aspek politik

6
2.0 ASPEK POLITIK Tahun 1969 merupakan detik yang bersejarah kepada perkembangan politik di Malaysia. Andaian menyatakan negara ini mempunyai asas yang kukuh bagi menyatukan kepelbagaian kaum, agama dan budaya untuk hidup secara harmoni selepas kemerdekaan ternyata meleset. Hal ini disebabkan oleh peristiwa berdarah 13 Mei yang telah menjadi titik hitam dalam sejarah negara, maka tertubuhnya “Majlis Gerakan Negaran-MAGERAN” yang bertujuan untuk mengembalikan kestabilan dalam negara di mana Tun Abdul Razak dilantik sebagai Pengarah. Peristiwa 13 Mei ini telah memberi banyak kesan yang positif kepada negara kita pada hari ini kerana semua masyarakat mempunyai kesedaran bahawa pentingnya sikap bertolak-ansur dan saling menghormati diantara satu sama lain supaya peristiwa berdarah itu tidak berulang lagi di negara kita. Oleh kerana negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum, maka pihak kerajaan telah memperkenalkan satu konsep yang dikenali sebagai “Satu Malaysia” bagi mewujudkan perpaduan diantara kaum. (Paridah Abd. Samad, 2009) Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai prinsip kenegaraan yang berkonsepkan perpaduan, iaitu semangat nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Contohnya, dalam aspek politik yang menggambarkan semangat perpaduan di kalangan pemimpin yang pelbagai kaum seperti Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah Melayu ( Jabatan Penerangan Malaysia, 2009).

Transcript of aspek politik

Page 1: aspek politik

2.0 ASPEK POLITIK

Tahun 1969 merupakan detik yang bersejarah kepada perkembangan politik

di Malaysia. Andaian menyatakan negara ini mempunyai asas yang kukuh bagi

menyatukan kepelbagaian kaum, agama dan budaya untuk hidup secara

harmoni selepas kemerdekaan ternyata meleset. Hal ini disebabkan oleh

peristiwa berdarah 13 Mei yang telah menjadi titik hitam dalam sejarah negara,

maka tertubuhnya “Majlis Gerakan Negaran-MAGERAN” yang bertujuan untuk

mengembalikan kestabilan dalam negara di mana Tun Abdul Razak dilantik

sebagai Pengarah. Peristiwa 13 Mei ini telah memberi banyak kesan yang positif

kepada negara kita pada hari ini kerana semua masyarakat mempunyai

kesedaran bahawa pentingnya sikap bertolak-ansur dan saling menghormati

diantara satu sama lain supaya peristiwa berdarah itu tidak berulang lagi di

negara kita. Oleh kerana negara kita terdiri daripada masyarakat yang berbilang

kaum, maka pihak kerajaan telah memperkenalkan satu konsep yang dikenali

sebagai “Satu Malaysia” bagi mewujudkan perpaduan diantara kaum. (Paridah

Abd. Samad, 2009)

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak

mempunyai prinsip kenegaraan yang berkonsepkan perpaduan, iaitu semangat

nasionalisme dan cintakan negara telah diterapkan semenjak dahulu lagi oleh

pemimpin-pemimpin terdahulu. Contohnya, dalam aspek politik yang

menggambarkan semangat perpaduan di kalangan pemimpin yang pelbagai

kaum seperti Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan yang dipimpinnya

dengan dibantu oleh Tun Tan Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi

mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British untuk Tanah

Melayu ( Jabatan Penerangan Malaysia, 2009).

Gagasan 1 Malaysia yang disyorkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bukan

hanya sebuah slogan mahupun retorit politik semata-mata, tetapi ianya juga

kerana integrasi nasional yang amat penting demi masa depan negara Malaysia.

Sebagai contohnya, sebelum adanya konsep 1 Malaysia seperti pada hari ini,

parti politik yang memperjuangkan hak masing-masing tidak kira kaum mahupun

agama sememangnya telah pun wujud. Misalnya, parti politik PERIKATAN yang

terdiri daripada UMNO, MCA, dan MIC di mana dalam parti tersebut dianggotai

oleh para pemimpin yang berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India

yang semestinya dapat bekerjasama dan bersatu padu dalam menjayakan

Page 2: aspek politik

konsep 1 Malaysia. Perpaduan di kalangan pemimpinlah yang menjadi contoh

atau teladan kepada rakyat di Malaysia untuk memupuk semangat perpaduan di

kalangan mereka (Mohd Idris Salleh et all.,1994).

Jadi, setelah sekian lama semangat perpaduan di kalangan kaum sering kali

diseru kepada rakyat jelata oleh para pemimpin mahupun badan-badan kerajaan

serta swasta kerana semangat perpaduan adalah amat penting demi negara

Malaysia yang tercinta. Untuk mencapai hasrat dan matlamat itu 1 Malaysia,

negara Malaysia seharusnya bergerak ke arah kerajaan 1 Malaysia yang

sebenarnya. Pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam semestinya

berkomitmen untuk terus menaik taraf kelancaran penyampaian dengan

melangkaui rintangan kaum, agama dan daerah. Oleh itu, perhatian khusus akan

diberikan untuk memastikan bahawa perkhidmatan awam menjadi lebih inklusif

dan komited sepenuhnya untuk mempraktikkan semangat 1 Malaysia. Oleh itu,

banyak langkah-langlah awal yang telah dilakukan untuk menjayakan kerajaan 1

Malaysia. Sebagai contohnya, penubuhan sebuah pasukan petugas khas

persekutuan untuk menjelaskan status warganegara yang masih belum

mempunyai dokumen pengenalan diri di Sarawak dan mengeluarkan kad

pengenalan kepada warganegara yang sah. Penduduk yang tidak mempunyai

dokumen pengenalan diri sepenuhnya akan memperoleh status yang dijelaskan

dan dokumen mereka dikeluarkan pada tahun 2011. Semua warganegara yang

sah tanpa kad pengenalan diri akan diberi kad pengenalan pada akhir tahun

2010 (Jabatan Perdana Menteri, 2010). Selain itu, beberapa cadangan yang telah

dibentuk bagi menjayakan lagi kerajaan 1 Malaysia iaitu :

i. Memastikan penggalakan semangat 1Malaysia, iaitu kesatuan dalam

kepelbagaian menerusi keterangkuman menjadi satu komitmen

penting dan seterusnya satu komponen penting dalam KPI keseluruhan

setiap satu kementerian dan agensi awam.

ii. Mengubah komposisi etnik perkhidmatan kerajaan agar lebih mewakili

komposisi rakyat, secara khususnya menggalakkan lebih banyak orang

Cina dan India untuk menyertai perkhidmatan awam dan

meningkatkan jumlah pegawai penduduk asal Bumiputera dari Sabah

dan Sarawak.

iii. Memastikan bahawa semua program dan kursus, termasuk yang

dikendalikan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Biro Tata

Page 3: aspek politik

Negara (BTN), menggalakan sepenuhnya matlamat dan prinsip Rukun

Negara di samping semangat keterangkuman dan nilai-nilai teras

1Malaysia.

iv. Menyemai pandangan, sikap dan kelakuan yang lebih meluas dan

terangkum dalam kalangan kakitangan awam supaya mereka lebih

sensitif terhadap kepelbagaian dalam budaya dan adat serta

perbezaan pandangan dan keperluan. Selain itu, mereka perlu

berkemahiran untuk menguruskan dan menjadi pengantara kepada

konflik yang mungkin berlaku di kalangan penduduk.

v. Menghapuskan keperluan untuk menyatakan bangsa dalam borang

kerajaan, kecuali apabila ia bertujuan untuk banci dan statistik (Jabatan

Perdana Menteri, 2010).

Perpaduan kaum yang boleh dicapai dari aspek politik ialah dengan

menggalakkan dan mengamalkan politik 1 Malaysia yang inklusif (Jabatan

Perdana Menteri, 2010). Kemerdekaan yang dicapai pada tahun 1957 menerusi

kesatuan matlamat yang dibentuk oleh parti yang berasaskan tiga bangsa dalam

Parti Perikatan iaitu bagsa Melayu, Cina dan India yang masing-masing diwakili

oleh parti UMNO, MCA dan MIC (Mohd Idris Salleh et all.,1994).

Pada tahun 1974, pakatan tiga pihak ini dikembangkan seterusnya untuk

merangkumi parti-parti lain, sesetengahnya bersifat pelbagai kaum dari segi

komposisi, untuk membentuk parti Barisan Nasional (BN) yang lebih besar. Parti

pembangkang pula, iaitu Pakatan Rakyat terdiri daripada dua buah parti yang

terdiri daripada berbilang kaum dan satu parti berasaskan agama. Walaupun

kedua-dua parti gabungan mencerminkan dan mewakili rakyat Malaysia dari

pelbagai kaum dan agama, tetapi retorik berasaskan kaum dan agama masih

kedengaran dari semasa ke semasa daripada individu kedua-dua pihak (Jabatan

Perdana Menteri,2010).

Sejajar dengan semangat perpaduan 1 Malaysia dan supaya 1 Malaysia boleh

berjaya, maka terdapat suatu keperluan segera bagi semua parti politik, sama

ada berasaskan kaum, agama ataupun berbilang kaum, semua ahli politik

mestilah bergerak ke arah lebih kepada politik inklusif, menitik beratkan kepada

banyak isu am yang memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia serta

menggunakan nilai sejagat daripada melaungkan perbezaan kaum, agama dan

Page 4: aspek politik

wilayah. Pemimpin politik seharusnya memimpin melalui teladan,

menghapuskan stereotaip perkauman, dan memastikan bahawa pegawai

mereka mewakili berbilang kaum serta mempromosikan politik 1 Malaysia yang

inklusif (Jabatan Perdana Menteri, 2010).

Menurut Dewan Masyarakat (Ogos 2009), konsep Satu Malaysia merentas

sempadan budaya, agama, serta memecahkan tembok kepentingan antara

kaum di negara ini. Semua kaum diseru untuk memperkukuhkan ikatan

perpaduan serta berfikir “di luar kotak” untuk mencapai hasrat Satu Malaysia ini.

Sejajar dengan hal ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini

perlu diperkukuh bagi mewujudkan suasana negara yang lebih harmoni.

Gagasan Satu Malaysia juga lebih mengutamakan pencapaian rakyat seperti

yang disebut oleh Najib bahawa “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.

Bagi mencapai bangsa yang cemerlang, Satu Malaysia menuntut kepimpinan

dan rakyat yang berintegriti tinggi, jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus,

ikhlas, dan amanah untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

Satu Malaysia juga memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan

memahami tugasan yang diberikan. Pemimpin yang cemerlang memiliki

kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi,

dan menepati masa untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada

rakyat. Tanpa mengira kaum, rakyat negara ini disarankan untuk mengutamakan

kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum

atau kelompok sendiri. Oleh itu, pemimpin dan rakyat perlu memahami dan

menghayati lapan nilai Satu Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan,

randah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

RUJUKAN

Mohd Idris Salleh e.all. (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Bangi :

Utusan Publication Sdn.Bhd.

Jabatan Perdana Menetri. (2010) Program Tranformasi Kerajaan: Pelan Hala Tuju-

Ringkasan Eksekutif, Kuala Lumpur : Unit Pengurusan Prestasi Dan Pelaksanaan

(PEMANDU)

Jabatan Perdana Menteri

Page 5: aspek politik

Dewan Masyarakat. (Ogos, 2009). Satu Malaysia satu harapan. Bahagian

Pemasaran & Jualan, Damawa Sdn. Bhd. Hulu Kelang:Selangor.

Paridah Abd. Samad. (2009). Tun Abdul Razak: Fenomena Politik Malaysia.

Partisan Publication & Distribution: Kuala Lumpur.