Asignment Science HBSC3203(731023125308002)

22
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA HBSC3203 TEACHING SCIENCE FOR UPPER PRIMARY 11 ASSIGNMENT TUGASAN SEMESTER JANUARI 2012 NAMA : ROSNAWATI BINTI JAIM NOMBOR MATRIKS : 731023125308002 NOMBOT TELEFON : 010-5205308 EMAIL : [email protected] NAMA TUTOR : MR ABRAHAM JOSEPH . M

Transcript of Asignment Science HBSC3203(731023125308002)

OPEN UNIVERSITYMALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBSC3203TEACHING SCIENCE FOR UPPER PRIMARY 11

ASSIGNMENTTUGASAN

SEMESTERJANUARI 2012

NAMA : ROSNAWATI BINTI JAIM NOMBOR MATRIKS:731023125308002NOMBOT TELEFON:010-5205308EMAIL:[email protected] TUTOR:MR ABRAHAM JOSEPH . MPUSAT PEMBELAJARAN:OUM KOTA KINABALUTARIKH PENGHANTARAN:16 HB MAC 2012

Isi Kandungan

NoPerkaraMukasurat

1Pengenalan

1

2Struktur Sistem Solar

2-6

3Ciri-ciri Pluto yang melayakkannya sebagai Planet

7-8

4Sebab Planet Pluto tidak dikelaskan sebagai planet

8-9

5Pendapat mengenai Status Planet Pluto

10-11

6Kesimpulan

12

7Rujukan

13

1. PengenalanSebuahplanetditakrifkanolehKesatuan Astronomi Antarabangsa(IAU), suatu badan sains rasmi dalam halastronomi, sebagaijasad cakerawalayang: berada dalamsistem suria harus;(a) dalamorbitmengelilingiMatahari;(b) mempunyaijisimyang cukup untukgraviti-sendiri melawan daya tarikanjasad tegarsehingga ia mencapai bentukkeseimbangan hidrostatik(hampir bulat); dan(c) melepasi orbit kawasan kejiranannya; atau Dalamsistem najamlain. (i) dalam orbit mengelilingibintangatau sisanya;(ii) membunyai jisim di bawah batas jisim untukpelakurantermonukleardeuterium(iii) mempunyai jisim/saiz lebih besar daripada takat minimum yang diperlukan untuk dikira sebagai planet dalam sistem suria.

IAU belum membuat keputusan sama adaobjek berjisim planetyang telah terkeluar dari sistem suria dipanggil planet atau tidak. Ini kerana pendirian mengenai planet dalam sistem suria baru diputuskan dalam Perhimpunan Agung IAU 2006, tetapi pandangan mengenaiplanet luar suriamasih menggunakan takrifan tidak rasmi pada 2003. Oleh itu, ia mungkin bertukar dalam masa terdekat.Sebelum persetujuanresolusipada 2006, tidak terdapat takrifan perkataan "planet" secara rasmi, walaupun untuk sistem suria. Oleh sebab itu,sistem suriatelah mempunyai berbagai bilangan planet sebelum ini. Namun, takrifan rasmi ini masih belum diterima meluas oleh komunitiastronomisendiri apatah lagi masyarakat umum.Di bawah takrifan rasmi ini, sistem suria mempunyai lapan planet:Utarid,Zuhrah,Bumi,Marikh,Musytari,Zuhal,UranusdanNeptun. Manakala jasad yang cuma memenuhi syarat (a) dan (b) sahaja, dan bukan merupakansatelit semula jadi, dipanggilplanet kerdil:Ceres,PlutodanEris. Sehingga kini, lebih daripada 200planet laintelah ditemui.

12. Struktur Sistem Solar

Sistem Suria

Sistem suria mempunyai Matahari dan objek cakerawala lain: lapan planet-planet, 165 bulan-bulan, tiga planet kerdil (termasuklah Pluto) dan empat bulannya, dan billion jasad-jasad kecil. Kategori terakhir ini termasuklah asteroid, objek-objek lingkaran Kuiper,komet, meteoroid dan debu antara planet. Dalam istilah, kawasan-kawasan Sistem Suria mempunyai Matahari, empat planet, lingkaran asteroid terdiri daripada jasad batu kecil, empat gergasi gasluar, dan lingkaran kedua, terpanggil Lingkaran Kuiper, terdiri daripada objek ais. Di luar lingkaran Kuiper ialahcakera terserak, heliosfera,dan akhirnya awan Oort.

Dalam urutan jarak dari Matahari, planet-planet ialah Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal,Uranus,Neptun dan. Enam daripada lapan planet yang mempunyai satelit semula jadi, biasanya dipanggil "bulan-bulan" selepasBulan Bumi, dan setiap planet luarmempunyai lingkaran planet yang terdiri daripada debu dan zarah-zarah lain.

MATAHARIMatahari adalah pusat Sistem Suria. Matahari adalah objek terbesar dalam Sistem Suria. Matahari adalah sebutir bintang yang terletak paling dekat dengan Bumi. Matahari mengeluarkan cahaya,haba dan tenaga. Tanpa Matahari, hidupan di Bumi tidak akan wujud. Tanpa cahaya matahari, suhu akan menjadi terlalu sejuk sehingga tiada hidupan yang boleh hidup dan Bumi akan menjadi beku. Matahari juga menghasilkan tarikan graviti yang mengekalkan Bumi, lapan panet yang lain, asteroid dan komet di dalam orbit masing-masing. Semua ahli Sistem Suria beredar mengelilingi Matahari dalam arah yang sama tetapi pada kelajuan yang berlainan. 2PLANETTerdapat lapan buah planet dalam Sistem Suria bermula pada tahun 2006. Turutan planet-planet mengikut jarak paling dekat sehingga paling jauh dari Matahari ialah seperti berikut: Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, Neptun dan Pluto. Kesemua Lapan planet bergerak mengelilingi Matahari dalam lintasan bujur yang besar digelar orbit, dalam arah lawan jam.(barat ke timur). Semakin jauh planet dari Matahari, semakin besar orbit planet itu. Semasa planet-planet beredar mengelilingi Matahari, planet-planet juga berputar di atas paksinya sendiri. Semua planet berputar di atas paksinya sendiri mengikut arah lawan jam kecuali: Zuhrah mengikut arah jam Uranus dari bawah ke atas (pada sisinya)

Setiap planet mengambil masa yang berbeza untuk melengkapkan satu edaran mengelilingi Matahari. Planet yang paling dekat dengan Matahari mengambil masa yang paling singkat untuk melengkapkan satu orbit, manakala planet yang paling jauh dari Matahari mengambil masa yang paling lama untuk melengkapkan satu orbit.

SATELIT SEMULA JADI

Kebanyakan planet mempunyai objek kecil yang beredar mengelilinginya yang digelar satelit semula jadi atau bulan. Bulan merupakan satelit semula jadi Bumi. Bulan beredar mengelilingi Bumi mengikut arah lawan jam. Bulan mengambil 27 1/3 hari untuk beredar mengelilingi Bumi.

AHLI SISTEM SURIA YANG LAIN

1. AsteroidAsteroid adalah objek berbatu dan berlogam yang beredar mengelilingi Matahari. Asteroid adalah labih kecil daripada planet tetapi lebih besar daripada meteoroid. Saiznya adalah dari sekecil partikel debu hingga ke beberapa ratus kilometer besar. Sebahagian basar asteroid berada di dalam jalur asteroid yang terletak di antara Marikh dengan Musytari.

32. Meteoroid Meteoroid merupakan ketulan batu kecil atau logam yang terapung dalam Sistem Suria. Terdapat berjuta-juta meteoroid di angkasa. Kebanyakannya adalah kecil. Jika meteoroid jatuh ke dalam atmosfera Bumi , meteoroid mula terbakar dan menghasilkan cahaya. Ini digelar meteor. Jika kamu terlihat tahi bintang, kamu sebenarnya melihat meteor. Meteor yang terhempas ke permukaan Bumu digelar meteorit. Apabila sebuah meteor yang besar terhempas ke permukaan Bumi kawah terbentuk.

3. KometKomet adalah ketulan ais yang terbentuk daripada gas dan debu yang beku. Komet mempunyai ekor bernyala yang panjang dan beredar mengelilingi Matahari. Satu contoh komet ialahKomet Halley yang muncul 76 tahun sekali di dalam Sistem Suria. Kali terakhir kemunculan Komet Halley adalah pada tahun 1986.

Planet Dalam (Planet Terrestrial)

MarikhBumiZuhrahUtaridPlanet dalam - Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh

Planet-planet ini terbina daripada batuan dan logam. Atmosfera planet Utarid, Zuhrah dan Marikh adalah sangat nipis dan beracun kepada hidupan. Hanya Bumi yang mempunyai Atmosfera yang tebal, udara air dan cahaya yang mencukupi yang embolehkan hidupan hidup didalamnya.

4Utarid Planet yang paling dekat dengan Matahari. Planet yang sangat panas (suhu bole mencapai sehingga 400C) Terlalu panas untuk kehidupan.Zuhrah Planet kedua dari Matahari. Terdapat satu lapisan tebal karbon dioksida dan asid sulfurik yang membantuk atmosfera. Karbon dioksida menyerap dan memerangkap haba, menghalang haba terlepas keluar. Oleh itu, Zuhrah sangat panas.Bumi Planet ketiga dari Matahari. Planet yang kelima terbesar. Terdapat udara, air dan atmosfera. Satu-satunya planet yang mempunyai hidupan.Marikh Planet keempat dari Matahari. Juga dikenali sebagai planet merah(permukaaan diliputi dengan debu merah) Sejuk dan tiada hidupan.

Planet Luar (Planet Jovian)

NeptunUranusZuhalMusytari

5Planet Luar juga digelar sebagai Planet Jovian ianya terdiri dari planet Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun. Sebahagian besar planet-planet ini terdiri daripada gas. Oleh itu, tiada permukaan untuk berdiri di atas planet ini. Suhu planet-planet ini adalah adalah terlalu sejuk untuk hidupan. Di bawah adalah ciri-ciri planet luar mengikut urutan kedudukannya dari Matahari;Musytari Planet kelima dari Matahari. Planet yang paling besar. Hampir keseluruhan terdiri daripada hidrogen dan helium.

Zuhal Planet keenam dari Matahari. Planet yang kedua terbesar. Planet yang paling cantik(terdapat beribu-ribu gelang berwarna di sekeliling). Gelang-gelang itu terbentuk daripada berjuta-juta partikel debu dan ais. Gelang-gelang ini bersinar kerana partikel-partikel ais di dalamnya memantulkan cahaya.Uranus Planet ketujuh dari Matahari. Planet yang ketiga besar. Atmosferanya terdiri daripada gas hydrogen, helium dan metana.(Gas metana memberikan Uranus warna biru) Terdapat gelang di sekelilingnya . (Tidak dapat dilihat dengan jelas kerana terlalu nipis dan kabur)Neptun Planet kelapan dari Matahari. Atmosferanya terdiri daripada gas hydrogen, helium dan metana. Gas metana menyebabkan Neptun berwarna biru cerah. Terdapat ribut dan angin yang bergerak pada kelajuan lebih daripda 200 kilometer per jam.

63 Ciri-ciri Pluto yang melayakkannya sebagai PlanetPlutomerupakan sebuah planet dari 9planetpada sebelum ini. Pada mulanya ia dianggap sebagai sebuah planet tetapi kini, ia digelar planet kerdil dan dikeluarkan daripada kalangan planetsistem solar. Ia disahkan olehKesatuan Astronomi Antarabangsa. Tetapi, ciri fizikal Pluto tidak berubah.Pluto, digelar secara rasmi134340 Pluto, merupakanplanet kerdilkedua terbesar yang diketahui dalamSistem Suria(selepas planet kerdil Eris) dan badan kesepuluh terbesar yang dilihat dengan mata kasar mengelilingimatahari. Pada asalnya dikelaskan sebagai sebuah, Pluto kini dianggap ahli terbesar bagi populasi berlainan yang dikenali sebagai gelung Kuiper. Sebagaimana ahli gelung Kuiper, Pluto terutamanya terdiri daripada batu dan air batu dan agak kecil: sekitar satu per lima daripada jisimBulanBumidan satu pertiga isipadunya. Ia memiliki kelainan orbit dan orbit amat condong yang membawanya dari 30 hingga 49AU(4.47.4 jutakm) dari Matahari. Ini menyebabkan Pluto kadang kala menghampiri Matahari lebih dariNeptun.

Ciri-ciri PlutoPluto ini ditemui oleh Clyede W. Tombaugh pada 16 Febuari 1930. Ciri Orbit Pluto ialah:1. Paksi semimajor 5906,376,272 km2. Lilitan orbit ialah 36.530 Tm3. Keeksentrikan ialah 0.248807664. Perihelion ialah 4,436,824,613 km5. Afelion 7,375,927,931 km6. Kala orbit ialah 90,613.3055 d7. Laju Orbitnya secara purata ialah 4.666 km/s, maksimum 6.112 km/s dan minimum 3.676 km/s8. Bilangan satelitnya adalah 3.

7Ciri Fizikal Pluto ialah:1. Diameter 230620km (18% Bumi, atau 1,42312 batu)2. Luas permukaannya ialah 1.795107km (0.033 Bumi)3. Isipadunya 7.15109km (0.0066 Bumi)4. Jisimnya (1.3050.007)1022kg (0.0021 Bumi)5. Min ketumpatannya ialah 2.030.06 g/cm6. Graviti Khatulistiwa ialah 0.58m/s(0.059gee)7. Halajunya ialah1.2 km/s8. Kala putarannya ialah6.387230 d (6 d 9 h 17 m 36 s) 9. Halaju Putaran 47.18 km/j (di khatulistiwa)10. Paksi senget 119.59 (terhadap orbit) dan 112.78 (terhadapgerhana)11. Jarak hamal khutub Utara133.0450.02 selama 8 j 52 min 11 s12. Suhupermukaan minimum 33 K, maksimum 55 K dan Purata 44 KCiri Atmosfera1. Tekanan atmosfera0.30pascal(maksimum masa musim panas)2. Kandungan Metana dan Nitrogen

4. Analisa ciri-ciri Pluto yang tidak melayakkannya sebagai PlanetSebab Planet Pluto tidak dikelaskan sebagai planet Sejak penemuanPlutopada 1930, ahli astronomi telah menganggapsistem suriamempunyaimatahari, sembilanplanetdan pelbagai badan lain. Namun pada 2000 sejak penemuan sekurang-kurangnya tiga badan (Quaoar,SednadanEris), semuanya hampir sama dengan Pluto dari segi saiz dan orbit, keadaan di mana planet baru harus ditambah atau planet lama dibuang telah wujud. Terdapat juga persoalan mengenai pengelasan planet dalam sistem bintang lain. Pada 2006, perkara ini terpaksa diselesaikan segera dengan kepastian bahawa objek selepas-Neptun baru Eris, didapati lebih besar daripada Pluto.Sejak dijumpai pada tahun 1930 sehingga 2006, Pluto dianggap sebagai planet ke sembilan dalam Sistem Suria. Pada akhir tahun 1970-an, selepas jumpaan planet kecil2060 Chirondi luar Sistem Suria dan pengakuan jisim rendah Pluto, statusnya sebagai planet utama telah dipersoalkan. 8Pada akhir abad ke-20 dan awal abad ke-21, banyak objek serupa dengan Pluto telah dijumpai di luar Sistem Suria, terutamanya objek cakera bertabur seperti planet kerdil Eris pada tahun 2005, yang 27% lebih besar berbanding Pluto. Pada 24 Ogos 2006, ("International Astronomical Union") (IAU) mentakrifkan apa yang dianggap planet dalam Sistem Suria. Takrifan ini menyingkirkan Pluto sebagai sebuah planet dan memasukkannya sebagai ahli kategori baru "planet kerdil" bersama Eris dan Cer Selepas pengelasan, Pluto ditambah kepada daftar planet kecil dan diberikan nama rasmi 134340. Sejumlah pakar sains kekal menegaskan bahawa Pluto patut dikelaskan sebagai sebuah planet. Perdebatan dalam IAU mendorong Julio Fernndez dan Gonzalo Tancredi dari Uruguayuntuk mencadangkan penakrifan semula istilahplanetuntuk menambah senarai planet sedia ada. Ahli-ahli Perhimpunan Agung IAU dijadualkan mengundi mengenai cadangan tersebut pada24 Ogos2006diPrague,Republik Czech. Sebaliknya, status Pluto sebagai planet ditarik balik dan diberikan status baruplanet kerdil. Pluto memang berbeza dengan planet lain, ia kecil, jauh dan orbitnya aneh.Cadangan asal akan mengekalkan Pluto dan menambah tiga planet baru:Charon(bulan Pluto),Ceres(asteroid), dan yang terbaruEris(2003 UB313). Ia amat mungkin bahawa para ahli astronomi akan menjumpai lebih banyak objek yang sesuai dengan takrifan baru ini selepas carian lanjut pemerhatian angkasa lepas.

Istilah "planet minor" diketepikan dan digantikan dengan kategori "badan sistem suria kecil" dan satu lagi pengelasan baru "pluton". Kategori pertama boleh mengelaskan objek yang tidak menepati syarat "berbentuk sfera". Kategori kedua termasuklah planet yang mempunyai kecenderungan tinggi dengan keanehan yang pelbagai dan satu orbit yang memakan masa lebih 200 tahun (iaitu planet yang lebih jauh dari Neptun). Pluto merupakan satu planet yang menepati maksud ini. Istilah "planet kerdil" boleh digunakan untuk menakrif kesemua planet yang lebih kecil daripada lapan "planet tradisi" yang berorbit mengelilingi Matahari walaupun bukan merupakan pengelasan IAU yang rasmi.

95. Pendapat mengenai Status Planet PlutoPenyingkiran Pluto dari senarai planet oleh Ahli IOUbermula tahun 2006 memberi banyak kritikan samada setuju atau tidak mengenai penyingkiran tersebut, walaupun ianya diterima sebagai planet atas 3 alasan namun kerana saiznya yang kerdil dan malah lebih kecil dari saiz plenet kerdil sedia ada iaitu Ceres,Eris dan Charon.Pada pendapat saya sebarang perubahan yang dibuat haruslah berdasarkan pada hujah ahli astronomi kerana merekalah yang lebih pakar, walaupun selepas perubahan itu banyak yang akan menerima kesannya terutamanya dalam bidang pendidikan yang terpaksa mengubal kembali silibus subjek sains. Namun kita terpaksa akur walaupun ianya akan melibatkan satu bajet yang besar untuk memperbetulkan faktanya. Mari kita lihat kesan dan pendapat pihak tertentu perihal penyingkiran Pluto ini;1. Kesatuan Astronomi AntarabangsaKesatuan inisecara drastik telah menurunkan kedudukan Pluto sebagai planet kesembilan dalam sejarah Sistem Suria. Perubahan itu akan menyebabkan para guru di seluruh dunia terpaksa meneliti semula jadual pembelajaran apabila sesi persekolahan kembali dibuka. Ia juga akan memberi kesan kepada industri mainan dan artifak astronomi. Mereka berpendapat yang ia memerlukan sedikit penjelasan tetapi tidak lebih daripada pengesahan semula. Penggunaan teleskop berkuasa tinggi yang baru akan mengubah cara mereka mengukur misteri sistem solar.Ahli-ahli astronomi telah bekerja keras tanpa mendapat sebarang definisi sejagat mengenai planet sebelum Copernicus membuktikan Bumi beredar mengelilingi matahari dan pakar-pakar yang berkumpul di Prague berpecah pendapat apabila garis panduan itu diluluskan.Keputusan IAU, pegawai pemutus berhubung objek di angkasa, telah mengetatkan keahlian dalam kelab kosmik elit kepada lapan planet sahaja iaituUtarid,Zuhrah,Bumi,Marikh,Musytari,Zuhal,UranusdanNeptun. Pluto dan objek sepertinya akan dikenali sebagai planet kerdil sahaja bersama Charon, Ceres dan Eris.

102. NASANASA berpendapat bahawa penyingkiran status Pluto tidak menjejaskan misi kapal angkasanya New Horizon yang bernilai USD700 juta (RM2.59 bilion), yang akan memulakan pengembaraan selama sembilan tahun setengah bermula tahun ini bagi mengkaji rahsia objek ganjil itu. Alan Stern yang merupakan ketua misi tersebut kecewa dengan penurunan status Pluto dan menjangkakan undian yang dibuat tidak akan menamatkan perdebatan. Baginya, ia hanyalah satu istilah dan keputusan tersebut akan memberi kesan buruk kepada sains. Walaupun 2,500 ahli-ahli astronomi dari 75 negara menghadiri persidangan itu, hanya 300 sahaja yang mengundi.Kritikan utama adalah mengenai penyataan "melepasi orbit jiran". Menurut Alan Stern, saintis NASA, Bumi, Marikh, Musytari dan Neptun juga tidak melepasi orbit jiran, sama seperti Pluto. Orbit Bumi contohnya, terletak berhampiran 10,000 asteroid. Dan beliau juga menambah bahawa "jika Neptun melepasi orbit jiran, Pluto tidak akan ada di situ". Dapat kita lihat bahawa pihak NASA mengambil pendirian kurang bersetuju tentang penyingkiran Pluto ini walaupun ianya tidak mendatangkan kesan kepada misi NASA yang sebenarnya.

3. Waris Penemu PlutoWaris mendiang Clyede W. Tombaugh, Patricia Tombaugh, orang yang menemuiPluto, amat kecewa dan sedikit keliru. Katanya keputusan penurunan status Pluto ibarat dia telah kehilangan pekerjaan. Walau bagaimanapun, dia memahami yang semua itu sains yang sentiasa bergerak. Malah, mendiang suaminya turut pernah berasa risau tentang perkara yang sama iaitu penemuannya tidak diperdebatkan sama ada sebuah planet atau bukan. Mungkin ramai tidak kisah sama ada Pluto itu planet atau bukan tetapi jelas, planet lebih diingati berbanding yang lain kerana planet diibaratkan adik beradik rapatsistem suriamanakala yang lain hanya diibaratkan saudara. Dijangkakan, penurunan status Pluto akan mencetuskan banyak nostalgia. Dalam hal ini saya berpendapat bahawa kekecewaan itu memang wajar diutarakan kerana beranggapan bahawa usaha penemu itu menjadi sia-sia setelah berusaha keras untuk menyenaraikan Pluto sebagai Planet ke sembilan sejak 1930 dahulu.

114. Ahli astrologiSesetengah ahliastrologikurang berpuas hati kerana mereka tidak diberi ruang untuk menyatakan pendapat. Seperti yang dinyatakan oleh Jane Spencer (25 Ogos 2006)."Pluto's demotion divides astrologers, troubles Scorpios".Wall Street Journal. Saya berpendapat bahawa perdebatan ini kurang didedahkan kepada semua pihak sehingga ada pihak yang merasakan pihak IAU memutuskannya secara tergesa-gesa untuk menyingkirkan Pluto.

6. KesimpulanKemajuan teknologi dan sains telah mendesak Kesatuan Astronomi Antarabangsa (IAU) untuk memutuskan bahawa planet yang mengelilingi matahari dengan orbit sendiri hanya ada lapan sahaja kerana Pluto telah disingkirkan keahlianya sebagai sebuah planet dan akhirnya Pluto hanya tersenarai sebagai planet kerdil bersama Charon, Ceres dan Eris.Profesor Sains Fizik Universiti Malaya, Dr. Mohd. Zambri Zainuddin memberitahu Pluto telah terkeluar dari orbitnya, bersilang serta bertaburan pada orbit-orbit dengan saiz lebih serta berselerakkan dalam sistem suria digelar asteroid dan bergabung dengan taburan komet.

12Rujukan1. http://www.dtm.ciw.edu/boss/definition.html2. Pluto yang hilang Utusan Malaysia Online 14, Oktober 20083. blogspot.com/bilangan-planet.html4. HBSC 3203 Teaching Science For Upper Primary II Hafshah Muhammad (2006) Meteor Doc. Sdn Bhd.5. Express Vista Science UPSR, Alias Abdullah (2009) Sasbadi Sdn Bhd.6. Express Revision Science UPSR, Giam Yee Sim,Wong Ai Wee, Ng Pei Sim(2010) Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd.7. http://www.iau2006.org/mirror/www.iau.org/iau0603/index.html

13