Asmaul Husna (kelebihannya) (1)

download Asmaul Husna (kelebihannya) (1)

of 22

Transcript of Asmaul Husna (kelebihannya) (1)

Pengertian dan Kelebihan ASMAUL HUSNA ALLAH Nama ini adalah ismuz Zat yang mempunyai erti dari seluruh nama-nama Allah. Iaitu Tuhan yang tidak ada yang wajib disembah Melainkan Dia. Dialah yang menjadikan langit, bumi dan segala yang ada di dalamnya. Dialah yang wajib dipuji yang benar-benar berkuasa di atas segala-galanya. Lafaz kalimah Allah apabila dibaca dengan mengucapkan "Ya Allah" 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi sapabila selesai menunaikan sembahyang Tahajjud atau sembahyang sunat dua rakaat mempunyai pengaruh yang besar dalam mencapai segala yang dihajati. AR RAHMAN Maha Pengasih. Dialah Allah yang Maha Pengasih terhadap seluruh makhluk dengan memberi rahmat kepada seluruh umat, baik yang beriman maupun yang masih kafir. Semuanya tidak terkecuali, diberinya rezeki, kesihatan, kenikmatan-kenikmatan yang semuanya itu bersifat sementara sewaktu hidup di dunia ini. Apabila kita melafaz Ya Rahman selesai sembahyang lima waktu sebanyak 500 kali , maka hati kita akan menjadi terang, tenang dan sifat-sifat pelupa dan gugup akan hilang dengan izin Allah. AR RAHIM

Maha Penyayang. Dialah yang Maha Penyayang pada hamba Nya yang beriman. Dialah yang Maha Penyayang kepada hamba Nya yang beriman. Dialah yang memberi rahmat yang besar yang tak dapat dinilai dengan harta benda dan kenikmatan apapun di dunia ini. Rahmat inilah yang khusus diberikan Allah kepada hambaNya yang beriman kelak di akhirat. Sekiranya kita membaca "Ya Rahim" sebanyak 100 kali setiap hati, Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali sehingga orang merasa cinta dan kasih serta sayang terhadap kita. AL MALIK

Yang Menguasai dan merajai segala-galanya. Supaya setiap pekerjaan yang telah kita lakukan setiap hari itu mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah, amalkanlah membaca "Ya Malik" sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari. Dengan yang demikian itu kita telah menyerahkan segala daya dan upaya kita kepada Allah Yang Maha merajai Segalanya. AL QUDUS

Yang Maha Suci, bersih dari segala sifat kekurangan. Jika kita mengamalkan membaca "Ya Qudus" 100 kali setiap hati setelah gelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, irihati , dengki dan lain-lain. AS SALAM Dialah yang memegang keselamatan seluruh alam dan hanya Dialah Yang Maha Selamat dari segala cacat dan kekurangan. Biasakanlah membaca "Ya Sallam" setiap hati sebanyak 136 kali, insya Allah jasmani dan rohani kita akan sentiasa erhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat sejahtera. AL MUKMIN Dialah yang mengamankan seluruh makhlukNya dan Dialah pula yang mempercayai akan rasul-rasulNya. Bacalah setiap hati "Ya Mukmin" sebanyak 236 kali, Insya Allah dengan izin Allah dari kita, keluarga dan segala kekayaan yang kita miliki akan terpelihara dan aman dari segala macam gangguan yang merosakkan. AL MUHAIMIN

Dialah yang memelihara dan mengamati semua makhluknya dengan teliti. Amalkanlah membaca "Ya Mukmin 145 kali sesudah selesai sembahyang fardhu Isya, Insya Allah fikiran kita akan menjadi terang, bersih dari segala sesuatu yang merumitkan sehingga mudah untuk menghafal apa juga pelajaran. AL AZIZ

Dialah Yang Maha Gagah Perkasa, yang dapat mengalahkan sesiapuun termasuk memusnnahkan Alam semeste ini. Amalkanlah membaca " Ya Aziz" sebanyak 40 kali sesudah selesai sembahyang subuh , Insya Allah dengan pertolongan Allah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan. AL JABAR

Dialah yang Pemaksa, yang sanggup memaksa mahklukNya menurut kehendakNya.. Dengan mengamalkan membaca "Ya Jabbar " tiap-tiap hati sebanyak 226 kali pagi dan petang, percayalah bahawa semua musuh akan menjadi tunduk dan patuh dengan izin Allah. AL MUTAKABBIR

Dialah yang berhak mempunyai keagungan dan kesombongan Seandainya kita mahu membaca "Ya Mutakabbir" setiap hari sebanyak 662 kali , maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setiap AL KHALIQ Dialah yang Menciptakan segalanya. Dialah Yang Maha Pencipta yang menciptakan segala sesuatu tanpa bantuan dan pertolongan. Bagi orang yang ingin cerdas otaknya, cepat menerima sesuatu pelajaran, maka bacalah "Ya Khaliq" setiap hari menurut kemampuan atau sebanyak 731 kali. Insya Allah dengan amalan itu otak kita akan menjadi cerdas dan tanggp sasmita. AL B A A R I'

Dialah yang merencanakan segala sesuatu sebelum terjadi. Dialah pelaksana segala kejadian yang telah direncanakan. Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, bacalah "Ya Baari" sebanyak 100 kali selama tujuh hari berturu-turut , insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran dan sembuh dari penyakit itu. AL MUSHAWWIR

Dialah yang menciptakan segala bentuk dan rupa. Dialah yang menciptakan segala rupa makhlukNya , yang gagah, yang cantik, yang indah dan lainlain. Seorang isteri yang sudah sekian lama belum mempunyai anak , maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dan hari Ahad sampai Sabtu. Pada waktu hendak berbuka puasa ambillah segelas air dan dibacakan "Ya Mushawwir" sebanyak 21 kali, kemudian air itu diminum untuk berbuka puasa. Bagi Suami juga hendaklah berbuat seperti itu juga tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudia pada waktu hendak melakukan persetubuhan bacalah "Ya Mushawwir sebanyak 10 kali, Insya Allah kita akan dikurniakan anak yang soleh dengan izin Allah. AL GHAFAR

Dialah Yang Maha pemberi ampun. Dialah yang memberi ampun kepada hamNya yang mahu bertaubat dengan sungguh-sungguh, walaupun dosanya telah bertumpuk-tumpuk banyaknya. Sambil beriktikaf dalam masjid dalam keadaan suci, bacalah "Ya Ghaffar" sebanyak 100 kali sambil menunggu masuknya waktu sembahyang Jumaat, Insya Allah Tuhan akan mengampuni dosa-dosa kita. AL QAHHAR

Dialah yang Maha Memaksa kepad makhlukNya kepada yang Dia kehendaki. Bacalah "Ya Qahhar" sebanyak 306 kali setiap hari, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan dan kemewahan dunia dan insya Allah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar dan tunduk akhirnya. AL WAHHAB Dialah Yang Maha Pemberi , Yang memberi kepada sekelian makhlukNya apabila diminta. Barang siapa yang selalu dalam kesempitan, kesulitan dalam soal apa pun akan hilang dengan izin Allah. AL RAZZAQ

Dialah Pemberi rezeki kepada semua makhlukNya untuk keperluan

hidupnya. Dialah pula yang menentukan banyak sedikitnya rezeki yang diberikan kepada hamNya. Untuk memudahkan jalan rezeki yang halal dan membawa berkat, perbanyakanlah membaca "Ya Razzak" sebanyak mungkin menurut kemampuan setiap kali selesai sembahyang, khususnya sesudah sembahyang Subuh, di ketika kita akan berangkat kerja. Insya Allah rezeki ddengan mudah datang dengan sendirinya tanpa terduga oleh kita. Lakukanlah dengan disertai ikhtiar yang zahir. AL FATTAAH

Zat yang Maha Pembuka dan mencurahkan rahmatNya kepada semua makhlukNya Setelah selesai sembahyang Subuh, bacalah lafaz "Ya Fattaah" sebanyak 71 kali, insya Allah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama. AL A' A L I M

Dialah yang Maha Mengetahui segalanya. Semua kejadian dan peristiwa di Alam semesta ini Allah mengetahui, sekalipun peristiwa gugurnya sehelai daun, , berjalanlah seekor semut, semuanya itu Allah mengetahuui. Amalkanlah membaca "Ya Aalim" sebanyak 100 kali setiap kali selesai sembahyang Maktubah, Insya Allah dakan mendapat kemakrifatan yang sempurna. AL QAABIDHU Dialah yang menggengam di dalam menyempitkan hidup dan mengurangi rezeki seseorang Bagi orang yang selalu membaca "Ya Qaabidhu" setiap hari sebanyak 100 kali , maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah dan terlepas dari segala bentuk ancaman. AL BAASITHU Dialah yang memberi kelapangan rezeki bagi makhlukNya . Inilah sebabnya banyak orang bodoh tetapi kaya raya dan orang yang cerdik pandai tetapi hidupnya selalu melarat.

Bagi mereka yang berniaga dan mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha dan berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca "Ya Baasithr" setiap hari sescaya dengan izin Allah, rezeki akan menjadi murah. AL KHAAFIDH

Zat yang menurunkan darjat seseorang yang menurut kehendakNya. Amalkanlah membaca "Ya Khaafidh" sebanyak 500 kali setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk dan tawaduk, insya Allah segala maksud akan ditunaikan oleh Allah dan apabila musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya. A L R A A F I' Dialah Zat yang meninggikan darjat seseorang yang dikehendaki. Demi keselamatan harta benda di rumah, atau di kedai atau di tempattempat lain dan kecurian, maka alamkanlah membaca "Ya Raafi" setiap hari, baik ketika waktu siang atau malam sebanyak 70 kali , insya Allah harta benda kita akan selamat darn terhindar dari gangguan pencuri. AL M U' I Z Z

Dialah Zat yang memberi kemuliaan, kekuatan dan kemenangan kepada seseorang. Untuk memperolehi kewibaan yang besar terutama bagi ketua-ketua pejabat atau perniagaan, hendaklah memperbanyakkan membaca "Ya Mu'izz" sebanyak 140 kali sehari. Insya Allah dengan cara ini akan memberi kewibawaan kepadanya. AL MUZILL Dialah zat yang menghinakan dan merendahkan kepada hambaNya. Sekiranya ada orng yang berhutang kepada kita dan sukar untuk memintanya, maka perbanyakkanlah membaca "Ya Muzzil" setiap hari, Insya Allah si berhutang itu akan sedar dan membayar semula hutang kita. A L S A M I I'

Dialah Zat Yang Maha Mendengar. Segala suara yang lirih, yang keras, yang rahsia semuanya didengar oleh Allah. Sekiranya kita inginkan doa kita mustajab, dan pendengaran telinga tetap tajam, maka biasakanlah membaca "Ya Samii' " setiap hari menurut kemampuan, lebih--lebih lagi sesudah sembahyang sunat Dhuha dua rakaat. Insya Allah segalanya akan mustajab. AL BASHIIR Dialah Zat yang melihat segala yang ada ini, baik besar, kecil, halus, jauh ataupun yang dekat. Maka bagi Allah semuanya dapat dilihat tanpa apda perbezaan sama sekali. Sebelum sembahyang Jumaat, bacalah "Ya Bashiir" sebanyak 100 kali , Insya Allah dengan cara ini Allah akan menjadikan terang hatinya, cerdas otaknya dan selalu diberi taufik dan hidayahNya. AL HAKAM Dialah Zat yang menetapkan segala hukum kepada makhlukNya. Untuk dapat terbuka hati seseorang itu, sehingga mudah menerima ilmuilmu agama, maka bacalah pada tengah malam dalam keadaan suci dari hadas dan najis dengan membaca "Ya Hakam" sebanyak 68 kali . Insya Allah dengan jalan ini akan membantu kecepatan di dalam mempelajari ilmu-ilmu agama. A L 'A D L L U Dialah Zat yang berlaku adil di dalam hukumNya dan ketetapanNya. Supaya diri kita selalu dapat berlaku adil, maka hendaklah mengingati sifatsifat Allah yang adil di dalam segala hal dengan selalu membaca "Ya 'Adllu" sebanyak 104 kali setiap kali lepas dari sembahyang lima waktu. AL LATHIIF Dialah Zat yang mengasihi semua makhlukNya serta mengetahui semua perkara sehingga kepada perkara yang sehalus-halusnya. Bagi para peniaga, supaya barang perniagaannya menjadi laris, maka sangatlah elok sekali memperbanyakkan membaca "Ya Lathiif" . Insya Allah dengan ikhtiar ini dagangan akan menjadi laris dan maju.

AL KHABIIR Dialah Zat yang mengetahui segala perkara batin, yang tersembunyi serta engetahui hakikat dari segala perkara dan kejadian. Perbanyakanllah membaca "Ya Khabiir" setiap hati atau petang, kerana di dalamnya terkandung faedah yang banyak sekali antara lain kita dapat bermimpi bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah lama sekali. AL HALIIM Yang Maha Penyantun dan Penyabar, termasuk terhadap orang yang paling dimurkai, tetapi telah kembali bertaubat. Bagi orang yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan atau sesuatu perusahaan, untuk mempastikan supaya kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit, maka amalkanlah membaca "Ya Haliim" sebanyak 88 kali selepas sembahyang lima waktu. Insya Allah dengan izin Allah, kedudukan kita tidak akan tergugat. A L 'A Z I I M Dialah Yang Maha Agung, Agung di dalam segalnya. ZatNya dan sifatNya. Tiadak ada yang melebih keagunganNya. Khasiat asma ini apabila kita membaca "Al 'Aziim" sebanyak 12 kali setiap hari untuk orang yang sudah lama sakit, maka Insya Allah dia akan cepat sembuh. Juga apabila dibaca 12 kali kemudian setelah membaca ditiupkan pada tangan untuuk diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhiindar dari gangguan syaitan, ini dan yang sebangsanya. A L 'G H A F U U R Dialah Zat yang Maha Pengampun. Yang memberi ampun kepada hambaNya yang mahu bertaubat dengan sebenar-benar taubat, walaupun mereka itu mempunyai dosa yang bertumpuk-tumpuk. Orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyak membaca "Ya Ghafuur" dengan mengakui perbuatan dosa-dosanya dan tidak mengulangi lagi perbuatannya itu. Insya Allah taubatnya itu akan diterima oleh Allah. A L 'S Y A K U U R

Dialah Zat yang sangat berterimakasih. Dia pasti membalas tiap pujian dan sanjungan atau ibadat manusia yang ditujukan kepadaNya. Ucapkanlah "Ya Syakurr" sebanyak 40 kali sehabis sembahyang hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, dengan izinNya semua hajat kita akan dikabulkan oleh Allah. Lakukanlah itu setiap kali kita menghadapi hajat yang penting dan mendeswak. A L 'A L I Y Dialah Zat Yang Maha Tinggi martabatNya. Untuk mencerdaskan otak anak yang bebal, tulislah "Ya 'Aliy" sebanyak 110 kali lalu direndam pada air yang dingin. Kemudian suruh si anak itu minum air tersebut dan lakukanlah berkali-kali , insya Allah lama-kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang dan tidak dungu lagi. Insya Allah mujarab. AL KABIIR Dialah Zat yang besar. Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas oleh kerana sesuatu fitnah, maka supaya kedudukannya itu dikembalikan kepadnya semula. Bacalah "Ya Kabirr" sebanyak 1000 kali sebagai pengaduan kepada Allah selama tujuh hari berturut-turut . Lakukanlah dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan sesudah sembahyang (sembahyang hajat atau tahajjud.) AL HAFIIZ Dialah Zat yang melindungi serta memelihara. Melindungi makhlukNya dari kerosakan dan bahaya. Untuk melindungi diri dari binatang buas, sekirangya kita beradi hutan belantara, maka bacalah "Ya Hafiiz" sebanyak 99 kali . Insya Allah diri kita akan sentiasa terhindar dari gangguan binatang buas itu dengan izin Allah. AL MUQIIT Dialah Zat yang menyediakan makanan dan minuman kepada seluruh makhlukNya tanpa kecuali. AL HASIIB

Dialah Zat yang mencukupi dan menghitungkan segala hal yang telah diciptakanNya dengan seteliti-telitinya. Untuk Mengekal dan memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkanlah membaca "Ya Hasiib" sebanyak 777 kali sebelum matahari terbit dan selepas sembahyang maghrib, insya Allah Tuhan akan menegunkan kedudukan kita tanpa ada gangguan sesiapapun AL JALIIL Dialah Zat yang Maha Agung dan Mulia. Barang sesiapa yang mahu mengamalkan membaca "Ya Jaliil" pada sepertiga malam yang terrakhir sebanyak 73 kali setiap malam. insya Allah kita akan mendapat perubahan yang mengkagunkan pada diri nya. Sekiranya dia seorang peniaga, maka perniagaanya akan bertambah maju. Seandainya dia seorang pegawai maka tanpa disedarinya, kedudukannya akan lebih tinggi dan terhormat. AL KARIIM Dialah Yang Maha Pemurah, yang memberi rezeki kepada semua makhlukNya, tak terkecuali apakah mereka kafir, berbuat maksiat atau sebagainya. Semuanya tetap diberi kemurahan Allah, kerana Dialah yang Maha Pemurah. Untuk mencapai darjat yang tinggi dan mulia di dunia dan akhirat kelak, bacalah "Ya Kariim" pada waktu hendak tidur sebanyak 280 kali . Nescaya Allah Tuhan akan mengangkat darjat orang yang mahu mengamalkan zikir ini. AL RAQIIB Dialah Zat yang mengamati segala hal, sehingga tiada satu kejadian pun terlepas dari pengamatanNya. Khasiat asma ini ialah untuk meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan. Bacalah selalu setiap hari "Ya Raqiib" sebanyak 50 kali dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh, seperti sawah padi, kolam ikan atau lain-lain itu terjaga dan terhindar dari kecurian atau gangguan lainya, Insya Allah , Tuhan akan mengkabulkannya.

AL MUJIIB Dialah Zat yang menerima doa hamba-hambaNya. Oleh kerana Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya , maka supaya doa kita dapat mustajab, selalu diterima oleh Allah, hendaklah membaca "Ya Mujiib" sebanyak 55 kali, insya Allah Tuhan akan mengkabulkan doanya.

A L W A A S I' Dialah Zat yang Maha Luas kekayaanNya sehingga sanggup memenuhi keperluan semua makhlukNya. Bacalah "Ya Waasi' " setiap pagi atau petang atau pada tengah malam sebanyak 128 kali, maka apabila ada kesulitan semua kesulitan itu akan hilang berkat pertolongan Allah Yang Maha Luas kekayaanNya. Tambahan pula jika ayat itu diamalkan. Insya Allah tuhgan akan menjaga kita dari orang-orang yang berniat dengki kepada kita. AL HAKIIM Dialah Zat Yang Maha Bijaksana. Segala sesuatu yang diciptakanNya bukanlah sia-sia, tetapi semuanNya mempunyai tujuan yang hanya diketahui olehNya. Bagi para pelajar dan penuntut atau sesiapa saja yang memperbanyakkan membaca "Ya Hakiim" setiap pagi dan petang, insya Allah akalnya akan menjadi cerdas dan lancar di dalam menghafal pelajarannya. Bacalah sekurang-kurangnya 300 kali sehari. A L W A D U U D' Dialah Zat yang amat mencintai para Wali-waliNya. iaitu orang yang menjadikan Allah Taala sebagai tujuan kehidupannya. Orang yang demikian inilah kekasih Allah. Amalkanlah membaca "Ya Waduud" sebanyak 11 000 kali pada setiap malam. Insya Allah, kita akan sentiasa bernasib baik, disayangi orang dan rumahtangga sentiasa berada dalam keadaan harmoni.

AL MAJIID Dialah Zat Yang Amat Mulia dan Luhur. Untuk ketenteraman keluarga dimana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi dan menghormati kita sebagai ketua keluarga, amalkanlah membaca "Ya Majiid" sebanyak 99 kali, kemudian apabila selesai membaca, tiuplah kedua belah tapak tangan dan usapkanlah seluruh muka. Insya Allah semua anggota keluarga kita akan menyayangi dan menghormati kita sebagai ketua keluarga. A L B A A' I T S Dialah Zat yang membangkitkan semua manusia yang telah mati untuk hidup kembali di akhirat kelak. bacalah "Ya Baa'its" sebanyak 100 kali dengan meletakkan kedua tapak tangan ke dada, insya Allah dengan cara ini, Allah Taala akan memberi kelapangan dada dengan ilmu dan hikmah. AS SYAHIID Dialah Zat yang menyaksikan, sehingga tak ada sebarang pun yang ghaib bagiNya. Apabila ada salah seorang dari anggota keluarga kita yang suka membangkan dan sebagainya, amalkanlah membaca "Ya Syahiid" setiap malam terus menerus sebanyak 319 kali sehingga yang suka membangkang itu menjadi sedar dan berubah perangainya. AL HAQ Dialah Zat yang benar dan selalu bertindak benar. Asma' ini apabila dibaca dengan mengucapkan "Ya Haq" sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman dan taat dalam menjalankan perintah agama. Oleh kerana itu, berzikirlah dengan memperbanyakkan membaca "Ya Haqqu" AL WAKIIL Dialah Zat yang melaksanakan segala urusan makhlukNya. Sekiranya terjadi hujan yang disertai dengan ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka pada ketika itu banyakkanlah membaca "Ya Wakiil". Insya

Allah bencana itu akhirnya akan menjadi reda dan kembali seperti sedia kala dengan izin Allah. AL QAWIY Dialah Zat yang Maha Kuat, tidak pernah merasa lemah. AL MATIIN Dialah Zat yang Maha sempurna kekuatanNya. Amalkanlah membaca "Ya Qawii" dan "Ya Matiin" . Insya Allah akan mempunyai faedah yang besar sekali, di antaranya ialah untuk mengembalikan kekuatan, sehingga musuh kita merasa takut untuk menganggu. AL WALIY Dialah Zat yang Menolong dan Mengendali seluruh urusan setiap makhlukNya. Bagi sesiapa yang menjawat sesuatu jawatan atau kedudukan, amatlah elok sekali mengamalkan membaca "Ya Waliy" seberapa banyak yang boleh kerana dengan izinNya kedudukan itu akan kukuh dan jauh dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang iri hati dan dengki. AL HAMIID Hanya Dialah sahaja Zat yang berhak dipuji. Tidak selainNya yang berhak menerima pujian. Perbanyakkkanlah membaca "Ya Hamid" sebagai tanda pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak menerima sgala pujian kerana kita sebagai hambaNya tidak layak untuk menerima sebarang pujian. AL MUHSYIY Dialah Zat yang akan menghitung segala amal perbuatan manusia untuk mendapat balasan yang setimpal dengan setiap perbuatannya itu. Supaya kita menjadi golongan yang selalu muraqabah (selalu dekat dengan Allah) , maka amalkanlah selalu membaca "Ya Muhshiy" sebanyak yang mungkin lebih-lebih lagi setiap kali selesai menunaikan sembahyang.

AL MUBDIU Dialah Zat yang memulai segala sesuatu dan pencipta dari segala yang asalnya tidak ada. Amalkanlah membaca "Ya Mubdiu" sebanyak 470 kali setiap hari, insya Allah segala apa yang kita rancangkan akan berhasil. A L M U' I I D Dialah Zat yang mengulangi kejadian apa yang telah rosak binasa dan lenyap seperti kebangkitan semula sesudah mati, maka Allah lah yang mengulangi kehidupan itu lagi. Kalau ada anggota keluarga yang menghilang diri atau sebagainya, amalkanlah membaca "Ya Mu'iid" sebanyak 124 kali setiap kali selesai sembahyang. Insya Allah mereka yang menghilang diri itu akan lekas pulang dengan sendirinya berkat izin Allah. AL MUHYIY Dialah Zat yang memberikan kehidupan bagi makhlukNya. Biasakanlah membaca "Ya Muhyiy" sebanyak 58 kali pada setiap hari , insya Allah kita akan diberi kemuliaan darjat dunia dan akhirat kelak. AL MUMIIT Dialah Zat yang mematikan semua makhlukNya. Untuk kesenangan dan kemudahan di dalam usaha kita menjalankan usaha perniagaan dan sebagainya atau sebagai seorang ahli politik, maka perbanyakkanlah "Ya Mumiit" . Insya Allah tuhan akan memberikan kesenangan dan kemudah kepada kita di dalam menjalankan sebarng usaha yang kita sedang jalankan. AL HAYYU Dialah Zat yang hidup dan tidak akan berakhir, kekal AL QAYYUM

Dialah Zat yang menguruskan segala urusan makhlukNya. Telah berkata imam Ghazali bahawa sesiapa yang ingin meperolehi harta yang banyak dan membawa berkat, ingin dicintai oleh setiap orang, ingin berwibawa ditakuti musuh dan ingin menjadi orang yang terhormat, maka amalkanlah membaca "Ya Qayyum" sebanyak 1000 kali setiap malam atau pada siang hari. Lakukan lah secara terus menerus sebagai amalan yang rutin. Insya Allah apa yang kita hajati akan tercapai. AL WAJID Dialah Zat yang mendapatkan apa saja yang Dia kehendaki. Supaya kita mempunyai keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh dan teguh pendirian, maka perbanyakkanlah membaca "Ya Waajid" . AL MAAJID Dialah Zat yang bersifat Agung dan tinggi. Demi kecerdasan otak dan supaya terbuka hati untuk mudah menerima pelajaran, maka hendaklah setiap pelajar atau sesiapa sahaja yang masih menuntut ilmu supaya membanyakkan membaca "Ya Maajid" setiap hari, insyya Allah, hati akan dibuka oleh Allah dan mudah menerima segala pelajaran. AL WAAHID Dialah Zat yang Maha Esa, Yang Maha Tunggal dan tiada yang lain selainNya. AL SOMAD Dialah Zat tempat memohon dan mengadu bagi sekelian makhlukNya. Ketika kita berada didalam kelaparan akibat kesempitan, maka pohonkanlah kepada Allah dengan membaca "Ya somad" sebanyak mungkin. Insya Allah dengan ikhtiar ini, kita akan berasa segar dan kenyang. AL QAADIR Dialah Zat yang Maha Kuasa, yang sanggup melaksanakan apa saja tanpa bergangung kepada waktu dan keadaan.

Apabila kita selalu berhajatkan sesuatu tetapi setelah gagal, maka supaya hajat kita itu akan tercapai, bacalah "Ya Qaadir" sebanyak 305 kali setiap hari, insya Allah segala apa yang kita hajati akan berhasil. AL MUQTADIR Dialah Zat yang memegang kekuasaan dari setiap orang yang mempunyai kekuasaan. Supaya dapat mencapai apa saja tujuan kita kehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka bacalah juga "Ya Muqtadir" setakat ,mana yang kita mampu sehingga ikhtiar itu berhasil. Insya Allah, berkat bacaan itu akan mempercepatkan lagi berhasilnya tujuan tersebut. AL MUQADDIM

Dialah Zat yang mendalukan sesuatu atas lainnya. Menurut Imam Ahmad bin Ali Al Buuniy, beliau berkata: "Barang siapa yang mahu berzikir dengan zikir "Ya Muqaddim" sebanyak 184 kali setiap hari, nescaya segala usahanya akan cepat berhasil. AL MUAHKHIR Dialah Zat yang mengakhirkan sesuatu atas lainya. Untuk menguat dan meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, banyakkanlah membaca "Ya Muahkhir" . AL AWWAL Dialah Zat yang tiada awalnya. Dia pulalah permulaan dari segala wujud. Bagi sesiapa yang mengamalkan membaca "Ya Awwal" sebanyak 37 kali setiap hari, insya Allah segala apa yang dihajatinya akan dikabulkan oleh Allah. AL AAKHIR Dialah Zat yang tiada berakhir. Tiada berakhir Zat dan tiada wujudNya. Amalkanlah selalu membaca "Ya Aakhir" sebanyak 200 kali setiap kali selesai sembahyang lima waktu selama satu bulan, insya Allah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal dan penuh berkat.

ADH DHAAHIR Dialah Zat yang amat nyata, nyata tanda-tanda Nya dengan mencapita Alam ini tanpa berpandu kepada apa jua pun. Bacalah "Ya Dhaahir " sebanyak 1106 kali selepas sembahyang lima waktu selama satu bulan di tempat yang sepi , nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik dan sukar serta diberi kefahaman ilmu. AL BAATHINU Dialah Zat yang ghaib yang tak mungkin diketahui unsurnya. Seperti Adh Dhaahir, juga setiapa yang mahu mengamalkan membaca "Ya Bathinu" sebanyak 30 kali setiap kali selesai sembahyang fardhu, insya Allah Tuhan akan memberi pengertian dari segala rahsia yang sukar diketahui. AL WAALIY Dialah Zat yang menguasai segala urusan makhlukNya. Memperbanyakkan membaca setiap pagi dan petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Itulah sebabnya pari wali selalu memperbanyakkan membaca zikir ini. A L M U T A' A L I Y Dialah Zat yang Maha Tinggi dan segala yang tinggi. Sekiranya kita akan berjumpa dengan orang yang berkedudukan tinggi seperti ketua pejabat atau sebagainya yang sukar ditemui, maka supaya kita mudah dapat berjumpa dengannya, bacalah "Ya Muta'aliy" sebanyak yang boleh sewaktu akan mengadap, insya Allah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya dan segala hajat yang penting-penting akan berhasil. AL BAR Dialah Zat yang berbuat baik dengan segala kebaikan. Sekiranya kita selalu membanyakkan membaca "Ya Bar" setiap hari, insya Allah segala hajat kita akan terlaksana dengan mudah.

AL TAWAAB Dialah Zat yang menerima taubat dari hambaNya dan memberi nikmat kepada orang-orang yang berdosa setelah bertaubat. Bagi orang yang selalu membuat dosa dan ingin bertaubat, maka hendaklah membanyakkan membaca "Ya Tawwab" supaya dengan mudah dapat kembali ke jalan yang lurus. AL MUNTAQIM Dialah Zat yang berhak membalas segala dosa dengan siksa. Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak akan melakukan kezalimannya terhadap kita maka hendaklah kita membanyakkan membaca "Ya Muntaqim" setiap kali selesai menunaikan sembahyang fardhu. Insya Allah dengan jalan itu kita akan mendapat pertolongan Allah. AL AFUWW Dialah Zat yang sentiasa memberi kemaafan atas setiap kesalahankesalahan yang dilakukan oleh hambaNya. AR RAUUF Dialah Zat yang sangat banyak memberi rahmat dan kasih sayang. Bagi sesiapa yang ingin dirinya disenangi oleh teman dan taulan atau sesiapa saja yang memandangnya. Amalkanlah membaca "Ya Rauuf" baik pada waktu siang atau malam. MAALIKUL MULKI Dialah Zat yang memiliki semua kekuasaan dan berkuasa melakukan apa saja yang Dia miliki. Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukannya kekal dan tetap, hendaklah selalu mengamalkan membaca "Ya Maalikul Mulki" sebanyak 212 kali pada setiap kali selesai menunaikan sembahyang fardhu dan bilangan yang sama juga pada setiap malam selama satu bulan. Insya Allah dia akan mendapat pertolongan Allah sehingga kedudukannya menjadi kukuh.

ZUL JALAALI

WAL IKRAM

Dialah Zat yang memiliki segala kemuliaan dan kesempurnaan. Amalkanlah 65 kali setiap hari selama satu bulan, insya Allah semua hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah. AL MUQSITH Dialah Zat yang sangat adil dalam memberi hukuman . Berzikirlah dengan membaca "Ya Muqsith" sebanyak yang kita mampu, insya Allah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada orang yang mengamalkannya. AL J A A M I'

Dialah Zat yang menghimpun segala hakikat yang bermacam-macam. Sekiranya ada anggota keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah membaca "Ya Jaami'" sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah akan menyedarkan orang yang telah lari itu, insya Allah, orang yang lari itu akan pulang ke rumah dalam jangka waktu yang singkat. AL GHANIY Dialah Zat yang Maha Kaya, yang tidak memerlukan apapun dan kepada siapapun. Amalkanlah membaca "Ya Ghaniy" pada setiap hari sebanyak-banyak , insya Allah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil dan kekayaan yang kita perolehi itu mendapat berkat. AL MUGHNIY Dialah Zat yang memberi kekayaan kepada hamba-hambaNya. Hanya Allah lah saja tempat kita meminta, kerana Dialah yang berkuasa memberi kekayaan kepada hamba-hambaNya . Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat kepada Allah, dengan membanyakkan membaca "Ya Mughniy" setiap hari. Insya Allah segala hajat kita akan tercapai.

A L M A A N I' Dialah Zat yang menolak dan mencegah apa yang harus dicegah. Kalau kita selalu mengamalkan membaca sebanyak 161 kali pada waktu menjelang watu sembahyang subuh setiap hari, insya Allah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim dan suka membuat angkara. ADH DHAARR Dialah Zat yang merosakkan segala yang Dia kehendaki. Asma' ini sangat berguna di dalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi dan telah puas diubati. Amalkanlahmembaca "Ya Dhaarr" sebanyak 1001 kali pada setiap hari, insya Allah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh. A N N A A F I' Dialah Zat yang memberi manfaat kepada hambaNya. Menurut Imam Ahmad Ali Al Buuniy, barang siapa yang membaca "Ya Naafi'" setiap hari , maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, dan bagi orang yang sudah, susahnya akan hilang dengan izin Allah. AN NUUR Dialah Zat yang bercahaya dan menciptakan cahaya Menurut Sheikh Ahmad b. Muhammad As Shawi, barang siapa yang menghendaki kemuliaan yang agung dan memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia maupun kebaiakan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu membaca "Ya Nuur" pada setiap pagi dan petang. Al HAADIY Dialah Zat yang memberi petunjuk bagi hamba-hambaNya yang Ia kehendaki. Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat yang tertentu, kemudian ia tersesat hingga hilang arah tujuan, hendaklah mmemohon petunjuk kepada Allah dengan membanyakkan membaca "Ya Haadiy" pada setiap hari pagi dan petang, insya Allah akan cepat lepas dari kesesatan yang sedang dihadapi itu.

A L B A A D I I' Dialah Zat yang menciptakan apa yang belum pernah ada. Setiap manusia itu pasti mempunyai rancangan dan memastikan supaya rancangan kita itu berjalan dengan lancara, maka bacalah "Ya Baadid" sebanyak 500 kali selepas sembahyang fardhu, insya Allah tuhan akan memberi pertolongan sehingga rancangan kita itu akan berjalan lancar Al BAAQY Yang kekal abadi, tidak ada akhirnya. Amalkanlah membaca "Ya Baaqy" sebanyak yang mungkin tanpa mengira batas waktu. insya Allah dengan ikhtiar itu semua pkerjaan yang telah menjadi punca rezeki yang tidak akan mudah lepas,, perniagaan tidak akan rugi atau bankrup berkat zikir tersebut>br> Al WAARITS Dialah Zat yang tetap ada setelah musnahnya segala sesuatu. Sekiranya kita berkecimpung di dalam bidang perniagaan atau sebahagianya, supaya sela urusan kita itu berjalan dengan lancar maka hendaklah pada setiap malam "Ya Waarits" sebanyak 707 kali. Berkat ziki ini, insya Allah akan memberi pertolongan dan petunjuk sehingga berhhasil dengan baik dan memuaskan. AR RASYIID

Dialah Zat yang Maha Pandai, yang benar segala susunan dan aturanaturan. yang ditetapkanNya. Walaupun kita tergolong dalam golongan orang cerdas otaknya, biasakanlah membaca "Ya Rasyiid" sebanyak yang munkin , Insya Allah otak kita akan menjadi bertambah cerdas. ASH SHABUUR Dialah Zat yang Maha Sabar, tidak tergesa-gesa menurunkan siksa kepada hambaNya. Supaya kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, banyakkanllah membaca "Ya Shabuur" sebanyak yang mungkin menutrut

kemampuan.Dengan sifat sabar dengan penuh pengharapan kepada Allah maka segala upaya akan mencapai kejayaan.