asmenthjzoharisce3104.doc

6
Pendekatan Inkuiri Sejak tahun 1960,pembelajaran berasaskan inkuiri adalah kaedah pembelajaran yang telah diamalkan. Pembelajaran inkuiri adalah satu bentuk pembelajaran aktif di mana kemajuan dinilai,bagaimana pelajar dapat mengembangkan kemahiran eksperimen dan analitik daripada seberapa banyak pengetahuan yang mereka perolehi. Pendekatan inkuiri adalah bertujuan mengajar murid-murid untuk menangani situasi atau masalah yang mereka hadapi apabila berurusan dengan dunia fizikal dengan menggunakan teknik-teknik yang digunakan oleh ahli penyelidikan sains. Inkuiri bermakna bahawa guru mencipta situasi supaya murid- murid dapat membuat prosedur yang digunakan oleh penyelidik sains untuk mengenal pasti masalah,bertanya soalan,mengaplikasi prosedur penyiasatan,memberi penerangan yang konsisten,ramalan dan keterangan-keterangan yang bersesuaian dengan pengalaman yang dikongsi dengan dunia fizikal. Pembelajaran berasaskan inkuiri atau sains berasaskan inkuiri pada asasnya merangkumi keinginan bahawa pembelajaran seharusnya berdasarkan pada soalan-soalan pelajar. Pembelajaran menginginkan pelajar bekerja bersamna

Transcript of asmenthjzoharisce3104.doc

Page 1: asmenthjzoharisce3104.doc

Pendekatan Inkuiri

Sejak tahun 1960,pembelajaran berasaskan inkuiri adalah kaedah pembelajaran

yang telah diamalkan. Pembelajaran inkuiri adalah satu bentuk pembelajaran

aktif di mana kemajuan dinilai,bagaimana pelajar dapat mengembangkan

kemahiran eksperimen dan analitik daripada seberapa banyak pengetahuan

yang mereka perolehi. Pendekatan inkuiri adalah bertujuan mengajar murid-

murid untuk menangani situasi atau masalah yang mereka hadapi apabila

berurusan dengan dunia fizikal dengan menggunakan teknik-teknik yang

digunakan oleh ahli penyelidikan sains.

Inkuiri bermakna bahawa guru mencipta situasi supaya murid-murid dapat

membuat prosedur yang digunakan oleh penyelidik sains untuk mengenal pasti

masalah,bertanya soalan,mengaplikasi prosedur penyiasatan,memberi

penerangan yang konsisten,ramalan dan keterangan-keterangan yang

bersesuaian dengan pengalaman yang dikongsi dengan dunia fizikal.

Pembelajaran berasaskan inkuiri atau sains berasaskan inkuiri pada asasnya

merangkumi keinginan bahawa pembelajaran seharusnya berdasarkan pada

soalan-soalan pelajar. Pembelajaran menginginkan pelajar bekerja bersamna

untuk menyelesaikan masalah daripada menerima pengajaran secara langsung

daripada guru. Guru di pandang sebagai fasilitator dalam pembelajaran daripada

memberi pengetahuan. Guru membantu pelajar semasa proses mencari

pengetahuan mereka sendiri.

Inkuiri sengaja digunakan dalam konteks penyiasatan dalam sains dan

pendekatan untuk pengajaran sains. Inkuiri akan digunakan untuk merujuk

kepada semua soalan lain,kaji selidik, atau peperiksaan yang bersifat umum

supaya istilah-istilah tidak akan dikelirukan.

Page 2: asmenthjzoharisce3104.doc

Pendekatan Inkuiri Dalam Pembelajaran Sains

Pembelajaran berasaskan inkuiri telah berpengaruh besar dalam pendidikan

sains dan biasa disebut sains berasaskan inkuiri. Para saintis biasanya

menggunakan proses inkuiri dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan yang

berkaitan alam semesta. Mereka menggunakan prinsip-prinsip,konsep,dan teori-

teori untuk memahami dan menjelaskan gejala-gejala yang berlaku di alam

semesta. Pelajar akan menjadi saintis kecil kerana mereka menggunakan idea-

idea yang sama seperti saintis ketika menjalankan penyelidikan.

Ciri-ciri dari pendekatan inkuiri ini adalah guru tidak menyampaikan pengetahuan

tetapi membantu pelajar untuk belajar bagi mereka sendiri. Inkuiri juga adalah

usaha mencari kebenaran,maklumat atau pengetahuan dengan bertanya. Di

dalam pengajaran sains,suatu proses yang kompleks terlibat apabila setiap

pelajar berusaha untuk mengubah maklumat dan data ke dalam pengetahuan

yang berguna. Pendekatan inkuiri adalah cara penyajian pelajaran yang banyak

melibatkan pelajar dalam proses-proses mental dalam rangka penemuannya.

Menurut Sund (1975),inkuiri adalah proses mental dan dalam proses itu individu

mengasimilasi konsep dan prinsip-prinsip.

Prinsip Pelaksanaan Pembelajaran Dengan Pendekatan Inkuiri

Pendekatan pembelajaran inkuiri merupakan pendekatan yang menekankan

kepada pembangunan intelektual pelajar.Ada beberapa prinsip yang harus

diperhatikan dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran inkuiri:

a)Berorientasi pada pembangunan intelektual

Tujuan utama adalah kemampuan berfikir.Di sini para belajar mencari maklumat

melalui berfikir seterusnya berbincang sesama rakan untuk mendapat

penyelesaiannya.

b)Prinsip interaksi

Proses pembelajaran pada asasnya adalah berinteraksi,samaada sesama

Page 3: asmenthjzoharisce3104.doc

rakan sebaya ataupun berinteraksi dengan guru. Guru adalah sebagai

pemudahcara.

c)Prinsip bertanya

Guru berfungsi sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk bersoaljawab

dengan para pelajarnya.Kemampuan guru untuk bersoaljawab dengan para

pelajar mampu menjadikan murid menjadi pelajar yang bijak berfikir.

Ini dapat mengembangkan bakat semulajadi murid.

d)Prinsip belajar untuk berfikir

Belajar adalah proses berfikir.Melalui berfikir,penggunaan otak adalah secara

maksimum.Apabila murid berfikir secara logik dan rasional ,dapat mempengaruhi

emosi yang mana dapat membantu proses pembelajaran murid.

e)Prinsip keterbukaan

Kanak-kanak perlu diberi kebebasan untuk mencuba sesuatu yang rasional.

Guru perlu memberikan peluang kepada murid untuk mengembangkan hipotesis

dan membuktikan kebenaran hipotesis melalui sesuatu kajiannya.

Jenis-jenis Pembelajaran Dengan Pendekatan Inkuiri

(A)Inkuiri untuk Menyiasat Masalah

-Langkah pertama dalam pendekatan ini adalah mengenali masalah,kemudian

merekabentuk penyelesaian masalah tersebut dan cuba untuk

menyelesaikannya. Kita tidak boleh menyelesaikan masalah dalam tempoh masa

yang diberi,dan apa yang kita lakukan mungkin menimbulkan masalah yang

berkaitan yang lain. Penyelidikan yang baik perlu dilakukan perkara yang sama.

(B) Kaedah Inkuiri Suchman.

Dalam bilik darjah, terdapat pelajar yang sering menghadapi fenomena yang luar

biasa. Dalam setiap peristiwa begini akan memberi peluang kepada guru untuk

menggalakkan pelajar untuk berhati-hati menganalisis sesuatu situasi

berkenaan,

Page 4: asmenthjzoharisce3104.doc

membuat hipotesis dan menguji penjelasan. Situasi ini menjadikanpelajar

memerlukan penjelasan dan perasaan ingin tahu. Robert Suchman membina

strategi contoh permainan "20soalan" untuk mengajar pelajar satu proses untuk

menyiasat dan menerangkan kejadian yang tidak diduga dan mengejutkan.

Langkah langkah Pembelajaran dengan Pendekatan Inkuiri.

1.Orientasi

-Langkah ini adalah untuk membina suasana atau iklim pembelajaran yang

kondusif. Di sini guru perlu menarik perhatian pelajar.Dia merangsang dan

mengajak pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah. Langkah ini amat

penting.Kejayaan pendekatan inkuiri sangat bergantung pada kemahuan pelajar

untuk melakukan aktiviti menggunakan kemampuannya dalam menyelesaikan

masalah.

2.Merumuskan masalah

-Ini merupakan langkah membawa pelajar pada suatu persoalan yang

mengandungi teka-teki.Persoalan ini mencabar pelajar untuk berfikir

menyelesaikan tka-teki itu. Pelajar di galakkan untuk mencari jawapan yang

tepat. Proses mencari jawapan itu lah yang sangat penting dalam pendekatan

inkuiri. Melalui proses tersebut pelajar akan mendapat pengalaman yang sangat

berharga apabila melailui kemahiran berfikiran.

-