbagai cara. Malah aktiviti ini menggalakkan

kanak-kanak untuk berfikir dan menjadi seorang yang kreatif.

Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni seperti

rekaan dan corak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi

mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf

tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.

Menurut Russel (1968), matlamat guru sekolah rendah dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, sensitif

terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama. Murid-murid akan mengambil

bahagian dalam pembelajaran yang melibatkan berbagai-bagai kemahiran yang disediakan

oleh guru. Di samping itu juga mereka dapat melahirkan idea dan kreativiti mereka dengan

bebas9.

Sebagai kesimpulan, hasil kerja seni, corak dan rekaan yang dihasilkan berfungsi

sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. Perlakuan seni,

persepsi seni dan pengetahuan budaya yang hendak dibentuk adalah reaksi daripada corak

dan rekaan yang dihasilkan oleh kanak-kanak.

2534 patah perkataan

9Ainon Mohamad & Abdullah Hassan. 1997. Berfikir Dalam Darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

133

Page 18: asignment menggambar mei 2013 (1).docx

RUJUKAN

Ainon Mohamad & Abdullah Hassan. 1997. Berfikir Dalam Darjah. Kuala Lumpur: Utusan

Publications & Distributors.

Al Hurwitz & Micheal day. (1995).Children and Their Art. New York : Harcourt Brace

College Pub. Texas.

Iberahim Hassan. (2000). Kump. Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik. UPSI.

Otto G.Ocvirk; Cayton. Art Fundamental. (1997). Mc Graw Hill: New York.

Representasi Lukisan Awal Kanak-kanak. Dilayari pada 05 Julai 2013. Daripada

http://dwnbudaya.dbp.my/wordpress/?p=190

Zulkifli Yaakop, Mohd Jamal Ismail. (2007). HBEF1403. Seni Dalam Pendidikan. Kuala

Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

14